17
PENGENALAN Dalam topik ini, kita akan membincangkan pembinaan akhlak mahmudah melalui adab baik yang sepatutnya diamalkan oleh setiap Muslim dalam menjalani kehidupan seharian. Adab yang dibincangkan dalam topik ini adalah adab kepada ibu bapa, keluarga dan orang tua. Sebagai anak, ahli keluarga dan masyarakat, kita perlu mengamalkan adab yang baik dalam pergaulan supaya kita tidak menyakiti orang lain dan sentiasa disukai serta dihormati oleh orang lain. ADAT TERHADAP IBU BAPA Kita tidak dapat lahir ke dunia tanpa kedua ibu bapa. Oleh itu, Islam memberi kedudukan istimewa kepada ibu bapa. 6.1 T T o o p p i i k k 6 6 Adab Terhadap Ibu Bapa, Keluarga dan Orang Tua HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti enam adab terhadap ibu bapa; 2. Menerangkan beberapa dalil al-Quran atau hadis yang berkaitan dengan adab terhadap ibu bapa, keluarga dan orang tua; dan 3. Membincangkan kelebihan beramal dengan adab tersebut.

Topik 6 Adab Terhadap Ibu Bapa Keluarga Dan Orang Tua

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Topik 6 Adab Terhadap Ibu Bapa Keluarga Dan Orang Tua

� PENGENALAN

Dalam topik ini, kita akan membincangkan pembinaan akhlak mahmudah melalui adab baik yang sepatutnya diamalkan oleh setiap Muslim dalam menjalani kehidupan seharian. Adab yang dibincangkan dalam topik ini adalah adab kepada ibu bapa, keluarga dan orang tua. Sebagai anak, ahli keluarga dan masyarakat, kita perlu mengamalkan adab yang baik dalam pergaulan supaya kita tidak menyakiti orang lain dan sentiasa disukai serta dihormati oleh orang lain.

ADAT TERHADAP IBU BAPA

Kita tidak dapat lahir ke dunia tanpa kedua ibu bapa. Oleh itu, Islam memberi kedudukan istimewa kepada ibu bapa.

6.1

TTooppiikk

66

� Adab Terhadap Ibu Bapa, Keluarga dan Orang Tua

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti enam adab terhadap ibu bapa;

2. Menerangkan beberapa dalil al-Quran atau hadis yang berkaitandengan adab terhadap ibu bapa, keluarga dan orang tua; dan

3. Membincangkan kelebihan beramal dengan adab tersebut.

Page 2: Topik 6 Adab Terhadap Ibu Bapa Keluarga Dan Orang Tua

� TOPIK 6 ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA 118

Manusia pertama yang perlu dimuliakan sesudah Allah s.w.t. ialah kedua-dua ibu bapa kita, sepertimana yang ditegaskan dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

„Janganlah kamu sembah melainkan kepada Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa.‰

(Surah al-Baqarah, 2: 83) Jasa kedua ibu bapa dalam menjaga dan membesarkan kita tidak akan dapat dinilai dengan harta benda dan wang ringgit. Oleh itu, kita hendaklah membalas jasa mereka dengan menunjukkan adab yang baik apabila bergaul dengan mereka.

6.1.1 Kedudukan Ibu Bapa dalam Islam

Banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. yang menggambarkan kedudukan yang tinggi bagi ibu dan bapa. Islam memberikan kedudukan ini dengan melihat kepada jasa, pengorbanan, didikan dan susah payah ibu bapa membesarkan dan memberi segala keperluan anak-anaknya.

Firman Allah s.w.t.:

�� �� ��������� ����� ��� �������� �� ��� �������� �� ��������������� ��� ���� �� ��� �� �������� ���� ������ �� ��� �� ���� �� � �������� ����� � ���������������������� ��������� ���� ���! ������� �

������ �� ���! ���"��� ��# ���$ ��� �� ���������%� �����# �� ���$ ���� ���&'() *��� ������Maksudnya:

„Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengambil janji dari Bani Israel (iaitu): janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim dan orang miskin serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Kemudian, kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan kamu selalu berpaling.‰

(Surah al-Baqarah, 2: 83)

