29
TUGASAN SEMESTER JANUARI 2015 KOD KURSUS EFF312 NAMA KURSUS FONETIK DAN FONOLOGI PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR NO. MATRIK NAMA FASILITATOR AKADEMIK PUSAT PEMBELAJARAN 1

TUGASAN EFF312(2)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

AEU

Citation preview

Page 1: TUGASAN EFF312(2)

TUGASANSEMESTER JANUARI 2015

KOD KURSUS EFF312

NAMA KURSUS FONETIK DAN FONOLOGI

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

1

Page 2: TUGASAN EFF312(2)

BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN

1 Bahagian A 3 - 6

2 Bahagian B 7 – 10

3 Bahagian C 11 – 19

4 Rujukan 20

2

Page 3: TUGASAN EFF312(2)

Bahagian A

Tujuan penyelidikan tersebut adalah untuk menilai dan memberikan penjelasan

terhadap inventori vokal dalam dialek Kelantan yang menyebabkan banyak

perselisihan pendapat dalam kalangan penyelidik. Penulis artikel tersebut menyelidiki

beberapa aspek utama terdiri dari aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri

dari fonem dan bukan fonem, vokal oral sengau, serta penggunaan simbol vokal

International Phonetic Alphabet atau IPA.

Dapatan yang pertama yang dikemukakan oleh pengkaji adalah dari segi

penyebaran fonem vokal di mana fonem vokal dalam Dialek Kelantan boleh berada

pada kedudukan nukleus suku kata pada awal kata, akhir kata iaitu suku kata akhir

terbuka, seterusnya adalah suku kata awal iaitu selepas onset dan suku kata akhir

tertutup tetapi tidak termasuk fonem vokal tengah //. Vokal tengah // cuma boleh

berada pada kedudukan nukleus pada awal kata dan dalam suku kata awal di mana

onset mendahului.

Berdasarkan kepada data yang ditunjukkan di bawah menunjukkan contoh -

contoh penyebaran fonem vokal yang merealisasikan bentuk fonetik Dialek

Kelantan yang ditunjukkan di sebelah kanan;

Vokal. Suku kata awal V Suku kata akhir terbuka

/i/

/e/

/ibu/

/ela/

[i.bu]

[.l]

/ubi/

/sate/

[u.bi]

[sa.te]

/a/ /anak/ [a.n] /kata/ [ka.t]

Vok. Suku kata awal KV Suku kata akhir tertutup

/i/ /bila/ [bi.l] /duit/ [du.wi

/e/ /bela/ [b.l] /golek/ [g.l]

/a/ /pasu/ [pa.su] /ikat/ [i.ka]

Berpandukan kepada contoh – contoh tersebut, selain daripada fonem, ada

terdapat tiga segmen vokal Dialek Kelantan yang tidak mempunyai status fonem,

di mana segmen vokal tersebut adalah (, , ] di mana ketiga –tiga segmen

tersebut dianggap sebagai segmen vokal terbitan yang direalisasikan daripada

3

Page 4: TUGASAN EFF312(2)

fonem vokal /e, o, a/. Ini bermaksud bahawa dari segi penyebaran, ia adalah

terhad di mana kehadirannya dalam kata mudah dijangka.

Pengkaji seterusnya mengemukakan dapatan yang berkaitan dengan aspek

vokal terbitan yang mana menunjukkan segmen vokal () dan () ada mempunyai

persamaan fitur di mana persamaan tersebut adalah (tinggi), (rendah), (ATR), dan

(kendur). Di mana untuk segmen vokal () pula mempunyai fitur seperti (rendah),

(+belakang) dan [tegang). Seterusnya, penyelidik menyatakan bahawa fonem vokal

dialek-dialek Melayu secara umum adalah sama dengan fonem vokal bahasa

Melayu di mana terdapat unsur saling memahami antara kalangan penutur dialek-

dialek tersebut dan penghasilan fonetik tersebut telah direalisasikan daripada

bentuk fonemik yang serupa. Dalam pada itu, ahli bahasa Melayu bersetuju untuk

menyatakan bahawa fonem Bahasa Melayu hanya ada enam sahaja, iaitu /i, e, , a,

o, u/.

