23
1.0 Pengenalan Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan. 2.1 TUJUAN PERKHEMAHAN SECARA UMUM Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini. Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius. Pergerakan pengakap dan pandu puteri sejak 80 tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya. Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut. Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar

Tugasan BIC bhgn 1.docx

Embed Size (px)

Citation preview

1.0 PengenalanBerkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan.2.1 TUJUAN PERKHEMAHAN SECARA UMUM

Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini. Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius. Pergerakan pengakap dan pandu puteri sejak 80 tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya. Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut.

Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabarJenis-jeniskhemahKhemahterdapatdalampelbagaibentuk, saizdankegunaaniaitu: Rigde tent Frame tent Dome tent Bell tentRidge tent Mempunyaitiang yang melintang di sepanjangbumbung. Diperbuatdaripada material nylon yang ringansupayamudahdibawadandilipat

Dome tent Berbentukgelembungdanmenggunakan material yang sesuaidanfleksibel. Ringan, mudahdibawadansesuaidigunakanuntukperkhemahanseperti di sekolahdansebagainya

.

Frame tent Khemahjenisbesar yang biasadigunakanuntukperkhemahankeluarga. Rangkakhemahakandipasangdahuludankanvasdipasangkemudian.

Bell tent Mempunyaisatutiangtinggi di puncakkhemah. Khemahjenisinisudahjarangdigunakandandigantikandengankhemahjenis DOME.

Shelter Shelter sukaruntukdibinadanmemerlukankemahiran yang tinggi Bolehmelindungidaripadaserangga,panas, hujan, angin, saljidansuhusejuk. BolehmenyembunyikandiridaripadamusuhbahayaJenis-jenis Shelter1.Phonco-Lean-ToMudahdancepatdibina.DiikatpadaduabatangpokokShelter tertutuppadasatubahagiansahajaPastikan shelter tidakmenghalaarahangin

2.Phonco Tent Mudahdibina. Diikatdiantaraduapokok Shelter tertutuppadaduabahagian,kiridankanan.

3.One man Shelter Mudahdibinadanterhalangdaririntanganangin. Saiz yang kecilmenjadikanialebihsejukdannyaman.

3.1 PEMILIHAN TEMPAT

Banyak tempat yang menarik di negara kita yang boleh dijadikan kawasan untuk berkhemah bagi sesebuah kumpulan. Tempat yang biasa menjadi pilihan ialah seperti di tepi pantai, tepi sungai, tepi tasik, kawasan pergunungan dan kawasan hutan. Pemilihan tempat adalah sesuatu yang amat penting kerana ia menjadi faktor utama keselesaan sesuatu aktiviti perkhemahan itu. Antara yang perlu diteliti semasa memilih tempat ialah :

1. Keselamatan peserta dan harta benda

Keselamatan peserta dan harta benda merupakan aspek yang terpenting yang perlu diambil kira. Keselamatan diri daripada bahaya-bahaya seperti kemungkinan tanah runtuh, serangan binatang buas, dan sebagainya haruslah diberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan nyawa peserta. Kawasan tapak perkhemahan haruslah mempunyai ruang yang cukup untuk bermain, bergerak, berehat, serta kawasan yang lapang untuk tapak perhimpunan. Kawasan yang sempit boleh mengundang kepada kecelakaan dan kemalangan. Antara lain yang perlu diambil perhatian ialah seperti memikirkan kemungkinan berlakunya bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan sebagainya. Keselamatan peserta semasa perjalanan ke tempat tapak perkhemahan juga dianggap penting. Oleh itu, taklimat perlu diberikan kepada peserta bagi mengatasi dan memudahkan bertindak semasa berlakunya kesesatan atau kecemasan ketika berada di dalam hutan atau di tapak perkhemahan tersebut.2. Kemudahan asas

