26
 T   PENGENALAN  Perkataan „landskap‰ dipinjam dari perkataan Belanda landschap, dari land (berasal dari perkataan Inggeris land ) dan kata hujung  schap , bersamaan dengan kata hujung Inggeris ship. Konsep landskap, telah direkodkan seawal tahun 1598, dipinjam dari istilah pelukis Belanda pada abad ke 16, di mana pelukis-pelukis Belanda pada masa itu mempunyai kepakaran dalam bidang melukis pemandangan alam semula jadi. Perkataan Belanda landschap  bermakna „kawasan, bahagian tanah‰ tetapi apabila dijadikan perkataan Inggeris ia bermakna „gambar pemandangan alam‰ Kini istilah landskap merupakan „pemandangan kawasan tanah‰ termasuk elemen fizikal seperti keadaan tanah, elemen hidupan flora dan fauna, elemen abstrak seperti cahaya dan cuaca. Tidak ketinggalan juga elemen manusia seperti kegiatan manusia atau elemen binaan. T o o p p i i k k 8 8 Landskap Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan antara landskap dan taman permainan; 2. Menghuraikan jenis-jenis tumbuhan yang dijadikan tanaman landskap; 3. Menjelaskan perkara-perkara yang harus dilakukan untuk mewujudkan lanskap yang baik; 4. Memerihalkan penjagaan taman mini dengan sempurna; dan 5. Merancang pembinaan landskap dengan betul. HASIL PEMBELAJARAN

topik 8 landskap

Embed Size (px)

Citation preview

  • T

    X PENGENALAN Perkataan landskap dipinjam dari perkataan Belanda landschap, dari land (berasal dari perkataan Inggeris land) dan kata hujung schap, bersamaan dengan kata hujung Inggeris ship. Konsep landskap, telah direkodkan seawal tahun 1598, dipinjam dari istilah pelukis Belanda pada abad

    ke 16, di mana pelukis-pelukis Belanda pada masa itu mempunyai kepakaran dalam bidang melukis pemandangan alam semula jadi. Perkataan Belanda landschap bermakna kawasan, bahagian tanah tetapi apabila dijadikan perkataan Inggeris ia bermakna gambar pemandangan alam Kini istilah landskap merupakan pemandangan kawasan tanah termasuk elemen fizikal seperti keadaan tanah, elemen hidupan flora dan fauna, elemen abstrak seperti cahaya dan cuaca. Tidak ketinggalan juga elemen manusia seperti kegiatan manusia atau elemen binaan.

    Tooppiikk88 Landskap X

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Membezakan antara landskap dan taman permainan;

    2. Menghuraikan jenis-jenis tumbuhan yang dijadikan tanamanlandskap;

    3. Menjelaskan perkara-perkara yang harus dilakukan untuk mewujudkan lanskap yang baik;

    4. Memerihalkan penjagaan taman mini dengan sempurna; dan

    5. Merancang pembinaan landskap dengan betul.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • TOPIK 8 LANDSKAP W 135

    Dari apa yang disebutkan itu, menampakkan bahawa landskap adalah satu suasana di mana ia memerlukan usaha dan kreativiti manusia untuk mewujudkan persekitaran yang indah dan cantik. Ia bertujuan memelihara alam semula jadi supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Dalam konsep ini, kita haruslah mempunyai satu sikap untuk memelihara alam sekitar dan keindahannya supaya manusia dapat hidup dengan lebih selesa dan harmoni. Antara perkara-perkara yang harus dijalankan oleh manusia untuk mewujudkan suasana yang harmonis ialah dengan membina landskap, menanam tanaman, pembinaan struktur seperti jalan-jalan kecil, air pancutan, wakaf serta pengurusan kawasan yang baik.

    SEMAK KENDIRI 8.1

    Dapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan sejarah penggunaan landskap dari sumber-sumber yang ada pada masa kini. Bandingkanfakta yang terdapat dalam bacaan ini dengan fakta yang diperolehi darisumber berkenaan.

    8.1 MINI LANDSKAP

    Mereka bentuk dan membina landskap di kawasan kecil adalah satu usaha oleh individu dan juga kerajaan untuk mewujudkan satu persekitaran yang indah dan menarik. Dalam usaha membina landskap begini, perhatian kepada perkara-perkara yang terperinci adalah sangat perlu diambil perhatian. Ini bermakna saiz dan jenis tanaman yang hendak ditanam perlu dihalusi serta disusun begitu rapi untuk mewujudkan suasana dan kombinasi pokok dan warna yang boleh memberi keharmonian kepada pemilik-pemiliknya. Membina landskap di kawasan rumah akan menampakkan suasana kawasan lebih luas dan besar dari keadaan sebenar. Ia juga akan mengalih pandangan pelawat-pelawat yang datang ke rumah kita ke arah perkara-perkara yang lebih indah dan cantik daripada melihat benda-benda lain yang remeh temeh. Membina landskap kecil akan menampakkan sempadan yang ketara di antara taman yang indah dan cantik dengan persekitaran luar yang tidak seindah dengan landskap yang kita bina itu. Setiap perancangan dan keputusan yang dibuat dalam membina dan membentuk kombinasi bahan dan warna taman itu dibuat mengikut penilaian dan pemikiran yang begitu rapi. Ia berbeza kalau bandingkan dengan membina landskap yang lebih besar dan yang mana perkara-perkara yang terperinci tidak begitu diambil kira.

  • X TOPIK 8 LANDSKAP 136

    Sebelum mereka bentuk dan membina landskap di halaman rumah kita, beberapa pertimbangan perlu diambil kira. Perkara-perkara itu ialah: (a) Kemampuan Pergerakan

    Apabila membina landskap di halaman rumah kita, perkara pertama yang kita perlu fikirkan ialah tempat berjalan kaki. Adakah kita menyediakan laluan untuk membolehkan orang yang hendak ke rumah kita atau berjalan-jalan dalam taman kita? Jadi bagi tujuan orang ramai dan juga kita sendiri untuk menikmati kecantikan taman kita itu, kita perlu membina jalan-jalan kecil yang mengelilingi seluruh taman, terutama sekali ke tempat-tempat yang menarik.

    (b) Lindungan

    Kebanyakan landskap yang dibina di halaman rumah mengalami kekurangan cahaya matahari. Ini disebabkan terlindung oleh dinding yang tinggi atau bumbung yang melindungi cahaya dari memasuki kawasan taman. Perkara ini boleh menghindar dari menanam beberapa spesies pokok yang memerlukan banyak cahaya. Setengah-setengah orang menganggap perkara ini dapat membantu pemilik-pemilik landskap dari membina pergola atau menanam pokok besar. Lindungan juga boleh menyebabkan masalah kepada kehidupan tumbuh-tumbuhan di mana kelembapan boleh menyebabkan pembiakan siput babi, kulat dan musuh tanaman yang lain.

