TUGASAN 2 KBKK

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ASSIGNMENT

Citation preview

TUGASAN 2 (Individu)Bentuk tugasan: Kajian kes dan laporanMarkah: 20%

Arahan tugasan:a) Tajuk tugasan: Gaya Pembelajaran Kritis dan kreatifb) Kandungan tugasan:i) Pengenalan: Apakah gaya pembelajaran secara kritis dan kreatif ? (5 markah)ii) Kajian kes: Ceritakan gaya pembelajaran kritis dan kreatif diri anda (5 markah)iii) Catatan refleksi ciri kritis dan kreatif dalam gaya pembelajaran tersebut (5 markah)iv) Format tugasan: Senarai kandungan, sub tajuk, rumusan dan rujukan (5 markah)v) Bilangan muka surat 9vi) Dalam bentuk hardcopy hantar ke pusatvii) Font 12, TNR, 1.5 spacingc) Tarikh akhir penghantaran tugasan: _20 julai 2013_

Apakah kemahiran berfikir secara kritis? KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Apakah kemahiran berfikir secara kreatif? Kecekapan menggunakan minda untuk: menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif. Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu? Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis: membanding dan membeza: membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. menerangkan sebab. membuat sekuen / urutan. menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens Contoh kemahiran berfikir secara kreatif: mencipta analogi menjana dan menghasilkan idea baru mencipta metafora,Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah? Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif. Wednesday, 8 August 2012Gaya Pembelajaran

Gaya Pembelajaran

DefinisiStail atau cara pembelajaran seseorangCara membuat persepsi dan memproses maklumat Peterson(1971):cara seseorang tumpukan perhatian dan memahami dan mengingati sesuatu maklumat/kemahiran baru Dunn dan Dunn(1982):cara bagaimana unsur-unsur drpd 5 rangsangan(persekitaran,emosi,sosial,fisiologi dan psikologi) mempengaruhi keupayaan individu utk memahami,berinteraksi dan bertindakbalasGregore(1979):tingkahlaku yg dimanifestasikan oleh seseorang apabila menggunakan mindanyaGarger(1985):setiap org dilahirkan dgn gaya pembelajaran yg tersendiri,baka dan persekitaran adalah pentingSlavin(1994):personaliti dan gaya pembelajaran adalah berkaitan

Faktor Gaya Pembelajaran 1)Rangsangan Persekitaran: 4 unsur utama(cahaya, bunyi, suhu dan reka bentuk susunan tempat belajar2)Rangsangan Emosi:Motivasi,keazaman,sikap t/jawab dan struktur3)Rangsangan Sosial: Perseorangan,berpasukan,berpasangan,rakan sebaya,orang dewasa4)Rangsangan Fisiologi: Persepsi,pemakanan,masa belajar dan mobiliti atau pergerakan5)Rangsangan Psokologi: Analitik atau global, gerak hati dan pemprosesan otak kiri atau otak kanan

Jenis-Jenis Gaya Pembelajaran

1) Aktivis: Sikap tdk sabar,tergesa-gesa dlm tindakan naluri ingin tahu yang tinggi Bergerak pantas dan cepat membalas Gemar mencari pengalaman baru penuh bersemangat,fleksibel dan berfikiran terbukapunyai motivasi intrinsik yang kuat Punyai kemahiran berfikir kritis dan kreatif2) Reflektif: Suka berfikir perkara dlm alam sekitarnya Punyai kemahiran berfikir kreatif/kritis Suka tafsir dan nilai sesuatu perkara Suka mencari hakikat sebenar Sikap berhati-hati,waspada dan fikirkan pelbagai pilihan dgn teliti Seorang pendengar yang baik Belajar dan buat kerja secara sistematik Tdk terburu-buru membuat keputusan

3) Teoris: memiliki fikiran rasional dan logikal Punyai sikap berdisiplin serta bervisi Kurang kreatif,menitikberatkan penggunaan pemprosesan otak kiri Suka membentuk hipotesis,menguji hipotesis dan buat kesimpulan berdasarkan bukti Suka mengesan sebab dan akibat Berminat mengkaji fenomena yg berlaku

4) Pragmatis: Bersifat praktikal dan berpijak di alam nyata Pentingkan bukti dan hakikat Percaya kpd perkara yang dilihat Mengutamakan kegunaan dan penggunaan pengalaman dan hakikat sebenar Lebih bersifat ekspresif drpd kreatif Suka membuat perbandingan

Jenis-jenis Gaya Pembelajaran Slavin 1994

1)Gaya Pembelajaran Bergantung: Dependent Learning Style Mengutamakan bidang kognitif dlm semua pola dan menerimanya secara keseluruhan Mempersepsi sesuatu situasi /pola secara menyeluruh Menerima pendapat yang bersifat umum Aktiviti pembelajaran berdasarkan motivasi ekstrinsik Sensitif terhadap pandangan dan teguran orang lain Suka dibimbing oleh orang yang disanjungi Tidak mempunyai inisiatif untuk belajar Terlalu bergantung kepada motivasi dan pengajaran guru Tidak boleh menentukan objektif pembelajaran diri sendiri Sikap menurut perintah dan terima tanpa menyoal

2)Gaya Pembelajaran Tidak Bergantung: Independent Learning Style Pentingkan analisis bahagian-bahagian pola secara terperinci Mengamati perkara secara analitik Berminat tentukan objektif pembelajaran sendiri Kurang sensitif terhadap pandangan dan teguran orang Mempunyai motivasi intrinsik yang kuat Mampu menguruskan pembelajaran diri sendiri Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif belajar dengan inisiatif sendiri Strategi yang sesuai Kaedah uji kaji Kaedah inkuiri penemuan Kaedah penyelesaian masalah

SATU PEMERHATIAN TERHADAP GAYA PEMBELAJARAN MURID SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DI LEMBAH KELANG. SATU PEMERHATIAN TERHADAP GAYA PEMBELAJARAN MURID SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DI LEMBAH KELANG.[footnoteRef:1][1]

Oleh:Dr. Zanariah bt. NoorDr. Bhasah bin Hj. Abu BakarUniversiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim.

ABSTRAK:

Kajian ini cuba melihat gaya pembelajaran kaedah Kolb murid sekolah rendah dan menengah di kawasan Lembah Kelang. Gaya pembelajaran memainkan peranan penting tentang cara seseorang murid itu cuba menguasai apa yang dipelajari di sekolah. Hasil kajian ini nanti diharapkan dapat memberi sedikit input tentang gaya pembelajaran murid supaya para guru dapat bersedia dengan keadaan yang lebih yakin apabila berada di bilik darjah. Ini akan dapat membantu guru berkenaan menyiapkan diri apabila menghadapi murid dan dapat membuat satu pendekatan yang lebih berkesan dalam pengajaran mereka agar kaedah penyampaian itu dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran murid. Ini akan dapat meningkatkan lagi pemahaman murid dan meningkatkan P&P ke aras yang lebih cemerlang terhadap kefahaman guru ke atas pelajar mereka di bilik darjah selaras dengan kehendak pengajaran bestari mengajar mengikut gaya pembelajaran murid. Kajian ini juga cuba melihat pertalian atau perbezaan dalam gaya pembelajaran murid dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Di samping itu kajian ini akan mempastikan sama ada terdapat sebarang kecenderungan dalam pembelajaran apabila pelajar itu bergerak dari satu peringkat ke satu periingkat dalam perkembangan kognitifnya secara terancang. Akhir sekali kajian ini juga cuba melihat perbezaan gaya pembelajaran bagi murid berdasarkan jantina, lokasi dan latar belakang keluarga mereka.

Pendahuluan

Apabila guru mula menjejakkan kaki di dalam bilik darjah, dia akan berhadapan dengan berbagai telatah pelajar. Ada pelajar yang kelihatan ceria, peramah, suka berinteraksi dan ada juga pelajar yang pendiam dan menjadi pemerhati sahaja. Ada pelajar yang kelihatan cergas dan ada pelajar yang malas dan suka tidur dalam bilik darjah. Terdapat juga pelajar yang suka membuat bising dan mengganggu pengajaran guru. Senario ini terjadi disebabkan terdapatnya perbezaan individu dalam berbagai aspek. Untuk menjadi guru yang berkesan, individu perlu menyedari perkara ini dan memikirkan pendekatan pengajaran dan aktiviti yang sesuai untuk mereka. Setiap individu pelajar mempunyai ciri-ciri yang berbeza, sama ada dari segi fizikal, afektif dan kognitif dan ini menghasilkan perbezaan dalam proses pembelajaran atau ringkasnya cara belajar. Cara belajar ini, dari segi istilahnya disebut sebagai gaya pembelajaran.

Gaya Kognitif dan Gaya Belajar

Gaya kognitif bermaksud cara individu mempersepsi maklumat sementara gaya belajar pula merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang digemari oleh pelajar. Witkin (1940) telah mengenalpasti dua gaya kognitif iaitu gaya belajar bergantung latar (Field Dependence) dan bebas latar (Field Independence). Individu yang bergantung latar suka mempersepsi sesuatu secara global sementara dengan gaya kognitif bebas latar suka mempersepsi sesuatu secara analitikal. Ada pula individu yang gaya kognitifnya reflektif dan impulsif. Mengikut Kagan (1965) gaya kognitif impulsive ialah kanak-kanak yang memilih berbagai-bagai kemungkinan penyelesaian masalah dengan memberi tindak balas yang cepat dan kurang memberi pertimbangan tentang ketepatan atau betul salahnya tindakan tersebut. Oleh kerana itu kanak-kanak dengan gaya impulsive menyudahkan tugasan dengan cepat tetapi membuat banyak kesilapan. Kanak-kanak reflektif yang mempunyai darjah kecerdasan yang sama dengan rakan sebayanya yang impulsive tetapi dia mengambil masa yang lama sebelum menjawap soalan guru atau menyudahkan tugasan sebab dia membuat berbagai pertimbangan dalam menjawab atau menyelesaikan masalah dan berharap jawapannya itulah yang paling tepat atau sekiranya menyerahkan tugas, dia berharap tugas itu dapat disiapkan dengan sempurna.

Gaya pembelajaran pula merupakan tingkah laku multi-dimensi yang melibatkan banyak pembolehubah sedangkan gaya kognitif merupakan tingkah laku ekadimensi (bipolar) yang melibatkan pola positif atau negatif dalam keadaan tertentu (Witkin, 1977). Malahan pendekatan pembelajaran dirujuk kepada proses pembelajaran yang melibatkan strategi pembelajaran yang berhubungkait dengan tugas (task) pembelajaran tertentu. Kebanyakan penyelidikan tentang gaya pembelajaran datang daripada usaha Shuell (1981); Kolb (1976); Gregorc (1979); Fischer & Fischer (1979); Keefe (1982); Garger & Guild (1984); Child (1986); Riding & Sadler-Smith (1992); Jonassen & Grabowski (1994) dan Dunn & Dunn (1978, 1992, 1993). Secara amnya, mereka merujuk gaya pembelajaran kepada persepsi dan cara pemprosesan maklumat yang konsisten seseorang pelajar semasa ia mempelajari sesuatu konsep atau prinsip baru .

Dunn dan Dunn (1992) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai kecenderungan individu menumpukan perhatian, memproses dan mengekalkan maklumat-maklumat yang diterima. Terdapat lima faktor utama yang dikenalpasti mempengaruhi kecenderungan iaitu persekitaran, fisiologi, sosiologi, fizikal dan psikologi. Menurut Reiff (1992), setiap individu secara semulajadi mempunyai kecenderungan terhadap gaya-gaya tertentu dan kecenderungan ini banyak dipengaruhi oleh budaya persekitaran serta pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh seseorang. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar bukan semata-mata disebabkan kesukaran mata pelajaran tetapi kerapkali disebabkan oleh jenis proses kognitif yang diperlukan bagi memahami perkara yang diajar. (Keefe, 1988).

Banyak kajian menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran boleh mendorong peningkatan motivasi diri pelajar, seterusnya merangsang prestasi serta pencapaian dalam pelajaran. (Brown, 1994). Kajian perbandingan pencapaian markah pelajar-pelajar yang didedahkan dengan pengajaran yang akur dengan gaya pembelajaran dengan pelajar-pelajar yang tidak diajar pengajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, menunjukkan golongan pertama mendapat markah yang lebih tinggi berbanding golongan kedua (Dunn dan Dunn, 1978). Mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar akan dapat membantu pengajar memahami kepelbagaian gaya menerima dan memproses maklumat yang berbeza di kalangan pelajar. Oleh sebab itu, para pengajar perlu merancang strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan pelajar (Joyce dan Weil, 1980). Kolb (1984) menyatakan bahawa dalam proses pembelajaran, seseorang individu akan melalui empat peringkat kitaran pembelajaran yang saling berkaitan di antara satu sama lain dan saling bantu membantu bagi mencapai objektif pembelajaran. Kitaran pembelajaran menurut teori Kolb ini bermula daripada peringkat pengalaman konkrit (PK) kepada pemerhatian reflektif (PR) kepada perkonsepsian abstrak (KA) kepada percubaan aktif (PA).[footnoteRef:2][1] Telah dibentangkan di MERA Conference 2003 Decades of Educational Research and Development: Taking Stock and Moving Forward.. Pada 11-13 September 2003 .Bertempat di Residence Hotel UNITEN. (In CD form: Page 154-161) [1: ] [2: ]

Secara teorinya, pembelajaran yang sempurna memerlukan pelajar melalui keempat-empat peringkat dimensi pembelajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Rajah 1. Namun begitu, lazimnya setiap pelajar akan menunjukkan kecenderungan dalam suatu peringkat dimensi melebihi peringkat yang lain. Dimensi gaya pembelajaran pelajar akan dapat dikesan melalui skor yang diperolehi hasil gabungan dua peringkat pembelajaran;

(1) Pengalaman Konkrit dan pemerhatian Reflektif (PK PR) menghasilkan gaya belajar diverger.(2) Perkonsepsian Abstrak dan Pemerhatian Reflektif (KA PR) menghasilkan gaya belajar asimilator.(3) Perkonsepan Abstrak dan Percubaan Aktif (KA PA) menghasilkan gaya belajar konverger.(4) Pengalaman Konkrit dan Percubaan Aktif (PK PA) menghasilkan gaya belajar akomodator.

RAJAH 2 : DIMENSI GAYA PEMBELAJARAN KOLB

Jadual 1: Gaya Belajar Kolb dan Cirinya. (Ramlah et.al, 2002)

Keefe (1991) melihat gaya belajar sebagai satu konstruk yang merentasi ciri-ciri pelajar dan strategi pengajaran. Oleh yang demikian, sebagai ciri-ciri pelajar, gaya belajar merupakan indikator seseorang individu itu belajar dan suka akan cara belajar berkenaan. Manakala sebagai strategi pengajaran gaya belajar amat berkait rapat dengan aktiviti kognitif individu, konteks dan isi pembelajaran itu sendiri. Tuckman (1992) melalui penyelidikan yang memadankan gaya pembelajaran telah mendapati bahawa terdapat korelasi yang signifikan antara gaya kognitif, cara belajar, cara berfikir dan kekuatan daya ingatan dengan kaedah penyampaian pengajaran serta struktur bahan pengajaran yang digemari oleh pelajar. Begitu juga kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Dunn & Dunn, pelajar-pelajar ijazah lanjutan, para professor dan penyelidik lain di Amerika Syarikat, dapatan mereka menunjukkan bahawa pelajar-pelajar mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran apabila pengajaran disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar. Begitu juga kajian oleh Wheeler (1980) telah menunjukkan pencapaian pelajar-pelajar yang kurang berkeupayaan (disabled students) meningkat apabila mereka diajar dengan gaya pembelajaran yang mereka gemari.

Di Malaysia,terdapat beberapa kajian tentang gaya belajar. Antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh Tumerah (1988) bertajuk Faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran dan kesannya terhadap pencapaian akademik. Beliau mengkaji hubungan antara faktor demografi dan pencapaian akademik dengan gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar yang mengikuti lima kursus Diploma Perguruan Malaysia di sebuah Maktab perguruan di Sarawak. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat berbezaan yang signifikan di antara gaya belajar pelajar lelaki dan pelajar perempuan dan juga dari segi etnik. Kajian yang dijalankan oleh Aishah (1999) berhubung dengan gaya belajar dan pencapaian akademik pelajar-pelajar tingkatan empat aliran teknik dengan menggunakan inventori gaya pembelajaran Dunn, Dunn dan Price (1978) menunjukkan bahawa bahawa secara keseluruhannya gaya pembelajaran adalah dipengaruhi oleh empat faktor rangsangan yang terdiri daripada persekitaran, emosi, sosiologikal dan fizikal. Sementara itu kajian Lim (1999) yang bertajuk Perhubungan antara Personaliti dengan Gaya Pembelajaran di Kalangan Pelajar Menengah Atas menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang signifikan di antara personaliti dengan gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar menengah atas. Selain itu terdapat perbezaan personaliti yang signifikan di antara pelajar-pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran konverger dan asimilatar, konverger dan akomodator, diverger dan asimilator, asimilator dan akomodator.

Objektif Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian awal untuk meninjau tentang gaya pembelajaran murid/pelajar di sekolah rendah, sekolah menengah rendah, sekolah menengah dan menengah atas. Hasil kajian ini diharapkan akan dapat memberi sedikit iniput kepada pengetahuan dan pengalaman guru tentang gaya pembelajaran murid disetiap peringkat pembelajaran. Makumat ini diharapkan akan dapat membantu guru untuk menangkap minat murid dan menangani masalah pembelajaran pelajar semasa di bilik darjah. Ini akan meningkatkan lagi kehusyukan pelajar dalam menimba ilmu dari guru mereka yang peka terhadap gaya pembelajaran. Lantaran itu kefahaman guru tentang gaya pembelajaran murid/pelajar diharapkan dapat disepadukan dengan kaedah atau pendekatan pengajaran seperti kaedah inkuiri, kontekstual, penyelesaian masalah atau konstruktivisme dan sebagainya yang semakin mendapat perhatian dari guru-guru kita diMalaysia masa kini. Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa objektif kajian ini adalah untuk menentukan gaya pembelajaran pelajar dari sekolah rendah ke sekolah menengah atas berdasarkan kajian tinjau ringkas di kawasan Lembah Klang.

Kaedah dan Rekabentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang dibuat di kawasan Lembah Kelang, Kuala Lumpur secara kaedah kuantitatif menggunakan borang soal-selidik sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan maklumat. Persampelan purposif telah digunakan yang melibatkan pemilihan secara rawak sebanyak 27 buah sekolah rendah dan menengah dengan seramai 272 orang pelajar yang terdiri dari 126 (46.3%) orang murid dari sekolah rendah, 63 (23.2%) orang pelajar dari sekolah menengah rendah, 49 (18%) dari dari sekolah menengah dan seramai 34 (12.5%) dari Sekolah Menengah Atas atau program Matrikulasi. Sampel kajian juga terdiri dari 162 orang perempuan dan 110 lelaki. Kesemua partisipan adalah dari sekolah kebangsaan 114 (41.9%) orang, sekolah rendah jenis kebangsaan 17 (6.3%) dan 141 (51.8%) dari Sekolah Menengan dan sekolah menengah atas atau Matrikulasi. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 11.0.

Dapatan Kajian

Daripada soal selidik yang diedarkan didapati pada umumnya pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah terbahagi kepada; (a) pengalaman konkrit terdiri dari akomodator (29.8%) dan diverger (33.8%) manakala mereka yang (b) berkonsepsikan Abstrak terdiri dari konverger (18.0%) dan asimilator (18.4%). Gambaran ini merupakan satu gambaran yang menyeluruh tentang gaya pembelajaran sampel yang dikaji merentasi beberapa aspek demografi. Jadual 2 menunjukkan pola gaya pembelajaran pelajar lelaki dan perempuan. Pada umumnya kita lihat peratusan yang tinggi pelajar mempunyai gaya belajar diverger bagi pelajar lelaki dan perempuan. Mereka gemar membuat persepsi terhadap maklumat yang konkrit, jelas serta nyata dan memprosesnya dengan cara membuat permerhatian yang reflektif bagi melahirkan idea baru tanpa sebarang praktikal. Ujian Khi kuasa dua juga mendapati tidak terdapat sebarang pergantungan antara gaya pembelajaran dengan jantina dimana c2 (df=3, p = 0.779) = 1.091.

Khi kuasa dua juga telah digunakan untuk menentukan sama ada terdapat pergantungan atau hubungan antara gaya pembelajaran dengan tahap persekolahan pelajar. Jadual 3 cuba membuat analisis tentang pergantungan berkenaan. Nilai Khi kuasa dua adalah tidak signifikan pada aras = 0.05. Ini menunjukkan tidak terdapat pergantungan antara tahap sekolah dengan gaya pembelajaran pelajar dimana c2 (df=3, p= 0.332) = 3.418

Jadual 4 menunjukkan perhubungan antara gaya pembelajaran dengan ras. Secara umum, ujian Khi kusas dua menunjukkan keputusan yang tidak signifikan yang sekali gus membenarkan membuat rumusan bahawa tidak terdapat pergantungan antara gaya pembelajaran dengan ras dimana c2 (df=3, p=0.283) = 3.809. Murid dan pelajar Melayu (36.1%) cenderung kepada gaya belajar diverger manakala murid dan pelajajar Bukan Melayu (38.6%) lebih cenderung belajar gaya akomodator

Jadual 5 menunjukkan hampir 40% pelajar yang tinggal di kawasan dalam bandar mempunyai gaya pembelajaran secara diverger dan begitu juga dengan pelajar yang tinggal di kawasan pinggiran bandar (38.3%). Pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari bandar seperti di kawasan perkampungan tetapi bersekolah di bandar mempunyai gaya belajar akomodator (36.3%). Namun demikian apabila dibuat ujian Khi kuasa dua, didapati lokaliti pelajar tidak mempunyai hubungan yang signikan dengan gaya pembelajaran mereka dimana c2 (df = 6 p = 0.248) = 7.872.

Jadual 6 menunjukkan analisis yang dibuat tentang gaya pembelajaran berdasarkan peringkat pembelajaran pelajar dari sekolah rendah ke sekolah menengah atas. Di sini dapat dilihat, peringkat sekolah rendah (35.7%) dan sekolah menengah rendah (39.7%) gaya pembelajaran pelajar adalah dari gaya diverger. Apabila memasuki ke peringkat sekolah menengah gaya pembelajaran pelajar bertukar ke gaya akomodator (36.6%) dan seterusnya bertukar lagi ke gaya konverger (38.2%) apabila berada di Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 6 atau Matrikulasi). Namun demikian, ujian khi kuasa dua yang dilaksianakan tidak menunjukkan kebergantungan antara gaya belajar dengan peringkat pembelajaran pelajar di mana c2 (df = 9 p = 0.069 ) = 15.914.

Jadual 7 cuba membuat analisis tentang perkaitan antara gaya pembelajaran pelajar dengan latar belakang perkhidmatan keluarga mereka. Pelajar yang keluarga mereka berkhidmat dengan kerajaan lebih menunjukkan gaya pembelajaran secara diverger atau akomodator. Bagi keluarga yang bekerja sendiri atau berkhidmat dengan pihak swasta, lebih menunjukkan gaya pembelajaran cara diverger. Jadual ini juga menunjukkan tidak terdapat pergantungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dengan perkhidmatan yang diberikan oleh keluaraga pelajar, ini dijelaskan dari hasil khi kuasa dua menunjukkan c2 (df = 3, p = 0.909) = 0.546.

Perbincangan dan Rumusan

Pada asasnya didapati ramai pelajar mempunyai gaya belajar yang berpengalaman konkrit iaitu gaya pembelajaran secara akomodator dan diverger. Peratusan pelajar yang menggunakan gaya pembelajaran berteraskan sesuatu yang abstrak yang memerlukan analisis lebih mendalam atau memprosesnya dengan cara membuat percubaan dan latihan yang aktif peratusannya adalah terlalu kecil. Inilah sesuatu yang harus diberikan perhatian semasa pengajaran di bilek darjah dimana guru harus menekankan kaedah inkuiri atau penyelesaian masalah demi untuk mempertingkatkan lagi naluri dan sifat mencari/mencuba dan berfikir secara kritis dapat di pupuk dikalangan pelajar. Ini adalah selaras dengan hasrat pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang boleh berfikir secara kreatif dan kritis.

Kajian ringkas ini telah menampakkan gaya pembelajaran murid/pelajar lelaki dan perempuan adalah sama. Kedua-dua kumpulan pelajar lelaki dan perempuan lebih menekankan kepada pembelajaran secara diverger (pelajar imaginatif) dimana mereka lebih berkecondongan membuat persepsi terhadap malumat yang konkrit, jelas dan nyata di samping memprosesnya pula secara membuat pemerhatian yang reflektif bagi melahirkan idea baru tanpa melaksanakan sebarang praktikal. Keadaan yang serupa dapat dilihat dalam tahap persekolahan dan perkhidmatan keluarga dimana penekanan adalah pada pembelajran secara diverger. Gaya pembelajaran antara pelajar Melayu dan Bukan Melayu terdapat sedikit perbezaan walaupun ianya tidak begitu signifikan secara statistik dari aspek pergantungan antara gaya pembelajaran dengan ras. Kedua-dua ras ini mengamalkan pengalaman konkrit, tetapi Bukan Melayu lebih kepada membuat percubaan aktif manakala pelajar Melayu lebih condong kepada membuat pemerhatian reflektif. Dari aspek lokaliti pula, pelajar yang tinggal di dalam bandar dan di pinggir bandar mempunyai gaya pembelajaran secara diverger kecuali mereka yang tinggal jauh dari kawasan bandar dan mempunyai gaya pembelajaran secara akomodator yang mana mereka ini lebih suka mencuba membuat sesuatu percubaan dan latihan yang aktif. Ciri ini agak berbeza dari rakan mereka yang tinggal di bandar dan pinggiran bandar yang lebih gemar membuat pemerhatian yang reflektif bagi melahirkan sesuatu idea yang baru.

Gaya pembelajaran mula jelas kelihatan berubah apabila peringkat pengajian mula meningkat dari satu aras ke satu aras secara menegak. Pada peringkat sekolah rendah dan menengah rendah, gaya pembelajaran adalah lebih tertumpu kepada gaya belajar diverger yang lebih menekankan kepada maklumat yang berbentuk konkrit. Apabila pelajar memasuki sekolah menengah gaya pembelajaran telah berubah kepada gaya belajar akomodator yang masih lagi konkrit tetapi telah mula memproses maklumat dengan cara membuat percubaan dan latihan aktif. Apabila masuk ke sekolah menengah atas atau matrikulasi, pelajar kini telah berpindah ke gaya belajar secara konverger dimana mereka telah mula berjinak dengan membuat persepsi maklumat yang abstrak di samping meneruskan pemprosesan maklumat dengan cara membuat percubaan dan latihan aktif seperti yang pernah dilakukan diperingkat sekolah menengah.

Hasil kajian yang ringkas ini telah dapat menunjukkan kepada kita bahawa gaya pembelajaran adalah merentasi bagi semua latar belakang secara horizontal. Namun demikian terdapat perkembangan yang perlu diberikan perhatian oleh guru-guru yang mengajar di peringakt sekolah rendah, menengah rendah, menengah dan menengah atas. Walaupun tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek pertalian atau pergantungan gaya pemebelajaran dengan faktor-faktor yang dikaji, ini tidak bermakna pergantungan antara gaya belajar dengan aspek yang dikaji tidak wujud. Kajian ini dibatasi oleh sampel purposif yang dapat diselidiki oleh pihak penyelidik tanpa menggunakan grant penyelidikan dari mana-mana pihak. Namun demikian ia telah dapat memberi satu gambaran tentang gaya pembelajaran pelajar sekolah rendah, menengah rendah, menengah dan menengah atas.Sebagai rumusan untuk kajian ini, kami dari pihak penyelidik amat berharap agar kajian ini dapat diperluaskan dengan persampelan yang lebih representatif dengan kuasa persampelan yang lebih tinggi ( 90%) agar keputusan kajiannya nanti dapat dijadikan satu panduan yang boleh diterima pakai oleh semua guru apabila mereka memasuki di bilik darjah. Mereka akan lebih bersedia secara fizikal dan mental semasa berhadapan dengan murid atau pelajar yang begitu luas kerenahnya di era IT masakini. Wallahualam.Akal atau minda ialah sumber intelek yang dapat menghasilkan pengetahuan melalui proses pemikiran dan penakulan minda (akal). Akal ialah tempat bersemadinya kearifan dan kebijaksanaan (hikmah). Melaluinya manusia boleh memahami pengajaran dan pembelajaran dan pelbagai kemahiran untuk memajukan diri.

Melalui pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) manusia, khususnya remaja dapat berfikir secara kritis dan berkesan menghasilkan idea dan buah fikiran serta reka cipta yang baharu. Pembangunan akal yang kreatif dan kritis dapat membantu seseorang dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Remaja yang terdidik akalnya akan dapat membuat analogi, membuat hipotesis, dalam memajukan diri ke arah pembangunan negara.

Manfaatnya kepada negara, akan dapat memacu kemajuan dan pembangunan yang dirancang. Pembangunan akal budi akan mengubah nilai seseorang ke arah kebaikan. Pendidikan yang seimbang dan berterusan mestilah dilakukan di peringkat awal remaja lagi.0Pengenalan- setiap orang berfikir- tidak perlu diajar seperti berjalan- mengapa perlu belajar/mengajar berfikir ? tidak berfikir seperti mana yg sepatutnya tidak membuat keputusan yang baik dan selesaikan masalah- Dalam Falsafah Pendidikan Negara : perkembangan daya intelek individu diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani.- memastikan kemahiran berfikir dikuasai oleh pelajar, maka objektif penguasaan kemahiran berfikir telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah- Dalam KBSR : antara objektif- membolehkan pelajar menguasai KB, dan mengembangkan bakat serta kreativiti- Dalam KBSM : mengembang dan meningkatkan daya intelek, serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif.- Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan dilaksanakan oleh KPM, antaranya Sekolah Bestari- KB adalah elemen utama dalam kurikulum SB- diajar merentasi kurikulum- dengan harapan : kualiti pemikiran murid meningkat membuat keputusan dengan tepat menghasilkan idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yg kritis dan kreatif dapat membeza baik dan buruk menghadapi cabaran terkini2.0 Definisi Pemikiran " Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. "3. 0Tujuan KBKK mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolah menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercalaru, kabur dan sempit meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujjah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.4.0 Kesilapan Dalam Berfikiri. Berfikir secara terburu-buru beri masa untuk berfikirii.Fikiran yang sempit aktiviti perbahasan, perbincangan dan sumbangsaran latihan menggunakan penyusun grafik banding bezaiii. Fikiran yang kabur latih pelajar memperjelaskan sesuatu idea dalam bentuk penulisan latih membuat definisi dasarkan kategori dan ciri-ciri sesuatu objek/perkara membuat kerangka karanganiv. Fikiran yang bercelaru Latih pelajar menyusun idea dengan lebih sistematik dalam lisan dan penulisan menyusun isi-isi penting untuk karangan carta aliran5.0 Perbezaan Antara Otak Dan Minda otak = organ yang terletak pada bahagian kepala yang mempunyai sistem-sistem tertentu minda = kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otak berkenaan otak ---> pisau , minda ---> ketajaman mata pisau pisau perlu sentiasa diasah agar penggunaannya berkesan hemesfera otak kiri (HOKI) ---> kritis hemesfera otak kanan (HOKA) ---> kreatif kedua-duanya perlu dikembangkan melalui rangsangan, bahan dan aktiviti berfikir dalam p & p.6.0 Jenis Kemahiran Berfikir- pelbagai jenis kemahiran berfikiranalitikal, logikal, kritikal, objektif, sistematik, pragmatik, positif, negatif, konstruktif, proaktif, projektif, kreatif, perspektif, lateral, emotif dsb.- secara amnya KB dibahagikan kepada 2 domain utama: KB secara kritis KB secara kreatifKB secara kritis = " kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah "contoh KB kritis : banding beza membuat kategori teliti bahagian kecil dan keseluruhan membuat sekuens menerang sebab membuat ramalan usul periksa andaian membuat inferens mengesahkan sumber maklumatKB secara kreatif = " kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan "contoh KB kreatif : menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai mencipta analogi mencipta metafora- kemahiran-kemahiran lain: kemahiran membuat keputusan kemahiran menyelesaikan masalah7.0 Jenis Bahan Yang Digunakan- Bahan merupakan rangsangan yang digunakan untuk melatih /mewujudkan suasana berfikir dikalangan pelajar- Bahan boleh berbentuk :i. Prosa - cerita, cerpen, rencana, beritaii. Puisi - pantun, syair, sajak, lirik laguiii. Grafik - gambar, rajah, graf, kartun- Semua bahan tersebut boleh dibahagikan kepada 4 kategori:i. Bahan seronok - menggalakkan pelajar menggunakan banyak daya imaginasi yang memerlukan pelajar membuat ramalan yang berbagai-bagai " bagaimana jari anda ada 5 "ii. Bahan asing - bahan yang berlaku tetapi di luar pengalaman remaja/pelajar. Bahan ini datang dari dunia orang dewasa." Bagaimana cara nak menyekat pemuda yang menunggang motor dengan laju "iii. Bahan persekitaran - bahan datang dari dunia remaja yang mereka alami dan gemari." Kamu tahu kawan kamu mengambil makanan dari kantin tanpa membayarnya. Apa yang kamu akan lakukan ? "iv. Bahan berat - Bahan yang mempunyai implikasi serius pada kehidupan remaja." Kamu ingin masuk kumpulan rock, tapi ibubapa kamu menentang. Apa yang patut kamu buat ? "- Bahan ini hendaklah digunakan mengikut tujuan/objektif, isi pelajaran serta KB yang hendak diajar 8.0 Bagaimana KBKK Diajar- KBKK bukan satu mata pelajaran khusus ( Dr. De Bono merancang satu sukatan khas untuk KBKK )- Ia diajar secara penyebatian- Penyebatian = strategi pengajaran yang menyepadukan kemahiran berfikir ke dalam mata pelajaran yang diajar.- 2 kaedah penyebatian :i. Penyebatian sepenuhnya : KBKK disepadukan secara menyeluruh dalam setiap langkah pengajaran yang dikenalpasti. Terdapat 2 cara :a) kenalpasti tajuk/isi pelajaran dan bahan seterusnya tentukan KBKKb) kenalpasti KBKK dan tentukan isi pelajaran yang sesuai serta bahanii. Penyebatian separa : strategi pengajaran yang menyepadukan sebahagian daripada unsur KBKK dalam langkah-langkah pengajaran yang sesuai - unsur KBKK hanya disepadukan dalam langkah-langkah tertentu sahaja mengikut keperluan dan kesesuian- penyebatian separa biasanya setelah pelajar telah mengikut penyebatian sepenuhnya dalam pembelajaran yang lepas.- Proses berfikir berlaku dalam dua tahap :i. apabila minda membuat persepsiii. dengan persepsi, minda melakukan pemprosesan logikal- mengajar berfikir juga beerti mengajar pelajar membuat persepsi, i.e menajam dan mendalamkan daya persepsi- kemahiran berfikir berbeza dengan kemahiran membuat- KB hanya melibatkan pen dan kertas sahaja, walaupun dalam kemahiran reka cipta- apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan sesuatu idea, yang kemudiannya diwakilkan dalam bentuk lukisan- reka cipta :- konkrit - teknikal spt membina sesuatu model- abstrak - spt merancang/merangka strategi, taktik9.0 Ciri-Ciri Pemikir Yang Bijak/Baik cekal melaksanakan tugas mendengar secara aktif/pendengar yang baik bekerjasama dengan orang lain jujur dan terbuka ( menerima pandangan orang lain ) peka dengan fikiran sendiri serta dapat menjelaskan langkah-langkah dan sekuen yang digunakan mahir dalam menyoal dapat mengubahsuai konsep dan kemahiran dalam pelbagai situasi yang berlainan sifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggi kesediaan mengambil risiko dan cabaran 1.0 PENGENALAN Akal ialah pemberian yang paling berharga kepada manusia. Perkara yang membezakan manusia dengan haiwan-hiwan lain ialah akal. Daripada akal, manusia mula berfikir. Proses berfikir dan cara berfikir membezakan seseorang individu dengan individu yang lain. Gaya berfikir seseorang akan menentukan personaliti dan corak kehidupannya. Menurut V.R. Ruggiero (1984), pemikiran boleh ditakrifkan sebagai satu operasi mental yang digunakan untuk menyelesaikan masalah dan kemudian membuat keputusan atau rumusan serta memenuhi keinginan untuk mendapatkan sesuatu jawapan. Manakala Beyer (1991) pula menyatakan bahawa pemikiran adalah operasi mental yang menggunakan maklumat yang tersimpan dalam ingatan bagi membuat adaptasi dan asimilasi, begitu juga untuk merumus atau mencari makna sesuatu konsep. Pemikiran juga adalah satu proses mental dalaman yang menggunakan data atau maklumat sebagai input, maklumat tersebut dipadukan dengan bahan yang pernah diperlajari untuk menghasilkan ilmu pengetahuan. Ia berlaku setiap masa termasuk semasa makan, tidur atau melakukan sebarang aktiviti yang tidak berkaitan. Menurut Edward De Bono menyatakan bahawa pemikiran adalah perkara yang utama boleh dilakukan oleh mana-mana sistem pendidikan adalah untuk mengajar pemikiran konstruktif. Beliau juga berkata yang pemikiran tradisional adalah terlalu perlahan dalam menghasilkan idea-idea baru. Guru-guru perlu menanam kemahiran berfikir secara operasi yang mengajar murid-murid cara-cara untuk bertindak dan bukan sahaja memperolehi pengetahuan. Mengikut Bono, murid yang mempunyai kemahiran berfikir operasi adalah mereka yang dapat menyumbang kepada masyarakat. Penyelasaian masalah, perancangan, pengintegrasian maklumat dan penganalisisan merupakan cabang-cabang pemikiran yang utama. Pemikiran adalah satu proses untuk memahami bagaimana otak kanan berfikir secara kreatif dan otak kiri berfikir secara kritikal. Oleh itu, pemikiran adalah satu konsep yang sangat penting kerana membolehkan individu boleh mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang sikap dan perhubungan manusia dalam persekitaran sosial. Ia juga dapat memudahkan proses pengesanan penyakit mental dan menyediakan penyelesaiannya. Oleh yang demikian, berfikir secara bijak merupakan konsep yang penting dan merupakan satu alat pembelajaran yang berguna untuk murid-murid dan guru-guru. 2.0 KONSEP PEMIKIRAN Pemikiran merupakan proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami rangsangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. Terdapat banyak teori pemikiran yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi, terutamanya sejak kurun ke-20. Teori dan definisi mereka adalah dihuraikan secara ringkas adalah seperti yang berikut : Dewey (1910) menghuraikan pemikiran sebagai aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Guilford (1967) berpendapat pemikiran merupakan sesuatu jenis kebolehan dan keupayaan. Ia mempunyai pelbagai kemahiran berfikir Teori Roger Sperry (1970) menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya berfikir secara kreatif Mayor (1977) mentafsirkan pemikiran sebagai pengelolaan operasi-operasi mental dalam sistem kognitif dan digunakan untuk menyelesaikan masalah Davidoff (1979) melihat pemikiran sebagai penggunaan simbol, gambar, perkataan, pengalaman dan konsep. Melalui pemikiran, rangsangan luar yang diterima oleh deria akan ditafsirkan dengan penggunaan perkataan atau simbol untuk membentuk konsep terhadap rangsangan tersebut. Vincent Rejan Ruggiero (1984) memberi definisi pemikiran sebagai aktiviti mental yang digunakan untuk membentuk atau menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat keputusan atau memuaskan sesuatu hasrat memperoleh sesuatu jawapan John Barell (1991) menghuraikan pemikiran sebagai proses mencari makna serta usaha untuk mencapai keputusan yang wajar Beyer (1991) memberi erti pemikiran adalah sebagai operasi mental terhadap input deria dengan menggunakan maklumat dalam ingatan untuk menaakul, mengadaptasi dan mengasimiliasinya dengan tujuan membentuk atau mencari sesuatu makna William W. Wilen (1994) pula mentafsirkan pemikiran sebagai proses dalaman yang sangat pantas sama ada secara sedar atau tidak sedar terhadap rangsangan luar yang diterima melalui deria. Proses dalaman ini, data baru akan disimpan melalui cara pemadanan, perbandingan dan klasifikasi dengan maklumat atau pengetahuan yang sedia ada dalam ingatan. Tujuan utama proses pemikiran adalah untuk membina pengetahuan dan pemahaman dan ia melibatkan aktiviti mental murid-murid. Proses pemikiran dan usaha oleh otak adalah untuk mencari rasional. Oleh itu, ia adalah suatu aktiviti mental yang sangat penting dalam proses penyelesaian masalah. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai kebolehan otak dalam pelbagai kemahiran berfikir. Semasa berfikir, otak akan bertindak sebagai usaha untuk memahami rangsangan-rangsangan luar yang diterima oleh deria. Setelah itu, otak menukar rangsangan-rangsangan tersebut ke dalam bentuk konsep, membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalaman-pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. Pemikiran adalah konsep yang merangkumi beberapa ciri iaitu seperti : i. Ia berlaku di dalam otak seseorang individu ii. Ia berlaku kerana terdapatnya rangsangan apabila individu berasa curiga atau berhadapan dengan sesuatu masalah iii. Ia berlaku seperti sesuatu proses yang mengikut prosedur yang spesifik iv. Ia adalah suatu aktiviti kognitif yang bertindak atas rangsangan yang diterima oleh lima pancaindera dan ingatan kembali daripada pengalaman v. Ia mentafsirkan pelbagai rangsangan dengan membuat penilaian, keputusan dan penyelesaian sesuatu masalah. 3.0 JENIS-JENIS PEMIKIRAN Gaya berfikir menentukan sesuatu keputusan dan tindakan seseorang. Manusia mempunyai gaya berfikir masing-masing. Terdapat beberapa jenis pemikiran iaitu pemikiran jenis mandatar atau lateral, menegak, kritis, kreatif, divergen, konvergen, reka cipta dan celik akal. 3.1 Pemikiran Mendatar / Lateral Pemikiran mendatar atau lateral dikenali sebagai pemikiran analitikal dan diperkenalkan oleh Dr. Edward De Bono. Pemikiran mendatar ini melibatkan proses pemikiran di luar kebiasaan apabila sesuatu masalah diselesaikan melalui sumber yang berlainan atau yang tidak berkaitan. Pemikiran ini adalah untuk melatih minda mempertimbangkan pelbagai aspek yang berbeza dan tidak berkaitan dengan sesuatu masalah bagi memperoleh penyelesaian yang unik yang tidak akan tercapai dengan hanya mengambil kira aspek-aspek biasa dan konvensional. Kepentingan pemikiran mendatar ini adalah sesuatu masalah yang perlu dilihat daripada perspektif yang berlainan supaya ia mudah untuk diselesaikan. De Bono manyatakan bahawa terdapat empat faktor yang sangat penting dalam persekitaran mendatar ini iaitu : i. Mengenalpasti idea-idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi ii. Melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan iii. Melonggarkan cara-cara pemikiran yang terkawal iv. Menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang lain. Tujuan menggunakan teknik pemikiran mendatar ini adalah untuk merangsang pemikiran kreatif khasnya dalam aktiviti yang melibatkan sumbangsaran di mana murid-murid dalam setiap kumpulan perlu berhubung antara satu sama lain. Terdapat lima jenis teknik pemikiran mendatar atau lateral. Diantaranya adalah : 1) Perkaitan bebas iaitu berlaku dalam proses sumbangsaran di mana terdapatnya banyak idea bebas untuk murid membentuk kaitan dengan konsep-konsep yang dikaji 2) Kaedah Reversal adalah untuk menilai sesuatu keadaan yang biasa secara terbalik. Murid tidak perlu mencari jawapan yang betul tetapi penyusunan maklumat akan menggalakkan mereka untuk melihat cara-cara yang berbeza untuk menilai sesuatu situasi 3) Kaedah objek Fokal yang melibatkan murid-murid memilih sesuatu objek secara rawak dan kaitkan objek tersebut dengan masalah yang dikaji 4) Kaedah cabaran iaitu murid-murid mencabar cara-cara atau perkara-perkara yang dilakukan dengan keadaan yang sedia ada. Ini dilakukan bukan untuk menunjukkan kedaan yang sedia ada itu adalah salah tetapi untuk menggalakkan konsep pemikiran di luar kotak 5) Menganalisa masalah di mana proses ini memecahkan situasi atau masalah kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil atau dikenali fractions. Seorang murid dapat menyusun semula keadaan dengan meletakkan fractions dalam cara-cara yang baru. Seseorang individu perlu melihat cara-cara yang berbeza untuk menyusun sesuatu pola dan menjana alternetif-alternatif berbeza kepada sesuatu masalah. Melalui proses pemikiran mendatar ini guru-guru perlu menggalakkan murid-murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah melalui pelbagai perspektif dengan menggunakan prosedur seperti untuk memecahkan sesuatu masalah kepada bahagian-bahagian yang kecil dan meletakkannya semula untuk melihat penyelesaian yang unik dan berbeza serta untuk melihat alternatif-alternatif yang berbeza berbanding dengan cara-cara tradisional dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Terdapat juga beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk merangsang pemikiran lateral atau mendatar iaitu dengan menggunakan kaedah seperti senarai rujuk, permainan dan latihan serta matafor dan analogi iaitu persamaan dan perbandingan. Dengan itu, ia akan menggalakkan murid berfikir secara lebih kreatif. 3.2 Pemikiran Menegak Pemikiran menegak dikenali sebagai vertical thinking. Menurut Dr. Edward De Bono, pemikiran ini menggunakan proses-proses akal yang tradisional untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kalangan yang berpemikiran menegak akan memfokuskan kepada satu idea atau penyelesaian sebagai jawapan yang betul serta membuat penerokaan ke atasnya secara lebih mendalam dan terperinci. Kalangan yang berpemikiran menegak boleh mempertimbangkan perkaitan antara sesuatu situasi atau idea yang boleh membantu mereka memahami sesuatu idea dengan baik lalu menggunakan idea tersebut itu dalam situasi tertentu secara berkesan. Sesuatu masalah dapat diselesaikan secara baik dan berkesan. Di antara ciri-ciri menegak adalah seperti berikut : 1) Murid-murid mesti betul dan tepat dalam setiap langkah 2) Dalam kategori pemikiran menegak, klasifikasi dan label adalah tetap 3) Seseorang itu mesti betul pada setiap masa 4) Pemikiran menegak mengikut urutan yang spesifik 5) Pemikiran menegak lebih menumpukan kepada apa yang relevan Justeru itu, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa perbezaan di antara pemikiran menegak dan pemikiran lateral seperti pada jadual yang berikut : PEMIKIRAN MENEGAKPEMIKIRAN LATERAL

Mencari pendekatan yang betul Mencari sebanyak pendekatan yang mungkin

Ketepatan Kekayaan

Dilanjutkan jika terdapat arah Menjana arah baru

Mengikut urutan spesifik Fleksibel

Mesti betul pada setiap langkah Tidak perlu betul pada setiap langkah

Meningalkan yang tidak relevan Menerima perubahan

Kategori/label yang tetap Label mungkin berubah-ubah

Meninjau alternatif-alternatif yang mungkin Meninjau alternatif-alternatif yang tidak dijangka

Adalah proses finit/tetap Adalah proses kemungkinan

Adalah analitikal Adalah provokatif

Jadual 1 : Perbezaan antara pemikiran menegak dengan lateral 3.3 Pemikiran Kritis Pemikiran kritis ialah suatu penerokaan yang bertujuan untuk mengkaji situasi, fenomena, persoalan atau masalah untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi semua maklumat yang ada. Dengan kata lain, pemikiran kritis merupakan semua kemahiran intelektual untuk menilai dan mempertingkatkan sesuatu situasi. Bagi kalangan yang berpemikiran kritis, penerokaan yang berlaku sangat berkaitan dengan pengalaman yang dialami sama ada melalui bahan bacaan, pemerhatian, mendengar dan melihat atau menempuhnya sendiri. Pemikiran kritis menentukan sesuatu atau mempercayai sesuatu. Pemikiran kritis juga mementingkan aspek penilaian yang munasabah. Initipatinya, pemikiran kritis merupakan cara yang berdisiplin yang digunakan oleh seseorang untuk mengesahkan sesuatu. Menurut Nosch (2001) terdapat tiga bahagian dalam pemikiran secara kritis iaitu cara bertanya soalan, cuba menjawab soalan dengan memikirkan tentang jawapan dan percaya penaakulan seseorang. Murid-murid yang telah memperolehi kemahiran pemikiran kritis akan menunjukkan ciri-ciri seperti : I. Membina kemahiran pemikiran dan penaakulan yang diperlukan untuk menilai maklumat dan menyelesaikan masalah II. Menunjukkan pemikiran kritis dan analitikal melalui cabaran aktif dan penglibatan dalam kursus sepanjang kurikulum III. Boleh menganalisa hujah dan menjana tafsiran yang menunjukkan pola kreatif yang meyakinkan Terdapat beberapa cara guru boleh menerapkan kemahiran pemikiran kritis di kalangan murid-murid adalah seperti yang berikut : a) Mengunakan strategi berpusatkan murid. Ini akan membolehkan murid-murid membuat penilaian dan mencari penyelesaian yang optimal b) Mengurus fakta secara sistematik dan tersusun c) Mengarah soalan-soalan yang sesuai dengan tahap kognitif murid supaya murid menilai semua fakta dengan tujuan menyelesaikan masalah d) Memberi soalan yang lebih sukar kepada murid yang lebih bijak untuk menggalakkan tahap pemikiran kritikal yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, murid perlu mempelajari kemahiran pemikiran kritis melalui kombinasi metodologi arahan terus, demonstrasi, menghafal dan teknik menyelesaikan masalah. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang kritis, seseorang individu perlu menjana idea-idea yang bernas dan kreatif dengan membuat analisa secara kritis dan kritikal. Oleh itu, pemikir secara kritis mesti menjadi pemikir kreatif yang dapat menjana pelbagai penyelesaian yang terbaik kepada sesuatu masalah atau konflik yang terlibat. 3.4 Pemikiran Kreatif Pemikiran kreatif ialah satu jenis pemikiran di mana seseorang itu dapat memikirkan pelbagai idea baru yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Seorang guru yang cekap harus menjanakan pemikiran kreatif di kalangan murid-muridnya dengan memberikan peneguhan secara positif dalam bentuk ganjaran dan hadiah apabila muridnya dapat melahirkan idea-idea yang bernas dan kreatif serta unik. Beberapa orang pengkaji seperti Cropley (1967) dan Torrance (1962 dan 1972) menyatakan bahawa kanak-kanak yang kreatif biasanya menimbulkan gangguan dalam bilik darjah kerana kalangan ini kurang menumpukan perhatian terhadap pembelajaran guru. Ciri-ciri pemikiran kreatif adalah seperti yang berikut : 1. Sengaja menghasilkan idea baru, konsep baru serta fikiran yang baru 2. Mengutamakan cara-cara yang berbeza untuk melihat sesuatu 3. Melafazkan fikiran dengan cara-cara yang unik dan berbeza untuk melihat sesuatu yang sedang difikirkan 4. Tidak berminat untuk mengikuti idea-idea yang sedia ada dalam persekitaran 5. Memikirkan cara-cara baru untuk mencadangkan penyelesaian pada satu permasalahan yang wujud Seorang guru perlu menjalankan lebih banyak aktiviti dan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti inkuiri penemuan dan kaedah penyelesaian masalah supaya murid dapat berpeluang untuk menjanakan idea-idea yang kreatif. Selain daripada itu, guru juga perlu menggalakkan pemikiran kreatif adalah dengan memperbanyakkan soalan-soalan terbuka dalam bilik darjah dan menerima pelbagai jawapan sebagai jawapan yang betul asalkan ia logik dan munsabah. Di samping itu juga, guru harus memperbanyakkan aktiviti yang menjurus kepada aktiviti-aktiviti sumbangsaran, perbahasan dan debat supaya murid dapat bermusyarah dan melibatkan diri dalam kelas perbincangan secara intelektual. Oleh itu, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pembelajaran dan pengajaran supaya mewujudkan murid-murid mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif. 3.5 Pemikiran Divergen Menurut kajian ahli-ahli psikologi, pemikiran divergen boleh diertikan sebagai pemikiran kreatif. Ini adalah kerana pemikiran divergen sering kali digunakan untuk menghasilkan kreativiti. Pemikiran divergen memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif terhadap masalah yang unik dan mempunyai jawapan yang banyak dan pelbagai. Selain daripada itu, pemikiran divergen ini dikenali sebagai pemikiran bercapah. Tujuan utamanya adalah untuk murid menjanakan seberapa banyak idea mengenai satu topik dalam satu masa yang telah ditetapkan. Melalui pemikiran ini juga melibatkan kemahiran guru dalam membahagikan sebuah topik kepada unit-unit yang kecil supaya murid dapat menganalisis sesuatu topik dengan lebih mendalam. Idea-idea yang telah dibahagikan kepada unit-unit kecil disusun semula dalam satu struktur yang bersistematik dengan menggunakan satu lagi jenis pemikiran iaitu pemikiran konvergen. Pemikiran divergen harus berlaku dalam satu persekitaran yang spontan dan murid harus diberi peluang untuk mengeluarkan idea-idea tanpa apa-apa sekatan. Menurut Guilford (1959) terdapat empat ciri pemikiran divergen iaitu kepelbagaian yang menunjukkan muird berupaya untuk menghasilkan pelbagai idea untuk sesuatu situasi. Selain daipada itu, fleksibel iaitu murid menggunakan perspketif yang berbeza untuk menghasilkan pelbagai cara penyelesaian masalah. Di samping itu juga, keaslian iaitu murid berupaya untuk memikirkan idea-idea baharu yang berguna dan praktikal serta ciri seterusnya adalah terperinci iaitu murid berupaya untuk menjelaskan sesuatu secara terperinci. Melalui proses pemikiran divergen ini individu yang berkenaan tidak lagi dikongkong oleh pengetahuan atau pengalaman sedia ada tetapi berfikir secara kreatif untuk mencari cara atau idea baru yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang mempunyai pelbagai jawapan. Biasanya, pemikiran divergen menggunakan unsur-unsur intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa. 3.6 Pemikiran Konvergen Mengikut Free Dictionary, pemikiran konvergen boleh didefinisikan sebagai pemikiran yang membawa maklumat yang bertumpu kepada penyelesaian sesuatu masalah. Pemikiran ini dikenali sebagai pemikiran bertumpu atau berpandu. Pemikiran konvergen terdiri daripada satu proses yang menggabungkan idea-idea yang berlainan tema yang tertentu dalam satu struktur yang tersusun dan yang boleh difahami. Selain daripada itu, mengikut Guilford (1967) menyatakan bahawa pemikiran konvergen adalah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang itu menggunakan pengetahua sedia ada denagn integrasi logic dan susunan demi mengahsilkan satu idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah dilakukan berdasarkan kepada pengetahuan, pengalaman, peraturan, prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan adalah menerangkan, menyatakan, membandingkan serta membezakan. Guru harus menggalakkan pemikiran konvergen kerana melalui pemikiran ini murid perlu membuat pilihan daripada banyak jawapan atau alternatif-alternatif yang berbeza-beza. Murid yang bijak akan mempraktikan pemikiran jenis ini adalah murid yang dapat mengintegrasikan maklumat daripada pelbagai sumber untuk membentuk satu penyelesaian yang betul. Oleh itu, pemikiran konvergen sangat sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran Sains. Selain itu pemikiran ini banyak juga diuji dalam peperiksaan-peperiksaan awam. 3.7 Pemikiran Reka Cipta Pemikiran reka cipta didefinisikan sebagai pemikiran artistik di mana individu boleh menunjukkan kemahiran dan bakat di dalam pemikiran ini. Individu yang mempunyai kemahiran pemikiran reka cipta yang tinggi menunjukkan sifat-sifat seperti kemahiran motor yang tinggi, kemahiran yang tinggi dalam berinteraksi dengan orang lain dan boleh mencipta sesuatu yang unik dalam jangka masa yang pendek. Pemikiran ini sangat penting dalam mata pelajaran seperti Seni, Pengukiran, Kemahiran Hidup, Pengajian Tempatan dan Sains di mana murid mesti mengkoordinasikan pergerakan tangan mereka dengan menggunakan kemahiran motor mereka. Guru boleh memanipulasikan kemahiran motor manipilatives murid-murid untuk mempertingkatkan kemahiran reka cipta secara kreatif mereka. Proses manipulatives akan melibatkan koordinasi mata dengan apa yang dibuat oleh kemahiran tangan. Ini akan merangsang perkembangan motor halus murid kerana ia memerlukan kemahiran pengunaan tangan yang secara terkawal dan otot jari. Alat permaian yang boleh menguatkan kemahiran motor halus dan kasar murid-murid iaitu seperti teka-teki dan play dough. Oleh yang demikian, guru-guru hendaklah memasukkan beberapa strategi dan aktivit-aktiviti yang boleh mempertingkatkan kemahiran koordinasi otak dan motor murid-murid. Satu daripada masalah yang utama yang dihadapi oleh guru adalah mengajar murid-murid yang mempunyai kemahiran motor halus dan kasar yang berbeza-beza antara satu sama lain di dalam bilik darjah. 3.8 Pemikiran Celik Akal Pemikiran celik akal didefinisikan sebagai pemikiran yang melibatkan gerak hati dan kebijaksanaan. Pemikiran celik akal ini juga merujuk kepada kebolehan mental seseorang individu untuk menggunakan celik akal yang berbentuk abstrak untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang sedia ada. Pemikiran ini juga berhubungkait dengan memperolehi penyelesaian secara tiba-tiba atau secara spontan dalam menyelesaikan sesuatu masalah seperti yang telah dikemukakan oleh Teori Kohler. Oleh itu, pengalaman ini dikenali sebagai pengalaman Aha. Ini adalah kerana ia berhubung-kait kepada situasi di mana individu-individu tersebut untuk mendapatkan sesuatu penyelesaian kepada masalah secara tiba-tiba atau spontan dan dalam keadaan yang tidak terancang. Melalui proses pemikiran celik akal, murid-murid akan mengalami pengalaman baru dan penyelesaian kepada masalah dan juga mendapat pengertian yang mendalam. Mengikut pengertian ini, apa yang tidak diketahui dan difahami pada masa yang lampau akan menjadi lebih jelas dan mudah kepada seseorang individu tersebut. Pengalaman lepas dan kesediaan murid-murid untuk belajar akan membantu mereka untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah mereka secara cepat dan lebih efisien. Strategi yang dicipta dari pemikiran jenis celik akal ini adalah berbeza daripada proses pemikiran yang normal. Guru patut menggunakan rangsangan yang sesuai untuk menggalakan pemikiran celik akal di kalangan murid-murid mereka dengan menggunakan alat bantu mengajar seperti kotak teka-teki, radas matematik dan sebagainya. Guru juga mesti memastikan memberi penjelasan yang sangat jelas tentang proses-proses dan kaedah-kaedah yang terlibat sebelum memberi arahan kepada murid-murid untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pemikiran celik akal. Oleh itu, guru perlu memikirkan cara-cara yang berbeza untuk menyemai pelbagai kemahiran berfikir di kalangan murid-murid. 4.0 TEKNIK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR Salah satu matlamat yang penting dalam pendidikan adalah membantu murid-murid dengan menggabungkan pemikiran kreatif untuk menjanakan idea-idea dan pemikiran kritikal untuk menilai idea dengan lebih produktif. Kedua-dua jenis pemikiran ini adalah sangat penting bagi membentuk seorang pemikir yang seimbang. Menurut Dr. Edward de Bono dalam CoRT Thinking Programme, kemahiran berfikir seseorang murid boleh dipertingkatkan melalui teknik-teknik seperti berikut : i. Mengadakan perbincangan di antara murid-murid di dalam sesuatu kumpulan kecil dengan mempertimbangkan sesuatu idea atau isu semasa dari segi kebaikan dan kelemahan ii. Menggunakan teknik penyelesaian masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu alternatif, kemungkinan atau pilihan untuk membuktikan hipotesis atau mendapat sesuatu rumusan iii. Membimbing murid supaya mempertimbangkan semua faktor dalam proses pilihan atau semasa membuat keputusan iv. Membimbing murid meneliti segala akibat yang mungkin berlaku dalam jangka masa pendek serta jangka masa panjang v. Membimbing murid meninjau sesuatu idea atau pendapat dari sudut pandangan orang lain vi. Membimbing murid supaya memahami dan menentukan tujuan dan objektif tentang sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang tepat. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah adalah untuk menyemai pengajaran kemahiran berfikir dalam konteks kurikulum dan bukan kurikulum adalah seperti yang berikut: Pengajaran langsung pemikiran dalam konteks bukan kurikular - Dalam pengajaran langsung murid-murid belajar melakukan satu siri urutan tugas dengan penjelasan daripada guru. Oleh yang demikian, pengajaran langsung boleh digunakan untuk pengajaran pada tahap tinggi seperti penaakulan deduktif dan induktif, sejarah, analisa sastera, kimia, sains, penaakulan undang-undang dan sebagainya. Penggunaan kaedah-kaedah yang mengalakkan pemikiran dalam konteks kurikular - Guru perlu menyusun semula kaedah pengajaran dan hasil pembelajaran untuk memasukkan kemahiran berfikir secara spesifik yang mereka ingin terapkan setiap hari dalam konteks kurikular Penyusunan pelajaran dengan objektif kemahiran yang spesifik - Guru perlu menyusun semula pelajaran dengan objektif kemahiran berfikir yang spesifik semasa melakukan sesuatu kurikulum. Mereka juga perlu mengenal tugas-tugas pemikiran yang sebenar di mana murid-murid dijangka akan buat. PENYEMAIAN KEMAHIRAN BERFIKIRKAEDAH MENGGALAK KEMAHIRAN BERFIKIR

- Menyemai kemahiran berfikir kreatif- Menjana banyak pilihan divergen bagi sesuatu situasi penyelesaian masalah

- Menyemai kemahiran berfikir mata-kognisi- Memantau, menilai dan memandu pemikiran sendiri

- Menyemai pemikiran kritikal atau kemahiran berfikir secara konvergen- Menganalisis komponen dan hubungan dalam sesuatu sistem

- Menyemai pemikiran divergen- Membanding dan membezakan pilihan-pilihan

- Menyemai kemahiran berfikir divergen dan penaakulan- Membuat inferens atau kesimpulan dan pentafsiran dari data

Jadual 2 : Kaedah-kaedah untuk menyemai kemahiran berfikir Oleh itu, guru-guru perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu murid-murid menjadi pemikir yang efektif walaupun mereka memiliki gaya-gaya pembelajaran yang berlainan. 5.0 KESIMPULAN Kemahiran berfkir adalah berkait rapat dengan kemahiran belajar. Semasa kita belajar, kita menggunakan kemahiran berfikir untuk memahami atau mengingati fakta dan ilmu pengetahuan yang dikaji. Selain itu, kita gunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi semasa proses pembelajaran. Bagi masalah yang kompleks dan rumit, kita perlu gunakan kemahiran berfikir secara kritis dan bagi masalah yang bersaintifik atau menjana dan menghasilkan idea baru, kita juga perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif. Terdapat beberapa jenis kemahiran berfikir iaitu pemikiran secara mendatar atau lateral, pemikiran menegak, pemikiran kritis, pemikiran kreatif, pemikiran divergen, pemikiran konvergen, pemikiran reka cipta dan pemikiran celik akal. Setiap guru perlu menggunakan strategi pembelajaran yang sesuai dan menggunakan alat bantu mengajar yang efektif agar pengajaran dan pembelajaran lebih kreatif dan menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif dan lebih kritis. Oleh itu, guru-guru perlu mengenal jenis-jenis pemikiran yang menekankan kebolehan murid-murid dalam setiap pelajaran dan perlu menyemai kemahiran berfikir yang asas seterusnya kemahiran berfikir pada tahap yang tinggi dalam aktiviti kelas seperti membuat keputusan dan metakognitif iaitu menekankan tentang kemahiran berfikir. Di samping itu, guru perlu tahu apa kaedah yang sesuai untuk menggalakkan kemahran berfikir di kalangan murid-murid. Secara kesimpulannya, kemahiran berfikir adalah sangat penting dalam menggalakkan murdi-murid berfikir secara lebih kreatif dan lebih kritis. Pendahuluan: Kemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK). Beberapa dokumen khusus bagi memantapkan pelaksanaan KB telah dihasilkan untuk beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni, dan Kajian Tempatan. Namun pelaksanaan ini masih belum mantap dan kurang diberi penekanan. Pendedahan yang berterusan dan sistematik diperlukan agar guru dapat memperluas pelaksanaan KB dalam pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran. Penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi. Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula, KB adalah antara unsure utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat. (KPM, 2001) Konsep Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kritis Menurut George (1970) dalam Som dan Mohd Dahalan (1993) menyatakan bahawa pemikiran ialah suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semula jadi yang kompleks. Sementara Edward de Bono (1976) pula menyatakan pula terdapat perkaitan antara kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. Selain itu, Mayer (1977) menyatakan bahawa kemahiran berfikir sebagai proses operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau system kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. Manakala, Chaffee (1988) pula berpendapat bahawa kemahiran berfikir ialah proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Vincent Ryan Ruggiero (1984) pula berpendapat Thinking is any mental activity that helps formulate or solve a problem, make a decision, or fulfil a desire to understand. It is a searching for answers, a reaching for meaning. Selari denga itu, John Barell (1991) mendefinasikan kemahiran berfikir iaitu; I define thinking as a search for meaning and understanding that can involve tha anventurous generation of options, the attempt to arrive at logical, reasonable judgements, and reflection on the process Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pemikiran ialah proses penggunaan minda seseorang di dalam usaha memahami, mencari makna, penerokaan idea atau ciptaan, membuat keputusan, menyelesaikan masalah terhadap perkara yang dilalui oleh seseorang. Rujukan: Beyer, B.K. (1991) Developing a Thinking Skills Program. Allyn and Bacon, Boston. Chaffee, J. (1988). Thinking Critically. Boston: Houghton Mifflin Company. De Bono, E. (1976). Teaching Thinking. England: Penguin Books. Fraenkel, J.R. (1980). Helping Students Think and Value: Strategies for Teaching the Social Studies. Englewood Cliffs,. New Jersey: Prentice-Hall, INC. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. Mayer, B. (1983). Thinking, Problem Solving, Cognition. New York: Allyn Bacon. Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Ramli. (1993). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Pengenalan Am. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.