Berikutnya adalah penyelidik menyatakan bahawa terdapat fitur yang boleh

berkongsi bersama di mana harmoni vokal Dialek Kelantan adalah satu

perlakuan fonologi yang membuktikan segmen-segmen vokal berdekatan dalam

satu perkataan berkongsi satu nilai yang sama bagi fitur (ATR). berpandukan

kepada kaedah harmoni vokal yang terdapat pada artikel, terdapat anggapan yang

boleh dibuat bagi membuat perbezaan antara segmen vokal (i) dan (e) dalam

suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan di mana kedua-dua segmen vokal

tersebut direalisasikan daripada vokal /i/ dan /e/ di peringkat dalaman. Perkara

yang sama juga berlaku pada segmen vokal (u) dan (o) dalam suku kata akhir

tertutup Dialek Kelantan yang turut direalisasikan daripada dua vokal yang

berlainan /u/ dan /o/.

Selanjuntnya pengkaji mengemukakan dapatan bahawa segmen vokal

terbitan // yang mana segmen vokal tersebut bukan sebahagian daripada sebagai

fonem disebabkan cara penyebaran adalah terbatas hanya pada dalam suku kata

akhir terbuka dan suku kata akhir tertutup dan diakhiri dengan /h/ atau // sahaja,

selain itu kehadirannya senang diramal kerana ia direalisasikan daripada fonem

vokal /a/ sahaja. Sehubungan it bunyi fonemik /a/ yang direalisasikan kepada

status bunyi yang berbeza-beza mengikut kedudukannya dalam kata juga terjadi

4

Page 5: TUGASAN EFF312(2)

dalam bahasa Melayu sendiri (Mardian dan Zaharani, 2009)1.

Selanjutnya, penyelidik memberikan tiga pendapat mengenai perbezaan

yang terdapat pada simbol vokal; pertama, kehadiran fitur (+bundar) boleh diuji

dengan membuat penambahan imbuhan akhiran /-an/. Di mana jika fitur tersebut

bundar. contohnya /u/, maka sisipan pada segmen (w) pada posisi onset

imbuhan akhiran /-an/, misalnya /adu+an/ [a.du.w]. jika perkara yang sama

dilakukan ke atas [] dan [] pada posisi akhir kata, sama ada dalam Dialek

Kelantan ataupun Bahasa Melayu di mana penyisipan segmen [w] tidak

berlaku, misalnya /dua+an/ akan menjadi [du..], bukannya

*[du..w] atau *[du..w]. Pendapat yang kedua adalah mengenai

kehadiran fitur [+bundar] daripada fonem vokal /a/ yang mempunyai fitur

[bundar] secara fonologi adalah sukar untuk dibuat penjelasan khususnya

persoalan dari mana asalnya fitur tersebut. Pendapat yang ketiga pula adalah kedua-

dua segmen vokal /a/ dan /o/ boleh direalisasikan sebagai (), contohnya /tolak/

dan /tolok/ direalisasikan menjadi [t.l] dalam Dialek Kelantan di mana ini akan

mengakibatkan kehadiran [] dalam kata sukar dijangka dan menjadikan segmen

vokal tersebut menjadi status fonemik. Ini adalah bertentangan dengan perilaku

fonologi Dialek Kelantan dan Bahasa Melayu yang membuktikan bahawa segmen

vokal () adalah tidak fonemik.

Kesimpulannya, analisis dari penyelidikan Dialek Kelantan tersebut

menunjukkan bahawa fonetik adalah ilmu bahasa yang terkait dengan penyebutan

dan lambang yang menunjukkan cara penyebutan. Transkripsi fonetik pula berupaya

membantu para penutur untuk membebaskan diri dari ikatan ejaan berikutnya dapat

memberikan fokus ke pada keaslian bunyi fonetik Bahasa Melayu. Selain itu,

pembentukan atau penciptaan harmoni yang tepat di antara teks dengan bunyi.

Selain itu, hasil penyelidikan sedemikian dapat memberi panduan bagaimana untuk

menguasai bahasa Melayu baku. Usaha memartabatkan bahasa Melayu baku perlu

digalas di mana komitmen oleh semua pihak mulai dari pihak berwajib, diikuti

dengan pihak sekolah, barisan guru, penjaga dan juga pelajar adalah sangat penting.