    (c) Ketinggian

    Taman mini mempunyai masalah dalam hal-hal ketinggian pokok. Ini kerana taman seperti ini tidak memerlukan pokok-pokok yang tinggi. Jadi penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan menanam pokok dalam pasu atau bekas yang boleh mengurangkan tahap pembesaran dan ketinggian. Pokok-pokok yang ditanam dalam bekas boleh mewujudkan suasana yang pelbagai dalam taman itu kerana pokok-pokok dari pelbagai warna, ketinggian, bentuk dan jenis mewujudkan gaya mengikut kesukaan pemilik taman itu sendiri.

    (d) Pengurusan

    Pokok-pokok yang ditanam dalam landskap mini perlulah di jaga dengan rapi seperti biasa iaitu menyiram, merumpai dan membaja. Pokok-pokok yang tidak dijaga dengan rapi dan sempurna boleh menyebabkan terbantut dari segi pembesaran dan juga akan kelihatan tidak menarik.

  • TOPIK 8 LANDSKAP W 137

    (e) Tujuan Sebelum anda membina taman mini, tentu anda telah memikirkan apakah tujuan ia dibina. Adakah ia dibina untuk melindungi satu-satu perkara yang tidak sedap dipandang seperti longkang besar atau dinding batu yang tinggi. Walau apa tujuan sekali pun, ia semata-mata untuk membolehkan orang-orang melihat taman itu terasa selesa dan tenang. Landskap mini yang baik dan menghiburkan mungkin mempunyai set barbeku, dapur memasak piza atau lain-lain kelengkapan memasak luaran yang diperlukan. Taman ini semata-mata untuk memberi keselesaan dan hiburan kepada sesiapa yang berada di dalamnya (sila lihat Rajah 8.1). Walaupun apa tujuan sebenar, sama ada untuk bersiar-siar, beriadah, makan minum bersama keluarga atau hanya untuk menghirup udara nyaman dan menikmati pemandangan yang indah dan menarik, landskap adalah satu-satunya pembinaan yang akan menyelesaikan masalah alam sekitar.

    Rajah 8.1: Taman yang selesa

    AKTIVITI 8.2

    1. Huraikan dengan lebih lanjut kepentingan landskap kepada masyarakat.

    2. Apakah perbezaan antara taman mini dengan landskap? Huraikan proses pembinaan setiap jenis taman berkenaan.

  • X TOPIK 8 LANDSKAP 138

    KEPENTINGAN LANDSKAP 8.2

    Pembinaan landskap mempunyai fungsi dan tujuan tersendiri, bergantung kepada tujuan asal ia dibina. Namun apa pun tujuan, ia akan memberi keselesaan kepada pemandangan tempat itu. Fungsi dan peranan landskap bergantung kepada beberapa aspek seperti peletakan dan juga fungsi mengapa pokok ditanam. Peletakan tanaman perlu disesuaikan dengan tujuan utama mengapa pokok-pokok itu dipilih. Pada tahap ini, kesatuan dalam seni reka perlu wujud. Ia meliputi:

    Kepelbagaian jenis pokok; Penekanan; Keseimbangan dari segi tanaman; Kesederhanaan pemilihan; dan Urutan jenis tanaman mengikut warna dan saiz. Pokok-pokok yang ditanam perlu menampakkan pandangan yang indah dan menarik bergantung kepada fungsi dan tujuan. Pokok-pokok yang disusun rapi dapat membentuk satu-satu fenomena bergantung kepada situasi dan juga dan suasana. Pokok-pokok yang disusun itu akan membentuk:

    Taman bunga; Tempat berteduh dari cahaya matahari; Membentuk pandangan yang indah; Menampang tiupan angin; dan Memberi bayangan untuk berteduh. Pemilihan jenis tanaman ataupun cara penyusunan semasa menanam perlu mengikut apa yang telah dirancang untuk memenuhi fungsi serta estetikanya. Apabila menanam, pokok itu perlu disusun mengikut jenis tanaman, ukuran, bentuk, tekstur dan warna. Kalau dikaji secara mendalam dan terperinci, kita dapat merumuskan bahawa di sebalik tujuan luaran untuk mengindahkan pandangan, ia mempunyai tujuan tersembunyi yang boleh diklasifikasikan sebagai tujuan ekonomi, alam sekitar dan juga tujuan estetika.

  • TOPIK 8 LANDSKAP W 139

    8.2.1 Kepentingan Ekonomi

    Landskap yang menjadi tarikan kepada pengunjung-pengunjung rumah atau satu-satu tempat itu mempunyai nilai ekonomi kerana:

    Perniagaan Nurseri Boleh membekalkan pelbagai jenis benih pokok hiasan, bahan tanaman, medium dan bekas tanaman, peralatan perkebunan, baja dan racun.

    Kedai Bunga Taman mini yang menanam pokok-pokok yang berbunga boleh menghasilkan bunga-bunga hidup yang boleh dijual.

    Kontraktor Landskap Pemilik-pemilik landskap yang mempunyai kemahiran dan kebolehan dalam membina landskap boleh pula menggunakan kemahiran itu untuk menjadi kontraktor landskap di rumah-rumah orang lain yang berminat.

    Menggalakkan Aktiviti Pelancongan Tempat-tempat yang menarik hasil dari pembinaan landskap, akan menggalakkan kunjungan pelancong. Ekoran dari itu, ia memberi peluang kepada industri pelancongan bagi menampung keperluan pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negeri.

    8.2.2 Kepentingan Alam Sekitar

    Selain daripada menjadi punca ekonomi kepada pengusaha-pengusaha, landskap boleh pula dijadikan sebagai penambahbaikan kepada kesempurnaan alam sekitar. Antara kebaikan-kebaikan itu ialah: Mengawal Hakisan Tanah

    Landskap yang dibina di lereng-lereng bukit dan tebing-tebing sungai boleh membantu dalam menghalang hakisan tanah yang berpunca dari aktiviti air hujan. Dengan penanaman pokok-pokok, rumput serta pokok renek lain akan mengelak dari hakisan.

    Mengawal Suhu Persekitaran Cahaya matahari yang terik boleh meningkatkan suhu. Landskap yang ditanam dengan pokok yang rendang dan redup boleh menurunkan suhu di persekitaran. Ini kerana bayangan dan juga teduhan dapat mengurangkan pancaran cahaya matahari.

  • X TOPIK 8 LANDSKAP 140

    Mengawal Suhu Alam Sekitar Bayangan dan teduhan yang disebabkan oleh pokok-pokok dapat sedikit sebanyak membantu bagi mengurangkan kepanasan dan suhu di sesuatu kawasan dari pancaran matahari yang terik.

    Mengawal Pencemaran Alam Sekitar Pokok-pokok yang ditanam dalam landskap dapat membantu menyaring udara tercemar. Ia bertindak sebagai penapis dan pengadang dari tiupan angin kencang dan bunyi bising.

