2
KETANDUSAN PEMAIN SEPAK TAKRAW Bukan mahu menuding jari kepada individu atau pihak yang terlibat, tetapi sepatutnya sistem latihan sepak takraw ini disusun secara rapi di peringkat sekolah lagi, barulah negara tidak ketandusan pemain yang berbakat. Secara logiknya, mustahil dalam kalangan ratusan ribu orang pelajar sekolah dinegara ini tidak ada pelajar yang benar-benar berbakat untuk dilatih menjadi seorang pemain yang hebat. Sepak takraw sebagai sukan tradisional di negara ini bukanlah sukan yang asing dalam kalangan masyarakat. Namun, muthakhir ini Malaysia semakin ketinggalan dengan kehebatan Thailand yang mempamerkan permainan serta kemunculan pelapisnya yang hebat. Ekoran kehebatan Thailand yang masih belum ditemui formula terbaik untuk menewaskannya, timbul pula cadangan daripada pengurusan tertinggi PSM yang mahu mendapatkan sentuhan jurulatih dari Thailand. Baru sahaja peringkat cadangan, hasrat tersebut terus dikecam oleh beberapa individu yang merasakan pembaziran jika menggunakan khidmat jurulatih asing. Dari sudut positif, ada juga baiknya menggunakan khidmat jurulatih luar negara. Hal ini demikian kerana mereka lebih fokus terhadap pembinaan serta kemahiran pemain dan bukannya sibuk menjaga periuk nasi sendiri. Masalah ini yang kerap terjadi dalam mana-mana persatuan di negara ini. Konsep mengutamakan kepentingan diri sendiri berbanding dengan kemajuan dan prestasi pemain sering menjadi punca kegagalan. [ # kətandusan pəmãin sepaʔ takraw # ]

Tugasan 1 (Transkripsi Petikan)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh transkripsi fonetik

Citation preview

Page 1: Tugasan 1 (Transkripsi Petikan)

KETANDUSAN PEMAIN SEPAK TAKRAW

Bukan mahu menuding jari kepada individu atau pihak yang terlibat, tetapi

sepatutnya sistem latihan sepak takraw ini disusun secara rapi di peringkat sekolah lagi,

barulah negara tidak ketandusan pemain yang berbakat. Secara logiknya, mustahil dalam

kalangan ratusan ribu orang pelajar sekolah dinegara ini tidak ada pelajar yang benar-benar

berbakat untuk dilatih menjadi seorang pemain yang hebat. Sepak takraw sebagai sukan

tradisional di negara ini bukanlah sukan yang asing dalam kalangan masyarakat. Namun,

muthakhir ini Malaysia semakin ketinggalan dengan kehebatan Thailand yang

mempamerkan permainan serta kemunculan pelapisnya yang hebat.

Ekoran kehebatan Thailand yang masih belum ditemui formula terbaik untuk

menewaskannya, timbul pula cadangan daripada pengurusan tertinggi PSM yang mahu

mendapatkan “sentuhan” jurulatih dari Thailand. Baru sahaja peringkat cadangan, hasrat

tersebut terus dikecam oleh beberapa individu yang merasakan pembaziran jika

menggunakan khidmat jurulatih asing. Dari sudut positif, ada juga baiknya menggunakan

khidmat jurulatih luar negara. Hal ini demikian kerana mereka lebih fokus terhadap

pembinaan serta kemahiran pemain dan bukannya sibuk menjaga “periuk nasi” sendiri.

Masalah ini yang kerap terjadi dalam mana-mana persatuan di negara ini. Konsep

mengutamakan “kepentingan diri sendiri” berbanding dengan kemajuan dan prestasi pemain

sering menjadi punca kegagalan.

Page 2: Tugasan 1 (Transkripsi Petikan)

[ # kətandusan pəmãin sepaʔ takraw # ]

[ # bukan mahu mənũding jari kəpada individu atau pihaʔ jaŋ terlibat / tətapi

səpatutɲa sistəm latihan sepaɁ takraw ini disusun səčara rapi di pəriŋkat səkolah lagi/

barulah nəgara tidaʔ kətandusan pəmãin jaŋ bərbakat // səčara logiʔɲa / mũstahil dalam

kalaŋãn ratusan ribu oraŋ pəlajar səkolah di nəgara ini tidaʔ Ɂada pəlajar jaŋ bənãr-bənãr

bərbakat uʷntoʔ dilatih mənjadi səoraŋ pəmaʲin jaŋ həbat // sepaɁ taʔraw səbagai sukan

tradisiʲonal di nəgara ini bukanlah sukan jaŋ asiŋ dalam kalaŋãn mašarakat // nãmũn /

muɵakhir ini Malaysiʲa səmãkin kətiŋgalan dəŋãn kəhebatan ɵayland jaŋ məmpamẽrkan

pərmãʲinãn sərta kəmũncolan pəlapisɲã jaŋ həbat//#]

[ # ekoran kəhebatan ɵayland jaŋ mãseh bəlom ditəmũʲi formũla terbaʲiʔ uʷntoʔ

mənẽwaskanɲã / timbol pula čadaŋãn daripada pəŋurusan tərtiŋgi pi.es.em jaŋ mãhu

məndapatkan “səntohan” jurulatih dari ɵayland // baru sahaja pəriŋkat čadaŋãn / hasrat

tərsəbut tərus dikəcam oleh bəbərapa individu jaŋ mərasakan pəmbaziran jika məŋgunãkan

ᵡidmãt jurulatih asiŋ // dari sudut positif / ada juga baiʔɲã məŋgunãkan ᵡidmãt jurulatih luʷar

nəgara // hal ini demῖkῖʲan kəranã məreka ləbih fokus tərhadap pəmbinãan pəmaʲin sərta

kəmãhiran pəmaʲin dan bukanɲã sebok mənjaga “pəriʲuʔ nãsi” səndiri / mãsalah ini jaŋ kərap

tərjadi dalam mãnã-mãnã pərsatuʷan di nəgara ini // konsep məŋũtamãkan “kəpəntiŋãn diri

səndiri” bərbandiŋ dəŋãn kəmãjuʷan dan prestasi pəmaʲin səriŋ mənjadi punča kəgagalan //

# ]