Tugasan 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

opu daeng menambun

Citation preview

Tugasan 1Opu Daeng Menambun

Babak 1

Kisah bermula dengan Sang Raja Majapahit mempunyai anak bernama Brawijaya. Brawijaya apabila dewasa menjadi raja di negeri Sukudana. Daripada keturunannya lahirlah Raja Baporang yang telah melahirkan Pangeran Karang Tanjung. Pangeran Karang Tanjung pula mempunyai seorang anak bernama Panembahan Bendala. Panembahan Bendala beranakkan Panembahan Sukudana. Panembahan Sukudana beranakkan Panembahan Air Mala. Panembahan Air Mala beranakkan Panembahan di Baroh. Panembahan di Baroh beranakkan Panembahan Giri Kesukma. Panembahan Giri Kesukma itulah beranakkan Sultan Muhammad Saifuddin. Sultan Muhammad Saifuddin telah beranakkan Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Opu Daeng lima saudara.

Sultan Muhammad Zainuddin: Saya berhasrat kamu dan adik-beradik kamu berkahwin dengan kelima-lima puteri saya. Opu Daeng Perani: Ampun Tuanku. Saya sudah lama berkahwin. Tetapi saya bercadang Opu Daeng Menambun akan berkahwin dengan Puteri Kesumba.

(Setelah perbincangan dibuat.)Opu Daeng Perani: Adik, saya bercadang kamu berkahwin dengan Puteri Kesumba anak kepada Sultan Muhammad Zainuddin. Opu Daeng Menambun: Baik, abang. Saya bersetuju untuk berkahwin dengan Puteri Kesumba.Babak 2Opu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba.

Sultan Muhammad Zainiddin: Saya hendak kamu semua menyerang Panembahan Agung.

Opu Daeng Menambun & lima saudara: Baik Tuanku. (Opu Daeng lima saudara sampai ke pengkalan negeri Matan.)Hamba: Tuanku Panembahan Agung, Opu Daeng berlima datang untuk menyerang tuanku.Panembahan Agung: Saya nak jumpa Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz sekarang juga. Hamba: Baik, Tuanku. ( Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz berhadapan dengan Panembahan Agung.) Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz: Ya Tuanku. Boleh kami tahu tujuan Tuanku panggil kami ?

Panembahan Agung: Opu Daeng berlima telah sampai ke pengkalan negeri Matan. Kamu berdua harus menghalang mereka daripada masuk ke negeri ini. Anda boleh menghalau mereka sama ada secara lembut atau kekerasan.

Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz: Baik, Tuanku. Kami memastikan Opu Daeng berlima tidak masuk ke pengkalan negeri Matan.

( Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz beredar dari sana dan berjumpa dengan Opu Daeng berlima lalu bersalaman dengan mereka. Sambil mereka bersalaman, mereka berhunus keris untuk bertikaman.) Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz: Ciss, berani kau masuk ke pengkalan negeri Matan!!!

Opu Daeng Menambun: Bagi pengetahuan anda, kami berlima datang dari Bugis.

(Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung bercadang agar tidak ada pertumpahan darah.)

Tuan Haji Hafiz: Kamu berlima boleh masuk ke negeri kami ini dan menawan Panembahan Agung.

( Dalam pertarungan tersebut, Panembahan Agung telah dibawa menghadap Sultan Muhammad Zainuddin oleh Opu Daeng berlima.) Babak 3( Kemudian, Opu Daeng Menambun dan Puteri Kesumba telah dikurniakan sepuluh orang anak.lima orang lelaki dan lima orang perempuan. )

Opu Daeng Manambun: Tuanku, saya telah membawa suatu berita yang gembira kepada Tuanku. Puteri Kesumba telah melahirkan sepuluh anak. Lima daripadanya lelaki manakala yang lain adalah perempuan.

(Sultan Muhammad Zainuddin berasa sangat gembira apabila mendengar berita yang disampaikan oleh menantunya. )

Cerita diakhiri dengan kisah Pangeran Agung yang mempunyai ramai anak iaitu Ratu Melayu,Utin Radi, Pangeran Marta, Raden Segara, Gusti Aris,Pangeran Surya dan Tiak Rai, ibu kepada Raden Ambong.

SINOPSIS OPU DAENG MENAMBUNCerita mengisahkan jurai keturunan Raja-raja Kalimantan. Bermula dengan Sang Raja Majapahit yang beranakkan Brawijaya. Brawijaya menjadi Raja di Benua Lama dan mempunyai anak bernama Raja Baporang. Jurai Raja-raja Kalimantan ini berkembang apabila dikahwinkan dengan anak-anak raja dari negeri lain. Keturunan raja-raja Kalimantan ini merantau ke negeri-negeri yang lain. Mereka kemudiannya dikahwinkan dengan anak raja negeri tersebut. Ada juga yang menjadi raja di negeri persinggahan itu. Raden Sulaiman digelar Sultan Muhammad Saifuddin di negeri Sembas. Opu Daeng Chelak menaiki takhta menggantikan Opu Daeng Merewah yang meninggal dunia di Riau. Raden Bima dititahkan ke Sukadana dan dikahwinkan dengan Puteri Indera Kesuma yang bersaudara dengan Sultan Muhammad Zainuddin. Jurai-jurai ini berterusan sehinggalah kepada Opu Daeng Menambun merupakan Raja Bugis. Kisah bermula dengan pelayaran Opu Daeng lima bersaudara. Pelayaran Opu Daeng disertai oleh Sultan Muhammad Zainuddin.Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Opu Daeng lima saudara. Setelah perbincangan dibuat, Daeng Perani mencadangkan Opu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri kesumba, anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Opu Daeng Menambun bersetuju.Opu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. Sultan Muhammad Zainiddin bertitah kepada Opu Daeng lima saudara menyerang Panembahan Agung. Opu Daeng lima saudara sampai ke pengkalan negeri Matan. Berita kedatangan Opu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan Agung. Menantu Panembahan Agung, iaitu Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz berjumpa dengan Opu Daeng berlima. mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka berhunus keris untuk bertikaman. Opu Daeng Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Opu lima bersaudara daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan. Tuan Haji Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah. Opu lima bersaudara telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa menghadap Sultan Muhammad Zainuddin oleh Opu Daeng berlima. Akhirnya, Opu Daeng Menambun dan Puteri Kesumba dikurniakan sepuluh orang anak.lima orang lelaki dan lima orang perempuan.