17
PENGENALAN Dalam topik ini kita akan mendalami pentafsiran beberapa ayat al-Quran. Ayat yang pertama ialah ayat 1-5 Surah al-Baqarah. Kemudian kita akan membincangkan pula pentafsiran 138-141 Surah al-Baqarah dan diikuti pula dengan ayat 11-19 Surah al-AnÊaam. Perbincangan juga akan difokuskan kepada huraian ayat dan sebab penurunan ayat-ayat tersebut. Di samping itu, penekanan juga akan diberikan terhadap pengajaran ayat dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan ayat-ayat yang dibincangkan. T T o o p p i i k k 8 8 Tafsir Ayat- ayat Akidah Di akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan maksud ayat 1-5 Surah al-Baqarah, Ayat 138-141 Surah al-Baqarah dan Ayat 11-19 Surah al-AnÊaam; 2. Menerangkan sebab-sebab kenapa ayat-ayat tertentu diturunkan; dan 3. Membincangkan pengajaran daripada ayat-ayat yang dipelajari serta kaitannya dengan isu semasa. HASIL PEMBELAJARAN

topik8_tafsir aqidah.pdf

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • X PENGENALAN Dalam topik ini kita akan mendalami pentafsiran beberapa ayat al-Quran. Ayat yang pertama ialah ayat 1-5 Surah al-Baqarah. Kemudian kita akan membincangkan pula pentafsiran 138-141 Surah al-Baqarah dan diikuti pula dengan ayat 11-19 Surah al-Anaam. Perbincangan juga akan difokuskan kepada huraian ayat dan sebab penurunan ayat-ayat tersebut. Di samping itu, penekanan juga akan diberikan terhadap pengajaran ayat dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan ayat-ayat yang dibincangkan.

    TTooppiikk 88 X Tafsir Ayat-ayat Akidah

    Di akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan maksud ayat 1-5 Surah al-Baqarah, Ayat 138-141 Surah al-Baqarah dan Ayat 11-19 Surah al-Anaam;

    2. Menerangkan sebab-sebab kenapa ayat-ayat tertentu diturunkan; dan

    3. Membincangkan pengajaran daripada ayat-ayat yang dipelajari serta kaitannya dengan isu semasa.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • X TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH

    146

    AYAT 1-5 SURAH AL-BAQARAH

    $ !9# y7 9 s =tG6 9 $# |= u W z ) F=j9 t % ! $# t = t9 $$/

    t ) u n 4n=9 $# $ u u % yu t) t % ! $# u t !$o 3 t & y7 s9 ) !$t u

    t & y7 =7 s% t zF $$/ u / t % y7 s9 '& 4 n? t W i n/ ( y7 s9 '& u

    s= 9 $# (a) Maksud Ayat

    1. Alif, Laam, Miim. 2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang

    datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertakwa;

    3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib,

    dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

    4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang

    diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

    5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan

    merekalah orang-orang yang berjaya. (b) Huraian Ayat

    Allah s.w.t telah memulakan surah al-Baqarah ini dengan al-huruf al-muqattaah (), yang menunjukkan bahawa betapa al-Quran ini mengandungi ijaz, dan mengesahkan bahawa kalam Allah ini diturunkan dengan menggunakan huruf dan bahasa Arab yang diketahui oleh orang Arab sendiri. Namun begitu, mereka yang menentang al-Quran tidak mampu untuk mendatangkan ayat seumpama al-Quran.

    8.1

  • TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH W 147

    Ibn Kathir di dalam kitab tafsirnya telah mendatangkan pandangan para ulama yang menyatakan bahawa sesungguhnya digunakan al-huruf al-muqattaah di permulaan surah adalah bertujuan sebagai penjelasan terhadap ijaz al-Quran. Iaitu seluruh makhluk tidak mampu mendatangkan seumpamanya walaupun ayat al-Quran itu mengandungi huruf-huruf hijaiyah yang sudah menjadi kebiasaan bagi orang Arab untuk menggunakannya dalam pertuturan mereka.

