Tugasan 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tugasan

Citation preview

1.0 Tugasan 1:Sejarah dan Penggunaan Kriptografi

1.1Buku manual (booklet) aktiviti rekreasi Matematik 1.1.1Perancangan1.1.2Buku manual (booklet)

1.2Pelaksanaan aktiviti rekreasi Matematik 1.2.1 Sifer Caesar

1.3Refleksi

1.1 Pengenalan Cipher CaesarRekreasi matematik adalah satu permainan matematik yang direka oleh guru untuk menimbulkan keseronokan pada murid-murid. Terdapat pelbagai cara untuk membuatkan pelajaran matematik disukai dan diminati oleh murid. Tidak dapat dinafikan aktiviti rekreasi matematik memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Salah satu aktiviti rekreasi matematik ialah mengaplikasikan penggunaan kriptografi. Perkataan kriptografi berasal daripada perkataan Greek kryptos yang bermaksud tersembunyi dan graphien bermaksud untuk menulis. Menurut Bruce Schneier, kriptografi merupakan ilmu dan seni untuk menjaga kerahsiaan berita.Dalam bidang kriptografi, cipher merupakan algoritma atau prosedur yang ditetapkan untuk menjalankan proses enkripsi dimana mesej sebenar (plaintext) dienkod dan dikenali sebagai mesej chiper (chipertext) agar maklumat tidak dapat difahami oleh pihak lain kecuali pihak yang dibenarkan sahaja atau deskripsi iaitu proses mengdekod mesej yang diterima (chipertext) kepada mesej yang sebenar (plaintext) dan mudah difahami.Terdapat pelbagai jenis cipher seperti Chiper Pagar Kereta api, Chiper Lintasan, Chiper Caesar dan sebagainya.Chiper Caesar mendapat nama daripada pengasasnya iaitu Julius Caesar. Julius Caesar menggunakan chiper jenis ini untukberhubung dan berkomunikasi dengan panglima dan tentera-tenteranya. Dalam kriptografi, Chiper Caesar juga dikenali dengan nama-nama seperti shif cipher, Caesars code atau Caesar shift. Cipher Caesar merupakan cipher bersifat penggantian, dimana setiap huruf pada mesej sebenar (plaintext) digantikan dengan huruf lain. Misalnya menggunakan pergeseran tiga huruf ke kiri, maka huruf A akan digantikan dengan huruf D, huruf B digantikan dengan huruf E dan seterusnya.

Contoh Caesar Chiper

Transformasi Chiper Caesar boleh diwakili dengan menyelaraskan plaintext dengan ciphertext sama ada ke kiri atau ke kanan mengikut jumlah pergeseran yang diinginkan. Contohnya seperti jumlah pergesaran tiga ke kiri akan menjadi seperti berikut: Plaintext : ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ Ciphertext : DEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZABCUntuk membaca mesej yang telah dienkripsi, penerima boleh menyelaraskan huruf pada ciphertext dengan plaintext yang tepat berada di atasnya. Sebagai contoh dekripsinya seperti berikut:Ciphertext: GXD WDPEDL VDWX VDPD GHQKDQ WMKDPlaintext: DUA TAMBAH SATU SAMA DENGAN TIGA

Untuk membaca pesan yang dienkripsi penerima dapat menyelaraskan hurufchipertextyang diterima denganplaintextyang tepat berada di atasnya. Sebagai contoh dekripsinya sebagai berikut.Ciphertext : Plaintext : THE QUICK BROWN FOX JUMPS OVER THE LAZY DOG