22
166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) PENGENALAN Penggunaan kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) telah menjadi perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kaedah (PPBK) ini, secara berfikrah dan terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. Di Malaysia, berbagai perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah dibekalkan ke sekolah-sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan. Namun menurut hasil laporan pemantauan Sekolah Bestari oleh bahagian sekolah pada tahun 2001, serta laporan-laporan lain mengenai kaedah penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran oleh guru masih berada, pada tahap yang kurang memuaskan. Oleh yang demikian, melalui topik ini diharap anda sebagai para pendidik dapat menguasai segala maklumat yang diberikan ini, serta mengadaptasikannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran anda kelak nanti. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisi dan menerangkan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK); 2. Menjelaskan sejarah perkembangan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK); 3. Menyatakan dan mencirikan fasa dalam membangunkan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK); 4. Menghuraikan kandungan keseluruhan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK); 5. Mengenal pasti kebaikan menggunakan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran dan pembelajaran; dan 6. Mengenal pasti enam jenis pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) di dalam dua jenis kategori.

TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

  • Upload
    dangtu

  • View
    398

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

166 OUM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

PENGENALAN

Penggunaan kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) telahmenjadi perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaankaedah (PPBK) ini, secara berfikrah dan terancang akan menghasilkan pembelajaranyang berkesan, aktif dan bermutu.

Di Malaysia, berbagai perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)telah dibekalkan ke sekolah-sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melaluiBahagian Teknologi Pendidikan. Namun menurut hasil laporan pemantauan SekolahBestari oleh bahagian sekolah pada tahun 2001, serta laporan-laporan lain mengenaikaedah penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalampengajaran oleh guru masih berada, pada tahap yang kurang memuaskan.

Oleh yang demikian, melalui topik ini diharap anda sebagai para pendidik dapatmenguasai segala maklumat yang diberikan ini, serta mengadaptasikannya dalamproses pembelajaran dan pengajaran anda kelak nanti.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mendefinisi dan menerangkan perisian pengajaran pembelajaran berbantukankomputer (PPBK);

2. Menjelaskan sejarah perkembangan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer(PPBK);

3. Menyatakan dan mencirikan fasa dalam membangunkan pengajaran pembelajaranberbantukan komputer (PPBK);

4. Menghuraikan kandungan keseluruhan pengajaran pembelajaran berbantukankomputer (PPBK);

5. Mengenal pasti kebaikan menggunakan perisian pengajaran pembelajaran berbantukankomputer (PPBK) dalam pengajaran dan pembelajaran; dan

6. Mengenal pasti enam jenis pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)di dalam dua jenis kategori.

Page 2: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

OUM 167

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

PETA MINDA

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) 8.2 Jenis-jenis PPBK

8.3 Jenis-jenis PPBK 

8.1 Pengenalan

8.1 PENGENALAN PENGAJARAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ialah pengajaran ataukursus, yang disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan yang dibina olehpembangun perisian dengan menggunakan komputer.

Pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah satu sistem yangmelibatkan interaksi di antara perisian komputer dengan pelajar dan guru. Ia jugadikenali sebagai :

• Computer Assisted Instuction (CAI) di Amerika.• Computer Aided Learning (CAL) di United Kingdom.

Perisian ini mengandungi bahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap iaitu nota,soalan dan ulangkaji. Keupayaan alat pengarangan dan komputer menintegrasikanunsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik untuk membentuk perisian ini dan iamembawa makna besar dalam bidang pendidikan. Pembelajaran dan pengajaranberbantukan komputer (PPBK) boleh ditafsirkan, sebagai penggunaan alat pengaranganyang mengabungkan media video, bunyi, teks, animasi dan grafik bagi tujuanmenyampaikan maklumat dengan cara bermutu dan berkesan.

Rajah 8.1 : Kepelbagaian interaksi komputer dengan pendidikan

Page 3: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

168 OUM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

Kaedah (PPBK) berfungsi sebagai bahan bantu mengajar, bukan merupakan pengantiguru didalam kelas. Oleh itu, guru masih dan amat berperananan untuk membentuk,merangsang pengajaran dan pembelajaran, para pelajarnya. Oleh sebab itu, dalamkeghairahan menggunakan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer(PPBK) guru perlu mengambil kira dan mengetahui aspek-aspek yang berkaitan dengankandungan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK).

Bagi mencapai matlamat pengajaran yang berkesan dan bermutu, guru perlulahmenggunakan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK)secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti pengajaran danpembelajaran. Rajah 8.2 menujukan ringkasan definasi perisian pembelajaran danpengajaran berbantukan komputer (PPBK).

Rajah 8.2 : Perisian Pembelajaran dan Pengajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

AplikasiKomputer

Video

Audio

Animasi

Teks

Grafik

Digunakan secaraberfikrah,terancang

dan bersesuiandengan aktivitipengajaran dan pembelajaran.

Maklumat bermutudan berkesan.

Dalam membangunkan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer(PPBK) beberapa perkara perlu ditentukan untuk mempastikan keberkesananpenggunaannya dalam proses pengajaran pembelajaran. Terdapat empat fasa pentingyang perlu ada ketahui adalah seperti berikut :

(a) Menyampaikan Maklumat (Presenting the Information)Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, prosespenyampaian maklumat mestilah dirangka dengan teratur dan tersusun. Pembangunperisian juga perlu memastikan maklumat yang hendak disampaikan menepati kurikulum.

Cara dan media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat seharusnyabersesuaian dengan pengguna. Pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputerPPBK yang dibina juga perlu mengarap teori pembelajaran, strategi pembelajaran, nilaimurni dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ke dalam persembahan maklumat.