Page 3: Topik 6 Adab Terhadap Ibu Bapa Keluarga Dan Orang Tua

TOPIK 6 ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA � 119

Firman Allah s.w.t. dalam surah lain:

������ ��� �������������+ ��� � , �-�� . ���!!������ ��� ���� �� ���� � ������"�� ���� ������ �� ��� �� ���� �� � ������/� � ��� � ���"��# �0� ������� ������ �� ��"��# �0� ��"$ �� �%�� �"$ ������ � ��"$ � %�� �����1 � ������ #�� �������& �/�����#�/� � ��� ��$���������%$ �' �23 ����( �" �����) �4� &"��*�+&(5)

Maksudnya:

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.

(Surah al-NisaÊ, 4: 36) Juga Firman Allah s.w.t.:

���,�� �� 6 � �"������ '�� ��������7�(� �������� ��� ���� �� ���& � �����)�����*3 �-��� ���8 �� ��� .�� �� ��� ��9��/ ������� ��9�%�+�%�+ �� ���� �:+;,-<.������ ��9���= �> �� ����� �? ��

������/�� ���"&@()

Maksudnya:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

(Surah al-IsraÊ, 17: 23)

Page 4: Topik 6 Adab Terhadap Ibu Bapa Keluarga Dan Orang Tua

� TOPIK 6 ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA 120

Kesemua ayat tersebut dan banyak lagi mengandungi arahan Allah s.w.t. kepada seluruh manusia agar menyembah Allah s.w.t. yang Esa dan tidak menjadikan sekutu bagi-Nya. Arahan yang merupakan tujuan hidup manusia (beribadah kepada Allah Taala) disertai seterusnya dengan arahan untuk melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Susunan arahan Allah s.w.t. ini menampakkan kedudukan ibu bapa di sisi Islam, betapa mereka dititikberatkan di dalam Islam. Hadis daripada Abdullah bin ÂAmr r.a. berkata:

„Telah datang menemui Rasulullah s.a.w. seorang lelaki meminta izin untuk keluar berjihad. Bersabda Rasulullah s.a.w., ÂAdakah ibu bapamu masih hidup?Ê Jawab lelaki tersebut, ÂYa, wahai Rasulullah.Ê Sabda Rasulullah s.a.w., ÂKepada mereka berdualah kamu berjihad (membantu dan berusaha melengkapkan urusan mereka).ʉ

(Riwayat Bukhari & Muslim) Hadis daripada al-Mughirh bin SyuÊbah r.a. Sesungguhnya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

„Allah Taala mengharamkan ke atas kamu menderhakai ibu, membunuh anak dan menahan (daripada memberi) serta meminta-minta.‰

(Riwayat Bukhari & Muslim)

6.2.2 Hak dan Adab terhadap Ibu Bapa

Menjadi kewajipan kepada setiap manusia supaya beradab, berakhlak mulia dan menunaikan hak ibu bapanya. Islam menegaskan tentang kedudukan ibu bapa yang tinggi agar manusia dapat memenuhi tanggungjawabnya terhadap kedua-dua mereka. Apakah adab terhadap ibu bapa? Rajah 6.1 menunjukkan enam adab terhadap ibu bapa yang perlu kita patuhi.

Page 5: Topik 6 Adab Terhadap Ibu Bapa Keluarga Dan Orang Tua

TOPIK 6 ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA � 121

Rajah 6.1: Enam adab terhadap ibu bapa

Begitulah Islam memberikan keistimewaan buat kedua ibu bapa bagi menghargai mereka di atas pengorbanan yang telah dilakukan.

6.1.3 Perbuatan yang Bertentangan dengan Ajaran Islam

Islam menentang segala perbuatan yang boleh menimbulkan kucar-kacir, huru-hara dan pergolakan dalam keluarga. Ada lima perbuatan atau sikap yang bertentangan dengan ajaran Islam, seperti diilustrasikan dalam Rajah 6.2.

