28
TUGASAN 1: PENDEKATAN INDUKTIF PPG SEMESTER KHAS 2012/2013 1.0 PENGENALAN Di dalam konteks pendidikan, konsep kaedah bermakna cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Guru perlu mengenal pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan kaedah yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif. Menurut John, M. Kierzek dan Walker Gibson, “Pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab/contoh dan bergerak ke hadapan kepada sesuatu generalisasi.” Kaedah ini sangat sesuai untuk pelbagai matapelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa.

Tugasan 1 Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Pengajaran Sek Rendah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tugasan 1 Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Pengajaran Sek Rendah

Citation preview

TUGASAN 1: PENDEKATAN INDUKTIFPPG

SEMESTER KHAS 2012/2013

1.0 PENGENALANDi dalam konteks pendidikan, konsep kaedah bermakna cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Guru perlu mengenal pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan kaedah yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif. Menurut John, M. Kierzek dan Walker Gibson, Pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab/contoh dan bergerak ke hadapan kepada sesuatu generalisasi. Kaedah ini sangat sesuai untuk pelbagai matapelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa.

Rajah 1 Carta alir Pengajaran Induktif

Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh dalam Pendidikan Islam,Falsafah,Pedagogi dan Metadologi pendekatan ialah wujud berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan Falsafah agama dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri.Ia menghuraikan sifat mata pelajaran yang diajar. Ia menyatakan suatu pendapat, falsafah atau suatu pengajaran tetapi tidak semestinya boleh dibuktikan secara mutlak. Umpamanya dalam sebarang pengajaran, kita membuat beberapa tanggapan asas dan asas-asas inilah yang menjadi prinsip amalan bilik darjah. Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik. Melalui pebdapt ibi dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran, contohnya :-

a) konkrit kepada abstrak

b) mudah kepada bahagian

d) umum kepada spesifik (deduktif)

e) spesifik kepada umum (induktif)

f) dekat kepada jauh

g) diketahui kepada belum diketahui

Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. 1.1 Takrif Pendekatan Induktif

Mengikut pendapat Ee Ah Meng (Pedagogi ii, Pelaksanaan Pengajaran) mengemukakan pengertian iaitu bermakna cara mendekati sesuatu.Dalam konteks bilik darjah,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana objektif-objektif jangka masa panjang dapat dicapai dalam satu-satu mata pelajaran.Biasanya berasaskan teori. Melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi iaitu murid tidak diajar seuatu bahan pengajaran secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut. Seterusnya mereka digalakkan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri serta mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian-kajian yang telah dilakukan.

Dalam tugasan kali ini, pendekatan dan kaedah yang ingin dihuraikan di sini ialah Pendekatan Induktif dalam matapelajaran matematik sekolah rendah. Kaedah Induktif ialah kaedah yang melibatkan aktiviti mengumpul dan menafsir maklumat-makumat kemudian membuat generalisasi dan kesimpulannya. Maksudnya di sini ialah guru menggunakan kaedah dengan mengemukakan contoh yang khusus kepada murid-murid kemudian murid-murid akan berfikir seterusnya akan membuat generalisasi atau kesimpulan umum yang berkaitan dengan contoh tersebut. Inilah yang dimaksudkan sebagai pengajaran Induktif di mana guru memberi contoh dan menyoal murid tentang kefahaman mereka dan cuba membuat persamaan dengan situasi lain. Sebagai contoh dalam mata pelajaran matematik, guru memberikan contoh-contoh operasi darab kemudian murid-murid cuba bentukkan suatu kesimpulan atau teori umum sebagai penyelesaian masalah tersebut. Ringkasnya adalah seperti berikut:

2X1=2

3X1=3 nx 1 = n

4X 1= 4 n= 1 , 2 , 3

5X1=5

Di dalam pengajaran Induktif guru mengemukakan beberapa contoh yang khusus dan diikuti dengan soal jawab untuk membimbing murid-murid memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam setiap contoh itu. Dengan cara ini murid mudah ingat dan faham dengan isi pengajaran guru kerana dengan membuat teori atau kesimpulan umum tersebut murid mudah mengingati dan mudah mengaplikasikannya semasa menjawab peperiksaan.

