40
1 | Page SEMESTER 3 SESI 2011/2012 KAE3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN 2 KUMPULAN UPSI-A20 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON ABDUL RAHMAN B. SHAID @ SHUIB D20102043574 019-8527404 NAMA TUTOR E-LEARNING: Puan Fairuz 'Ain Binti Harun TARIKH SERAH: 04 MEI 2012 PEMARKAHAN 2. ESEI: (a) 3. FORUM JUMLAH PERANCANGAN AKTIVITI

TUGASAN 2 KAE3013

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TUGASAN 2 KAE3013

1 | P a g e

SEMESTER 3 SESI 2011/2012

KAE3013

EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN 2

KUMPULAN

UPSI-A20

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

ABDUL RAHMAN B. SHAID @ SHUIB D20102043574 019-8527404

NAMA TUTOR E-LEARNING: Puan Fairuz 'Ain Binti Harun

TARIKH SERAH: 04 MEI 2012

PEMARKAHAN

2. ESEI:

(a)

3. FORUM

JUMLAH

PERANCANGAN AKTIVITI

Page 2: TUGASAN 2 KAE3013

2 | P a g e

Isi Kandungan Halaman

1.0 Pendahuluan 3

2.0 Aktiviti Kreatif Sambutan Maulidurrasul 3

2.1 Tema

2.2 Tajuk aktiviti 3

2.3 Rasional aktiviti 3

2.4 Bilangan murid yang terlibat 4

2.5 Durasi aktiviti 4

2.6 Peralatan 4

3.0 Langkah-langkah perlaksanaan 6

3.1 Melukis sepanduk dan poster Tulisan Khat 6

3.2 Pertandingan Nasyid 9

4.0 Unsur-unsur Kreativiti dan nilai murni 11

4.1 Pertandingan Sepanduk 11

4.2 Pertandingan Nasyid 16

5.0 Penutup 28

RUJUKAN 20

LAMPIRAN A 31

LAMPIRAN B 36

Page 3: TUGASAN 2 KAE3013

3 | P a g e

1.0 PENDAHULUAN

Dalam usaha meningkatkan kreativiti murid, guru seharusnya tahu kaedah-kaedah

untuk memperkembangkan bakat serta pembelajaran murid. Setiap aktiviti yang dilakukan

di sekolah mestilah merangkumi aspek-aspek kreatif dimana aktiviti yang dijalankan itu

bermakna, menyeronokkan dan padat dengan nilai-nilai murni bagi meningkatkan

perkembangan pembelajaran murid, sepadan dengan usaha serta tenaga yang dikeluarkan

oleh pihak sekolah dan guru.

Sehubungan dengan itu, panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama pihak sekolah

dan PIBG telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah.

Maulidurrasul atau dikenali dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah

merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat islam di dunia ini. Peristiwa kelahiran

Nabi adalah merupakan satu detik yang amat berharga kerana disitulah bermula sirah

junjungan agung yang membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya, dari kejahilan

kepada kenyataan dan dari kehinaan kepada kemasyhuran. Berikut adalah perancangan yang

telah dilakukan untuk menjayakan aktiviti ini.

2.0 AKTIVITI KREATIF SAMBUTAN MAULIDURRASUL

2.1 Tema :

“ PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH “

2.2 Tajuk aktiviti :

Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah , Sekolah Kebangsaan Pasir Kubu

2012Masehi / 1433Hijriah.

2.3 Rasional aktiviti :

Setiap tahun umat islam menyambut hari kelahiran Nabi dengan pelbagai aktiviti

yang berfaedah untuk pembangunan jiwa dan iman bagi mengenang jasa Rasul yang tidak

Page 4: TUGASAN 2 KAE3013

4 | P a g e

tertanding ini. Ada yang menyambut dengan bacaan doa, solat hajat, bacaan ayat al-Quran

seperti Yasin dan ada juga yang berarak membawa sepanduk seterusnya berselawat ke atas

Baginda dengan tujuan memuliakan Rasul dan perjuangannya. Ini semua cuba

diketengahkan bagi memberi mesej kepada seluruh umat islam bahawa kelahiran Nabi

adalah satu kemuliaan agama Islam.

Justeru itu, bagi menyambut seruan kasihkan Nabi membawa ke Syurga, Panitia

Pendidikan Islam dengan kerjasama warga sekolah SK Pasir Kubu ingin menyertai acara

Perarakan Maulidurrasul pada tahun ini dengan hasrat mengemudi komuniti murid-murid

kearah Cintakan Rasul junjungan mulia.

2.4 Bilangan murid yang terlibat :

Acara ini adalah dikhaskan untuk murid-murid SK Pasir Kubu. Namun guru-guru

serta wakil PIBG juga terlibat untuk memeriahkan lagi majlis ini. Sekolah ini merupakan

sekolah kurang murid ( SKM ). Oleh itu penglibatan murid adalah tidak ramai iaitu 69 orang

jumlah keseluruhan murid sekolah ini dengan 33 orang murid lelaki dan 36 murid

perempuan. Aktiviti ini akan dipantau serta dibimbing oleh 14 orang guru termasuk guru

besar serta disertai bersama oleh beberapa orang wakil PIBG dengan jangkaan 10 orang. Ini

diambil kira atas sebab aktiviti ini dilakukan pada waktu kerja dan bukan pada waktu cuti

sekolah.

2.5 Durasi aktiviti :

Aktiviti sambutan MaulidurRasul ini berjalan sepanjang minggu iaitu bermula pada

13 Februari hingga 17 Februari. Aktiviti dari hari Isnin hingga hari khamis dilaksanakan

pada waktu perhimpunan pagi bermula pada 7.30 hingga 7.45 pagi. Majlis kemuncak adalah

pada hari Jumaat 17 Februari dan dilakukan sepanjang sesi persekolahan.

2.6 Peralatan :

Page 5: TUGASAN 2 KAE3013

5 | P a g e

Peralatan yang digunakan adalah bergantung kepada setiap aktiviti yang dijalankan.

Dinyatakan di sini adalah peralatan untuk aktiviti tersebut :-

a) Melukis sepanduk dan poster Tulisan Khat :

i. Kertas lukisan – diedarkan untuk setiap murid melukis gambar alam

semulajadi berlatarbelakangkan tema MaulidurRasul bertulisan jawi biasa

dan khat.

ii. Kad Manila – diedarkan kepada sekumpulan lima orang murid untuk melukis

tulisan khat bertemakan cintakan Rasulullah dengan cara yang kreatif.

iii. Kain kosong 2 meter x 6 helai- diedarkan kepada enam kumpulan terdiri dari

murid tahun 5 dan tahun 6.

iv. Pensil khat – diedarkan kepada setiap murid untuk menulis tema

MaulidurRasul di kertas lukisan yang disediakan.

v. Pen marker – satu set pelbagai warna untuk diedarkan kepada setiap

kumpulan untuk lukisan / banner di kad manila.

vi. Poster color / cat PELAKA - pelbagai warna dan diagihkan kepada setiap

kumpulan. Oleh kerana warna ini berharga mahal, setiap kumpulan

dinasihatkan supaya berkongsi dengan kumpulan lain dengan cara yang

berhemah.

vii. Berus warna- Aktiviti akan dilakukan secara serentak, oleh itu dua dozen

berus warna akan disediakan ketika aktiviti dijalankan dan digunakan secara

berhemah.

