36
1.0 Pengenalan Pendidikan di Malaysia adalah berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang sedang membangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjamin pembangunan sesebuah negara. Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penekanan yang diberikan untukmenjana pembangunan modal insan yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sepertimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara (KPM,2001).Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan- keperluan individu, masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirumuskan pada tahun 1988 dan dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi: Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan 1

Tugasan BMM 3101

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tugasan BMM 3101

1.0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

FPK digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan

inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang

sedang membangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal

insan. Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjamin pembangunan sesebuah

negara. Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan

hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penekanan yang diberikan

untukmenjana pembangunan modal insan yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek sepertimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan .

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap

pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar 

pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea,

konsep dan matlamat pendidikan negara (KPM,2001).Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan

Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan

mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan

negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirumuskan pada tahun 1988 dan dinyatakan

dalam Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu  untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada  Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan  berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

1

Page 2: Tugasan BMM 3101

2.0 (a) Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan perkaitannya dengan matlamat Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah .

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada  kemahiran 

bahasa,  iaitu  Kemahiran  Mendengar  dan  Bertutur, Kemahiran  Membaca,   dan  Kemahiran  

Menulis.   Kemahiran  bahasa  ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara

berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa   ilmu untuk pembelajaran seumur hidup

bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi  tujuan  rekreasi. Sukatan pelajaran ini 

juga memberikan  pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran,  minat,  dan  kecerdasan 

yang  berbeza   di  kalangan  murid.

            Sukatan Pelajaran memberikan  gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa

Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung  matlamat, objektif, dan organisasi  kandungan. 

Organisasi  kandungan  merangkumi  Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa,

dan Pengisian Kurikulum

Matlamat Sukatan Pelajaran

Matlamat  Kurikulum  Bahasa  Melayu  Sekolah  Rendah  adalah  untuk melengkapkan murid

dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,

memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian

Objektif sukatan pelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat:

1. mendengar  pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam

konteks perbualan harian dan situasi formal;  

2.    bertutur  petah  menggunakan  sebutan  dan  intonasi  yang  betul  dalam pelbagai situasi 

3.    berbincang  dan  berkongsi  pendapat  untuk  menyelesaikan  masalah, mencapai

persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;  

4.    membaca  pelbagai  bahan  sastera  dan  bahan  berunsur  pengetahuan menggunakan 

teknik    membaca  yang  sesuai  dan  berkesan  untuk memperoleh ilmu dan memproses

maklumat secara kritis; 

2

Page 3: Tugasan BMM 3101

5.    memupuk  minat  membaca  sebagai  satu  amalan   ke  arah  membina budaya

pembelajaran berterusan; 

6.    memperkembang  kekuatan  imaginasi,  kreativiti,  pemikiran  kritis,  dan penghayatan nilai

murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis; 

7.    mengenali  dan  menghasilkan  pelbagai    jenis  penulisan  kreatif  dan berunsur

pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul; 

8.    menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata,  tatabahasa,dan sebutan 

yang  betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis; 

9.    menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur

ilmu; dan 

10. menghayati  dan  mengamalkan  nilai  murni,  sikap  positif,  semangat patriotisme , dan

perasaan cinta akan negara.

Organisasi sukatan pelajaran

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah   digubal dengan memberikan fokus  kepada  Hasil 

Pembelajaran  yang  perlu  dikuasai  oleh  murid.  Hasil Pembelajaran ini berteraskan

kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan  Bertutur,  Kemahiran  Membaca,  dan 

Kemahiran  Menulis.  Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem

Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.

 Kemahiran Bahasa

Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

Kemahiran  Mendengar

Kemahiran  Mendengar  merupakan    keupayaan  murid  mendengar dengan teliti ,  memahami

perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum

balas.

Kemahiran  Bertutur

3

Page 4: Tugasan BMM 3101

Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan  

menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea   yang   kritis dan kreatif dengan

sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi  kepada  penggunaan

pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran  Membaca

Kemahiran  Membaca  merupakan  keupayaan  murid  membaca  ayat dengan lancar  serta

sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi  kepada aspek pemahaman dan

penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Kemahiran  Menulis

Kemahiran Menulis merupakan   keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan

mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan

dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda

baca dan  ejaan yang  betul,  serta  tulisan  yang  jelas,  cantik,  dan  kemas.  Murid  juga

digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur

pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan

kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.

2.0 Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Matlamat Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah .

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mempunyai fokus utama iaitu melahirkan insan

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual dan yang sering disebut oleh guru-

guru sebagai JERI. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat

unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau

sebaliknya. FPK juga bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan ,

berketrampilan , beraklak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran negara .

Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi

pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting

dalam penghasilan individu yang menjadi hasrat negara. Ia sememangnya mempunyai

hubungan yang rapat dengan matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu khasnya dalam

beberapa aspek seperti rohani , intelek , jasmani , bakat , akhlak , sosial dan nilai-nilai estetik .

4

Page 5: Tugasan BMM 3101

(a) Intelek

Intelek merujuk kamus dewan bermakna kemampuan (daya) berfikir dan memahami

(menganalisa), akal budi, golongan – golongan cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan

terpelajar. Di sini jelas Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam melahirkan insan

yang berintelek tinggi dan berketerampilan. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani.

Oleh sebab itu, Kurikulum Sukatan Pelajaran berperanan membantu para guru bagi merancang

pengajaran secara tersusun, dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar yang

mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Seorang insan yang

mempunyai berdaya fikir yang tinggi , mampu bersaing di antara satu sama lain bagi mencapai

cita – cita dan aspirasi negara kita. Secara tidak langsung mereka dapat memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara seperti mana yang

dihasratkan dalam FPK .

Di antara matlamat Sukatan Bahasa Melayu adalah melengkapkan murid dengan keterampilan

berbahasa dan berkomunikasi . Berpandukan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu , murid diajar

menggunakan bahasa dengan intonasi yang betul , menggunakan tatabahasa dengan betul dan

kemahiran-kemahiran bahasa yang lain . Ini membekalkan murid dengan ilmu pengetahuan

dalam penggunaan Bahasa Melayu dengan lebih berketerampilan dalam menjalinkan hubungan

sosial dan dalam urusan harian .

  

(b) Rohani

Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan aspek rohani dan dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu aspek rohani ini diterapkan ke dalam jiwa murid–murid semasa proses

pengajaran dan pembelajaran . Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilai–nilai murni boleh

diterapkan ke dalam diri murid–murid seperti nilai–nilai kasih sayang, bekerjasama, disiplin,

tolenransi, bertolak ansur, kesyukuran, dan pelbagai lagi. Selain itu , dalam sukatan pelajaran

Bahasa Melayu juga terdapat aktiviti mengenalpasti nilai-nilai murni yang terdapat dalam

sesuatu petikan . Ini dapat membantu murid-murid mengenali nilai-nilai kerohanian yang dapat

diamalkan dalam kehidupan harian mereka .Jika nilai–nilai ini dapat disemat ke dalam diri

murid–murid, mereka akan bersikap lebih keronahian dari segi tingkah laku dan berakhlak mulia

5

Page 6: Tugasan BMM 3101

. Secara tidak langsung matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai iaitu

mewujudkan keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara .

 (c) Jasmani

  

Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga boleh menekankan aspek jasmani. Di samping

melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan nilai rohani yang baik, aspek fizikal

jasmani murid pula perlu sihat dan cergas. Guru boleh menggabungjalinkan mata pelajaran

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam bahasa Melayu dengan menyelitkan elemen–elemen

kesihatan. Contohnya pengajaran tentang petikan kesihatan berkaitan penjagaan diri,

kebersihan diri, makanan seimbang ataupun mengajar tentang pergerakan yang melibatkan

pergerakan fizikal semasa melakonkan sesuatu watak dalam cerita . Tidak dinafikan

kecergasan fizikal mampu membina minda yang cerdas . Oleh sebab itu Falsafah Pendidikan

Kebangsaan juga menekankan aspek fizikal dalam melahirkan insan yang seimbang .

(d) Bakat

  

Dalam kalangan murid–murid kita mempunyai bakat–bakat tertentu seperti menyanyi, berlakon,

bersyair, bersajak, menari, dan pelbagai lagi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga

menekankan elemen bakat ini. Dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu misalnya,

pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan. Antaranya aktiviti lakonan,

mendeklamasi sajak, main peranan, bersyair, dan pelbagai lagi. Dengan ini, bakat murid–murid

akan dapat dicungkil. Tambahan pula, banyak pertandingan seperti bercerita, nyanyian, pidato,

berbalas pantun dan pelbagai lagi dianjurkan, sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, mahu

pun kebangsaan, bagi mecungkil bakat yang ada pada murid .

(e) Akhlak

6

Page 7: Tugasan BMM 3101

 Akhlak yang baik sangat dituntut dalam agama Islam. Begitu juga dengan agama lain yang

inginkan umatnya mempunyai budi perkerti dan akhlak yang baik. Dalam pengajaran Bahasa

Melayu juga dapat merealisasikan aspek ini. Guru perlu menerapkan nilai–nilai murni ke dalam

diri murid–murid. Contohnya, membantu rakan, menghormati orang tua mahu pun orang yang

lebih muda, memberi salam, dan pelbagai lagi.

(f) Sosial

  

Sosial juga penting dan harus diserap ke dalam diri murid–murid sekolah. Sosial ini boleh

dilakukan dengan menjalankan aktiviti seperti lakonan, perbincangan, dan lain–lain lagi. Guru

perlu menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakan–rakan, dengan guru–guru, dan

dengan sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sosial mereka lebih baik. Apabila sosial

mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat mereka dapat bergaul mesra dan dapat

berkomunikasi dengan baik. Sifat pemalu dapat dihindari dari dalam diri sesetengah murid.

(g) Nilai – nilai estetik.

 Nilai–nilai estetik adalah berkaitan dengan keindahan. Dalam pengajaran Bahasa Melayu,

nilai–nilai estetik ini dapat dilihat dari segi keindahan bahasa itu sendiri. Contohnya, dalam

pengajaran puisi seperti sajak, pantun, gurimdam, seloka, syair, dan pelbagai lagi. Keindahan

bahasa yang terdapat dalam puisi ini memang wujud dan dapat dirasai kehadirannya.

Contohnya penggunaan gaya bahasa dalam sajak, novel, cerpen, dan lain-lain seperti

metafora, personafikasi, dan lain – lain.