    Imbangan Ekologi dan Kehidupan Fauna Penanaman pokok yang pelbagai warna, jenis, bentuk dan saiz akan menarik perhatian hidupan fauna dan mewujudkan satu persekitaran ekosistem yang stabil. Persekitaran seperti ini mewujudkan habitat kepada hidupan dan membolehkan ia membiak.

    8.2.3 Kepentingan Estetika

    Antara kepentingan landskap yang dinilai dari segi estetika adalah seperti berikut: Ciri-ciri Menarik

    Landskap yang mempunyai rupa bentuk, saiz, bau dan warna menjadi daya penarik serta mempertingkatkan nilai estetika sesuatu tempat.

    Merangsang Ketenangan Jiwa Tanaman yang ditanam dengan pelbagai warna dan bentuk boleh merangsang ketenangan jiwa yang diperlukan oleh manusia.

    Mempertingkat Taraf Hidup Landskap yang menarik akan mendorong orang ramai untuk mengunjunginya. Ia boleh membina masyarakat dari segi rekreasi, kesihatan, pendidikan, pelancongan serta sosioekonomi. Keadaan ini akan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat.

    Pembinaan landskap yang baik dan bermutu boleh mewujudkan nilai estetika (Austin, Richard L. 1982). Nilai estetika dari tanaman yang ditanam diwujudkan dari perpaduan antara warna, bentuk, tekstur, skala dan komposisi. Nilai itu juga dapat diperoleh dari satu-satu tanaman, sekelompok tanaman yang sejenis, kombinasi tanaman pelbagai jenis atau kombinasi antara tanaman dengan elemen landskap lainnya. Dalam konteks ini, kesan estetikanya boleh meningkatkan nilai satu-satu landskap itu.

  • TOPIK 8 LANDSKAP W 141

    Selain daripada itu, nilai estetika satu-satu landskap itu juga dapat mewujudkan fungsi yang tersendiri. Antaranya ialah: Kombinasi Warna

    Warna dari satu-satu tanaman dapat menimbulkan kesan visual pada pantulan cahaya yang jatuh pada tanaman tersebut. Kesan psikologi yang ditimbulkan dari warna cerah akan memberikan rasa senang, gembira serta kepanasan. Warna lembut pula akan memberi kesan tenang dan sejuk. Dan bila beberapa jenis tanaman dengan pelbagai warna disatukan ia akan menimbulkan kesan estetika.

    Bentuk Landskap dan Tanaman Bentuk landskap dan tanaman dapat digunakan untuk menunjukkan bentuk 2 atau 3 dimensi, memberikan kesan dinamis, indah, kesan lebar atau luas dan sebagainya.

    Tekstur Tanaman Tekstur satu-satu tanaman boleh ditentukan oleh cabang, batang, ranting, daun dan jarak pandangan terhadap tanaman tersebut.

    Perbezaan Saiz Perbandingan saiz antara tanaman dengan tanaman lain atau tanaman dengan persekitarannya juga memberi kesan kepada nilai estetika satu-satu landskap ini.

    Selain daripada kepentingan landskap dan tanaman kepada manusia, ia juga mempunyai fungsi yang tersendiri. Antara fungsi utamanya ialah: Memberi Perlindungan dan Teduhan

    Pokok-pokok yang rendang dan mempunyai daun yang banyak dapat mewujudkan teduhan. Ia membantu dalam menghalang orang-orang yang berlindung di bawahnya dari hujan, angin, sinaran matahari dan silau cahaya.

    Membentuk Ruang Kadang kala tanaman atau pokok-pokok yang ditanam dalam taman dapat membentuk sempadan kepada ruang-ruang tertentu seperti sempadan antara pejalan kaki dan laluan kenderaan. Biasanya tanaman jenis pokok renek digunakan bagi tujuan ini.

    Mengadang Pandangan yang Tidak Menarik Kawasan-kawasan yang mempunyai pandangan yang tidak menarik seperti kawasan pembuangan sampah, longkang dan sungai yang tercemar,

  • X TOPIK 8 LANDSKAP 142

    biasanya ditutup dengan pengadang. Pada kebiasaannya, ia dilindungi dengan dinding atau tembok batu. Untuk tujuan ini, landskap yang menggunakan elemen-elemen air terjun atau bongkah-bongkah batu digunakan sebagai pengadang. Pandangan yang tidak menarik itu dengan sendirinya teradang oleh landskap.

    Mengarah Pergerakan, Penunjuk Arah atau Persimpangan Pokok-pokok atau tanaman penutup bumi boleh ditanam bagi menunjukkan arah pergerakan lalu lintas terutamanya pejalan kaki. Di samping itu, ia juga boleh digunakan sebagai penghalang pergerakan.

    Melembutkan Pandangan Di bandar-bandar besar, Selain untuk beriadah, landskap juga digunakan untuk menghalang pandangan bangunan-bangunan tinggi atau binaan konkrit. Apabila landskap dibina, dengan pokok-pokok yang berwarna-warni, ia akan memberi pandangan yang lebih menarik dan lembut.

    JENIS-JENIS TANAMAN YANG SESUAI 8.3

    Tanaman merupakan salah satu daripada elemen yang terpenting dalam pembinaan landskap (lihat Rajah 8.2). Ia dapat membentuk fizikal dan kecantikan bergantung kepada warna, bau, bentuk dan ketinggian pokok.

    Rajah 8.2: Tanaman hiasan Sebelum satu-satu landskap itu dibina, ia memerlukan satu perancangan yang rapi dan sistematik. Perkara asas yang harus dijadikan perkiraan ialah tempat di mana ia hendak dibina. Perkara kedua ialah reka bentuk dan perkara ketiga ialah jenis-jenis tanaman yang perlu ada dalam landskap berkenaan. Jenis dan bentuk serta sifat tanaman pula bergantung kepada fungsi dan tujuan landskap itu dibina. Bagi tujuan memilih jenis-jenis tanaman yang hendak digunakan dalam landskap, anda boleh mendapatkannya dari pembekal-pembekal landskap atau dari nurseri. Berikut disenaraikan beberapa kategori dan jenis tumbuhan yang biasa digunakan di Malaysia seperti berikut. (a) Pokok Bunga Semusim

    Pokok bunga semusim ialah sejenis pokok yang mempunyai kitaran hayat yang pendek dan biasanya kurang daripada satu tahun. Tanaman jenis ini akan mati selepas mengeluarkan bunga. Pokok-pokok yang boleh didapati

  • TOPIK 8 LANDSKAP W 143

    di Malaysia ialah bunga matahari, marigold, bunga keembung, balung ayam, zinnia dan bunga butang.

    (b) Pokok Hiasan

    Pokok hiasan pula bermakna pokok yang mempunyai rupa bentuk, daun, bunga dan buah yang menarik. Pokok ini digunakan sebagai menghias kawasan dan juga sebagai penanda untuk menarik perhatian orang ramai. Contoh tanaman jenis ini ialah kenanga, batai laut dan akasia perak.

    (c) Pokok Renek

    Sejenis tumbuhan yang mempunyai banyak batang dan muncul dari pangkal. Pokok jenis ini boleh dibahagikan kepada 3 jenis utama seperti dalam Jadual 8.1.

    Jadual 8.1: Jenis-jenis Pokok Renek

    Pokok renek berdaun

    Pokok yang mempunyai bentuk daun yang cantik seperti pokok akalipa kuning dan pokok puding.

    Pokok renek berbunga

    Pokok yang mempunyai warna atau bunga yang menarik. Contoh tanaman jenis ini ialah bunga raya dan bunga kertas.

    Pokok renek pagaran

    Pokok yang sentiasa mengeluarkan daun dari bahagian pangkal. Pokok ini perlu ditanam rapat untuk dijadikan sebagai pagar. Pokoknya perlu selalu dipangkas. Contohnya ialah pokok teh.

    (i) Pokok Naungan Pokok naungan ditanam untuk menghasilkan bayang dan teduhan.

    Pokok ini biasanya tumbuh merendang serta mempunyai kanopi yang padat seperti akasia kuning, semarak api, kayu manis, bunga tanjung, ketapang dan batai laut.

    (ii) Pokok Memanjat Pokok memanjat merupakan sejenis pokok yang memerlukan

    sokongan untuk memanjat. Pokok jenis ini memanjat atau menjalar dengan cara melilit pada pancang atau struktur yang dibina khusus untuk membolehkan ia memanjat. Pokok ini tidak boleh berdiri dengan tegak kerana batangnya lembut dan memerlukan sokongan. Contoh pokok yang memanjat ialah sirih dan seri pagi.

  • X TOPIK 8 LANDSKAP 144

    (iii) Pokok Palma Pokok jenis ini merupakan pokok daripada famili palmae. Biasanya

    pokok ini mempunyai satu batang yang berakhir dengan sejambak daun. Contoh pokok palma ialah pokok pinang raja dan kelapa gading.

    (iv) Pokok Lendair Pokok lendair ialah pokok yang tidak mempunyai tisu kayu pada

    bahagian sokongannya seperti ranting dan batang. Ia tidak boleh tahan dengan pancaran cahaya matahari yang kuat. Pokok ini biasanya ditanam di tempat yang tidak mempunyai cahaya matahari yang kuat seperti dalam bangunan. Contoh pokok ini ialah resam batu dan pokok pilen.

    (v) Pokok Herba Pokok herba ditanam untuk mendapatkan warna hijau dan tekstur

    yang menarik. Selain itu, pokok herba juga boleh dijadikan ubat-ubatan tradisional. Contoh pokok herba yang biasa ditanam dalam landskap ialah misai kucing, kancing baju dan cekur.

    (vi) Pokok Paku Pakis Pokok jenis ini merupakan sejenis spesies pokok yang berdaun hijau,

    menarik dan tidak berbunga. Contoh pokok paku pakis ialah paku pakis sungai dan tunjuk langit.

    (vii) Pokok Kaktus

    Pokok kaktus ialah pokok yang tergolong dalam famili cactaceae. Pokok jenis ini telah menjalani proses ubahsuaian semula jadi untuk membolehkan ia hidup di tempat yang mempunyai cuaca panas dan berpasir serta kekurangan air. Contoh kaktus ialah espostoa dan cereus peruvianas.

    (viii) Pokok Penutup Bumi Tanaman penutup bumi pula ditanam dengan tujuan mengawal

    rumpai dari tumbuh meliar. Ia terdiri daripada tumbuhan rendah yang tumbuh menjalar di atas permukaan. Contohnya ialah zebrina pendula, hemingraphis colorta dan rumput bermuda.

  • TOPIK 8 LANDSKAP W 145

    SEMAK KENDIRI 8.1

    1. Bincangkan proses penyediaan landskap mengikut cara yang betul.

    2. Pada pendapat anda, mengapakah pokok buah-buahan tidak ditanam dalam landskap? Bandingkan pendapat anda dengan pendapat yang diberikan oleh pakar-pakar landskap.

    Pemilihan tanaman yang betul adalah satu daripada rahsia dalam mewujudkan landskap yang baik dan berjaya. Tanaman dan warna adalah pembuka selera kepada landskap yang hidup. Selain itu, terdapat elemen-elemen yang boleh digunakan dengan mempunyai tujuan sebagai pendinding, naungan, teduhan, menghalang hakisan, pembahagian kawasan atau tempat, mengawal bunyi bising, tempat tumpuan dan sebagainya. Oleh itu,, pemilihan tanaman yang betul untuk tempat tertentu dan tujuannya akan mewujudkan landskap yang baik, profesional dan terurus. Di bawah ini disenaraikan beberapa pertimbangan asas yang perlu dalam pemilihan tanaman untuk landskap. Ketinggian dan Lebar

    Ketinggian dan lebar satu-satu pokok adalah diambil kira saiz pokok itu matang. Oleh itu,, apabila kita menanam pokok, kita mesti fikirkan saiz pokok itu apabila matang nanti. Kalau kawasan itu tidak boleh menampung pokok yang besar, adalah lebih baik sekiranya tempat itu ditanam dengan pokok lain yang diketahui tentang saiz matangnya. Ini adalah untuk mengelak masalah yang akan timbul pada masa hadapan.

    Bentuk Bentuk satu-satu pokok itu ialah bentuk yang wujud dari pembesaran pokok berkenaan sama ada ia berbentuk seperti batang, bulat, bentuk pasu, merayap atau melata.

    Tekstur Tekstur ialah kelicinan atau kekasaran pokok berkenaan. Ia juga boleh dikategorikan sebagai ketebalan daun dan warna daun sama ada cerah atau gelap. Sebagai peraturan dalam penanaman pokok, pokok-pokok yang licin perlu ditanam dengan lebih banyak kalau dibandingkan dengan pokok yang berdaun kasar.

  • X TOPIK 8 LANDSKAP 146

    Perkara-perkara lain yang juga perlu diambil kira ialah:

    Ketahanan kepada serangga dan penyakit Memerlukan cahaya atau teduhan. Ketahanan kepada air. Ketahanan kepada kemarau. Jenis tanah yang diperlukan.

    BENTUK-BENTUK TAMAN MINI 8.4

    Membina dan menguruskan taman mini (lihat Rajah 8.3) adalah satu kerja yang menyeronokkan kepada peminat-peminat tanaman, terutama sekali apabila taman mini itu mempunyai daya penarik yang dapat menenangkan fikiran. Harus diingat bahawa pengurusan taman mini bukan hanya perlu dilakukan sekali sahaja atau sekali sekala, tetapi ia perlu diuruskan sepanjang masa.

    Rajah 8.3: Taman mini Sebelum memulakan pembinaan taman mini, anda perlu mengikuti beberapa panduan seperti:

    Buangkan semua benda yang menjadi penghalang kepada pembinaan taman. Sekiranya terdapat pokok atau tumbuhan yang difikirkan perlu disimpan, ia tidak dimusnahkan. Bagi yang tidak berguna atau tidak hendak dijadikan tanaman, ia harus dipotong. Sekiranya terdapat tumbuhan yang sedia ada itu perlu ditanam dalam bekas, ia harus dipindahkan ke tempat lain atau terus ke dalam bekas berkenaan.

    Sediakan alatan yang diperlukan di tempat yang sesuai dan senang diperoleh. Ini akan memudahkan kerja-kerja pembinaan itu nanti.

    Sekiranya terdapat longkang atau saluran air di dalam taman anda, alihkan saliran air itu supaya ia tidak merosakkan tanaman.

    Pastikan tempat di mana anda akan mendapatkan bekalan dan bahan tanaman atau elemen-elemen lain yang diperlukan dari pembekal-pembekal yang berhampiran dengan tempat anda supaya ia mudah dihantar.

    Pembinaan taman mini memerlukan pendekatan yang berbeza kalau dibandingkan dengan membuat landskap di kawasan yang lebih besar.

  • TOPIK 8 LANDSKAP W 147

    Penggunaan tapak yang bertingkat dan bekas, dan teori warna membolehkan kawasan kecil akan nampak lebih besar. Apabila membuat landskap di kawasan kecil, ia akan mewujudkan kesan yang maksima kepada setiap elemen yang digunakan, seperti penggunaan elemen-elemen yang menarik seperti air terjun atau pancutan air. Di bawah ini disenaraikan beberapa bentuk taman mini yang boleh digunakan bagi mewujudkan suasana menarik dan indah. (a) Tapak Bertingkat

    Sekiranya landskap itu dibina di kawasan yang kecil, sebarang tapak tanaman berbunga yang dibuat di atas tanah, mungkin boleh menyebabkan kerosakan kerana terpijak. Sekiranya dipagari, ia mencacatkan pandangan. Jadi jalan yang terbaik ialah dengan meninggikan tapak tanaman itu di tempat yang lebih tinggi dari paras tanah.

    (b) Penggunaan Teori Warna

    Penggunaan teori warna dalam landskap, termasuk percantuman warna dari tanaman boleh membentuk satu warna yang harmoni serta menarik. Sekiranya membuat landskap di kawasan kecil, anda boleh menarik perhatian pengunjung dengan menggunakan warna yang sejuk. Warna biru dan warna sejuk lain boleh menampakkan kawasan yang kecil nampak lebih besar. Sebaliknya, warna panas seperti warna merah boleh menjadikan kawasan lebih besar, menampakkan ia lebih kecil. Warna panas akan lebih menonjol pada landskap.

    Satu lagi bentuk taman mini yang boleh dibuat di kawasan kecil ialah dengan menggunakan bekas atau pasu bunga. Saiz, bentuk, sifat dan warna pasu bergantung kepada jenis dan juga warna tanaman yang hendak di tanam dalam pasu berkenaan. Di bawah ini disenaraikan beberapa panduan apabila menggunakan bekas sebagai medium untuk tanaman. Nutrien dan Air

    Tanaman yang ditanam dalam bekas tidak memperoleh air dan nutrien dari dalam tanah. Ini kerana akar tidak terkeluar dari bekas berkenaan. Oleh itu,, pokok berkenaan perlu disiram dan dibaja selalu.

    Tanah

    Tanah yang digunakan untuk menanam pokok berkenaan adalah dari jenis yang berkualiti. Sebarang tanah yang didapati di sekitar rumah adalah tidak begitu sesuai untuk tanaman. Oleh itu, anda haruslah mendapatkan tanah

  • X TOPIK 8 LANDSKAP 148

    yang disediakan khusus untuk tanaman dalam pasu yang terdapat di nurseri.

    Menanam

    Semasa anda menanam pokok dalam pasu, anda harus menambah sedikit baja yang sesuai untuk tanaman berkenaan.

    Baja

    Pokok yang ditanam dalam bekas adalah lebih elok digunakan baja yang berbentuk cecair. Ini memudahkan akar menyerap nutrien dari tanah berkenaan.

    Bekas

    Pastikan anda memilih bekas yang mempunyai lubang di bahagian bawah kerana ia memudahkan pengaliran air.

    Pada kebiasaannya, taman mini dibina di atas tanah yang mempunyai kawasan yang terhad. Tetapi terdapat taman mini yang dibina dalam rumah atau di berada rumah yang menggunakan elemen-elemen lain daripada yang dibina di luar rumah. Taman mini seperti ini menggunakan bekas atau pasu.

    TAMAN MINI DALAM BEKAS 8.5

    Taman mini yang menggunakan bekas yang terdiri dari pelbagai bentuk, sifat saiz dan warna adalah salah satu daripada elemen yang dapat dipraktikkan dalam pembinaan landskap. Bekas yang digunakan boleh dikategorikan kepada dua, iaitu bekas terbuka dan bekas tertutup atau terrarium. Biasanya taman mini seperti ini ditempatkan di penjuru rumah atau di beranda yang teduh dari panas matahari dan hujan.

    8.5.1 Bekas Terbuka

    Taman mini seperti ini dibina dengan menanam dan menyusun objek hiasan lain di dalam sebuah bekas yang terbuka. Langkah-langkah yang dijalankan adalah seperti berikut:

    (i) Memilih bekas yang sesuai dari segi saiz, bentuk, warna dan sifat untuk dipadankan dengan jenis tanaman. Pastikan juga bekas itu mempunyai lubang di bahagian bawah untuk pengaliran air.

    (ii) Bekas yang telah dipilih perlu dibersihkan dengan menggunakan cecair pembunuh kuman.

  • TOPIK 8 LANDSKAP W 149

    (iii) Memasukkan medium tanaman yang mengandungi campuran tanah loam, bahan organik dan pasir ke dalam bekas.

    (iv) Medium yang dimasukkan ke dalam bekas itu hendaklah dipadatkan supaya nampak lebih menarik.

    8.5.2 Bekas Tertutup

    Taman mini yang dibina dalam bekas tertutup pula menggunakan bekas lut sinar. Pada kebiasaannya, bekas itu diperbuat daripada kaca. Taman mini seperti ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti taman mini di atas plot atau tanah. Ia tidak perlu menyiram dan membaja dengan kerap. Langkah-langkah yang perlu dijalankan dalam pembinaan taman mini bekas tertutup ialah:

    (i) Memilih bekas lut sinar seperti botol kaca dan balang yang sesuai digunakan. Ia bertujuan untuk membolehkan tanaman yang ditanam dalam bekas itu mendapat cahaya matahari.

    (ii) Menyediakan bahan yang biasa digunakan seperti batu kelikir, serpihan arang dan bahan hiasan lain. Bahan-bahan itu perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas.

    (iii) Bekas yang telah dipilih perlulah dibersihkan di bahagian luar dan dalam. Bekas itu perlulah dibilas dan dikeringkan.

    (iv) Medium tanaman dari campuran yang disediakan di nurseri perlulah digorengkan terlebih dahulu untuk membasmi kuman dan bakteria yang boleh membahayakan tanaman.

    (v) Sebelum medium dimasukkan, batu kerikil perlu dimasukkan di bahagian bawah bekas. Ia dilakukan untuk membolehkan pengaliran air dengan lebih baik. Kemudian dengan menggunakan corong dan sudip, medium tanaman dimasukkan ke dalam bekas. Medium yang telah dimasukkan ke dalam bekas itu dipadatkan.

    Langkah-langkah yang disenaraikan di atas adalah proses penyediaan bekas sebelum proses penanaman dapat dilakukan. Di bawah ini disenaraikan pula proses-proses yang dilakukan untuk penanaman dalam bekas. Proses itu adalah seperti berikut:

    (i) Membina lubang penanaman dengan menggunakan kayu kecil pada atas medium tanaman yang telah dipadatkan.

    (ii) Anak pokok yang telah dipilih dimasukkan ke dalam bekas dengan menggunakan penyepit

  • X TOPIK 8 LANDSKAP 150

    (iii) Timbus pangkal pokok dengan medium dan padatkan supaya pokok tidak tumbang.

    (iv) Siram pokok yang telah ditanam dengan menggunakan straw. Perlu diingat bahawa air tidak perlu banyak semasa penyiraman dibuat kerana pokok akan mati akibat terlalu banyak air.

    ELEMEN LANDSKAP 8.6

    Istilah elemen pada landskap bermaksud benda-benda yang dibina atau diletakkan pada landskap untuk mewujudkan satu bentuk yang menarik. Ia meliputi bahan-bahan semula jadi seperti: Pokok Pokokpokok besar atau kecil dan tanaman lain dijadikan bahan yang

    penting dalam pembinaan landskap. Penyusunan dan penanaman pokok dan dengan rapi mengikut warna dan saiz akan memainkan peranan yang berkesan dalam keunikan dan kecantikan satu-satu landskap.

    Rumput

    Rumput (sila lihat Rajah 8.4) yang terdiri dari pelbagai jenis dan rupa merupakan bahan utama yang digunakan dalam penyediaan landskap. Setiap landskap tidak lengkap sekiranya tidak mempunyai kawasan lapang yang rata dan ditumbuhi dengan rumput yang menghijau. Suasana begitu boleh menyejukkan pandangan serta menampakkan kawasan itu lebih besar dari sebenarnya.

    Rajah 8.4: Rumput

    Air Elemen air yang digunakan dalam landskap dapat mewujudkan suasana alam semula jadi. Bunyi aliran air dan air terjun serta ikan-ikan yang berenang dalam kolam dapat memberi ketenangan kepada pengunjung taman berkenaan. Elemen air pada landskap dapat diwujudkan dengan pembinaan kolam, air pancutan dan air terjun.

    Batu-batan Batu batan, sama ada berbentuk kecil atau besar, boleh dijadikan bahan hiasan dalam landskap. Ia boleh dijadikan bahan untuk menutup permukaan tanah atau disusun rapi menjadi bongkah-bongkah. Ada kalanya batu batan

  • TOPIK 8 LANDSKAP W 151

    digunakan untuk membuat pagar atau sempadan bagi satu-satu kawasan tanaman atau tempat. Terdapat juga batu digunakan untuk diletakkan di atas tempat berjalan kaki.

    Elemen-elemen lain yang juga boleh digunakan sebagai penghias landskap ialah bahan-bahan buatan manusia seperti: Pondok Mini

    Pondok seperti ini dipanggil gazebo. Ia merupakan satu bangunan kecil yang menyerupai pondok atau wakaf yang dibina dalam landskap untuk dijadikan tempat rehat. Bangunan seperti ini biasanya dibina di dalam landskap yang besar.

    Kolam Ikan Seperti juga elemen air, kolam merupakan satu tempat di mana ikan dipelihara. Dalam aspek ini, kolam yang dibina dalam landskap ialah untuk menyejukkan pandangan. Ada kolam yang dibina dengan diserikan dengan air terjun. Kadangkala jambatan kecil dibina untuk menyeberangi kolam.

    Kerusi Biasanya kerusi yang dibina dalam landskap diperbuat daripada bahan yang tahan dari hujan dan panas. Kerusikerusi ini ditempatkan di bawah pokok yang rimbun atau di tepi kolam untuk orang ramai berhenti rehat (lihat Rajah 8.5).

    Rajah 8.5: Kerusi Lampu

    Untuk mencantikkan lagi pemandangan landskap, lampu-lampu yang berwarna dijadikan bahan hiasan (sila lihat Rajah 8.6). Lampu-lampu ini dinyalakan pada waktu malam. Lampu biasanya ditempatkan di tempat berjalan kaki bagi memudahkan orang ramai untuk berjalan. Ada juga lampu yang dibina tinggi bertujuan menerangkan landskap.

    Rajah 8.6: Lampu

    Pergola Satu lagi bentuk hiasan yang dibina dalam landskap yang menggunakan bahan tahan lasak. Biasanya pergola diperbuat dari kayu keras yang tahan hujan dan panas. Pergola didirikan untuk dijadikan pengadang kepada

  • X TOPIK 8 LANDSKAP 152

    panas matahari, terutamanya di tempat berjalan kaki atau di kawasan di mana terdapat tanaman berpasu.

    PEMBINAAN TAMAN MINI 8.7

    Dalam usaha membina taman mini, bermutu atau tidak satu-satu landskap itu bukannya semata-mata bergantung kepada kecantikan tanaman, tetapi ia mempunyai prinsip-prinsip landskap yang akan menambah kecantikannya. Taman mini yang baik mempunyai kriteria berdasarkan prinsip-prinsip seperti berikut: Keseimbangan

    Landskap yang berbentuk taman mini haruslah mempunyai keseimbangan dari segi skala taman, bentuk, saiz dan warna tanaman, elemen dan juga medium tanaman. Imbangan pada perkara-perkara tersebut dapat mewujudkan keseragaman dan kestabilan penglihatan sama ada secara formal atau tidak formal. Imbangan simetri boleh mewujudkan reka bentuk formal, manakala reka bentuk tidak simetri akan mewujudkan reka bentuk tidak formal. Keseimbangan yang tidak formal lebih baik kerana ia lebih bersifat alam semula jadi.

    Keanekaan Untuk mewujudkan pandangan yang menarik, anda harus menanam pelbagai jenis tanaman dari pelbagai sifat, bentuk, warna dan saiz.

    Penumpuan dan Penegasan Penumpuan adalah bertujuan untuk menarik perhatian dan mengawal pandangan terhadap ruang landskap yang tertentu. Ia boleh diwujudkan dengan cara-cara berikut:

    (a) Rupa bentuk dan ketinggian yang berbeza.

    (b) Warna yang terang.

    (c) Keistimewaan pada satu-satu tanaman dan bahan.