Page 6: Topik 6 Adab Terhadap Ibu Bapa Keluarga Dan Orang Tua

� TOPIK 6 ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA 122

Rajah 6.2: Lima adab yang bertentangan dengan ajaran Islam

6.1.4 Hikmah Adab terhadap Ibu Bapa

Anak-anak yang sentiasa beradab dan berbakti kepada kedua ibu bapa akan beroleh lima hikmah yang berikut:

(a) Ganjaran pahala daripada Allah;

(b) Disenangi dan disayangi oleh ibu bapa;

(c) Kehidupan mereka sentiasa mendapat keberkatan, rahmat dan keredaan Allah;

(d) Mereka hidup di atas dunia dengan tenang dan bahagia; dan

(e) Mendapat kebahagiaan di akhirat dan balasan syurga.

6.1.5 Implikasi Tidak Beradab terhadap Ibu Bapa

Lima Implikasi anak derhaka iaitu yang tidak beradab terhadap ibu bapa adalah seperti yang berikut:

(a) Mengecewakan ibu bapa;

(b) Dimurkai oleh Allah;

(c) Dosanya tidak akan diampuni oleh Allah selagi tidak mendapat keampunan daripada ibu bapa;

Page 7: Topik 6 Adab Terhadap Ibu Bapa Keluarga Dan Orang Tua

TOPIK 6 ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA � 123

(d) Di dunia, mereka tidak akan memperoleh keberkatan, ketenangan hidup dan sentiasa berada dalam resah gelisah; dan

(e) Balasan akhirat adalah tidak dapat mencium bau syurga dan dimasukkan ke dalam neraka.

Insaflah bahawa sesungguhnya manusia yang mendapat keredaan kedua ibu bapanya pasti akan mendapat keredaan Allah. Sebaliknya, mereka yang sentiasa menyakiti hati kedua ibu bapanya akan mendapat kemurkaan dari Allah Taala. Bacalah kisah seorang sahabat pada zaman Rasulullah iaitu Alqamah r.a. yang sukar untuk melafazkan syahadah di saat kematiannya kerana ibunya tidak mengampuni dosa menderhakanya.

ADAB TERHADAP KELUARGA

Sekarang, mari kita pelajari adab terhadap keluarga yang terlibat.

6.2.1 Kedudukan Ahli Keluarga dalam Islam

Ahli keluarga juga tidak dilupakan di dalam Islam. Malah, mereka mempunyai kedudukan istimewa yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ahli keluarga juga dikenali sebagai kaum kerabat atau di dalam bahasa Arab, al-qurba dan al- aqrabun. Banyak hukum Allah s.w.t. yang dikhaskan untuk kaum keluarga yang mengisyaratkan kedudukan mereka yang berbeza dengan rakan atau orang lain. Jika diperhatikan ayat sebelum ini yang membicarakan tentang kedudukan ibu bapa, ia juga menyebut berkaitan ahli keluarga zi al-qurba.

6.2

1. Bagaimanakah kedudukan ibu bapa di dalam Islam?

2. Nyatakan hikmah-hikmah beradab terhadap ibu bapa.

SEMAK KENDIRI 6.1

Page 8: Topik 6 Adab Terhadap Ibu Bapa Keluarga Dan Orang Tua

� TOPIK 6 ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA 124

Firman Allah s.w.t.:

��0�� ���".�� �������0� �����# �/ 9��1��� �� ��"A ��� ��� �"2���- ��� � ��*3 �/� �� ���".�� ��3 ���3 ��� �������B���� �� � �����3�C��D �� �E �� �� ��� � ��"$� ���/�� � ���3F�1� �4 � � � ��� �5� �����G� ��� ��� �H��, �- �2���������������� �� ��� �� ���� �� � ������/� � ��� � �����1 � ���� ��#�� ���� ���I��#�� � ��� �6��

����� �1�� ��B����� ���! ������� �� �5� �����! ���"��� ��*��+���� � ���# �9���? ��� �� ������ ?� ��!����".� ��� � ��� �6���� 7 38� �� ����� ��9� � ������/ ���� 38� �� �$ 6 �E �� �� ��.������ �������� �:!