Page 6: TUGASAN 2 KAE3013

6 | P a g e

viii. Bekas warna – untuk menjimatkan kos, bekas warna dipinjam daripada

panitia Pendidikan Seni Visual.

b) Pertandingan Nasyid :-

i. Pakaian – pakaian bersesuaian mengikut kreativiti ahli kumpulan masing-

masing. Berbaju kurung atau berjubah untuk murid perempuan dan baju

melayu atau berjubah untuk murid lelaki.

ii. Sistem pembesar suara ( PA System )- dipinjam daripada wakil PIBG

menggunakan enam mikrofon tanpa wayar.

iii. Alat muzik :

1) Perkusi

2) Tamborin

3) Shaker

4) Kompang

5) Yenki

iv. Borang pemarkahan – mengikut skema pertandingan peringkat sekolah

sahaja. Disediakan dengan kerjasama guru muzik.

v. Set Prop – bertema padang pasir dengan kerjasama dari guru-guru SK

Pasir Kubu dan kakitangan bukan guru ( KTBM ).

3.0 Langkah-langkah perlaksanaan.:

3.1 Melukis sepanduk dan poster Tulisan Khat

Aktiviti melukis sepanduk dan poster dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut

tahun. Ini adalah berdasarkan kemahiran murid mengikut peringkat umur.

Page 7: TUGASAN 2 KAE3013

7 | P a g e

Untuk acara melukis sepanduk, murid-murid tahun lima dan enam dikehendaki

menyediakan sebuah sepanduk yang bertemakan MaulidurRasul tahun ini “

PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH “ . Setiap sepanduk dikehendakki

menggunakan tulisan khat untuk tulisan utama dan dibenarkan menggunakan tulisan rumi

untuk tulisan kedua. Murid-murid dikehendakki menggunakan kreativiti masing-masing

untuk mencipta sepanduk yang menarik serta mengikut spesifikasi oleh pihak penganjur.

Lukisan serta tulisan sepanduk adalah daripada hasil tangan murid-murid sendiri. Guru yang

ditugaskan bagi setiap kumpulan hanya memantau serta membantu murid mengikut

keperluan sahaja.

Aktiviti ini berlangsung pada waktu Pengajaran dan Pembelajaran subjek Pendidikan

Islam dan Pendidikan Seni Visual atas persetujuan ketua panitia dan pentadbiran sekolah.

Setiap kumpulan diberi tempoh selama empat hari dan berakhir pada hari khamis .

Sepanduk akan dipasang pada tiang khas sebelum dibawa berarak pada hari Jumaat 17

Februari 2012 . Setiap sepanduk akan dinilai oleh hakim-hakim yang akan dilantik di

kalangan guru sekolah ini. Skema pemarkahan sepanduk akan dinilai meliputi aspek

berikut :-

a) kekemasan, - 5 markah

b) keindahan tulisan khat, - 40 markah

c) kebersihan hasil kerja - 10 markah

d) menepati tema - 20 markah

e) kreativiti murid - 20 markah

f) kerjasama - 5 markah

Sepanduk yang terbaik akan dinilai berdasarkan skema permarkahan yang telah

ditetapkan. Berikut adalah kriteria skema permarkahan yang ditetapkan untuk sepanduk

terbaik bagi setiap kumpulan.

a) Kekemasan :

Page 8: TUGASAN 2 KAE3013

8 | P a g e

Kekemasan dinilai berdasarkan susun atur antara tulisan khat dan hiasan dalam

sepanduk tersebut. Susunan yang tidak kemas serta tidak teratur akan menjejaskan

markah serta kekuatan seni tersebut.

b) Keindahan tulisan khat :

Ini merupakan aspek utama serta markah tertinggi dalam pemarkahan sepanduk.

Tulisan khat yang menepati kehendak kurikulum tulisan khat tahun 6 adalah diberi

keutamaan. Ini kerana murid-murid tahun 6 telah diajar cara-cara menulis dengan

betul tulisan khat dengan betul. Cara penulisan yang betul akan diberi markahpenuh,

dan markah bonus dari skema permarkahan untuk bahagian ini akan diberi

berdasarkan kecantikan dan keindahan pengolahan tulisan khat tersebut. Murid-

murid dikehendakki menggunakan sebaik mungkin kemahiran menulis khat

berdasarkan latih tubi penulisan khat yang telah ditunjukkan oleh guru ketika

pengajaran dan pembelajaran ( P&P ).

c) Kebersihan hasil kerja. :

Aspek kebersihan akan dinilai mengikut keprihatinan murid untuk berhati-hati

menggunakan warna ke atas sepanduk. Sepanduk yang comot dengan kesan

contengan yang tidak diurus dengan baik akan mengurangkan markah sesebuah

sepanduk tersebut. Kebersihan hasil kerja juga dinilai berdasarkan kombinasi warna

yang sepadan dan konsisten dimana kombinasi warna yang tidak sesuai akan

menyebabkan tekanan warna ke atas sepanduk nampak tidak bersih dan comot.

d) Menepati tema :

Ini merupakan salah satu aspek penting dalam pembinaan sepanduk ini. Tujuannya

adalah supaya murid-murid faham tema yang sesuai atau tepat berdasarkan

Sambutan MaulidurRasul tahun ini. Ayat-ayat AlQuran atau perkataan yang ditulis

di atas sepanduk serta memenuhi kehendak tema sambutan pada tahun ini akan

diberi markah penuh oleh pihak juri. Penggunaan ayat Al Quran atau perkataan yang

tidak menepati tema akan menjejaskan markah bahagian ini.

Page 9: TUGASAN 2 KAE3013

9 | P a g e

e) Kreativiti murid :

Bahagian ini adalah pengukuran terhadap peserta bagaimana peserta memanipulasi

kemahiran tulisan khat ke atas sepanduk mereka. Hasil kerja yang kreatif dan

menarik dinilai berdasarkan keserasian tema sepanduk . Markah tetap akan dipotong

sekiranya kreativiti yang diketengahkan tidak sesuai serta mencacatkan keindahan

sepanduk peserta. Hiasan-hiasan yang kreatif juga diambil kira selagi ia tidak

melanggar norma dan sensitiviti masyarakat.

f) Kerjasama :

Aspek ini dinilai dari permulaan penerimaan tugasan sepanduk ini. Ini bermakna

hakim bahagian ini akan menilai kerjasama ahli pasukan setiap hari . Ahli pasukan

yang pasif dan tidak memberi kerjasama terhadap ahli pasukan masing-masing akan

menjejaskan markah. Pemantauan untuk aspek ini akan dilakukan oleh guru yang

tidak diketahui oleh murid sebagai hakim.