(b) Mesra PenggunaMenurut pakar dan para pengkaji mengenai (PPBK) iaitu:

(i) Beattie dan Pearson (1990)Menyatakan perisian yang mesra pengguna ialah perisian yang membolehkanpengguna mengawal perisian secara individu, tanpa bantuan daripada fasilitator.

Page 4: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

OUM 169

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

(ii) Chua (2002)Ciri-ciri mesra pengguna termasuklah keterangan yang ditulis dalam bahasa yangmudah difahami oleh pengguna dan arahan-arahan yang jelas serta ringkas. Perisianmesra pengguna juga mempunyai kedudukan butang arahan yang tetap, teraturdan piawai bagi memudahkan pengguna.

(iii) Norhashim et al. (1996)Perisian mesra pengguna tidak akan menyusahkan pengguna dan membenarkanpengguna membentuk pembelajaran interaktif. Dengan itu, pembelajaran akan lebihmenarik dan bermotivasi.

Ciri-ciri mesra pengguna memberi ruang kepada pengguna berinteraksi dengankomputer tanpa gangguan teknikal, kekeliruan dan kesilapan arahan. Dengan ini,pelajar akan lebih bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran. Sebagai contohperisian Microsoft PowerPoint dikatakan mesra pengguna dan mampu menjanakreativiti secara visual disokong dengan penerangan pangajar.

Rajah 8.3 : Perisian Microsoft PowerPoint

Dalam membangunkan perisian ini, penyelidik telah cuba menggunakan ciri-cirimesra pengguna seperti berikut:

• Membentuk butang arahan yang teratur serta mudah difahami dan mudah dicapai;

• Mereka bentuk skrin pertolongan, untuk membantu pengguna yang menghadapimasalah;

• Memberi pedoman dan arahan yang jelas;

• Bahasa serta arahan yang digunakan mudah difahami;

• Ikon yang digunakan mudah difahami; dan

• Tiada gangguan teknikal disepanjang pengguna menggunakan perisian ini danmempunyai struktur ayat yang betul.

(c) Latihan oleh pelajarPembangun PPBK, seharusnya menyediakan kemudahan latihan, supaya penggunadapat mengukur dan menguji kefahamannya. Terdapat dua tujuan latihan iaitu latihanuntuk menguji kefahaman pelajar dan untuk membina kefahaman pelajar. Latihan boleh

Page 5: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

170 OUM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

menjadi alat pengukuhan yang baik kepada pengguna. Pembangun perisian perlumenyerapkan unsur-unsur motivasi dan kemahiran berfikir dalam soalan yang dibina.

(d) Mengukur Pencapaian PelajarPencapaian pelajar menggunakan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer(PPBK) dapat di ukur, Bukan sahaja dilihat daripada keputusan latihan semata-matatetapi, perlu dilihat dari aspek yang lebih luas. Pembangun perisian perlu melihat darisegi aspek lahiriah dan rohaniah ketika menilai pencapaian pelajar dalam pembelajarandan pengajaran berbantukan komputer (PPBK).

Senaraikan media yang digunakan dalam perisian pembelajaran danpengajaran berbantukan komputer (PPBK).

8.1.1 Sejarah Pembelajaran dan Pengajaran Berbantukan Komputer(PPBK)

Renung sejenak tentang ciri-ciri perisian pembelajaran dan pengajaranberbentukan komputer (PPBK) yang tidak membosankan pengguna.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) memainkan perananpenting dalam persembahan maklumat, dengan membina ujian untuk membentukpemahaman yang kukuh serta dapat merangsangkan dan memotivasi pengguna dalamproses pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) telah muladiperkenalkan pada akhir tahun 50 an yang lalu. Di antara perisian awal yang dibinaialah simulasi penerbangan pesawat oleh pakar sains di Massachusetts Instituteof Technology, Amerika Syarikat. Perisian ini digunakan untuk melatih Juru Terbangmengendalikan pesawat.

Pada tahun 1959, IBM telah memperkenalkan penggunaan perisian pengajaran danpembelajaran berbantukan komputer (PPBK) di kalangan pelajar sekolah di New York.Kemudian, University of Illinois pada tahun 1960 telah memperkenalkan pengajaran danpembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yang dinamakan projek PLATO(Programmed Logic for Automatic Teaching Operation) di kalangan pelajarnya danuniversiti-universiti di Amerika Syarikat.

Anda digalakkan untuk melihat laman web berikuthttp://www.platopeople.com/ untuk mendapatkan maklumat lanjut tentangprojek PLATO ini. Ini dapat membantu anda dengan lebih baik berhubungdengan projek pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer(PPBK) yang telah dilakukan oleh universiti ini.

Page 6: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

OUM 171

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

Terdapat beberapa projek pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK)yang terkenal seperti WICAT, CONDUTT, NDPCAL, TICCIT dan lain-lain yang telahdijalankan. Projek ini telah membuktikan keupayaan pembelajaran dan pengajaranberbantukan komputer (PPBK) memainkan peranan yang berkesan dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Terciptanya komputer mikro, yang berkuasa tinggi dandibantu perisian alat pengarangan mesra pengguna, pembelajaran dan pengajaranberbantukan komputer (PPBK) boleh dibina dan diapliksaikan di bilik darjah denganmudah.

Pada tahun 1993, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membekalkan 21 setkomputer ke setiap sekolah bersama perisian. Ia bertujuan untuk, memulakan programpembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK). Bahagian TeknologiPendidikan telah memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan dan pengedaranbahan-bahan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) di sekolah-sekolah di Malaysia.

Kewujudan sekolah bestari pada tahun 1998, bersama penggunaaan e-pembelajaranbagi matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris telah merancakkanpenghasilan bahan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK).

8.1.2 Kandungan Keseluruhan Pembelajaran dan PengajaranBerbantukan Komputer (PPBK)

Kandungan keseluruhan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK)boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu konsep asas, konsep tambahandan konsep maklumat. Ini dapat dilihat melalui Rajah 8.4 berikut:

Rajah 8.4 : Kandungan PPBK

Pembelajaran danPengajaranBerbantukanKomputer(PBKK) Konsep

Tambahan

KonsepMaklumat

KonsepAsas

Page 7: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

172 OUM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

(a) Komponen AsasSecara umumnya terdapat tiga komponen asas yang wajib terkandung dalam setiapperisian kursus iaitu:

Jadual 8.1 : Tiga Komponen Asas

Komponen Asas Keterangan

(a) Set Induksi Merupakan pendahuluan satu sesi. Biasanya ia mengandungi konseptajuk yang akan dipelajari. Set induksi membentuk awal penggunaterhadap keseluruhan perisian. Oleh itu set induksi harus dapatmenarik perhatian dan minat pengguna serta dapat merangsangfikiran pengguna.

(b) Perkembangan Mengandungi isi kandungan tajuk yang hendak disampaikan besertalangkah-langkah penyampaian yang tersusun. Pembangun perisianboleh menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran danpembelajaran bagi menyampaikan maklumat itu dengan berkesan

(c) Penilaian Proses yang digunakan bagi mengukuhkan kefahaman penggunatentang konsep dan kemahiran yang diajar. Penilaian merupakanpertunjuk kefahaman pelajar disamping mengenal pasti tahappenguasaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(b) Komponen TambahanKomponen ini diperlukan bagi membentuk PPBK yang bersesuaian dengan keperluanpelbagai tahap dan gaya pembelajaran pengguna. Antara kandungan komponen ini ialah:

Jadual 8.2 : Empat Kandungan Komponen Tambahan

Kandungan Komponen Keterangan

(a) Ulangkaji Membolehkan pelajar mengulang kaji semula konsep atau kemahiranyang tidak dapat dikuasai oleh mereka dengan bantuan ataupendekatan yang sama ataupun berlainan.

(b) Pengayaan Disediakan kepada pelajar yang dapat menguasai pelajaran, aktivitipengayaan membolehkan pelajar belajar pada tahap dan aras yanglebih mencabar dan tinggi.

(c) Pemulihan Disediakan kepada pelajar yang gagal mencapai atau memahamipelajaran yang diajar, aktiviti dalam bentuk bantuan diberikankepada pelajar supaya mereka dapat memahami dan munguasaipelajaran.

(d) Pengukuhan Memberikan ganjaran dalam bentuk material atau kepuasanterhadap gerak balas positif yang dapat dilakukan oleh pengguna.

(c) Komponen MaklumatKandungan perisian kursus PPBK perlulah bersesuaian dengan kurikulum dan sukatanpelajaran. Kandungan komponen ini ialah:• Mempunyai maklumat yang mencukupi dan menepati sukatan pelajaran dan ada

berkaitan dengan tajuk.

• Menggunakan bahasa penyampaian yang sesuai dan mudah difahami oleh pengguna.

Page 8: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

OUM 173

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

• Tidak banyak melakukan kesilapan ejaan, tatabahasa dan nahu.

• Mengandungi maklumat terkini dalam persembahannya.

• Tajuk-tajuk dalam perisian menepati objektif sukatan pelajaran.

• Rujukan atau pautan internet.

8.1.3 Kebaikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer(PPBK)

Sekirinya anda berhadapan dengan perisian pembelajaran danpengajaran berbantukan komputer (PPBK) yang mengeluarkan bunyiyang terlalu kuat dan diikuti dengan bunyi muzik yang terlalu bising,apakah langkah-langkah yang boleh anda lakukan ketika ini agar perisianini masih boleh digunakan sebagai bahan pengajaran.

Kebaikan (PPBK) melalui pandangan pakar pembelajaran, iaitu :

(a) Thompson dan Jogensen (1989)Menyatakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)menyediakan situasi pembelajaran secara aktif serta dapat meningkatkan pengetahuanyang dialami, dibina, dimanipulasikan, diuji dan diteroka oleh pelajar secara langsung.

Pembelajaran aktif berlaku dalam persekitaran multimedia bagi membolehkan pelajarmembina pengetahuan dalam pelbagai orientasi yang sesuai dengan gaya dan keperluankognitif mereka.

(b) Jensen (1996)Menyatakan pencapaian pelajar yang menggunakan perisian pengajaran danpembelajaran berbantukan komputer (PPBK) lebih baik, daripada pelajar yang tidakmenggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).Beliau menggunakan perisian osmosis untuk membandingkan kelebihan menggunakanperisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) berbanding dengankaedah kovensional. Beliau mendapati pencapaian pelajar yang menggunakan perisiankomputer osmosis lebih baik dari pelajar yang menggunakan kaedah konvensional.

Program perisian osmosis ini memberi fokus, kepada dua komponen dalampengangkutan sel iaitu difusi dan osmosis. Program ini mengambil masa 50 minit untukmengikutinya dengan lengkap dan diuji ke atas dua kumpulan pelajar yang mengambilmata pelajaran Biologi di General College di Universiti Minnesota. Kumpulan petamaiaitu Kumpulan Rawatan belajar menggunakan perisian osmosis, sementara kumpulankedua ialah Kumpulan Kawalan menggunakan kaedah tradisi iaitu secara kuliah.

Soalan-soalan pra ujian dan pasca ujian menjadi instrumen untuk menilai pemahamanpelajar terhadap konsep difusi dan osmosis. Kumpulan rawatan mempunyai perbezaankeputusan yang lebih baik berbanding kumpulan kawalan. Analisis statik ANOVA yangdilakukan, menunjukkan terdapat perubahan signifikan di antara kedua-dua kumpulan.Menurutnya, proses perubahan bermula dengan maklumat yang diperolehi daripadarangsangan yang diterima oleh pancaindera. Rangsangan ini diproses dan membentukmaklumat yang bererti. Contoh perisian yang digunakan adalah seperti Rajah 8.5.

Page 9: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

174 OUM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

(c) Lockard et al. (1989)Hasil kajian mendapati teknik mengajar menggunakan perisian perisian pengajaran danpembelajaran berbantukan komputer (PPBK) berjaya mengekalkan tumpuan kanak-kanak pada masa yang lama berbanding dengan kelas biasa.

(d) Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) (2001)Penggunaan perisian ini secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluandalam pembelajaran dan pengajaran akan menghasilkan perkara berikut:

• Berkeupayaan meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran;

• Meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran;

• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar; serta

• Membolehkan murid melaksanakan eksperimen yang terlalu sukar, mahal, mustahildan bahaya untuk dibuat;

• Membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada murid belajarsecara berkesan dengan bimbingan yang minimun serta masa interaksi dapatdijimatkan.

Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) amat pentingbagi memotivasikan murid dalam pembelajaran. Pelajar lebih bermotivasi untuk belajardengan menggunakan medium yang baru dan high tech. Penggunaan dalam pengajarankomputer juga akan memberikan motivasi kepada pelajar untuk mendalami dunia teknologi

Rajah 8.5 : Analisis statik ANOVA

Anda boleh mendapat maklumat lanjut melalui alamat berikut:

http://genome.tugraz.at/Software/Genesis/Description.html

Page 10: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

OUM 175

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

maklumat dan komunikasi. Penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi akan dapatmelahirkan masyarakat Malaysia, yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagaiperubahan yang mencabar seperti perkembangan k-ekonomi dan k-masyarakat.

Rajah 8.6 : Penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) juga akanmenghasilkan pembelajaran yang akan, menggalakkan pelajar menggunakan pelbagaiaspek untuk membuat penerokaan. Hasil penerokaan yang terpandu dan terarah ini akanlebih memudahkan pelajar menguasai pelajaran dan pelajar akan merasakan suasanapembelajaran yang menyeronokkan. Sebagai contoh dapat dilihat dalam Rajah 8.7, simulasiberhubung dengan pemanduan berhemah yang dilakukan di sekolah-sekolah memandu.

Ada di antara eksperimen yang tidak dapatdilaksanakan kerana mempunyai risikokeselamatan yang tinggi dan terlalu mahal. Namunbegitu dengan kecangihan aplikasi multimediakaedah, simulasi dapat digunakan oleh perisianpengajaran dan pembelajaran berbantukankomputer (PPBK) dengan ini eksperimen mayadapat dilakukan.

Rajah 8.7 : Kaedah Simulasi PPBK

Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) boleh, merangsangpengguna belajar berkongsi pengetahuan serta menjalinkan hubungan mesra denganahli pasukan dan guru. Dengan perisian berbentuk tutorial, pelajar akan dapat mengaksesmaklumat sendiri dan membentuk pembelajaran sendiri. Guru tidak terikat denganpenyampaian dan masa interaksi dapat dijimatkan, dengan ini guru mempunyai lebihbanyak masa berinteraksi dengan pelajar yang lemah.

Page 11: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

176 OUM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

Penggunaan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) secaraberfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran akan;

• Berkeupayaan meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tehadap pelajaran;

• Meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran dan menggunakan TMK;

• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar;

• Membolehkan murid melaksanakan eksperimen yang terlalu sukar, mahal, mustahildan bahaya untuk digunakan;

• Membentuk pembelajaran kooperatif; dan

• Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yangminimun dan masa interaksi dapat dijimatkan.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) amat penting bagimemotivasikan murid dalam pembelajaran. Teknik pengajaran yang menggunakanmedium yang berlainan dan dianggap high tech, akan memberikan semangat sertaperangsang meneruskan pembelajaran. Sebagai contoh perisian-perisian 3D seperti3D Studio Max, Light Wave, Softimage dan sebagainya mampu menjana pemikiran pelajardalam melihat Sesuatu perkara dalam bentuk tiga dimensi. Ini dapat dilihat dalam Rajah8.8 sepertimana yang digunakan dalam bahan pembelajaran elektronik oleh OpenUniversity Malaysia.

Rajah 8.8 : Penggunaan kaedah 3D dalam pengajaran

Penggunaan komputer akan memberikan motivasi kepada pelajar untuk mendalamidunia teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Penguasaan teknologi maklumat dankomunikasi (TMK) akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang dapat menyesuaikandiri dengan pelbagai perubahan yang mencabar seperti perkembangan k-ekonomi, k-masyarakat yang sentiasa menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

Page 12: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

OUM 177

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) juga, menghasilkanpembelajaran yang dapat menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai aspek sertamedium untuk membuat penerokaan. Hasil penerokaan yang terpandu dan terarah ini,akan lebih memudahkan pelajar menguasai pelajaran dan pelajar akan merasakanpembelajaran yang menyeronokkan.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) boleh merangsang pelajarbelajar, berkongsi pengetahuan dan menjalinkan hubungan mesra dengan ahli pasukanserta guru. Melalui perisian yang berbentuk tutorial, pelajar akan dapat mengaksesmaklumat sendiri dan membentuk pembelajaran sendiri. Pelajar yang lemah pula akanlebih mudah berinteraksi bersama rakan-rakan. Guru juga akan mempunyai lebih masaberinteraksi dengan pelajar yang lemah disebabkan guru tidak terikat untuk membuatpenyampaian serta masa interaksi dijimatkan. Sebagai contoh Open Universiti Malaysiatelah mewujudkan satu landasan antara pelajar dengan pensyarah yang dikenali sebagaiSistem Pengurusan Pengajaran atau Learning Management System yang dikenalisebagai MyLMS. Landasan ini merupakan forum untuk para pelajar berkomunikasi denganpengajar serta rakan-rakan yang berkursus sama dengan mereka agar dapat bertukar-tukar idea dan pengetahuan mereka. Pengajar akan dapat mengawal perkembanganpara pelajarnya dan dapat mengenalpasti antara pelajar yang baik dengan pelajar yanglemah. Ini dapat dilihat dalam Rajah 8.9 di bawah:

Rajah 8.9 : Forum MyLMS OUM

Page 13: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

178 OUM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

(e) Kebihan (PPBK) menurut pakar iaitu;

Pakar Keterangannya

Hinich (1993) Menyatakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer(PPBK) berkemampuan mempersembahkan maklumat dengan menarik sertamenyimpan dan mengawal maklumat dengan baik. Perisian pengajaran danpembelajaran berbantukan komputer (PPBK) juga didapati berupayaberinteraksi secara terus dengan pengguna. Kelebihan ini akan membolehkanguru mempunyai masa yang lebih untuk memberikan pemulihan kepadapelajar-pelajar tertentu serta menanamkan minat pengguna untuk pelajar.Sebagai contoh perisian Adobe Photoshop mampu menjana kreativiti pengajardan pengguna.

Shaifol (2004) Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) membolehkanpelajar memilih serta menggunakan cara yang diminati untuk meneroka danmenjelajah pembelajaran. pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer(PPBK) adalah pembelajaran aktif, berlaku dalam persekitaran multimediabagi membolehkan pelajar membina pengetahuan dalam berbagai orientasiyang sesuai dengan gaya dan keperluan kognatif mereka. Di dalam situasipembelajaran aktif, pengetahuan adalah secara langsung dialami dan dibina,dimanupulasikan, diuji dan diteroka oleh pelajar (Thompson dan Jogensen1989). Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dilihatdapat menyelesaikan masalah kepelbagaian pelajar.

Allen (1985) Hasil kajiannya, mendapati pembelajaran berbantukan komputer memberisumbangan yang besar untuk meningkatkan daya kreativiti pelajar dalambidang Matematik. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer(PPBK) akan merangsangkan minda pelajar dengan pelbagai aktiviti untukmelahirkan pelajar yang kreatif.

Diana (1992) Mendapati pembelajaran menggunakan perisian komputer denganmenggunakan kaedah simulasi dan pelbagai kaedah lain akan meningkatkantahap pemahaman teori dan analisis.

Fisher (1994) Menyatakan multimedia membawa dimensi baru dalam pembelajaran yangdinamakan "pembelajaran terbuka". Kelebihan (PPBK) yang terdiri daripadagabungan media seperti teks, gambar, animasi, video dan muzik sangatbersesuaian sebagai bahan bantu mengajar. Pengajaran dan pembelajaran

Jadual 8.3 : Kelebihan (PPBK) Menurut Pakar

Rajah 8.10 : PerisianAdobe Photoshop

Page 14: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

OUM 179

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

8.2 JENIS-JENIS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

berbantukan komputer (PPBK) bersifat interaktif di mana pengguna tidakmenerima maklumat secara pasif seperti membaca buku tetapi bolehmengumpul maklumat mengikut keperluan dan kemampuan sendiri.

Watson (1993) Mendapati terdapat impak positif ke arah meningkatkan kefahaman pelajarapabila teknologi perisian dalam pengajaran diaplikasikan. See (1997) yangmenyatakan perisian dapat menjadi pemangkin serta penjana pendidikan danpembelajaran di sekolah.

Nyatakan kebaikan menggunakan perisian pembelajaran dan pengajaranberbantukan komputer (PPBK) di dalam kelas

Latihan 8.1Definisikan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer(PPBK)

Adakah jenis-jenis pengajaran melalui kaedah (PPBK) sama dengankaedah pengajaran konvensional yang biasa anda amalkan, dan cubaanda membuat perbezaan diantaranya.

8.2.1 Tutorial(a) Alessi dan Trollip (1991)

Menurut mereka tutorial dibina untuk mempersembahkan bahan pengajaran baru danmempunyai langkah-langkah penerangan yang tersusun.

(b) Salleh (1997)Salleh pula menganggap bahawa tutorial mampu merangsangkan pembelajaran mengikutkemampuan sendiri serta mendokong strategi pembelajaran anjal.

(c) Menurut Merrill et al (1996)Kaedah tutorial yang digunakan dalam perisian boleh menggantikan peranan gurusebagai tutor.

(d) Shaifol (2004)Beliau merasakan bahawa tutorial sesuai digunakan untuk menjelaskan sesuatu konsepdan diikuti dengan soalan latihan yang bertujuan untuk menguji pelajar tentang konsepyang dipelajari.

Page 15: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

180 OUM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

(e) Hasselbring dan Goin (1993)Mereka telah mencadangkan bahawa ciri-ciri tutorial yang baik seperti berikut:

(f) Jumlah maklumat yang hendak disampaikan pada satu masa hendaklah dihadkan;

(i) Pengguna boleh mengulangkaji maklumat baru;

(ii) Memberi maklum balas; dan

(iii) Pelajaran terkawal.

(g) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2001)Mendefinisikan tutorial sebagai kaedah pembelajaran yang merangkumi pembelajaranyang dikawal urutan persembahan serta latihan. Tutorial digunakan untuk menyampaikankandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Menurut PusatPerkembangan Kurikulum (2001), secara umumnya setiap perisian pendidikan (tutorial)mengandungi satu atau lebih komponen persembahan maklumat yang membimbing,menyediakan atau memberi latihan dan menilai pencapaian pengguna. Alat yang selaludigunakan dalam pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan yangdisimpan dalam cakera padat, cakera keras atau laman web.

Berdasarkan himpunan pendapat dapatlah disimpulkan bahawa, tutorial sesuai dengankumpulan sasaran yang mempunyai pengetahuan berbeza dan memerlukan strategipembelajaran aktif dan anjal. Melalui pendekatan tutorial pengguna bebas mengawalsituasi pembelajaran mereka mengikut kemampuan masing-masing. Selain daripadaitu, kaedah pengajaran tutorial mendokong teori pembelajaran tingkah laku denganmembenarkan proses pengulangan dilakukan oleh pengguna, serta teori pembelajarankognitif pula membenarkan pengguna meneroka perisian mengikut langkah demilangkah.

Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yangdibangunkan dengan kaedah tutorial, berperanan sebagai tutor untuk melaksanakanpengajaran. Perisian multimedia yang menggunakan kaedah ini juga, merangsangpenglibatan aktif daripada pengguna.

Dalam Rajah 8.11, menunjukkan model yang dibuat oleh Alessi dan Trolip (1991)sebagai model tutorial. Menurut Alessi dan Trolip (1991), perisian berbentuk tutorialmembolehkan pelajar yang cerdas meneruskan pelajaran mereka tanpa merasa bosan,manakala pelajar yang lemah pula akan dibimbing untuk membentuk pemulihan.

Antara contoh perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukankomputer (PPBK) boleh didapati melalui Laman Web berikut:www.geocites.com/shaifol6900.

Page 16: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

OUM 181

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

Berdasarkan Rajah 8.11, pendekatan tutorial akan dimulakan dengan skrin pengenalanyang akan menjelaskan tajuk, serta objektif pembelajaran yang hendak dicapai.Bahagian persembahan maklumat pula, digunakan untuk memasukkan beberapa subtajuk utama. Bagi memastikan maklumat yang hendak disampaikan berkesan danmenarik minat, elemen-elemen multimedia digunakan.

Soalan-soalan latihan disediakan, selepas sahaja pengguna atau pelajar selesai belajarsesuatu tajuk. Rangsangan segera akan diberikan bagi setiap jawapan. Maklum balasdiberikan dalam bentuk teks dan audio. Bagi memastikan pengguna dapat memahamisesuatu tajuk, pengguna diberi peluang untuk menjawab soalan sehingga betul.Pengguna dapat menilai sama ada apa yang dipelajari benar-benar dikuasai atausebaliknya, dengan merujuk kepada laporan ujian yang disediakan.

8.2.2 Latih Tubi

Menurut Ismail (2002), latih tubi merupakan kaedah yang digunakan untuk membolehkanpelajar memahami dan menguasai konsep, prinsip atau prosedur yang lebih berkesan.Pelajar berperanan membuat latihan yang disediakan, menerima maklum balasdaripada jawapan yang diberikan serta memilih aras mengikut kemampuan.

Latih tubi sesuai digunakan sebagai ulangkaji selepas mempelajari sesuatu konsep atausebagai latihan bagi pelajar yang lemah. Oleh itu, latih tubi yang baik perlu memenuhikehendak objektif pembelajaran. Komputer berupaya memberi maklum balas sertamerta terhadap setiap jawapan pelajar. Latih tubi berasaskan komputer menawarkankelebihan dari segi :

Rajah 8.11 : Struktur Pedagogi Tutorial (Alessi & Trolip 1991)

Pengenalan PersembahanMaklumat

Soalan danRangsangan

Penutup Maklumbalas PenilaianRangsangan

Page 17: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

182 OUM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

8.2.3 Permainan

Sifat manusia yang minat pada hiburan dan cabaran, dimanupulasikan dalampembinaan perisian berasaskan permainan. Pelajar-pelajar lebih gemar menghabiskanmasanya dengan bermain. Sifat ini merangsang pembinaan perisian permainan, yangmembolehkan pengguna belajar dan bermain serentak. Aktiviti permainan menggunakanpendekatan bermain sambil belajar atau berhibur sambil belajar.

Jadual 8.4 : Kelebihan Latih Tubi

Kelebihan Keterangannya

Interaktiviti Perisian komputer dapat mempersembahkan pelbagi masalahyang memerlukan pelajar memberi jawapannya.

Maklum balas cepat Perisian komputer dapat memaklumkan pelajar dengan segerasekiranya sesuatu jawapan itu betul atau salah dan dalamprogram yang direka bentuk dengan sempurna, komputer dapatmemberitahu pelajar sebab kesilapan.

Program pengulang item-item yang tertinggal secara automatiksehingga pelajar mahir.

Kesabaran tanpa had Perisian komputer latih tubi boleh digunakan dalam jangka masapanjang tanpa perasaan jemu atau marah.

Pelbagai tahap kesukaran Perisian komputer dapat menyesuaikan tahap kesukaran. Tahapkesukaran ditetapkan oleh guru atau pelajar atau programtersebut boleh diubahsuai berdasarkan pencapaian pelajar.

Motivasi Komputer dengan program latih tubi lebih memberi motivasikepada pelajar berbanding dengan lat ihan yang samamenggunakan kertas dan pensil.