6 �E �� �� ��.� ���# �9����� (���� �&JKK)Maksudnya:

„Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan akan tetapi sesungguhnya, kebajikan itu adalah beriman kepada Allah, hari Kemudian, malaikat, kitab, Nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak yatim, orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila dia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar (imannya); dan mereka Itulah orang yang bertakwa.‰

(Surah al-Baqarah, 2: 177) Firman Allah s.w.t. dalam ayat lain:

������������38��"G �� ��� ��43� ����L� ��4M ����� �� ������������� �� ��N � � �� ��43 �������;�<�= �� ������ ��� � �����>� �� � ��)�# �/5? �����# �� 6� ����*����+ ����&OP)

Maksudnya:

„Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang daripada

Page 9: Topik 6 Adab Terhadap Ibu Bapa Keluarga Dan Orang Tua

TOPIK 6 ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA � 125

perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.‰

(Surah al-Nahl, 16: 90) Hadis daripada Abu Hurairah r.a.:

„Rasulullah s.a.w. bersabda, ÂWahai Muslimin, bersedekahlah.Ê Berkata seorang lelaki, ÂWahai Rasulullah, jika aku mempunyai satu dinar?Ê Jawab Rasulullah s.a.w., ÂBersedekahlah ke atas dirimu sendiri.Ê Kata lelaki tersebut, ÂJika aku mempunyai sedinar lagi?Ê Kata Rasulullah s.a.w., ÂBersedekahlah kepada isterimu.Ê Berkata lelaki tersebut, ÂJika aku mempunyai sedinar lagi?Ê Jawab Rasulullah s.a.w., ÂBersedekahlah kepada anakmu.Ê Berkata lelaki itu lagi, ÂJika aku ada sedinar lagi?Ê Jawab Rasulullah s.a.w., ÂMaka bersedekahlah kepada hambamu.ʉ

(Riwayat Abu Daud & al-Nasai)

6.2.2 Adab Bergaul dengan Keluarga

Manakala terhadap kaum keluarga, ada empat adab bergaul yang perlu kita patuhi seperti ditunjukkan dalam Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Empat adab bergaul dengan keluarga

Semua adab ini terdapat di dalam ayat Allah s.w.t. dan hadis Rasulullah s.a.w. Umumnya, semua perkara yang baik mestilah dilakukan terhadap kaum keluarga. Jika ada adab sesama Muslim dan hak yang wajib ditunaikan, maka adab terhadap kedua ibu bapa dan kaum keluarga lebih dituntut dan menjadi kewajipan yang besar kepada seluruh umat Muslim.

Page 10: Topik 6 Adab Terhadap Ibu Bapa Keluarga Dan Orang Tua

� TOPIK 6 ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA 126

6.2.3 Faedah Mengamalkan Adab Bergaul dengan Keluarga

Apakah faedah mengamalkan adab bergaul dengan keluarga? Berikut adalah faedahnya:

(a) Apabila seseorang menghormati serta mengasihi ibu bapa, dengan sendirinya mereka akan mendapat rahmat daripada Allah s.w.t.;

(b) Anak-anak yang mengucapkan perkataan yang baik apabila bertutur dengan ibu bapa akan sentiasa mendapat kerahmatan dan keredaan Allah s.w.t. Ini akan menjamin kehidupan yang lebih sempurna di dunia dan akhirat;

(c) Ibu bapa akan berasa bangga dan gembira apabila anak-anak mengambil berat dan sentiasa menghormati mereka sama ada melalui perbuatan atau perlakuan;

(d) Ibu bapa pastinya akan menghargai setiap ucapan terima kasih yang dilafazkan oleh anak-anak kepada mereka. Mereka juga akan berasa gembira kerana anak-anak serta ahli keluarga yang lain menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan. Seterusnya, ia merapatkan lagi hubungan kekeluargaan yang telah sedia terjalin, di samping dapat menyuburkan lagi kasih sayang antara ahli keluarga;

(e) Merapatkan hubungan antara ibu dan anak-anak serta akan wujud sikap saling membantu antara ahli keluarga;

(f) Anak-anak yang sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mengenang jasa ibu bapa akan diberikan ganjaran istimewa oleh Allah s.w.t. di dunia iaitu dalam perjalanan menuju ke akhirat;

(g) Abang dan kakak akan lebih menyayangi adik-adik yang pandai menghormati bukan sahaja diri mereka, malahan orang lain juga; dan

(h) Pengamalan akhlak yang baik ketika bersama keluarga akan membantu mereka menjadi seorang insan yang berguna. Ia juga dapat menghindar mereka daripada terikut dengan amalan yang tidak diingini.

