297
1.0 Menginspirasi Perubahan (Pengguna: Guru) 1.0 Inspiring Change (User: Staff)

Trainers guide-v.2-

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Trainers guide-v.2-

1.0 Menginspirasi Perubahan

(Pengguna: Guru)

1.0 Inspiring Change (User: Staff)

Page 2: Trainers guide-v.2-

Menginspirasi Perubahan

TUGASAN:

Memberi inspirasi untuk perubahan.

OBJEKTIF:

Untuk memotivasi dan memberi inspirasi kepada para peserta tentang perlunya kaedah

pengajaran baru.

TEMPOH MASA:

20 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN :

Video - SHIFT HAPPENS

TATACARA:

1. MENINGKATKAN KESEDARAN

1.1 Satu daripada sepuluh aduan berkaitan pelajar ialah masalah kurang perhatian

semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Semakin ramai pelajar yang

hilang minat semasa di sekolah dan berasa terpinggir daripada guru-guru dan

pelajaran. Antara sebab yang sering diberi ialah bilangan murid yang terlalu

ramai di dalam kelas, bantuan berfokus kepada individu yang terhad dan

pengajaran guru yang kurang berkesan. Guru pula mengadu mereka tidak dapat

menghampiri pelajar. Bagi pandangan anda, apakah masalah yang sebenar?

1.2 Perhatian pelajar dapat ditingkatkan melalui penglibatan ibubapa, nisbah pelajar-

guru yang lebih kecil dan pengajaran yang lebih menarik.

2. VIDEO - SHIFT HAPPENS

2.1 Mainkan video - Shift Happens.

2.2 Kaitkan apa yang diperkatakan di dalam video. Tanya peserta soalan-soalan

berikut:

Page 3: Trainers guide-v.2-

SOALAN:

“ Apakah implikasi kepada perubahan teknologi ini kepada guru?

“ Bagi pendapat anda, adakah perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran

ini akan membantu meningkatkan perhatian pelajar semasa proses pengajaran

dan pembelajaran?

RUMUSAN

Mulakan satu perbincangan tentang masalah-masalah berkaitan dengan komunikasi

dan kaedah pengajaran di dalam kelas. Mungkin terdapat perbezaan antara alat-alat

komunikasi yang digunakan oleh para guru dan pelajar-pelajar. Adalah penting bagi

guru untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan berkaitan dengan cara-cara

berkomunikasi terkini yang digunakan oleh para pelajar. Beri penekanan kepada

keperluan untuk berubah. Jangan berubah tanpa mempunyai pengetahuan yang

mencukupi. Pelajar-pelajar yang dilahirkan selepas 1980 sering dirujuk sebagai Net

Generation, iGeneration, atau Generasi X, Y dan Z. Mereka mencerminkan zaman

persekitaran di mana teknologi adalah perkara biasa.

Page 4: Trainers guide-v.2-

1.1 Pengenalan kepada Projek

1BestariNet (Pengguna: Guru)

1.1 Introduction to the 1BestariNet Project (User: Staff)

Page 5: Trainers guide-v.2-

Gambaran Keseluruhan Projek 1BestariNet

TUGASAN:

Gambaran keseluruhan Projek 1BestariNet

OBJEKTIF:

Untuk memahami matlamat dan tujuan Projek 1BestariNet

TEMPOH MASA:

10 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN :

“ Video 1.1 - Gambaran Keseluruhan Projek 1BestariNet

TATACARA:

1. MEMAHAMI PROJEK 1BestariNet

1.1 Projek 1BestariNet mempunyai 2 matlamat:

Menangani masalah kurang minat dan kurang perhatian di dalam bilik darjah.

Mengurangkan jurang perbezaan antara pelajar di Malaysia. Ia merupakan

penyelesaian bersepadu yang membenarkan fungsi pengajaran dan

pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dilakukan melalui Persekitaran

Pembelajaran Maya yang berasaskan ’cloud ‘. Projek ini akan membawa kesan

kepada 10,000 sekolah di Malaysia. Projek 1BestariNet akan menyediakan

sambungan 4G tanpa wayar dan Frog VLE kepada semua.

2. VIDEO ” Gambaran Keseluruhan Projek 1BestariNet

2.1 Memainkan video

2.2 Kaitkan apa yang diperkatakan di dalam video. Ajukan soalan-soalan yang

berikut kepada peserta:

SOALAN:

Kenalpasti satu ciri daripada projek ini yang berguna kepada anda.

Apakah peranan anda dalam projek ini?

Page 6: Trainers guide-v.2-

1.2 Bagaimana Membentuk Pasukan

Frog Anda (Pengguna: Guru)

1.2 How to Organise Your Frog Team (User: Staff)

Page 7: Trainers guide-v.2-

Bagimana membentuk Pasukan Frog Anda

TUGASAN:

Pasukan Frog ” Memahami peranan dan tanggungjawab

OBJEKTIF:

Untuk memahami peranan dan tanggungjawab sebagai Pasukan Frog.

TEMPOH MASA:

10 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN :

“ Video 1.2 ”Bagaimana Membentuk Pasukan Frog Anda

TATACARA:

1. PENGENALAN KEPADA PASUKAN FROG

Frog bukanlah tugas seorang individu. Ia memerlukan penglibatan seluruh warga

sekolah untuk memastikan kejayaan dalam pelaksanaannya. Rangka kerja ini akan

memudahkan tugas untuk memantau dan mengurus sebuah pasukan yang terlibat

dalam menjayakan projek ini. Pasukan ini mesti terdiri daripada Pengetua/Guru Besar,

guru-guru (berdasarkan kepada bidang kurikulum dan peranan mereka) dan pelajar.

Tujuan pelantikan Pasukan Frog ialah untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan

pembelajaran yang menarik menerusi pendekatan yang holistik terhadap teknologi dan

memberi fokus kepada kegunaannya sebagai medium untuk memperbaiki sekolah

secara menyeluruh.

Pasukan Frog akan mengurus pelaksanaan projek dan kami percaya bahawa hubungan

yang positif antara pelajar, guru dan ibu bapa ini akan membawa kepada

kecemerlangan pelajar. Untuk terus maju dan mengekalkan hubungan ini, setiap ahli

Pasukan Frog mestilah mempunyai peranan yang unik.

Page 8: Trainers guide-v.2-

2. VIDEO ” Bagaimana Membentuk Pasukan Frog Anda

2.1 Memainkan video ‚Bagaimana Membentuk Pasukan Frog Anda‛.

2.2 Kaitkan apa yang diperkatakan di dalam video. Ajukan soalan-soalan berikut

kepada peserta:

SOALAN:

“ Di manakah anda dalam Pasukan Frog?

“ Apakah persediaan anda untuk melaksanakan peranan dalam Pasukan Frog?

RUMUSAN

Memotivasi peserta dengan memberitahu mereka tentang sokongan yang berterusan

daripada Pasukan Komuniti FrogAsia.

Page 9: Trainers guide-v.2-

1.3 Gambaran Keseluruhan

Frog VLE (Pengguna: Guru)

1.3 Frog VLE Overview (User: Staff)

Page 10: Trainers guide-v.2-

Gambaran Keseluruhan Frog VLE

TUGASAN:

Memberi Gambaran Keseluruhan Frog VLE.

OBJEKTIF:

Untuk memastikan pengguna mempunyai pemahaman umum fungsi navigasi dalam

VLE dan boleh menggunakan VLE dengan baik.

TEMPOH MASA:

20 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN :

VIDEO 1.3 ” Gambaran Keseluruhan Frog VLE

Komputer

Papan putih

Pen dan buku nota

Projektor

TATACARA:

1. PENGENALAN

Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai

komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem

pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar

dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.

Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan

secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah

menerusi VLE.

Page 11: Trainers guide-v.2-

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah

dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G,

pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang

berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di

sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

2. OBJEKTIF

Untuk memastikan bahawa pengguna memahami fungsi-fungsi navigasi pada VLE.

3. LOG MASUK KE DALAM VLE

Memberi arahan kepada peserta untuk log masuk ke dalam VLE.

4. VIDEO ” Gambaran Keseluruhan Frog VLE

Memainkan video dan memberhentikan video seketika selepas setiap bahagian. Minta

peserta untuk menekan bahagian-bahagian yang lain di dalam platform sambil

mengikuti video.

5. SESI IMBASAN

Mengimbas kembali apa yang dipelajari oleh para peserta dan penggunaannya.

PANDUAN PENGGUNA

Antara muka (Interface) Frog VLE

Klik pada butang Get started untuk log masuk ke dalam Frog VLE. Masukkan ID

Pengguna dan kata laluan apabila diminta.

Penting! Adalah penting untuk log keluar daripada akaun Google lain sebelum log

masuk ke dalam Frog. Jika ini tidak dilakukan, pengguna baru tidak boleh log masuk ke

dalam Frog.

Page 12: Trainers guide-v.2-

Antara muka (Interface) Frog telah direka untuk memudahkan navigasi dan penggunaan

Frog. Penerangan fungsi ikon dan kegunaannya akan diberikan di bahagian seterusnya.

Frog Bar

Frog Bar adalah kawasan tetap di bahagian atas skrin Frog VLE yang memberikan akses

kepada System Options, Dashboard dan Menu VLE. Frog Bar tidak boleh dipadam.

Dari kiri ke kanan, Frog Bar mengandungi elemen-elemen yang berikut:

Menu Frog Head

Menu Frog Head memberi akses yang pantas untuk melihat ruangan System Options VLE.

Ia mengandungi:

Help ” Bantuan umum VLE. Anda boleh mendapatkan jawapan untuk soalan

lazim di sini.

Page 13: Trainers guide-v.2-

Preferences ” Anda boleh mengubah tetapan asas VLE di sini. Pilihan-pilihan

tersebut terdiri daripada:

o Language ” Ubah bahasa VLE kepada Bahasa Inggeris atau Bahasa

Melayu. (Pilihan Bahasa Melayu akan datang).

o My Background ” Cpilih imej daripada senarai yang ada untuk

menetapkan latar belakang Frog VLE anda atau muat naik imej anda

sendiri.

o Change Password ” Tukar kata laluan Frog VLE di sini.

Log Out ” Membenarkan anda log keluar dari VLE selepas penggunaan.

Kawasan Semasa

Kawasan Semasa memberi penunjuk visual kawasan yang anda berada di dalam VLE.

Teks ini akan berubah mengikut kawasan VLE yang sedang dipaparkan.

Help

Butang Help di Frog Bar akan memaparkan bantuan yang berkaitan dengan kawasan

VLE yang sedang dipaparkan.

Dashboard Switch

Dengan menekan butang kursor, anda akan beralih dari laman Dashboard Peribadi ke

Dashboard Sekolah dan sebaliknya.

Page 14: Trainers guide-v.2-

Global Search Box

Dalam kotak carian ini, anda boleh mencari pelbagai sumber, temu janji atau pengguna

yang terdapat dalam Frog VLE. Jika suatu aplikasi sedang aktif, pencarian anda akan

bermula di dalam aplikasi tersebut sebelum merentasi ke seluruh Frog VLE.

Hasil carian akan memaparkan beberapa sumber atau temu janji. Jika terdapat

padanan yang lebih, satu pautan More akan memaparkan hasil carian selebihnya.

Home

Butang Home membawa anda kembali ke Dashboard.

Quick Launch

Ikon Quick Launch memaparkan menu Quick Launch. Di sini Anda boleh meneroka

semua bahagian VLE.

Resource Manager

Resource Manager adalah hati Frog VLE. Kawasan ini membolehkan anda mencipta dan

menyimpan sebarang sumber.

Application Tray

Application Tray membolehkan anda menukar antara laman-laman atau aplikasi-

aplikasi yang telah dibuka.

Dengan menekan butang Application Tray, aplikasi atau laman yang sedang aktif akan

Page 15: Trainers guide-v.2-

dipaparkan pada Tray. Jika anda klik pada mana-mana ikon yang terdapat pada Tray,

anda akan dibawa ke halaman yang telah dipilih. Anda boleh menutup laman atau

aplikasi yang sedang aktif dengan menekan butang x.

Notifications

Ikon Notifications memberi petunjuk bewarna merah apabila terdapat mesej baru. Ikon

ini akan menunjukkan jumlah notifikasi yang belum dibaca oleh pengguna. Ikon ini akan

mempamerkan notifikasi dari Calendars, Assignments, Forums dan Wall.

Apabila anda klik pada satu-satu mesej dalam Events Feed, anda akan dibawa ke

aplikasi atau laman yang menjana mesej tersebut. Notifikasi yang dihantar dari sumber

yang sama, misalnya daripada pelajar yang sama, akan dikumpulkan dalam Events

Feed.

Nota: Satu Notification Widget yang terdapat di Content Panel boleh digunakan di

Dashboard Peribadi.

Sekarang kita akan memaparkan ruangan utama dalam VLE. Pautan-pautan ke ruangan

ini boleh didapati dalam menu Quick Launch pada Frog Bar.

Klik pada ikon Quick Launch.

Pilih satu ikon dari menu Quick Launch. Ikon-ikon ini adalah seperti di bawah:

Page 16: Trainers guide-v.2-

Gambaran Keseluruhan menu Quick Launch (paparan Guru)

1. Assignments 5. Department Sites 9. The Pond 13. E-Mail

2. Calendar 6. Lesson Resources 10. School Documents 14. Resource Manager

3. Booking Calendar 7. Frogstore 11. My Documents 15. My Dashboard

4. Community 8. Forums 12. Sites 16. School Dashboard

1. Assignments

Pengguna: Guru, Pelajar (paparan penerima) dan Pentadbir.

Aplikasi Assignments membenarkan guru memberi, menyemak, mengulas, dan

mengubah tugasan telah sediakan kepada pelajar. Setelah satu Site untuk tugasan telah

dihasilkan, ia dapat dihantar kepada pelajar sebagai tugasan melalui proses yang

mudah. Assignments boleh diberi secara individu ataupun berkumpulan.

1. 2.

3.

4. 5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

Page 17: Trainers guide-v.2-

Aplikasi Assignments juga membolehkan guru menghantar mesej kepada pelajar yang

telah diberi tugasan. Para guru boleh menghantar mesej kepada pelajar secara individu

atau berkumpulan.

Apabila pelajar menghantar tugasan, ia akan dipulangkan ke kawasan Assignments

supaya guru boleh menyemak dan memberi komen. Guru akan menerima notifikasi

melalui panel Notifications apabila suatu tugasan dihantar atau mesej diterima.

Pelajar tidak boleh memberi tugasan. Merekan hanya boleh melihat, menyiapkan dan

menghantar tugasan. Apabila suatu tugasan telah diberi, pelajar tersebut akan

menerima satu notificasi melalui panel Notifications. Tugasan akan dibuka dengan

menekan pada notifikasi tersebut. Pelajar akan menerima notifikasi apabila markah

diberi.

2. Calendar

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir.

Calendar membolehkan anda mengurus semua aktiviti. Jika perlu, anda boleh berkongsi

kalendar dengan guru-guru lain.

Kalendar-kalendar lain boleh dihasil dan dikongsikan secara umum atau tertutup.

Contohnya, kalendar bagi aktiviti kokurikulum atau untuk acara istimewa. Informasi

tambahan boleh disertakan pada sesuatu acara/aktiviti seperti lokasi, jemputan dan

nota.

Page 18: Trainers guide-v.2-

3. Booking Calendar

Pengguna: Guru, Pentadbir.

Booking Calendar membenarkan anda menempah bilik atau sumber. Sekiranya

tempahan bilik/sumber telah dibuat, Frog VLE tidak akan membenarkan pengguna lain

menempah bilik/sumber tersebut pada masa dan tarikh yang sama. Pentadbir Frog

boleh menambah bilik atau sumber baru ke dalam Booking Calendar.

Page 19: Trainers guide-v.2-

4. Community Site

Pengguna: Guru, Pentadbir.

Community Site adalah satu portal bagi guru-guru untuk mendapatkan soalan-soalan lazim,

dokumentasi dan video bantuan serta ruangan forum untuk membincangkan isu-isu semasa

yang relevan. Community Site adalah berdasarkan konsep berkumpulan. Setiap kumpulan

mempunyai Wall di mana setiap ahli kumpulan boleh menghantar mesej.

Para guru boleh mencari kumpulan dan menyertai mana-mana kumpulan yang dipaparkan

pada hasil carian. Sekiranya tiada kumpulan yang dijumpai, guru mempunyai pilihan untuk

mencipta kumpulan baru dan memilih salah satu kategori kumpulan seperti berikut:

Public: kumpulan akan dipaparkan pada hasil carian dan sesiapa sahaja boleh sertai.

Private: kumpulan tidak akan dipaparkan pada hasil carian dan ahli kumpulan perlu

dijemput oleh pemilik kumpulan

Page 20: Trainers guide-v.2-

5. Department Sites

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir

Setiap bidang mempunyai Department Site yang tersendiri. Laman utama sepatutnya

memaparkan notis aluan, carta organisasi bidang/panitia, markah peperiksaan, dan

notis-notis lain. Laman mata pelajaran yang berkenaan telah dipautkan pada Laman

Bidang/Panitia di mana pelajar boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan mata

pelajaran tersebut. Laman tersebut boleh mempunyai maklumat kurikulum, galeri, video,

laman profil guru, panduan ulangkaji, soalan tahun lepas dan lain-lain. Laman

Bidang/mata pelajaran boleh ditambah sekiranya perlu.

6. Lesson Resources

Pengguna: Guru, Pentadbir.

Fail-fail dalam Lesson Resources mengandungi semua sumber pengajaran dan

pembelajaran untuk sekolah. Contoh sumber ialah fail yang digunakan semasa

pengajaran atau yang dimasukkan di dalam Site. Guru-guru boleh menghasilkan fail dan

memuat naik sumber-sumber yang sedia digunakan ke dalam Site.

Page 21: Trainers guide-v.2-

Ruangan ini juga boleh digunakan untuk memberi akses kepada sumber-sumber

tertentu kepada guru-guru lain. Dokumen-dokumen ini terdiri daripada fail dengan

format zip, MS Word, Excel, PDF, video MP4 atau fail audio. Adalah dicadangkan supaya

setiap bidang/panitia mempunyai folder tersendiri. Di dalam setiap folder, guru

mempunyai folder tersendiri untuk memuat naik sumber-sumber.

7. Frogstore

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir

Frog Store adalah stor dalam talian yang mengandungi aplikasi dan sumber untuk

digunakan dalam VLE. Pengguna boleh mencari kandungan untuk pengajaran dan

pembelajaran seperti imej dan video untuk digunakan dalam Site.

Page 22: Trainers guide-v.2-

Terdapat 3 ruangan umum untuk anda layari:

Home ” Anda boleh membuat carian untuk video dan imej untuk digunakan dalam VLE

(video dan imej boleh disertakan menggunakan Media Widget)

Apps ” Bahagian ini memaparkan aplikasi yang ada untuk anda muat turun. Ini

menambahkan fungsi ke dalam VLE.

Channels ” Bahagian ini mengandungi kandungan daripada rakan kongsi pendidikan

Frog seperti Khan Academy. Di sini anda boleh mendapati imej, video dan kandungan

pendidikan untuk digunakan dalam Site yang anda hasilkan.

8. Forums

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir

Kawasan Forums area memaparkan Forum Sekolah. Ini adalah forum bagi seluruh

sekolah dan boleh dilihat oleh para guru dan pelajar. Hanya Pentadbir Frog boleh

mencipta topik dalam Forum Sekolah.

Forum perbincangan boleh diwujudkan untuk perbincangan kumpulan mengenai topik

tertentu berkaitan sekolah. Setiap maklumat mempunyai tarikh yang membolehkan guru

menyemak topik perbincangan dan mengetahui individu mana yang memberi

sumbangan kepada topik tersebut. Pencipta forum dapat mengawal semua topik, akses

dan tetapan.

Page 23: Trainers guide-v.2-

9. The Pond

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir

Lompatlah ke The Pond, di mana minda dan idea yang hebat dapat dicetus dan dikongsi

bersama. The Pond ditubuhkan untuk pelajar. Pelajar boleh memulakan pengalaman

bersama Frog menerusi tip dan idea untuk menggunakan Frog dengan berkesan.

10. School Documents

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir.

School Documents adalah tempat di mana dokumen boleh disimpan dan digunakan

oleh semua warga sekolah. Para guru dan pelajar boleh melihat dan muat turun fail-fail

yang dimasukkan ke dalam ruangan ini. Ini merangkumi buku panduan guru dan

pelajar, polisi atau maklumat sekolah. Fail-fail ini boleh dikategorikan dalam bentuk

folder.

Dokumen boleh berformat zip, MS Word, MS Excel, PDF, video MP4 atau fail audio.

Page 24: Trainers guide-v.2-

Pelajar akan mempunyai akses untuk membaca sementara guru mempunyai akses

pentadbir untuk menambah atau memadam maklumat.

11. My Documents

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir.

My Documents adalah satu ruangan untuk menyimpan semua fail peribadi anda.

Ruangan ini adalah peribadi dan tidak boleh diakses oleh pengguna lain.

Page 25: Trainers guide-v.2-

12. Sites

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir.

Sites adalah halaman-halaman yang telah dihasilkan di dalam VLE. Laman-laman ini

boleh diberi tag dengan memilih kata kunci untuk membolehkan pencarian dengan

mudah dan untuk memudahkan pembahagian kategori. Laman yang dihasilkan akan

disenaraikan di bahagian My Sites pada Resource Manager.

Laman yang mempunyai tag nama mata pelajaran yang spesifik, misalnya English; akan

muncul dalam kategori Subject Sites. Laman yang mempunyai tag aktiviti kokurikulum

seperti kelab dan lawatan akan muncul di dalam bahagian Co-curricular Sites. Bahagian

Other Sites mengandungi laman-laman yang tidak mempunyai tag kata kunci mata

pelajaran yang spesifik atau kokurikulum, ataupun telah diberi tag kata kunci ‘other’ bagi

laman yang dikongsi dengan anda.

Untuk keselamatan, kawasan Sites tidak boleh diakses tanpa log masuk ke dalam VLE.

Pencipta laman boleh mengawal hak untuk akses dan edit. Sekiranya sesebuah laman

tidak dikongsikan dengan anda, ia tidak boleh dilihat dalam Resource Manager.

Laman yang dihasilkan boleh dihantar ke MoE Repository untuk dikongsikan dengan

sekolah-sekolah lain di Malaysia. Setelah dimuat naik, laman tersebut akan disemak dan

disenaraikan untuk muat turun. Hanya guru boleh memuat naik dan memuat turun

laman-laman melalui MoE Repository.

Page 26: Trainers guide-v.2-

13. Email

Pengguna: Guru, Pelajar, Ibu Bapa dan Pentadbir.

Setiap pengguna yang memiliki akaun Frog VLE mempunyai akses ke emel sendiri. Emel

boleh dihantar dan diterima ke pengguna lain, bukan sahaja antara di sekolah tetapi di

mana-mana sahaja. Alamat emel anda adalah sama dengan ID pengguna yang

digunakan untuk log masuk ke dalam VLE.

14. Resource Manager

Pengguna: Guru, Pelajar (terhad) dan Pentadbir.

Resource Manager adalah aplikasi utama untuk mengakses sumber yang anda telah

hasilkan atau yang telah dikongsikan kepada anda.

Ia membolehkan anda menyimpan, melihat, mengubah dan menghasilkan kandungan

di semua bahagian VLE yang dibenarkan.

Page 27: Trainers guide-v.2-

Terdapat beberapa kawasan dalam ruangan ini:

Latest Files: Memaparkan fail terkini yang anda telah muat naik ke dalam My

Documents.

Favourites: Laman pilihan boleh ditambah ke dalam ruangan ini untuk mendapat

akses ke laman tersebut dengan mudah dan pantas.

My Documents: Ini adalah simpanan fail peribadi anda. Fail yang dimuat naik

tidak boleh dilihat atau diakses oleh pengguna lain.

Sites: Laman yang dikongsi dengan anda akan terpapar di sini

Applications: Memaparkan semua aplikasi yang diberi. Pentadbir Frog boleh

mengakses data pengguna dan kumpulan dari kawasan ini.

Lesson Resources: Semua fail pengajaran dan pembelajaran patut dimuat naik ke

dalam kawasan Lesson Resources. Hanya guru dan pentadbir mempunyai akses

ke bahagian ini.

School Documents: Guru dan Pentadbir boleh memuat naik dan memuat turun

fail. Pelajar hanya boleh melihat dan memuat turun fail.

15. My Dashboard

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir.

My Dashboard adalah halaman pertama yang anda akan temui selepas log masuk ke

dalam VLE. Halaman ini boleh diubahsuai untuk memaparkan kalendar sekolah, RSS

Feeds, atau notifikasi. Anda boleh menambah kandungan peribadi seperti gambar,

video, atau pautan ke laman kegemaran anda. Gunakan Widgets untuk mengubah rupa

dan kandungan Dashboard mengikut kesesuaian.

Page 28: Trainers guide-v.2-

Nota: Dashboard Peribadi anda tidak boleh dikongsi atau ditugaskan kepada pengguna

lain.

16. School Dashboard

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir.

School Dashboard memaparkan notis dan maklumat yang diurus oleh pihak sekolah. Di

sini anda boleh melihat papan notis, imej, video dan muat turun fail-fail penting. Ia juga

mengandungi MOE RSS feed untuk memastikan anda sentiasa dimaklumkan mengenai

berita pendidikan atau maklumat untuk sekolah dan guru-guru. School Dashboard hanya

boleh diubahsuai oleh pentadbir.

Page 29: Trainers guide-v.2-

1.4 Bagaimana Menghasilkan Kalendar

Sekolah (Pengguna: Pentadbir)

1.4 How to Create Your School Calendar (User: Admin)

Page 30: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah

TUGASAN:

Menghasilkan Kalendar Sekolah.

OBJEKTIF:

Untuk memastikan peserta memahami bagaimana pengguna Pentadbir Frog

menambah aktiviti dan acara pada kalendar sekolah.

TEMPOH MASA:

20 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN :

Video 1.4 ” Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah

Komputer

Papan putih

Pen Marker

Pen and buku nota

Projektor

TATACARA:

1. PENGENALAN

1.1 Jurulatih mengajukan soalan keberkesanan penyampaian maklumat

menggunakan takwim sekolah di dalam bentuk hard copy.

SOALAN:

Mengapakah sekolah perlu menggantikan takwim sekolah kepada Kalendar

Sekolah Frog untuk mendapatkan maklumat aktiviti sekolah?

1.2 Kalendar Sekolah Frog memberi impak kepada penyampaian maklumat. Ia

mudah, pantas dan menjimatkan penggunaan kertas.

Page 31: Trainers guide-v.2-

2. VIDEO ” Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah

Memaparkan video dan memberhentikannya seketika apabila perlu.

Memaklumkan kepada peserta agar mematuhi arahan yang diberikan menerusi

video.

3. SESI IMBASAN

Membantu untuk mengimbas semula langkah-langkah yang diperlukan di dalam

pengubahsuaian kalendar sekolah.

Panduan Pengguna

Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah

Penting! Untuk menghasilkan kalendar sekolah, anda mesti log masuk sebagai

pengguna Pentadbir Frog.

Untuk memulakannya, anda perlu klik pada Quick Launch di Frog Bar.

Kemudian, klik pada ikon Calendar.

Page 32: Trainers guide-v.2-

Dalam tetingkap Calendar, klik pada butang Add untuk

menghasilkan kalendar sekolah.

Sebaik sahaja anda klik pada butang Add, satu

tetingkap kecil akan muncul.

Taipkan nama dan deskripsi bagi kalendar. Anda juga

boleh menetapkan peringkat akses kalendar tersebut

kepada warga sekolah. Sebagai contoh;

Calendar Name: Kalendar Sekolah

Calendar Description : Takwim Sekolah 2012

Anda juga boleh menetapkan peringkat akses

kalendar tersebut kepada warga sekolah. Di sebelah

Calendar Availability, boleh dilihat satu petak tertulis

Restricted. Klik pada anak panah kecil di hujung petak

tersebut.

Pilih salah satu peringkat akses yang dipaparkan di

menu dropdown; iaitu: Restricted, Public, Shared. Di sini,

kita akan memilih Public.

Page 33: Trainers guide-v.2-

Setelah selesai, klik pada Create Calendar.

Kini, anda akan dapat lihat ikon Kalendar Sekolah

pada kiri skrin anda.

Untuk memasukkan acara / aktiviti ke dalam

Kalendar Sekolah, anda perlu klik pada butang

New.

Tetingkap New Event akan muncul sebaik sahaja

anda klik pada butang New.

Page 34: Trainers guide-v.2-

Dalam panel New Event masukkan nama acara /

aktiviti tersebut.

Sebagai latihan, taipkan: ‚Sambutan Hari Guru

Peringkat Sekolah‛

Masukkan juga lokasi bagi acara tersebut. Contohnya,

‚Dataran Sekolah‛.

Kemudian, klik pada kotak Starts / End date.

Tetingkap Starts / End date akan dipaparkan.

Tukarkan tarikh dan masa bagi acara / aktiviti

tersebut. Sebagai contoh,

Start Date : Wed 16/May/2012

Start Time : 7.45 am

End Date : Wed 16/May/2012

End Time : 10.30 am

Page 35: Trainers guide-v.2-

Setelah selesai, klik butang OK yang terdapat di

bahagian bawah tetingkap tersebut. Anda akan

dibawa kembali ke tetingkap New Event yang

terdahulu.

Pada ruangan Note, masukkan nota jika terdapat

maklumat tambahan yang berkaita n dengan acara /

aktiviti baru.

Sebagai contoh, masukkan nota: ‚Persembahan

pelajar akan bermula pada pukul 8.30 pagi‛.

Page 36: Trainers guide-v.2-

Untuk menjadikannya sebagai Kalendar Sekolah

anda, klik pada Calendar.

Tetingkap Choose Calendar akan terpapar.

Klik pada Display in.

Pilih Kalendar Sekolah.

Kemudian, klik OK apabila selesai.

Page 37: Trainers guide-v.2-

Klik pada butang Create Event untuk menghasilkan

acara / aktiviti pada kalendar anda.

Kini, entri anda akan terpapar pada Kalendar Sekolah anda.

Anda boleh memasukkan acara / aktiviti lain ke dalam Kalendar Sekolah anda dengan

mengikut langkah-langkah yang telah ditunjukkan tadi. Sebagai contoh kita akan

memasukkan:

New Entry : Kelas Tambahan Tahun 6

Location : Dewan Utama Sekolah

Start Date : Mon 26/May/2012

Start Time : 7.45 am

End Date : Wed 26/May/2012

End Time : 11.00 am

Page 38: Trainers guide-v.2-

Acara / Aktiviti tersebut akan dimasukkan pada Kalendar Sekolah seperti paparan di

bawah.

Page 39: Trainers guide-v.2-

1.5 Bagaimana Menghasilkan Kalendar

Tempahan (Pengguna: Pentadbir)

1.5 How to Create Booking Calendar (User: Admin)

Page 40: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan

TUGASAN:

Menghasilkan Kalendar Tempahan.

OBJEKTIF:

Menunjukkan peserta bagaimana kalendar tempahan direka dan dibatalkan.

TEMPOH MASA:

15 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN :

Video 1.5 ”Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan

TATACARA:

1. PENGENALAN

1.1 Jurulatih memberitahu peserta tentang pelbagai kalendar tempahan yang boleh

dihasilkan. Terangkan bahawa hanya pengguna Pentadbir Frog sahaja yang

boleh menghasilkan kalendar tempahan.

2. VIDEO - Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan

2.1 Jurulatih menerangkan kandungan video ini dan bagaimana sebuah kalendar

tempahan baru boleh dihasilkan.

2.2 Mainkan video.

Page 41: Trainers guide-v.2-

Panduan Pengguna

Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan

Penting! Untuk menghasilkan kalendar tempahan, anda mesti log masuk sebagai

pengguna Pentadbir Frog.

Klik pada Quick Launch di Frog Bar dan klik Booking Calendar.

Setelah tetingkap Booking

Calendar dipaparkan,

mulakan navigasi ke arah

Booking Items di sudut kiri

bahagian bawah skrin anda.

Klik pada butang Add untuk

menambah sumber

tempahan baru pada

Booking Calendar.

Selepas anda sudah klik pada butang Add, anda akan melihat skrin Create Booking Item.

Taip nama dan deskripsi dalam kalendar

tempahan yang baru.

Contoh: Makmal Komputer, projektor, TV,

Bilik Mesyuarat dll.

Page 42: Trainers guide-v.2-

Anda juga perlu menaip dan menentukan

kategori tempahan. Klik pada menu ke

bawah Booking Item Type dan pilih kategori

tempahan anda. Anda mempunyai pilihan

Room atau Equipment.

Setelah selesai menamakan kalendar

tersebut, klik pada butang Create Booking

Item .

Bila anda klik pada Create

Booking Item anda akan lihat

kalendar tempahan baru yang

dihasilkan terpapar pada

senarai kalendar yang sedia

ada.

Anda boleh memilih paparan

yang hendak dilihat. Warna item

tempahan ini telah ditetapkan

dan tidak boleh diubah suai.

Page 43: Trainers guide-v.2-

Membatalkan Kalendar Tempahan

Pilih Booking Item Settings dari

senarai. Ini memaparkan

maklumat tentang kalendar

tempahan yang dipilih seperti

nama, deskripsi, jenis dan

pemilik.

Klik pada Delete untuk

mengeluarkan kalendar

tempahan yang terpilih.

Sebaik saja anda klik pada butang

Delete, satu paparan Important akan

dipaparkan untuk mengesahkan

pembatalan kalendar tempahan. Untuk

mengesahkan arahan ini, taip YES dan

tekan ‘enter ’.

Kalendar tempahan tersebut telahpun dibatalkan.

Page 44: Trainers guide-v.2-

1.6 Bagaimana Mengedit Dashboard

Anda (Pengguna: Guru)

1.6 How to Edit Your Dashboard (User: Staff)

Page 45: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Mengedit Dashboard Anda

TUGASAN:

Mengubah suai Dashboard anda.

OBJEKTIF:

Untuk memastikan para peserta mengetahui cara untuk mengedit Dashboard sendiri.

TEMPOH MASA:

30 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Video 1.6 - Bagaimana Mengedit Dashboard Anda

TATACARA:

1. PENGENALAN

Jurulatih menerangkan kandungan video yang berkaitan cara Dashboard diedit.

2. VIDEO ” Bagaimana Mengedit Dashboard Anda

Memainkan video ‛Bagaimana Mengedit Dashboard Anda‛. Berhenti seketika dan

memberi penjelasan apabila perlu. Menggalakkan para peserta untuk menonton video

dan mengikut arahan yang diberi menerusi video.

3. SESI IMBASAN

Mengimbas matlamat sesi. Sesi soal jawab.

Panduan Pengguna

Bagaimana Mengedit Dashboard Anda

Your Dashboard adalah halaman pertama yang terpapar sebaik sahaja anda log masuk

ke dalam VLE. Dashboard boleh diubah suai untuk memaparkan kalendar sekolah, RSS

Feeds, ataupun notifikasi. Anda juga boleh menambah bahan seperti foto, video atau

pautan kepada laman web kegemaran. Susun atur kandungan adalah mengikut

kehendak anda. Gunakan Widgets untuk menukar paparan dan kandungan Dashboard

mengikut kehendak anda.

Page 46: Trainers guide-v.2-

Untuk mengedit Dashboard anda, anda perlu klik pada butang Edit pada

sebelah kiri skrin anda. Ini akan memaparkan Content Tray.

Content Tray mengandungi tiga tab pilihan iaitu:

Layout ” Ini akan menukar bilangan dan

kedudukan kotak kandungan dalam halaman

anda.

Settings ” Ini membenarkan anda untuk menukar

nama dan tema Dashboard anda.

Widgets ” Widget boleh diseret ke dalam lajur

pada halaman anda untuk menambah

kandungan seperti teks, video dan gambar.

Menukar Tetapan pada Dashboard Anda

Di dalam Content Tray, klik pada tab Settings.

Page 47: Trainers guide-v.2-

Untuk menukar nama pada Dashboard anda,

masukkan nama ke dalam kotak Name of Site. Ini

secara automatik akan mengemaskini nama

Dashboard pada halaman anda. Contohnya: Cikgu

Pheobe.

Ini akan terpapar pada sebelah kiri atas Dashboard seperti yang ditunjukkan di bawah.

Untuk menukar tema Dashboard anda, pilih tema baru

dengan mengklik pada menu ke bawah di sebelah

kanan.

Apabila anda klik pada menu ke bawah, menu yang

mengandungi tema yang telah disedia ada akan

dipaparkan. Skrol menu ke bawah, dan klik pada tema

yang anda inginkan. Ini secara automatik menukar

kepada tema Dashboard yang anda pilih.

Menukar susun atur Dashboard anda

Di dalam Content Tray klik pada tab Layout.

Pilih bilangan kotak kandungan yang anda

inginkan berdasarkan butang bernombor.Anda

boleh pilih antara 1 hingga 4 kotak pada satu

halaman. Klik pada 3 dalam tetapan Boxes. 3

susun atur yang berbeza akan tersedia.

Page 48: Trainers guide-v.2-

Di sini, anda boleh memilih bagaimana kotak

kandungan akan dipaparkan pada Dashboard

anda. Apabila anda klik pada susun atur tertentu,

halaman anda secara automatik akan

dikemaskini dengan susun atur baru.

Klik pada susun atur kedua pada sebelah kanan.

Dashboard anda sedia untuk diisikan dengan

kandungan.

Widgets

Di dalam Content Tray klik pada tab Widgets.

Anda kini boleh melihat semua widget yang

tersedia ada kepada anda. Setiap widget

dikenalpasti mengikut nama dan ikon yang

unik.

Widget adalah aplikasi kecil yang

membenarkan kandungan untuk dipapar

kepada pengguna. Ini boleh digunakan

dengan menyeret setiap widget ke dalam

kotak kandungan pada halaman dan

menetapkan tetapannya. Pelbagai widget

boleh digunapakai dalam satu halaman.

Nota: Widget hanya boleh memaparkan

kandungan apabila diarahkan. Untuk

kebanyakan widget, anda perlu memasukkan

maklumat berkaitan kandungan yang diingini

sebelum ia boleh dipaparkan pada

Dashboard.

Page 49: Trainers guide-v.2-

Menambah Widget pada Dashboard anda

Di dalam Content Tray, klik pada tab Widgets.

Padamkan sebarang widget tersedia ada sebelum

mengubah suai Dashboard anda. Klik dua kali pada

widget yang diingini dan klik pada tanda pangkah kecil

berwarna merah untuk memadamnya dari Dashboard.

Pilih widget Media dan seretkannya pada kotak sebelah kiri atas. Pastikan kotak

berwarna biru sebelum melepaskan widget.

Klik dua kali pada widget Media dalam kotak kandungan tersebut untuk memaparkan

tetapan widget.

Page 50: Trainers guide-v.2-

Muat naik gambar daripada komputer anda atau daripada storan USB. Klik pada butang

Upload di bahagian Choose Media untuk melancarkan File Uploader.

Klik pada butang Choose Files untuk mengakses fail di dalam komputer anda. Pilih satu

fail untuk dimuat naik.

Sebaik sahaja muat naik sudah lengkap, mesej ‘Done’

berwarna hijau akan terpapar. Klik pada butang Done

di bawah.

Page 51: Trainers guide-v.2-

Anda boleh menukar saiz gambar dengan memilih saiz daripada menu ke bawah

‘Please select media size’. Klik pada butang Save Changes untuk menyimpan perubahan.

Untuk menyimpan tetapan Dashboard anda, klik pada

butang Save Changes.

Menambah Widget Calendar

Widget Calendar digunakan untuk memaparkan acara atau aktiviti penting di dalam

kalendar pada Dashboard anda.

Pilih widget Calendar dan seretkannya ke dalam kotak kanan atas. Pastikan kotak

bertukar menjadi biru sebelum melepaskan widget tersebut.

Page 52: Trainers guide-v.2-

Terdapat beberapa jenis kalendar yang berbeza dalam

Frog VLE anda seperti peribadi, kokurikulum, akademik

dan peperiksaan. Oleh yang demikian, anda boleh

memilih kalendar yang ingin dipaparkan pada

Dashboard.

Pilih kalendar peribadi anda.

Pilih bilangan acara / aktiviti yang ingin dipaparkan

daripada senarai menu ke bawah ‘ Max Events to

Display ‘ dan pilih nombor 5.

Page 53: Trainers guide-v.2-

Halaman anda akan kelihatan seperti di bawah.

Untuk menyimpan tetapan Dashboard anda, klik pada butang Save Changes.

Menambah Widget Notes

Pilihkan widget Notes dan seretkannya ke dalam Dashboard seperti tertera di bawah.

Pastikan kotak bertukar menjadi biru sebelum melepaskan widget.

Page 54: Trainers guide-v.2-

Di dalam tetapan Notes, anda boleh menaipkan peringatan untuk dipaparkan. Klik dua

kali pada My Notes. Anda akan melihat tetapan My Notes pada sebelah kiri.

Taipkan nota ini di dalam kotak: ‚ Buku Latihan Tatabahasa ” Pulangkan kepada

Tingkatan 5 Maju ‚

Ikon yang terletak pada bahagian bawah tetingkap teks

digunakan untuk mengubah suai format teks anda. Di samping

itu, anda boleh memilih salah satu daripada pilihan sedia ada

daripada menu ke bawah Font Format.

Tukar format untuk ‛ Buku Latihan Tatabahasa ‚ dengan

menebalkan teks dengan klik pada butang B.

Page 55: Trainers guide-v.2-

Dashboard anda akan kelihatan seperti di bawah.

Menambah Pautan Luar

Kini, kita akan menambah pautan luar kepada Dashboard anda untuk memudahkan

akses kepada laman web tersebut. Untuk sesi ini, kita akan menghasilkan pautan

kepada akhbar Berita Harian. Pautan ini akan sedia ada pada Dashboard setiap kali kita

log masuk ke dalam Frog VLE.

Pilih widget External Link dan tarik ke dalam kotak sebelah kanan bawah widget

Calendar.

Page 56: Trainers guide-v.2-

Masukkan nama laman web dan URL laman web tersebut. Untuk sesi ini, kita akan

menggunakan:

Enter Name for Site: Berita Harian

Enter URL: http://www.bharian.com.my

Klik pada butang Add Icon for Site untuk menukar ikon

asal pada widget External Link.

Anda akan mencari logo Berita Harian daripada Frog Store.

Taipkan ‘Logo Berita Harian’ di dalam kotak carian dan klik

pada ikon Frog Store.

Pilih logo Berita Harian daripada Frog Store dan klik pada butang Use. Ini akan

menambahkan ikon kepada pautan anda.

Page 57: Trainers guide-v.2-

Masukkan deskripsi untuk pautan luar tersebut. Berikan

penerangan berkenaan laman web yang dipaut. Misalnya,

deskripsi untuk pautan ini adalah: Surat Khabar Kegemaran

ku.

Simpan perubahan dengan klik pada butang Save

Changes.

Klik pada butang X untuk menutup Dashboard anda.

Dashboard anda akan kelihatan seperti di bawah. Apabila anda klik pada pautan, laman

web akan terpapar pada tetingkap baru.

Tahniah! Anda telah berjaya mengubah suaikan Dashboard anda.

Page 58: Trainers guide-v.2-

1.7 Bagaimana Menggunakan Kalendar

Anda (Pengguna: Guru)

1.7 How to Use Your Calendar (User: Staff)

Page 59: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda

TUGASAN:

Menggunakan Kalendar.

OBJEKTIF:

Untuk memastikan peserta memahami bagaimana untuk menambah aktiviti dan acara

pada kalendar peribadi dan menghantar jemputan kepada guru-guru lain.

TEMPOH MASA:

20 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Video 1.7 ” Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda

Komputer

Papan putih

Pen Marker

Pen and buku nota

Projektor

TATACARA:

1. PENGENALAN

Jurulatih mengajukan soalan mengenai pengalaman peserta dalam penggunaan

kalendar.

SOALAN:

Mengapa anda perlu menggunakan Kalendar Frog untuk aktiviti harian?

Apakah kesan-kesan penggunaan Kalendar Frog?

1.1 Anda boleh memaparkan dan mengurus apa jua aktiviti seperti memasukkan

tarikh, masa, tempat dan nota berkaitan.

1.2 Kalendar Frog memberi impak kepada pengurusan masa. Pengguna boleh

memberikan keutamaan kepada tugasan tertentu mengikut masa dan tarikh

yang telah ditetapkan. Penghasilan beberapa jenis kalendar akan membolehkan

peserta menguruskan aktiviti-aktiviti sekolah seperti kelas ICT, aktiviti kokurikulum

dan lain-lain.

Page 60: Trainers guide-v.2-

2. KALENDAR DIGITAL

Jurulatih menerangkan keperluan kalendar digital sebagai menggantikan kalendar

manual.

3. VIDEO ” Bagaimana untuk Menggunakan Kalendar Anda

a. Memaparkan video ‚Bagaimana untuk Menggunakan Kalendar Anda‛ dan

memberhentikannya seketika apabila perlu.

b. Memaklumkan kepada peserta agar mematuhi arahan yang diberikan menerusi

video.

4. SESI IMBASAN

Membantu untuk mengimbas semula langkah-langkah yang diperlukan di dalam

pengubahsuaian kalendar.

Panduan Pengguna

Menghasilkan satu Acara / Aktiviti baru

Klik pada Quick Launch di Frog Bar dan klik pada Calendar.

Dalam tetingkap Calendar, klik pada masa

acara / aktiviti anda bermula dan kemudian

tarikh dan masa ia berakhir.

Dalam panel New Event masukkan nama

acara / aktiviti tersebut. Sebagai latihan,

gunakan acara / aktiviti anda sendiri seperti

mesyuarat (segera atau berjadual), sambutan,

acara dan sesi perbincangan.

Page 61: Trainers guide-v.2-

Pada pilihan Repeat, secara sedia ada ia akan

menunjukkan none menandakan acara / aktiviti baru ini

tidak akan diulangi setiap hari,minggu, bulan dan tahun

seterusnya. Jika anda ingin mendapatkan peringatan

ulangan bagi acara / aktiviti ini, anda boleh klik pada

pilihan none.

Apabila pilihan none diklik, anda akan dibawa ke panel

seterusnya yang memaparkan beberapa pilihan bagi

mengulangi peringatan acara / aktiviti ini iaitu: No

Recurrence, Every Day, Every Two Weeks, Every Month,

dan Every Year. Sebagai latihan, pilih No Recurrence dan

tekan pada butang OK.

Anda akan dibawa kembali ke panel asal iaitu

panel New Event. Pada panel ini, masukkan

nota jika terdapat maklumat tambahan yang

berkaitan dengan acara/aktiviti. Sebagai

contoh, masukkan nota: ‚ TOLONG BAWA

LAPTOP DAN LAPORAN MESYUARAT PIBG

BULAN 3. TERIMA KASIH ‛

Hantar jemputan kepada seorang guru atau

kumpulan ke acara tersebut dengan klik pada

butang Manage Invitations dan mencari

individu atau kumpulan yang berkenaan.

Page 62: Trainers guide-v.2-

Di dalam kotak carian, taip nama individu

atau kumpulan yang anda ingin jemput ke

acara tersebut. Jika nama mereka tersimpan

di dalam VLE, ia akan muncul secara

automatik di bawah kotak carian.

Sebagai latihan, cari Teacher 1, 2 , 3 atau guru

lain.

Klik butang Add di sebelah nama individu

tersebut untuk menambahnya ke dalam

senarai. Jemputan akan dihantar kepada

mereka melalui panel Notifications. Acara /

Aktiviti juga akan muncul di dalam kalendar

mereka supaya mereka boleh menerima atau

menolak jemputan tersebut.

Klik OK untuk menghantar jemputan.

Klik pada butang Save Changes untuk menghasilkan acara / aktiviti pada kalendar anda.

Memadam Acara / Aktiviti

Klik pada acara / aktiviti kalendar anda untuk

melihat butirannya. Klik pada butang Delete

yang berwarna merah untuk memadamkan

acara / aktiviti tersebut. Tindakan ini juga akan

memadamkan mana-mana jemputan pada

kalendar dan panel Notifications pengguna

lain.

Page 63: Trainers guide-v.2-

Menukar Warna Kalendar

Untuk mengenal pasti acara / aktiviti kalendar

anda dengan lebih mudah, tetapkan warna

yang berbeza untuk setiap kalendar. Klik pada

anak panah kecil bewarna putih pada hujung

kalendar anda di bahagian My Calendar.

Pilih Set Colour dari menu pilihan untuk

melancarkan pilihan warna.

Pilih satu warna dari pilihan warna. Jika anda

klik pada ruang berbentuk segi empat kecil

warna tertentu, warna itu akan ditambah ke

dalam panel New.

Klik OK untuk mengubah dan

mengemaskinikan warna kalendar anda.

Menambah sebuah Kalendar

Untuk menambah satu lagi kalendar, klik

butang Add di kawasan My Calendars.

Kalendar tambahan mungkin diperlukan untuk

acara berjadual yang berbeza, sebagai contoh

aktiviti kokurikulum.

Page 64: Trainers guide-v.2-

Dengan klik pada butang Add, anda akan ke

paparan skrin seperti di sebelah.

Masukkan nama dan huraian pada kalendar

baru.

Sebagai latihan, masukkan maklumat berikut:

Calendar Name: Tae Kwon Do

Calendar Description: Sesi Latihan

Dalam menu ke bawah Calendar Availability, pilih

peringkat akses untuk kalendar tersebut.

Pilihan adalah seperti berikut:

Restricted ”Hanya anda mempunyai akses kepada kalendar.

Public ” Semua pengguna VLE boleh melihat kalendar tetapi tidak boleh membuat

perubahan atau pun memasukkan acara / aktiviti ke dalam kalendar.

Shared ” Hanya mereka yang dibenarkan boleh melihat dan membuat perubahan

kepada kalendar.

Pilih Public. Kemudian, klik pada Create Calendar.

Kalendar baru anda akan muncul di bawah

kalendar peribadi anda. Pengguna lain akan

dapat mengakses kalendar tersebut. Klik pada

tab untuk menukar paparan kalendar

mengikut keperluan.

Page 65: Trainers guide-v.2-

1.8 Gambaran Keseluruhan Booking

Calendar (Pengguna: Guru)

1.8 Overview of the Booking Calendar (User: Staff)

Page 66: Trainers guide-v.2-

Gambaran Keseluruhan Booking Calendar

TUGASAN:

Gambaran keseluruhan Booking Calendar.

OBJEKTIF:

Untuk memaklumkan kepada peserta tentang bagaimana sumber ditempah di dalam

Booking Calendar.

TEMPOH MASA:

10 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

VIDEO 1.8 ” Gambaran Keseluruhan Booking Calendar

TATACARA:

1. PENGENALAN:

Jurulatih mengajukan soalan kepada peserta bagaimana sumber”sumber ditempah di

sekolah mereka. Memberi penekanan bagaimana Frog menyediakan sistem untuk

menggunakan sumber Booking Calendar. Sumber sekolah boleh ditempah di rumah dan

ia akan menjimatkan masa seseorang guru. Sumber-sumber tersebut boleh ditambah

oleh pengguna Pentadbir Frog sahaja.

2. VIDEO ” Gambaran Keseluruhan Booking Calendar

2.1 Memainkan video mengenai bagaimana sumber ditempah dengan

menggunakan Booking Calendar.

Page 67: Trainers guide-v.2-

Panduan Pengguna

Gambaran Keseluruhan Booking Calendar ” Membuat tempahan

Klik pada pilihan Quick Launch di Frog Bar dan klik pada Booking Calendar.

Anda akan melihat tetingkap Booking Calendar seperti dipaparkan di bawah.

Dalam tetingkap Booking Calendar, sumber-sumber yang

tersedia di senaraikan di sebelah kiri di bawah Booking Items;

iaitu: Bilik ICT, Bilik Mesyuarat 1, Bilik Mesyuarat 2 dan Projektor.

Page 68: Trainers guide-v.2-

Pilih sumber yang anda ingin tempah dan klik pada anak

panah kecil berwarna putih yang terdapat pada hujung

sumber yang dipaparkan. Sebagai contoh, klik pada Bilik ICT.

Satu menu akan dipaparkan dan terdapat 2

pilihan. Klik Create Booking for this item.

Satu tetingkap New Booking akan dipaparkan. Di sini,

anda perlu menetapkan masa mula dan masa tamat untuk

tempahan. Sekiranya, anda hendak guna bilik tersebut

sepanjang hari, klik pada All Day.

Dalam petak New Booking, taip: ‚ Sesi Pengenalan Frog ‛

Untuk memilih tarikh dan masa, klik pada bahagian Starts /

Ends. Anda akan melihat tetingkap yang dipaparkan di

bawah.

Page 69: Trainers guide-v.2-

Klik pada petak Start Date.

Satu kalendar akan dipaparkan. Klik pada tarikh 23 May.

Sekarang klik pada petak Start Time. Anda akan lihat satu

menu ke bawah. Pilih jam 8.

Page 70: Trainers guide-v.2-

Klik di petak kanan untuk memilih minit. Mengikut contoh ini,

masa yang dipilih adalah 8.45 pagi.

Ulang prosedur tersebut untuk End Date dan End Time iaitu

23 May dan masa tamat ialah 12.30 tengahari.

Bila maklumat tarikh dan masa sudah dilengkapkan dan

disahkan betul, klik pada butang OK di bawah.

Anda akan lihat paparan ini dengan tempahan yang terbaru.

Klik pada Create Booking untuk mengesahkan tempahan

anda.

Page 71: Trainers guide-v.2-

Anda akan lihat skrin yang dipaparkan di bawah dengan tempahan pada 23 May untuk

Sesi Pengenalan Frog.

Page 72: Trainers guide-v.2-

1.9 Bagaimana Menghasilkan

Folder dan Memuat Naik Fail

(Pengguna: Guru)

1.9 How to Create a Folder and Upload Files (User: Staff)

Page 73: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail

TUGASAN:

Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail

OBJEKTIF:

Bagi membolehkan pengguna menghasilkan folder dan memuat naik fail.

TEMPOH MASA:

20 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

“ VIDEO 1.9 ” Bagaimana Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail

“ Komputer

“ Papan putih

“ Pen penanda

“ Pen dan buku nota

“ Projektor

TATACARA:

1. GAMBARAN KESELURUHAN

Memahami bagaimana folder dihasilkan dan cara fail dimuat naik merupakan

kemahiran utama dalam latihan awal Frog. Para guru adalah digalakkan untuk

menggantikan penggunaan storan USB kepada Frog sebagai media penyimpanan yang

lebih digemari. Oleh kerana Frog berteraskan ‘cloud’, fail-fail yang dimuat naik boleh

sentiasa didapati dari masa ke semasa di mana-mana jua dengan adanya sambungan

internet.

Menyimpan fail di dalam ’cloud‛ dapat menangani dua permasalahan semasa:

Pertama, pengguna storan USB dan media lain selalu menghadapi situasi terlupa atau

tersalah letak. Oleh itu, pengguna tidak mempunyai akses kepada fail-fail penting,

seterusnya mengakibatkan kelewatan dan penangguhan kerja. Fail yang di simpan di

dalam storan USB juga terdedah kepada kerosakkan data dan virus.

Page 74: Trainers guide-v.2-

Kedua, kebanyakkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang tidak

disediakan oleh sekolah sebagai sebahagian daripada sumber pengajaran dan

pembelajaran. Sumber-sumber ini boleh dikongsi bersama guru-guru lain, malah

menjimatkan masa dan memastikan sesi pembelajaran yang konsisten.

Menerusi Frog VLE, guru-guru mempunyai dua ruangan utama untuk memuat naik fail

iaitu; My Documents untuk kegunaan peribadi dan Lesson Resources yang boleh

dikongsi dengan guru-guru lain. Sebagai cadangan, ruang simpanan My Documents

boleh digunakan untuk simpanan fail-fail peibadi, manakala Lesson Resources boleh

digunakan untuk menyimpan fail-fail pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar pula

boleh memuat naik fail-fail ke dalam ruangan My Documents mereka.

2. VIDEO ” Bagaimana untuk Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail

2.1 Memainkan video ‚Bagaimana Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail‛.

Berhenti seketika dan memberi penerangan bila perlu. Meminta peserta untuk

menonton video tersebut dan mengikut arahan yang diberikan melalui video.

2.2 Kaitkan apa yang diperkatakan di dalam video dengan penggunaan di dalam

kelas.

3. PERBINCANGAN

Mengajukan soalan-soalan berikut:

SOALAN:

Bagaimana sumber pengajaran dan pembelajaran disimpan di sekolah anda?

Apakah masalah-masalah yang berkaitan dengan amalan menyimpan maklumat

di dalam storan USB?

Bagaimana Frog boleh membantu dengan menguruskan sumber pengajaran dan

pembelajaran?

4. SESI IMBASAN

Mengimbas objektif sesi. Sesi soal jawab.

Page 75: Trainers guide-v.2-

Panduan Pengguna

Bagaimana Menghasilkan Folder

Bagi menghasilkan folder dan memuat naik fail, anda perlu membuka Resource

Manager.

Klik pada ikon Resource Manager di dalam

Frog Bar.

Setelah anda klik pada Resource Manager,

anda boleh lihat ruang utama Resources.

Klik pada My Documents pada panel di

sebelah kiri anda. Ini merupakan paparan

fail-fail peribadi anda pada ruang

penyimpanan.

Nota: Para guru juga boleh menghasilkan folder pada ruangan Lesson Resources untuk

dikongsi dengan semua guru.

Di sebelah atas kanan ruangan My Documents, anda akan lihat butang Actions. Klik

pada butang Actions, skrol ke bawah dan klik pada New Folder.

Page 76: Trainers guide-v.2-

Taipkan nama folder di bawah ikon folder. Sebagai contoh, anda boleh menamakan

folder anda mengikut subjek, aktiviti, atau peribadi. Setelah anda menamakan folder

tersebut, ia kini boleh digunakan.

Bagaimana Memadam Folder

Untuk memadam sesebuah

folder, pilih folder yang ingin

dipadam.

Kemudian, klik pada butang

Actions . Skrol ke bawah dan

klik pada Delete.

Page 77: Trainers guide-v.2-

Selepas anda klik pada butang Delete,

satu pemberitahuan akan muncul bagi

mengesahkan sama ada anda mahu

memadam folder tersebut. Klik OK dan

folder anda akan dipadamkan.

Peringatan: Sila ambil perhatian bahawa dengan memadam sesebuah folder, anda juga

akan memadam kesemua fail-fail yang terkandung di dalamnya.

Bagaimana Memuat Naik Fail

.

Klik pada butang biru Add Files

pada bar di atas ruangan

penyimpanan My Documents

Selepas anda klik pada butang Add Files,

kotak dialog File Uploader akan terpapar.

Page 78: Trainers guide-v.2-

Anda sekarang mempunyai 2 pilihan untuk memuat naik fail anda:

Pilihan 1

Seret sebuah fail dari

desktop atau komputer anda

ke dalam ‘Drag and drop

your files here’. Fail anda

akan dimuat naik serta-

merta.

Pilihan 2

Klik pada butang Choose Files

dan pilih satu fail daripada

komputer anda. Fail anda

akan dimuat naik dengan

serta-merta.

Setelah anda berjaya memuat naik

sesebuah fail, butang hijau ‘Done’

akan muncul. Keluar dari File

Uploader dengan mengklik butang

Done.

Nota: Proses ini akan memakan

masa beberapa minit bergantung

kepada saiz dan bilangan fail yang

anda telah muat naik.

Page 79: Trainers guide-v.2-

Fail anda telah berjaya dimuat naik ke ruangan penyimpanan My Documents.

Bagaimana Menyalin Fail

Untuk membuat salinan bagi

sesuatu fail, klik pada fail yang

ingin disalin. Klik pada butang

Actions dan kemudian klik Copy.

Fail anda akan muncul di sebelah

fail asal.

Nota: Fail-fail yang telah

disalin boleh dikenalpasti

melalui angka pada nama

fail sambungan, contohnya: 01.

Fail-fail juga boleh

dipindahkan ke dalam folder

bagi memudahkan rujukan.

Page 80: Trainers guide-v.2-

Memadamkan Fail

Untuk memadam sesebuah

fail, langkah-langkahnya

adalah sama seperti

memadam sebuah folder.

Klik pada fail yang ingin

dipadam.

Kemudian, klik pada butang

Actions. Skrol ke bawah dan

klik Delete.

Setelah anda klik pada butang Delete, satu kotak

dialog akan terpapar bagi mengesahkan sama ada

anda ingin memadam fail tersebut. Klik pada

butang OK dan fail anda akan dipadam.

Page 81: Trainers guide-v.2-

1.10 Bagaimana Menghasilkan Sumber

Pembelajaran (Pengguna: Guru)

1.10 How to Create a Classroom Resource (User: Staff)

Page 82: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran

TUGASAN:

Menghasilkan sumber pembelajaran.

OBJEKTIF:

Pengguna mempunyai kefahaman tentang bagaimana Sites boleh digunakan dalam

penghasilan sumber pembelajaran.

TEMPOH MASA:

30 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Video 1.10 ” Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran

Komputer

Papan putih

Pen Marker

Pen and buku nota

Projektor

TATACARA:

1. PENGENALAN

Jurulatih menerangkan manfaat yang boleh diperolehi daripada penghasilan sumber

pembelajaran menggunakan Frog VLE.

2. VIDEO ” Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran

2.1 Memaparkan video ‚Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran ‚ dan

memberhentikannya apabila perlu.

2.2 Memaklumkan peserta untuk mengikut arahan di dalam video.

3. RUMUSAN

Mengimbas objektif sesi. Sesi soal jawab.

Page 83: Trainers guide-v.2-

Panduan Pengguna

Menghasilkan Laman Sumber Pembelajaran

Dari Frog Bar klik pada ikon Quick Launch.

Kemudian, klik pada ikon Sites.

Setelah anda klik pada Sites, kawasan utama Sites akan terpapar pada Resource

Manager. Di sebelah kiri, terdapat 4 kategori bagi Sites; My Sites, Subject Sites, Co-

curricular Sites dan Other Sites.

My Sites merangkumi semua laman yang anda telah hasilkan ataupun laman yang telah

dikongsikan dengan anda.

Subject Sites mengandungi semua laman mata pelajaran. Laman-laman ini diwakili

dengan satu ikon mata pelajaran. Klik dua kali pada salah satu ikon untuk mengakses

laman mata pelajaran yang dipilih. (Nota: Ikon mata pelajaran akan terpapar setelah

satu laman bagi mata pelajaran tersebut telah dihasilkan dan disimpan dalam kategori

yang betul)

Page 84: Trainers guide-v.2-

Co-curricular Sites mengandungi laman kokurikulum yang anda telah hasilkan atau yang

telah dikongsikan dengan anda.

Other Sites mengandungi laman yang tidak ditanda di bawah sesebuah kategori dan

telah dikongsikan dengan anda. (Nota: Kawasan ini mungkin tidak mempunyai sebarang

laman sehingga satu laman kokurikulum telah dihasilkan atau dikongsikan dengan

anda)

Untuk memulakan penghasilan, klik pada butang biru New Site. Ia terletak pada

bahagian atas ruangan My Sites.

Page 85: Trainers guide-v.2-

Taipkan nama laman anda. Sebagai contoh, kita akan menghasilkan satu laman

keselamatan dalam talian, Security Awareness tetapi anda boleh menghasilkan laman

dengan topik anda sendiri.

Taipkan deskripsi ringkas mengenai laman

anda. Bagi contoh ini kita akan taipkan:

Your Guide to Safe Web Browsing.

Klik butang Next untuk meneruskan.

Page 86: Trainers guide-v.2-

Pilih satu tema untuk laman anda untuk

memberikan rupa dan gaya. Kita akan

gunakan tema ‘File’ sebagai latihan.

Pilih satu ikon untuk laman anda. Ia

akan dipaparkan bersebelahan nama

laman semasa dipaparkan dalam

ruangan Sites. Kita akan gunakan ikon

‘Question Mark’ sebagai latihan.

Klik butang Next untuk meneruskan.

Sekarang anda mempunyai pilihan

untuk menambah tag kepada laman.

Tag mempercepatkan dan

memudahkan carian laman dari

Resource Manager.

Ini adalah halaman ‘Add tags’. Di sini,

terdapat 3 langkah untuk diselesaikan;

Category (1), Form Group (2) dan

Keywords (3).

Page 87: Trainers guide-v.2-

Dalam menu ke bawah Category terdapat 2 pilihan:

Subjects dan Co-curricular. Pilih satu kategori dan klik

pada butang Add. Kategori yang dipilih akan muncul di

bawah menu.

Dalam menu ke bawah Subjects pilih mata pelajaran

yang berkaitan dengan laman anda dari senarai.

Sebagai latihan, pilih Literasi Komputer.

Klik pada butang Add untuk menambah mata

pelajaran pada laman anda. Kategori yang dipilih

akan muncul di bawah menu.

Pilih Form Group bagi laman anda. Sebagai latihan,

pilih D1.

Klik pada butang Add untuk menambahkan kumpulan

tersebut pada laman anda. Kumpulan Darjah /

Tingkatan akan muncul di bawah menu.

Seterusnya, anda mempunyai pilihan untuk menambah Keywords yang berkaitan

dengan laman anda. Kata kunci ini berguna apabila seseorang sedang mencari laman

tertentu tetapi tidak mengingati nama laman tersebut. Cuba dan tambahkan perkataan

Page 88: Trainers guide-v.2-

yang releven kepada carian pengguna. Sebagai contoh, bagi laman Sains, anda boleh

taipkan perkataan seperti ‘liquid’ ‘gas’ ‘solid’ ‘melt’ ‘freeze’ ‘ice’ ‘molecules’ ‘evaporate’.

Apabila pengguna menaipkan perkataan ini dalam kotak carian, laman ini akan

termasuk dalam hasil carian.

Masukk kata kunci anda ke dalam kotak. Sebagai

latihan, taipkan security, online dan safety. Kemudian,

klik butang Add.

Klik pada butang hijau Create Site button untuk

meneruskan

Tahniah! Anda telah menghasilkan satu laman yang baru.

Nota: Rupa laman anda mungkin kelihatan berbeza daripada paparan, bergantung

dengan tema yang dipilih.

Menukar Susun Atur Laman Sumber Pembelajaran Anda.

Untuk menukar susun atur laman anda, klik pada butang Edit di sebelah

kiri skrin. Content Panel akan dipaparkan.

Page 89: Trainers guide-v.2-

The Content Panel mengandungi tiga tab pilihan iaitu

Layout, Settings dan Widgets.

Klik pada tab Settings.

Dalam Settings, anda boleh menukar Name of site,

Theme, Category, Subjects, Form Group dan Keywords

laman anda sekiranya perlu.

Page 90: Trainers guide-v.2-

Klik pada tab Layout.

Tetapan Layout mengubah jumlah dan posisi kotak

pada laman anda.

Klik pada butang 3 dan pilih susun atur seperti yang

ditunjukkan di sebelah.

Halaman anda akan kelihatan seperti berikut:

Klik pada tab Widgets.

Widgets boleh ditarik ke dalam lajur pada laman anda

untuk menambah kandungan seperti teks, video dan

imej.

Anda akan dapat melihat kesemua pilihan widget

yang disediakan. Setiap widget boleh dikenal pastikan

berpandukan nama dan ikonnya yang unik.

Page 91: Trainers guide-v.2-

Menambah Widget Media pada Laman Sumber Pembelajaran

Sebagai latihan, kita akan menggunakan widget Media dan Text untuk menghasilkan

bahan sumber pelajaran.

Pilih widget Media dan tarik ia ke dalam kotak kandungan pada laman. Pastikan kotak

bertukar biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.

Anda boleh lihat widget Media dalam kotak kandungan tersebut. Klik dua kali pada

kotak kandungan tersebut untuk memaparkan tetapan bagi widget Media tersebut..

Widget Media boleh digunakan untuk memaparkan

imej ataupun sebuah video. Sekiranya anda ingin

memasukkan fail dari komputer atau USB anda, klik

pada butang Upload pada bahagian Choose Media

untuk membuka File Uploader.

Sekarang, klik pada butang Choose Files

untuk mengakses fail-fail dari komputer

anda. Pilih fail imej untuk dimuat naik.

Page 92: Trainers guide-v.2-

Pilih imej dan klik pada butang Open.

Setelah imej tersebut selesai dimuat naik,

klik pada butang Done.

Sekarang, anda mempunyai sebuah imej pada laman anda. Anda boleh memilih saiz

imej pada tetapan media. 3 pilihan tersebut ialah Large, Medium dan Small. Sebagai

latihan, pilih Large.

Klik pada Save Changes untuk menyimpan laman

anda.

Page 93: Trainers guide-v.2-

Menambah Widget Teks pada Laman Anda

Widget Text digunakan untuk memaparkan teks pada sesebuah laman. Jumlah teks

yang besar boleh disalin dan ditampal pada kotak teks dari mana-mana sumber, seperti

dokumen atau laman web.

Pilih Widget Text dan tarik ia ke dalam kotak kandungan di bawah imej. Pastikan kotak

bertukar biru sebelum melepaskan widget tersebut.

Klik dua kali pada kotak kandungan untuk memaparkan tetapan widget tersebut.

Taipkan teks yang anda ingin paparkan pada kotak teks dalam Content Panel.

Page 94: Trainers guide-v.2-

Untuk format tulisan, pilih teks berkenaan dan klik

pada ikon format yang dikehendaki.

Sebagai contoh, pilih tajuk teks dan klik pada ikon B

untuk menebalkan teks.

Anda boleh mengubah format tulisan dengan menggunakan menu ke bawah Font

Format. Pilih teks yang anda mahu ubah dan klik pada menu ke bawah pada Font

Format untuk memilih format tertentu.

Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan.

Menamakan Halaman Sumber Pembelajaran

Secara sedia ada, halaman ini dinamakan sebagai New Tab. Untuk menukar nama tab,

anda harus berada dalam mod edit.

Page 95: Trainers guide-v.2-

Klik pada New Tab. Apabila teks berwarna putih

dengan latar biru, ia boleh diedit.

Taipkan nama halaman tersebut. Sebagai latihan, kita

akan taipkan ‘Introduction’. Tab tersebut akan bertukar

menjadi ‘Introduction’.

Menambah Halaman pada Sumber Pembelajaran

Sekarang kita akan menambah halaman kepada laman pengajaran dan pembelajaran

anda. Sesebuah laman sumber boleh mempunyai beberapa halaman dengan halaman-

halaman kecil.

Untuk menambah halaman ke laman anda, klik pada

tanda + di sebelah kanan tab ‘Introduction’.

Klik dua kali pada teks New Tab dan taipkan nama halaman baru tersebut.

Sebagai latihan, taipkan ‘Security Tips’.

Laman anda kini mempunyai dua halaman. Anda perlu klik pada tab halaman tertentu

untuk memaparkan halaman tersebut.

Page 96: Trainers guide-v.2-

Menambah Widget Video pada Halaman Kecil

Kita akan menambahkan sebuah video ke dalam halaman Security Tips yang baru.

Klik pada tab Security Tips. Halaman tersebut tidak mempunyai sebarang kandungan.

Pilih widget Media dan seretkan widget tersebut ke dalam kotak kandungan pada

halaman tersebut. Pastikan kotak kandungan bertukar kepada warna biru sebelum anda

melepaskan widget itu.

Klik dua kali pada widget Media dan panel tetapan widget akan dipaparkan.

Page 97: Trainers guide-v.2-

Taip ‘Cyber security tips’ di dalam bar carian.

Klik pada butang Frog Store untuk mencari video and

imej yang terkandung dalamnya.

Frog Store akan terpapar pada skrin anda secara automatik. Ia mungkin mengambil

beberapa saat untuk mencari video dan imej yang berkenaan.

Pilih video YouTube berikut dari Frog Store. Klik pada butang hijau Use untuk menambah

video pada laman anda.

Page 98: Trainers guide-v.2-

Video yang dipilih akan dimasukkan ke dalam halaman anda. Ia tidak akan

memaparkan video sehingga Content Panel ditutup.

Klik pada butang Save Changes untuk menyimpan

perubahan.

Klik pada butang x untuk paparan penuh laman

anda.

Page 99: Trainers guide-v.2-

Sekarang, video anda akan terpapar pada laman ini.

Klik pada tab-tab yang berlainan untuk melihat halaman-halaman dalam laman ini.

Laman anda sedia dikongsikan.

Page 100: Trainers guide-v.2-

1.11 Bagaimana Berkongsi Sumber

Pembelajaran (Pengguna: Guru)

1.11 How to Share a Classroom Resource (User: Staff)

Page 101: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Berkongsi Sumber Pembelajaran

TUGASAN:

Kongsi sumber pembelajaran.

OBJEKTIF:

Untuk memahami dengan jelas bagaimana sesuatu sumber pembelajaran boleh

dikongsi dengan guru-guru yang lain.

TEMPOH MASA:

20 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Video 1.11 - Bagaimana Berkongsi Sumber Pembelajaran

Pautan laman untuk subjek/topik khusus, contoh bahan sumber pembelajaran

yang sedia ada di dalam Resource Manager

Komputer

Papan putih

Pen penanda

Buku nota

Projektor

Kertas & pen

TATACARA:

1. PENGENALAN

1.1 Jurulatih mengajukan soalan tentang bahan sumber pembelajaran yang

digunakan di sekolah.

Page 102: Trainers guide-v.2-

SOALAN-SOALAN

Bagaimanakah anda menghasilkan bahan-bahan sumber pembelajaran?

Bagaimanakah anda berkongsi bahan-bahan sumber pembelajaran dengan

guru-guru dan para pelajar?

Apakah masalah yang dihadapi sewaktu berkongsi bahan-bahan sumber

pembelajaran?

1.2 Jurulatih menerangkan faedah-faedah perkongsian bahan sumber pembelajaran

menggunakan Frog VLE.

2. VIDEO ” Bagaimana Berkongsi Sumber Pembelajaran

Memainkan video ‚Bagaimana Berkongsi Sumber Pembelajaran ‚ dan meminta peserta-

peserta mengikuti panduan yang diberikan menerusi video.

3. SESI IMBASAN

Mengimbas objektif sesi dan apa yang telah dipelajari.

Panduan Pengguna

Perkongsian Sumber Pembelajaran

Setelah laman anda siap dibina, ia boleh dikongsikan (Share) atau diberi sebagai

tugasan(Assign). Sekiranya sesebuah laman dikongsikan, ia akan terpapar di bahagian

Sites dalam Resource Manager pengguna yang anda kongsikan. Memberi tugasan

melalui laman akan menghantar salinan laman anda kepada pelajar (atau kumpulan)

sebagai tugasan untuk disiapkan. Bagi memudahkan pemahaman, laman yang

digunakan sebagai tugasan memerlukan markah untuk diberi kepada pelajar, dan

laman yang dikongsikan tidak perlu permarkahan.

Mula dengan menutup Content Panel . Sesebuah laman tidak boleh dikongsi atau diberi

sebagai tugasan dalam mod edit. Klik pada Share pada Frog Bar. Ini akan membuka

tetingkap Share or Assign.

Page 103: Trainers guide-v.2-

Pada tetingkap Share or Assign, klik pada pilihan Share.

Anda boleh mengubah tag-tag laman di kawasan ini. Sekiranya tiada perubahan, klik

butang Next untuk meneruskan.

Klik pada pilihan yang tertera pada skrin Share. Terdapat dua pilihan: Public dan Private.

Page 104: Trainers guide-v.2-

Public ” Pilihan ini menjadikan laman anda umum bagi tatapan seluruh sekolah. Anda

boleh menetapkan akses pengguna:

Can contribute ” Pengguna boleh menyumbang maklumat di bahagian interaktif

laman seperti Forum, Wall dan File Drop.

Can view ” Pengguna hanya boleh melihat laman tersebut.

Private ” Pilihan ini menjadikan laman anda terhad pada pengguna yang disenaraikan

dalam ruangan Who has access.

Memberi Akses kepada Setiap Pengguna ke sesebuah Laman

Untuk memberi akses kepada semua pengguna ke laman anda, klik pada butang Public

di tetingkap Share.

Tetapkan peringkat akses ke Can view dari menu ke bawah bagi laman anda.

Page 105: Trainers guide-v.2-

Klik pada butang biru Share.

Laman anda telah dikongsikan kepada seluruh sekolah untuk dilihat.

Memberi Akses kepada Pengguna atau Kumpulan tertentu ke sesebuah

Laman

Untuk menentukan pengguna yang boleh mengakses laman anda, klik pada butang

Private pada tetingkap Share.

Page 106: Trainers guide-v.2-

Taipkan nama pengguna atau kumpulan untuk diberi akses ke laman anda ke dalam

kotak Who has access.

Setelah menjumpai nama yang dikehendaki, klik pada butang Add untuk menambahkan

pengguna tersebut ke senarai.

Melalui menu ke bawah, pilih peringkat akses untuk pengguna atau kumpulan dalam

senarai. Terdapat tiga pilihan:

Can edit & manage ” Pengguna boleh mengedit laman - menambah widget,

menambah/memadam kandungan, menukar nama laman, menukar peringkat

akses dan lain-lain.

Can contribute ” Pengguna boleh menyumbang maklumat di bahagian interaktif

laman seperti Forum, Wall dan File Drop.

Can view ” Pengguna hanya boleh melihat laman tersebut.

Page 107: Trainers guide-v.2-

Klik pada pilihan Can edit & manage dari menu ke bawah.

Klik pada butang biru Share.

Laman anda telah dikongsikan kepada pengguna atau kumpulan yang disenaraikan.

Page 108: Trainers guide-v.2-

1.12 Bagaimana Mengakses E-mel Anda

(Pengguna: Guru)

1.12 How to Access Your E-mail (User: Staff)

Page 109: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Mengakses E-mel Anda

TUGASAN:

Mengakses e-mel anda.

OBJEKTIF:

Memastikan para peserta memahami bagaimana mereka boleh mengakses akaun e-

mel peribadi mereka di dalam Frog VLE.

TEMPOH MASA

10 minit.

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

VIDEO 1.12 ” Bagaimana Mengakses E-mel Anda

Komputer

Papan putih

Pen penanda

Pen dan buku nota

Projektor

TATACARA:

1. PENGENALAN

Jurulatih menerangkan bahawa satu akaun e-mel diwujudkan secara automatik untuk

setiap pengguna. Akaun e-mel ini boleh diakses daripada menu utama di dalam Frog

VLE.

2. VIDEO - Bagaimana Mengakses E-mel Anda

Jurulatih memainkan video ‚Bagaimana Mengakses E-mel Anda‛

3. SESI SOAL JAWAB

Jurulatih mengajukan soalan mengenai kegunaan e-mel di dalam Frog.

Page 110: Trainers guide-v.2-

Panduan Pengguna

Bagaimana Mengakses E-mel Anda

Klik pada ikon Quick Launch di Frog Bar dan

klik Email.

Ini akan membuka e-mel anda di sebuah

tetingkap yang baru.

E-mel anda akan dibuka secara automatik untuk memaparkan Inbox anda. Apabila

anda telah log masuk ke dalam Frog, anda tidak perlu lagi log masuk ke dalam akaun e-

mel anda.

Untuk tutup tetingkap e-mel, klik tanda X di tab pelayar.

Page 111: Trainers guide-v.2-

2.0 Mengkaji Kembali Cara

Pembelajaran Pelajar Abad ke-21

2.0 Rethinking Learning ” The 21st Century Learner

Page 112: Trainers guide-v.2-

Mengkaji Kembali Cara Pembelajaran Pelajar Abad ke-21

TUGASAN:

Mengkaji kembali cara pembelajaran pelajar abad ke-21

OBJEKTIF:

Memberi motivasi dan merangsang tenaga pengajar untuk menerima kaedah

pengajaran yang baru.

TEMPOH MASA:

10 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Video (Link): www.youtube.com/watch?v=rvyP-cwpHN8

Slaid PowerPoint 001

Page 113: Trainers guide-v.2-

PANDUAN PENGGUNA

Mengkaji Kembali Cara Pembelajaran Pelajar Abad ke-21

1) Paparkan petikan di bawah menggunakan slaid PowerPoint.

2) Bincang tentang perubahan yang telah berlaku dalam dunia pembelajaran dan

pengajaran.

3) Mainkan video ‚Bagaimana Anda akan Mengajar Saya Dalam Abad ke-21?‛

4) Bincang peranan guru dalam merealisasikan perubahan ini.

Page 114: Trainers guide-v.2-

2.1 Bagaimana Menggunakan Sumber

Pembelajaran Sebagai Tugasan

(Pengguna: Guru)

2.1 How to Use Your Classroom Resource as an Assignment

(User: Staff)

Page 115: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan

TUGASAN:

Menggunakan sumber pembelajaran sebagai tugasan.

OBJEKTIF:

Memastikan bahawa para peserta memahami cara untuk menambah Text Activity

Widget ke sumber pembelajaran mereka.

TEMPOH MASA:

20 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

TATACARA:

1. PENGENALAN

1.1 Jurulatih akan menerangkan tujuan sesi ini.

1.2 Jurulatih akan menerangkan bagaimana sumber pembelajaran boleh diubah

kepada aktiviti menggunakan Text Activity Widget. Para pelajar akan dikehendaki

untuk menyerahkan jawapan-jawapan mereka dengan menaip di dalam Text

Activity Widget. Ini kemudian akan diserahkan kepada guru-guru untuk

pemarkahan.

VIDEO 2.1” Bagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan

Komputer

Papan putih

Pen penanda

Buku nota

Projektor

Kertas & pen

Page 116: Trainers guide-v.2-

2. VIDEO - Bagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan

Jurulatih akan memainkan klip video dan meminta peserta untuk mengikuti panduan

yang diberikan.

3. SESI IMBASAN

Jurulatih akan mengimbas semula objektif sesi ini dan membuka ruang untuk

pertanyaan.

Panduan Pengguna

Bagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan

Semua laman yang dihasilkan dalam VLE boleh diberi sebagai tugasan kepada pelajar

untuk disiapkan. Contoh tugasan adalah seperti memberi arahan kepada pelajar untuk

membaca kandungan dalam laman atau memuat naik fail untuk disemak. Bagi

membolehkan pelajar menghantar tugasan kepada guru untuk penyemakan, terdapat

dua Activity Widgets dalam Content Panel.

Text Activity Widget. Widget ini membolehkan guru memasukkan arahan

bagi tugasan ke dalam widget tersebut. Setelah memberi tugasan, pelajar

boleh menaipkan jawapan mereka dan menghantar tugasan untuk

disemak oleh guru mereka.

File Drop Widget. Widget ini membolehkan pelajar memuat naik fail untuk

disemak of guru. Ia boleh ditetapkan supaya hanya pengguna yang

memuat naikkan fail boleh melihat fail tersebut. Tetapan ini berguna

sekiranya seluruh kumpulan memuat naikkan fail. Ia juga boleh ditetapkan

untuk membenarkan pengguna memadamkan fail setelah dimuat naikkan

Activity Widgets boleh digunakan bersama dengan widget lain. Cuba masukkan widget

Text, Media (imej, video atau fail audio), Forums dan Wall untuk menjadikan laman anda

lebih menarik.

Guru boleh menghantar mesej kepada para pelajar atau kumpulan yang diberi tugasan.

Guru mempunyai pilihan untuk menghantar mesej secara individu atau secara

berkumpulan. Perhubungan ini boleh membantu pelajar menyelesaikan masalah

dengan mudah dan pantas. Setiap komunikasi antara pelajar dan guru akan muncul

dalam panel Notification.

Page 117: Trainers guide-v.2-

Menambahkan Activity Widgets pada sesebuah Laman

Mula dengan membuka laman untuk digunakan sebagai tugasan. Anda boleh

mengakses Sites dari Resource Manager.

Pertama, masukkan widget Text Activity ke dalam laman anda. Untuk menambahkan

widget ini, klik pada Edit pada sebelah kiri skrin untuk memaparkan Content Panel.

Tambahkan tab baru pada laman dan namakannya ‘Assignments’. Pelajar akan

mengakses tugasan mereka di halaman ini.

Pada Content Panel, klik pada tab Widgets.

Page 118: Trainers guide-v.2-

Pilih widget Text Activity dan tarik widget tersebut ke dalam kotak kandungan pada

halaman ini.

Masukkan arahan Text Activity kepada pelajar ke dalam kotak teks pada panel Settings.

Teks yang ditaipkan akan muncul dalam widget Text Activity pada halaman tersebut.

Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan.

Page 119: Trainers guide-v.2-

Widget File Drop seharusnya digunakan bersama widget Text. Pilih widget Text dan tarik

widget tersebut ke dalam kotak kandungan pada halaman anda.

Klik dua kali pada sample text yang tertera pada kotak kandungan.

Taipkan arahan ke dalam kotak teks dalam Content Panel. Teks yang ditaipkan akan

muncul dalam widget Text pada halaman anda.

Page 120: Trainers guide-v.2-

Pilih widget File Drop dan tarik widget tersebut ke dalam kotak kandungan pada

halaman anda.

Klik dua kali pada kotak kandungan File Drop yang tertera pada halaman.

Pada Content Panel gunakan menu ke bawah untuk memilih sama ada pelajar boleh

melihat fail-fail lain dalam File Drop. Pilihan yang ada adalah:

Individual. Pengguna hanya boleh melihat fail yang

pengguna tersebut muat naik.

Group. Pengguna boleh melihat dan muat turun

semua fail yang dimuat naik oleh pengguna yang lain.

Untuk membenarkan pelajar memadamkan fail

setelah muat naik, klik pada kotak tanda. tickbox.

Page 121: Trainers guide-v.2-

Klik butang Save Changes untuk menyimpan

perubahan

Klik pada butang x untuk menutup Content Panel.

Tugasan anda sedia untuk diberi kepada pelajar.

Page 122: Trainers guide-v.2-

2.2 Bagaimana Menghantar Sumber

Pembelajaran Sebagai Tugasan

(Pengguna: Guru)

2.2 How to Assign Your Classroom Resource (User: Staff)

Page 123: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Menghantar Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan

TUGASAN:

Menghantar sumber pembelajaran sebagai tugasan.

OBJEKTIF:

Memastikan peserta memahami cara mengagihkan tugasan dan menghantar mesej

kepada pelajar dan kumpulan.

TEMPOH MASA:

20 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN :

Papan putih

Pen penanda

Buku nota

Projektor

Kertas & pen

TATACARA:

1. PENGENALAN

1.1 Jurulatih menerangkan tujuan sesi ini.

1.2 Dalam sesi ini, anda akan ditunjukkan cara untuk menghantar sumber

pembelajaran sebagai tugasan serta mesej kepada pelajar dengan

menggunakan fungsi Assign.

VIDEO 2.2” Bagaimana Menghantar Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan

Komputer

Page 124: Trainers guide-v.2-

1.3 Menghantar tugasan dengan cara ini mempunyai kebaikan berikut:

Mesej yang konsisten.

Tugasan yang sama boleh dihantar kepada pelajar dan kumpulan yang berbeza.

Aktiviti yang berunsur interaktif.

Tugasan boleh melibatkan pelbagai format media termasuk imej, video, forum

dan pautan luar. Ini akan menjadikan pembelajaran sesuatu pengalaman yang

lebih menyeronokkan untuk pelajar.

Maklum balas formatif

Fungsi mesej dalam Assignments boleh digunakan untuk memberi maklum balas

sebelum, semasa dan selepas sesuatu tugasan dihantar kembali. Ini memberikan

pelajar bantuan yang berterusan yang dapat memastikan kualiti tugasan yang

lebih baik.

2. VIDEO- Bagaimana Menghantar Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan.

Jurulatih memainkan klip video dan meminta peserta mengikut arahan pada video itu.

3. SESI IMBASAN

Jurulatih mengimbas kembali objektif sesi dan membuka sesi soal jawab.

Page 125: Trainers guide-v.2-

Panduan Pengguna

Klik pada Share di Frog Bar. Ini akan membuka tetingkap Share or Assign.

Klik pada pilihan Assign.

Isikan maklumat dalam New Assignments. Berikan nama kepada tugasan anda pada

ruangan Assignment Name. Gunakan menu ke bawah Subject untuk mengaitkan

tugasan tersebut dengan mata pelajaran dari senarai.

Page 126: Trainers guide-v.2-

Dalam ruangan Recipients, taipkan nama pengguna atau kumpulan yang akan

menerima tugasan ini.

Setelah siap, klik pada butang Add untuk menambah nama tersebut ke dalam senarai.

Klik Next untuk meneruskan.

Klik pada kotak bersebelahan Assignment available from untuk menentukan tarikh mula

dan akhir bagi tugasan tersebut. Gunakan kalendar yang terpapar untuk memilih tarikh

anda.

Page 127: Trainers guide-v.2-

Setiap aktiviti dalam sesuatu tugasan boleh mempunyai tarikh serahan yang tersendiri.

Klik pada kotak tarikh Activities untuk menetapkan tarikh serahan yang dikehendaki bagi

setiap aktiviti.

Masukkan arahan ke dalam ruangan Instructions. Arahan ini berbeza dengan arahan

yang dimasukkan ke dalam widget Activities.

Page 128: Trainers guide-v.2-

Untuk mendapat maklum balas tentang kesukaran tugasan yang telah diberikan, klik

pada kotak Ask for Self Evaluation.

Klik pada butang Assign berwarna biru untuk menghantar tugasan anda.

Tugasan tersebut akan dihantar kepada pelajar yang disenaraikan. Satu mesej akan

terpapar pada panel Notification pelajar mengenai tugasan yang mereka telah terima.

Page 129: Trainers guide-v.2-

2.3 Bagaimana Pelajar Menyiapkan

Tugasan (Pengguna: Pelajar)

2.3 How Students Complete an Assignment (User: Student)

Page 130: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan

TUGASAN:

Menyiapkan tugasan.

OBJEKTIF:

Untuk memastikan peserta memahami bagaimana pelajar menerima dan menyiapkan

tugasan.

TEMPOH MASA:

20 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN :

TATACARA:

1. PENGENALAN

Jurulatih akan menerangkan tujuan sesi tersebut. Dalam sesi ini, anda akan faham

bagaimana pelajar menerima dan menyiapkan tugasan.

2. VIDEO - Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan

Jurulatih akan memainkan klip video dan meminta para peserta untuk mengikuti arahan-

arahan seperti yang ditayangkan di dalam video.

3. SESI IMBASAN

Jurulatih mengimbas kembali objektif sesi tersebut dan membuka ruang untuk sesi soal

jawab.

VIDEO 2.3” Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan

Komputer

Papan surat

Pen penanda

Buku nota

Projektor

Kertas & pen

Page 131: Trainers guide-v.2-

Panduan Pengguna

Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan

Penting! Bagi menyiapkan sesuatu tugasan, anda harus log masuk ke dalam Frog

sebagai pelajar terlebih dahulu.

Setelah sesuatu tugasan diberikan oleh guru, pelajar akan menerima mesej pada panel

Notifications. Ikon Notifications memaparkan jumlah mesej yang belum dibaca oleh

pelajar.

Pelajar perlu klik pada panel Notifications, dan seterusnya klik

pada deskripsi berkaitan dengan tugasan tersebut.

Tetingkap aplikasi Assignments akan terpapar.

Semua tugasan yang masih dalam open akan disenaraikan di sini, jadi pelajar mungkin

perlu klik butang Next untuk mencari tugasan yang diterima dari Notification. Tarikh

dalam lajur Issue adalah tarikh tugasan dihantar oleh guru. Tarikh dalam lajur Due

adalah tarikh akhir tugasan. Pelajar boleh menghantar tugasan sebelum tarikh akhir,

tetapi tarikh akan berubah berwarna merah sekiranya tugasan tersebut telah tamat

tempoh dan pelajar tidak boleh siapkan/hantarkan tugasan tersebut.

Page 132: Trainers guide-v.2-

Gerakkan kursor pada tajuk tugasan di lajur Assignment Name untuk memaparkan

arahan bagi tugasan tersebut.

Tugasan yang telah dihantar akan mempunyai tanda semak yang berwarna hijau di

bawah lajur Submitted dan tidak boleh diubah suai.

Untuk membuka tugasan, klik pada nama tugasan.

Pelajar boleh melihat laman yang digunakan oleh guru untuk memberi tugasan.

Sekiranya tugasan tidak terparpar pada laman utama, pelajar perlu klik pada tab-tab di

bahagian atas halaman.

Page 133: Trainers guide-v.2-

Menyiapkan Text Activity

Text Activity adalah satu kotak yang memaparkan arahan dalam panel di bahagian atas.

Pelajar perlu masukkan jawapan dalam kotak di bahagian bawah.

Setelah maklumat telah dimasukkan ke dalam kotak, adalah penting untuk menyimpan

teks. Klik pada ikon save di sudut kiri text formatting bar. Pada masa ini, guru boleh

lihat pelajar yang telah mula tugasan di bahagian Text Activity.

Nota: Sekiranya ikon Save tidak ditekan, teks yang telah ditaipkan tidak akan dihantar

setelah anda menyiapkan tugasan anda.

Page 134: Trainers guide-v.2-

Menyiapkan Aktiviti File Drop

Aktiviti File Drop activity membolehkan pelajar memuat naik fail untuk dihantar kepada

guru. Pelajar boleh melihat fail yang dimuat naik sendiri atau fail-fail lain yang dimuat

naik oleh ahli kumpulan yang lain terpulang pada tetapan yang ditentukan oleh guru.

Pelajar juga dibenarkan untuk memadamkan fail-fail yang telah dimuat naik.

Pelajar harus membaca soalan di atas tetingkap File Drop.

Pelajar perlu menyediakan dokumen mereka dan klik pada butang Upload untuk

memaparkan File Uploader.

Kemudian, pelajar perlu klik pada butang biru Choose Files untuk memilih fail dari

komputer untuk muat naik. Beberapa fail boleh dimuat naik pada masa yang sama.

Page 135: Trainers guide-v.2-

Pelajar harus memilih fail yang diingini untuk dihantar dan klik Open untuk mula muat

naik fail tersebut.

Apabila muat naik fail selesai, klik Done untuk kembali ke Resource Manager.

Setelah muat naik fail, pelajar perlu klik pada butang Submit Activity. Pada masa ini, guru

boleh lihat pelajar yang telah menyiapkan tugasan dalam bahagian File Drop.

Nota: Sekiranya tetingkap tugasan ditutup, pelajar masih belum menyiapkan tugasan.

Jadi guru tidak boleh melihat atau menyemak tugasan tersebut. Pelajar boleh membuka

semula tugasan tersebut untuk mengubah suai jawapan atau menambah fail-fail lain.

Page 136: Trainers guide-v.2-

Menghantar Mesej

Sekiranya pelajar ingin menghubungi guru mengenai sesebuah tugasan, misalnya, untuk

pemahaman lanjut berkenaan dengan tugas atau memohon supaya guru memberi lebih

masa, pelajar boleh menghantar mesej kepada guru menerusi message wall guru

tersebut. Nombor yang tertera oada ikon tersebut merupakan jumlah mesej pada mesej

Wall yang berkaitan dengan tugasan tersebut. Jika nombor pada ikon meningkat, ini

bermakna terdapat mesej yang belum dibaca.

Pelajar boleh klik pada ikon message wall bersebelahan dengan nama tugasan untuk

melihat message wall tersebut.

Untuk menambah mesej kepada message wall tersebut, klik pada butang Post. Semua

mesej dari pelajar dan guru akan dipaparkan pada message wall yang sama.

Page 137: Trainers guide-v.2-

Menyiapkan tugasan

Setelah yakin dan pasti akan tugasan yang telah disiapkan, pelajar boleh klik pada

butang Complete Assignment di Frog Bar.

Jika perlu, pelajar harus menjawab di bahagian Self Evaluation untuk menguji

pemahaman mereka terhadap tugasan atau soalan yang diberi.

Pelajar juga boleh masukkan komen, jika ada, mengenai tugasan yang diberi. Komen ini

perlu ditaip dalam kotak Your Comments.

Akhir sekali, pelajar perlu klik pada butang Complete untuk menghantar tugasan

mereka. Guru akan menerima tugasan tersebut untuk disemak dan pelajar tidak boleh

mengubah jawapan yang dihantar.

Satu mesej akan terpapar pada panel Notifications untuk mengesahkan bahawa

tugasan telah dihantar.

Page 138: Trainers guide-v.2-

2.4 Bagaimana Menyemak Tugasan

(Pengguna: Guru)

2.4 How to Mark an Assignment (User: Staff)

Page 139: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Menyemak Tugasan

TUGAS:

Menyemak tugasan.

OBJEKTIF:

Untuk memastikan peserta memahami cara tugasan disemak.

TEMPOH MASA:

15 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN :

TATACARA:

1. PENGENALAN

Jurulatih menerangkan tujuan sesi. Jurulatih menerangkan cara tugasan disemak dan

maklumbalas diberikan.

2. VIDEO- Bagaimana Menyemak Tugasan

Jurulatih memainkan klip video dan meminta peserta untuk mengikuti arahan dalam

video.

3. SESI IMBASAN

Jurulatih mengimbas kembali objektif sesi. Sesi soal jawab dibuka kepada peserta.

VIDEO 2.4” Bagaimana Menyemak Tugasan

Komputer

Papan putih

Pen penanda

Buku nota

Projektor

Kertas & pen

Page 140: Trainers guide-v.2-

Panduan Pengguna

Semua laman yang digunakan sebagai tugasan perlu disemak dan dipulangkan kepada

pelajar atau kumpulan. Setelah pelajar menghantar tugasan untuk disemak, anda akan

diber notifikasi pada panel Notifications. Klik pada ikon Notifications untuk memaparkan

maklumat penghantaran tugasan.

Nota: Anda juga boleh mengakses tugasan yang dihantar melalui ikon Assignments di

Quick Launch.

Klik pada maklumat di panel Notifications untuk membuka tetingkap Assignments.

Dalam tetingkap Assignments anda akan melihat nama tugasan yang telah diberi

kepada pelajar serta penerima tugasan tersebut.

Page 141: Trainers guide-v.2-

Gerakkan kursor pada nama tugasan untuk membaca arahan yang diberi kepada

pelajar mengenai tugasan.

Klik pada nama tugasan untuk melihat nama-nama pelajar yang menerima tugasan.

Klik pada nama pelajar untuk melihat tugasan yang dihantar.

Page 142: Trainers guide-v.2-

Muat turun Fail yang Dihantar

Widget File Drop terletak di bahagian atas Submitted Work. Klik pada pautan View untuk

membuka laman tugasan.

Setelah dibuka, anda boleh melihat fail-fail yang dimuat naik oleh pelajar tersebut.

Untuk muat turun fail dari pelajar, klik pada nama fail dan ia akan berubah menjadi

warna biru.

Fail telah dimuat turun ke dalam komputer anda. Klik fail tersebut untuk membukanya.

Nota: Frog tidak boleh membuka atau memainkan fail. Anda memerlukan software yang

betul untuk membuka dan memainkan fail.

Setelah selesai muat turun fail, klik pada ikon anak panah di Frog Bar.

Page 143: Trainers guide-v.2-

Klik x di sudut kiri untuk menutup laman dan pulang ke Assignments.

Memaparkan Text Activity

Text Activity terletak di bawah widget the File Drop di kawasan Submitted Work.

Untuk memaparkan Text Activity klik pada bahagian teks di sebelah kanan.

Teks yang dihantar oleh pelajar akan dibuka dalam tetingkap baru.

Klik OK untuk menutup tetingkap and pulang ke kawasan Submitted Work.

Page 144: Trainers guide-v.2-

Menyemak Tugasan

Maklumbalas dank omen pelajar boleh dilihat pada bahagian Self Evaluation.

Taipkan komen, jika ada, dalam kotak Overall Comments. Masukkan markah dalam

kotak Overall Mark.

Klik Save untuk meneruskan.

Setelah selesai, klik pada anak panah untuk menyemak tugasan pelajar seterusnya.

Page 145: Trainers guide-v.2-

Menutup Tugasan dan Mengedarkan Markah

Selepas menyemak tugasan pelajar, anda harus menutup tugasan dan mengedarkan

markah. Pelajar akan menerima markah yang diberi

Klik pada nama tugasan pada Navigation Trail di bahagian atas Assignments untuk

memaparkan pelajar-pelajar yang menerima tugasan.

Klik pada butang Close assignment.

Pada tetingkap Close Assignment tandakan Release marks and notify all recipients.

Page 146: Trainers guide-v.2-

Untuk menyertakan mesej bersama dengan markah, taipkan mesej dalam ruangan Add

a message.

Klik pada butang Close Assignment untuk menghantar markah dan menutup tugasan.

Markah dan mesej yang dimasukkan akan terpapar pada panel Notifications pelajar.

Page 147: Trainers guide-v.2-

2.5 Bagaimana Menggunakan

Dashboard Sekolah untuk Komunikasi

(Pengguna: Guru)

2.5 How to Use the School Dashboard for Communication

(User: Staff)

Page 148: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Menggunakan Dashboard Sekolah untuk Komunikasi

TUGASAN:

Menggunakan Dashboard Sekolah untuk Komunikasi.

OBJEKTIF:

Memahami bagaimana Dashboard Sekolah dapat membantu memudahkan

komunikasi antara warga sekolah.

TEMPOH MASA:

15 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

VIDEO 2.5 ” Bagaimana Menggunakan Dashboard Sekolah untuk Komunikasi

Papan Putih

Pen Penanda

Buku Nota

Projektor

Kertas & Pen

TATACARA:

1. PENGENALAN

1.1 Komunikasi antara warga sekolah adalah perlu untuk pengurusan dan

pentadbiran yang licin dan cekap. Komunikasi yang kurang baik boleh

menyebabkan berlakunya kesilapan, kekeliruan, kekecewaan and salah tafsir.

Dashboard sekolah boleh membantu mengelakkan perkara-perkara tersebut dari

berlaku. Ruangan yang terletak di sebelah Dashboard peribadi pengguna ini,telah

direka khas sebagai satu laman yang boleh diakses oleh semua warga sekolah.

Maklumat penting seperti acara sekolah, imej, video dan notis boleh dipaparkan

di sini. Untuk memudahkan navigasi, lebih dari satu halaman boleh dibina pada

Dashboard sekolah untuk memaparkan notis dari unit-unit yang berlainan.

Bayangkan Dashboard Sekolah ini sebagai papan kenyataan maya bagi sekolah

anda!

Nota: Hanya pengguna Pentadbir Frog mempunyai akses untuk meyunting isi

kandungan pada Dashboard Sekolah. Adalah menjadi tanggungjawab

Page 149: Trainers guide-v.2-

pengguna Pentadbir ini untuk memastikan bahawa paparan pada Dashboard

Sekolah ini sentiasa dikemaskinikan.

1.2 Mulakan perbincangan mengenai kandungan yang perlu ada pada Dashboard

Sekolah dengan menggunakan pengalaman guru yang sedia ada.

SOALAN:

Bagaimanakah seorang guru atau pelajar mengetahui tentang acara yang

diadakan di sekolah?

Apakah cara yang kini digunakan untuk mengingatkan tentang acara yang

diadakan di sekolah?

Pernahkah anda tidak mengetahui tentang sesuatu acara sekolah yang

diadakan?

Mengapakah ia boleh terjadi?

Apakah perkara mengenai sekolah yang anda ingin tahu tentang?