Dengan skema permarkahan sedemikian diharapkan agar hakim-hakim yang dilantik akan

dapat menjalankan tugas dengan telus dan adil serta memenuhi kriteria pemarkahan untuk

kepuasan semua pihak. Pemarkahan yang di atur untuk Sambutan MaulidurRasul sekolah ini

hanya memenuhi kehendak kesesuaian murid-murid sekolah ini sahaja. Permarkahan ini

tidak melibatkan skema permarkahan peringkat luar sekolah seperti peringkat daerah atau

peringkat negeri. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan

dilayan.

Contoh-contoh borang pemarkahan yang akan dinilai oleh hakim yang dilantik mengikut

standard pemarkahan Sekolah Kebangsaan Pasir Kubu boleh dilihat seperti di lampiran A .

3.2 Pertandingan Nasyid

Pertandingan nasyid sekolah ini adalah berlainan dengan pertandingan nasyid untuk

mewakili sekolah. Skema pemarkahan pertandingan nasyid adalah mengikut standard

Page 10: TUGASAN 2 KAE3013

10 | P a g e

keperluan aktiviti Sambutan MaulidurRasul. Sehubungan dengan itu, murid-murid tidak

terikat dengan skema pemarkahan nasyid sebenar.

Peserta bagi pertandingan nasyid dikehendaki mempunyai wakil setiap kelas bagi

satu-satu kumpulan. Setiap kumpulan mesti wujud murid tahun 1 hingga tahun 6.

Pengecualian akan diberikan jika kekurangan murid bagi kelas tersebut. Peserta tidak

dibenarkan bercampur antara lelaki dan perempuan dalam satu kumpulan. Jumlah kumpulan

yang bertanding adalah tidak terhad.

Tema bagi nasyid pada kali ini hendaklah bertepatan dengan tema MaulidurRasul .

Jika tidak bertepatan dengan tema, cukup sekadar nasyid yang bertemakan kerasulan Nabi

Muhammad S.A.W. Lagu untuk nyanyian nasyid boleh diciplak daripada mana-mana

kumpulan nasyid terkenal. Lagu ciptaan sendiri adalah dialu-alukan serta markah bonus

akan diberi. Pakaian adalah bebas tetapi hendaklah bersesuaian dengan tuntutan Islam.

Pertandingan nasyid akan diadakan pada 17 Februari 2012 ( jumaat ) iaitu pada hari

kemuncak sambutan MaulidurRasul. Setiap kumpulan nasyid bebas menggunakan peralatan

muzik ataupun ‘minus one’. Nyanyian secara ‘Acapela’ juga dibenarkan. Markah bonus

akan diberi sekiranya menggunakan alatan muzik yang disediakan. Pertandingan nasyid

juga akan diadili oleh hakim yang dilantik. Oleh kerana ia adalah mengikut standard

Sekolah Kebangsaan Pasir Kubu, penilaian untuk pemarkahan hanyalah di bahagikan

kepada tiga aspek sahaja iaitu :-

i) Suara - 50 markah

ii) Lagu - 30 markah

iii) Persembahan - 20 markah

Pemarkahan persembahan nasyid akan dinilai oleh dua orang hakim bagi setiap bahagian.

Berikut adalah criteria-kriteria bagi pemarkahan untuk persembahan nasyid bagi setiap

kumpulan.

Pemarkahan Nasyid

Page 11: TUGASAN 2 KAE3013

11 | P a g e

a) Suara :

Untuk penghakiman kategori ini, kualiti ton suara diambil kira dimana

kesesuaian ton suara dan lagu hendaklah seimbang. Begitu juga dengan ketetapan

melodi dengan lagu yang disampaikan. Selain dari itu aspek sebutan yang jelas

diambil kira sama ada sebutan bahasa melayu atau bahasa arab. Suara ahli kumpulan

terutamanya suara solo hendaklah dinamik serta bertenaga setiap kali mengalunkan

nada lagu dan berkesinambungan dengan melodi yang dinyanyikan.

b) Lagu :

Pemarkahan bahagian lagu hanya untuk tiga aspek sahaja yang akan dinilai

iaitu kepelbagaian bentuk, kesesuaian rentak dan gubahan harmoni. Lagu yang

sesuai dengan nyanyian setiap kumpulan hendaklah bertepatan dengan aspek-aspek

tersebut. Setiap ahli kumpulan dikehendaki menyanyi dua buah lagu dan lagu-lagu

tersebut bertepatan dengan tema sambutan ntahun ini.

c) Persembahan :

Gaya dan penampilan setiap ahli kumpulan akan dititik beratkan. Walaupun

pakaian adalah bebas, pemarkahan untuk penampilan peserta akan diambil kira dan

disesuaikan dengan gaya persembahan. Untuk memartabatkan lagi persembahan

nasyid ini, etika setiap ahli kumpulan dititik beratkan memandangkan ia adalah

majlis agama. Solekan yang keterlaluan oleh ahli kumpulan contohnya akan

menjejaskan markah mereka. Begitu juga dengan pakaian yang tidak sopan mungkin

akan menyebabkan kumpulan tersebut akan disingkir secara automatik. Ekspresi

muka juga penting untuk menunjukkan kesungguhan seiring dengan tempo

persembahan . Keberkesanan persembahan sehingga berjaya menarik minat audien

merupakan satu bonus bagi kumpulan tersebut.

Untuk lebih jelas lagi, berikut adalah contoh-contoh borang pemarkahan untuk Pertandingan

nasyid sempena MaulidurRasul supaya ia Nampak jelas dan difahami.

Page 12: TUGASAN 2 KAE3013

12 | P a g e

5.0 UNSUR-UNSUR KREATIVITI DAN NILAI MURNI

4.1 Pertandingan Sepanduk.

Seni khat adalah tergolong di dalam kategori seni halus. Tulisan khat juga

memerlukan kreativiti yang tinggi untuk menghasilkannya. Dari sudut pandangan kreativiti,

dapat kita ambil daripada pandangan Lowenfeld ( 1975) di mana beliau percaya bahawa

setiap kanak – kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi

kanak – kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

Kita lihat pula tokoh lain tentang takrif kreativiti. June King McFee pula

menyatakan bahawa kreativiti itu adalah sebagai satu keupayaan seseorang mencipta atau

menghasilkan sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea yang

baru.

Maka, jika kita kaitkan dengan penghasilan sepanduk dan poster tulisan khat, pelajar

cuba mengolahkan sesuatu hasil kerja melalui kreativiti mereka masing – masing. Walaupun

mereka cuba meniru sesuatu keadaan atau gambaran namun melalui kreativiti mereka,

mereka mengolah dan menghasilkan sesuatu hasil yang baru dan mengikut firasat dan

pandangan mereka.

Saya juga tertarik dengan pandangan tokoh Laura H.Chapman yang menyebut di

dalam bukunya yang bertajuk Approches in Art Education (1978) yang memetik bahawa

sesuatu proses kreativiti adalah mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama

dengan proses penghasilan karya atau dikenali sebagai proses artistik. Tedapat tiga kaedah

yang diperkenalkan oleh Chapman iaitu kaeadah penjanaan idea, pengolahan dan pemurnian

dan kemahiran menggunakan bahan.

Jika kita kaitkan ketiga – tiga proses di atas dengan penghasilan penulisan seni khat

maka, amat tepatlah bahawa pelajar perlu menjana idea mereka di dalam mencari sesuatu

tema untuk sepanduk dan poster mereka. Apabila sesuatu tema telah pun di tetapkan, pelajar

akan melakukan pengolahan dan mencipta hasil kerja mereka seterusnya melakukan

pemurnian beberapa kali agar melatih mereka supaya lebih peka dan meningkatkan

pengamatan mereka di dalam penelitian. Seterusnya, menggunakan bahan serta teknik yang

betul. Ini merujuk kepada bagaimana pelajar menggunakan bahan seperti pensil khat, berus

Page 13: TUGASAN 2 KAE3013

13 | P a g e

warna, cat PELAKA, kain kosong, atau kad manila, manakala teknik pula ialah seperti

teknik penulisan khat Nasakh, teknik mewarna khat menggunakan berus cat dengan aplikasi

motor halus supaya nampak bersih dan kemas mengikut tema permakahan yang ditetapkan..

Dalam aktiviti mencipta sepanduk ini, murid-murid telah dibahagikan kepada

beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai pelbagai karekteristik yang berbeza.

Terdapat murid yang lemah dan ada murid yang mempunyai kreativiti yang tinggi. Dengan

gabungan pelbagai karekter murid dalam satu kumpulan, mereka dapat mengembangkan

bakat mereka mengikut kreativiti masing-masing. Ini adalah berdasarkan teori Multiple

Creative Talent yang diperkenalkan oleh Calvin W Taylor. Beliau menjelaskan bukan

semua individu dikurnia dengan bakat yang sama. Pengembangan bakat kanak-kanak

berkait rapat dengan cara guru meranngsang pemikiran mereka. Taylor mengkategorikan

kreativiti kepada lima sifat, iaitu:-

i. Kreativiti bersifat ekspresif - berlaku secara bebas . Guru

membimbingkanak-kanak meluahkan idea untuk menghasilkan karya

mengikut kemampuan kanak-kanak.

ii. Kreativiti bersifat penghasilan – kecekapan menghasilkan sesuatu. Guru

membimbing kanak-kanak untuk menambah baik kemahiran sedia ada.

iii. Kreativiti bersifat Inovatif – modifikasi sesuatu andaian asas secara

alternatif. Guru membimbing kanak-kanak membuat modifikasi konsep asas

kepada idea baru yang lebih bermakna.

iv. Kreativiti bersifat inventif – keupayaan mencipta sesuatu benda atau objek

melalui proses penerokaan. Guru memberikan pujian dan galakan kepada

kanak-kanak supaya mereka tidak putus asa.

v. Kreativiti bersifat emergen – merupakan bentuk kreativiti yang tertinggi.

Keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk

abstrak.

Kesimpulannya, mengambil pandangan tokoh – tokoh seni yang terkenal adalah

amat penting dilakukan oleh seseorang guru di dalam menyediakan sesuatu bahan

pengajaran dan pembelajaran. Melalui pandangan mereka, guru dapat melihat aspek – aspek

penting yang perlu diambil kira dan diketengahkan.

Page 14: TUGASAN 2 KAE3013

14 | P a g e

Untuk lebih jelas lagi, aktiviti melukis sepanduk dan poster menggunakan tulisan

khat merupakan aktiviti kreatif yang dapat membantu perkembangan murid dari segi

psikomotor ( fizikal ), kognitif, afektif dan persepsi :-

a) Psikomotor :

Melalui aktiviti ini , murid-murid dapat melatih serta meningkatkan lagi

kemahiran motor halus mereka dengan menghasilkan seni khat yang halus. Teknik

penulisan khat memerlukan kemahiran motor halus yang amat tinggi. Secara tidak

langsung ia akan meningkatkan lagi kecekapan koordinasi jari tangan dengan lebih

efisyen. Koordinasi mata-tangan, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil,

kemahiran tangan akan terhasil daripada aktiviti seni khat ini.

b) Kognitif :

Aspek kognitif dapat diperhatikan menerusi pengamatan murid dalam tulisan

seni khat. Murid dapat menjelaskan perbezaan antara tulisan biasa dengan tulisan

khat. Ia berdasarkan pengalaman murid belajar tulisan khat dan diaplikasikan dalam

aktiviti ini. Secara tidak langsung murid telah dilatih untuk menyelesaikan sesuatu

tugasan berdasarkan pengalaman mereka.

c) Afektif :

Berdasarkan kriteria yang diterapkan borang permakahan, banyak unsur-

unsur afektif dapat dikesan selepas aktiviti ini dijalankan. Antaranya murid akan

lebih berhati-hati ketika melaksanakan aktiviti. Dengan aktiviti kumpulan murid

akan lebih yakin dengan ahli kumpulan mereka dengan wujudnya kerjasama yang

erat. Disamping itu, murid akan lebih bersikap positif dengan keyakinan yang tinggi

untuk langkah seterusnya.

d) Persepsi :

Aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung dapat meningkatkan daya

persepsi murid. Ini dapat membantu murid memberi tanggapan yang jelas . Dengan

Page 15: TUGASAN 2 KAE3013

15 | P a g e

cara ini, murid dapat berkarya dengan lebih baik berdasarkan asas yang telah

diberikan oleh guru. Secara tidak langsung aktiviti ini boleh mempertingkatkan dan

menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan

hasilan seni yang telah diketengahkan kepada mereka.

4.1.1 Nilai-nilai murni dalam aktiviti sepanduk dan poster khat :

Terdapat beberapa nilai murni yang dapat diketengahkan dalam aktiviti ini . Antaranya

ialah:-

i. Memupuk Semangat Kerjasama :

Aktiviti yang dijalankan ini secara tidak langsung akan memupuk semangat

kerjasama antara rakan. Ini berdasarkan daripada pembinaan kumpulan dalam aktiviti

tersebut. Aktiviti seperti ini juga menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi

secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai

asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep

perpaduan. Disamping itu, dengan kerjasama dapat mengeratkan lagi silaturrahim

antara murid.

ii. Berdikari :

Dalam aktiviti ini , murid dilarang sama sekali meminta bantuan daripada guru

mereka untuk menyiapkan tugasan yang telah diberi. Secara tidak langsung mereka telah

diterapkan dengan nilai berdikari dimana usaha mereka adalah daripada kesungguhan

mereka sendiri. Ini akan membuang rasa kebergantungan yang tinggi terhadap guru.

Keyakinan diri dapat dipupuk dengan lebih baik lagi.

iii. Kerajinan :

Aktiviti yang menyeronokkan biasanya akan menarik minat murid untuk terus

menikmati keseronokkan itu. Walaubagaimanapun, keseronokkan itu haruslah ada

batasnya. Aktiviti yang diberi ini adalah aktiviti yang menyeronokkan. Oleh itu, murid-

murid akan timbul rasa tanggungjawab untuk merealisasikan impian mereka. Oleh itu,

Page 16: TUGASAN 2 KAE3013

16 | P a g e

akan timbul secara sendirinya kerajinan demi memenuhi hasrat mereka. Nilai kerajinan

ini mungkin kurang menyerlah sebelum ini. Tetapi dengan melaksanakan aktiviti ini,

kerajinan akan membantu murid meyelesaikan tugasan mereka.