    Turutan Tanaman yang ditanam mengikut turutan bermakna penanaman itu dilakukan mengikut bentuk, jalinan dan warna. Biasanya pokok yang tinggi ditanam di bahagian belakang dan tengah. Manakala pokok yang lebih rendah ditanam di tepi dan di hadapan.

  • TOPIK 8 LANDSKAP W 153

    Keringkasan Taman mini yang hendak dibina seharusnya tidak ditanam dengan terlalu banyak jenis tanaman. Ia perlu ringkas tetapi menarik dengan pelbagai warna dan bentuk tanaman serta masih mempunyai kawasan lapang walau apa pun pada skala yang kecil.

    Skala Saiz tanaman dan elemen dalam taman mini seharusnya tidak bersekala besar. Memadai sekiranya ia diwujudkan dengan kadar yang kecil Kalau taman mini itu disediakan dengan pokok atau elemen yang besar, ia tidak akan menampakkan satu keunikan taman mini yang baik.

    LATIHAN AMALI 8.8

    Bagi tujuan praktikal, anda adalah dicadangkan untuk menyediakan reka bentuk landskap (sila lihat Rajah 8.7) yang anda akan bina di rumah anda. Bagi memudahkan segala urusan pembinaan landskap itu nanti, anda haruslah mengikuti peringkat-peringkat yang dicadangkan di bawah. Sebelum satu-satu projek taman mini dapat dibangunkan, anda hendaklah melakukan beberapa proses awalan yang perlu. Langkah-langkah awalan ini merupakan persiapan awal yang perlu dilakukan sebelum proses penanaman dapat dijalankan. Rajah 8.7: Reka bentuk landskap Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan ialah:

    Melakar gambar rajah buih. Menghasilkan pelan induk. Melakar pandangan perspektif. Mereka bentuk model.

  • X TOPIK 8 LANDSKAP 154

    8.8.1 Melakar Gambar Rajah Buih

    Pada peringkat awalan pembinaan pelan landskap, anda perlulah melakar gambar rajah buih, iaitu satu lakaran tangan berbentuk bulatan. Bulatan-bulatan ini ialah lakaran yang menggantikan tanaman, objek, dan binaan pada reka bentuk landskap yang sebenar. Ia digunakan untuk garis panduan bagi merancang susunan dan pembahagian kawasan bagi satu-satu kawasan landskap, taman dan taman mini. Lakaran ini dilukis berdasarkan skala anggaran sahaja.

    8.8.2 Menghasilkan Pelan Induk

    Rajah 8.8: Pelan induk

    Lukisan-lukisan yang diperlukan untuk dimasukkan ke dalam pelan induk ini termasuklah:

    Jenis tumbuhan yang akan ditanam. Susunan tumbuhan mengikut keperluan. Jenis-jenis elemen dan objek. Kedudukan alat-alat hiasan seperti kolam, lampu dan sebagainya.

  • TOPIK 8 LANDSKAP W 155

    8.8.3 Melakar Pandangan Perspektif

    Satu lagi kerja yang harus anda lakukan ialah melukis pandangan dari hadapan ke belakang atau lukisan perspektif. Lukisan ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu: (a) Pandangan perspektif satu titik

    Pandangan ini dilukis mengikut pandangan hadapan menuju ke belakang kepada satu titik sahaja.

    (b) Pandangan perspektif dua titik

    Pandangan ini dilukis pandangan hadapan menuju ke belakang kepada dua arah iaitu kiri dan kanan.

    8.8.4 Mereka Bentuk Model

    Selepas menyiapkan urusan peringkat awal di atas pelan landskap, anda perlu pula membuat model. Ia akan memberikan gambaran yang lebih jelas idea-idea reka bentuk landskap secara 3 dimensi. Antara tujuan mewujudkan model ialah:

    Mengenal pasti ruang yang terdapat pada satu-satu kawasan berdasarkan pelan induk.

    Mengenal pasti skala unsur dan elemen landskap yang digunakan. Mengenal pasti kawasan yang akan mendapat cahaya matahari dan kawasan

    yang terlindung. Bagi tujuan membina model taman mini yang dicadangkan itu, di bawah ini disenaraikan langkah-langkah yang anda harus ikuti:

    (i) Gunakan papan lapis terpakai sebagai tapak model.

    (ii) Buatkan permukaan sebagai tanah daripada papier mache atau tisu yang dicampurkan dengan gam. Permukaan air boleh dibuat dengan mengecat warna biru. Bahagian yang berumput pula boleh dicat dengan warna hijau.

    (iii) Elemen seperti batu boleh dihasilkan dengan tisu atau kertas. Pokok pula boleh dibuat dengan menggunakan ranting kayu kecil. Bagi daun pula gunakan span dan diwarnakan dengan warna hijau.

    (iv) Model binaan seperti pagar dan kerusi boleh dibuat dengan batang mancis.

    (v) Model yang sudah siap hendaklah dikemaskan dengan papan tanda, tajuk, arah angin dan skala.

  • X TOPIK 8 LANDSKAP 156

    PENJAGAAN DAN PENGURUSAN LANDSKAP 8.9

    Menjaga dan menguruskan landskap bukan hanya boleh dilakukan sekali sekala sahaja. Malah kerja ini harus dilakukan berpanjangan. Bagi setengah orang kerja ini membebankan, tetapi bagi peminat-peminta landskap yang sentiasa ingin melihat taman yang cantik dan sentiasa kelihatan ceria, kerja-kerja menguruskan landskap menjadi hobi dan dapat dilaksanakan dengan gembira. Ada kalanya kerja-kerja mengurus dan menjaga landskap dapat dilakukan oleh pakar-pakar yang mahir dan boleh dibayar. Namun jika pengurusan ini dibuat oleh pihak swasta, ia memerlukan belanja yang banyak kerana landskap memerlukan penjagaan yang berterusan. Jadi, langkah yang paling baik untuk menyenangkan kerja-kerja pengurusan, binalah landskap yang tidak memerlukan penjagaan rapi. Cara-caranya adalah seperti berikut:

    (i) Tanam pokok yang tidak memerlukan banyak pemotongan atau mencantas.

    (ii) Tanaman yang hendak ditanam seharusnya dari pokok yang tidak memerlukan banyak air. Dengan ini anda tidak perlu menyiram selalu.

    (iii) Tanamlah tanaman penutup bumi untuk mengelak dari rumpai yang tumbuh meliar. Anda boleh juga menggunakan pasir, batu atau bahan-bahan lain untuk menutup permukaan tanah yang biasa ditumbuhi rumpai.

