Tugasan 2 KRM3073

  • View
    23

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KRM3073

Transcript

Ijazah Sarjana Muda-Semester 2 Sesi 2014/2015

KRM 3073 : PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

TAJUKTUGASAN 2 AKTIVITI PENGAJARAN BERASASKAN teori konstruktivisme

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIKPROGRAM

MUHAMAD RIZAL BIN ARIFFIND20102041699Group UPSI02(A142PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF DR NOOR SHAH BIN SAAD

TARIKH SERAH: 18 APRIL 2015

TUGASAN 2: (Individu)Rancang SATU aktiviti pengajaran berasaskan teori konstruktivisme bagi SETIAP kaedah atau strategi penyelesaian yang tersenarai di bawah:

i. Kaedah induktif. ii. Kaedah koperatif JIGSAW.

1.0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kea rah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dalam proses pembinaan bangsa yang maju dan membangun. Pendidikan merupakan satu agensi terpenting dan mendapat perhatian semua pihak. Dalam proses pengajaran, guru-guru akan menggunakan pelbagai kaedah penyampaian untuk memudahkan berlakunya perubahan minat, tingkah laku, kemahiran dan memudahkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan minat dan penglibatan pelajar terhadap pelajarannya (Moores, 1987).Bagi mencapai kurikulum Matematik KBSR / KSSR yang dinayatakan dalam sukatan pelajaran Matematik KBSR / KSSR, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat dengan pendidikan Matematik iaitu guru Matematik, pensyarah Matematik institusi perguruan dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), penggubal kurikulum dan penggubal dasar pendidikan Matematik harus melakukan anjakan paradigma dari melihat Matematik sebagai ilmu kira mengira kepada Matematik sebagai ilmu menyelesaikan masalah, dari belajar dengan menerima pengetahuan kepada belajar dengan membina pengetahuan, dari mengajar sebagai pemberi pengetahuan dan maklumat kepada mengajar dengan menyediakan aktiviti-aktiviti untuk pelajar membina konsep dan kefahaman, dan dari peranan guru sebagai pemberi maklumat kepada peranan guru sebagai fasilitator.Pembelajaran merupakan perkara penting dalam perkembangan manusia yang sentiasa belajar untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian. Pembelajaran berlaku sepanjang hayat secara formal iaitu di peringkat sekolah, kolej dan universiti dan pembelajaran secara tidak formal adalah melalui persekitan seperti televisyen, asuhan ibu bapa serta pergajulan dengan rakan-rakan. Pembelajaran secara bukan formal pula boleh didapati melalui kursus-kursus dan bengkel-bengkel yang dilakukan di luar pembelajaran formal sebagai tambahan.Teori merupakan antara asas kepada sesuatu bidang termasuklah bidang psikologi pendidikan. Menurut E. R. Hilgard, R. C. Atkinson dan R. L. Atkinson (1975) dalam buku Introduction to

Psychology mentafsirkan pembelajaran adalah proses dalaman yang dialami oleh pelajar melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dan membawa perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal (Mok Soon Sang, 2010). Oleh yang demikian, teori pembelajaran boleh definisikan sebagai huraian prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang terjalin dan saling bergantung dalam penguasaan ilmu dan maklumat.2.0 Pendekatan Konstruktivisme

2.1 Definisi Fahaman Konstruktivisme

Pendekatan konstruktivisme memberi idea-idea baru tentang pertumbuhan kognitif dan pembelajaran. Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Tidak semua pengetahuan pelajar diperolehi pengalaman panca indera ataupun terdapat pengetahuan sejati dalam mental pelajar. Penekanan ditumpukan kepada keperluan pelajar utnuk membina pemahaman mereka dalam setiap konsep. Peranan utama dalam pengajaran bukanlah penyampaian pelajaran, penerangan ataupun perpindahan pengetahuan kepada pelajar , tetapi merupakan penciptaan situasi tertentu untuk membolehkan pelajar melalui sendiri pengalaman, renangan dan pengabstrakan.Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar yang mana pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri untuk pembinaan konsep atau pengetahuan sendiri. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing.

2.2 Teori Kognitif Piaget

Satu daripada perspektif teori, fahaman konstruktivisme adalah daripada aliran Neo-Piaget iaitu teori yang terbina berasaskan perspektif Jean Piaget. Piaget berpendapat bahawa manusia memiliki peringkat otak dan saraf yang tinggi. Dengan adanya otak, manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari pelbagai perkara. Tegasnya, proses pembelajaran merupakan proses mental dan bukannya proses mekanis. Proses mental melibatkan seseorang kanak-kanak menyerap menyerap atau meyesuaikan pengetahuan yang sedia ada dalam otak dengan data-data yang diperoleh daripada persekitaran. Pembelajaran sesuatu konsep akan hanya terjadi apabila seseorang kanak-kanak telah mencapai taraf kematangan yang tertentu.Teori Piaget telah membantu para sarjana pendidikan untuk memhami cara tingkah laku seseorang pelajar berkembang. Dalam teorinya, Piaget dapat menjelaskan pemahamannyatentang pengetahuan. Dalam usaha memahami mekanisme perkembangan intelektual, Piaget menggambarkan fungsinya dalam tiga perspektif:(i)proses mendalam tentang cara berlakunya perkembangan kognitif iaitu asimilasi, akomodasi dan ekuilibrium(ii) cara pembentukan pengetahuan

(iii) tahap perkembangan intelektual

Menurut Piaget, tiga tahap proses perkembangan intelektual berkenaan iaitu asimilasi, akomodasi dan ekuilibrium dapat diperjelaskan seperti berikut: Asimilasi adalah proses perpaduan antara informasi yang baharu dengan struktur kognitif yang telah dimiliki. Dalam proses ini, seseorang pelajar menggunakan struktur atau kemampuan yang sudah dimiliki untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dalam persekitarannya. Prasyarat penting untuk wujudnya asimilasi ialah struktur dalaman yang menggunakan informasi baharu. Namun, seseorang sering tidak mencantumkan informasi kerana tiadanya struktur asimilasi yang sesuai. Akomodasi pula ialah penyesuaian struktur dalaman dengan ciri-ciri tertentu daripada situasi khusus yang berupa objek atau kejadian. Dalam proses akomodasi, seseorang memerlukan modifikasi struktur dalaman untuk menghadapi reaksi persekitaran. Asimilasi dan akomodasi berfungsi sekali gus dalam menghadapi persekitaran berasaskan asas intelek. Ekuilibrium ialah kesinambungan dalam pengaturan yang memungkinkan seseorang berkembang serta berubah sementara untuk menjadi lebih mantap dan seimbang. Ekuilibrium merupakan proses dinamik yang secara terus menerus mengatur tingkah laku. Proses ekuilibrium juga disebut sebagai penyeimbangan antara dunia luar dengandunia dalam. Tanpa perkembangan intelektual, maka akan wujud ketidakseimbangan dalam proses berfikir.

2.3 Kaedah konstruktisme

Pendekatan konstruktivisme memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik yang bertujuan untuk membina konsep atau pengetahuan baru di mana guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada pelajar. Apabila maklumat barutelah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pengangan kuat mereka, baharulah bentuk baharu tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina. Beberapa ahli konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran bermakna bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada. Nik Azis Nik Pa (1999) berpendapat bahawa konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa menusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan suatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif dari luar.Rutherford dan Algren berpendapat bahawa pelajar mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara sama ada betul atau salah. Jika kefahaman dan pandangan diabaikan dan tidak diatasi, kefahaman atau kepercayaan asal mereka it uakan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan, mereka memberi jawapan yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme dengan mengaktakan bahawa pendidik cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan.. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan pelajar di dalam pengajaran dan pembelajaran.Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih. Kaedah konstruktivisme ini juga berkait rapat dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Justeru itu guru Matematik seharusnya mengambil kira apa yang pelajar tahu dan cuba mempertingkatkan interaksi antara pelajar agar pembelajaran menjadi lebih seronok dan bermakna. Oleh itu persekitaran pembelajaran konstruktivisme dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam bilik darjah melalui pemahaman kendiri akan konsep dan pengetahuan Matematik menerusi persekitaran pembelajaran kondusif.

2.4 Prinsip-prinsip konstruktivisme

Setiap pelajar yang menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif untuk mencerminkan dan membayangkan keperluan, sifat semulajadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya sendiri. Ahli konstruktivis mengangap bahawa ilmu pengetahuan tidak bolehwujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran lampau dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Secara keseluruhannya, prinsip pembelajaran konstruktivisme dapat disimpul