4.2 Pertandingan Nasyid :

Nasyid merupakan salah satu cabang seni muzik. Manakala muzik pula adalah

sebahagian daripada kreativiti dan estetika, terutamanya kepada kanak-kanak. Kanak-kanak

mudah mengingati sesuatu dengan nyanyian kerana nyanyian mempunyai rentak tertentu

yang mudah diingati oleh kanak-kanak.

Nasyid didefinisikan sebagai salah satu kesenian Islam dalam seni suara. Biasanya ia

merupakan nyanyian yang bercorak dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi,

memuji Allah dan yang sejenisnya. Biasanya nasyid dinyanyikan secara acappela dengan

hanya diiringi gendang. Metode ini muncul kerana banyak ulama Islam melarang

penggunaan alat muzik kecuali alat muzik perkusi ( percussion ).

Zaman kian berubah. Nasyid juga sama mengalami perubahan . Nasyid masakini telah

berubah dari segi cara penyampaiannya, rentak muzik, malah tema juga berubah mengikut

selera pendengar. Nasyid masakini banyak berbentuk nasihat, kasih sayang, ketuhanan dan

yang pentingnya, penyampai nasyid juga mestilah mempunyai kriteria yang telah

ditetapkan. Apa yang pasti, nasyid merupakan salah satu cabang kreatif yang dapat kita

manipulasi untuk membantu perkembangan kanak-kanak.

Muzik adalah satu cabang seni. Muzik adalah satu aspek yang sangat penting dan berkesan

dalam perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanak-kanak. Pengalaman awal

muzik dalam kalangan kanak-kanak adalah satu peringkat yang sangat penting yang boleh

membantu kanak-kanak dari segi pembinaan, penukaran dan pengembangan konsep. Pada

tahap ini kanak-kanak mengalami perkembangan dalam persepsi multisensori, pengawalan

motor, kemahiran penyelesaian masalah, mencipta dan kemahiran menyoal. Muzik sering

menjadi elemen yang memberi keseronokan dan alat untuk meluahkan perasaan bagi kanak-

kanak.

Page 17: TUGASAN 2 KAE3013

17 | P a g e

Dari sudut kreativiti pula , muzik merupakan antara salah satu medium perkembangan

kanak-kanak. Kanak-kanak peka terhadap pic dan irama serta sensitif terhadap bunyi-bunyi

di persekitaran. Sebagai contoh, kita dapat dengar majoriti kanak-kanak dapat meniru

sekurang-kurang dua patah perkataan dari lirik lagu kegemaran mereka kerana berserta

dengan iramanya sekali. Mereka akan memberi reaksi terhadap apa yang mereka dengar.

Muzik menekankan kemahiran pendengaran. Konsep muzik seperti pic, irama dan lirik

dapat dipraktikkan dalam aktiviti nasyid. Ini memberi peluang kepada mereka untuk terlibat

sama dalam aktiviti ini disamping dapat memberi pengalaman mendengar, mengeksploitasi

visual dan memanipulasi bahan seni kepada kanak-kanak.

4.2.1 Teori berkaitan muzik

Todd dan Heffermen ( 1997 ) membahagikan pengalaman muzik bayi dan kanak-

kanak mengikut peringkat seperti berikut.:

Bayi dan

kanak-kanak

Pengalaman muzikal

0-1 bulan Memberi reaksi pergerakan seluruh badan apabila mendengar bunyi

muzik.

1-4 bulan Menoleh kepala dan mata bergerak mengikut bunyi muzik.

Menerima bunyi dan nyanyian tenang.

4-8 bulan Tertarik dengan bunyi pukulan gendang.

8-12 bulan Bunyi tepukan tangan, gendang, zilofon dan alat perkusi yang lain

dapat meningkatkan pengalaman muzik bayi.

12-18 bulan Membuat eksperimen dengan memukul pelbagai alatan muzik

dengan cara yang berbeza.

Page 18: TUGASAN 2 KAE3013

18 | P a g e

18-24 bulan Menyambung dan meniru pergerakan orang dewasa.

Mendengar radio dan membuat pergerakan mengiringi muzik.

2 tahun Menikmati lagu dan belajar lagu-lagu yang mudah dalam masa yang

singkat.

3 tahun Suka melompat-lompat semasa muzik dimainkan.

Boleh mendengar arahan dan menunggu giliran semasa aktiviti

muzik.

4 tahun Mematuhi peraturan semasa aktiviti muzik dijalankan.

Dapat mencipta lagu berdasarkan alatan muzik.

5-6 tahun Kawalan motor semakin baik. Dapat bermain alat perkusi.

Mengekspresi muzik dan pergerakan mengikut pola irama dan

melodi lagu.

7-8 tahun Membaca dan menulis simbol muzik.

Menikmati pengalaman dalam muzik dan boleh membaca perkataan

dalam lirik lagu,

9-11 tahun Membaca lirik lagu yang lengkap dan mula mencipta lirik lagu

berdasarkan kreativiti masing-masing.

Menikmati muzik dalam bentuk kumpulan.

Memahami elemen-elemen muzik seperti ton, harmoni dan melodi

lagu.

Menikmati budaya yang pelbagai dalam aktiviti muzik dan

pergerakan.

Berdasarkan teori tersebut, Todd dan Heffermen percaya perkembangan kanak-kanak

terhadap muzik adalah mengikut peringkat-peringkat yang telah dinyatakan. Muzik telah

memberi tindak balas kepada kanak-kanak sejak dari bayi lagi sehingga ke peringkat kanak-

kanak berumur 11 tahun. Ada juga teori yang berpendapat muzik mampu mempengaruhi

bayi yang masih berada dalam kandungan ibunya lagi. Tetapi teori ini masih lagi disangkal

walaupun telah dibuat kajian oleh beberapa ahli psikologi moden.

Page 19: TUGASAN 2 KAE3013

19 | P a g e

4.2.2 Teori-Teori Perkembangan Muzik Dalcroze, Orff Dan Kodaly

Kebanyakan jenis pendidikan dan perkembangan muzik berdasarkan falsafah tiga orang ahli

dan pendidik muzik. Mereka ialah Emili Dalcroze dari Switzeland, Carl Orff dari Jerman

danZoltan Kodaly dari Hunggary. Berdasarkan idea-idea muzik yang ditemui di Negara

mereka masing-masing , ianya telah digunakan secara meluas di serata dunia. Disebabkan

idea-ideayang mereka peroleh mempunyai kaitan dengan budaya dan konteks negara

mereka sendiri,maka ia telah menyebabkan pendekatan dan isi kandungan teori-teori mereka

berbeza.

