11
PENGENALAN Beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah kepada rasul-rasulNya adalah salah satu daripada rukun iman yang akan dibincangkan dalam topik ini. Anda akan didedahkan kepada nama-nama kitab serta rasul-rasul yang menerimanya, sebab-sebab manusia memerlukan kitab Allah SWT dan kelebihan-kelebihan al-Quran berbanding kitab-kitab lain. BERIMAN KEPADA KITAB Subtopik ini akan menjelaskan definisi kitab dan nama-nama kitab dengan lebih lanjut. Subtopik ini juga akan membincangkan sebab-sebab manusia memerlukan kitab Allah SWT dan kelebihan-kelebihan kitab al-Quran. 6.1 T T o o p p i i k k 6 6 Beriman kepada Kitab Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan dengan jelas pengertian beriman dengan kitab-kitab Allah SWT; 2. Menjelaskan nama kitab-kitab Allah SWT dan rasul-rasul yang menerimanya dengan betul; 3. Menghuraikan sebab-sebab manusia memerlukan kitab-kitab Allah; dan 4. Membincangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. HASIL PEMBELAJARAN

Topik 6 Beriman Kepada Kitab

Embed Size (px)

DESCRIPTION

akidah

Citation preview

Page 1: Topik 6 Beriman Kepada Kitab

� PENGENALAN

Beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah kepada rasul-rasulNya adalah salah satu daripada rukun iman yang akan dibincangkan dalam topik ini. Anda akan didedahkan kepada nama-nama kitab serta rasul-rasul yang menerimanya, sebab-sebab manusia memerlukan kitab Allah SWT dan kelebihan-kelebihan al-Quran berbanding kitab-kitab lain.

BERIMAN KEPADA KITAB

Subtopik ini akan menjelaskan definisi kitab dan nama-nama kitab dengan lebih lanjut. Subtopik ini juga akan membincangkan sebab-sebab manusia memerlukan kitab Allah SWT dan kelebihan-kelebihan kitab al-Quran.

6.1

TTooppiikk

66 � Beriman

kepada Kitab

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan dengan jelas pengertian beriman dengan kitab-kitab Allah SWT;

2. Menjelaskan nama kitab-kitab Allah SWT dan rasul-rasul yang menerimanya dengan betul;

3. Menghuraikan sebab-sebab manusia memerlukan kitab-kitab Allah; dan

4. Membincangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: Topik 6 Beriman Kepada Kitab

TOPIK 6 BERIMAN KEPADA KITAB �

137

6.1.1 Definisi Kitab

Kitab dari sudut bahasa adalah dari perkataan Arab ����������. Kitab merupakan masdar yang digunakan untuk menyatakan sesuatu yang ditulis di dalamnya. Sedangkan menurut syariat, kitab adalah kalam Allah SWT yang diwahyukan kepada para rasulNya. Ia mengandungi syariat untuk disampaikan kepada manusia. Maksud beriman dengan kitab-kitab Allah SWT adalah kita mesti meyakini bahawa Allah SWT telah menurunkan kitab-kitab kepada para rasulNya. Kitab-kitab tersebut mengandungi peraturan hidup yang benar dan menjadi panduan hidup manusia. Ia banyak dinyatakan oleh Allah SWT dalam dalil-dalil naqli. Firman Allah SWT:

���������� ����� ���� �� �� �� ���� �� ������� �� ���� ���� �� ��� ���� �� ����� ����� ��� ����� ��� � ���

����� ������ �� � �� � �� ���� !���� � ����� �������� � �� �"� �� ����# ���� �$�

Maksudnya: „Dan mereka yang beriman kepada kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung.‰

(Surah al-Baqarah: 4-5) Firman Allah SWT lagi:

% �� ����� �� ���� �������� ���� �� �&' �� ����( �)���� * �� ����+���� ��� �+��,���� ����� ��� �!����

��� �������� �� � ... �-.$�

Maksudnya: „(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)�.‰

(Surah al-Baqarah: 185)

Page 3: Topik 6 Beriman Kepada Kitab

� TOPIK 6 BERIMAN KEPADA KITAB

138

Beriman dengan kitab-kitab Allah SWT adalah tuntutan syariat yang akan menjadi panduan hidup kita dalam membezakan kebenaran dan kebatilan. Ia juga merupakan asas pengukuhan keimanan manusia terhadap apa yang disampaikan oleh para nabi dan rasul. Dengan kata lain, kitab ialah undang-undang dasar yang dijadikan pedoman kepada manusia yang hendak dipimpin. Kitab diturunkan kepada para rasul utusan Allah. Kitab-kitab terbahagi kepada dua seperti berikut: (a) Suhuf iaitu pedoman yang tidak begitu lengkap mengandungi hanya

penjelasan hukum-hakam dasar yang perlu diterangkan kepada manusia umumnya.

(b) Kitab ialah satu himpunan dasar lengkap untuk segala peraturan dan dasar ketuhanan yang berhubung dengan dunia mahupun dengan akhirat yang berhubung dengan zahir mahupun dengan yang batin.

6.1.2 Nama-nama Kitab

Kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah SWT ada disebut di dalam al-Quran. Kitab-kitab tersebut adalah: (a) KKitab Zabur

Kitab ini diturunkan kepada Nabi Daud a.s. Firman Allah SWT:

� �+�,����( �� ��/ ����� �������� �$$�

Maksudnya: „Dan kami berikan Zabur kepada Daud.‰

(Surah al-IsraÊ: 55)

Sebelum anda meneruskan pembacaan, cuba ingat kembali konsep rukun-rukun iman yang telah anda pelajari dalam topik sebelum ini.

SEMAK KENDIRI 6.1

Page 4: Topik 6 Beriman Kepada Kitab

TOPIK 6 BERIMAN KEPADA KITAB �

139

(b) KKitab Taurat Kitab ini diturunkan kepada Nabi Musa a.s. Firman Allah SWT:

� � � � ������ �� �0��� � ���� � �%1�� � �� !��� �� � � "2���3 � �%�� �"� #'� �+��� ��������� ����# �$� ��

��������� �������� ���#'�+� ������� %����&� 4 ���� � �#� ���' ��$� �� $��� ��� �!��"�5 �#��

���� $ �6 �� �&�� ��� �( ��� �% �� � �7 �� ��%��%�& �� ����+��� ����%����� �8�� ����' �(&% ) 9�*� �� �:�

� �+�# �+ 7' ��� � ����� $;�� ; "2���3 �� �#� ���� �� �#�� ����� �����, �� � �� ������� �2���� ����

Maksudnya: „Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia (tetapi) takutlah kepadaKu dan janganlah kamu menukar ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.‰

(Surah al-MaÊidah: 44) (c) KKitab Injil

Kitab ini diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Firman Allah SWT:

� �� ��(����� �� � �� ���� �+��( 9�-'�.� ���<�� � �$/ �� � )��* �0 �� � �# ��� ���=�� �& �� � ����

�0��� � ���� � �&� �+�,����( �� �>' �1?�@ �� �&' �� � �� !��� �� �)��* �0 ���� � �# ��� ���=�� �&�� � ����

�0��� � ���� �� ���� +0 � ������� ��=�) � �# ,���� ��A�

Page 5: Topik 6 Beriman Kepada Kitab

� TOPIK 6 BERIMAN KEPADA KITAB

140

Maksudnya: „Dan kami iringkan jejak mereka (nabi-nabi Bani Israil) dengan Isa putera Maryam, membenarkan Kitab yang sebelumnya, iaitu Taurat dan kami telah memberikan kepadanya kitab Injil sedang di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), dan membenarkan kitab yang sebelumnya iaitu kitab Taurat dan menjadi petunjuk serta pengajaran untuk orang-orang yang bertakwa.‰

(Surah al-MaÊidah: 46) (d) KKitab al-Quran al-Karim

Kitab ini diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT:

�� ���2� �� ����( �)���� �� % �B 9�*���� �� �� �C ������ �' �-3����� ��=�� ����# ���� ���������

������# �.� ��� �� ��.0��� ���� �D�E �/&4 �� �+'F ��5 �G�

Maksudnya: „Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mu'min yang mengerjakan amal saleh. Bahawa bagi mereka ada pahala yang besar...‰

(Surah al-IsraÊ: 9) Perlu diketahui bahawa selain dari kitab-kitab, Allah SWT juga

menurunkan suhuf yang berupa lembaran-lembaran kepada kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam firmanNya:

�� ���2� �� ��H�� �I�� 00��� �� J� �4 �� �-.� �I ���5 �KL ��M��� �9�6����� �-G�

Maksudnya: „Sesungguhnya ini benar-benar terdapat dalam kitab-kitab yang dahulu, (iaitu) kitab-kitab Ibrahim dan Musa.‰

(Surah al-AÊla: 18-19)

Page 6: Topik 6 Beriman Kepada Kitab

TOPIK 6 BERIMAN KEPADA KITAB �

141

Firman Allah SWT:

C �� �� ,,1��N � ��# � �7 �I�� �8 �9�6��� �OA� �;'��M��� �� ������� ��27�� �OP�

Maksudnya: „Ataukah belum diberitakan kepadanya apa yang ada dalam lembaran-

lembaran Musa? Dan lembaran-lembaran Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji?‰

(Surah al-Najm: 36-37) Keimanan terhadap kitab-kitab sebelum al-Quran ialah mempercayai bahawa ia datang daripada Allah SWT dan kita tidak dituntut untuk mengkaji ajarannya. Keimanan terhadap kitab al-Quran pula meliputi beriman kepada seluruh ajaran yang terdapat di dalamnya. Al-Quran mempunyai nama-nama dan sifat-sifat yang menggambarkan makna al-Quran itu sendiri. Kandungannya syumul dan ajarannya berkekalan serta meliputi seluruh zaman.

6.1.3 Sebab-sebab Manusia Memerlukan Kitab Allah SWT

Terdapat dua sebab utama manusia memerlukan kitab Allah SWT untuk hidup di muka bumi ini. Sebab-sebab itu adalah: (a) MManusia Memerlukan Panduan untuk Hidup Sempurna Manusia memerlukan kitab-kitab Allah SWT kerana ia mengandungi segala

peraturan dan syariat Allah SWT. Tidak semua umat manusia hidup sezaman dengan para rasul. Justeru melalui kitab-kitab yang diturunkan kepada para rasul inilah, manusia dapat mengetahui segala ajaran yang disampaikan oleh para rasul tersebut dan seterusnya membimbing hidup manusia ke arah yang lebih sempurna. Hal ini sewajarnya menimbulkan keinsafan kepada kita di atas perhatian dan sifat Maha Pengasih Allah SWT kepada para hambaNya sehingga menurunkan kitab-kitab yang bertujuan untuk memberikan hidayah bagi setiap orang yang beriman.

Dalam kumpulan, dapatkan maklumat-maklumat tambahan berhubung suhuf. Kemudian bentangkannya di dalam kelas.

AKTIVITI 6.1

Page 7: Topik 6 Beriman Kepada Kitab

� TOPIK 6 BERIMAN KEPADA KITAB

142

(b) MManusia Mempunyai Kelemahan Kemampuan akal manusia adalah terbatas kerana ia tidak mampu

menangani perkara-perkara yang berada di luar alam musyahadah. Dengan adanya kitab-kitab yang merupakan wahyu Allah SWT, ia mampu memberikan penjelasan tentang perkara-perkara samÊiyyat kepada manusia. Kemampuan akal manusia yang terbatas dalam memikirkan perkara-perkara ghaib ini akan dibimbing oleh wahyu untuk mengelakkan manusia dari hidup dalam kesesatan. Isi kandungan dan ajaran yang terkandung dalam kitab-kitab Allah SWT perlulah dihayati dan diamalkan dalam kehidupan harian (sila rujuk Rajah 6.1).