Nyatakan faedah mengamalkan adab bergaul dengan keluarga.

SEMAK KENDIRI 6.2

Page 11: Topik 6 Adab Terhadap Ibu Bapa Keluarga Dan Orang Tua

TOPIK 6 ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA � 127

6.2.4 Akibat Tidak Mengamalkan Adab Bergaul dengan Keluarga

Berikut adalah enam akibat kerana tidak mengamalkan adab bergaul dengan keluarga:

(a) Tidak disayangi oleh keluarga;

(b) Tidak dihormati oleh keluarga;

(c) Tidak dapat mengeratkan hubungan dan silaturahim bersama keluarga;

(d) Keluarga tidak akan bahagia;

(e) Tidak akan mendapat rahmat dari Allah; dan

(f) Allah tidak akan murahkan rezeki.

ADAB TERHADAP ORANG TUA

Adalah perkara wajib untuk kita menghormati orang tua. Setiap agama, kaum, budaya dan masyarakat di dunia ini menggalakkan kita berbuat dan beradab baik terhadap masyarakat orang tua (lihat Rajah 6.4). Ini memandangkan pengalaman, jasa dan pengorbanan mereka terhadap generasi muda.

Rajah 6.4: Setiap agama terutamanya Islam, sebenarnya menyuruh umatnya menghormati orang tua

Sumber: www.heritage.gov.my

6.3.1 Pengertian Orang Tua

Tahukah anda pengertian orang tua?

6.3

Orang tua adalah orang yang lebih tua umurnya daripada kita, dan lebih berpengetahuan, lebih bertakwa dan beragama, lebih berkedudukan dan lebih mulia, sekiranya mereka ikhlas beragama dengan syariat Allah s.w.t.

Page 12: Topik 6 Adab Terhadap Ibu Bapa Keluarga Dan Orang Tua

� TOPIK 6 ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA 128

Maka, wajiblah kita mengakui kelebihan, memenuhi haknya serta menghormati mereka. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang diperoleh daripada Anas r.a.:

‰Tidak ada seorang muda yang memuliakan seorang yang berumur lebih tua daripadanya, melainkan akan Allah takdirkan yang dia akan dihormati oleh orang lain ketika tuanya.„

(Riwayat at-Tirmizi) Golongan ibu bapa juga termasuk dalam kalangan orang yang lebih tua usianya daripada kita. Maka, wajiblah kita menghormatinya sesuai dengan perintah Allah seperti dalam firman-Nya:

��,�� �� 6 � �"������ '�� ��������7�(� �������� ��� ���� �� ���& � �����)�����*3 �-��� ���8 �� ��� .�� �� ��� ��9��/ ������� ��9�%�+�%�+�� ���� �:+;,-<.������ ��9�� �= �> �� ����� �? ��

������/�� ���"Maksudnya:

„Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).‰

(Surah al-IsraÊ, 17: 23)

6.3.2 Huraian Adab terhadap Orang Tua

Sekarang, mari kita pelajari dengan lebih lanjut tentang adab terhadap orang tua melalui huraian dalam Jadual 6.1.

Page 13: Topik 6 Adab Terhadap Ibu Bapa Keluarga Dan Orang Tua

TOPIK 6 ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA � 129

Jadual 6.4: Huraian Adab dengan Orang Tua Menurut Islam

Huraian Adab dengan Orang Tua

� Orang tua haruslah ditempatkan di tempatnya yang layak dengan kemuliaannya.

� Mendahulukan orang tua dalam semua hal. Dalam solat berjemaah misalnya; orang tua diutamakan untuk berbaris di saf hadapan. begiru juga dengan hal-hal lain seperti menyambut, membantu, memberi dan sebagainya, maka orang tua didahulukan.

� Menjauhkan sifat-sifat membesar diri, bongkak dan menghina golongan yang lebih tua seperti bercakap kasar, memekik, berkelakuan biadab dan sebagainya.

� Memberi bantuan kepada golongan yang tua seperti mengangkat barang, memimpin tangan dan lain-lain.

� Hendaklah mentaati perintah orang tua dalam perkara kebaikan dan jangan dibantah arahan mereka.

� Hendaklah bangun memberi hormat kepada orang yang lebih tua. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa suatu ketika, SaÊad bin MuÊaz (ketua kaum Ansar) menghampiri Rasulullah s.a.w. yang sedang bersama kaum Ansar lalu Baginda s.a.w. memerintahkan: „Bangunlah kalian kepada ketuamu atau orang paling baik dalam kalangan kamu.‰

� Mencium tangan orang tua. Ini adalah kerana perbuatan tersebut dapat mendidik kaum muda merendah diri dan menghormati orang lain yang lebih tua

� Imam al-Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad meriwayatkan bahawa ZariÊ, pada suatu ketika bersama ahli rombongan Abdul Qais telah berhenti di Madinah lalu turun dari tunggangan untuk mencium tangan Rasulullah s.a.w.

� Namun, adab-adab ini hanya berupa pernghormatan dan tidak wajar melebihi batasan hingga mencapai tahap peribadatan seperti ruku' dan sujud atau tanda penyembahan lain. Maka hal itu dilarang dalam Islam, sekalipun terhadap ibu bapa.

� Selaku orang yang lebih tua, maka seharusnya kita menerima teguran dan nasihat yang diberikan selagi mana ia tidak melanggar syariat Islam.

� Ketika berbicara, sewajarnya orang yang lebih muda tidak menyampuk atau mencelah perbualan orang tua melainkan meminta izin terlebih dahulu sebagai tanda hormat.

Namun, adab ini hanya berupa penghormatan dan tidak wajar melebihi batasan hingga mencapai tahap peribadatan seperti rukuk dan sujud atau tanda penyembahan yang lain. Hal itu dilarang dalam Islam, sekalipun terhadap ibu bapa. Selaku orang yang lebih tua, seharusnya kita menerima teguran dan nasihat yang diberikan, selagi ia tidak melanggar syariat Islam.

Page 14: Topik 6 Adab Terhadap Ibu Bapa Keluarga Dan Orang Tua

� TOPIK 6 ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA 130

6.3.3 Hikmah Beradab terhadap Orang Tua

Ada lima hikmah di sebalik pengamalan adab dengan orang tua iaitu:

(a) Apabila kita menjaga dan mengamalkan adab dengan orang tua seperti yang dituntut oleh Islam, maka kita akan disayangi oleh keluarga, dihormati oleh masyarakat dan orang yang berada di sekeliling kita;

(b) Hidup akan lebih bahagia, tidak disisihkan oleh masyarakat kerana kita mengamalkan adab yang terpuji ini;

(c) Mengeratkan hubungan silaturahim antara golongan muda dan golongan tua, sekali gus pengamalan adab yang mulia ini meningkatkan rasa penghormatan kepada golongan yang lebih tua;

(d) Mendapat pahala dan ganjaran kebajikan daripada Allah s.w.t. kerana menjaga dan menghormati serta memenuhi hak yang selayaknya untuk orang yang lebih tua; dan

(e) Menjadi contoh dan teladan serta ikutan generasi muda khasnya untuk mencontohi adab yang terpuji ini supaya golongan tua tidak disisihkan atau dipinggirkan.

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Untuk mengajar topik ini, dicadangkan agar anda menerangkan dengan jelas isi pembelajaran kepada pelajar supaya dapat difahami dengan baik. Setelah difahami, dicadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkenaan seperti yang berikut:

(a) Anda boleh mengaitkan isi pembelajaran dengan isu semasa agar pelajar dapat mengukuhkan lagi kefahaman, di samping meluaskan pengetahuan mereka;.