    Nabi s.a.w telah menyatakan dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi:

    .

    Maksudnya: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka baginya kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan pahala sebanyak sepuluh kali ganda, aku tidak menyatakan alim lam mim () itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.

    Seterusnya, Allah s.w.t telah menyatakan bahawa al-Quran ini merupakan kitab yang benar yang tidak perlu ada sebarang keraguan padanya. Terdapat tiga sifat bagi al-Quran:

    (i) Sebuah kitab yang lengkap dan sempurna.

    (ii) Tidak ada keraguan bahawa ia datang daripada Allah.

    (iii) Kitab yang menjadi sumber hidayah dan petunjuk bagi orang yang bertakwa iaitu orang yang melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

    Kemudian, melalui ayat seterusnya Allah telah menyenaraikan empat sifat bagi orang yang bertakwa yang dapat mengambil manfaat daripada petunjuk al-Quran iaitu:

    (i) Orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib yang telah diceritakan di dalam al-Quran seperti hari Akhirat, titian sirat, syurga, neraka dan sebagainya.

    (ii) Golongan yang mendirikan solat dengan sempurna iaitu dengan memelihara rukun dan syaratnya, serta khusyuk dalam mengerjakannya.

    (iii) Mereka yang membelanjakan harta di jalan Allah seperti mengeluarkan zakat, bersedekah dan sebagainya.

  • X TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH

    148

    (iv) Golongan yang bertakwa juga merupakan golongan membenarkan apa sahaja yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dan yang diturunkan kepada para rasul yang terdahulu, dan mereka juga yakin tanpa sebarang keraguan tentang hari akhirat.

    (c) Pengajaran Ayat Mereka yang mentadabbur kitab Allah akan mendapati bahawa perihal

    takwa merupakan antara perkara yang paling banyak diperkatakan di dalam al-Quran.

    Asal takwa ialah mencegah, iaitu melakukan pencegahan terhadap diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang:

    1. Mencegah daripada syirik 2. Mencegah daripada terjebak dalam dosa-dosa besar 3. Mencegah daripada terus berada dalam dosa-dosa kecil

    Takwa merupakan semulia-mulia perkara yang sepatutnya setiap muslim berusaha untuk mendapatkannya walau terpaksa menghadapi pelbagai kesusahan dan rintangan.

    Apa maksud takwa? Terdapat pelbagai definisi takwa yang diketengahkan oleh para ulama. Antaranya ialah:

    .

    Maksudnya: Sesungguhnya takwa itu ialah mentaati Allah dengan tidak melakukan maksiat padaNya, mengingatiNya dan tidak lupa padaNya, mensyukuri nikmatNya serta tidak mengkufuriNya.

    : .

    Maksudnya: Takwa ialah meninggalkan sifat yang berkekalan dalam maksiat (dosa kecil atau besar) dan menjauhkan daripada tertipu (berasa hebat) apabila melakukan ketaatan.

    .

    Maksudnya: Hendaklah Allah tidak melihat anda berada dalam keadaan dan suasana yang dilarang oleh Allah

  • TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH W 149

    Daripada definisi-definisi takwa yang telah dikemukakan, boleh dibuat kesimpulan bahawa takwa mengandungi perkara-perkara berikut:

    1. Menjauhkan daripada sebarang dosa sama ada kecil atau besar. Sekiranya berkekalan dalam dosa kecil, maka ia akan membawa kepada dosa besar.