Teori Dalcroze

Emile Jaques Dalcroze (1865-1950) telah memperkenalkan satu kaedah untuk mempelajari

dan mengekspresikan muzik melalui pergerakan yang dipanggil eurhythmics. Semasa

mengajar Dalcroze mendapati bahawa ramai daripada pelajar-pelajarnyacekap darisegi

teknikal tetapi mempunyai kelemahan dari segi pemahaman muzik. Kesedaran ini

telahmendorong Dalcroze mencipta satu kaedah yang menggabungkan pergerakan, rentak

danimprovisasi. Menurut Dalcroze, pembelajaran dan latihan muzik yang lengkap dan

kreatifseharusnya menggabung ketiga-tiga aspek ini.

Page 20: TUGASAN 2 KAE3013

20 | P a g e

Emile Jaques Dalcroze

Kaedah Dalcroze ini menegaskan bahawa:

i. Tubuh badan pelajar dianggap sebagai peralatan muzik dalam

menginterpretasikan bunyi

ii. ii. Tindak balas seluruh tubuh badan perlu aktif dalam mempelajari muzik.

Kandungan kurikulum pendekatan Dalcroze adalah bertujuan untuk memperkembangkan

kebolehan pelajar untuk merasa, mendengar, mencipta, berimaginasi, berhubung,

mengingat,

membaca, mempersembahkan dan menginterpretasikan muzik. Kepekaan terhadap

rentak,kebolehan mengenali muzik dan koordinasi otot dikembangkan secara serentak.

Dalam mendidik kanak-kanak, Dalcroze cuba sedaya upaya untuk mengajar kanak-kanak

Page 21: TUGASAN 2 KAE3013

21 | P a g e

tentang cara menghayati muzik dan cara mengekspresikan perasaan mereka melalui muzik.

Dalcroze sentiasa cuba mengendalikan pengajarannya supaya tidak membosankan dan

sentiasa cuba mengintegrasikan sebanyak deria yang boleh. Berdasarkan pengalaman ini,

Dalcroze memerhatikan bahawa walaupun kadang kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk

dan

menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak

berkenaan. Ini merupakan elemen paling penting dalam menyokong hujah beliau yang

menekankan bahawa pergerakan adalah salah satu cara mengungkapkan perasaan melalui

muzik. Mengikut kaedah dan aktiviti-aktiviti pengajaran, Dalcroze memberikan pandangan

bahawa pergerakan dan nyanyian dianggap sebagai kemahiran asas yang mesti ditekankan.

Dua ciri yang penting ialah:

i. Pendengaran Dalaman iaitu kebolehan mengenali sensasi yang dirasai

melalui pergerakan dan bunyi.

ii. Kinesthesia iaitu sensasi yang dirasai melalui pergerakan ditukar kepada perasaan yang

kemudiannya dihantar ke otak. Otak pula akan memproses maklumat dan menukar

maklumat yang diterima menjadi pengetahuan. Improvisasi atau pengubahsuaian adalah satu

lagi yang sangat penting dalam kaedah ini. Mengikut Dalcroze, muzik harus sentiasa diubah

supaya kanak-kanak belajar mendengar, mengenali dan menghayati muzik.

Teori Kaedah Orff

Carl Orff ialah seorang ahli muzik dari German yang memperkenalkan pendekatan

pendidikan muzik yang menggunakan pergerakan sebagai asas penguasaan perkembangan

Page 22: TUGASAN 2 KAE3013

22 | P a g e

muzik kanak-kanak. Pendekatan ini dikenali sebagai Orff Shulwerk. Pada mulanya, Orff

Shulwerk dicipta untuk mengajar orang dewasa tetapi lama kelamaan diubahsuai khusus

untuk mengajar kanak-kanak. Suara, pergerakan dan peralatan muzik adalah tiga elemen

perantara yang digunakan dalam Shulwerk. Lagu dan rima pentatonik digunakan untuk

mengajar kanak-kanak menyanyi. Pentatonik ialah skala lima nota. Pelbagai pergerakan

direka dan disesuaikan dengan rima. Meneroka dan mencuba pergerakan badan

menggunakan ruang yang sedia ada serta mengikut rentak muzik yang berlainan adalah

penting dalam kaedah ini.

Carl Orff

Manakala peralatan muzik yang digunakan dalam kaedah Shulwerk adalah dari jenis bar

atau mallet seperti xylophone. Alat ini dipanggil instrumen Orff kerana kunci-kunci yang

boleh dikeluarkan atau dipindahkan membolehkan nota-nota muzik disusun semula dalam

berbagai kombinasi semasa latihan pengubahsuaian. Proses pengajaran pendekatan

Shulwerk boleh dibahagikan kepada empat bahagian yang digunakan dalam pelbagai cara

iaitu:

Page 23: TUGASAN 2 KAE3013

23 | P a g e

i.)Penjelajahan

Kanak-kanak menjelajahi dan mencuba semua aspek Shulwerk. Semua instrumen termasuk

suara dicuba untuk menghasilkan bunyi. Pelbagai pergerakan juga dicuba.

contohnya,bergerak seperti seekor binatang.

ii.)Peniruan

Kanak-kanak banyak belajar dengan meniru pergerakan yang dilihat dan didengar. Shulwerk

menggunakan teknik ini untuk mengembangkan kemahiran muzik kanak-kanak.

iii).Improvisasi

Selepas kanak-kanak belajar tentang pergerakan, rentak dan melodi, kanak-kanak akan

berupaya membuat improvisasi terhadap melodi.

iv.)Penciptaan

Fungsi Shulwerk dalam aspek ini adalah menyediakan alat untuk penciptaan. Selepas

penjelajahan akan menggunakan pengetahuan tentang muzik, pengetahuan tentang

melodi,pergerakan dan bahasa untuk mencipta satu gubahan muzik yang lengkap. Jelasnya,

pandangan Carl Orff terhadap pengajaran muzik kanak-kan k tidak banyak perbezaan

dengan pendapat Dalcroze. Kedua-dua mereka member penekanan kepada kepentingan

penerapan unsur muzik dan pergerakan dalam pendidikan kanak-kanak. Mereka percaya

bahawa pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi

mereka. Ini kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai

hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi.

Kaedah Teori Kodaly

Zoltan Kodaly ialah tokoh muzik yang berasal dari Hungary. Konsep Kodaly diperkenalkan

sebagai kaedah dalam pendidikan muzik. Asas dalam kaedah ini ialah nyanyian,

pembelajaran bahan muzik instrinsik iaitu muzik yang berkait rapat dengan budaya sesuatu

Page 24: TUGASAN 2 KAE3013

24 | P a g e

masyarakat dan penggunaan solmization yang relatif. Solmization ialah sistem kod nada

yang menggunakan suku kata do-re-mi-fa-so-la-ti-do untuk skala atau skor muzik.

Perbezaan utama antara kaedah ini dengan kaedah-kaedah pendidikan muzik yang lain ialah

penekanan kepada pembelajaran dan pembacaan skor muzik secara formal.

Kaedah ini adalah berdasarkan kepada gabungan tiga konsep iaitu:

i.Konsep solfej dari Itali dan Dalcroze.

ii.Suku kata rentak Cheve dari Perancis

iii. Nyanyian tangan Curven dari England.