Tempat yang ingin dijadikan tapak perkhemahan seharusnya mempunyai kemudahan asas. Kemudahan asas ini ialah seperti bekalan air bersih yang berdekatan. Bekalan air yang bersih sebagai contohnya ialah daripada aliran sungai, danau, telaga, air terjun dan daripada sumber pili atau paip. Tujuannya adalah supaya senang untuk mandi dan membasuh selain menjadi sumber minuman. Selain daripada bekalan air, kawasan perkhemahan juga mestilah terletak dekat dengan kawasan yang mudah untuk mendapatkan bekalan kayu dan bahan api yang banyak. Kemudahan lain yang perlu ada ialah seperti jalan perhubungan dan sebagainya3. Tempat menarik dan selesaKeseronokan merupakan salah satu daripada matlamat pekhemah Sehubungan itu, pemimpin seharusnya meneliti semasa memilih sesuatu tempat supaya matlamat itu tercapai. Biasanya kawasan seperti di tepi pantai, sungai, dan tasik merupakan kawasan yang menarik dan menjadi pilihan utama untuk diadakan perkhemahan.

4. KawasanKawasan yang sangat sesuai untuk berkhemah ialah kawasan yang berada di kawasan yang agak tinggi. Jangan berkhemah di tempat yang mempunyai tanda-tanda pertumbuhan rumput. Ini sedikit sebanyak akan menyukarkan peserta untuk mendirikan khemah dan untuk beraktiviti di kawasan tersebut. Kawasan perkhemahan juga haruslah berdekatan dengan kawasan bandar kerana mempunyai sistem pengangkutan yang

baik dan sempurna. Kawasan yang bertanah lembap pula tidak sesuai untuk berkhemah. Selain itu juga, kawasan tapak perkhemahan haruslah diperiksa terlebih dahulu supaya bebas daripada serangga-serangga yang boleh mengganggu semasa berkhemah. Seorang ahli perkhemahanyang mahir dan baik seharusnya memeriksa kawasan perkhemahanterlebih dahulu sebelum mengadakan aktiviti perkhemahan.

3.2.1 Mendapatkan kebenaranSeharusnya beberapa kebenaran perlu diperoleh sebelum diadakan sesuatu perkhemahan. Antaranya ialah seperti surat-surat permohonan kebenaran yang perlu dihantar sekurang-kurangnya 2 bulan daripada tarikh perkhemahan. Pemimpin boleh menelefon pihak tertentu terlebih dahulu untuk memohon kebenaran menggunakan tapak perkhemahan. Selepas itu, surat permohonan rasmi perlu dihantar kepada pihak berkenaan. Antara kebenaran lain yang perlu ialah seperti kebenaran pengetua atau penganjur, kebenaran pemilik tapak perkhemahan, kebenaran ibubapa penjaga dan lain-lain kebenaran jika perlu.3.2.3 Perancangan aktiviti3.2.3.1 JadualPemimpin atau pihak penganjur seharusnya menetapkan aktiviti yang hendak dijalankan dalam sesuatu perkhemahan. Penganjur seharusnya menyenaraikan aktiviti

tersebut supaya sesuai dengan objektif perkhemahan tersebut. Aturcara serta aktiviti yang dirancang dengan teliti dapat menghasilkan perkhemahan yang menyeronokkan serta dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Antara contoh jadual aturcara yboleh digunakan ialah seperti berikut3.2.3.2 Aktiviti

Kebiasaannya aktiviti untuk setiap perkhemahan dirancang sebelum perkhemahan itu diadakan. Pelbagai aktiviti akan dijalankan untuk memastikan setiap perkhemahan itu menyeronokkan. Sebagai contoh:

1.0 Aktiviti terancang a)Flying foxb) Abscelingc) Repelingd) Jungle trackinge) Night walkf) Lain-lain aktiviti yang telah dirancang oleh pihak berkenaan.