6.4

1. Jelaskan adab yang perlu diamalkan dan dijaga oleh golongan mudaapabila berhadapan dengan orang tua.

2. Senaraikan tiga kebaikan apabila mengamalkan adab dengan orangtua.

SEMAK KENDIRI 6.3

Page 15: Topik 6 Adab Terhadap Ibu Bapa Keluarga Dan Orang Tua

TOPIK 6 ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA � 131

(b) Anda boleh meminta pelajar menghafal doa yang berkaitan untuk dijadikan amalan harian;

(c) Anda disarankan untuk menggunakan alat bantu mengajar seperti kad bergambar yang menggambarkan adab yang sepatutnya diamalkan oleh anak-anak kepada kedua-dua ibu bapa mereka, keluarga dan orang tua;

(d) Kaedah menyanyi atau mengalunkan nasyid berunsur dakwah berkaitan adab juga boleh menarik minat pelajar untuk menghayati dan mengamalkan adab yang baik;

(e) Menayangkan audio bergambar atau drama berunsur adab berkaitan topik boleh digunakan di dalam kelas; dan

(f) Anda juga boleh memimpin pelajar membuat lakonan seperti filem Si Tanggang untuk menarik minat pelajar, seterusnya menghayati topik yang diajar.

� Pada pandangan Islam, kedudukan ibu bapa sangat istimewa dalam

kehidupan manusia. Oleh itu, Allah telah meletakkan kewajipan mentaati ibu bapa secara bergandingan dengan ketaatan kepada-Nya.

� Ada enam adab terhadap ibu bapa iaitu:

– Menghormati dan mengasihani kedua-duanya;

– Mensyukuri nikmat Allah s.w.t. dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa;

– Mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa di dunia dan akhirat;

– Mentaati perintah mereka selagi tidak menyuruh ke arah maksiat;

– Bersopan santun terhadap mereka, memberi salam dan sentiasa menjaga perasaan mereka agar tidak dilukai; dan

– Membantu mereka di mana sahaja.

� Keluarga dan kaum kerabat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Berikut adalah antara faedah mengamalkan adab bergaul dengan keluarga:

– Merapatkan hubungan antara ibu dan anak-anak serta akan wujud sikap saling membantu antara ahli keluarga;

Page 16: Topik 6 Adab Terhadap Ibu Bapa Keluarga Dan Orang Tua

� TOPIK 6 ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA 132

– Abang dan kakak akan lebih menyayangi adik-adik yang pandai menghormati bukan sahaja diri mereka, malahan orang lain juga; dan

– Pengamalan akhlak yang baik ketika bersama keluarga akan membantu mereka menjadi seorang insan yang berguna. Ia juga dapat menghindar mereka daripada terikut dengan amalan yang tidak diingini.

� Orang tua ialah mereka yang lebih tua daripada kita. Mereka kebiasaannya

sebaya dengan ibu bapa kita atau lebih tua daripada ibu bapa kita. Suatu hari nanti, kita juga akan menjadi tua. Kita juga mengharapkan orang lain akan menghormati kita.

� Berikut adalah lima hikmah beradab terhadap orang tua:

– Disayangi oleh keluarga, dihormati oleh masyarakat dan orang yang berada di sekeliling kita;

– Hidup akan lebih bahagia;

– Mengeratkan hubungan silaturahim antara golongan muda dan golongan tua;

– Mendapat pahala dan ganjaran kebajikan daripada Allah s.w.t.; dan

– Menjadi contoh dan teladan serta ikutan generasi muda.

Adab dengan orang tua

Ibu bapa

Keluarga

Menghormati

Mentaati

Abdullah Basmih. (1985). Tafsir pimpinan ar-Rahman. Kuala Lumpur, Malaysia:

Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Abdullah Nasih Ulwan. (2000). Pendidikan anak-anak menurut pandangan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Hasan Mohd Ali. (1996). 100 akhlak mulia. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publication and Distributors.

Page 17: Topik 6 Adab Terhadap Ibu Bapa Keluarga Dan Orang Tua

TOPIK 6 ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA � 133

Hasnah Yahaya. (2003). Pendidikan Islam tahun 2. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Buku panduan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam tahun 2. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohd Ali Hashimi. (1986). Keperibadian muslim (terjemahan). Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Muhammad Khayr Fatimah. (1996). Adab & sopan dalam Islam. Mohd Sofwan Amrullah, Penterjemah. Batu Caves, Selangor, Malaysia: Pustaka Ilmi.

Muhammad Shahid Talib. (1997). Etika Islam di jalan raya. Batu Caves, Selangor, Malaysia: Pustaka Ilmi.