2.0 JENIS KAEDAH INDUKTIFKaedah induktif ini mempunyai 5 jenis kaedah yang boleh digunakan oleh para guru semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Kaedah yang pertama ialah generalisasi. Membentuk satu generalisasi ialah suatu teori yang digunakan bagi mudah difahami dan mudah diaplikasikan pada contoh lain. Sebagai contoh mencari ciri segiempat yang sama dengan segiempat lain, iaitu persamaan segiempat mempunyai empat sisi, panjang sisi yang sama pada setiap sisi dan bersudut tepat 90 darjah.

Kaedah kedua ialah prinsip hasil ujikaji tertentu. Pendekatan ini merupakan kaedah supaya murid membentuk satu prinsip hasil daripada ujikaji tertentu yang dijalankan. Sebagai contoh mendapat prinsip jisim daripada ujikaji. Setiap objek mempunyai jisim tertentu. Setiap objek yang ditimbang pasti mempunyai jisim. Jisim ini ditimbang dengan unit gram atau pun kilogram. Dengan kaedah ini guru menjalankan ujikaji terhadap beberapa objek di mana tidak ada satu objek yang ditimbang tidak memberikan bacaan jisim. Objek yang ditimbang termasuklah dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. Jarum timbang pasti akan memberikan bacaannya. Oleh itu, murid akan memahami bahawa setiap objek mempunyai jisim.

Ketiga ialah membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Maksudnya ialah melalui pernyataan yang diberikan oleh guru, murid dapat memahami bahawa contoh tersebut boleh digunakan dalam contoh lain yang sesuai. Sebagai contohnya ialah semasa dalam pengajaran matematik murid dapat mengaplikasikan formula untuk mencari isipadu sebuah kotak dengan menggunakan rumusan seperti berikut:Isipadu kotak = Panjang x Lebar x Tinggi

Keempat ialah membentuk suatu teorem. Melalui aktiviti-aktiviti induktif daripada guru dan murid-murid dapat membuat kesimpulan umum hasil daripada pemahaman mereka. Sebagai contoh mengukur dan mencari hasil tambah panjang sisi sesuatu bentuk dua dimensi adalah untuk mendapatkan perimeter atau ukur keliling bentuk dimensi tersebut. Contoh adalah seperti berikut:

3 unit + 3 unit + 3 unit + 3 unit = Perimeter 12 unit = PerimeterKelima ialah mendapat satu teori hasil daripada satu urutan pemikiran. Guru memberi contoh penyelesaian masalah matematik dan murid akan cuba mencari jalan penyelesaiannya seperti contoh soalan berikut.

Di dalam sebuah kilang terdapat seramai 2055 pekerja lelaki. Jika bilangan pekerja perempuan kurang 125 daripada jumlah bilangan pekerja lelaki, Cari jumlah bilangan pekerja di kilang ini.

3.0 PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF

Bagi menjalankan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan, guru perlulah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif. Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru sediakan contoh-contoh yang sesuai bagi membantu murid membuat rumusan. Di samping itu soalan-soalan harus disediakan untuk membimbing murid-murid membuat kesimpulan yang berkenaan.

Guru tidak harus memberi penerangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan tetapi murid-murid dibimbing melalui soal jawab antara guru dan murid untuk mendapatkan kesimpulan diri sendiri. Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama dan mudah untuk membolehkan murid mengenalpastinya. Perlu diingat bahawa contoh-contoh khusus yang diberikan mestilah sesuai dan mencukupi.

Selepas contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru-guru, murid-murid juga digalakkan untuk memberi contoh-contoh yang serupa. Guru tidak harus mengemukakan semua contoh sekaligus, tetapi seelok-eloknya mempersembahkannya satu demi satu. Cara ini boleh menarik perhatian murid serta membolehkan mereka mengenal pasti ciri contoh itu dengan lebih mudah lagi. Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapat kesimpulan yang berkenaan. Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kaedah induktif harus mengikut urutan yang tepat iaitu daripada contoh-contoh yang spesifik kepada kesimpulan umum.