2.0 Aktiviti bebas

a) Permainan yang dirangka b) Aktiviti kebudayaanc) Aktiviti aird) Senamane) Aktiviti berhalangan

3.2.4 Persiapan akhir sebelum berkhemah

Lebih kurang tujuh hari sebelum diadakan sesuatu perkhemahan, ketua atau jawatankuasa tertinggi haruslah menyelesaikan persiapan terakhir. Persiapan terakhir ini sangat perlu bagi memastikan semua perancangan yang dilakukan sebelum ini dapat dijalankan dengan lancar. Di antara perancangan akhir termasuklah menyemak persiapan awal, mesyuarat akhir, taklimat kepada peserta, dan persiapan alatan.

1.0 Mesyuarat

Mesyuarat dilakukan bagi membincangkan beberapa perkara seperti pembahagian tugas, menyemak kembali alatan yang hendak dibawa dan seterusnya menyelesaikan beberapa masalah yang mungkin timbul sepanjang persediaan yang dilakukan.

2.0 Taklimat kepada peserta

Satu taklimat khas tentang perkhemahan harus diadakan. Semua peserta diwajibkan hadir dalam taklimat tersebut. Taklimat ini juga harus merangkumi taklimat keselamatan, taklimat aktiviti dan lain-lain. Peserta juga haruslah didedahkan dengan gambaran sebenar perkhemahan secara ringkas seperti tempat, tujuan perkhemahan, aktiviti yang akan dijalankan, penyertaan, dan program secara menyeluruh. Dalam taklimat keselamatan pula, langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh peserta harus diterangkan. Ini untuk memberi persediaan mental dan emosi kepada semua peserta. Peraturan-peraturan perkhemahan juga harus diterangkan secara terperinci walaupun peserta sudah kerap menghadiri perkhemahan.

3.0 Peralatan perkhemahan

Peralatan untuk berkhemah seperti khemah, peralatan kerja dan memasak seharusnya disediakan terlebih awal. Bilangan, kepadatan dan berat peralatan yang dibawa bergantung kepada pemilihan peralatan yang mustahak dan serbaguna diutamakan. Peralatan serta barang yang hendak dibawa haruslah disenaraikan setelah kawasan perkhemahan itu ditetapkan. Setiap peserta seharusnya membawa peralatan masing-masing. Bilangan bagi setiap jenis peralatan yang dibawa bergantung kepada jumlah hari berkhemah dan kemudahan tertentu.

Antara peralatan yang boleh dibawa oleh individu ialah :

a) Pakaian seperti baju, seluar tuala dan kelengkapan diri yang mencukupi.b) Peralatan mandic) Kompasd) Wisele) Lampu suluhf) Mancis dan pisaug) Pinggan dan mangkukh) Pen dan buku catatani) Lain-lain peralatan

Bagi peralatan kumpulan pula ialah seperti :

a) Khemahb) Skop dan cangkulc) Parangd) Talie) Kotak pertolongan cemas

f) Lampu gasling) Baldih) Alatan untuk aktivitii) Lain-lain peralatanPeralatan untuk memasak juga sangat penting untuk perkhemahan. Pemilihan peralatan yang mustahak dan serbaguna perlu diteliti. Bekas makanan yang paling sesuai untuk dibawa semasa perkhemahan ialah yang diperbuat daripada aluminium. Ini kerana ia sangat ringan dan memudahkan seseorang untuk membawanya. Di antara peralatan memasak serbaguna yang boleh digunakan ialah seperti mess tin, periuk, kuali dan bekas air.

Pack yang juga dikenali sebagai beg galas merupakan sejenis alat khusus yang digunakan bagi membungkus dan membawa pakaian, makanan dan peralatan semasa berkhemah dan mengembara. Pack diperbuat daripada kain tebal atau nilon. Ia mempunyai banyak jenis, model dan saiz. Pack sangat diperlukan untuk membawa bebanan yang banyak dan merupakan cara yang paling selamat untuk bahu.

Lampiran D

CONTOH SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Nama dan Alamat Ibu Bapa / Penjaga

--------------------------------------------------

--------------------------------------------------Tarikh ------------------

Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Sementa ,Jalan Kapar,41400 Klang,Selangor Darul Ehsan.