Pembakuan bahasa di sekolah rendah harus dipelihara dari masalah kerancuan

1 Mardian Shah Omar & Zaharani Ahmad, 2009. Penyebaran Bunyi Vokal /a/ dalam Kata BahasaMelayu: Satu Penelitian Fonetik Akustik, dlm. Jurnal Persatuan Linguistik, jld. 9, 143-154.

5

Page 6: TUGASAN EFF312(2)

bahasa, kerancuan tatabahasa dan juga pencemaran bahasa.

Bahagian B

1. Pengenalan

6

Page 7: TUGASAN EFF312(2)

Transkripsi fonetik ataupun transkripsi sempit adalah sati kaedah di mana para

pengkaji bahasa cuba memberi lambang fonetik yang tepat dengan bunyi yang

disebutkan atau tulisan yang dipindahkan ke dalam transkripsi fonetik tersebut

(Rahmat Sato, 1998)2 . Tujuan transkripsi fonetik adalah untuk membuat catatan

setepat mungkin semua fitur yang terdapat pada pengucapan seseorang penutur.

Walau bagaimanapun, dalam bahasa Melayu, bukan semua bunyi koartikulasi itu

wujud, melainkan kata-kata pinjaman daripada bahasa asing seperti bahasa

Inggeris atau bahasa Arab.

2. Transkripsi lagu

2.1 Lirik lagu

Warisan oleh Sudirman Hj. Arshad

Di sini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati

Di sini tersemai cita cita

Bercambah menjadi warisan

(korus)

Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Ke mana harusku bawakan

Ke mana harusku semaikan cinta ini

Betapa

Di bumi ini ku melangkah

Ke utara selatan timur dan barat

2 Rahmat Sato, H. (1998). Pengenalan fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur: FakultiBahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

7

Page 8: TUGASAN EFF312(2)

Ku jejaki

Aku

Bukanlah seorang perwira

Gagah menghunus senjata

Namun hati rela berjuang

Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Aku lah penyambung warisan

2.2 Transkripsi lagu dalam bentuk fonetik

Lirik Lagu Transkripsi

Di sini lahirnya sebuah cinta di sini lahira sbuwah cinta

Yang murni abadi sejati ya murni abadi sjati

Di sini tersemai cita cita di sini trsmai cita cita

Bercambah menjadi warisan brcambah mnjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima andai ku trbwua

Andai aku disingkirkan andai aku disikirkan

Ke mana harusku bawakan k mana harusku bawakan

8

Page 9: TUGASAN EFF312(2)

Ke mana harusku semaikan cinta ini k mana harusku smaikan cinta

ini

Betapa btaPa

Di bumi ini ku melangkah di bumi ini ku mlakah

Ke utara selatan timur dan barat k utara slatan timur dan barat

Ku jejaki ku jjaki

Aku aku

Bukanlah seorang perwira bukanlah sora prwira

Gagah menghunus senjata gagah mhunus snjata

Namun hati rela berjuang namun hati rla brjua

Demi cinta ini dmi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji ku iin kotakan sribu janji

Sepanjang kedewasaan ini spanja kdewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan ku iin samPaikan psanan

9

Page 10: TUGASAN EFF312(2)

Akulah penyambung warisan akulah pambu warisan

2.3 Kepentingan Transkripsi Fonetik

Kesimpulannya, transkripsi fonetik mampu membantu dari segi penyebutan kata

dengan bunyi yang tepat. Ia juga dapat menolong para pelajar untuk membebaskan

diri dari ikatan ejaan dan dapat fokus pada bentuk aspek bunyi fonetik di mana

penghasilan nyata bunyi yang disebabkan fitur - fitur suara seperti tekanan mengenal

pasti perbezaan dari segi pengertian. Transkripsi fonetik banyak membantu dalam

pembentukan atau penciptaan harmoni yang tepat di antara teks dan bunyi selain

bertujuan mengubah fonem ke bentuk tulisan dan mampu dibaca dengan tepat.

BAHAGIAN C

Latar belakang aspek kemahiran lisan di sekolah saya khususnya dalam pengajaran

dan pembelajaran dipengaruhi oleh beberapa faktor di mana saya perhatikan

kemahiran lisan muri – murid di sekolah di saya dipengaruhi oleh faktor persekitaran

linguistik dan ini memberikan implikasi terhadap kemahiran pertuturan dan juga

penulisan murid - murid di sekolah tersebut. Lingkungan keluarga individu atau

10

Page 11: TUGASAN EFF312(2)

masyarakat memberikan pengaruh yang besar dalam pola kehidupan seseorang murid.

Persekitaran linguistik adalah lingkungan di mana murid itu tinggal, dalam bentuk

masyarakat dan individu serta persekitaran politik adalah amat membantu pencapaian

dalam mempelajari bahasa (Chew Fong Peng dan Abdul Jalil Othman, 2008)3, Oleh

sebab itu realiti pemindahan bahasa ini jika diamati merupakan satu permasalahan

yang perlu ditangani. Ini adalah disebabkan gangguan bahasa dalam kemahiran lisan

tidak hanya berlaku di peringkat sekolah rendah bahkan berlaku di peringkat sekolah

menengah. Apa yang diperhatikan adalah gangguan tersebut adalah berbentuk

pengaruh dari unsur-unsur persekitaran linguistik seperti aplikasi dan pendedahan

bahasa dalam kalangan para pelajar tersebut serta sikap mereka terhadap bahasa yang

dipelajari.

Majoriti murid – murid di sekolah saya adalah berketurunan Dusun di mana

mereka membesar dalam lingkungan bangsa mereka sendiri di mana mereka kurang

yakin ketika menggunakan bahasa Melayu. Saya berpendapat bahawa mereka berada

dalam lingkungan yang tidak sihat untuk mempelajari bahasa Melayu terutama dari

aspek pertuturan. Oleh yang demikian, adalah penting bagi guru – guru terutamanya

yang mengajar subjek Bahasa Melayu untuk mengenal pasti serta menyedari akan

realiti tersebut. Aspek tersebut akan menjadi panduan utama kepada guru – guru untuk

merangka strategi dalam mengajar kemahiran lisan kepada murid – murid tersebut

yang majoritinya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam interaksi

seharian mereka. Sehubungan itu, kemahiran lisan merupakan salah satu kemahiran

yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika

diperhatikan dalam lisan terdapat dua cabang sub-kemahiran iaitu Kemahiran

Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa

yang didengar dan dialami. mereka akan cuba meniru serta mengulangi pertuturan

tersebut berulang-ulang.

Pengajaran kemahiran lisan tidak dapat dipisahkan dari pengajaran bahasa.

Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu KBSR, sebahagian besar kemahiran yang

diajarkan terdiri dari kemahiran lisan. Pengajaran lisan diberikan fokus disebabkan

3 Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman. (2008). Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertuturdalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di Malaysia. JurnalSosiohumanika, 1(1), pp 167-192.

11

Page 12: TUGASAN EFF312(2)

lisan menjadi dasar utama penguasaan bahasa para pelajar (Siti Hajar Abdul Aziz,

2009)4. Maka adalah perlu bagi guru – guru untuk mempelbagaikan kaedah

pengajaran kemahiran lisan kepada murid – murid. Dalam konteks ini, kepelbagaian

tersebut adalah penting kerana guru berhadapan dengan para pelajar yang bukan

penutur jati Bahasa Melayu.

Menurut Magantar Simajuntak (1998)5, kaedah adalah satu siri tindakan yang

sistematik bertujuan untuk guru-guru untuk mencapai objektif yang telah mengajar

ditetapkan. Kaedah adalah lebih berorientasikan jangka pendek dan terdiri daripada

usaha keseluruhan, dan berdasarkan prosedur pendekatan dipilih. Kaedah berstruktur

juga digunakan untuk menyokong dipilih. Kaedah pendekatan langkah-langkah atau

peringkat pengajaran terancang dan kesinambungan perlu ditangani demi untuk

mencapai objektif pengajaran yang saksama.

Kaedah pertama yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran lisan

bahasa Melayu ialah Kaedah Natural. Kaedah ini melihat bahasa sebagai satu alat

untuk menghubungkan makna dengan mesej. Kaedah ini melibatkan dua cara iaitu

penguasaan dan pembelajaran. Matlamat kaedah ini adalah untuk membiasakan

pelajar kepada tugasan yang dapat memenuhi keperluan pelajar. Selain itu objektifnya

adalah bergantung kepada keperluan pelajar, kemahiran bahasa iaitu mendengar,

bertutur, membaca dan menulis. Dalam menentukan matlamat komunikasi, murid

tidak perlu menguasai bentuk dan struktur ayat tetapi diharapkan dapat berurusan

dengan sesuatu set topik tertentu dalam sesuatu situasi.

Aspek – aspek penting yang perlu diambil perhatian ketika menggunakan

kaedah adalah seperti penekanan adalah kepada persembahan input pemahaman

dalam bahasa sasaran. Selain itu, guru harus memberikan fokus kepada barang-barang

atau objek di dalam kelas. Sehubungan itu, peranan murid berubah mengikut tahap

perkembangan linguistik mereka.

4 Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.5 Mangantar Simanjuntak. (1998). Aspek Bahasa dan Pengajaran. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise

12

Page 13: TUGASAN EFF312(2)

Dari segi kelebihan, kaedah ini Kaedah ini adalah berasaskan penggunaan

bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam pendekatan-pendekatan

tradisional. Manakala dari segi kelemahan pula, Kaedah ini kurang menekankan

rujukan kepada analisis tatabahasa, latih tubi tatabahasa atau kepada teori tatabahasa

tertentu.

Kaedah yang kedua adalah Kaedah Tatabahasa Terjemahan yang juga dikenali

sebagai kaedah nahu tradisional. Kaedah ini untuk membolehkan murid memahami

nahu sesuatu bahasa dan juga melatih murid menulis dengan menggunakan bahasa

yang betul. Kaedah ini menekankan kemahiran menulis bukan bertutur. Terjemahan

dianggap satu cara yang penting untuk mempelajari perbendaharaan kata.

Kaedah ini dimulakan dengan peraturan-peraturan, perbendaharaan kata

mereka sendiri, paradigma dan terjemahan perbendaharaan kata dibahagikan kepada

senarai perkataan yang dihafal. Sebutan boleh diajar atau tidak terhad hanya kepada

pengenalan -pengenalan, kaedah-kaedah yang biasa tatabahasa menghafal sebagai

unit biasanya mengandungi ayat. Guru memberi penjelasan kepada pelajar-pelajar

undang-undang dan kemudian memberi contoh, undang-undang tatabahasa ini perlu

dihafal oleh pelajar. Bagi murid-murid juga diberikan satu senarai perbendaharaan

kata yang perlu dihafal. Dalam pembelajaran bahasa kedua senarai perbendaharaan ini

dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua. Murid-murid pula kemudiannya

disuruh membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu

berdasarkan undang-undang yang telah dipelajari. Murid – murid juga dikehendaki

membuat terjemahan ayat-ayat daripada bahasa asing atau bahasa kedua ke bahasa

ibunda atau sebaliknya.

Kelebihan kaedah ini adalah pelaksanaan kaedah ini tidak memerlukan masa

yang lama untuk menterjemahkan bahasa. Kaedah ini juga tidak memerlukan guru-

guru yang fasih dalam bahasa. Dalam masa yang ia tidak memerlukan perbelanjaan

besar dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini juga tidak

memerlukan latihan intensif terutama kepada murid-murid yang fasih membaca.

Murid-murid akan menjadi lebih mahir dalam penulisan dan terjemahan bahasa. Pada

13

Page 14: TUGASAN EFF312(2)

masa yang kaedah ini dapat mengembangkan kebolehan murid untuk membaca

bahasa asing tanpa terjemahan.

Kelemahan kaedah ini adalah kaedah ini menambahkan kebolehan murid-

murid dalam membaca tetapi mendatangkan kesukaran kepada murid-murid yang

mempunyai kesulitan membaca. Selain itu, kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti

tetapi tidak dalam bentuk kualiti. Murid-murid mungkin dapat membaca sesebuah

buku tetapi tidak memahami maksud buku yang dibaca. Kaedah ini menghasilkan

murid-murid yang dapat membaca buku teks tetapi tidak dapat membaca serta

memahami bahan bacaan yang lain, atau pun menghasilkan murid-murid yang boleh

membaca tersebut tidak dapat memahami dan bertutur dalam bahasa yang dipelajari.

Dalam masa yang sama, kaedah ini menyebabkan murid lebih mahir dalam penulisan

tetapi lemah dalam pertuturan kerana Struktur ayat bagi dua bahasa selalunya tidak

sama dan menyukarkan untuk difahami oleh murid-murid kerana erti dan maksud

perkataan tidak sama dalam sosiobudaya yang berbeza. Dan hasilnya pembelajaran

murid adalah lebih menjurus kepada teknik menghafaz sahaja.

Kaedah yang seterusnya adalah Kaedah Terus. Menurut Raminah Haji Sabran

(1985)6, kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk

memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. Menurut Kamaruddin Haji

Hussin (1990)7, ciri – ciri kaedah terus adalah kaedah ini menggunakan banyak

perkara baharu dalam pelajaran-pelajaran yang sama supaya bahasa itu menjadi

natural dan perbualan biasa dapat digalakkan di mana penggunaan kosa kata dan

struktur bahasa sehari-hari dan tatabahasa diajar melalui keadaan. Selain itu,

pengajaran tatabahasa dan kosa kata adalah secara lisan dan tatabahasa ditunjukkan

melalui penyampaian visual. Sehubungan dengan itu, guru perlu menyediakan banyak

6 Raminah Hj. Sabran (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar

bakti Sdn. Bhd.

7 Kamarudin Hj. Husin. (1990). Pengajaran dan Pembelajaran Lisan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

14

Page 15: TUGASAN EFF312(2)

latihan mendengar dan mengajuk sehingga bentuk-bentuk bahasa itu dapat digunakan

secara automatik.

Pengajaran bahasa bermula dengan murid-murid berhubung terus dengan

bahasa yang dipelajari. Murid-murid diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa.

Sebutan penutur jati dan ucapan yang dibuat model ini ditiru oleh murid-murid. Soal

selidik yang digunakan tiada terjemahan langsung. Dalam masa yang sama,

pengajaran tatabahasa diajar secara induktif, latih tubi pola ayat mula-mula diajar

kepada murid-murid untuk menguasainya. Undang-undang yang diajar hanya selepas

penguasaan struktur tatabahasa ayat. Bahan-bahan bacaan yang digunakan adalah

bahan-bahan yang berkaitan dengan dibuat latihan lisan.

Kelebihan kaedah ini adalah ia sangat sesuai dipelajari oleh murid-murid di

mana pada yang sama mereka dapat menguasai keempat-empat kemahiran bahasa,

contohnya mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Murid dapat menggunakan

bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan dengan cepat. Dalam

masa yang sama, mereka lebih memahami maksud sesuatu perkara yang disampaikan

dengan adanya benda maujud. Selain itu, murid-murid dapat menguasai kemahiran

berbahasa lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Seterusnya, mereka dapat

berhubung terus dengan bahasa yang hendak diajar kerana kaedah ini tidak

menggunakan terjemahan. Segala makna perkataan yang tidak difahami akan dapat

dijelaskan dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti, perkataan berlawan

dan sebagainya.

Kelemahan atau kekurangan kaedah ini adalah, Murid-murid tidak dapat

menulis dengan betul kerana kaedah ini lebih mengutamakan lisan. Dalam masa yang

sama, hasil tulisan murid lebih kepada struktur-struktur bahasa ibunda yang disalut

dengan perbendaharaan kata asing kerana murid-murid telah mempunyai kebiasaan

pertuturan bahasa ibunda sebelum belajar bahasa kedua atau bahasa asing.

Seterusnya, masa yang diperlukan untuk pengajaran kaedah ini terlalu lama kerana

sukar bagi murid menguasainya tanpa adanya latih tubi yang berkesan. Bahan-bahan

yang digunakan dalam kaedah ini merupakan bahan-bahan yang boleh dihafal,

ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan ,maka ini mungkin tidak sesuai untuk

15

Page 16: TUGASAN EFF312(2)

perkembangan kebiasaan pertuturan yang sistematik. Kaedah ini menjadi masalah

kepada murid-murid yang lemah dan lambat memahami topik yang diajar.

Kaedah yang keempat adalah Kaedah Oral-Aural, Kaedah oral-aural atau

mendengar ucapan adalah kaedah menggunakan dialog untuk bertanya menghafal dan

diikuti. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dijalankan latihan dan dialog

dengan kira betul. Perkara intonasinya bahawa objektif kaedah ini adalah merujuk

kepada bahasa ibunda. Latih-tubi boleh dijalankan dengan menggunakan bahan-bahan

yang lengkap dengan audio-visual. Sebut latihan dan bahan-bahan bacaan dan

disediakan dengan sistematik terkawal. Sistem Tatabahasa untuk murid-murid

diperkenalkan penggredan induktif dan wajar. Untuk perbendaharaan kata diberi

sedikit demi sedikit pada mulanya dan sering dalam konteks yang bermakna sebagai

contoh. Setelah menguasai bacaan, murid-murid diberi latihan dalam aktiviti

penulisan dikawal sebelum memulakan penulisan bebas.

Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah ini adalah bertumpu kepada

kemahiran mendengar dan bertutur kemahiran. Oleh itu, penekanan kepada aspek

murid mendengar dan kemudian bercakap dengan penggunaan dialog menghafal dan

diikuti bertanya dan latihan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi

perhatian kepada intonasi.

Kekuatan kaedah ini adalah, murid akan mendengar dengan teliti apa yang

disampaikan dan pada masa yang mereka boleh bertutur dengan sebutan dan intonasi

yang betul. Seterusnya, murid-murid memberi perhatian sepenuhnya kerana khusyuk

mendengar cerita dan soalan yang dikemukakan. Mereka juga akan lebih berani dan

berkeyakinan mengutarakan jawapan dan soalan yang diajukan dan mereka dapat

berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif terhadap topik yang dipelajari.

Dari segi kelemahan pula adalah ejaan bagi setiap perkataan sukar dan tidak

dapat dicam oleh murid yang lemah selain itu makna sukar difahami bagi murid yang

tidak memberikan perhatian. Kelas pembelajaran tidak dapat dikawal jika sesuatu

cerita atau topik yang disampaikan tidak menarik dan mengakibatkan murid yang

tidak memahami topik pelajaran akan menjadi bosan dan hilang tumpuan. Murid yang

16

Page 17: TUGASAN EFF312(2)

sederhana dan lemah tidak dapat mengeluarkan idea dan pendapat kerana sukar

memahami maksud cerita dan perkara yang disampaikan.

Saya telah menjalankan temu bual dengan dia orang guru Bahasa Melayu di

sekolah saya, guru – guru yang terlibat adalah guru tahap 1 dan tahap 2. Berikut

adalah soalan-soalan yang saya kemukakan kepada guru – guru tersebut semasa sesi

temu bual:

i. Setakat manakah pengetahuan anda mengenai kaedah dan teknik dalam

melaksanakan pengajaran kemahiran lisan Bahasa Melayu di dalam bilik

darjah?

ii. Apakah kaedah – kaedah pengajaran yang anda aplikasikan dalam

pengajaran kemahiran lisan cikgu?

iii. Apakah teknik-teknik pengajaran yang anda gunakan semasa mengajar

kemahiran lisan bahasa Melayu di kelas cikgu?

iv. Adakah anda rasa bahawa kaedah dan teknik yang anda gunakan

berkesan?

v. Pada pendapat anda apakah kaedah dan teknik yang terbaik dalam

pengajaran kemahiran lisan bahasa Melayu?

Untuk soalan yang pertama, guru x dan guru y menyatakan mereka bahawa tidak

dapat membezakan antara kaedah dan teknik. Ketika saya menyoal mereka apakah

jenis – jenis kaedah yang mereka gunakan, kedua - dua mereka mengatakan mereka

menggunakan kaedah latih tubi dalam pengajaran mereka. Mereka seperti terkeliru

antara maksud kaedah dan teknik kerana rata – rata mereka merupakan guru yang

sudah mengajar lebih dari lima belas tahun dan tidak begitu minat dalam

menerangkan kaedah dan teknik. Bagi memudahkan temu bual tersebut saya telah

memberikan mereka penjelasan tentang apa itu kaedah dan teknik serta kemahiran

bernilai tambah dengan terperinci untuk memudahkan mereka menjawab soalan-

soalan yang berikut.

Untuk soalan kedua, guru x dan guru y menyatakan bahawa mereka banyak

mengaplikasikan kaedah nahu tradisional dan ajuk hafaz kerana majoriti murid di

17

Page 18: TUGASAN EFF312(2)

sekolah tersebut belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di mana majoriti murid

- murid di sekolah tersebut adalah dari suku kaum Dusun.

Untuk soalan ketiga, mereka berdua bersetuju bahawa mereka banyak

menggunakan teknik latih tubi dalam mengajar kemahiran lisan bahasa Melayu. Ada

juga di antara mereka yang menggunakan teknik lain seperti main peranan dan

permainan bahasa tetapi teknik latih tubi lebih banyak diaplikasikan kerana rata – rata

murid di kelas mereka adalah sangat lemah dalam penguasaan bahasa Melayu.

Bagi soalan keempat, guru x menyatakan bahawa kaedah dan teknik yang

beliau gunakan selama ini sangat kurang keberkesanannya. Contohnya bagi guru x

yang merupakan guru tahun 6, penekanan penguasaan bahasa terutama terhadap 4

kemahiran utama tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana kebanyakan masa guru

terpaksa mengajar dengan berorientasikan peperiksaan.

Bagi soalan terakhir, guru x dan y memberikan pendapat bahawa perlunya

untuk mencuba pelbagai kaedah dan teknik dalam mengajar kemahiran lisan bahasa

Melayu kerana jika hanya menggunakan kaedah dan teknik yang sama dan berulang –

ulang akan mengakibatkan murid akan cepat menjadi bosan, bukan saja murid guru

itu sendiri akan menjadi kurang bermotivasi untuk mengajar. Selain itu, perlu adanya

integrasi dari segi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam mengajar

bahasa Melayu seperti menggunakan komputer riba, LCD, internet dan cuba

mengurangkan penggunaan kaedah andragogy dalam mengajar bahasa Melayu.

Kesimpulannya, guru harus mampu menarik perhatian murid di dalam

pengajaran, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih harus menarik dan juga

memiliki potensi yang besar untuk memungkinkan sesi dan juga konsep pasti

diterjemahkan. aktiviti harus berupaya untuk mempengaruhi perhatian murid dari segi

intelektual, emosi dengan lebih efektif. Di dalam merancang pelajaran khususnya

dalam pengajaran kemahiran lisan, aktiviti PDP yang dipilih benar-benar harus

memiliki urutan bermanfaat. Ia seharusnya disesuaikan untuk kandungan bersama-

sama dengan tujuan kemampuan pengajaran. Biasanya aktiviti yang dipilih adalah

benar-benar aktiviti yang dapat memberikan pengaruh yang lengkap tentang

18

Page 19: TUGASAN EFF312(2)

perhatian, berhasil mempengaruhi intelektual, ingatan, emosi, suka dan tidak suka

serta dapat membantu guru untuk memberikan penjelasan kepada aktiviti atau latihan.

Terdapat banyak kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru semasa

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di mana guru bebas memilih

kaedah dan teknik yang hendak digunakan kerana tiada satu kaedah dan teknik yang

spesifik semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pemilihan ini

mestilah perlulah fleksibel dan kreatif agar murid-murid memperoleh pengalaman

pembelajaran yang bermakna dan seronok.

Rujukan

Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman. (2008). Pengabaian Kemahiran Mendengardan Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah danKesannya di Malaysia. Jurnal Sosiohumanika, 1(1), pp 167-192.

19

Page 20: TUGASAN EFF312(2)

Kamarudin Hj. Husin. (1990). Pengajaran dan Pembelajaran Lisan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Mangantar Simanjuntak. (1998). Aspek Bahasa dan Pengajaran. Kuala Lumpur:

Sarjana Enterprise

Mardian Shah Omar & Zaharani Ahmad, 2009. Penyebaran Bunyi Vokal /a/ dalam

Kata Bahasa Melayu: Satu Penelitian Fonetik Akustik, dlm. Jurnal Persatuan

Linguistik, jld. 9, 143-154.

Rahmat Sato, H. (1998). Pengenalan fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur: FakultiBahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Raminah Hj. Sabran (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur.

Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Diperoleh Daripada dadwayne.blogspot.com:

http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/konsep-strategipendekatan-

kaedah.html pada 5 Mac 2015

Diperoleh dari http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-

pendekatan-kaedah-kump-syafiq-presentation pada 5 Mac 2015

Diperoleh dari http://www.scribd.com/doc/49253307/Kaedah-Pengajaran-Bahasa-

Melayu pada 5 Mac 2015

20