2. VIDEO- Bagaimana Menggunakan Dashboard Sekolah untuk Komunikasi

2.1 Jurulatih menerangkan kandungan video.

2.2 Mainkan klip video tersebut.

2.3 Minta peserta tonton video dan mencatat nota.

3. SESI IMBASAN

Tunjukkan aplikasi yang berlainan pada Dashboard Sekolah dan adakan sesi soal

jawab.

Page 150: Trainers guide-v.2-

Panduan Pengguna

Bagaimana Menggunakan Dashboard Sekolah untuk Komunikasi

Penting! Untuk menyunting Dashboard Sekolah, anda perlu log masuk sebagai

pengguna Pentadbir Frog.

Untuk mengakses Dashboard Sekolah, sila klik pada anak panah sebelah kanan

Dashboard Switch yang ada pada Frog Bar. Anda boleh juga mengakses Dashboard

Sekolah melalui Quick Launch pada Frog Bar.

Ini akan membawa anda ke Dashboard Sekolah. Dashboard ini memaparkan notis dan

maklumat sekolah.

Notis Sekolah

Page 151: Trainers guide-v.2-

Antara widget yang boleh digunakan di sini adalah School Notices atau Papan

Kenyataan.

Widget ini dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Sekolah, Akademik, Kokurikulum dan

HEM. Hanya pengguna Pentadbir Frog dibenarkan memasukkan notis dan ia boleh

dilakukan mengikut kategori.

Contoh notis yang boleh dipaparkan adalah Notis Cuti Ganti serta kejayaan pasukan

sekolah di dalam aktiviti kokurikulum.

MOE RSS

Dashboard Sekolah juga mengandungi MOE RSS yang dapat memberi informasi yang

terkini dari KPM kepada guru dan pelajar. MOE RSS ini dikemaskini oleh KPM dan

mengandungi informasi terkini tentang pendidikan seperti: Pekeliling Tatacara Kewangan

dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah, Sebut Harga Kerja-Kerja Pembaikan dan

Penyelenggaraan Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas

Persekutuan Pulau Pinang. Maklumat pada widget ini akan dikemaskini secara

automatik tanpa dikawal oleh pihak sekolah.

School Calendar

Widget ini memaparkan acara / aktiviti sekolah

yang sedang dan akan berlangsung. Paparan ini

berasaskan School Calendar yang telah

dikemaskini dengan tarikh-tarikh penting dan

boleh menunjukkan 5, 10 atau 15 acara / aktiviti

pada Dashboard Sekolah. Ia mungkin juga

memaparkan aktiviti sekolah sepanjang minggu.

Contoh: Merentas Desa, Peperiksaan Percubaan

SPM.dll

Page 152: Trainers guide-v.2-

2.6 Bagaimana Menghasilkan Sebuah

Forum Perbincangan (Pengguna: Guru)

2.6 How to Create a Discussion Forum (User: Staff)

Page 153: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Menghasilkan Sebuah Forum Perbincangan

TUGASAN:

Menghasilkan sebuah forum perbincangan.

OBJEKTIF:

Memahami dengan baik bagaimana forum boleh dihasilkan dan digunakan untuk

menyokong komunikasi antara guru / pelajar.

TEMPOH MASA:

15 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Video 2.6- Bagaimana Menghasilkan Sebuah Forum Perbincangan

Komputer

Papan putih

Pen penanda

Buku nota

Projektor

Kertas & pen

TATACARA:

1. PENGENALAN

1.1 Jurulatih mengajukan soalan untuk mendapatkan maklum balas tentang topik

tersebut.

SOALAN:

Pernahkah anda mendengar tentang forum? Berapa ramai antara anda pernah

mengambil bahagian dalam forum tersebut?

Bolehkah anda namakan beberapa forum?

Page 154: Trainers guide-v.2-

Apakah yang anda bincangkan? Adakah anda poskannya atau anda respon

kepada topik orang lain?

Mengapakah anda berbuat demikian?

Bagi sesiapa yang belum pernah mengambil bahagian dalam forum di internet,

bagaimanakah anda berkongsi pendapat dan membuat perbincangan?

Bagi guru-guru, jika anda memerlukan pendapat daripada rakan sekerja dan

para pelajar, apakah yang anda akan lakukan?

1.2 Jurulatih membuka topik perbincangan soalan forum dan mengesahkan maklum

balas yang telah diposkan. Minta peserta mengambil nota mengenai soalan-

soalan yang diposkan dalam forum. Bincang tentang jenis soalan yang biasa

diajukan dan kenapa forum merupakan tempat yang popular bagi soalan-soalan

seperti itu. Maklumkan peserta bahawa mungkin terdapat beratus-ratus maklum

balas dan maklumat yang diposkan adalah tidak sahih.

2. VIDEO- Bagaimana Menghasilkan Sebuah Forum Perbincangan

2.1 Jurulatih memainkan klip video serta menunjukkan cara untuk menghasilkan

forum.

2.2 Peserta menghasilkan topik forum masing-masing pada akhir tayangan video.

Panduan Pengguna

Bagaimana Menghasilkan Sebuah Forum Perbincangan

Klik pada Quick Launch di Frog Bar dan klik pada Forums.

Page 155: Trainers guide-v.2-

Untuk memulakan topik perbincangan baru, klik pada butang Create Topic.

Masukkan tajuk bagi topic anda dalam kotak Title dan deskripsi tajuk di bahagian

Content.

Jika topik anda adalah penting dan anda ingin topik tersebut kekal di atas senarai forum,

tandakan kotak Sticky topic.

Klik Submit untuk menghasilkan topik anda.

Page 156: Trainers guide-v.2-

Topik forum anda telah ditambah.

Menambahkan Forum Perbincangan ke Laman

Mula dengan membuka laman anda dalam mod edit. Buka tab yang baru untuk

memasukkan Forum. Ini memberi ruang untuk seluruh forum dalam satu halaman dan

memudahkan pengguna untuk membaca.

Tarikkan widget Forum ke halaman baru.

Klik dua kali pada kotak kandungan untuk memaparkan tetapan bagi widget Forum.

Page 157: Trainers guide-v.2-

Anda mempunyai beberapa pilihan untuk menetapkan bagaimana pengguna boleh

memadamkan maklum balas dalam forum.

Pengguna boleh memadam dan mengedit maklum balas yang telah dihantarkan:

● Never (default) ” hanya pencipta laman boleh mengedit dan

memadamkan maklum balas.

● Temporarily: dalam tempoh 2 min, 5 min, 15 min ” setelah pengguna

memberi maklum balas, mereka mempunyai masa terhad untuk

mengubah atau memadamkan mesej tersebut.

● Always ” Pengguna boleh mengubah atau memadamkan maklum balas

pada bila-bila masa.

Nota: Hanya pentadbir dan pencipta laman boleh memadamkan maklum balas

Untuk memberi tajuk kepada forum, masukkan widget Text di atas forum.

Page 158: Trainers guide-v.2-

Klik dua kali pada kotak kandungan widget Text.

Taipkan tajuk bagi Forum ke dalam Content panel.

Klik pada butang Save Changes untuk menyimpan

perubahan.

Untuk menutup Content Panel klik pada butang x.

Nota: Anda mesti menetapkan pilihan Share laman anda kepada Can Contribute untuk

membolehkan pengguna lain memberi maklum balas pada forum dalam laman ini.

Page 159: Trainers guide-v.2-

2.7 Pengenalan kepada Frog

Community Site (Pengguna: Guru)

2.7 Introduction to the Frog Community Site (User: Staff)

Page 160: Trainers guide-v.2-

Pengenalan kepada Frog Community Site

TUGASAN:

Gambaran Keseluruhan Frog Community Site.

OBJEKTIF:

Untuk meningkatkan kesedaran bagaimana Frog Community Site dapat membantu

komunikasi antara sekolah.

TEMPOH MASA:

15 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN :

VIDEO 2.7 ” Pengenalan kepada Frog Community Site.

TATACARA:

1. PENGENALAN KEPADA FROG COMMUNITY SITE

Jurulatih menerangkan tujuan sesi Frog Community Site dan kebaikan menyertainya

kepada para guru.

Frog Community Site adalah sebuah laman yang memberi fokus dalam memudahkan

pembinaan hubungan sosial di kalangan guru-guru dan sekolah-sekolah. Ia

membolehkan penguna untuk berkongsi idea, aktiviti, acara, minat, amalan terbaik dan

pengalaman di dalam dan di luar sekolah.

Dengan berkongsi pengalaman dan mengumpulkan idea-idea serta cerita-cerita

mengenai kejayaan, kami boleh membina salah satu komuniti guru yang terbaik dan

berkembang maju di seluruh dunia.

Dengan menggunakan rangkaian teknologi sosial, guru-guru mempunyai keupayaan

untuk berkomunikasi di antara satu sama lain, membina kumpulan baru yang

mempunyai minat yang sama dan membincangkan topik-topik terkini. Seperti rangkaian

sosial yang lain, pengguna mempunyai pilihan untuk melibatkan diri dalam aktiviti

mengikut minat dan kesukaan masing-masing.

Page 161: Trainers guide-v.2-

Sekarang, marilah kita mula meneroka Frog Community Site ini.

Apabila guru membuka Frog Community Site buat kali pertama, mereka akan menjadi

sebahagian daripada Frog Community Site secara automatik.

Di dalam Frog Community Site, terdapat 3 bahagian; iaitu Get Started, Connect dan

Ideas.

1. Get Started

Pertama sekali, mari kita lihat bahagian Get Started. Di sini, anda akan menemui 3

bahagian iaitu Learn, Discover dan Inspire.

Learn ” Anda akan menemui Panduan Pengguna dan Panduan Jurulatih. Dengan

Panduan Pengguna, anda boleh memuat turun manual pengguna pada desktop anda

serta mencetakkannya jika perlu, atau hanya membaca sahaja. Panduan Jurulatih

mengandungi video-video yang boleh dimuat turun atau ditonton.

Discover ” Anda akan menemui 3 lagi bahagian iaitu; Ready, Set dan Go. Pada

bahagian ini, anda akan menemui bahan sokongan seperti Templat Pelan Tindakan,

Pek Idea Frog Buzz dan banyak lagi.

Inspire ” Anda akan menemui Lembaran Aktiviti yang akan memudahkan pengurusan

aktiviti yang berkaitan dengan Frog VLE di sekolah.

Page 162: Trainers guide-v.2-

2. Connect

Pada Connect, anda boleh menyertai kumpulan dan berkongsi idea, pengalaman serta

membina satu koleksi untuk cerita-cerita mengenai kejayaan di antara guru-guru di

Malaysia. Berikut adalah ciri-ciri yang boleh digunakan:

Wall ” membolehkan anda menghantar apa saja mesej kepada ahli-ahli kumpulan.

Blog ” membenarkan anda menyuarakan pengalaman dan pandangan penggunaan

Frog VLE serta membenarkan ahli-ahli kumpulan lain memberikan komen mereka.

Forum ” merupakan satu platform perbincangan yang membolehkan komunikasi di

antara satu sama lain melalui mesej teks.

Request/Invite ” membolehkan anda menjemput guru-guru lain untuk menyertai

kumpulan anda.

Settings ” membolehkan anda menamakan serta memberikan penerangan ringkas

mengenai kumpulan yang dibentuk.

3. Ideas

Ideas membolehkan anda boleh melihat kad-kad interaktif Frog Trumps. Setiap Trump

Card akan membekalkan anda dengan idea-idea dan pengalaman daripada sekolah-

sekolah lain tentang bagaimana mereka mencapai keputusan yang cemerlang. Anda

boleh klik butang ‘Like’ dan berikan komen pada setiap kad yang ada.

SOALAN:

“ Pada pandangan anda, bagaimana Frog Community Site dapat membantu

sekolah anda?

“ Apakah kebaikan berkomunikasi dengan sekolah yang lain?

Page 163: Trainers guide-v.2-

2.8 Bagaimana Menambah Pengguna

Baru (Pengguna: Pentadbir)

2.8 How to Add a New User (User: Admin)

Page 164: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Menambah Pengguna Baru

TUGASAN:

Menambah pengguna baru pada Frog VLE.

OBJEKTIF:

Untuk memastikan kefahaman yang jelas tentang bagaimana pengguna baru ditambah

pada Frog VLE.

TEMPOH MASA:

15 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN :

“ VIDEO 2.8 ” Bagaimana Menambah Pengguna Baru

“ Komputer

“ Papan putih

“ Pen penanda

“ Buku nota

“ Projektor

“ Kertas & pen

TATACARA:

1. OBJEKTIF

1.1 Jurulatih menerangkan tentang pengguna yang berbeza dan peringkat akses

mereka.

Secara tetapan asal, hampir semua pengguna ditambah secara automatik ke

dalam Frog VLE. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan di mana anda

perlu menambah pengguna secara manual. Ini mungkin kerana terdapat guru

atau pelajar baru yang tidak mempunyai ID pengguna.

Menambah pengguna adalah satu proses yang mudah. Namun begitu, anda

perlu ingat bahawa terdapat 3 jenis pengguna yang berbeza. Mereka adalah:

Page 165: Trainers guide-v.2-

Pengguna Pentadbir ” Pengguna Pentadbir Frog mempunyai akses yang tertinggi

di antara semua jenis pengguna. Mereka mempunyai akses untuk mengedit

seluruh platform termasuk Dashboard Sekolah dan mengakses seluruh sistem

pengurusan pengguna.

Guru ” Guru mempunyai akses kepada hampir semua fungsi di dalam VLE

kecuali fungsi pentadbir dan Dashboard Sekolah.

Pelajar ” Pelajar mempunyai akses yang terhad iaitu hanya pada Dashboard

peribadi dan kawasan My Documents.

2. VIDEO

2.1 Jurulatih menerangkan kandungan video.

2.2 Jurulatih memainkan video.

3. RUMUSAN

Jurulatih merumuskan jenis-jenis pengguna, bagaimana pengguna ditambah.

Panduan Pengguna

Bagaimana Menambah Pengguna Baru Di Frog

Salah satu tugas sebagai pengguna pentadbir adalah untuk menambah, mengedit dan

mengaktifkan fungsi Enable/Disable bagi pengguna dalam VLE.

Tugas ini boleh dilaksanakan melalui aplikasi Users.

Untuk mengakses aplikasi ini anda perlu menuju ke Resource Manager. Klik pada ikon

Resource Manager di Frog Bar.

Page 166: Trainers guide-v.2-

Pada tetingkap Resource

Manager, klik pada

Applications.

Kemudian, klik pada ikon Users.

Menambah Pengguna Baru

Skrin User Admin merupakan tempat anda menambah pengguna baru, mengedit

pengguna yang sedia ada dan mengaktifkan fungsi Enable/Disable. Anda juga boleh

menukar kata laluan pengguna di sini.

Mula dengan memilih jenis pengguna untuk ditambah (Student, Teachers). Klik pada tab

yang dikehendaki.

Nota: Untuk menambah pengguna pentadbir baru, pilih tab Teacher.

Page 167: Trainers guide-v.2-

Menambahkan Pelajar Baru

Setelah anda memilih jenis pengguna, klik pada butang Create New Student di sudut kiri

bahagian User Admin.

Skrin seterusnya mempunyai 2 borang untuk dilengkapkan: Student information, dan

Parent or Guardian. Bahagian-bahagian ini boleh diakses menerusi tab-tab di atas

halaman.

Mula dengan memasukkan maklumat peribadi pengguna ke dalam boring Student

Information. Bagi sesetengah ruang, anda perlu memilih dari menu ke bawah.

Nota: Ruang dengan tanda * merupakan ruang yang wajib diisi.

Setelah selesai klik pada butang Next untuk ke tab Parent or Guardian.

Masukkan butiran ibu bapa atau penjaga pengguna.

Page 168: Trainers guide-v.2-

Klik pada butang Save pada sudut kanan setelah selesai.

Semak maklumat pengguna. Klik pada butang Confirm untuk menambah pengguna

tersebut.

Pengguna pelajar baru telah ditambah ke dalam VLE. Butiran log masuk pelajar serta ibu

bapa atau penjaga akan tertera pada skrin.

Page 169: Trainers guide-v.2-

Penting! Kata laluan yang diberi tidak akan disimpan di bahagian lain setelah skrin ini

ditutup. Oleh itu, adalah penting untuk mencatat kata laluan pengguna.

Page 170: Trainers guide-v.2-

2.9 Bagaimana Menambah

Kumpulan Baru (Pengguna: Pentadbir)

2.9 How to Add a New Group (User: Admin)

Page 171: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Menambah Kumpulan Baru

TUGASAN:

Menambah kumpulan pada Frog VLE.

OBJEKTIF:

Untuk memahami bagaimana kumpulan dapat ditambah pada Frog VLE.

TEMPOH MASA:

15 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN :

“ VIDEO 2.9 ” Bagaimana Menambah Kumpulan Baru

“ Komputer

“ Papan putih

“ Pen penanda

“ Buku nota

“ Projektor

“ Pen

TATACARA:

1. PENGENALAN

1.1 Jurulatih menjelaskan jenis-jenis kumpulan yang berbeza dan kegunaannya.

Kumpulan-kumpulan ini digunakan untuk menyelaraskan tugas-tugas

pentadbiran pada Frog VLE. Kumpulan boleh ditambah, diedit dan dipadam oleh

pengguna Pentadbir Frog bila perlu. Ini mungkin melibatkan kelab kokurikulum,

pasukan sekolah, persatuan dan kakitangan pentadbiran. Mewujudkan

kumpulan akan mempercepatkan dan mempermudahkan perkongsian serta

pemberian tugasan kerana guru tidak perlu menambah pelajar satu demi satu.

Untuk kemudahan semua, kumpulan-kumpulan ini boleh diubah suai dengan

Page 172: Trainers guide-v.2-

menambah atau memadam pelajar atau guru dari kumpulan tersebut. Sebagai

tetapan asal, kumpulan mengikut kelas telah dihasilkan pada Frog VLE.

2. VIDEO- Bagaimana Menambah Kumpulan Baru

2.1 Jurulatih menerangkan kandungan video

2.2 Jurulatih memainkan klip video.

3. RUMUSAN

Jurulatih merumuskan jenis kumpulan yang berbeza, bagaimana kumpulan ditambah

pada Frog VLE dan sedia untuk digunakan.

Panduan Pengguna

Salah satu tugas sebagai pengguna pentadbir adalah menambah, mengedit dan

memadam kumpulah dalam VLE.

Tugas ini boleh dilaksanakan melalui aplikasi Groups.

Untuk mengakses aplikasi ini, klik pada ikon Resource Manager di Frog Bar.

Pada tetingkap Resource

Manager klik pada Applications.

Page 173: Trainers guide-v.2-

Sekarang, klik pada ikon

Groups.

Skrin Groups Section akan dibuka. Anda boleh menambah, mengedit atau memadam

kumpulan di bahagian ini.

Di bawah lajur Groups terdapat 2 jenis kumpulan: Class dan Other. Kumpulan boleh

diakses melalui tab. Kumpulan Class adalah kelas-kelas bagi tahun tersebut. Kumpulan

Other adalah kumpulan seperti kokurikulum atau pentadbiran.

Page 174: Trainers guide-v.2-

Untuk menambah kumpulan baru, klk pada butang Create New Group.

Anda akan menemui halaman Group Details. Taipkan nama kumpulan untuk ditambah.

Pilih jenis kumpulan dari menu ke bawah. Pilih antara Other dan Class.

Klik pada anak panah biru pada sebelah kanan untuk ke halaman Groups

Members: Students.

Untuk menambah pelajar ke dalam kumpulan, klik pada nama pelajar dan ia akan

bergerak dari lajur kiri ke lajur kanan. Semua pengguna yang disenaraikan di lajur kanan

adalah ahli kepada kumpulan ini.

Page 175: Trainers guide-v.2-

Klik pada anak panah biru pada sebelah kanan untuk ke halaman Groups

Members: Teachers.

Untuk menambah guru ke dalam kumpulan, klik pada nama guru dan ia akan bergerak

dari lajur kiri ke lajur kanan. Semua pengguna yang disenaraikan di lajur kanan akan

dimasukkan ke dalam kumpulan ini.

Peringatan: Anda dinasihatkan supaya tidak menambah guru ke dalam kumpulan Class.

Kumpulan ini digunakan dalam aplikasi Assignment untuk memberi tugasan kepada

pelajar. Sekiranya guru dimasukkan dalam kumpulan, setiap pengguna dalam kumpulan

(termasuk pelajar) tidak boleh melihat tugasan yang diberi.

Klik pada anak panah biru pada sebelah kanan untuk ke halaman Finish

Page 176: Trainers guide-v.2-

Pada skrin terakhir, semak maklumat kumpulan anda dan pastikan pelajar dan guru

yang betul dimasukkan ke dalam kumpulan ini.

Setelah selesai, klik pada tanda biru di sebelah kanan untuk pengesahan.

Kumpulan baru anda telah ditambah dan akan dipaparkan di bawah tab kumpulan

pada skrin permulaan.

Page 177: Trainers guide-v.2-

2.10 Bagaimana Mengedit Dashboard

Sekolah (Pengguna: Pentadbir)

2.10 How to Edit the School Dashboard (User: Admin)

Page 178: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Mengedit Dashboard Sekolah

TUGASAN:

Mengedit Dashboard Sekolah.

OBJEKTIF:

Untuk memahami mengenai cara untuk mengemaskinikan Dashboard Sekolah dengan

notis, kalendar dan MOE RSS Feed.

TEMPOH MASA:

30 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN :

TATACARA:

1. PENGENALAN

1.1 Jurulatih menerangkan peringkat akses dan tanggungjawab pengguna Pentadbir

Frog VLE dan guru-guru.

1.2 Jurulatih menggalakkan peserta-peserta untuk memikirkan kegunaan dan

kepentingan Dashboard Sekolah.

1.3 Dashboard memaparkan maklumat yang baru atau maklumat yang perlu

disampaikan kepada seluruh sekolah. Dashboard ini memaparkan notis dan

maklumat yang diurus oleh sekolah anda. Ia juga mengandungi MOE RSS Feed

bagi memaklumkan anda mengenai berita pelajaran atau maklumat yang

diminati oleh sekolah dan guru-guru. Dashboard Sekolah hanya boleh diubahsuai

VIDEO 2.10” Bagaimana Mengedit Dashboard Sekolah

Komputer

Papan putih

Pen penanda

Buku nota

Projektor

Kertas & pen

Page 179: Trainers guide-v.2-

oleh pengguna pentadbir Frog VLE sekolah. Ia boleh diakses dengan mengklik

pada anak panah Dashboard Switch yang terletak di bahagian tengah Frog Bar.

2. VIDEO

2.1 Jurulatih menerangkan kandungan klip video.

2.2 Video ini akan membawa anda melalui langkah-langkah cara untuk mengubah

suai Dashboard sekolah anda.

2.3 Jurulatih memainkan klip video.

3. RUMUSAN

Jurulatih merumuskan sesi. Menekankan kepentingan Dashboard Sekolah kepada

komuniti sekolah. Mencungkil idea mengenai maklumat yang boleh dipamerkan di

Dashboard Sekolah.

Panduan Pengguna

Bagaimana Mengedit Dashboard Sekolah

Penting! Untuk mengubah suai Dashboard Sekolah, anda perlu log masuk ke dalam

Frog VLE sebagai pengguna Pentadbir Frog.

Klik pada anak panah kanan Dashboard Switch untuk memaparkan Dashboard Sekolah.

Klik pada butang Edit pada sebelah kiri skrin. Ini akan memaparkan Content Tray.

Content Tray mengandungi tiga tab pilihan iaitu Layout, Widgets dan Settings.

Tab Layout menukar bilangan dan kedudukan

kotak kandungan pada halaman.

Page 180: Trainers guide-v.2-

Tab Widgets boleh diseret ke dalam kotak

halaman untuk menambah kandungan

seperti teks, video dan gambar.

Tab Settings membenarkan anda untuk

menukar nama dan tema Dashboard.

Menukar Tetapan dalam School Dashboard

Dalam Content Tray, klik pada tab Settings.

Untuk menukar nama Dashboard Sekolah,

masukkan nama baru ke dalam kotak Name of

Site. Nama pada halaman akan dikemaskini

secara automatik. Anda juga boleh memasukkan

mesej aluan ke dalam kotak tersebut; misalnya:

Welcome to SMK Frog.

Nama untuk School Dashboard akan terpapar pada bahagian atas.

Seterusnya, untuk menukar tema pada School Dashboard, pilihkan tema baru daripada

menu dengan klik pada anak panah kecil bersebelahan dengan tema. Sebaik tema baru

dipilih, tema pada Dashboard secara automatik akan dikemaskini.

Page 181: Trainers guide-v.2-

Menukar Susun Atur Dashboard Sekolah

Kini, untuk menukar susun atur Dashboard,

klik pada tab Layout.

Pilih bilangan kotak kandungan anda ingin

memasukkan dengan menggunakan butang

bernombor. Sekiranya anda ingin susun atur ketiga,

klik pada kotak nombor 3.

Setelah anda klik pada susun atur yang sesuai,

halaman anda akan dikemaskini secara automatik

dengan pilihan susunan kotak.

Page 182: Trainers guide-v.2-

Bergantung kepada tema yang dipilih, susun atur Dashboard Sekolah anda akan

kelihatan seperti ini:

Menggunakan Widgets untuk Mengubah Suai Dashboard

Di dalam Content Tray, klik pada tab Widgets.

Anda akan melihat semua widgets yang

tersedia ada sebagai pengguna Pentadbir

Frog. Setiap widget boleh dikenalpasti

melalui nama dan ikon yang unik.

Widget adalah aplikasi kecil yang

membenarkan kandungan untuk dipapar

kepada pengguna. Ini boleh digunakan

dengan menarik setiap widget ke dalam

kotak kandungan pada halaman dan

menentukan tetapan. Lebih daripada satu

widget boleh digunakan dalam satu

halaman.

Terdapat banyak widgets yang membantu anda untuk menghasilkan Dashboard

sekolah. Antara semua widget, hanya dua widget diberi kebenaran untuk digunakan

oleh pengguna Pentadbir Frog sahaja; iaitu MOE RSS dan School Notices.

Page 183: Trainers guide-v.2-

Menambah Widget School Notices Ke Dalam Dashboard Anda

Kini, anda akan menambah widget School Notices.

Daripada Content Tray, pilih widget School Notices dan seret widget tersebut ke dalam

kotak pada halaman anda.

Pastikan kotak kandungan bertukar menjadi warna biru sebelum melepaskan widget.

Klik dua kali pada kotak kandungan. Ini akan memaparkan tetapan untuk widget School

Notices di sebelah kiri.

School Notices mengandungi 4 tab yang berbeza untuk dipilih. Antaranya ialah Sekolah,

Akademik, Kokurikulum dan HEM. Pengguna dinasihati untuk meletakkan notis mengikut

kategori notis. Walau bagaimanapun, hanya pengguna Pentadbir Frog mempunyai

akses kepadanya. Jadi, sekiranya anda mempunyai maklumat untuk dipaparkan, anda

perlu berhubung terus dengan pengguna Pentadbir Frog VLE untuk membantu anda

menghantar mesej tersebut.

Page 184: Trainers guide-v.2-

Untuk menambah notis, masukkan maklumat untuk

dipaparkan pada notis ke dalam panel tetapan.

Misalnya, di dalam kategori Sekolah, anda mungkin

ingin memaklumkan kepada seluruh warga sekolah

bahawa Kempen Go Green telah ditunda. Notis ini

akan terpapar sebagai Kempen Go Green telah

ditunda.

Berdasarkan tema yang dipilih, susun atur Dashboard Sekolah anda harus kelihatan

seperti ini:

Skrol ke bawah dalam tetapan School Notices untuk melihat kategori yang lain. Untuk

memasukkan notis ke dalam kategori yang lain, ikuti langkah-langkah yang sama.

Klik pada Save Changes untuk menyimpan halaman

anda.

Page 185: Trainers guide-v.2-

Kini, kita akan menambah widget Calendar.

Daripada Content Tray, pilih widget Calendar dan

seret ke dalam kotak kiri di bawah halaman anda.

Pastikan kotak kandungan bertukar menjadi biru

sebelum melepaskan widget.

Klik dua kali pada kotak kandungan. Ini akan

memaparkan tetapan untuk widget School Notices

pada sebelah kiri.

Di dalam menu ke bawah Calendar to Display, pilih School Calendar anda.

Nota: Ini tidak akan memaparkan kalendar sekolah yang penuh pada Dashboard

Sekolah dan hanya acara/aktiviti yang telah dimasukkan akan terpapar.

Page 186: Trainers guide-v.2-

Tetapkan bilangan maksimum acara/aktiviti untuk

dipaparkan pada Dashboard Sekolah. Misalnya,

pilih 5.

Klik pada Save Changes untuk menyimpan

halaman anda.

Nota: Acara / Aktiviti School Calendar hanya akan terpapar selepas Content Tray ditutup.

Menambah Widget MOE RSS Feed ke Dalam Dashboard Anda

Kini, kami akan menambah widget MOE RSS ke dalam Dashboard Sekolah. Widget ini

akan memaparkan maklumat terkini daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Pada Content Tray, pilih widget MOE RSS dan seret ke dalam kotak kandungan sebelah

kanan halaman anda. Pastikan kotak kandungan bertukar menjadi warna biru sebelum

melepaskanwidget.

Page 187: Trainers guide-v.2-

Nota: MOE RSS Feed hanya akan terpapar selepas Content Tray ditutup.

Klik butang Save Changes untuk menyimpan

halaman anda.

Klik pada butang X untuk menutup halaman

anda.

Page 188: Trainers guide-v.2-

Contoh Dashboard Sekolah yang telah siap.

Page 189: Trainers guide-v.2-

2.11 Bagaimana Mengakses Saluran

Bantuan (Pengguna: Pentadbir)

2.11 How to Access the Support Channel (User: Admin)

Page 190: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Mengakses Saluran Bantuan

TUGASAN:

Gambaran keseluruhan saluran bantuan.

OBJEKTIF:

Untuk memastikan pemahaman yang baik tentang bagaimana mengakses saluran

bantuan.

TEMPOH MASA:

15 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN

“ VIDEO 2.11 ” Bagaimana untuk Mengakses Saluran Bantuan

“ Komputer

“ Papan putih

“ Pen penanda

“ Buku nota

“ Projektor

“ Kertas & Pen

TATACARA:

1. PENGENALAN

1.1 Jurulatih menerangkan saluran bantuan yang tersedia untuk pengguna Pentadbir

Frog.

2. VIDEO- Bagaimana Mengakses Saluran Bantuan

2.1 Jurulatih menerangkan tujuan video tentang bagaimana untuk mengakses

saluran bantuan.

2.2 Jurulatih memainkan video.

Page 191: Trainers guide-v.2-

3. RUMUSAN

Jurulatih merumuskan jenis bantuan yang tersedia untuk pengguna Pentadbir Frog.

Panduan Pengguna

Saluran Bantuan

Sebagai seorang pengguna pentadbir Frog, anda juga bertanggungjawab melaporkan

isu-isu berkaitan Frog VLE, sambungan internet 4G atau Google Chromebooks kepada

Meja Bantuan KPM. Laporan anda boleh terdiri daripada masalah berkenaan akses di

sekolah kepada isu-isu berkaitan dengan aplikasi atau widget dalam Frog VLE anda.

Guru Besar / Pengetua setiap sekolah adalah pegawai hubungan utama bagi Meja

Bantuan, bersama dengan 3 pegawai yang lain. Merka merupakan individu yang akan

melaporkan isu-isu yang anda hadapi berkaitan akses dan Frog VLE.

Terdapat 3 cara untuk menghubungi Meja Bantuan:

Melalui telefon

Melalui e-mel

Melalui Portal Self Care 1BestariNet

Halaman-halaman seterusnya akan menerangkan cara untuk menghubungi dan

memasukkan tiket aduan dan bantuan serta cara untuk menggunakan Portal Self Care

1BestariNet.

Berhubung Melalui Telefon

Anda boleh menelefon Meja Bantuan dan seorang pegawai perhubungan pelanggan

kami akan mencatat aduan bagi pihak anda. Anda akan menerima satu salinan aduan

tersebut menerusi e-mel. Mereka akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu

tersebut, seperti ID pengguna dan kata laluan bagi pengguna yang menghadapi isu

tersebut. Sentiasa simpan kod sekolah anda kerana ia akan digunakan untuk mengenal

pasti sekolah anda.

Page 192: Trainers guide-v.2-

Pegawai perhubungan pelanggan kami akan menjawab panggilan dalam Bahasa

Inggeris dan Bahasa Melayu.

Sekiranya anda ingin melaporkan isu berkaitan Frog VLE atau akses Internet, sila dail:

018 799 8787

Berhubung Melalui E-mel

Anda juga boleh menghubungi Meja Bantuan melalui e-mel. Anda perlu sertakan butir-

butir isu di dalam e-mel tersebut dan seterusnya satu tiket aduan akan dihasilkan. Sila

ingat untuk meletakkan kod sekolah anda dalam e-mel yang dihantar kerana ia akan

digunakan untuk menghasilkan tiket aduan di dalam sistem bantuan.

Sekiranya pegawai kami mempunyai persoalan mengenai e-mel tersebut, anda akan

dihubungi melalui e-mel ataupun telefon untuk pengesahan selanjutnya.

Hantarkan e-mel anda ke:

[email protected]

Portal Self Care 1Bestarinet

Kaedah terakhir untuk menghubungi Meja Bantuan adalah menerusi portal Self Care

1BestariNet. Anda bukan sahaja dapat melaporkan aduan, tetapi juga dapat menyemak

aduan lama atau aduan yang tertangguh serta membatalkan aduan yang telah

diselesaikan.

Untuk log masuk ke dalam portal layan diri, sila layari ke:

https://1bnselfcare.yes.my

Anda akan menemui ruangan log masuk dan anda hanya perlu menaipkan ID

pengguna dan kata laluan dalam ruangan yang disediakan. ID pengguna adalah kod

sekolah anda dan kata laluan akan diberi kemudian. Apabila anda log masuk untuk kali

pertama, anda akan diminta menukar kata laluan tersebut.

Page 193: Trainers guide-v.2-

Kata laluan yang baru mesti mengandungi

kombinasi satu huruf besar, satu nombor dan

satu aksara khas. Ia mesti mempunyai

minimum 6 aksara.

Contoh kata laluan: Fr0gAsia#

ID pengguna dan kata laluan yang sama akan digunakan oleh 4 pegawai perhubungan

sekolah.

Sekiranya anda lupa kata laluan anda, klik ‘Forgot Password’ dan kata laluan yang baru

akan dihantar ke alamat e-mel sekolah anda.

Sejurus anda log masuk ke portal Self Care 1BestariNet, anda akan ke paparan laman

utama. Anda boleh lihat butiran pegawai perhubungan pengumuman dan aduan yang

telah anda laporkan.

Page 194: Trainers guide-v.2-

Bahagian Announcements memaparkan pengumuman penting dari Meja Bantuan.

Sekiranya menghadapi masalah, semak bahagian ini dahulu.

Menu utama memberi akses kepada bahagian-bahagian lain dalam portal ini.

Page 195: Trainers guide-v.2-

User Information

Di bawah tab User Management klik pada User untuk melihat butiran sekolah anda.

Klik pada nama sekolah untuk melihat butiran yang selanjutnya.

Klik pada tab Contacts untuk melihat butiran

pegawai perhubungan sekolah anda.

Page 196: Trainers guide-v.2-

Klik pada nama sekolah untuk maklumat selanjutnya.

Menghasilkan Tiket Aduan

Untuk menghasilkan tiket aduan klik pada tab Support diikuti dengan Incidents dari menu.

Skrin Incidents akan muncul dan satu senarai aduan yang anda telah buat akan

dipaparkan beserta status aduan tersebut.

Page 197: Trainers guide-v.2-

Untuk memasukkan aduan baru, klik pada butang Create Incident.

User Name: nama sekolah diisi secara automatik. Semak bahagian ini sebelum ke

bahagian lain. Hubungi Meja Bantuan melalui nombor telefon yang diberi sekiranya

nama sekolah tidak tepat.

Type: Gunakan menu ke bawah untuk memilih jenis soalan dan isu yang dihadapi

Category: Gunakan menu ke bawah untuk memilih kategori soalan atau isu berkenaan.

Page 198: Trainers guide-v.2-

Sub Category: menu ke bawah mempunyai pilihan sub kategori bagi sesetengah

kategori utama.

Taipkan nama ke dalam kotak Reported By. Satu senarai menu ke bawah akan terpapar.

Pilih nama anda dari senarai tersebut.

Dalam kotak Issue, taip tajuk kecil bagi isu yang anda hadapi misalnya, Tidak dapat log

masuk.

Dalam kotak Description, masukkan deskripsi mengenai isu tersebut. Deskripsi anda

harus mempunyai butiran yang berikut:

ID dan kata laluan pengguna yang menghadapi isu.

Langkah-langkah mereplikasikan isu tersebut.

Jenis Pelayar (Google Chrome, Internet Explorer etc.)

Ini akan membantu pasukan bantuan untuk menyelesaikan isu yang anda hadapi

dengan masa yang singkat. Lebih banyak informasi yang diberi kepada pasukan

bantuan, lebih mudah isu tersebut dapat diselesaikan.

Page 199: Trainers guide-v.2-

Klik pada butang Save. Aduan tersebut akan disimpan di dalam sistem Meja Bantuan.

Butiran aduan anda akan dimasukkan dalam senarai Incidents.

Page 200: Trainers guide-v.2-

3.0 Bagaimana Pengguna Pentadbir

Frog Berkongsi Laman Bidang / Mata

Pelajaran (Pengguna: Pentadbir)

3.0 How the Administrator Shares a Departmental /

Subject Site (Users: Admin)

Page 201: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Pengguna Pentadbir Frog Berkongsi Laman Bidang /

Mata Pelajaran

TUGASAN:

Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran.

OBJEKTIF:

Untuk memahami bagaimana Laman Bidang / Mata Pelajaran dikongsi dengan guru-

guru.

TEMPOH MASA:

20 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Video 3.0 ”Bagaimana Pengguna Pentadbir Frog Berkongsi Laman Bidang / Mata

Pelajaran

Komputer

Papan putih

Pen penanda

Buku nota

Projektor

Kertas & pen

TATACARA:

1. PENGENALAN

1.1 Jurulatih menerangkan konsep umum tentang Laman Bidang / Mata Pelajaran.

Terangkan bahawa adalah penting untuk berkongsi laman-laman bidang / mata

pelajaran ini dengan ketua-ketua bidang / ketua-ketua panitia sebelum mereka

boleh mengedit laman-laman tersebut. Ini adalah kerana ke semua 4 ruang

Laman Bidang / Mata Pelajaran hanya boleh diedit oleh pengguna Pentadbir Frog.

Bagi memastikan bahawa semua laman-laman ini boleh diedit semasa sesi

Page 202: Trainers guide-v.2-

latihan, adalah penting bagi pengguna Pentadbir Frog untuk berkongsi laman-

laman ini dengan individu yang sesuai sebelum sesi latihan bermula. Panduan ini

akan menunjukkan anda caranya.

2. VIDEO ” Bagaimana Pengguna Pentadbir Frog Berkongsi Laman Bidang / Mata

Pelajaran

Mainkan klip video dan minta para peserta untuk mengikuti arahan seperti di dalam

video.

3. SESI IMBASAN

Mengimbas kembali matlamat sesi. Sesi soal jawab.

Panduan Pengguna

Perkongsian Laman Bidang / Mata Pelajaran

Nota: Untuk berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran, anda mesti log masuk sebagai

pentadbir.

Untuk melihat Laman Bidang / Mata Pelajaran, anda mesti klik ikon Quick Launch pada

Frog Bar.

Klik pada ikon Departmental Sites dan anda akan lihat

ruang Laman Web Jabatan.

Page 203: Trainers guide-v.2-

Klik pada salah satu laman yang telah dihasilkan. Contohnya, klik pada laman Bahasa

Anda akan lihat halaman utama bagi Bahasa. Klik pada tab Rangkaian Mata Pelajaran.

Anda akan lihat tetingkap yang memaparkan dua laman mata pelajaran: Bahasa

Melayu dan Bahasa Inggeris. Klik pada laman Bahasa Melayu.

Page 204: Trainers guide-v.2-

Bagi membenarkan pengguna yang lain mengedit laman ini, klik pada butang Share di

Frog Bar.

Pada tetingkap Share, taipkan

nama pengguna yang anda ingin

tambah ke dalam kotak Who has

access.

Page 205: Trainers guide-v.2-

Selepas menaip beberapa huruf,

anda akan dapat melihat senarai

pengguna.

Pilih nama yang betul dan klik Add.

Sekarang, anda akan melihat nama

pengguna telah didaftarkan sebagai

User. Klik pada menu ke bawah di

sebelah kanan untuk peringkat

akses.

Menu ke bawah memaparkan 3 pilihan:

(i) Can edit and manage ” Pengguna mempunyai kebenaran untuk mengedit dan

menguruskan laman.

(ii) Can contribute” Pengguna boleh memberi sumbangan di ruang interaktif seperti

memberi komen di forum, muat naik dan muat turun fail.

(iii) Can view” Pengguna boleh melihat laman tersebut sahaja.

Page 206: Trainers guide-v.2-

Akhirnya, klik pada butang biru Share.

Kemudian, pengguna yang telah

didaftarkan boleh mengedit laman.

Anda akan kembali ke halaman utama iaitu laman Bahasa Melayu.

Ulangi latihan ini bagi ke semua laman bidang. Keempat-empat laman harus dikongsi

dengan pengguna yang sesuai.

Page 207: Trainers guide-v.2-

3.1 Bagaimana Laman Bidang /

Mata Pelajaran Digunakan di Sekolah

(Pengguna: Guru)

3.1 How Departmental / Subject Sites

are Used Within a School (User: Staff)

Page 208: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Laman Bidang / Mata Pelajaran Digunakan di Sekolah

TUGASAN:

Menggunakan Laman Bidang / Mata Pelajaran di sekolah.

OBJEKTIF:

Menimbulkan kesedaran ke atas bagaimana sesebuah Laman Bidang / Mata Pelajaran

boleh digunakan secara efektif bagi meningkatkan komunikasi dan penglibatan pelajar.

TEMPOH MASA:

15 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Video 3.1 ” Bagaimana Laman Bidang / Mata Pelajaran Digunakan di Sekolah

TATACARA:

1. PENGENALAN

1.1 Jurulatih menerangkan tujuan utama sesi:

Di dalam sesi ini, anda akan diterangkan dengan bagaimana Laman Bidang /

Mata Pelajaran dihasilkan untuk menjadi bantuan komunikasi d antara jabatan

mata pelajaran dan pelajar.

1.2 Jurulatih menerangkan tujuan Laman Bidang / Mata Pelajaran:

Laman Bidang / Mata Pelajaran terdiri daripada 4 jabatan utama, antaranya

Bahasa, Teknik dan Vokasional, Matematik dan Sains, dan juga Kemanusiaan.

Laman ini boleh dilihat oleh semua guru dan pelajar. Ini bermakna, semua pelajar

mempunyai satu pusat rujukan untuk memperolehi maklumat yang berkaitan di

dalam sesebuah jabatan / panitia dengan mudah.

Dokumen sekolah, tips peperiksaan, soalan peperiksaan tahun lalu (bank soalan)

dan dokumen-dokumen umum dapat disimpan dengan mudah di sini.

Maklumat-maklumat yang menarik dan menyeronokkan juga boleh dimasukkan

kedalam Laman Bidang / Mata Pelajaran untuk menarik lebih ramai kunjungan

Page 209: Trainers guide-v.2-

daripada guru dan pelajar. Ini akan menjadikan Laman Bidang / Mata Pelajaran

adalah satu medium komunikasi dan penyiaran bagi menyampaikan maklumat

terkini mengenai sesuatu subjek di dalam sekolah.

Halaman baru boleh ditambah ke dalam Laman Bidang / Mata Pelajaran apabila

dikehendaki. Ia mungkin diperlukan bagi menempatkan galeri gambar, video

atau kajian. Kebiasaannya, Laman Bidang / Mata Pelajaran ini akan diuruskan

oleh Ketua Bidang / Panitia atau sesiapa sahaja yang dipertanggungjawabkan

untuk mengemaskinikan laman tersebut.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh cadangan bahan sumber

pembelajaran yang boleh dimasukkan ke dalam Laman Bidang / Mata Pelajaran:

Tab Kandungan

1. Profil Panitia / Jabatan

Carta Organisasi bagi jabatan / panitia.

Informasi mengenai jabatan / panitia

yang perlu disebarkan kepada komuniti

sekolah.

2. Dokumen Pelajaran

Sukatan Mata Pelajaran

Huraian Sukatan

Pelajaran

Rancangan Pelajaran

Pekeliling

Semua dokumen rasmi yang berkaitan

dengan jabatan/ panitia perlu

dimasukkan. Ia akan menjadi bahan

rujukan utama bagi guru dan pelajar

untuk mendapatkan maklumat bagi

subjek tersebut.

Secara tidak langsung, ini akan

membentuk satu suasana kerja yang

telus diantara guru dan pelajar. Kedua-

dua pihak boleh memahami lebih

mendalam mengenai sukatan mata

pelajaran dan hasil yang diingini

daripada pembelajaran.

3. Penilaian dan Peperiksaan

Pentaksiran Berasaskan

Maklumat yang berkaitan mengenai

penilaian dan peperiksaan boleh di

masukkan di sini. Maklumat ini sangat

Page 210: Trainers guide-v.2-

2. SESI IMBASAN

Mengimbas objektif sesi. Sesi soal jawab.

Sekolah

Kertas Peperiksaan

Tahun Lepas

Tips Peperiksaan

Analisa Keputusan Ujian

/ Peperiksaan

berguna bagi guru dan pelajar.

Contohnya: Garis panduan bagi penilian

asas sekolah, bank soalan termasuklah

soalan peperiksaan tahun lalu beserta

tip-tip dan analisis.

4. Pengkayaan

Senarai Rujukan Tambahan

Informasi Tambahan

Maklumat mengenai acara dan aktiviti

yang berkaitan dengan jabatan juga

boleh di masukkan ke dalam Laman

Bidang ini. Maklumat lengkap dan

menarik mengenai sesuatu acara juga

boleh disertakan. Ini akan menarik lebih

banyak kunjungan daripada guru dan

pelajar ke laman jabatan.

Page 211: Trainers guide-v.2-

3.2 Bagaimana Membina Laman

Bidang / Mata Pelajaran

(Pengguna: Guru)

3.2 How to Create Departmental / Subject Sites (User: Staff)

Page 212: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Membina Laman Bidang / Mata Pelajaran

TUGASAN:

Membina Laman Bidang / Mata Pelajaran.

OBJEKTIF:

Memastikan pengguna mempunyai kefahaman yang baik mengenai bagaimana untuk

membina Laman Bidang / Mata Pelajaran.

TEMPOH MASA:

30 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Video 3.2 ” Bagaimana Membina Laman Bidang / Mata Pelajaran

Komputer

Papan Putih

Pen dan Buku Nota

Projektor

TATACARA:

1. PENGENALAN

Jurulatih menerangkan manfaat menghasilkan Laman Bidang / Mata Pelajaran dengan

menggunakan Frog VLE.

2. VIDEO

Mainkan klip video. Berhenti dan beri penerangan apabila perlu. Meminta para peserta

untuk menonton video dan mengikut arahan

3. SESI IMBASAN

Mengimbas matlamat sesi. Sesi soal jawab.

Page 213: Trainers guide-v.2-

Panduan Pengguna

Bagaimana membina Laman Bidang / Mata Pelajaran

Kita akan membina laman bidang untuk digunakan di sekolah. Laman bidang / Mata

Pelajaran ini akan terdiri daripada beberapa laman yang mengandungi teks dan media

(gambar atau video) yang ingin dikongsi bersama warga sekolah yang lain.

Bagi membina Laman Bidang / Mata

Pelajaran, klik pada Quick Launch yang

berada di Frog Bar. Seterusnya klik pada

ikon Departmental Sites.

Laman Web Jabatan yang terdiri daripada 4 bidang utama seperti Bahasa, Matematik

dan Sains, Kemanusiaan dan,Teknik dan Vokasional akan tertera. Kesemua laman ini

adalah untuk tatapan semua warga sekolah.

Pilih laman bidang Bahasa.

Page 214: Trainers guide-v.2-

Anda akan dibawa ke laman seterusnya seperti di bawah.

Terdapat dua pautan di laman ini iaitu pautan Laman Utama dan Rangkaian Mata

pelajaran. Klik pada pautan Rangkaian Mata pelajaran. Ini akan membawa anda ke

laman seterusnya yang mengandungi pautan kepada subjek-subjek yang dikategorikan

di bawah bidang Bahasa.

Terdapat dua subjek yang diketegorikan di bawah bidang Bahasa iaitu Bahasa Melayu

dan Bahasa Inggeris. Kita akan membina laman untuk subjek Bahasa Melayu, klik pada

pautan Bahasa Melayu.

Page 215: Trainers guide-v.2-

Paparan di bawah menunjukkan laman Bahasa Melayu. Terdapat beberapa widget yang

telah tersedia untuk membantu para guru agar memudahkan kerja membina laman

subjek ini. Walau bagaimanapun, anda boleh mengubahsuai laman ini mengikut

citarasa dan kreativiti anda.

Bagi mengubahsuai laman subjek anda, klik pada butang Edit pada sebelah kiri skrin

anda.

Sebaik sahaja anda klik, Content Tray akan

dipaparkan.

Page 216: Trainers guide-v.2-

Kita akan mula mengubahsuai laman ini dengan menukar paparan tajuk utama dari

Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Klik dua kali pada tajuk utama dan taipkan

Bahasa Malaysia pada ruang Name of Site.

Tajuk utama laman anda akan berubah.

Setelah tamat, klik pada butang Save Changes untuk menyimpan tetapan yang telah

ditukar.

Menukar Teks pada Laman Utama

Klik dua kali pada teks yang bertulis ‘Bahasa Melayu Laman Utama’, ini akan membawa

anda ke bahagian tetapan widget tersebut. Oleh kerana kita akan meletakkan Carta

Organisasi Panitia Bahasa Melayu di bahagian ini, maka kita akan menukarkan teks

‘Bahasa Melayu Laman Utama’ kepada ‘Carta Organisasi Panitia’.

Page 217: Trainers guide-v.2-

Taipkan ‘Carta Organisasi Panitia’ pada panel tetapan. Apabila anda selesai menaip,

anda akan dapat melihat perubahan pada bahagian laman seperti yang tertera di

bawah.

Bagi meletakkan carta organisasi panitia pada halaman ini, widget teks bertulis ‘Di

Laman ini, anda boleh’ perlu dipadam terlebih dahulu. Bagi memadamkan widget ini,

klik dua kali pada widget teks tersebut dan klik Remove Widget di panel tetapan.

Sebaik sahaja anda klik pada Remove Widget, satu kotak dialog akan tertera bagi

meminta pengesahan untuk memadam widget tersebut. Kemudian klik pada butang

OK.

Page 218: Trainers guide-v.2-

Sekali lagi, klik pada tab Widgets. Pilih widget Media dan seret ke dalam kotak

kandungan pada laman. Pastikan kotak bertukar biru sebelum anda melepaskan widget

tersebut.

Klik dua kali pada kotak kandungan untuk memaparkan tetapan bagi widget Media

tersebut. Kemudian klik pada butang Upload.

Setelah klik pada butang Upload, anda akan melihat

paparan File Uploader.

Klik pada butang biru Choose Files untuk memuat naik

fail dari komputer anda.

Page 219: Trainers guide-v.2-

Setelah itu File Manager akan muncul bagi membenarkan anda memilih fail dari

komputer peribadi anda.

Cari fail yang ingin dimuat naik. Sebagai contoh, kita akan memuat naik Carta Organisasi

yang akan diberi nama ‚chart‛

Setelah anda menjumpai fail yang diingini, klik pada fail tersebut dan klik butang Open.

Setelah fail selesai dimuat naik, butang

Done yang berwarna hijau akan muncul.

Kemudian, klik pada kotak Done di

sebelah kiri pada bahagian bawah

kotak dialog tersebut.

Page 220: Trainers guide-v.2-

Imej Carta Organisasi Panitia akan terpapar seperti di bawah.

Sekarang anda telah mempunyai sebuah

carta organisasi pada laman anda. Anda

boleh memilih saiz imej pada tetapan

media. Tiga pilihan tersebut ialah Large,

Medium dan Small.

Pilih Large.

Klik pada Save Changes dan tutup laman

anda dengan menekan butang X.

Page 221: Trainers guide-v.2-

Menambah Notis

Untuk membuat penambahan pada notis, klik pada butang Create Notice.

Anda boleh memasukkan maklumat mengenai carta tersebut di dalam kotak dialog

yang terpapar.

Page 222: Trainers guide-v.2-

Taipkan tajuk dan maklumat

mengenai notis tersebut di

ruangan Title dan Content.

Nota : Semua notis yang

dipaparkan mestilah berkaitan

dengan topik berkenaan.

Klik pada butang Submit setelah

selesai.

Halaman anda akan kelihatan seperti di bawah.

Page 223: Trainers guide-v.2-

Menukar Nama Tab

Sekarang kita akan menukar nama tab dari ‘Tingkatan 1’ ke ‘Sukatan Pelajaran’. Klik

pada butang Edit.

Seterusnya klik pada teks ‘Tingkatan 1’ dan taipkan ‘Sukatan Pelajaran’.

Nama tab baru anda akan berubah seperti yang tertera di bawah.

Page 224: Trainers guide-v.2-

Menambah Widget Baru (Embed Website Widget)

Anda sekarang akan menambah widget baru, iaitu Embed Website widget ke Laman

Bidang / Mata Pelajaran anda.

Pilih widget tersebut dan seret ke dalam kotak kandungan pada laman. Pastikan kotak

bertukar biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.

Klik dua kali pada kotak kandungan untuk memaparkan tetapan bagi widget Embed

Website tersebut.

Masukkan maklumat URL ke dalam ruangan Enter URL :

http://www.ppk.smkdpk.com/sp/bm.html#.

Page 225: Trainers guide-v.2-

Kemudian klik pada butang Save Changes

Klik pada butang X untuk kembali ke Laman

Bidang.

Laman Embed Website anda akan terpapar di Laman Bidang / Mata Pelajaran anda.

Page 226: Trainers guide-v.2-

3.3 Bagaimana Berkongsi Laman

Bidang / Mata Pelajaran

(Pengguna: Guru)

3.3 How Departmental / Subject Sites are shared (User: Staff)

Page 227: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran

TUGASAN:

Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran.

OBJEKTIF:

Memahami cara berkongsi laman bidang/laman mata pelajaran.

TEMPOH:

20 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

VIDEO 3.3- Bagaimana Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran

TATACARA:

1. PENGENALAN

1.1 Jurulatih menerangkan mengapa laman bidang/laman mata pelajaran perlu

dikongsi:

Setelah laman bidang /mata pelajaran dihasilkan oleh guru, guru perlu menukar

peringkat akses bagi semua guru dan pelajar. Terdapat 3 peringkat akses pada tetapan

asal laman bidang, iaitu:

Pentadbir: Edit dan Urus (Edit and Manage)

Guru: Edit dan Urus (Edit and Manage)

Pelajar: Papar (View)

Pada tetapan asal peringkat akses, pelajar hanya dibenarkan untuk melayari laman

bidang / mata pelajaran sementara guru dan pentadbir boleh mengubahsuai laman ini.

Oleh yang demikian, peringkat akses bagi guru dan pelajar perlu diubah supaya mereka

dapat memberi sumbangan pada laman ini.

Page 228: Trainers guide-v.2-

2. VIDEO ” Bagaimana Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran

Memainkan klip video. Berhenti dan beri penerangan apabila diperlukan. Minta peserta

untuk menonton video dan mengikuti arahan pada video.

3. SESI IMBASAN

Mengimbas matlamat sesi. Sesi soal jawab.

Panduan Pengguna

Berkongsi Laman Mata Pelajaran

Untuk memulakan proses perkongsian laman mata pelajaran, anda perlu membuka

laman mata pelajaran yang ingin dikongsikan. Bagi latihan ini, laman mata pelajaran

yang telah dihasilkan pada sesi sebelum ini akan digunakan, iaitu laman Bahasa

Malaysia.

Bagi membuka laman mata pelajaran yang

diingini, klik pada Quick Launch pada Frog Bar.

Seterusnya, klik pada ikon Departmental Sites.

Page 229: Trainers guide-v.2-

Anda akan dibawa ke Laman Web Jabatan. Kemudian klik pada pautan Bahasa.

Ini akan membawa anda ke halaman umum bagi bidang Bahasa. Klik pada tab

Rangkaian Matapelajaran untuk melihat senarai mata pelajaran di bawah bidang

Bahasa.

Di halaman ini, anda akan lihat 2 laman mata pelajaran di sebelah kanan halaman.

Mata pelajaran tersebut adalah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Klik Bahasa

Malaysia untuk memaparkan laman mata pelajaran tersebut.

Page 230: Trainers guide-v.2-

Apabila laman Bahasa Malaysia telah dibuka, klik pada butang Share untuk berkongsi

laman ini. Anda akan dibawa ke tetingkap Share di mana anda boleh menetapkan

peringkat akses laman bagi pengguna tertentu.

Peringkat akses telah ditetapkan untuk tiga

jenis pengguna iaitu Pentadbir, Guru dan

Pelajar

Jangan ubah tetapan bagi Pentadbir Frog.

Page 231: Trainers guide-v.2-

Anda hanya boleh mengubah tetapan bagi guru dan pelajar.

Menu ke bawah di sebelah kanan memaparkan tiga peringkat akses yang berbeza.

Peringkat akses ini menetapkan akses bagi setiap kumpulan pengguna. Peringkat akses

tersebut adalah:

Can Edit & Manage ” Peringkat akses ini membenarkan pengguna mengubahsuai dan

kongsi laman ini.

Can Contribute ” Peringkat akses ini membenarkan pengguna melayari laman dan

menyumbang pada bahagian interaktif laman ini seperti Forum, File Drop dan lain-lain.

Can View ” Peringkat akses ini hanya membenarkan pengguna melayari laman ini.

Pengguna tidak dapat mengubah atau menyumbang kepada pada bahagian interaktif

laman ini seperti Forum, File Drop dan lain-lain

Bagi latihan ini, anda

dikehendaki mengubah

peringkat akses pengguna

dari Can Edit & Manage

kepada Can contribute.

Ini dapat mengawal jumlah

pengguna yang boleh

mengubahsuai dan

berkongsi laman bidang /

mata pelajaran ini.

Laman mata pelajaran ini adalah umum bagi keseluruhan komuniti sekolah, termasuk

pelajar. Pada tetapan asal, pelajar tidak diberi akses. Jadi, peringkat akses bagi pelajar

perlu diubah.

Bagi mengubah hak capaian

pelajar, taipkan nama pelajar

dan pilih daripada menu ke

bawah . Kemudian klik pada

butang Add.

Page 232: Trainers guide-v.2-

Anda kini telah menambah

pelajar dalam senarai

perkongsian.

Peringkat akses pelajar

tersebut dipaparkan di sebelah

kanan iaitu Can view.

Ubah peringkat akses bagi

pelajar tersebut kepada Can

Contribute pada pilihan dari

menu ke bawah. Ini akan

membolehkan pelajar

menyumbang pada bahagian

interaktif laman mata pelajaran

tersebut.

Klik pada butang biru Share.

Laman Bahasa Malaysia kini telah dikongsi bersama pelajar-pelajar yang berkenaan.

Page 233: Trainers guide-v.2-

3.4 Menginspirasikan Pelajar

(Pengguna: Pelajar)

3.4 Inspiring Students (User: Student)

Page 234: Trainers guide-v.2-

Menginspirasikan Pelajar

TUGASAN:

Menginspirasikan Pelajar

OBJEKTIF:

Untuk memotivasi dan menginspirasi pelajar untuk menerima teknologi baru ke dalam

sekolah mereka.

TEMPOH MASA:

20 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

“ Video 3.4 (Link) - Engage Me

www.youtube.com/watch?v=ZokqjjIy77Y

TATACARA:

1. PENGLIBATAN PELAJAR

1.1 Jurulatih mendapatkan maklum balas bagi kaedah pengajaran pada masa kini

serta pendapat dari para pelajar mengenainya.

SOALAN:

Apakah mata pelajaran kegemaran anda? Mengapa?

Apakah yang digunakan oleh guru anda untuk mengajar?

Apakah mata pelajaran yang paling tidak anda minati?

Adakah anda berpuas hati dengan teknik-teknik pengajaran yang digunakan?

Mengapa?

Adakah anda ingin guru anda mengubah kaedah mereka? Apakah cadangan

anda?

Page 235: Trainers guide-v.2-

2. VIDEO - Engage Me

2.1 Jurulatih memainkan klip video.

2.2 Pelajar menonton video dan mencatat nota.

2.3 Jurulatih mengaitkan soalan-soalan yang diajukan dengan mesej video yang

dimainkan. Tanya pelajar sama ada mereka bersetuju dengan mesej yang

disampaikan oleh kandungan video tersebut. Minta mereka untuk

membincangkan pendapat mereka.

RUMUSAN

Terangkan kepada pelajar bagaimana Frog VLE boleh membantu mereka untuk menjadi

pelajar abad ke-21 dengan menyediakan penyelesaian yang bersepadu.

Page 236: Trainers guide-v.2-

3.5 Berkenalan dengan Frog

(Pengguna: Pelajar)

3.5 Meet Frog (User: Student)

Page 237: Trainers guide-v.2-

Berkenalan dengan Frog

TUGASAN:

Menginspirasikan pelajar.

OBJEKTIF:

Untuk memberikan pemahaman umum mengenai projek ini.

TEMPOH MASA:

10 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

“ Video 3.5 - Meet Frog

TATACARA:

1. PENGENALAN

Jurulatih menyediakan tempat bagi aktiviti menonton video.

Jurulatih meminta pelajar untuk berfikir mengenai soalan-soalan berikut sebelum

memainkan klip video:

Wujudkah pembelajaran tanpa batasan?

Wujudkah pembelajaran di mana jua dan pada bila-bila masa?

Bolehkah anda melakukannyasekarang? Mengapa? Bagaimana?

2. VIDEO ” Meet Frog

Jurulatih memainkan video. Pelajar menonton dan membuat perkaitan dengan soalan-

soalan yang diajukan.

Page 238: Trainers guide-v.2-

3.6 Gambaran Keseluruhan Frog VLE

untuk Pelajar (Pengguna: Pelajar)

3.6 Overview of Frog VLE for Students (User: Student)

Page 239: Trainers guide-v.2-

Gambaran Keseluruhan Frog VLE untuk Pelajar

TUGASAN:

Gambaran keseluruhan Frog VLE untuk pelajar.

OBJEKTIF:

Untuk memastikan pengguna mempunyai pemahaman umum mengenai fungsi Frog

VLE serta dapat menggunakan Frog VLE dengan baik.

TEMPOH MASA:

20 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN :

VIDEO 3.6 ” Gambaran Keseluruhan Frog VLE untuk Pelajar

Komputer

Papan putih

Pen dan buku nota

Projektor

TATACARA:

1. PENGENALAN

1.1 Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi

sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai Frog VLE ialan

satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai dunia

pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan

konvensional dengan kaedah pembelajaran maya. Sebagai contoh, guru-guru

dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara

pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.

Page 240: Trainers guide-v.2-

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting

yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan

sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-

bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan ‘cloud’. Dengan ini, pembelajaran

boleh dilaksanakan di sekolah ataupun di rumah mahupun di mana-mana, 24

jam sehari, 7 hari seminggu.

2. OBJEKTIF

Untuk memastikan bahawa pengguna memahami fungsi-fungsi utama pada Frog VLE.

3. LOG MASUK KE DALAM VLE

Memberi arahan kepada peserta untuk log masuk ke dalam VLE.

4. VIDEO ” Gambaran Keseluruhan Frog VLE untuk Pelajar

Memainkan video dan berhentikan video seketika dan beri penerangan jika perlu.

5. SESI IMBASAN

Mengimbas kembali apa yang dipelajari oleh para peserta dan faedah penggunaan

Frog VLE.

Page 241: Trainers guide-v.2-

Panduan Pengguna

Antara Muka (Interface) Frog VLE

Klik pada butang Get started untuk log masuk ke dalam Frog VLE. Masukkan ID

Pengguna dan kata laluan apabila diminta.

Penting! Adalah penting untuk log keluar daripada akaun Google lain sebelum log

masuk ke dalam Frog VLE. Jika ini tidak dilakukan, pengguna baru tidak boleh log masuk

ke dalam Frog VLE.

Antara muka (Interface) Frog VLE direka bagi memudahkan penggunaan Frog.

Penerangan bagi fungsi ikon serta kegunaannya akandiberikan pada bahagian yang

seterusnya.

Frog Bar

Frog Bar adalah kawasan tetap di bahagian atas skrin FrogVLE yang memberikan akses

kepada System Options, Dashboard dan Menu VLE. Frog Bar tidak boleh dipadam.

Page 242: Trainers guide-v.2-

Dari kiri ke kanan, Frog Bar mengandungi elemen-elemen seperti berikut:

Menu Frog Head

Menu Frog Head memberi akses yang pantas untuk melihat ruangan System Options

VLE. Ia mengandungi:

Help ” Bantuan umum VLE. Anda boleh mendapatkan jawapan untuk soalan

lazim di sini.

Preferences ” Anda boleh mengubah tetapan asas VLE di sini. Pilihan-pilihan

tersebut terdiri daripada:

i. Language

ii. Set Background ” Memberi anda pilihan satu imej daripada senarai

yang ada untuk menetapkan latar belakang Frog VLE anda.

iii. Log Out ” Membenarkan anda log keluar dari VLE selepas

penggunaan.

Help

Butang Help akan memaparkan bantuan yang berkaitan dengan kawasan

VLE yang sedang dipaparkan. Jika General Help tidak dapat memberikan

jawapan yang sesuai kepada permasalahan anda, anda boleh menjalankan

satu carian di ruangan Help untuk mendapatkan dokumen-dokumen bantuan. Pautan ke

Community Site yang bersesuaian akan dipaparkan di samping hasil carian anda.

Page 243: Trainers guide-v.2-

Dashboard Switch

Dengan menekan butang kursor, anda akan beralih dari laman

Dashboard Peribadi ke Dashboard Sekolah dan sebaliknya.

Global Search Box

Di kotak carian global ini, anda boleh mencari sumber

pembelajaran, tugasan, laman , dan pengguna yang

terdapat di dalam Frog VLE. Jika suatu aplikasi sedang aktif,

pencarian anda akan bermula di dalam aplikasi tersebut sebelum merentasi ke seluruh

Frog VLE. 15 hasil carian pertama anda akan dipaparkan dengan nama sumber tersebut.

Jika lebih daripada 15 hasil carian ditemui, butang Show All akan mempamerkan hasil

carian selebihnya dalam ruangan Resource Manager.

Nota: Minimum 3 huruf perlu diisi di dalam kotak carian sebelum pencarian dapat

dijalankan.

Home

Butang Home membawa anda kembali ke Dashboard anda atau Dashboard

Sekolah. Oleh kerana butang ini sentiasa dipamerkan, anda sentiasa boleh

kembali ke Dashboard anda dengan segera dari mana-mana ruangan VLE.

Quick Launch

Ikon Quick Launch memaparkan menu VLE. Di sini anda boleh meneroka

semua bahagian VLE.

Nota: Aplikasi di dalam menu VLE mungkin berbeza

dengan paparan, bergantung kepada peringkat akses

pengguna (Pentadbir, Guru atau Pelajar).

Resource Manager

Resource Manager membolehkan anda melihat dan menyunting sebarang

sumber yang boleh diakses atau dicipta sendiri. Sumber-sumber ini mungkin

dalam bentuk dokumen, Sites atau Applications.

Page 244: Trainers guide-v.2-

Application Tray

Butang Application Tray akan memaparkan sehingga 9 aplikasi yang sedang

digunakan dan membolehkan anda menukar antara laman-laman atau

aplikasi-aplikasi tersebut dengan mudah.

Dengan menekan butang Application Tray, aplikasi atau laman yang sedang aktif akan

dipaparkan pada Tray. Jika anda klik pada mana-mana ikon yang terdapat pada Tray,

anda akan dibawa ke halaman yang telah dipilih. Anda boleh menutup laman atau

aplikasi yang sedang aktif dengan menekan butang [x].

Notifications

Ikon Notifications akan memberikan petunjuk bewarna merah apabila

terdapat mesej baru dalam Events Feed anda. Ikon ini akan menunjukkan

jumlah notifikasi yang belum dibaca oleh pengguna. Ikon ini akan

mempamerkan notifikasi dari Sites, Calendars dan Assignment.

Page 245: Trainers guide-v.2-

Apabila anda klik pada satu-satu mesej dalam Events Feed, anda akan dibawa ke

aplikasi atau laman yang menjana mesej tersebut. Notifikasi yang dihantar dari sumber

yang sama, misalnya dari guru yang sama atau laman yang sama, akan dikumpulkan

dalam Events Feed.

Nota: Notifikasi dapat dipamerkan di Dashboard dengan menggunakan Notifications

Widget (seperti gambar di atas).

Quick Launch

Sekarang kita akan memaparkan ruangan utama dalam VLE. Pautan-pautan ke ruangan

ini boleh didapati dalam menu Quick Launch pada Frog Bar.

Page 246: Trainers guide-v.2-

Assignments

Tetingkap Assignments membenarkan anda memberi, menyemak, mengulas,

dan berkongsi tugasan yang diberi kepada para pelajar. Selepas tugasan

dihasilkan, ia dapat dihantar kepada individu atau kumpulan secara mudah.

Tambahan pula, apabila pelajar telah menyiapkan tugasan, ia dapat dihantar semula

dengan cara yang sama.

Calendar

Calendar peribadi membolehkan anda mengurus semua aktiviti. Jika perlu,

anda boleh berkongsi kalendar dengan guru-guru lain. Informasi tambahan

boleh disertakan pada sesuatu acara/aktiviti seperti lokasi, jemputan dan nota.

Page 247: Trainers guide-v.2-

Departmental Sites

Departmental Sites adalah bahagian di mana laman yang dicipta oleh setiap

bidang boleh diakses. Selepas setiap bidang menghasil dan berkongsi laman

masing-masing, barulah ia boleh diakses oleh pengguna.

My Dashboard

My Dashboard adalah halaman pertama yang anda akan temui selepas log

masuk ke dalam VLE. Halaman ini boleh diubahsuai untuk memaparkan

kalendar sekolah, RSS Feeds, atau notifikasi. Anda boleh menambah

kandungan peribadi seperti gambar, video, atau pautan ke laman kegemaran

anda. Gunakan Widgets untuk mengubah rupa dan kandungan Dashboard mengikut

kesesuaian.

Page 248: Trainers guide-v.2-

School Dashboard

School Dashboard boleh diakses dengan mengklik Dashboard Switch yang

diletak di tengah-tengah Frog Bar. Dashboard ini memaparkan notis dan

maklumat yang diurus oleh pihak sekolah. Ia juga mengandungi MOE RSS feed

untuk memastikan anda sentiasa dimaklumkan mengenai berita pendidikan

atau maklumat untuk sekolah dan guru-guru. School Dashboard hanya boleh diubahsuai

oleh pentadbir.

Forums

Forums merupakan ruangan yang memaparkan semua forum dalam VLE.

Forum perbincangan boleh diwujudkan untuk perbincangan kumpulan

mengenai topik tertentu berkaitan sekolah. Setiap maklumat mempunyai

tarikh yang membolehkan guru menyemak topik perbincangan dan

mengetahui individu mana yang memberi sumbangan kepada topik tersebut. Pencipta

forum dapat mengawal semua topik, akses dan tetapan.

Page 249: Trainers guide-v.2-

Frog Store

Frog Store adalah stor dalam talian yang mengandungi aplikasi dan sumber

untuk digunakan dalam VLE. Pengguna boleh mencari kandungan untuk

pengajaran dan pembelajaran seperti imej dan video untuk digunakan dalam

Site.

Terdapat 2 ruangan umum untuk anda layari.

Bahagian Apps memaparkan aplikasi yang

ada untuk anda muat turun. Ini

menambahkan fungsi ke dalam VLE.

Bahagian Channels mengandungi

kandungan daripada rakan kongsi pendidikan

Frog seperti Khan Academy atau KPM.

Sites

Sites adalah halaman-halaman yang telah dihasilkan di dalam VLE dengan

menggunakan widgets. Laman yang dihasilkan atau dikongsi akan

disenaraikan di sini. Laman yang dihasilkan untuk aktiviti kokurikulum seperti

kelab dan lawatan juga akan dipaparkan di sini.

Page 250: Trainers guide-v.2-

My Documents

My Documents adalah satu ruangan untuk menyimpan semua fail peribadi

anda dalam VLE. Ruangan ini adalah peribadi dan tidak boleh diakses oleh

pengguna lain.

Resource Manager

Resource Manager adalah aplikasi utama untuk mengakses sumber yang

anda telah hasilkan atau yang telah dikongsikan kepada anda. Ia

membolehkan anda menyimpan, melihat, mengubah dan menghasilkan

kandungan di semua bahagian VLE yang dibenarkan.

Nota: Tetapan asal Resource Manager ialah memaparkan fail yang terbaru yang anda

telah muat naik ke VLE.

Resource Manager terbahagi kepada dua ” Personal dan Shared.

Bahagian Personal memberi anda melihat, mengedit dan

mencipta sumber termasuk yang anda telah muat naik

berdasarkan peringkat pengguna. Bahagian Shared

mengandungi sumber pengajaran dan pembelajaran dan

dokumen-dokumen sekolah.

Page 251: Trainers guide-v.2-

School Documents

School Documents adalah tempat di mana dokumen boleh disimpan dan

digunakan oleh semua warga sekolah. Ini merangkumi buku panduan guru

dan pelajar, polisi atau maklumat sekolah. Dokumen boleh berformat zip, MS

Word, MS Excel, PDF, video atau fail audio. (Akses adalah berdasarkan peringkat

pengguna)

Pelajar akan mempunyai akses untuk membaca sementara guru mempunyai akses pentadbir

untuk menambah atau memadam maklumat.

Page 252: Trainers guide-v.2-

The Pond

The Pond ialah sebuah portal bagi pelajar untuk melayari ke dalam dunia Frog.

Ia membolehkan pelajar menerokai idea berkaitan penggunaan Frog,

mengikuti perkembangan terbaru yang berlaku di FrogAsia serta lawatan-lawatan

sekolah yang telah dianjurkan oleh pasukan FrogAsia. Pelajar juga boleh menerokai

video- video, artikel-artikel dan bahan-bahan pembelajaran terbaik dari serata dunia.

Portal ini boleh dilayari oleh pelajar dan juga guru.

E-mail

E-mail akaun Yes akan dibuka secara otomatik apabila anda telah log masuk

ke dalam Frog. E-mel ini memudahkan komunikasi ke dunia luar.

Page 253: Trainers guide-v.2-

3.7 Bagaimana Mengedit

Dashboard Anda

3.7 How to Edit Your Dashboard

Page 254: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Mengedit Dashboard Anda

TUGASAN:

Mengubah suai Dashboard anda.

OBJEKTIF:

Untuk memastikan para peserta mengetahui cara untuk mengedit Dashboard sendiri.

TEMPOH MASA:

30 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN

Video 3.7 -Bagaimana Mengedit Dashboard Anda

TATACARA:

1. PENGENALAN

Jurulatih menerangkan kandungan video yang berkaitan cara Dashboard diedit.

2. LOG MASUK KE DALAM VLE

Memberi arahan kepada pelajar untuk log masuk ke VLE.

3. VIDEO ” Bagaimana untuk Mengedit Dashboard Anda

Memaparkan video. Berhenti seketika dan beri penjelasan apabila perlu. Menggalakkan

para peserta untuk menonton video dan mengikut arahan yang diberi menerusi video.

4. SESI IMBASAN

Mengimbas matlamat sesi. Sesi soal jawab.

Page 255: Trainers guide-v.2-

Panduan Pengguna

Bagaimana Mengedit Dashboard Anda

Your Dashboard adalah halaman pertama yang terpapar sebaik sahaja anda log masuk

ke dalam VLE. Dashboard boleh diubah suai untuk memaparkan kalendar sekolah, RSS

Feeds, ataupun notifikasi. Anda juga boleh menambah bahan seperti foto, video atau

pautan kepada laman web kegemaran. Susun atur kandungan adalah mengikut

kehendak anda. Gunakan Widgets untuk menukar paparan dan kandungan Dashboard

mengikut kehendak anda.

Untuk mengedit Dashboard anda, anda perlu klik pada butang Edit

pada sebelah kiri skrin anda. Ini akan memaparkan Content Tray.

Content Tray mengandungi tiga tab pilihan iaitu:

Layout ” Ini akan menukar bilangan dan

kedudukan kotak kandungan dalam halaman

anda.

Settings ” Ini membenarkan anda untuk

menukar nama dan tema Dashboard anda.

Widgets ” Widget boleh diseret ke dalam lajur

pada halaman anda untuk menambah

kandungan seperti teks, video dan gambar.

Page 256: Trainers guide-v.2-

Menukar Tetapan pada Dashboard Anda

Di dalam Content Tray, klik pada tab Settings.

Untuk menukar nama pada Dashboard anda,

masukkan nama ke dalam kotak Name of Site. Ini

secara automatik akan mengemaskini nama

Dashboard pada halaman anda. Contohnya:Sharon

. G.

Ini akan terpapar pada sebelah kiri atas Dashboard

seperti yang ditunjukkan di bawah.

Untuk menukar tema Dashboard anda, pilih tema

baru dengan mengklik pada menu ke bawah di

sebelah kanan.

Apabila anda klik pada menu ke bawah, menu

yang mengandungi tema yang telah disedia ada

akan dipaparkan. Skrol menu ke bawah, dan klik

pada tema yang anda inginkan. Ini secara

automatik menukar kepada tema Dashboard yang

anda pilih.

Page 257: Trainers guide-v.2-

Pastikan anda menyimpan perubahan

dengan mengklik butang Save Changes.

Menukar susun atur Dashboard anda

Di dalam Content Tray klik pada tab Layout.

Pilih bilangan kotak kandungan yang anda

inginkan berdasarkan butang bernombor.

Anda boleh pilih antara 1 hingga 4 kotak

pada satu halaman.

Klik pada 3 dalam tetapan Boxes. 3 susun

atur yang berbeza akan tersedia.

Di sini, anda boleh memilih bagaimana

kotak kandungan akan dipaparkan pada

Dashboard anda. Apabila anda klik pada

susun atur tertentu, halaman anda secara

automatik akan dikemaskini dengan susun

atur baru.

Klik pada susun atur kedua pada sebelah

kanan.

Dashboard anda sedia untuk diisikan

dengan kandungan.

Widgets

Di dalam Content Tray klik pada tab Widgets.

Anda kini boleh melihat semua widget yang tersedia ada kepada anda. Setiap widget

dikenalpasti mengikut nama dan ikon yang unik.

Widget adalah aplikasi kecil yang membenarkan kandungan untuk dipapar kepada

Page 258: Trainers guide-v.2-

pengguna. Ini boleh digunakan dengan menyeret setiap widget ke dalam kotak

kandungan pada halaman dan menetapkan tetapannya. Pelbagai widget boleh

digunapakai dalam satu halaman.

Nota: Widget hanya boleh memaparkan kandungan apabila diarahkan. Untuk

kebanyakan widget, anda perlu memasukkan maklumat berkaitan kandungan yang

diingini sebelum ia boleh dipaparkan pada Dashboard.

Menambah Widget pada Dashboard anda

Di dalam Content Tray, klik pada tab Widgets.

Padamkan sebarang widget tersedia ada sebelum

mengubah suai Dashboard anda. Klik dua kali pada

widget yang diingini dan klik pada tanda pangkah kecil

berwarna merah untuk memadamnya dari Dashboard.

Pilih widget Media dan seretkannya pada kotak sebelah kiri atas. Pastikan kotak

berwarna biru sebelum melepaskan widget.

Klik dua kali pada widget Media dalam kotak kandungan tersebut untuk memaparkan

tetapan widget.

Muat naik gambar daripada komputer anda atau daripada storan USB. Klik pada butang

Page 259: Trainers guide-v.2-

Upload di bahagian Choose Media untuk melancarkan File Uploader.

Klik pada butang Choose Files untuk mengakses fail di dalam komputer anda. Pilih satu

fail untuk dimuat naik.

Sebaik sahaja muat naik sudah lengkap, mesej

‘Done’ berwarna hijau akan terpapar. Klik pada

butang Done di bawah.

Anda boleh menukar saiz gambar dengan

memilih saiz daripada menu ke bawah ‘Please

select media size’. Klik pada butang Save

Changes untuk menyimpan perubahan.

Untuk menyimpan tetapan Dashboard anda, klik pada butang Save Changes.

Page 260: Trainers guide-v.2-

Menambah Widget Calendar

Widget Calendar digunakan untuk memaparkan acara atau aktiviti penting di dalam

kalendar pada Dashboard anda.

Pilih widget Calendar dan seretkannya ke dalam kotak kanan atas. Pastikan kotak

bertukar menjadi biru sebelum melepaskan widget tersebut.

Terdapat beberapa jenis kalendar yang berbeza dalam Frog VLE anda seperti peribadi,

kokurikulum, akademik dan peperiksaan. Oleh yang demikian, anda boleh memilih

kalendar yang ingin dipaparkan pada Dashboard. Pilih kalendar peribadi anda.

Pilih bilangan acara / aktiviti yang ingin dipaparkan

daripada senarai menu ke bawah ‘ Max Events to Display ‘

dan pilih nombor 5.

Page 261: Trainers guide-v.2-

Halaman anda akan kelihatan seperti di bawah.

Untuk menyimpan tetapan Dashboard anda, klik pada butang Save Changes.

Menambah Widget Notes

Pilihkan widget Notes dan seretkannya ke dalam Dashboard seperti tertera di bawah.

Pastikan kotak bertukar menjadi biru sebelum melepaskan widget.

Page 262: Trainers guide-v.2-

Di dalam tetapan Notes, anda boleh menaipkan peringatan untuk dipaparkan. Klik dua

kali pada My Notes. Anda akan melihat tetapan My Notes pada sebelah kiri.

Taipkan nota ini di dalam kotak: ‚Beli kotak tisu

untuk Jamuan Kelas‛

Ikon yang terletak pada bahagian bawah tetingkap

teks digunakan untuk mengubah suai format teks

anda. Di samping itu, anda boleh memilih salah satu

daripada pilihan sedia ada daripada menu ke

bawah Font Format.

Page 263: Trainers guide-v.2-

Dashboard anda akan kelihatan seperti di bawah.

Simpan perubahan dengan klik pada

butang Save Changes.

Menambah Pautan Luar

Kini, kita akan menambah pautan luar kepada Dashboard anda untuk memudahkan

akses kepada laman web tersebut. Untuk sesi ini, kita akan menghasilkan pautan

kepada laman Khan Academy. Pautan ini akan sedia ada pada Dashboard setiap kali

kita log masuk ke dalam Frog VLE.

Pilih widget External Link dan tarik ke dalam kotak sebelah kanan bawah widget

Calendar.

Page 264: Trainers guide-v.2-

Masukkan nama laman web dan URL laman web tersebut. Untuk sesi ini, kita akan

menggunakan:

Enter Name for Site: Khan Academy

Enter URL: http://www.khanacademy.org

Klik pada butang Add Icon for Site bagi menukar ikon asal

pada widget External Link.

Kemudian, cari logo Khan Academy daripada Frog

Store.Taipkan ‘Logo Khan Academy’ di dalam kotak carian

dan klik pada ikon Frog Store di sebelah ikon carian.

Pilih logo Khan Academy daripada Frog Store dan klik pada butang Use. Ini akan

menambahkan ikon tersebut kepada pautan anda.

Masukkan deskripsi untuk pautan luar tersebut.

Berikan penerangan berkenaan laman web yang

dipaut. Misalnya, deskripsi untuk pautan ini adalah:

Laman Kegemaran ku.

Page 265: Trainers guide-v.2-

Simpan perubahan dengan klik pada butang Save

Changes.

Klik pada butang X untuk menutup Dashboard anda.

Dashboard anda akan kelihatan seperti di bawah. Apabila anda klik pada pautan,

lamanweb akan terpapar pada tetingkap baru.

Tahniah! Anda telah berjaya mengubah suaikan Dashboard anda.

Page 266: Trainers guide-v.2-

3.8 Langkah Permulaan dengan Frog

(Pengguna: Pelajar)

3.8 Starting out with Frog (User: Student)

Page 267: Trainers guide-v.2-

Langkah Permulaan dengan Frog

TUGASAN:

Melengkapkan pelajar dengan kemahiran asas mengguna VLE seperti mengguna

kalendar, memuat naik fail, menghasilkan folder dan mengakses e-mel.

OBJEKTIF:

Untuk memotivasi dan memberi inspirasi kepada para pelajar tentang perlunya kaedah

pembelajaran baru melalui Frog VLE.

TEMPOH:

30 minit

SUMBER YANG DIPERLUKAN:

VIDEO 3.8 - Langkah Permulaan dengan Frog

TATACARA:

1. PENGENALAN

1.1 Mengajukan soalan kepada peserta tentang cara-cara VLE boleh digunakan

untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Menekankan bagaimana Frog menyediakan sistem untuk memudahkan

pembelajaran dan menjimat masa pelajar.

2. VIDEO ”Langkah Permulaan dengan Frog

Memainkan video ‚Langkah Permulaan dengan Frog‛

3. RUMUSAN

Refleksi dan sesi soal jawab.

Panduan Pengguna

Page 268: Trainers guide-v.2-

Bagaimana menggunakan Calendar

Klik pada Quick Launch di Frog Bar dan kemudian klik pada ikon Calendar.

Tetingkap Calendar akan dipaparkan seperti di bawah. Anda akan dapat lihat beberapa

acara / aktiviti yang berwarna merah pada kalendar anda.

Untuk menambah acara / aktiviti pada kalendar, klik pada tarikh dan masa aktiviti

tersebut bermula. Kotak biru akan terbentuk apabila anda seret kursor anda pada tarikh

dan masa tamat yang dikehendaki.

Page 269: Trainers guide-v.2-

Apabila anda melepaskan seretan kursor, satu kotak dialog New Entry akan dipaparkan.

Dalam panel New Entry, masukkan nama acara / aktiviti

tersebut.

Sebagai latihan, gunakan aktiviti anda sendiri seperti

Ulangkaji Berkumpulan. Kemudian, masukkan lokasi aktiviti,

contohnya Perpustakaan Sekolah.

Page 270: Trainers guide-v.2-

Pada panel New Entry, masukkan nota jika terdapat

maklumat tambahan yang berkaitan dengan aktiviti. Sebagai

contoh, masukkan nota: Subjek Bahasa Malaysia. Bab 5.

Hantar jemputan kepada seorang rakan atau kumpulan

dengan klik pada butang Manage Invitations dan mencari

individu atau kumpulan yang berkenaan.

Di dalam kotak carian, taip nama individu atau

kumpulan yang anda ingin jemput ke acara / aktiviti

tersebut. Sebagai contoh taipkan Mar. Jika nama

mereka tersimpan di dalam VLE, ia akan muncul secara

automatik di bawah kotak carian. Nama yang tertera

dalam senarai adalah Marina Amath.

Klik butang Add di sebelah nama individu tersebut untuk menambahkannya ke dalam

senarai Invitees. Jemputan akan dihantar kepada mereka melalui panel Notifications.

Page 271: Trainers guide-v.2-

Aktiviti tersebut juga akan muncul di dalam kalendar mereka supaya mereka boleh

menerima atau menolak jemputan tersebut.

Klik OK untuk menghantar jemputan.

Tetingkap New Entry akan dipaparkan.

Sekiranya anda berpuas hati dengan tetapan

yang telah dibuat, klik Create Event untuk

menambah acara / aktiviti pada kalendar

anda.

Kini acara / aktiviti tersebut telah dimasukkan ke dalam kalendar anda.

Page 272: Trainers guide-v.2-

Memadam Acara / Aktiviti

Sekiranya anda ingin memadam acara / aktiviti pada kalendar, klik pada acara / aktiviti

tersebut pada kalendar anda untuk melihat butirannya. Tetingkap bagi acara / aktiviti

tersebut akan dipaparkan. Klik butang Delete yang berwarna merah untuk memadam

acara / aktiviti tersebut dari kalendar.

Tindakan ini juga akan memadamkan mana-mana jemputan pada kalendar dan panel

Notifications pengguna lain.

Page 273: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Memuat Naik Fail

Sekarang, anda akan diperkenalkan dengan kemahiran memuat naik fail. Klik pada

Quick Launch pada Frog Bar.Kemudian, klik pada ikon Resource Manager.

Tetingkap Resource Manager akan dipaparkan.

Klik pada butang biru Add

Files pada bar di atas

ruangan penyimpanan My

Documents.

Page 274: Trainers guide-v.2-

Tetingkap File Uploader akan dipaparkan.

Klik pada butang biru Choose Files untuk

memulakan pencarian fail di dalam

komputer anda.

Sebaik sahaja anda klik pada butang biru Choose Files, tetingkap Open akan

dipaparkan. Klik pada fail yang ingin dimuat naik dan kemudian klik butang Open di

sebelah kanan bawah tetingkap. Fail anda akan dimuat naik secara serta-merta.

Apabila fail tersebut telah selesai dimuat naik,

butang Done di sebelahnya akan bertukar hijau.

Klik pada butang DONE yang terdapat di sebelah

kanan bawah tetingkap. Kini, fail anda telah

disimpan di My Document.

Page 275: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Menghasilkan Folder

Pada tetingkap Resource Manager, klik pada Action. Anda akan dapat lihat satu menu ke

bawah. Klik pada New Folder.

Folder baru akan muncul pada tetingkap Resources. Namakan fail baru anda.

Page 276: Trainers guide-v.2-

Kini, anda boleh menggunakan folder tersebut untuk menyimpan fail. Untuk kembali ke

Dashboard anda, klik pada tanda X.

Bagaimana Mengakses E-mel

Anda boleh mengakses e-mel anda dengan klik pada butang Quick Launch yang

terdapat di Frog Bar. Kemudian, klik pada ikon Email.

Page 277: Trainers guide-v.2-

Satu tetingkap baru akan muncul. E-mel anda akan dipaparkan pada Inbox.

Nota: Jika anda log masuk ke dalam Frog VLE, anda tidak perlu log masuk ke akaun e-

mel anda secara berasingan.

Klik pada butang X yang terdapat di tab pelayar untuk menutup e-mel anda.

Bagaimana Menukar Kata Laluan

Change Password membolehkan anda menukarkan kata laluan anda sendiri. Untuk

keselamatan, anda akan diminta untuk menaipkan kata laluan lama sebelum membuat

perubahan. Sekiranya anda tidak mengingati kata laluan anda, hubungi pengguna

pentadbir Frog sekolah untuk menukarkan kata laluan anda.

Klik pada menu Frog Head pada Frog Bar dan pilih

Preferences.

Page 278: Trainers guide-v.2-

Klik pada Change Password

Klik pada butang Change Password.

Di sini, anda harus menaipkan kata laluan lama dan kemudiannya kata laluan yang

baru.

Note: Kata laluan mesti

mempunyai 8 hingga 16

aksara dan hanya boleh

mempunyai aksara ‘A-Z’, ‘a-

z’, ‘0-9’, ‘+’ dan ‘-‘.

Klik pada butang Save untuk menyimpan perubahan kata laluan

anda.

Page 279: Trainers guide-v.2-

3.9 Bagaimana Menghasilkan

Sebuah Laman Kokurikulum

(Pengguna: Guru)

3.9 How to create an Extra Curricular Site (User: Staff)

Page 280: Trainers guide-v.2-

Bagaimana Menghasilkan Sebuah Laman Kokurikulum

TUGASAN:

Menghasilkan dan berkongsi laman kokurikulum dengan pelajar

OBJEKTIF:

Memastikan peserta memahami bagaimana untuk membina sebuah laman kokurikulum

dan berkongsi laman tersebut dengan para pelajar.

TEMPOH MASA:

20 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN

Video3.9 - Bagaimana Menghasilkan Sebuah Laman Kokurikulum

Komputer

Papan Putih

Pen dan buku nota

Projektor

TATACARA:

1. PENGENALAN

1.1 Jurulatih mengajukan soalan-soalan berikut:

SOALAN

Apakah jenis aktiviti kokurikulum yang anda rancang untuk persatuan / kelab /

sukan?

Bagaimana anda merekod semua aktiviti yang anda diadakah?

Bagaimanakah anda menyampaikan maklumat penting kepada ahli-ahli

persatuan/kelab/sukan dan seluruh warga sekolah?

Apakah masalah yang anda sering hadapi semasa berkongsi maklumat

berkaitan aktiviti kokurikulum?

2. VIDEO - Bagaimana Menghasilkan Sebuah Laman Kokurikulum

Page 281: Trainers guide-v.2-

Menonton video ‚Bagaimana untuk Menghasilkan Sebuah Laman Kokurikulum‛.

Meminta peserta mengikuti arahan pada video.

3. SESI IMBASAN

Mengimbas objektif sesi latihan. Sesi soal jawab.

Panduan Pengguna

Bagaimana Menghasilkan dan Berkongsi Sebuah Laman Kokurikulum

Penting! Anda mesti log masuk sebagai Guru untuk menghasilkan sebuah laman

kokurikulum.

Untuk membina sebuah laman kokurikulum, anda perlu ke Frog Bar dan klik pada ikon

Quick Launch. Kemudian, klik pada ikon Sites.

Bahagian Sites di Resource Manager akan dibuka. Pastikan anda memilih My Sites.

Page 282: Trainers guide-v.2-

Klik pada butang New Site.

Pada tetingkap New Site, taipkan nama laman anda dan masukkan deskripsi ringkas tentang

kandungannya.

Klik pada butang Next.

Page 283: Trainers guide-v.2-

Pilih satu tema dan ikon bagi laman anda.

Klik Next untuk meneruskan.

Bahagian seterusnya membolehkan anda menambah tag pada laman anda.

Pilih Co-curricular dari menu ke bawah. Ini akan meletakkan laman ini di bahagian Co-

curricular dalam Sites di Resource Manager.

Page 284: Trainers guide-v.2-

Klik pada butang Add untuk meletakkan tag tersebut.

Pilih kumpulan kokurikulum yang betul.

Klik pada butang Add untuk menambah tag pada laman anda.

Pilih kumpulan kelas dari senarai.

Klik pada butang Add untuk menambah tag pada laman anda.

Page 285: Trainers guide-v.2-

Dalam kotak Keywords, taipkan perkataan yang berkaitan dengan laman tersebut untuk

memudahkan pencarian.

Seterusnya, klik pada butang Add untuk menambah tag pada laman anda.

Nota: Tag boleh ditambah kemudian selepas kandungan dan halaman dipenuhkan.

Klik pada butang Create Site untuk menghasilkan laman anda.

Page 286: Trainers guide-v.2-

Laman yang baru dihasilkan akan muncul di Resource Manager dalam bahagian Sites.

Klik pada bahagian Co-curricular Sites di sebelah kiri untuk memastikan laman ini berada

di dalam bahagian tersebut.

Klik pada ikon kategori.

Klik dua kali pada ikon laman untuk membuka laman tersebut.

Page 287: Trainers guide-v.2-

Klik pada butang Share di Frog Bar.

Pada tetingkap Share or Assign klik pilihan Share.

Anda boleh menukarkan tag pada laman ini di sini. Klik pada butang Next button untuk

meneruskan.

Page 288: Trainers guide-v.2-

Taipkan nama individu atau kumpulan yang dibenarkan untuk mengedit laman tersebut.

Sejurus nama terpapar di senarai, klik pada nama tersebut dan klik pada butang Add

untuk menambahkan nama pada senarai.

Dari senarai menu ke bawah di sebelah nama individu atau kumpulan, pilih Can edit &

manage.

Page 289: Trainers guide-v.2-

Dengan ini, pelajar boleh:

Mempunyai akses penuh ” menambah widget, menambah/memadam

kandungan, menambah/memadam halaman, menukar nama laman, menukar

tetapan tag dan lain-lain.

Berkongsi laman dengan pengguna VLE yang lain.

Klik pada Public untuk membenarkan pengguna lain melihat laman tersebut.

Pastikan menu ke bawah ditetapkan sebagai Can Contribute. Ini membolehkan semua

pengguna melibatkan diri dalam elemen interaktif seperti Forums, Wall dan File Drop.

Klik pada butang biru Share untuk mula perkongsian laman anda.

Laman anda boleh dilihat oleh

semua pengguna dan akan

dipaparkan di dalam bahagian Co-

curricular Sites di Resource Manager.

Hanya pelajar yang disenaraikan

boleh mengedit laman tersebut.

Page 290: Trainers guide-v.2-

3.10 Pengenalan Kepada The Pond

(Pengguna: Pelajar)

3.10 Introduction to The Pond (User: Student)

Page 291: Trainers guide-v.2-

Pengenalan kepada The Pond

TUGASAN:

Memperkenalkan pelajar kepada laman The Pond

OBJEKTIF:

Memastikan pelajar faham tentang laman The Pond dan kandungannya.

TEMPOH MASA:

20 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Video3.10 - Pengenalan kepada The Pond

PowerPoint ” Pengenalan kepada The Pond

TATACARA:

1. OBJEKTIF

1.1 Jurulatih menjelaskan tujuan dan fungsi The Pond dalam Frog VLE.

1.2 The Pond ialah sebuah portal yang membolehkan pelajar turut serta dalam dunia

Frog. The Pond membolehkan pelajar:

“ meneroka tip-tip dan idea bagaimana untuk menggunakan Frog dengan lebih

berkesan bagi tujuan komunikasi, meningkatkan mutu pembelajaran dan

penganjuran acara / aktiviti.

“ mengikuti perkembangan terbaru yang berlaku di FrogAsia serta lawatan-lawatan

ke sekolah yang telah dianjurkan oleh pasukan FrogAsia.

“ meneroka video, artikel dan bahan pembelajaran terbaik dari serata dunia.

Page 292: Trainers guide-v.2-

2. VIDEO ” Pengenalan kepada The Pond

2.1 Membentangkan PowerPoint yang bertajuk : Pengenalan kepada The Pond.

2.2 Kaitkan apa yang diperkatakan dalam video. Tanya peserta soalan berikut:

“ Adakah The Pond penting dalam Frog? Berikan hujah anda.

3. RUMUSAN

Mengimbas objektif sesi. Sesi soal jawab.

Page 293: Trainers guide-v.2-

3.11 Frog Student Champions

(Pengguna: Pelajar)

3.11 Frog Student Champions (User: Students)

Page 294: Trainers guide-v.2-

Frog Student Champions

TUGASAN:

Penglibatan pelajar.

OBJEKTIF:

Semua pelajar memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam proses

pelaksanaan Frog, merancang dan menguruskan Minggu Frog Buzz serta memahami

peranan pelajar.

Pelajar-pelajar memahami cara memuat turun Panduan Student Champion (Student

Champion Guide) dan Panduan Frog Buzz.

TEMPOH MASA:

120 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Video 3.11 - Frog Student Champions

Komputer

Projektor

Pembesar suara

Mikrofon

Papan putih

Pen Penanda

Pen dan buku nota

Projektor

Kertas mahjong

Krayon berwarna

Fail Pembentangan PowerPoint:

Frog Student Champion Roles English v4

Frog Buzz Presentation for Trainers BM

Frog Idea Pack v5

Frog Student Champion Roles BM v4

Page 295: Trainers guide-v.2-

TATACARA:

1. PERANAN FROG STUDENT CHAMPION

1.1 Menerangkan struktur pasukan Frog di sekolah dan peranan guru dan pelajar

dalam struktur ini.

1.2 Memainkan video ‚Frog Student Champions‛.

1.3 Merumuskan peranan pelajar iaitu:

Mempromosi dan memotivasi pelajar lain untuk menggunakan Frog VLE.

Merancang dan melaksanakan Minggu Frog Buzz sebagai salah satu cara

mempromosi projek Frog.

Membantu Frog Teacher Champion dalam pelaksanaan latihan platform

kepada seluruh warga sekolah.

2. PEMBENTANGAN POWERPOINT MINGGU FROG BUZZ

2.1 Memperkenalkan tujuan powerpoint iaitu untuk memberi panduan penggunaan

dokumen.

2.2 Mengajukan soalan kepada peserta kursus:

Bagaimana anda memperkenalkan VLE kepada warga sekolah yang

lain?

2.3 Menerangkan objektif Minggu Frog Buzz.

2.4 Membentangkan slaid PowerPoint Minggu Frog Buzz (nombor 1-5).

2.5 SOALAN:

Apakah peranan Frog Student Champions sepanjang Minggu Frog Buzz?

Siapakah yang terlibat dalam Minggu Frog Buzz?

Apakah aktiviti yang menyeronokkan yang boleh dianjur pada Minggu

Frog Buzz?

2.6 Memaklumkan peserta bahawa slaid-slaid tersebut akan memberi idea

mengenai aktiviti”aktiviti yang boleh dianjurkan sepanjang Minggu Frog Buzz.

2.7 Membentangkan slaid Frog Idea Pack (nombor 6-11)

Page 296: Trainers guide-v.2-

2.8 Pilih 5 idea umum dari Frog Buzz Idea Pack yang telah dibentangkan sebelum ini

sebagai contoh aktiviti yang boleh dianjurkan semasa Minggu Frog Buzz.

Peringatan: Sila lihat dokumen Frog Idea Pack V5 untuk senarai idea.

Tamatkan sesi ini dengan memainkan video aktiviti Minggu Frog Buzz dari

sekolah-sekolah rintis:

Lagu FrogBomb dari SK Sri Petaling

www.youtube.com/watch?v=avxwl7ZsZQ&feature=youtube

Pengenalan kepada Frog dari SMK Assunta dan Sek. Men. Convent Bukit

Nanas

http://youtu.be/QHRJ5uKwNY0

http://youtu.be/kyXVGFYRPmA

3. PERBINCANGAN MINGGU FROG BUZZ

3.1 Meminta pelajar membentuk kumpulan mengikut sekolah.

Arahan:

Bincangkan idea-idea untuk Minggu Frog Buzz sekolah anda.

Lukis idea atas kertas mahjong dengan menggunakan krayon.

Paparkan idea pada kertas mahjong anda di atas meja.

Beralih dari satu meja ke meja lain untuk melihat lakaran idea.

3.2 Pembentangan idea-idea - Setiap kumpulan akan menghuraikan idea dengan

menunjukkan lakaran dan memberi penerangan.

3.3 Pembentangan yang terbaik akan dimasukkan ke dalam Frog Buzz Idea Pack dan

akan diberi kredit.

3.4 Meminta pelajar membentuk kumpulan baru terdiri daripada pelajar dari sekolah

berlainan untuk berkongsi pandangan dan maklumbalas mengenai Frog.

Page 297: Trainers guide-v.2-

4. SUMBER

4.1 Memberitahu pelajar untuk melayari Community Site FrogAsia di

www.frogasia.com/gettingstarted/ untuk memuat turun fail-fail yang berikut:

Panduan Frog Buzz

Frog Idea Pack

4.2 Membentangkan slaid nombor 14.

5. RUMUSAN

Mengimbas objektif sesi. Sesi soal jawab.