4.0 KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN INDUKTIF

1) Kaedah Pemerolehan KonsepMenurut Dr. Jerome Bruner:- ..... Kemampuan manusia dalam membezakan, mengkategorikan dan menamakan sesuatu yang menyebabkan munculnya sesuatu konsep. Maksud sebenar pemerolehan konsep ialah pendekatan pembelajaran yang bertujuan untuk membantu murdi memahami sesuatu konsep tertentu. Pendekatan ini dapat diterapkan untuk semua peringkat usia, dari kanak-kanak ke dewasa. Masa bagi sesi pengajaran juga adalah singkat dan strategi pengajaran berpusatkan murid manakala guru adalah fasilitator.

Tahap bagaimanana konsep diperoleh

2) Kaedah Inkuiri

Model inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotisis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian siasat dan membuat rumusan. Antara contoh soalan bermasalah melalui kaedah inkuri: Bagaimana pokok bernafas?

Mengapa buaya tidak boleh dikelaskan sebagai mamalia?

Apakah faktor-faktor mengakibatkan pelajar stress?

3) Kaedah Pembelajaran Penemuan

Kaedah ini diperkenalkan oleh Dr. Jerome Bruner yang mana ia mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas berpandu atau latihan penyiasatan. Ciri khas dan berbeza dengan teori pembelajaran yang lain iaitu berkaitan tentang Discovery Learning iaitu belajar melalui penemuan sesuai dengan pencarian pengetahuan secara aktif oleh manusia, dan dengan sendirinya memberikan hasil yang terbaik. Contohnya dalam subjek Sains, guru memberikan contoh-contoh mamalia, kemudian meminta murid menyatakan ciri-ciri mamalia berdasarkan contoh yang diberikan itu tadi.

Ciri-ciri Kaedah Penemuan

4) Kaedah Berasaskan MasalahKaedah ini boleh didefinisikan sebagai pembelajaran yang terhasil akibat daripada proses memahami ataupun menyelesaikan masalah. Guru bertindak untuk memberi masalah bukan kuliah atau latihan. Jalan penyelesaian diperbincangkan dalam bentuk kumpulan bagi mendapatkan jawapan yang kreatif dan inovatif. Terdapat 6 ciri Kaedah Berasaskan Masalah, iaitu: Murid mengambil alih tanggungjawab dan merancang pembelajaran mereka sendiri.

Sesuatu masalah adalah titik mula pembelajaran pengetahuan baru

Peranan guru adalah untuk memudahkan pemikiran pelajar untuk mencapai hasil objektif

Murid terlibat secara aktif dalam pelajaran kolaboratif

Murid terlibat dalam pembelajaran reflektif

Murid belajar melalui proses penyelesaian masalah.

5.0CONTOH AKTIVITI- MENGECAM HURUF VOKAL YANG TERDAPAT DALAM PERKATAAN

5.1Aktiviti 1

Pendekatan:-

Induktif

Kaedah:-

Terus Kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak.

Kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak.

Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu:

Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran dan sebaliknya.

Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.

Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.

Mengutamakan bahasa lisan. Oral-Aural

Kaedah mendengar dan kemudian bertutur.

Menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.

Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi yang betul.

Linguistik & Fonetik

Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi.

Memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988). Teknik:-

Berbincang- teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Brainstorming- teknik yang berbentuk perbincangan dan murid-murid digalakkan berfikir secara kreatif dan aktif untuk menghuraikan pendapatnya. Soal-Jawab- teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan murid-murid. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan kanak-kanak akan menjawab soalan tersebut dan inanya mempunyai aras kesukaran soalan.Kaedah Pengajaran:Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Kelas 2 Gigih (30 orang murid)

BBM: Kad bergambar, kertas A4, Papan putihAktiviti:A. 3 kumpulan kecil dibahagikan antara murid.

B. Guru menunjukkan kad-kad gambar beserta perkataan kepada murid-murid.C. Guru meminta murid menyebut perkataan yang ditunjukkan.

D. Guru meminta murid mencari dan menyebut huruf vokal yang terdapat dalam perkataan tersebut dan seterusnya menulisnya pada kertas A4 yang diberikan.