    2. Berhati-hati dalam setiap perkataan dan tindakan seumpama orang yang berhati-hati ketika melalui tempat yang berduri.

    3. Jangan memandang remeh terhadap perkara-perkara kecil.

    Takwa telah disimpulkan dalam rangkap puisi berikut:

    Maksudnya: Tinggalkan dosa sama ada kecil atau besar, itulah takwa, Buatlah seperti orang yang berjalan di atas tanah berduri, melihat (berhati-hati) dan berwaspada, Jangan memandang remeh pada sesuatu yang kecil, sesungguhnya gunung berasal daripada batu yang kecil

    Menurut ayat ini, terdapat lima sifat bagi orang bertakwa iaitu:

    1. Beriman dengan perkara ghaib 2. Mendirikan solat 3. Membelanjakan harta di jalan Allah 4. Beriman dengan wahyu yang diturunkan Allah kepada para rasul 5. Beriman dengan hari Akhirat

  • X TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH

    150

    Rajah 8.1: Sifat orang bertakwa

    AYAT 138-141 SURAH AL-BAQARAH

    s t7 !$# ( tu |mr& !$# Z t7 ( t wu &s! t 7 t % $o t_!$ys?r&

    !$# uu $u / u 6 / u u !$o s9 u $o = y r& 3 s9 u 3 = y r& t wu s9 t= r&

    t9) s? ) z t / ) y ) u Y ys ) u U) t u x$t7 F{ $# u (#% x. # r&

    3t | t 3 % Fr& u n= r& r& !$# 3 tu n= r& z tGx. y y x y !$# 3

    Bincangkan dengan rakan anda isu-isu semasa yang boleh dikaitkan dengan amalan orang yang tidak bertakwa.

    AKTIVITI 8.1

    8.2

  • TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH W 151

    $tu !$# @ t/ $t t=y s? y7 =? & s% M n=yz ( $om; $t M t6 |x. 3 s9 u $

    F; |x. ( u t= t ? $t (#% x. =yt

    (a) Maksud Ayat Ayat 138: (Katakanlah wahai orang-orang Yang beriman: "Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah Yang lebih baik celupannya daripada Allah? (kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".

    Ayat 139: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap Kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;

    Ayat 140: "Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub berserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.

    Ayat 141: Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan.

    (b) Asbab Nuzul

    Berkata Ibnu Abbas: Golongan Nasara (Kristian) apabila mendapat cahaya mata baru, maka mereka akan menunggu selama tujuh hari. Setelah itu, mereka akan mencelup bayi tersebut dengan air yang khusus dipanggil sebagai al-mamudi, bertujuan untuk membersihkan bayi tersebut. Apabila mereka melakukan sedemikian, maka mereka menganggap bahawa bayi tersebut akan benar-benar menjadi seorang Kristian yang tulen. Lalu, Allah menurunkan ayat 138 daripada surah al-Baqarah.

  • X TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH

    152

    (c) Huraian Ayat Allah s.w.t telah menjelaskan betapa keimanan kepada Allah merupakan perkara yang amat penting dan berharga dalam diri seseorang. Apakah terdapat acuan atau celupan yang lebih baik daripada apa yang disediakan oleh Allah? Sudah tentu jawapannya, tidak! Allah yang menentukan bagi hambaNya agar mengambil celupan Islam dan Iman yang dapat menyucikan diri daripada sebarang perkara syirik kepada Allah. Justeru, adalah dilarang sama sekali mengikuti golongan pendeta Nasrani dan mereka yang syirik kepada Allah.

    Allah s.w.t telah mengurniakan nikmat yang cukup banyak, dan nikmat yang paling berharga serta paling bernilai ialah nikmat Islam dan nikmat hidayah, dengannya kita dapat menjadi hamba Allah dengan sebenar-benarnya, ikhlas beribadah kepadaNya yang Maha Esa. Oleh itu, jangan terpedaya dengan golongan yang merosakkan agama dengan menambah atau mengurang apa yang telah disediakan oleh syarak, menghalal apa yang diharamkan atau mengharamkan apa yang dihalalkan, apatah lagi meninggalkan arahan Allah, sebaliknya menggantikan dengan perbuatan syirik kepada Allah.

    Seterusnya, Allah menyuruh nabiNya menyatakan kepada ahli kitab apakah mereka mahu membuat bantahan terhadap agama Allah lalu mendakwa bahawa agama yang benar itu adalah Yahudi dan Nasrani? Apakah mereka mahu menyatakan bahawa agama mereka yang benar sedangkan mereka melakukan syirik kepada Allah? Sebenarnya, tanggungjawab sebagai manusia adalah sama iaitu mengabdikan diri kepada Allah, kerana Dialah Yang Mencipta manusia, dan Allah akan menghitung setiap amalan manusia untuk diberikan pembalasan di Hari Akhirat kelak.

    Dakwaan golongan tersebut yang menyatakan bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub berserta anak-anaknya, adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, adalah merupakan dakwaan yang batil. Sebenarnya, golongan pendeta ahli kitab amat mengetahui tentang kebenaran Islam, namun mereka sengaja menyembunyikan fakta dan kebenaran demi menjaga kepentingan duniawi mereka. Justeru, mereka merupakan golongan yang zalim.

    Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap apa jua yang dilakukan oleh manusia sama ada mereka menerima keimanan kepada Allah atau menjadi golongan yang syirik dan sesat. Setiap manusia akan menerima balasan terhadap apa yang mereka lakukan di atas dunia ini. Dalam ayat di atas, dinyatakan beberapa kali bahawa Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang mereka lakukan. Hal ini sekali gus merupakan amaran dan

  • TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH W 153

    ancaman kepada orang yang engkar bahawa mereka akan diadili seadil-adilnya di akhirat kelak.

    (d) Pengajaran Ayat

    Ajaran Islam adalah merupakan ajaran yang fitrah bersih daripada sebarang perkara syirik dan perkara khurafat. Sesuatu yang paling bernilai dalam kehidupan manusia ialah apabila mengikuti manhaj yang disediakan Allah dengan mentauhidkanNya, dan melaksanakan pengabdian kepada Allah dengan penuh keikhlasan.

    Firman Allah dalam surah al-Rum ayat 30:

    |Nt !$# L 9 $# t s s }$9 $# $p n=t 4 7 s? , =y 9 !$# 4 9 s e$! $#

    h s) 9 $# 3 s9 u u sY 2r& $9 $# tn=t

    Maksudnya: (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

    Sesungguhnya roh kepada agama itu ialah tauhid dan asasnya ialah Ikhlas. Inilah dakwah yang dibawa oleh para rasul keseluruhannya, dan Nabi s.a.w merupakan pelengkap iaitu meneruskan agenda mengajak manusia untuk mentauhidkan Allah dengan penuh keikhlasan.

    Segala hujah yang dikemukakan oleh golongan Yahudi dan Nasara adalah batil dan sesat dan ia merupakan penipuan dan pembohongan yang nyata . Hasilnya mereka telah mensyirikkan Allah, walau pun mereka ahli kitab yang telah menerima wahyu, namun mereka memilih kesesatan dengan menolak wahyu Allah.

    Setiap manusia akan menghadapi Hari Pembalasan. Pada waktu itu, setiap amalan manusia akan dihitung oleh Allah dan akan diberi pembalasan. Justeru, para ulama telah menyatakan bahawa syarat amalan diterima oleh Allah ialah:

    (i) Benar (ii) Bertepatan dengan syarak (iii) Ikhlas

  • X TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH

    154

    Sekiranya salah satu daripada perkara di atas tidak wujud pada seseorang, maka segala amalannya tidak diterima; sebaliknya ditolak oleh Allah walaupun ia berupa kebaikan dan kebajikan.

    Rajah 8.2: Syarat amalan diterima Allah

    AYAT 11-19 SURAH AL-ANAAM

    % (# F{ $# O (# $# y# 2 % x. t6 )t t / js3 9 $# % yj9 $

    N u y9 $# F{ $# u ( % ! 4 |= tGx. 4 n? t t s ym9 $# 4 3 yyfu s9 4 n# xt

    Bincangkan dengan rakan anda mengenai perbuatan syirik yang berlaku di tempat anda dan cara-cara untuk mengatasinya.

    AKTIVITI 8.2

    8.3

  • TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH W 155

    Bt 5 t u t 7 tt s) s ymu 4 y7 9 s u x 9 $# 7 9 $#

    ) u y7 |t !$# 9h / s y#% 2 &s! ) u ( ) u y7 |t 9 s 2 u s 4 n? t e .

    & x s% uu $s) 9 $# s s $t6 4 uu 3 pt :$# 7 s :$# % r& > x

    t9. r& Z y p y ( % !$# ( 7 y _ t/ 3 o t/ u 4 z r& u n

  • X TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH

    156

    16. Sesiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesugguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya; dan itulah kejayaan yang jelas nyata.

    17. Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya

    bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    18. Dan Dia lah Yang berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir

    dan takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta amat mendalam pengetahuanNya.

    19. Bertanyalah (Wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar

    persaksiannya?" (bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi saksi antaraku Dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku al-Quran ini, supaya Aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" katakanlah: "Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dialah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan Sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".

    (b) Asbab Nuzul

    Sebab turun Ayat 13: al-Kalbiy meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, bahawa pada suatu ketika golongan kuffar Quraisy telah datang berjumpa dengan Nabi dan mereka berkata: Wahai Muhammad! Kami dapat rasakan seolahnya kamu berdakwah kepada agama baru ini kerana kamu berhajat kepada sesuatu. Justeru kami akan menjadikan engkau orang yang paling kaya dan yang paling banyak harta dengan syarat engkau meninggalkan dakwah yang engkau bawa ini, lalu turunlah ayat ini.

    Sebab turun ayat 19: Berkata al-Kalbiy: Segolongan pimpinan Quraisy telah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w: Wahai Muhammad! Kami dapati tiada seorang pun yang membenarkan dakwah yang engkau bawa, dan kami telah bertanya tentang engkau kepada Yahudi dan Nasrani dan mereka juga mendakwa bahawa tidak terdapat dalam kitab mereka tentang engkau, oleh itu sila tunjukkan bukti siapakah yang boleh menjadi saksi bahawa engkau ini rasul sebagaimana yang engkau dakwa? Lalu, Allah menurunkan ayat ini.

  • TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH W 157

    (c) Huraian Ayat Dalam ayat 11, Allah s.w.t meminta kepada nabi Muhammad s.a.w agar menegaskan kepada golongan kuffar agar mereka berfikir dan melihat sendiri bagaimana golongan yang telah dihancurkan dan dibinasakan oleh Allah akibat keengkaran mereka. Sebagai contohnya ialah kebinasaan yang menimpa kaum Ad, Thamud, Firaun dan kaumnya, kaum Lut dan sebagainya. Justeru, jadikanlah pengajaran terhadap kebinasaan yang menimpa menimpa mereka di dunia dan azab Allah yang menunggu mereka di akhirat kelak.

    Dalam ayat yang seterusnya, sekali lagi Allah meminta kepada Rasulullah agar mengajak kaum musyrikin untuk berfikir tentang kejadian langit dan bumi. Golongan musyrikin sendiri mengetahui bahawa Allah yang mencipta segala langit, bumi dan segalanya, namun mengapakah mereka masih engkar dan tidak mahu taat kepada Allah.

    Sepatutnya golongan musyrikin itu taat dan menyembah Allah, apatah lagi sifat rahmat yang wujud pada Maha Pencipta. Di antara sifat rahmat Allah ialah Dia menyediakan pembalasan di Mahsyar kelak. Oleh itu, manusia yang mengetahui apa yang menunggunya di Mahsyar sudah tentu akan melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Sekiranya balasan azab tidak ada di akhirat, nescaya dunia ini akan dipenuhi dengan kezaliman dan kerosakan, dan masyarakat akan hancur. Justeru, amaran Allah tentang pembalasan di akhirat merupakan salah satu tanda rahmat.