Tuan / Puan,

KEBENARAN UNTUK MENYERTAI AKTIVITI PERKHEMAHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 2000

Saya .. No K/P

Ibu / Bapa / Penjaga kepada

Tingkatan . memberi kebenaran kepada anak / anak jagaan saya mengambil bahagian dalam perkhemahan tersebut di atas.

2. Sesungguhnya saya mengetahui dan faham bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Sementa akan mengambil langkah-langkah keselamatan namun demikian saya mengaku tidak akan mengambil tindakan undang-undang atau mahkamah terhadap pihak atau wakilnya yang berkaitan dengan apa-apa kehilangan harta,kemalangan,kecacatan anggota atau sebarang kecederaan lain terhadap anak / anak jagaan saya yang berlaku dalam perjalanan pergi dan balik atau sepanjang perkhemahan tersebut.

3. Saya juga memberi kebenaran kepada pihak sekolah / pengelola wakilnya memberi rawatan kecemasan atau pertolongan perubatan kepada anak / anak jagaan saya jika di dapati perlu.

Pengakuan dibuat oleh:Saksi:

.. Tandatangan TandatanganNama: Nama:No. K/Pengenalan: No. K/Pengenalan:Tarikh: Tarikh:

Lampiran H

SURAT PEMBERITAHUAN TENTANG PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2000.

Rujukan Kami :Rujukan Tuan :Kepada,

Rujuk Lampiran

Tuan / Puan,

PEMBERITAHUAN TENTANG PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2000.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk

2.Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan Perkhemahan Tahunan seperti mana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai perkhemahan tersebut adalah seperti berikut:-

2.1Tajuk :Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2000.2.2Tarikh :21 Julai 2000 Hingga 23 Julai 2000.2.3Masa :Sepenuh masa.2.4Tempat :Kawasan padang sekolah Sekolah Kebangsaan Sementa.2.5Sasaran :Pelajar Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Sementa.2.6Penyertaan :200 pelajar dan guru.

Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARAKLANG CEMERLANG KLANG BOLEH

Saya yang menurut perintah,

( Ahmad Kasdu bin Mohd Ali)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Sementa,Klang.

Lampiran I

Contoh surat pelantikan dalaman

_________________________________

_________________________________

_________________________________

Tuan / Puan,

Surat Pelantikan

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Sehubungan itu tuan / puan dengan ini dilantik sebagai

____________________________________________________

dalam Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2000 yang akan diadakan pada ketetapan berikut: -

Tarikh: 21 Julai 2000 hingga 23 Julai 2000.Masa: Sepenuh masa.Tempat: Kawasan Padang Sekolah Sekolah Kebangsaan Sementa.

3. Bersama ini dilampirkan panduan tugas untuk makluman serta tindakan tuan

Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARAKLANG CEMERLANG KLANG BOLEH

Saya yang menurut perintah,

(Ahmad Kasdu bin Mohd Ali)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Sementa.

Lampiran J

Contoh surat memohon kebenaran mengadakan perkhemahan daripada Guru Besar

Setiausaha,Rujukan Kami :Jawatankuasa Pelaksana,Rujukan Tuan : Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam, Tarikh :Sekolah Kebangsaan Sementa.

Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Sementa,Jalan Kapar,41400 Klang.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PERKHEMAHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2000.

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu dipohon kebenaran tuan untuk kami mengadakan perkhemahan tersebut pada ketetapan berikut :

2.1 Tarikh :21 Julai 2000 hingga 23 Julai 2000.2.2 Hari :Jumaat hingga Ahad.2.3 Masa :Sepenuh masa.2.4 Tempat :Kawasan padang Sekolah Kebangsaan Sementa.

3. Bersama-sama ini dilampirkan kertas cadangan perkhemahan untuk maklumandan tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(Abdul Ghaffar bin Abdul Karim)Penolong Kanan Kokurikulum,Sekolah Kebangsaan Sementa,MerangkapSetiausaha, Jawatankuasa Pelaksana Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam.