15
TOPIK 1 PERSPEKTIF TEORI 1 PENGENALAN Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. T T o o p p i i k k 1 1 Perspektif Teori HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud perkembangan dan pembelajaran kanak- kanak menurut teori Piaget, Vigotsky, Erikson dan Gardner; 2. Membezakan pandangan teori terhadap konsep kreativiti dalam pembelajaran kanak-kanak; 3. Mengenal pasti prinsip dan perspektif teori Piaget, Vigotsky, Erikson dan Gardner terhadap perkembangan dan pembelajaran kanak- kanak; dan 4. Menjelaskan bagaimana mengaplikasikan prinsip-prinsip teori perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak dalam pengajaran perkembangan kreativiti.

Topik1 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

  • Upload
    rainis

  • View
    216

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PRA 3063

Citation preview

Page 1: Topik1 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

TOPIK 1 PERSPEKTIF TEORI 1

PENGENALAN

Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.

TTooppiikk 11 PerspektifTeori

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. Menerangkan maksud perkembangan dan pembelajaran kanak-

kanak menurut teori Piaget, Vigotsky, Erikson dan Gardner; 2. Membezakan pandangan teori terhadap konsep kreativiti dalam

pembelajaran kanak-kanak; 3. Mengenal pasti prinsip dan perspektif teori Piaget, Vigotsky, Erikson

dan Gardner terhadap perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak; dan

4. Menjelaskan bagaimana mengaplikasikan prinsip-prinsip teori perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak dalam pengajaran perkembangan kreativiti.

Page 2: Topik1 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

TOPIK 1 PERSPEKTIF TEORI2

1.1 PERKEMBANGAN INTELEKTUAL PEMBELAJARAN

Secara umumnya, ramai yang sedar tentang kepentingan perkembangan intelektual dalam menjalani kehidupan seharian. Sebagai seorang warga pendidik, sejauh manakah anda mengetahui ciri-ciri perkembangan intelektual kanak-kanak? Bagaimanakah anda boleh membantu perkembangan intelektual mereka? Dan tahukah anda bahawa idea-idea daripada pakar psikologi boleh membantu dalam mengembangkan potensi intelektual kanak-kanak melalui proses pengajaran dan pembelajaran? Diharapkan, selepas anda mempelajari topik ini anda akan dapat mengaplikasikan idea dan pandangan teori ini ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.1.1 Teori Jean Piaget

Jean Piaget (Rajah 1.1) ialah ahli psikologi dan pendidik. Beliau telah dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan telah meninggal dunia pada tahun 1980. Piaget berminat dalam bidang biologi. Sepanjang hidupnya beliau suka membaca subjek falsafah, sosiologi dan teologi. Akhirnya beliau telah memilih bidang psikologi, khususnya mengkaji tingkah laku kanak-kanak.

Menurut Piaget, perkembangan intelektual kanak-kanak tidak bergantung kepada pengajaran secara langsung orang dewasa. Sebaliknya, perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu faktor keturunan (baka) dan faktor persekitaran. Kanak-kanak lahir dengan kebolehan mental semula jadi untuk belajar.

AKTIVITI 1.1

Rajah 1.1: Jean Piaget Sumber:

bp0.blogger.com/ .../5-WZnWd5MH0/

s320/piaget.gif

Cuba fikirkan, pernahkah murid anda menunjukkan respon atau tingkah laku yang tidak disangka atau di luar jangkaan? Pernahkan anda cuba memahami, apa yang sedang dia cuba sampaikan? Adakah anda mengabaikan apa yang cuba diperkatakan olehnya?

Aktiviti 1.1

Page 3: Topik1 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

TOPIK 1 PERSPEKTIF TEORI 3

Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi. Interaksi mereka dengan persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri tanpa pertolongan orang dewasa, pengetahuan atau skema. Pengetahuan baru sentiasa menggantikan skema yang lama dalam proses yang dikenali sebagai asimilasi, akomodasi dan ekuiliberasi. Piaget juga menekankan bahawa perkembangan intelektual menguasai semua aspek perkembangan yang lain seperti emosi, sosial dan moral.

Piaget paling dikenali untuk hujah beliau yang mengatakan bahawa kematangan dari segi biologi mendahului kebolehan pembelajaran mereka. Ini bermakna, kanak-kanak harus ada kesediaan dari segi kematangan (biologi) mereka sebelum mereka boleh melakukan operasi mental. Menurut, Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak dari bayi hingga dewasa adalah melalui empat peringkat konsekutif iaitu:

(i) SSensorimotorDalam lingkungan usia 0 hingga 2 tahun. Peringkat ini dikenali sebagai tempoh intelek deria motor. Ini adalah tempoh masa perkembangan daripada egosentrik kepada perbezaan benda-benda di sekitarnya. Pada peringkat ini kanak-kanak mengenali dunia melalui deria-deria dan penerokaan. Kanak-kanak mula faham konsep bahawa perbuatan mereka boleh menyebabkan perubahan. Contohnya, menyepak bola akan membuat bola itu bergerak.

(ii) PPra-operasi (Pre-operational)Dalam lingkungan usia 2 hingga 7 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak mahir menggunakan simbol-simbol bahasa dan nombor. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan kotak sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Kanak-kanak pada peringkat ini masih belum mahir dalam operasi yang melibatkan proses mental.

(iii) OOperasi Konkrit (Concrete operation)Dalam lingkungan usia 7 hingga 11 tahun. Peringkat ini ialah tempoh masa untuk mengaturkan operasi konkrit. Pada peringkat ini seseorang kanak-kanak itu akan lebih banyak menggunakan konsep yang pada mulanya diarahkan terhadap tindakan dan pemerhatian kejadian-kejadian yang konkrit. Dengan ini operasi mental mereka juga mudah melentur. Pada peringkat ini kanak-kanak mula belajar berfikir secara rasional. Cara pembelajaran yang paling efektif pada peringkat umur ini ialah melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Hal ini adalah kerana

Page 4: Topik1 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

TOPIK 1 PERSPEKTIF TEORI4

penggunaan alat dan pergerakan fizikal memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi mata-tangan.

(iv) OOperasi Formal (Formal operations)Dalam lingkungan usia 11 hingga 15 tahun. Peringkat ini dikenali sebagai tempoh masa operasi formal. Pada masa ini perkembangan pola-pola penaakulan, sudah lengkap. Pada masa ini peringkat ini kanak-kanak mudah ini kanak-kanak dapat menghadapi penguasaan pelbagai jenis masalah yang kian bertambah. Jelasnya, pada peringkat ini kematangan berfikir kanak-kanak mula berkembang sepenuhnya. Mereka berkeupayaan membuat deduksi, induksi dan berfikir secara abstrak.

Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini, penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan maklumat dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget.

Jelasnya, ramai pakar pendidikan psikologi menganggap teori perkembangan Piaget sebagai hampir sempurna kepada sistem perkembangan kognitif manusia. Banyak pandangannya yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam otak manusia. Melalui model pemprosesan maklumat Piaget menjelaskan bahawa penerimaan maklumat bergantung pada pemprosesan dan penterjemahan data sensori dan menukar data itu ke dalam bentuk yang boleh disimpan dan diguna semula apabila diperlukan. Dengan mempelajari bagaimana otak manusia memproses maklumat, kita dapat melihat dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir, berpersepsi, menterjemah dan mempercayai. Jean Piaget memandang kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea dan pergaulan dengan orang lain di persekitarannya.

a. Jelaskan, peranan faktor baka dan persekitaran dalam teori

perkembangan kognitif Piaget. b. Pernahkah anda mengajar kanak-kanak normal yang mengalami

perkembangan kognitif yang tidak mengikut peringkat perkembangan seperti yang dikemukakan oleh Teori Kognitif? Huraikan dan beri contoh.

Aktiviti 1.2

Page 5: Topik1 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

TOPIK 1 PERSPEKTIF TEORI 5

1.1.2 Teori Vigotsky

Lev S. Vigotsky (Rajah 1.2) ialah seorang pakar psikologi Russia yang meninggalkan andaian yang jelas tentang perkembangan bahasa. Idea utama Lev Vigotsky ialah kemahiran perkembangan kognitif berlaku di dalam konteks sosiobudaya dan berkembang di dalam interaksi sosial kanak-kanak.

Lev S. Vigotsky ialah pengkritik terawal kepada andaian-andaian yang diketengahkan oleh Piaget. Vigotsky memberi pandangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang cukup berlainan dengan pendapat Jean Piaget. Vigotsky menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak tidak mengikut tahap-tahap perkembangan. Sebaliknya, Vigotsky menegaskan bahawa setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam dua aras iaitu pada aras sosial dan pada aras individu.

Teori budaya-sosial (socio-cultural) menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui interaksi sosial dan budaya. Budaya dan masyarakat memainkan peranan sangat penting di dalam teori Vigotsky. Menurutnya, pengalaman sosial dan budaya mempengaruhi cara berfikir, dan perkara yang difikirkan. Kanak-kanak berinteraksi menggunakan bahasa atau dialog dengan ahli-ahli yang lain dalam masyarakatnya untuk belajar tentang nilai budaya. Kanak-kanak mengembangkan bahasa mereka melalui interaksi dengan ibu bapa serta rakan-rakan di dalam budaya mereka.

Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut: i. Tahap pembelajaran atau kematangan mental seseorang kanak-kanak

boleh ditingkatkan melalui scaffolding. Scaffolding merupakanpertolongan atau bimbingan yang diberi oleh orang yang lebih berpengalaman untuk meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak.

ii. Vigotsky percaya semua orang mempunyai Zone Of Proximal Development (ZPD) iaitu potensi kognitif pada tahap yang lebih tinggi. Potensi ini hanya mampu dicapai melalui proses scaffolding.

iii. Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan alat yang digunakan oleh orang dewasa untuk memindahkan pengetahuan kepada kanak-kanak.

iv. Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu budaya atau cultural tools(seperti bahasa, media, televisyen atau komputer) adalah sangat penting untuk meningkatkan komunikasi, pembelajaran dan pemprosesan pemikiran ke tahap yang lebih tinggi.

Rajah 1.2: Lev S. VigotskySumber:

http://en.wikipedia.org/wiki/Lev_Vygots

ky

Page 6: Topik1 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

TOPIK 1 PERSPEKTIF TEORI6

Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsip-prinsip teori Vigotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Guru akan menggunakan teknik scaffolding dengan membimbing dan memberi tindak balas tentang pembelajaran isi kandungan baru. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajatan yang efektif.

Vigotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan kanak-kanak didasarkan kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan peta bagi perkembangan kognitif. Keupayaan mereka pula bergantung kepada pendedahan mereka kepada pembantu dan persekitaran orang dewasa yang kebiasaannya terdiri daripada guru-guru dan pengasuh. Ini sangat bermakna terhadap perkembangan kreativiti, kognitif, sosial dan kemahiran mengawal perasaan.

1.1.3 Pendekatan Teori Perkembangan Kanak- kanak Piaget dan Vigotsky terhadap konsep kreativiti

Walaupun pendekatan teori Piaget dan Vigotsky terhadap pengajaran dan pembelajaran berbeza, namun kedua-dua teori ini bersetuju akan kepentingan pembelajaran melalui discovery learning. Piaget menyarankan pembelajaran penemuan di mana guru kurang membimbing. Vigotsky pula menekankan bimbingan guru sebagai faktor utama.

Dalam konteks perkembangan kreativiti, Piaget dan Vigotsky bersetuju berkenaan kebaikan bermain dalam mengembangkan kreativiti kanak-kanak. Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan melalui permainan berbentuk akademik juga perlu diwujudkan. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti aktiviti melukis, menconteng, membuat kolaj, „sandplay‰ dan sebagainya.

Apabila bermain, kanak-kanak menggunakan daya imaginasi ketika bermain. Menurut Piaget dan Vigotsky, imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak memahami dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Murid juga seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni.

Page 7: Topik1 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

TOPIK 1 PERSPEKTIF TEORI 7

Oleh itu, dalam pengajaran dan pembelajaran, adalah berfaedah jika guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk permainan untuk mengembangkan kreativiti kanak-kanak.

1.2 TEORI PERKEMBANGAN EMOSI MENURUT ERIKSON

Erik Erikson (Rajah 1.3) ialah seorang ahli psikososial yang banyak menumpukan kajian kepada perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. Erikson mengatakan bahawa semua individu melalui lapan peringkat perkembangan yang bersiri dari hari pertama dilahirkan hingga dewasa. Pada setiap peringkat terdapat krisis-krisis yang perlu diselesaikan sebelum boleh berkembang ke peringkat seterusnya. Jika krisis-krisis ini tidak ditangani dengan baik, seseorang individu akan mengalami kesukaran menangani krisis pada peringkat-peringkat yang berikutnya.

Peringkat perkembangan emosi kanak-kanak menurut Erikson adalah seperti berikut:

(a) Percaya lawan Tidak Percaya (trust vs mistrust) Dalam lingkungan usia 0 hingga 18 bulan. Erikson merujuk kepada

peringkat ini sebagai peringkat oral-sensori di mana bayi dipengaruhi oleh deria visual dan sentuhan. Perkembangan emosi kanak-kanak bergantung kepada orang dewasa terutamanya ibu bapa untuk memenuhi keperluan fizikal dan emosi. Peringkat ini dianggap peringkat paling penting kerana ia akan mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalamannya. Peringkat rasa kepercayaan ini dibina dalam tahun pertama dan kanak-kanak membina rasa kepercayaan secara berperingkat. Kanak-kanak akan membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi.

Rajah 1.3: Erik Erikson Sumber:

http://en.wikipedia.org/wiki/Image:Erik_E

rikson.png

a. Fikirkan, pendekatan pengajaran dan pembelajaran manakah yang sering anda gunakan semasa mengajar? Nyatakan rasional anda.

b. Huraikan bagaimana bermain boleh dilaksanakan sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Aktiviti 1.3

Page 8: Topik1 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

TOPIK 1 PERSPEKTIF TEORI8

Kepercayaan akan memudahkan seorang kanak-kanak menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup. Rasa percaya akan terus dipupuk jika kanak-kanak itu sentiasa berasa selamat disayangi serta diberi perhatian oleh ibu bapa. Sebaliknya, jika keperluan asas pada peringkat ini tidak dirasai, ketidakpercayaan akan menghalang atau melemahkan bayi dalam mengatasi kesulitan hidup dan kanak-kanak akan membesar dengan rasa kecewa, tidak percaya dan ragu-ragu kepada semua orang disekelilingnya.

(b) OOtonomi lawan Rasa Malu (autonomy vs shame) Dalam lingkungan usia 18 bulan hingga 3 tahun. Pada ketika kanak-kanak

berumur 18 bulan, konsep kendiri kanak-kanak mula bertambah. Kanak-kanak mula mengetahui apa yang disebut. Pada peringkat ini kanak-kanak meningkatkan kemahiran berdikari dari segi belajar berjalan, bercakap, makan dan menggunakan tandas. Mereka membina konsep kendiri dan autonomi melalui kemahiran mengawal pergerakan motor kasar. Kebolehan membezakan perlakuan yang betul dan salah juga turut berkembang. Keinginan memiliki kuasa dan keinginan untuk melakukan sesuatu dengan daya usaha sendiri juga turut berkembang. Kanak-kanak akan berasa malu jika tidak diberi kuasa atau merasakan dirinya kurang cekap. Sebaliknya, keyakinan kanak-kanak akan dapat dipupuk apabila dipuji.

Pada peringkat umur ini, kanak-kanak akan merasa takut jika melakukan kesalahan. Tingkah laku yang tidak diingini hendaklah dikawal supaya kanak-kanak tidak merasa malu. Tingkah laku yang positif dan yang diingini juga patut dipuji. Cara ini akan membantu kanak-kanak mengenal dan membezakan jenis-jenis tingkah laku yang digalakkan dan yang perlu dielakkan.

Pada peringkat ini, jika kanak-kanak dimalukan atau dihalang daripada melakukan aktiviti, perasaan malu akan timbul. Rasa malu ini boleh membuatkan kanak-kanak meragui kebolehannya sendiri, dan mengakibatkan wujud konsep kendiri yang rendah.

(c) IInisiatif lawan Rasa Bersalah (initiative vs guilt)Dalam lingkungan usia 3 hingga 5 tahun. Peringkat ini dipanggil peringkat bermain di mana kanak-kanak cuba meniru tingkah laku orang dewasa melalui proses bermain. Kanak-kanak menggunakan inisiatif dan imaginasi mereka untuk mencipta pelbagai situasi permainan dan memainkan peranan sebagai orang dewasa. Dengan cara ini kanak-kanak belajar berbagai kemahiran yang menunjukkan keupayaan menggunakan imaginasi seperti bekerjasama dan memimpin.

Page 9: Topik1 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

TOPIK 1 PERSPEKTIF TEORI 9

Proses ini juga menggalakkan perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah, mencari maklumat baru dan membentuk konsep yang berkaitan dengan peranan jantina. Pada peringkat ini, jika kanak-kanak sentiasa diperlakukan supaya rasa bersalah, mereka akan rasa kecewa, takut dan terlalu bergantung kepada orang dewasa. Ini akan mewujudkan keadaan yang kurang membina kemahiran kreativiti, bermain dan aktiviti yang melibatkan imaginasi.

Oleh itu Erikson menegaskan bahawa kanak-kanak perlu digalakkan menjelajah, beraksi dan melakukan aktiviti untuk mendapatkan kepuasan emosi. Jelasnya, kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Pada peringkat 1 hingga 3 tahun kanak-kanak gemarkan aktiviti melukis dan mewarna. Ini kerana aktiviti ini dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera dan lukisan yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

1.3 TEORI KECERDASAN PELBAGAI GENDER

Howard Gardner (1983), merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan teori kecerdasan pelbagai. Beliau merupakan seorang ahli psikologi Jerman terkenal dan berpengaruh dari Universiti Havard. Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan dan pada tahun 1999 Gardner menyatakan bahawa semua ada satu lagi kecerdasan iaitu Kecerdasan Spiritual.

Cuba anda fikirkan, peringkat perkembangan emosi yang manakah yang paling kritikal dalam usaha meningkatkan kreativiti kanak-kanak? Nyatakan alasan-alasan anda.

Semak Kendiri 1.1

Page 10: Topik1 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

TOPIK 1 PERSPEKTIF TEORI10

Rajah 1.1 Menerangkan teori kecerdasan menurut Gardner.

Rajah 1.1: Sembilan Jenis Kecerdasan Menurut Gardner

Rajah 1.4: Howard GarderSumber :

http://www.weac.org/graphics/conven97/gardner.jpg

Page 11: Topik1 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

TOPIK 1 PERSPEKTIF TEORI 11

Gardner percaya semua jenis kecerdasan ini bekerjasama secara kompleks, berkembang melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran yang bermakna dan kecerdasan tersebut boleh dipelajari, dibentuk, ditingkatkan dan sentiasa berubah sepanjang hayat

Beberapa prinsip penting Teori Kecerdasan Pelbagai ialah seperti berikut: i. Kecerdasan pada asasnya adalah diwarisi turun temurun tetapi boleh

ditingkatkan melalui pembelajaran dan pengajaran. ii. Setiap individu mempunyai kombinasi 9 kecerdasan yang dipanggil profil

kecerdasan yang berbeza bagi setiap individu. iii. Setiap individu mempunyai kebolehan membangunkan kesemua

kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.

iv. Semua kecerdasan adalah bersifat dinamik yang boleh dikenal pasti dan dinyatakan dengan jelas jika setiap individu mendapat peluang untuk mengenal dan membangunkan kepelbagaian kecerdasannya.

v. Latar belakang peribadi menjadi faktor penting dalam membentuk dan mengembangkan pengetahuan, kepercayaan dan kemahiran dalam semua jenis kecerdasan

vi. Setiap individu mempunyai adunan kecerdasan yang unik, sentiasa berubah, kecerdasan antara individu itu adalah berbeza dari segi perkembangannya.

Teori Kecerdasan Pelbagai Dan Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak.

Gardner (1993) menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif. Pada peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan norma ketika asyik bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti.

Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut:

(a) Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah.

Teori kecerdasan dapat membantu ibu bapa dan guru mengenal pasti masalah anak mereka. Setelah dikenalpasti tahap kepintaran dan kecerdasan mereka, barulah boleh ditentukan kaedah pembelajaran yang sesuai. Teori pelbagai kecerdasan telah diasaskan oleh Gardner. Oleh itu, huraikan secara ringkas 9 kecerdasan teori pelbagai menurut Gardner.

Semak Kendiri 1.2

Page 12: Topik1 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

TOPIK 1 PERSPEKTIF TEORI12

(b) Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi.

(c) Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap kecemerlangan.

(d) Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal.

(e) Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti.

Aktiviti Kreativiti Dan Estetika Yang Membantu Perkembangan Kecerdasan Pelbagai

Unsur-unsur Kreativiti Dan Estetika adalah terdiri daripada elemen asas yang penting dalam menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur kreatif. Guru boleh melaksanakan aktiviti berikut untuk mengembangkan pelbagai kecerdasan murid.

i. MMembentuk Garisan Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual (lihat Rajah 1.6).

Rajah 1.6: Contoh aktiviti membentuk garisan Sumber: http://www.dafko.com/Colorins/connect%20the%20dots%202.jpg

ii. MMelakar bentuk atau rupa Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang

mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan

Page 13: Topik1 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

TOPIK 1 PERSPEKTIF TEORI 13

penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.

iii. MMembentuk Bentuk lazimnya merujuk kepada struktur jisim dan isi padu. Terdapat dua

jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat tiga dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi.

iv. JJalinan Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu

objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.

v. WWarna Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu

permukaan. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

Page 14: Topik1 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

TOPIK 1 PERSPEKTIF TEORI14

Teori perkembangan intelektual memberi inspirasi dan panduan berguna kepada pendidik kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia pemikiran murid. Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi kekurangan atau kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan Teori ini juga penting untuk membantu guru mengembangkan konsep pemprosesan maklumat kerana perkembangan kognitif individu dapat digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan dalam sistem pemprosesan maklumat. Proses kognitif adalah termasuk persepsi, perhatian, ingatan dan menguji hipotesis yang saling berkait di dalam proses pengembangan bahasa khususnya kemahiran membaca. Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk hitungan nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan sosial serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti. Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya. Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika, yang paling penting guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.

scaffolding kecerdasan intelektualkonsep kendirikonsep autonomi

Page 15: Topik1 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

TOPIK 1 PERSPEKTIF TEORI 15

Brainerd, C.J. (1978). PiagetÊs theory of intelligence. New Jersey: Prentice Hall, Inc.

Coles, R. (2001). The Erik Erikson reader. London: W.W Norton & Company Ltd.

Erikson, E.H. (1993). Childhood and sociaty. W.W Norton & Company Ltd.

Evans, R. (1973). Jean Piaget: The man and his ideas. New York: E.P Dutton & Co. Inc.

Gardner, H. (1999). Intelligence reframe: Multiple intelligence for the 21st Century. New York: Basic Books.

Gardner, H. (1993). Multiple Intelligence: The theory in practice. New York: Basic Books.

Kornhaber, M., Fieros, E & Veenema, S. (2004). Multiple intelligence: Best ideas from research and practice. Boston: Pearson Education.

Vygotsky, L. S. (1962). Though and language. Chambridge, M.A: MIT Press. (Original Work Published 1934)

Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological process. Cambridge, M.A: Havard University Press.