KESIMPULAN

7

Page 8: Tugasan BMM 3101

Dalam era globalisasi yang kian mencabar dan melalui arus-arus modenisasi, konsep

pembangunan modal insan amat ditekankan sebagai satu usaha menjadikan negara kita,

Malaysia maju, yakni setaraf dengan negara-negara luar. Ini termasuklah demi

pembangunan sejagat dalam bidang sains dan teknologi berdasarkan acuan sendiri serta

selari dengan hasrat Wawasan 2020 yang pernah diwar-warkan oleh mantan Perdana

Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad satu masa dahulu. Kita amat bertuah kerana

tidak lama dahulu iaitu pada tahun 1988, tergubalnya sebuah garis panduan yang diberi

nama Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini kerana oleh sebab falsafah inilah yang

membentuk sistem pendidikan Negara seterusnya melahirkan anak-anak Malaysia yang

berjaya.

Sesebuah falsafah yang digubal dalam sistem pendidikan sesebuah negara memainkan

peranan yang amat penting. Falsafah pendidikan menjadi satu pedoman, arah tuju dan

pandangan terhadap perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Di dalamnya terkandung

pelbagai hasrat untuk dilaksanakan yang menjadikan sistem pendidikan sebagai modus

operandinya. Maka dengan itu, sistem pendidikan adalah dibina berdasarkan falsafah

pendidikan. Oleh yang demikian, dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan terkandungnya

garis panduan yang menjelaskan arah tujuan sistem pendidikan negara kita. Ia menjadi

panduan setiap aktiviti pendidikan. Ia tidak lepas dari menjadi cerminan pemikiran dan

hasrat negara kita dalam melahirkan ciri-ciri individu yang dikehendaki oleh negara.

Sistem pendidikan negara kita mengalami anjakan paradigma dengan wujudnya Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Perubahan demi perubahan berlaku dari tahun ke tahun

sebagai tujuan untuk menghasilkan peningkatan kuantiti produk-produk generasi baru

yang berkualiti. Ini juga adalah kerana kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu

sendiri yang bersifat menyeluruh, sejagat dan bermotivasi. Pada pendapat saya, Falsafah

Pendidikan Kebangsaan bersifat menyeluruh kerana melibatkan keempat-empat unsur

dalam kehidupan kita. Unsur-unsur tersebut ialah rohani, jasmani, intelek dan sosial.

Unsur-unsur inilah yang memantapkan kehidupan harmonis, seimbang dan cemerlang.

Individu yang seimbang inilah dijamin dapat memaju ke arah kemajuan negara yang tiada

taranya. Pendidikan Bahasa Melayu di sekolah tidak lari dari landasan dalam mencapai

hasrat dan aspirasi negara berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi

pegangan utama guru-guru .

8

Page 9: Tugasan BMM 3101

Tuntasnya, sebagai guru, kita memainkan salah satu penggerak utama bagi menjayakan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai arkitek sosial, guru mempunyai

tanggungjawab besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu

semata-mata, malah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi

pendidikan yang dicita-citakan negara. Transformasi pendidikan ini termasuklah dalam

menjana modal insan cemerlang dan memupuk minda kelas pertama .

3.0 Konsep 5P dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu .

Konsep 5P adalah suatu strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu . 5P adalah

singkatan bagi elemen penggabungjalinan , penyerapan , penggayaan , pemulihan dan

penilaian . Kelima-lima elemen tersebut adalah sangat penting dan amat ditekankan

penggunaannya di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu . Setiap

elemen tersebut adalah penting untuk guru merancang strategi pengajaran dan pembelajaran

yang efektif dan menyeronokkan . Semua elemen dalam konsep 5P ini dijalankan secara

bersepadu dan tidak secara berasingan .

( i ) Penggabungjalinan

Penggabungjalianan bermaksud pengintegrasian pelbagai kemahiran untuk

menghasilkan pelajaran yang menyeluruh dan bersepadu .Penggabungjalinan bertujuan untuk

membantu guru memastikan murid mengusai beberapa kemahiran secara serentak . Menurut

Kamarudin Haji Husin (1990) , strategi ini bertujuan mengukuhkan kemahiran antara satu sama

lain dan menjadikan aspek pembelajaran saling melengkapi dalam sesuatu pelajaran agar

pembelajaran tersebut lebih menarik dan bermakna . Melalui penggabungjalinan , guru boleh

mewujudkan lebih banyak aktiviti dan melibatkan lebih ramai murid .

  Sebelum mengaplikasikan strategi penggabungjalinan dalam pengajaran dan

pembelajaran, seseorang guru perlu memahami dan mematuhi prinsip-prinsip yang terkandung 

di dalamnya.  Prinsip utama strategi penggabungjalinan ialah, ia mestilah bersifat boleh ubah

dan perlu selaras dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin

dicapai.  Seterusnya, guru perlu tahu dan menetapkan jumlah kemahiran yang ingin

digabungjalinkan dalam sesebuah pengajaran.  Guru perlu menggabungjalinkan sekurang-

kurangnya dua kemahiran dalam sesebuah pengajaran.  Guru juga mestilah merancang

kemahiran fokus dan kemahiran sampingan dengan baik.  Prinsip terakhir ialah,

9

Page 10: Tugasan BMM 3101

penggabungjalinan yang ingin dilakukan oleh guru perlu diseimbangkan dengan kebolehan,

pencapaian dan keperluan murid-muridnya. Strategi penggabungjalinan mempunyai tiga bentuk

, iaitu :

a.  Penggabungjalinan Kemahiran

Terdapat tiga kemahiran utama dalam pengajaran bahasa Malaysia yang perlu dikuasai oleh

murid-murid.  Kemahiran-kemahiran tersebut ialah kemahiran lisan, membaca dan menulis. 

Dalam sesebuah pengajaran yang menggunakan strategi penggabungjalinan, guru perlu

menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua kemahiran tersebut dalam pengajarannya.  Ini

bermakna murid-murid akan memperoleh dan menguasai dua atau lebih kemahiran dalam

masa yang sama. Kemahiran tersebut boleh dibahagikan kepada fokus utama dan fokus

sampingan.  Selain daripada kemahiran-kemahiran bahasa, guru juga boleh

menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam mata

pelajaran bahasa Malaysia.  Kemahiran-kemahiran tersebut seperti Muzik, Pendidikan Seni,

Sains, Sastera dan sebagainya boleh digunakan oleh guru ketika menyampaikan

pengajarannya. Aktiviti-aktiviti seperti nyanyian, pergerakan, melukis, mendeklamasikan sajak,

lakonan dan sebagainya boleh membantu merangsang minat murid untuk melibatkan diri dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran.

b.  Penggabungjalinan Aktiviti

Guru boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan

dan kesesuaian pengajarannya.  Aktiviti-aktiviti yang ingin dilaksanakan perlu merangkumi

aspek-aspek seperti lisan, bacaan dan tulisan.  Penggabungjalinan aktiviti perlu dirancang

dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik, misalnya aktiviti membaca disusuli

dengan mengesan isi-isi utama, kemudian membuat ulasan dan seterusnya menulis ulasan

dalam buku latihan.  Aktiviti lisan seperti perbincangan boleh digabungjalinkan dengan aktiviti

membaca, iaitu memahami sesuatu isu yang dibincangkan dan diikuti oleh aktiviti penulisan

berdasarkan isu yang telah dibincangkan.

c.  Penggabungjalinan BahanPenggabungjalinan bahan pula memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau tema

pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan

oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajarannya di dalam

kelas.  Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan tulis, gambar-gambar

sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan

semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja

yang dapat dialami oleh murid-murid. Bahan-bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau

10

Page 11: Tugasan BMM 3101

bahan sokongan.  Guru perlu merancang agar bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan,

pengalaman dan tahap pencapaian murid.  Bahan-bahan tersebut boleh digabungjalinkan

mengikut keperluan masa dan mempunyai pertalian dan urutan yang baik.  Misalnya keratan

akhbar yang memuatkan isu-isu semasa boleh digabungjalinkan dengan bahan lisan, iaitu

murid-murid boleh membuat ulasan, perbincangan dan sebagainya terhadap bahan tersebut.

(ii) Penyerapan

Penyerapan merupakan proses menyerapkan dan menyatukan ilmu pengetahuan daripada

beberapa mata pelajaran ke dalam satu mata pelajaran bahasa. Penyerapan adalah proses di

mana ilmu , nilai , kewarganegaraan , peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah

diserapkan di dalamn pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu .

Jenis penyerapan

a. Penyerapan Ilmu

Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu . Contohnya ,  dalam tahap satu, penyerapan

mata pelajaran Alam dan Manusia seperti isi pengetahuan yang berkaitan alam sekitar,

tumbuhan, haiwan, kemanusiaan, kemasyarakatan, dan kesihatan, diserapkan dalam

pelajaran bahasa. Murid akan memperoleh pengetahuan dalam isi kandungan mata pelajaran

Alam dan Manusia, di samping dapat menguasai kemahiran bahasa. Beberapa mata

pelajaran lain seperti Agama, Moral, Muzik, Seni, Pendidikan Jasmani, juga boleh diserapkan

ke dalam mata pelajaran bahasa (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Pengajaran akan lebih

kukuh sekiranya penyerapan pengetahuan diserapkan.

b. Penyerapan Nilai Murni

Nilai murni boleh diserapkan pada murid secara terancang dalam aktiviti pembelajaran .

Strategi utama yang boleh digunakan dalam penerapan nilai murni adalah melalui aktiviti secara

individu , berkumpulan dan kelas . Kadang kala nilai murni tidak dinyatakan secara terus tetapi

murid memperolehinya secara tidak langsung melalui aktiviti gerak kerja kumpulan dan kerja

projek yang dijalankan . Contohnya , guru boleh menyerapkan nilai kerjasama , disiplin ,

bertolak ansur , dan sebagainya semasa murid melakukan aktiviti secara kumpulan .

11

Page 12: Tugasan BMM 3101

Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik , berakhlak mulia ,

berhemah tinggi , berperibadi mulia dan prihatin .

c. Penyerapan Kewarganegaraan .

Semangat kewarganegaraan dan patriotisme yang berlandaskan kepada Rukun Negara

hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Hal ini selaras dengan

objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Penyerapan nilai tersebut boleh

diserapkan pada bila-bila masa ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan untuk

melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan

negara .

d. Penyerapan sosio-budaya

Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa , laras

bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia . Peraturan sosio-budaya

ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia .

e. Penyerapan Berfikir dan Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran berfikir perlu diserapkan dalam aktiviti pengajaran. Contoh-contoh kemahiran berfikir

yang boleh diserapkan dengan pelajaran bahasa ialah menentukan urutan, meramalkan,

menyelesaikan masalah dan lain-lain. Namun demikian, kemahiran nilai tambah seperti

kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi kemahiran belajar cara belajar, kajian masa

depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontruktivisme, dan pembelajaran konteksual juga

perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran, kebolehan

murid serta sumber yang ada. Pemilihan bahan perlulah sesuai dan hal ini dapat mengelakkan

kebosanan di kalangan murid (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Murid memperolehi

pengetahuan dan pengalaman secara tidak lansung, di samping mempelajari kemahiran

bahasa.

12

Page 13: Tugasan BMM 3101

(iii) Pengayaan

Pengayaan merupakan aktiviti yang diberikan guru kepada golongan murid yang mempunyai

tahap kemampuan yang memuaskan dan telah menguasai kemahiran asas . Aktiviti pengayaan

boleh dilakukan sama ada di luar atau di dalam kelas .Pengayaan merupakan strategi untuk

meluaskan pengetahuan dan pengalaman, di samping mengukuhkan kemahiran yang

dipelajari. Menurut Marzukhi Nyak Abdullah (1994), proses ini memberi peluang kepada murid

mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat

kepimpinan. Namun, penekanan yang diberikan berbeza-beza mengikut tahap kebolehan,

keupayaan, bakat, dan minat pelajar.

Contoh Aktiviti

Contoh bagi aktiviti pengayaan adalah seperti bacaan tambahan, kerja-kerja projek,

serta permainan dan rekreasi. 

Aktiviti bacaan tambahan yang boleh dijalankan seperti membaca buku cerita, majalah,

risalah, atau kad bacaan yang mengandungi tema yang sesuai. 

Kerja-kerja projek pula seperti mengadakan lawatan, perlaksanaan minggu bahasa,

membuat laporan, menulis cerita, dan sebagainya. 

Guru juga boleh melakukan aktiviti permainan dan rekreasi seperti mencari benda

tersembunyi, teka silang kata, meneka bunyi, permainan sahiba, dan lain-lain. 

Guru hendaklah mencipta aktiviti yang boleh melahirkan pemikiran kreatif dan kritis murid. 

Peluang sama rata kepada pelajar juga perlu diberikan, bagi mengembangkan sifat kepimpinan

sosial yang sedia ada. Hal ini seterusnya, akan meningkatkan keyakinan dan jati diri dalam diri

murid

(iv) Pemulihan

Pemulihan adalah aktiviti yang diberikan guru kepada golongan murid yang mempunyai tahap

kemampuan yang rendah . Pemulihan lebih berfokus kepada proses membantu murid

memperbaiki kelemahan mereka di dalam pembelajaran . Sekiranya murid itu mempunyai

masalah berat dalam penguasaan sesuatu kemahiran , dia perlu dimasukkan ke kelas khas

yang diajar oleh guru khas pemulihan. Selain itu, murid-murid perlu didedahkan dengan bahan-

bahan, kaedah dan gerak kerja yang bersesuaian berdasarkan masalah dihadapi. Contohnya,

guru memberikan latihan pengukuhan untuk dijadikan kerja rumah. Guru juga boleh

13

Page 14: Tugasan BMM 3101

menggunakan tenaga murid pintar untuk mengendalikan gerak kerja pengukuhan melalui

pembelajaran rakan sebaya. Contoh aktiviti pemulihan adalah seperti mengisi tempat kosong di

dalam petikan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang disediakan .

(v) Penilaian

Penilaian bertujuan mendapat maklumat tentang kesan dan pencapaian objektif pengajaran

atau pembelajaran, berdasarkan perlaksanaan pengajaran. Dalam sistem penilaian KBSR,

tahap satu mementingkan penilaian kemahiran asas 3M, sementara tahap dua pula

mengutamakan penilaian mengenai perkembangan murid secara menyeluruh, bersepadu dan

seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani, selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (Ab. Rahman Ab. Rash, Yap Kim Fatt, dan Ad. Rahim Selamat, 1997).

Jenis Proses Penilaian

Strategi penilaian terbahagi kepada dua jenis. Pertama, penilaian formatif iaitu penilaian serta-

merta untuk mengesan penguasaan kemahiran yang baru disampaikan. Ujian digunakan untuk

mengetahui tentang seseorang . Contoh ujian yang boleh dibuat, seperti dalam bentuk lisan

(termasuk bacaan atau kuiz), pemerhatian, amali atau menjawab soalan bertulis. Menurut

Marzukhi Nyak Abdullah (1994), guru hendaklah mengesan kemajuan murid dalam unit

pembelajaran yang diajar, di samping dapat mengesan perkembangan pembelajaran murid-

murid. Oleh itu, guru mengetahui penguasaan murid dalam kemahiran yang diajar dan juga nilai

yang ditanamkan dalam pengajaran. Murid juga mengetahui kelemahan mereka dan berusaha

untuk segera mengatasinya.

Kedua iaitu penilaian sumatif yang bertujuan untuk mengetahui keseluruhan tahap pencapaian

murid di akhir pembelajaran. Matlamat utamanya untuk memberi markah atau gred kepada

seseorang murid dan biasanya dijalankan di akhir penggal. Markah akan diserahkan kepada

penjaga. Daripada maklumat pencapaian, guru dapat mengenal pasti dan menilai

keberkesanan bahan, teknik dan kaedah pengajaran. Penilaian ini juga digunakan oleh guru

untuk menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pemulihan atau penggayaan .

.

14

Page 15: Tugasan BMM 3101

4.0 Banding beza matlamat , objektif dan kandungan sukatan pelajaran Bahasa

Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard sekolah

Rendah (KSSR) .

Persamaan

1. Digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .

2. Empat prinsip iaitu pendekatan bersepadu , perkembangan individu secara menyeluruh ,

peluang dan kuantiti pendidikan yang sama untuk semua murid serta pendidikan seumur

hidup .

Perbezaan

KBSR Ciri KSSR

Sukatan Pelajaran dan Huraian

Sukatan Pelajaran .Bahan Kurikulum

Dokumen Standard Kurikulum

yang merangkumi Standard

Pembelajaran dan Standard

Kandungan .

Memastikan perkembangan

potensi murid secara

menyeluruh , seimbang dan

bersepadu .

Matlamat

Pencapaian jangka panjang bagi

memastikan pelajar mempunyai

semangat kecintaan negara di

samping mengusai ilmu

pengetahuan , kemahiran dan

kompetensi serta melahirkan

modal insan yang boleh

menangani cabaran pada masa

hadapan .

Memfokuskan kepada

kemahiran seperti membaca ,

menulis , mengira , berfikir ,

belajar , saintifik dan teknikal .Objektif

Skop yang lebih luas seperti

kemahiran teknologi maklumat ,

kreativiti dan inovasi ,

keusahawanan serta kemahiran-

kemahiran yang diperlukan bagi

menyiapkan diri untuk

menghadapi cabaran masa

hadapan .

Linear Bentuk Kurikulum Modular

15

Page 16: Tugasan BMM 3101

Kurikulum disampaikan

mengikut turutan misalnya

bermula dari kandungan , hasil

pembelajaran dan seterusnya

aktiviti .

Kurikulum yang kandungannya

diorganisasikan dan seterusnya

disampaikan dalam bentuk

bahagian atau unit yang

dinamakan modul .

- Komunikasi

- Manusia dan alam sekeliling .

- Perkembangan individu .

Reka Bentuk Kurikulum

- Komunikasi

- Kerohanian , sikap dan nilai

- Kemanusiaan

- Perkembangan fizikal dan

estetika

- Sains dan teknologi

- Keterampilan diri

Penggabungjalinan

Pelbagai kemahiran yang

relevan .

Penyerapan

Integrasi dari mata pelajaran

lain .

Pengintegrasian Dalam

Kurikulum

- Elemen merentas kurikulum

- Kreativiti dan inovatif

- Keusahawanan

- Teknologi Maklumat dan

Komunikasi

16

Page 17: Tugasan BMM 3101

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 5 Ria 1

Tarikh : 6 Februari 2014

Masa : 9.40 – 10.40 pagi (60 minit)

Tema : Hasil Ternakan Kita

Tajuk : Penternakan Itik Nila

Fokus Utama : 2.2 Aras 3 (i) Membentangkan penemuan dan dapatan secara jelas

dan terperinci

Fokus Sampingan : 5.1 Aras 3(i) Membaca ayat dalam teks dengan sebutan dan intonasi

yang betul.

: 9.3 Aras 3 (i) Menterjemah maklumat yang terdapat dalam teks prosa

ke dalam bentuk grafik.

Objektif : Pada akhir proses pembelajaran dan pengajaran murid-murid dapat :

1. Membentangkan tiga hasil dapatan berdasarkan bahan bacaan

dengan betul.

2. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3. Menukarkan tiga maklumat yang diperoleh dalam bentuk carta alir

dengan betul.

Sistem Bahasa : Tatabahasa: Kata Sendi Nama.

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kemahiran Hidup, Pendidikan Muzik.

: Nilai : Kerjasama, hormat-menghormati, tekun.

Kemahiran Bernilai Tambah:

i) Kecerdasan Pelbagai- verbal- linguistik, intrapersonal.

ii) Kemahiran Berfikir - menjana idea, menyenaraikan maklumat

iii) Belajar Cara Belajar - mengingat, membaca pantas

Bahan Bantu : LCD, komputer riba, gambar, teks bertajuk Itik Nila, lembaran

kerja, seni kata lagu, akhbar Berita Harian Didik.

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat haiwan ternakan dan mendengar bunyi haiwan

ternakan.

17

Page 18: Tugasan BMM 3101

LANGKAH/

MASA

ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

CATATAN

Set Induksi

(5 minit)Nyanyian lagu bertajuk

‘Anak Itik’

Gambar itik Nila/Muscovy

Soalan:

1. Apakah haiwan

yang terdapat

dalam gambar ini?

2. Apakah tajuk

pelajaran pada hari

ini?

Guru memperdengarkan lagu bertajuk

Anak Itik menggunakan komputer riba.

Murid-murid menyanyi lagu yang

diperdengarkan.

Guru menunjukkan gambar itik dan

bersoal jawab tentang tajuk pelajaran

yang akan dipelajari.

Murid diminta meneka tajuk pelajaran

berdasarkan gambar itik.

Guru memperkenalkan tajuk yang akan

dipelajari kepada murid.

Kecerdasan

Pelbagai: Muzik,

verbal linguistik

Teknik: Didik hibur,

soal jawab

Ilmu:

Pendidikan muzik,

Kemahiran hidup

BBM: kad gambar,

seni kata lagu,

komputer riba, LCD

Belajar Cara

Belajar: Memerhati

dan mendengar

dengan berkesan.

Langkah 1

(10 minit)Teks Penternakan Itik Nila

(Rujuk lampiran 1)

Guru mempamerkan teks yang bertajuk

Penternakan Itik Nila menggunakan

LCD.

BBM: LCD dan

komputer

18

Anak itik Tok We,Mandi dalam kolam,Sakit apa Tok We,Sakit sendi tulang.Ubat apa Tok We.Ubat limau lelam.

Page 19: Tugasan BMM 3101

1. Mengapakah

muncung itik perlu

dipotong?

2. Proses

penternakan itik

terbahagi kepada

berapa peringkat?

3. Berapakah tempoh

masa yang diambil

oleh penternak

untuk menjual itik?

Beberapa orang murid diminta

membaca teks dengan sebutan dan

intonasi yang betul.

Murid dan guru berbincang secara lisan

tentang teks.

Murid menjawab soalan pemahaman

secara lisan.

Guru menilai jawapan murid dan

memberi peneguhan positif.

Teknik: Bacaan

mekanis, soal

jawab

Belajar Cara

Belajar: Memerhati

dan mendengar

dengan berkesan.

Langkah 2

(20 minit)

Mengumpul maklumat

Pembentangan hasil kerja

Guru membahagikan murid kepada 5

kumpulan. Setiap kumpulan terdiri

daripada 6 orang murid.

Secara berkumpulan, murid mencari

dan mengumpulkan maklumat tentang

proses penternakan itik Nila

berdasarkan teks.

Murid-murid diberi kad manila dan pen

marker untuk mencatat maklumat

tentang proses penternakan itik Nila.

Murid-murid berbincang dan mencatat

maklumat di atas kad manila.

Guru meminta murid melantik seorang

ketua untuk membuat pembentangan.

Wakil kumpulan yang dipilih tampil ke

BBM:

kad manila,

pen marker.

Teknik:

Perbincangan

Kaedah:

Koperatif

Nilai murni:

Kerjasama, hormat

menghormati

Kemahiran berfikir:

Menjana idea, mengumpulmaklumat, membanding beza

19

Page 20: Tugasan BMM 3101

hadapan kelas dan melekatkan kad

manila pada papan hitam.

Seterusnya, setiap ketua kumpulan

bergilir-gilir membentangkan hasil

perbincangan di hadapan kelas.

Kumpulan murid yang lain membuat

perbandingan antara maklumat yang

diperoleh dengan kumpulan lain.

Kecerdasan

Pelbagai:

Verbal linguistik

Langkah 3

(10 minit)

Menterjemah maklumat ke

dalam bentuk grafik.

Contoh: Carta alir

Guru menarik perhatian murid dengan

mempamerkan carta alir menggunakan

LCD dan komputer riba.

Murid-murid meneliti carta alir.

Murid diminta menukarkan maklumat

yang telah dikumpul tentang proses

penternakan itik Nila ke dalam bentuk

carta alir.

Guru memantau aktiviti murid dan

membimbing murid yang lemah

membina carta alir.

BBM: Carta alir

Kecerdasan

pelbagai:

visual ruang

Kemahiran berfikir:

Membuat lakaran

grafik

BBM:

Buku latihan

Langkah 4

(10 minit) Aspek Tatabahasa:

Kata sendi

Bina lima ayat

menggunakan kata sendi.

Murid diminta meneliti teks

Penternakan itik Nila yang dipaparkan

menggunakan LCD.

Murid-murid mengesan dan

menyenaraikan kata sendi yang

BBM: LCD,

komputer riba,

lembaran kerja

20

Page 21: Tugasan BMM 3101

(Rujuk lampiran 2)

Contoh kata sendi yang

dipamerkan guru

terdapat dalam teks.

Murid membandingkan jawapan yang

mereka senaraikan dengan meneliti

paparan LCD.

Murid-murid diminta membina ayat bagi

menguji kefahaman tentang kata sendi

nama.

Guru menerangkan tentang

penggunaan kata sendi nama yang

betul.

Guru mempamerkan lima contoh ayat

yang menggunakan kata sendi.

Murid-murid membina lima ayat

menggunakan kata sendi.

Nilai murni: Tekun

Kemahiran berfikir:

Menyenaraikan,

membuat

generalisasi

Penutup

(5 minit)

Rumusan isi pelajaran

1. Apakah yang kamu

pelajari hari ini ?

2. Apakah

pengajaran yang

kamu peroleh hari

ini?

Murid dibimbing membuat refleksi isi

pelajaran dan nilai murni.

Beberapa orang murid diminta

menyebut semula kata sendi nama

bagi menguji ingatan dan pemahaman.

Guru memberi arahan supaya murid-

Nilai murni:

bekerjasama dan

menghormati

BBM: Akhbar

21

Page 22: Tugasan BMM 3101

Kerja susulan di rumah.

(aktiviti pengayaan)

murid membaca akhbar Berita Harian

Didik dan menggariskan ayat-ayat

yang menggunakan kata sendi nama

yang terdapat dalam petikan yang

dipilih di rumah.

Berita Harian Didik

6.0 REFLEKSI

22

Page 23: Tugasan BMM 3101

Tugasan BMM 3101 ini banyak memberi input baru yang bermanfaat kepada saya

kerana melaluinya saya lebih memahami perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK) dan perkaitannya dengan sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah . Matlamat

FPK adalah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani

menjadi teras pegangan bagi seorang guru dalam melahirkan modal insan yang gemilang .

Kurikulum pendidikan Bahasa Melayu yang dibentuk adalah seiring dengan matlamat FPK .

Sebagai seorang guru , kini saya lebih menghayati hasrat dan impian negara yang terkandung

dalam FPK iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketrampilan ,

berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara .

Dalam melaksanakan tugasan ini , saya telah mengenali apa itu strategi 5P yang

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu . 5P tersebut adalah

penggabungjalinan , penyerapan , penilaian , pemulihan dan pengayaan . Dengan

mengaplikasikan strategi 5P dalam pengajaran dan pembelajaran , murid dapat mengusai

pelbagai kemahiran secara serentak seperti membaca , menulis , bertutur dan mendengar .

Penggabungjalianan dapat menghilangkan rasa bosan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran . Walaupun saya bukan guru yang mengajar Bahasa Melayu tetapi pengetahuan

ini boleh saya gunakan dalam pengajaran subjek-subjek lain . Pemahaman berkaitan strategi

5P ini dapat membantu saya dalam melaksanakan tugasan seterusnya iaitu membina

Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu Tahun 5. Kerjasama yang diberikan oleh

rakan-rakan guru Bahasa Melayu banyak membantu dalam menyediakan tugasan ini . Kini saya

telah tahu bagaimana format penulisan RPH Bahasa Melayu dan bagaimana untuk

melaksanakan strategi 5P dalam pengajaran yang dirancang . Sebagai seorang guru Sains ,

saya tidak pernah mengetahui apa yang terkandung dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu .

Saya merasakan tugasan ini dapat membantu saya membimbing murid dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu sekiranya diperlukan .

Secara keseluruhan tugasan ini banyak memberi input-input tambahan kepada diri

saya . Saya berharap apa yang diperolehi dapat membantu saya memberi sumbangan kepada

anak bangsa dan negara amnya .

Bibliogafi

Abd.  Aziz Abd.  Talib.  (2000).  Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip, Kaedah dan Teknik. 

23

Page 24: Tugasan BMM 3101

Kuala Lumpur:  Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Faridah Nazir.  (2010).  Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu. 

Selangor Darul Ehsan:  Open University Malaysia.

Juriah Long, et al.  (1992).  Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu.  Kuala Lumpur:

            Penerbit Fajar Bakti. 

Kamarudin Haji Husin, et al.  (1998).  Pedagogi Bahasa: Perkaedahan.

Kuala Lumpur:  Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mook Soon Sang, Lee Shok Mee.  (1986).  Kurikulum Baru Sekolah Rendah.  Tahap I. 

Siri Maktab Perguruan.  Kuala Lumpur:  Heineman Malaysia Sdn. Bhd

Pusat Perkembangan Kurikulum.  (2003).  Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Tahun Lima, Kurikulum Baru Sekolah Rendah.  Kuala Lumpur:  Kementerian Pelajaran

Malaysia.

S. Nathesan.  (1999).  Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu.  Selangor

Darul Ehsan:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Dimuat turun pada 6 Februari 2014 . daripada http://www.moe.gov.my/v/falsafah-pendidikan

Konsep KSSR . Dimuat turun pada 8 Februari 2014 , daripada http://web.jiaozong.org.my/doc/2012/jun/KonsepKSSR.pdf

Konsep 5P . Dimuat turun pada 13 Februari 2014 , daripada http://ayisy.blogspot.com/2009/04/penekanan-konsep-5p.html

RPH Bahasa Melayu Tahun 5 . Dimuat turun pada 13 Februari 2014 , daripada

https://www.academia.edu/4432444/RPH_BM_TAHUN_5

LAMPIRAN BAHAN BANTU MENGAJAR

24

Page 25: Tugasan BMM 3101

Penternakan Itik Nila

Penternakan itik semakin berkembang di Malaysia.

Antara itik daging yang semakin popular ialah itik Nila.

Itik Nila juga dikenali itik Muscovy. Itik ini dibiakkan

daripada induk yang diimport dari negara Perancis.

Proses penternakan itik terbahagi kepada beberapa

peringkat.

Pada peringkat dua minggu pertama, itik ini perlu

mendapat bekalan air dan makanan yang mencukupi. Air tersebut

hendaklah dicampurkan dengan vitamin dan antibiotik. Bahagian

muncung itik hendaklah dipotong sedikit supaya tidak berlaku

kecederaan sekiranya itik-itik ini memagut sesama sendiri. Hal ini

dilakukan pada usia anak itik satu minggu hingga dua minggu.

Pada peringkat tiga minggu hingga empat minggu pula, itik boleh

dididik bermain di air. Anak-anak itik ini boleh dilepaskan di sekeliling

reban untuk memakan rumpai dan serangga.

Itik Nila mula membesar dengan cepat pada peringkat umur lima

minggu. Pengambilan makanan dan minuman pada peringkat ini semakin

meningkat.

Itik ini sedia untuk dipasarkan apabila mencapai usia antara 11

minggu hingga 13 minggu. Purata berat badan seekor itik pada usia ini

boleh mencapai tiga kilogram.

(Sumber : Petikan diubahsuai berdasarkan buku teks Tahun 5 halaman 107)

Lampiran 2

25

Page 26: Tugasan BMM 3101

(A) Senaraikan kata sendi nama yang terdapat dalam petikan.

1.__________________________________

2.__________________________________

3.__________________________________

4.__________________________________

5.__________________________________

(B) Bina lima ayat yang lengkap dan gramatis menggunakan

kata sendi nama.

1.____________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

2.____________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

3.____________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

4.____________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

5.____________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

26