-R A M B U T A N-

-K O M P U T E R-

5.2Jadual Matriks Perbandingan

Pendekatan InduktifPendekatan Deduktif

Khusus kepada umum Pengajaran mendapatkan hukum Banyak menggunakan contoh Umum kepada khusus Pengajaran kepada hukum

Kemukakan genelisasi

Kaedah:1. Terus atau semulajadi2. Oral-aural3. Linguistik4. FonetikKaedah:1. Linguistik

2. Semulajadi

3. Terus

Teknik: Berbincang Brainstorming SoaljawabTeknik: Main peranan

Bercerita

Lakonan/drama

Tunjuk cara

6.0CATATAN REFLEKSI

Saya telah melaksanakan aktiviti ini dalam membentuk beberapa kumpulan kecil. Ini memudahkan saya untuk memantau murid seterusnya mengelakkan dari mereka bermain-main sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Saya gembira dan berpuas hati kerana aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Murid sentiasa pekadan pantas dalam menjawab semua soalan yang saya ajukan.

Semua pelajar melibatkan diri secara aktif. Arahan dipatuhi dan tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sempurna.Saya memulakan pengajaran dengan membahagi kelas kepada beberapa kumpulan mengikut kebolehan.. Saya menjelaskan langkah-langkah dan peraturan yang perlu dipatuhi. Namun saya rasa saya perlukan BBM yang mungkin berkesan untuk merangsang murid menjawab dengan pantas dan tepat.Saya menyedari kini semua pelajar mempunyai potensi dan guru harus menggilap potensi mereka. Untuk pengajaran di masa hadapan, saya bercadang melaksanakan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar tetapi mengikut kemampuan mereka yang mampu merangsang pemikiran pelajar seperti teka silang kata, penggunaan komputer dan pertandingan. 7.0KESIMPULAN

Terdapat banyak pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru semasa proses pengajaran & pembelajaran. Guru bebas memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang hendak digunakan kerana tiada 1 pendekatan, kaedah dan teknik yang spesifik semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan ini mestilah secara kreatif agar kanak-kanak memperoleh pengalaman yang berguna. Menggunakan kaedah penemuan kerana melibatkan proses memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi. Walaubagaimanapun, kefahaman mereka dinilai melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan pada peringkat aplikasi. Untuk menentukan bahawa pengajaran ini mendatangkan kesan yang lebih mendalam, guru haruslah memastikan bahawa generalisasi yang hendak diajarkan itu dihuraikan dengan jelas, difahami dan contoh-contoh penerapan generalisasi di dalam ayat-ayat mestilah mencukupi dan benar-benar menepati rumus-rumus tersebut. Guru tidak digalakkan untuk dimasukkan contoh-contoh yang memperlihatkan penyimpangan, terutamanya pada awal pengajaran. Contoh-contoh tidak semestinya diberikan oleh guru tetapi boleh juga diminta daripada murid, iaitu setelah contoh-contoh yang disediakan oleh guru dikemukakan. Dalam aplikasi pula, latihan-latihan yang disediakan haruslah beraneka jenis dan dalam konteks yang bermakna. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid menerapkan rumus dalam situasi yang baru.Kebolehan murid melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik. Kita harus melahirkan murid sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan matlamat penting dalam dunia pendidikan. Jika kita inginkan murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.BIBLIOGRAFIMok Soon Sang. 2001. Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan (Semester 1). Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Edisi pertama.

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (PhD). 2012. Pedagogi (Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI). Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Edisi pertama.Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. 2009. Siri pendidikan Guru (Murid dan Alam Belajar). Oxford Fajar Sdn Bhd. Slavin, R.E. 2000. Educational Psychology: Theory and Practice. Boston: Allyn & Bacon.Sumber internet

http://catatannota.blogspot.com/2011/08/kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah.htmlMEMERHATI, MENGKAJI, MENGENALPASTI, MENTAFSIR

CONTOH-CONTOH KHUSUS

MEMBUAT GENERALISASI

2 cm

10 cm

2 cm

1 unit