Multimedia berupaya menyediakan kesan khas yang menarik bersama kesan bunyiserta simulasi video dan aksi yang pantas. Multimedia berupaya membuat gerakandalam bentuk Tiga Dimensi (3D), yang benar-benar membuatkan simulasi yangdilakukan berada dalam keadaan realistik. Keupayaan ini menyebabkan multimediaberupaya menjadi bahan pendidikan dan hiburan yang menyeronokan.

Rajah 8.12 : Antara perisian permainankomputer di pasaran

Page 18: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

OUM 183

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

Aktiviti permainan ini boleh meningkatkan dan menanam minat pelajar untuk belajar.Aktiviti ini dapat memotivasi pelajar dan merangsang pelajar mengumpul markah yangpaling tinggi. Untuk membina aktiviti permainan, pembangun perisian perlu menetapkanhad permainan, keputusan arah permainan serta pemantau permainan. Perisiankomputer akan menjadi hakim kepada permainan, serta menyimpan maklumatkeputusan permainan. Dalam keadaan tertentu, perisian komputer juga menjadipersaing kepada pengguna.

Memandangkan naluri manusia yang gemarkan hiburan terutamanya kanak-kanakKonsep permainan dalam pembelajaran digabung untuk menghasilkan pengalamanpembelajaran yang menyeronokkan. Gabungan antara pendekatan pendidikan danhiburan menjadikan proses pendidikan sesuatu yang sentiasa ditunggu oleh pelajar.

Latihan 8.2Cirikan Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer(PPBK) yang dibangunkan dengan kaedah tutorial.

8.3 JENIS-JENIS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

8.3.1 Simulasi

Simulasi dapat membina ilusi bahan rasa yang realistik melalui teknologi komputeryang mengabungkan audio, visual dan interaksi. Pembangun perisian biasanyamenggunakan media video atau animasi untuk mempersembahkan eksperimen dalambentuk simulasi. Penggunaan kaedah ini juga, dapat membenarkan pengguna memilihdan menjalani eksperimen tanpa kawalan oleh guru. Dengan ini, pelajar dapat bertindakdan berfikir dengan lebih kreatif.

Simulasi membuatkan pengguna, merasa seolah-olah berada dalam keadaan sebenar.Simulasi boleh dibuat dalam bentuk dialog, menggunakan alatan atau merasai sendiriinteraksi bersama perisian komputer. Model dan pendekatan yang realistik digunakan,untuk menerangkan konsep atau prosedur. Kaedah simulasi terbahagi kepada 2kategori iaitu untuk mengajar atau melakukan sesuatu.

Simulasi membolehkan pengguna melakukan eksperimen, walaupun eksperimen itumahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa. Komponenkomputer contohnya, cukup sensitif dan kos untuk mendapatkannya cukup tinggi.Memandangkan aspek ini, kaedah simulasi digunakan untuk menunjukkan kepadapengguna kaedah komponen-komponen komputer dihubungkan dengan betul bagimembolehkan komputer berfungsi.

Selain dari itu, kaedah simulasi digunakan bagi melatih pekerja yang mempunyai risikotinggi. Melatih juruterbang contohnya serta, Juru Dandang atau Pemandu Keratapi laju.Pembina perisian perlu merangka keadaan sebenar, serta keadaan yang berlakusekiranya tersilap mengunakan arahan.

Page 19: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

184 OUM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

Pendekatan simulasi serasi dan menyokong pendekatankonstruktif iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanankepada pemikiran krit is, penyampaian masalah danpengalaman pembelajaran autentik (PPK 2001). Kaedahsimulasi bagi menggantikan aktiviti-aktiviti yang sukardilakukan di makmal akan membantu pelajar yang sesuaidengan gaya pembelajaran konstruktif menguasaipembelajaran.

Rajah 8.13 : Simulasi juruterbang

8.3.2 Tunjuk Cara

Pernahkah anda melihat satu demonstari yang cuba dilakukan olehjurujual tertentu yang berusaha untuk menarik perhatian para pendengaragar membeli produk keluaran mereka. Pernahkah anda cuba memikirdan membuat analisa berhubung dengan kepelbagaian penggunaan caradan kaedah untuk menarik perhatian pendengar? Apakah iktibar yangboleh anda dapati daripada pemerhatian tersebut?

Tunjuk cara ialah kaedah yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu kepada pelajaratau sekelompok pelajar. Tunjuk cara boleh menjimatkan masa pengajaran danpembelajaran. Kaedah ini sesuai dilakukan apabila kekurangan alatan, ekseperimen inibahaya. Kaedah tunjuk cara, bertujuan bagi menjelaskan konsep dan proses gurumenggunakan perisian komputer sebagai alat untuk membuat tunjuk cara. Kaedah inidigunakan, bagi menujukkan cara kerja samaada dalam eksperimen yang terlalu mahal,mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan.

Tunjuk cara merupakan kaedah pengajaran yang memberi peluang kepada pelajarmelihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan. Contohnya guru menunjukkanbagaimana untuk memulakan perisian Authorware kepada semua pelajar menggunakanperisian multimedia dengan bantuan projektor Liquid Crystal Display (LCD). Pelajardapat melihat sendiri urutan langkah yang perlu dilaksanakan.

8.3.3 Ujian

Ujian merupakan pendekatan yang digunakan untuk menilai semula kandunganyang telah diajar kepada pelajar.Ujian ialah penilaian yang dilakukan terhadap pelajarsetelah menghabiskan pembelajaran.