    Selain dari itu, anda perlu mereka bentuk landskap supaya ia tidak memerlukan jagaan yang rapi. Cara yang paling baik ialah dengan menggunakan reka bentuk yang mudah tetapi menarik. Pastikan tanaman ditanam dengan corak yang mudah seperti berkeadaan lurus. Pastikan juga tanaman yang ditanam itu memenuhi keperluan dalam taman itu. Penggunaan elemen dalam landskap juga memainkan peranan dalam kadar pengurusan dan penjagaan. Tempat berjalan kaki yang dibina dengan batu atau simen mengurangkan kerja-kerja merumpai. Elakkan dari menanam rumput degan lebih luas kerana rumput memerlukan pemotongan lebih kerap kalau dibandingkan dengan pokok. Kerja-kerja penyenggaraan landskap atau taman mini boleh dikategorikan kepada dua. Kerja-kerja itu perlu dilakukan kepada taman mini dalam bekas terbuka dan bekas tertutup. Proses pekerjaan adalah seperti berikut:

  • TOPIK 8 LANDSKAP W 157

    8.9.1 Penjagaan Taman Mini Bekas Terbuka di Tapak

    Kerja-kerja yang diperlukan pada taman mini adalah bertujuan untuk mengekalkan bentuk dan saiz tumbuhan agar sentiasa kelihatan segar dan menarik. Antara kerja-kerja penyenggaraan itu termasuklah:

    (i) Menyiram dua atau tiga kali seminggu bagi bekas terbuka dan sekali sehari bagi tanaman yang ditanam di dalam plot.

    (ii) Meletakkan sungkupan di atas tanah pada bahagian bawah pokok bagi mengekalkan kelembapan dan mencegah pertumbuhan rumpai.

    (iii) Membaja dengan menggunakan unsur makro utama termasuk nitrogen, fosforus dan kalium dua bulan sekali.

    (iv) Memangkas bahagian-bahagian pokok yang tidak dikehendaki dan berpenyakit.

    (v) Membuang rumpai dengan mencabut dengan tangan.

    8.9.2 Penjagaan Taman Mini Bekas Tertutup

    Tumbuhan yang ditanam dalam bekas tertutup tidak memerlukan penjagaan yang rapi berbanding dengan yang ditanam dalam bekas terbuka atau dalam tapak. Antara proses penjagaan adalah seperti berikut:

    (i) Buat pemangkasan pada tumbuhan yang tumbuh terlalu tinggi.

    (ii) Daun yang telah layu dan mati perlu dikeluarkan.

    (iii) Sekiranya ada tumbuhan yang mati, gantikan dengan tanaman baru.

    (iv) Pembajaan perlu dibuat dua bulan sekali. Sebaik-baiknya baja yang berunsur makro itu dilarutkan di dalam air bertujuan mengelak dari pemeluapan.

    AKTIVITI 8.3

    Bincangkan mengapakah landskap dianggap perlu pada masa kini. Perbincangan anda itu haruslah meliputi isu alam sekitar, gaya hidup manusia dan pembangunan hartanah.

  • X TOPIK 8 LANDSKAP 158

    Perkataan landskap dipinjam daripada perkataan Belanda.

    Landskap ialah pemandangan kawasan tanah yang meliputi elemen-elemen semula jadi dan buatan manusia.

    Mini landskap ialah landskap yang dibina di kawasan yang kecil.

    Pembinaan landskap mempunyai fungsi dan tujuan tersendiri.

    Landskap mempunyai kepentingan ekonomi, alam sekitar dan estetika.

    Jenis-jenis tanaman yang sesuai untuk landskap dapat dibeli di nurseri.

    Landskap mini boleh dibina dalam bekas terbuka dan bekas tertutup.

    Elemen-elemen landskap ialah benda-benda yang dibina atau yang diletakkan dalam landskap untuk mewujudkan satu bentuk yang menarik.

    Sebelum landskap dibina, ia memerlukan gambar rajah buih, pelan induk, pandangan perspektif dan model.

    Landskap yang baik memerlukan jagaan yang rapi.

    Landskap yang menggunakan bekas terbuka dan bekas tertutup tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

    Elemen landskap

    Kepentingan alam sekitar

    Kepentingan ekonomi

    Kepentingan estetika

    Kombinasi warna

    Mengawal hakisan

    Mengawal suhu

    Mini landskap

    Nurseri

    Pandangan perspektif

    Pelan induk

    Pokok bunga semusim

    Pokok hiasan

    Pokok renek

    Rajah buih

    Reka bentuk model

    Taman mini dalam bekas

    Tapak bertingkat

  • TOPIK 8 LANDSKAP W 159

    Berita Harian Online. (2008). Pokok herba, ulaman hias laman. Dicapai pada 6

    Disember, 2008, dari http://www.beritaharianonline.com.my

    Central Arizona Landscape Management. (2008). Commercial landscape management services. Dicapai pada 5 Disember, 2008, dari http://www.centralarizonalandscapemanagement..com

    Gardening Tips and Ideas. (2008). Courtyard landscaping for small garden. Dicapai pada 5 Disember, 2008, dari http://www.gardeningtipsnideas .com

    Keep on Green. (2008). Fungsi dan peranan tanaman dalam landskap. Dicapai pada 5 Disember, 2008, dari http://www.keepongreen.com

    Lokman Hussien, Hashimah Muhmad, Sanif Sapaat & Hasni Rais. (2004). Kurikulum bersepadu sekolah menengah: Kemahiran hidup bersepadu tingkatan 3. Shah Alam: K Publishing Sdn. Bhd.

    The Garden Builders: Landscape Contractors. (2008). Garden lighting design. Dicapai pada 5 Disember, 2008, dari http://www.gardenbuilders.com

    The Garden Builders: Landscape Contractors. (2008). Small garden design. Dicapai pada 5 Disember, 2008, dari http://www.gardenbuilders.com

    The Garden Builders: Landscape Contractors. (2008). Why garden design is important. Dicapai pada 5 Disember, 2008, dari http://www. gardenbuilders.com

    Zainal Abidin Ismail, Mohd. Rahim Mohd. Sharif & Rahimah Ibrahim. (2005). Kurikulum bersepadu sekolah rendah: Kemahiran hidup tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Zona Garden. (2006). Landscape design. Dicapai pada 5 Disember, 2008, dari http://www.zonagarden.com

    MINI LANDSKAP KEPENTINGAN LANDSKAP8.2.1 Kepentingan Ekonomi8.2.2 Kepentingan Alam Sekitar8.2.3 Kepentingan Estetika

    JENIS-JENIS TANAMAN YANG SESUAI BENTUK-BENTUK TAMAN MINI TAMAN MINI DALAM BEKAS8.5.1 Bekas Terbuka8.5.2 Bekas Tertutup

    ELEMEN LANDSKAP PEMBINAAN TAMAN MINI LATIHAN AMALI8.8.1 Melakar Gambar Rajah Buih8.8.2 Menghasilkan Pelan Induk8.8.3 Melakar Pandangan Perspektif8.8.4 Mereka Bentuk Model

    PENJAGAAN DAN PENGURUSAN LANDSKAP8.9.1 Penjagaan Taman Mini Bekas Terbuka di Tapak8.9.2 Penjagaan Taman Mini Bekas Tertutup