Pendekatan Kodaly mempunyai dua objektif iaitu:

i. Membantu dalam perkembangan sosial seni kanak-kanak yang seimbang.

ii. Menghasilkan individu dewasa yang dapat membaca dan menulis skor muzik seperti

mana mereka mahir membaca dan menulis dalam bahasa. Berdasarkan pengalamannya,

Kodaly sedar bahawa pendidikan muzik kanak-kanak haruslah bermula dari tahap

prasekolah. Kodaly menekankan kepentingan muzik dalam kurikulum. Di samping itu,

Kodaly menegaskan bahawa pengajaran muzik harus dimulakan pada masa kanak-kanak

mula belajar membaca.

Page 25: TUGASAN 2 KAE3013

25 | P a g e

Zoltan Kodaly

Page 26: TUGASAN 2 KAE3013

26 | P a g e

Berdasarkan dari teori-teori daripada ahli fikir-ahli fikir Barat itu, nyatalah bahawa muzik

dapat memperkembangkan kreativiti kanak-kanak untuk menyertai pertandingan nasyid .

Berikut adalah kesan perkembangan murid dari aspek psikomotor, kognitif , afektif dan

persepsi murid dalam acara ini:

a) Psikomotor :

Perkembangan motor kasar dan halus murid bertambah serta dapat diperhalusi lagi

dalam kemahiran bermain muzik. Murid juga dapat mengawal pergerakan suara serta

otot-otot muka dengan lebih efisyen lagi. Ini kerana muzik melibatkan banyak

pergerakan walaupun dalam bentuk nyanyian. Pergerakan-pergerakan kreatif ketika

bernasyid dapat di cipta dengan baik . Aktiviti ini juga dapat menggalakkan

pergerakan secara bebas dan kreatif. Murid-murid juga dapat membuat latihan teknik

menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan

kepada pernafasan, pengeluaran suara, artikulasi, sebutan, peka terhadap bunyi-

bunyian serta postur badan yang ideal.

b) Kognitif :

Dengan penglibatan dalam aktiviti ini, murid dapat membina minda yang kreatif,

iaitu menggunakan potensi diri mereka didalam penguasaan not-not lagu, melodi dan

juga tempo. Bukan itu sahaja setiap alat muzik cara pengendaliannya agak berbeza,

disini unsur kemahiran berfikir digunakan seoptimumnya dalam membuat

perbandingan cara-cara bermain alat muzik, membezakan bunyi diantara perkusi

serta menjana kreativiti dalam penyampain lagu nasyid tersebut, kemahiran-

kemahiran ini dapat membantu mereka membina keyakian dan ketrampilan diri.

Page 27: TUGASAN 2 KAE3013

27 | P a g e

c) Afektif :

Murid akan rasa seronok jika disebut sahaja pertandingan nasyid. Ini akan memberi

gambaran yang jelas dengan penglibatan dalam aktiviti ini dapat memberi satu

kepuasan serta . Disamping itu, mereka akan menganggap aktiviti ini mencabar serta

memerlukan kesungguhan yang tinggi untuk melaksanakannya. Setiap kali

diumumkan aktiviti ini akan dilaksanakan, mereka akan berasa teruja untuk

menyertainya.

4.2.3 Nilai-nilai murni

Melalui aktiviti yang dijalankan ini, beberapa nilai murni dapat diterapkan seperti :

i. Kesederhanaan

Menjadi pelajar yang termasuk dalam kategori ini termasuklah mereka yang

sederhana dari segi pertuturan, berpakaian, perwatakan serta besederhana

dalam aspek melakukan aktiviti dan rehat. Bagi pertuturan , mafhum

daripada sabda Rasulullah “Bercakaplah menurut tingkatkecerdasan

pendengar”.

Sementara sederhana dalam melakukan aktiviti dan rehat bermaksud setiap

aktiviti yang dilaksanakan mengikut kemampuan dan melakukanya demi

setiakawan.

ii. Rendah Hati (Tawaduk)

Untuk lebih Berjaya dan kehadapan, sifata rendah hati dikalangan pelajar

dapat dipupuk. Sifat sedia mendengar, tidak sombong, tidak ego dan tidak

bongkak perlu diterapkan dalam diri pelajar kerana sesungguhnya mereka

akan mudah diterima dan disenangi oleh rakan dan guru-guru.

iii. Berbudi Bahasa

Sentiasa amalkan sifat berbudi bahasa dengan sesiapa jua sekalipun tanpa

mengira status kaum dan agama. Setiap tutur kata dijaga , tingkah laku tertib

Page 28: TUGASAN 2 KAE3013

28 | P a g e

dan sentiasa bersopan santun ketika berinteraksi dan berkomunikasi dengan

warga sekolah mahupun masyarakat sekeliling.

iv. Hormat menghormati

Setiap perbezaan yang ada dikalangan rakan-raakan tidak kira aras

pengetahuan, latar belakang keluarga mahupun jawatan yang disandang

disekolah haruslah dihormati dan dihargai kerana itulah antara fator

kerukunan danmewujudkan suasana sekolah bebas buli. Hormati siapa sahaja

yang mereka temui dan hargai jasa siapa sahaja yang telah membantu mereka

dengan cara saling bertegur sapa dan menghargai anatara satu sama lain.

5.0 PENUTUP

Dalam setiap aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan sebenarnay secara tidak langsung

guru member ruang kepada murid meluahkan kemahiran masing-masing sama ada secara

sengaja ataupun tanpa disedari. Didalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah kreativiti

memainkan peranan yang penting kerana ianya mampu menggilap kebolehan berfikir dan

bertindak murid. Pengalaman yang bermula dengan penerokaan dan dilanjutkan dengan

percubaan akan meyakinkan murid untuk berinteraksi mengikut daya kemampuan masing-

masing.

Page 29: TUGASAN 2 KAE3013

29 | P a g e

Justeru pemikiran murid boleh ditingkatkan bukan sahaja melalui proses pengajaran

dan pembelajaran secara formal tetapi melalui aktiviti tidak formal juga telah berlaku

pembelajaran. Ianya melibatkan kemahiran berfikir secara seoadu dan seimbang. Selain

daripada itu sahsiah murid dapat dipertingkatkan dalam membina jti diri di kalangan

pelajar. Pencapaian pelajar akan menjadi lebih berkesan kerana murid faham akan tujuahn

sesuatu kegiatan itu.

Kemahiran yang diterapkan amat berguna kepada murid kerana memberi ruang

kepada mereka menerokai dunia disekeliling mereka, merasai pengalamn baru serta

mencungkil potensi diri masing-masing sama ada secara sedar mahupun tidak. Ekspresi

murid akan terhasil dengan memperkenalkan elemen seni kreatif.

Kegiatan ini menggabungklan asas dalam melaksanakan seni kreatif di sekolah. Setiap

kegiatan memerlukan gabung daya kreativiti guru dan murid. Kesediaan, kebolehan dan

kosentrasi pemerhatian murid selalunya cepat berubah. Justeru pengajaran yang tiada

kepelbagaian akan mengundang kebosanan dikalangan murid-murid.