Ujian merupakan salah satu kayu pengukur bagi, keberkesanan proses pengajaran danpembelajaran. Guru berperanan menilai dan menyesuaikan ujian dengan kebolehanpelajar serta menyemak kemajuan pelajar dari semasa ke semasa. Ujian dibentukdaripada himpunan soalan latihan yang membenarkan pelajar memasukan maklumatyang dipelajari ke dalam ingatan jangka panjang. Dalam pengajaran dan pembelajaran

Page 20: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

OUM 185

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

berbantukan komputer (PPBK) ujian boleh dibina dengan menggunakan alat interaktifdan pemboleh ubah untuk merekod markah ujian.

Walaupun terdapat kesamaan antara ujian dan latih tubi namun terdapat perbezaanyang ketara dari segi tujuan dan rangsangan.

• Tujuan utama latih tubi ialah untuk membuat ulang kaji oleh itu soalan yang di beri boleh diulang jawab oleh pelajar dan biasanya di bagi rangsangan dengan cepat serta markahnyatidak di rekod.

• Tujuan ujian pula ialah untuk menilai keupayaan pelajar ataukejayaan proses pengajaran dan pembelajaran oleh itusoalannya tidak dibenarkan di ulang jawab serta markahnyadi rekod. Ini dapat dilihat melalui Rajah 8.14 di sebelah:

Rajah 8.14 : Contoh soalan ujian

RUMUSAN

Bab ini membincangkan secara keseluruhan aspek pengenalan sejarah sertapembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).Bab ini juga membincangkan jenis-jenis perisian pengajaran dan pembelajaranberbantukan komputer (PPBK) yang selalu digunakan dalam pengajaran danpembelajaran di sekolah.

Rajah 8.15 : Penggunaan pemboleh ubah bagimemaparkan markah pelajar menggunakan Notepad

Setelah anda, didedahkan kedua-dua jenis kategori (PPBK) cuba andaterangkan melalui pandangan anda sendiri mengenai kebaikannya,berbanding kaedah pembelajaran dan pengajaran secara konvensional.

Latihan 8.3Berikan persamaan dan perbezaan perisian pengajaran danpembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yang dibangunkan dengankaedah simulasi dan tunjuk cara.

Page 21: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

186 OUM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

GLOSARI

CAI – singkatan Computer Assisted Instuction

CAL – singkatan Computer Aided Learning

PLATO – singkatan Programmed Logic for Automatic Teaching Operation )

LCD – singkatan Liquid Crystal Display

UJIAN 1

1. Terangkan perbezaan dan persamaan jenis pengajaran dan pembelajaran berbantukankomputer (PPBK) latihan dan ujian

2. Terangkan ciri-ciri yang harus difikirkan dalam membangun perisian pengajaran danpembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

3. Nyatakan dan cirikan kandungan keseluruhan yang ada dalam pengajaran danpembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

4. Nyatakan empat jenis pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

UJIAN 2

1. Dalam membangunkan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer(PPBK) beberapa perkara perlu ditentukan untuk mempastikan keberkesananpenggunaannya dalam proses pengajaran pembelajaran Nyatakan empat fasa pentingyang perlu ada dalam membangunkan perisian

2. Takrifkan dan terangkan ciri-ciri mesra pengguna yang ada dalam perisian pengajarandan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

3. Berikan persamaan dan perbezaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukankomputer (PPBK) yang dibangunkan dengan kaedah latih tubi dan permainan.

RUJUKAN

Alessi, S.M. & Trollip, S.R. 1991. Computer base instructional: Methods anddevelopment. Ed. ke-2. New Jersey: Prentice Hall,Inc.

Beattie, E.D. & Preson, N.R. 1990. Selecting micro computer courseware. Review ofEducation Research 49(3): 70-71.

Chua Siwe Geok. 2002. Pembinaan PBBK perkakasan komputer bagi subjek pendidikankomputer. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Fisher, S. 1994. Mult imedia authoring building and development document.England: A.P Profesional.

Page 22: TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … file166 OUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) TOPIK 8 TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

OUM 187

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

Hasselbring, T.S. & Goin. 1993. Strategies for teaching learners with special needs.New York: Merill-Prentice Hall.

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D. & Smalindino, S.E. 1996. Instructional mediaand technologies for learning. Ed. ke-5. New Jersey: Prentice Hall.

Ismail Zain. 2002. Aplikasi mult imedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Jensen, M.S. 1996. A computer unit on diffusion and osmosis with a conceptual changedesign. Journal Of Computer And Mathematic Science Teaching 12(2): 49-64.

Lockard, J., Abrams, H. & Mary, M. 1997. The first decade of microcomputer ineducation: from computer l i teracy to curriculum integration.Proceeding The International Symposium of Education Computin, hlm 1-13.

Merrill, P.F., Hammons, K., Vincent, B.R., Reynolds, P.L., Christensen, L. & Tolman,M.N. 1996. Computer's in education. Ed. ke-2. New York: Ally and Bacon

Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda Alias. 1996. Pengajaran berbantukankomputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001.Falsafah pendidikan kebangsaan matlamat dan misi.

Salleh Hassan. 1997. Kecermelangan penggunaan teknologi pendidikan dalampengajaran dan pembelajaran. Kertas Kerja Seminar Bahagian TeknologiPendidikan. Kuala Lumpur, 27 November.

See Kin Hai. 1997. Kesan pembelajaran berbantukan komputer terhadap daya kreativitipelajar dalam matematik. Jurnal Persatuan Kebangsaan Pengetua-PengetuaSekolah Malaysia 2: 61-66.

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pembangunan Dan Penilaian Perisian Multimedia BagiKursus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan PembelajaranKursus Sekolah Bestari. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti KebangsaanMalaysia, Bangi.

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan.Kuala Lumpur: Federal Publication.

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Get Logik. (atas talian) www.geocites.com/shaifol6900