Rajah 6.1: Beberapa kanak-kanak sedang membaca kitab Allah SWT

6.1.4 Kelebihan al-Quran

Al-Quran mempunyai pelbagai kelebihan berbanding kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah SWT sebelumnya. (a) Al-Quran merupakan mukjizat teragung kepada Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT:

� �%3B �, � � %�� ����� & �� "5�( �$ �9 !�� ���� ���� "2���� �� ������ ���� "2���� ����� � �+,�4� �-P��Q

Maksudnya: „Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari

Tuhanmu (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (al-Quran).‰

(Surah an-NisaÊ: 174)

Page 8: Topik 6 Beriman Kepada Kitab

TOPIK 6 BERIMAN KEPADA KITAB �

143

Al-Quran adalah mukjizat Nabi Muhammad SAW yang paling agung berbanding mukjizat-mukjizat lain yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada baginda. Ia menjadi bukti kukuh kerasulan baginda yang tidak diyakini oleh orang-orang Yahudi yang berpegang kepada kitab Injil walaupun aspek kerasulan baginda itu telahpun dinyatakan sebelumnya oleh Allah SWT di dalam kitab Injil.

(b) Allah SWT memelihara al-Quran dari sebarang bentuk penyelewengan

hingga hari akhirat. Firman Allah SWT:

� � � �����? � �� ���� � ��5�-���� �� ��� /�& �� ���' ��� ���R �G�

Maksudnya: „Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya.‰

(Surah al-Hijr: 9) Kitab-kitab yang diturunkan lebih awal sebelum kitab al-Quran telah

banyak diselewengkan dan dipinda oleh golongan yang tidak beriman. Hal ini menyebabkan manusia tidak dapat mengetahui kalam sebenar Allah SWT di dalam kitab-kitab tersebut. Berbeza dengan kitab al-Quran, Allah SWT telah memelihara kesucian al-Quran. Ayat sebelum ini memberikan jaminan tentang kesucian dan kemurnian al-Quran buat selama-lamanya.

(c) Syariat di dalamnya adalah untuk seluruh manusia. Firman Allah SWT:

C ������� ��,��# �5�� "2�� "2�+�� ��&# ���:���� "2�� ��; 9�*�# �.� ��'�< �� �� � "2�� � � �$� �@��

� �+�� � .. �O�

Maksudnya: „Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah

Kucukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Kuredhai Islam itu menjadi agama bagimu.‰

(Surah al-MaÊidah: 3) Kandungan dan syariat yang terkandung di dalam al-Quran adalah tidak

terbatas kepada umat yang hidup sezaman dengan Nabi Muhammad SAW semata-mata. Sebaliknya ia diturunkan dan bersesuaian untuk seluruh umat manusia bermula dari zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah umat akhir zaman.

Page 9: Topik 6 Beriman Kepada Kitab

� TOPIK 6 BERIMAN KEPADA KITAB

144

(d) Al-Quran memansuhkan syariat-syariat yang terdapat di dalam kitab-kitab Allah SWT sebelumnya. Firman Allah SWT:

��2� ���� 5!��� �5 �&��+���� �� 6S��� ���� "T�* �0 4� ������� ���=�� �& �� � ... �GU�

Maksudnya: „Dan kitab ini (al-Quran) adalah kitab yang telah kami turunkan yang

diberkati, membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya ...‰ (Surah al-AnÊam: 92)

Isi kandungan kitab al-Quran telah menyeluruh dan melengkapkan semua

syariat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Justeru al-Quran memansuhkan syariat-syariat yang terdapat di dalam kitab-kitab Allah SWT sebelumnya.