Ia bukan sahaja memberikan keseronokkan tetapi mendidik dan menerapkan nilai-nilai

murni dikalangan pelajar agar selari dengan perkembanagan intelek dan rohani bersesuai

dengan Falsafah Pendidkan kebangsaan di samping itu juga tidak meninggalkan nilai

ketimuran.

Page 30: TUGASAN 2 KAE3013

30 | P a g e

RUJUKAN

Pusat Pendidikan Luar UPSI, KAE 3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak, Tanjong Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2011

Kementerian Kebudayaan Kesenian dan warisan Malaysia, Hari-Hari Perayaan

Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Kesenian dan warisan

Malaysia, 2006.

Kementerian Pendidkan Malaysia, Buku Sumber Guru (Pendidikan Seni KBSR), Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1998

Kementerian Pendidkan Malaysia, Jurnal Pendidikan (Penerapan Nilai Murni Merentas

Kurikulum), Kuala Lumpur;Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, 1991

Mazlan Othman, Ruzitah Tapah, Hassan Mohd Ghazali, Teks Lengkap Pendidikan Seni

Visual, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2005

Raja Baharudin Raja Husain, Kursus Amali PMR Pendidikan Seni, Selangor: Pan Asia

Publications Sdn. Bhd, 1999

.

Open University Malaysia, HBAE 1203 Perkembangan Seni Lukisan Kanak-kanak,

Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd, 2007

Page 31: TUGASAN 2 KAE3013

31 | P a g e

Lampiran A :

a) Borang Kekemasan :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2012 M / 1433 H

PERTANDINGAN SEPANDUK

KEKEMASAN

( 5 MARKAH )

KRITERIA

PEMARKAHAN

PEMOTONGAN

MARKAH

JUMLAH

MARKAH

CATATAN

1) Susun atur

2) Kesesuaian

hiasan

Tandatangan Hakim Tandatangan Ketua Hakim

……………………….. …………………………….

( ) ( )

Page 32: TUGASAN 2 KAE3013

32 | P a g e

b) Borang Keindahan Tulisan Khat :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2012 M / 1433 H

PERTANDINGAN SEPANDUK

KEINDAHAN TULISAN KHAT

( 40 MARKAH )

KRITERIA

PEMARKAHAN

PEMOTONGAN

MARKAH

JUMLAH

MARKAH

CATATAN

1) Menepati

kaedah

penulisan khat.

2) Pengolahan seni

khat yang

menarik

3) Kesepaduan

teknik dan

hiasan

Tandatangan Hakim Tandatangan Ketua Hakim

……………………….. …………………………….

( ) ( )

Page 33: TUGASAN 2 KAE3013

33 | P a g e

c) Borang Kebersihan hasil kerja :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2012 M / 1433 H

PERTANDINGAN SEPANDUK

KEBERSIHAN HASIL KERJA

( 10 MARKAH )

KRITERIA

PEMARKAHAN

PEMOTONGAN

MARKAH

JUMLAH

MARKAH

CATATAN

1) Keprihatinan

penggunanan

warna.

2) Tidak comot

3) Penggunaan

warna yang

sesuai

4) Sepanduk yang

bersih

Tandatangan Hakim Tandatangan Ketua Hakim

……………………….. …………………………….

( ) ( )

Page 34: TUGASAN 2 KAE3013

34 | P a g e

d) Borang Menepati Tema :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2012 M / 1433 H

PERTANDINGAN SEPANDUK

MENEPATI TEMA

( 20 MARKAH )

KRITERIA

PEMARKAHAN

PEMOTONGAN

MARKAH

JUMLAH

MARKAH

CATATAN

1) Tema yang

sesuai

2) Penggunaan

ayat Alquran

yang sesuai

3) Slogan atau

moto yang

menepati tema.

Tandatangan Hakim Tandatangan Ketua Hakim

……………………….. …………………………….

( ) ( )

Page 35: TUGASAN 2 KAE3013

35 | P a g e

e) Borang Kreativiti murid :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2012 M / 1433 H

PERTANDINGAN SEPANDUK

KREATIVITI MURID

( 20 MARKAH )

KRITERIA

PEMARKAHAN

PEMOTONGAN

MARKAH

JUMLAH

MARKAH

CATATAN

1)Keserasian

kreativiti dengan

tema

2)Hasil kerja yang

kreatif.

Tandatangan Hakim Tandatangan Ketua Hakim

……………………….. …………………………….

( ) ( )

Page 36: TUGASAN 2 KAE3013

36 | P a g e

f) Borang Kerjasama :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2012 M / 1433 H

PERTANDINGAN SEPANDUK

KERJASAMA

( 5 MARKAH )

KRITERIA

PEMARKAHAN

PEMOTONGAN

MARKAH

JUMLAH

MARKAH

CATATAN

1) Kolaborasi

antara peserta.

2) Persefahaman

antara ahli

pasukan

Tandatangan Hakim Tandatangan Ketua Hakim

……………………….. …………………………….

( ) ( )

Page 37: TUGASAN 2 KAE3013

37 | P a g e

Lampiran B :

a) Borang Pemarkahan Suara :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2012 M / 1433 H

PERTANDINGAN NASYID

SUARA

( 50 MARKAH )

KRITERIA

PEMARKAHAN

PEMOTONGAN

MARKAH

JUMLAH

MARKAH

CATATAN

1) Kualiti Ton

( 10 markah )

2) Ketetapan melodi

( 10 markah )

3) Sebutan

( 10 markah )

4) Dinamik

( 10 markah )

5) Kesinambungan

( 10 markah )

Tandatangan Hakim Tandatangan Ketua Hakim

……………………….. …………………………….

( ) ( )

Page 38: TUGASAN 2 KAE3013

38 | P a g e

b) Borang Pemarkahan Lagu :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2012 M / 1433 H

PERTANDINGAN NASYID

LAGU

( 30 MARKAH )

KRITERIA

PEMARKAHAN

PEMOTONGAN

MARKAH

JUMLAH

MARKAH

CATATAN

1) Kepelbagaian

bentuk

( 10 markah )

2) Kesesuaian

rentak

( 10 markah )

3) Gubahan

harmoni

( 10 markah )

Tandatangan Hakim Tandatangan Ketua Hakim

……………………….. …………………………….

( ) ( )

Page 39: TUGASAN 2 KAE3013

39 | P a g e

c) Borang Pemarkahan Persembahan :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2012 M / 1433 H

PERTANDINGAN NASYID

PERSEMBAHAN

( 20 MARKAH )

KRITERIA

PEMARKAHAN

PEMOTONGAN

MARKAH

JUMLAH

MARKAH

CATATAN

1) Gaya dan

Penampilan

( 5 markah )

2) Etika

( 5 markah )

3) Ekspresi dan

tempo

( 5 markah )

4) Keberkesanan

Persembahan

( 5 markah )

Tandatangan Hakim Tandatangan Ketua Hakim

……………………….. …………………………….

( ) ( )

Page 40: TUGASAN 2 KAE3013

40 | P a g e