    Golongan yang mendapat kerugian ialah mereka yang tidak beriman dan tidak percaya kepada Hari Kebangkitan dan Hari Pembalasan. Allah s.w.t menguasai segala-galanya iaitu setiap apa yang ada di langit dan bumi semuanya di bawah penguasaan dan pengetahuan Allah.

    Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar serta Maha Melihat walau terhadap seekor semut kecil yang berwarna hitam, dan yang berjalan di atas batu hitam di waktu malam hitam yang gelap. Jelasnya, Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

    Seterusnya, Allah juga meminta agar Rasulullah menyatakan kepada golongan yang engkar mengapakah mereka tetap degil sedangkan Allah yang menciptakan langit dan bumi untuk mereka. Allah jua yang memberikan rezeki berupa makanan, minuman dan sebagainya. Allah tidak meminta daripada makhluk sebarang rezeki, sebaliknya Allah yang memberikan rezeki kepada manusia.

    Sehubungan dengan itu, tidak ada alasan untuk manusia terus mensyirikkan Allah, sebaliknya mereka wajib taat dan mentauhidkan Allah dengan menyembah kepada Allah yang Maha Esa.

  • X TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH

    158

    Golongan yang beriman dengan Hari Kebangkitan dan Hari Pembalasan sahaja akan sedar betapa mereka wajib melaksanakan ketaatan sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini demi kehidupan yang sejahtera di Hari Akhirat yang kekal abadi.

    Seterusnya Allah menerangkan bahawa saksi terhadap kebenaran Nabi sebagai utusan Allah ialah Allah sendiri. Oleh itu, apakah mereka golongan musyrikin perlukan kepada penyaksian yang lain daripada itu sedangkan penyaksian Allah itu merupakan penyaksian yang Maha Sempurna. Ayat al-Quran ini menjawab dengan tegas persoalan golongan musyrikin yang meminta daripada Nabi s.a.w untuk mendatangkan saksi bagi membenarkan dakwah yang dibawa oleh Nabi itu.

    Seterusnya, Allah menyatakan tugas Nabi sebagai utusan Allah iaitu menyampaikan wahyu Allah iaitu al-Quran kepada semua manusia. Nabi membawa berita gembira dengan balasan syurga bagi golongan beriman dan amaran azab neraka bagi golongan yang kufur.

    (d) Pengajaran Ayat

    Sejarah merupakan bukti nyata dan jelas. Justeru, apabila seseorang itu merenung kepada sejarah umat terdahulu seperti kaum Ad, Thamud, kaum Lut dan sebagainya yang telah dibinasakan Allah akibat keengkaran mereka yang tidak mahu tunduk dan menyembah Allah, maka ia merupakan suatu pengajaran yang amat berguna.

    Masyarakat manusia pada zaman moden ini pun sewajarnya merenung hal ini. Mengapakah akhir-akhir ini begitu banyak kerosakan, bala, penyakit berjangkit dan seumpamanya yang berlaku? Bukankah ini juga merupakan amaran Allah terhadap manusia yang makin rakus menentang serta mensyirikkan Allah? Berlakunya ombak besar Tsunami, gempa bumi berlaku di merata tempat, penyakit berbahaya yang semakin banyak yang tidak pernah diketahui pada zaman dahulu seperti selesema babi atau Influenza A H1N1 dan sebagainya lagi.

    Ayat-ayat yang kita bincangkan ini sebenarnya menekankan dengan begitu jelas persoalan tauhid dan akidah terutamanya yang berkaitan dengan Hari Kebangkitan di akhirat kelak. Keimanan begitu mudah diperoleh sekiranya seseorang itu merenung pada penciptaan Ilahi pada langit, bumi dan sebagainya.

    Allah memberikan rahmat yang banyak kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Sehubungan dengan itu, balasan segera tidak ditimpakan kepada mereka yang syirik dan pelaku maksiat, sebaliknya diberi peluang untuk bertaubat selagi nyawa dikandung badan.

  • TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH W 159

    Allah mencela golongan yang tidak menggunakan akal dan ilmu untuk mencari kebenaran dan iman yang sahih serta beristiqamah dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah s.w.t.

    Setiap manusia hendaklah takut dan gerun dengan azab dan seksa yang dijanjikan Allah kepada manusia yang engkar dan degil.

    Allah membekalkan kepada Nabi s.a.w pelbagai mukjizat sebagai bukti sokongan kepada kenabian Rasulullah. Mukjizat yang paling besar dikurniakan kepada Rasulullah ialah mukjizat al-Quran al-Karim.

    Untuk memastikan anda memahami apa yang telah dipelajari, jawab soalan berikut. Selamat Mencuba!

    SEMAK KENDIRI 8.1

    1. Apakah mukjizat terbesar yang diberikan kepada Rasulullah?

    2. Apakah sebab utama seseorang itu engkar kepada Allah?

    SEMAK KENDIRI 8.2

    1. Nyatakan maksud takwa.

    2. Jelaskan ciri orang yang bertakwa.

    3. Terangkan syirik kepada Allah.

    4. Huraikan maksud celupan Allah.

    5. Bincangkan pengajaran ayat 11-19 surah al-Anaam.

  • X TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH

    160

    Ayat 1-5 surah al-Baqarah menjelaskan ciri-ciri orang yang bertakwa.

    Mereka yang mentadabbur kitab Allah akan mendapati bahawa perihal takwa merupakan antara perkara yang paling banyak diperkatakan di dalam al-Quran.

    Menurut ayat 1-5 surah al-Baqarah, terdapat lima sifat bagi orang bertakwa iaitu:

    Beriman dengan perkara ghaib Mendirikan solat Membelanjakan harta di jalan Allah Beriman dengan wahyu yang diturunkan Allah kepada para rasul Beriman dengan Hari Akhirat

    Dalam ayat 138-141 surah al-Baqarah, Allah s.w.t telah menjelaskan betapa keimanan kepada Allah merupakan perkara yang amat penting dan berharga dalam diri seseorang. Allah yang menentukan bagi hambaNya agar mengambil celupan Islam dan Iman yang dapat menyucikan diri daripada sebarang perkara syirik kepada Allah.

    Manakala dalam surah al-Anaam ayat 11-19, antara perbincangannya ialah menekankan dengan begitu jelas persoalan tauhid dan aqidah terutamanya yang berkaitan dengan Hari Kebangkitan di akhirat kelak. Keimanan begitu mudah diperoleh sekiranya seseorang itu merenung pada penciptaan Ilahi pada langit, bumi dan sebagainya.

    Abbas, Fadl Hasan. (1990). Khumasiyat Mukhtarah fi Tahzib al-Nafs al-

    Ammarah, Dar al-Basyir, Jordan. Al-Naisaburi, Abu al-Hasan Ali Bin Ahmad al-Wahidi. (1990). Asbab al-Nuzul,

    Matbaah al-Halaby, Mesir. Ibnu Kathir. (1990). Tafsir al-Quran al-Azim, Dar al-Khayr, Beirut. Manna Qattan. (1992). Mabahith fi Ulum al-Quran, Maktabah al-Maarif Li al-

    Nasyr wa al-Tauzi, Riyadh.

  • TOPIK 8 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH W 161

    Al-Sabuni, Muhammad Ali. (1985). al-Tibyan fi Ulum al-Quran, Alam al-Kutub, Beirut.

    Al-Tabari, Ibnu Jarir. (1992). Jami al-Bayan fi Tawil al-Quran, Dar al-Kutub al-

    Ilmiyyah, Beirut. Al-Zuhayli, Wahbah. (1991). al-Tafsir al-Munir, Dar al-Fikr, Beirut.