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh anda jalankan untuk membantu murid-murid memahami topik yang kita bincangkan ini. Aktiviti berikut adalah beberapa cadangan sebagai panduan kepada anda. Anda boleh mengubahsuai aktiviti-aktiviti yang tertera mengikut kreativiti anda: (a) Mempertonton dan memperdengarkan nasyid rukun iman dan bernasyid

bersama-sama murid. Anda perlu menyediakan peralatan audio visual untuk tujuan ini dan pastikan ia boleh berfungsi dengan baik. Semasa mengalunkan nasyid bersama murid-murid, anda perlu menunjukkan minat dan kesungguhan untuk merangsang perhatian mereka. Jangan biarkan murid-murid menyanyi sendirian dan pastikan juga suara daripada peralatan audio visual tersebut tidak terlalu kuat sehingga mengganggu kelas lain, sekiranya anda melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bukan di dalam bilik audio-visual. Selesai bernasyid, bolehlah anda membuat perbincangan berkaitan isi nasyid tersebut dan mengaitkannya dengan isi pembelajaran.

(b) Membentangkan senarai nama kitab serta nama rasul-rasul yang menerima

kitab tersebut dengan menggunakan kad imbasan. Setelah murid telah dapat mengingati senarai tersebut, buatlah latih tubi untuk menyebutnya secara individu dan berkumpulan.

6.2

Page 10: Topik 6 Beriman Kepada Kitab

TOPIK 6 BERIMAN KEPADA KITAB �

145

(c) Mengadakan perbincangan dengan murid-murid tentang sebab-sebab manusia memerlukan kitab Allah SWT serta kelebihan kitab al-Quran berbanding kitab-kitab yang telah diturunkan sebelumnya. Minta murid-murid menyenaraikannya dan setelah itu, kemukakan beberapa soalan supaya bertambah keimanan mereka terhadap Allah SWT dan kitab-kitabNya.

� Beriman dengan kitab adalah salah satu dari rukun iman.

� Kitab Allah adalah kalam Allah SWT yang diwahyukan kepada para rasulNya. Kitab-kitab tersebut mengandungi peraturan hidup yang benar dan menjadi panduan hidup manusia.

� Selain dari kitab-kitab, Allah SWT juga menurunkan suhuf kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s.

� Allah SWT menurunkan kitab kerana manusia memerlukan panduan untuk hidup sempurna dan manusia itu sendiri bersifat dengan sifat kelemahan.

� Al-Quran merupakan mukjizat teragung kepada Nabi Muhammad SAW dan Allah SWT telah memelihara al-Quran daripada sebarang bentuk penyelewengan hingga hari akhirat.

� Syariat di dalam al-Quran adalah untuk seluruh manusia, justeru al-Quran memansuhkan syariat-syariat yang terdapat di dalam kitab-kitab sebelumnya.

1. Huraikan kembali konsep beriman dengan kitab-kitab Allah.

2. Berikan penilaian anda berhubung pendapat sesetengah pihak yang menyatakan bahawa isi kandungan dan ajaran al-Quran tidak lagi relevan pada masa kini.

AKTIVITI 6.2

Page 11: Topik 6 Beriman Kepada Kitab

� TOPIK 6 BERIMAN KEPADA KITAB

146

Al-Quran

Dalil naqli

Injil

Suhuf

Taurat

Zabur

Aimi Hamzah., Zulkifli Husin., & Mohd Fauzi Daud. (2004). Buku teks

pendidikan Islam Tahun 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmaji Aes Mukhtar. (pnys). (2004). Al-Muhtamir tafsir al-Quran Juz 1-30. Johor: Penerbitan Jahabersa.

Ghazali Darusalam. (2001). Pedagogi pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Muhammad Sulaiman Hj. Yasin. (1982). Pengantar akidah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.