Upload
cikgu-nor-ummu-iman
View
574
Download
2
Embed Size (px)
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
1/28
1
1.0 PENGENALAN
1.1 Konsep SHAPE BOOK
Shape Book ataupun maksud dalam Bahasa Melayu ialah buku yang berbentuk atau
mempunyai bentuk merupakan salah satu hasilan seni yang mempunyai unsur
kerativitinya yang tersendiri. Kepelbagaian bentuk yang dihasilkan menjadi daya
penarik untuk individu memlikinya.
Di pasaran dewasa kini, terdapat pelbagai bentuk-bentuk buku yang begitu menarik dan
mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Sasaran utama buku-buku berbentuk ini
biasanya di kalangan kanak-kanak dan juga pelajar. Namun begitu terdapat juga buku-
buku berbentuk yang diterbitkan untuk golongan remaja dan dewasa. Secara
umumnya, buku-buku berbentuk ini mempunyai sasarannya yang terdiri daripada
pelbagai lapisan umur pembaca.
Pemilihan bentuk bagi buku-buku ini biasanya mempunyai kaitan dengan isi kandungan
buku tersebut. Sebagai contoh terdapat buku berbentuk kek harijadi yang isi
kandungannya merupakan panduan mengadakan sambutan hari jadi.
Rajah 1 : Contoh buku berbentuk kek harijadi.
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
2/28
2
1.2 Contoh-contoh SHAPE BOOK
Berikut adalah gambar-gambar contoh beberapa buah buku berbentuk yang terdapat di
pasaran.
Rajah 2 : Beberapa contoh Shape Book
.
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
3/28
3
1.3 Penghasilan Shape Book
Untuk menghasilkan Shape Book, saya telah melalui beberapa langkah penyediaan
bermula daripada peringkat awal hinggalah Shape Book dapat disiapkan. Langkah-
langkah penghasilan Shape Book ialah:-
i) Memilih bentuk yang sesuai
Pemilihan bentuk haruslah menepati kriteria yang dikehendaki. Bagi
tugasan ini saya memerlukan Shape Book yang mempunyai ruangan
yang agak besar untuk saya masukkan info-info berkaitan tajuk yang
dikehendaki. Jadi saya telah memilih bentuk seperti di bawah.
ii) Melakar dan menggunting bentuk Shape Book pada kertas kad bersaiz A4
untuk dijadikan sebagai master template
iii) Melakar dan menggunting helaian-helaian Shape Book
iv) Menulis info dan maklumat dalam Shape BookTajuk : Bidang 3 : Membentuk
dan Membuat Binaan
v) Menghias muka depan Shape Book dan menulis maklumat yang berkaitan
vi) Menebuk dua lubang di tepi sebelah kiri buku dengan menggunkan penebuk
lubang
vii) Menyusun dan menjilid buku.
viii) Membuat penyemakan dan kemasan terakhir sekiranya ada pada Shape Book
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
4/28
4
2.0 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN.
2.1 Pengenalan
Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini merupakan satu proses
penghasilan objek tiga dimensi bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi,
kiri, kanan, atas dan bawah. Objek ini berupa objek semula jadi, objek buatan manusia
atau bentuk ilusi. Kegiatan membentuk boleh dilakukan sama ada daripada bentuk dua
dimensi (2D) atau bentuk tiga dimensi (3D).
Bidang Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada
perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur,
imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid-murid dapat memahami
dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang
kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid-murid dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada
murid-murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan
proses penghasilan seni.
Dalam bidang ini dapat memberi peluang kepada murid-murid membuat rujukan
kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan
kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai
satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti
pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam
perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk
bahan seperti plastersin tanah liat, tepung dan paper mache. Anda juga dapat memilih
alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk
dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf.
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
5/28
5
2.2 Tujuan Dan Kepentingan Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan
Kegiatan membentuk dan membuat binaan mempunyai banyak kepentingan dan
tujuan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
2.2.1 Tujuan
Dua tujuan penting kegiatan membentuk dan membuat binaan ini ialah:
a) Meningkatkan kreativiti
Menurut June King Mc Fee, kreativiti itu adalah keupayaan mencipta
perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan
yang sedia ada. Kreativiti merupakan kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu
yang baharu. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung,
mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Kreativiti adalah sesuatu yang asli di
mana ia merupakan satu proses separa sedar dan sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif
tetapi tidak semua orang kreatif. Menurut Herberd Read (1958), beliau mengatakan
Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan
apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda,
anda adalah seorang yang kreatif.
Kreativiti bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap
seseorang dalam menghadapi kehidupan. Kreativiti paling jelas dapat dilihat pada
kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil
sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di
sekeliling mereka. Carl Rogers pula menyatakan bahawa kreativiti itu wujud melalui
tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang
digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka.
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
6/28
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
7/28
7
Pemerhatian, penerokaan dan eksperimen terhadap bahan-bahan ini akan
berlaku apabila murid diberi tugasan menggunakan bahan-bahan seperti ini untuk
menghasilkan suatu karya seni. Kaedah cuba jaya dan eksperimen akan digunakan
oleh murid untuk memastikan bahan yang sesuai untuk digunakan. Kemampuan
kognitif murid dapat diuji semasa aktiviti sebegini di mana murid secara tidak langsung
membuat penyelesaian masalah dalam pemilihan bahan selepas memerhati, meneroka
dan dan membuat eksperimen ke atas bahan yang dipilih telah dijalankan.
Semasa murid membuat penerokaan dan eksperimen bahan, murid akan melalui
beberapa peringkat aktiviti sebelum memilih dan menggunakan bahan yang sesuai
dengan aktiviti yang dijalankan. Murid akan memerhati, mengenali dan memahami
bentuk dan ruang objek untuk memastikan kesesuaian pengunaan bahan tersebut.
Murid juga akan membuat diskriminasi bahan di samping menyatakan perbezaan dan
persamaan sifat bahan yang digunakan.
2.2.2 Kepentingan
Antara kepentingan dan aspek yang penting untu diambil kira semasa kegiatan
membentuk dan membuat binaan ini antaranya ialah:
a. Mengembangkan persepsi pelajar tentangsSeni Tiga Dimensi bahan binaan
sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.
b. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
c. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik,
membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.
d. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.
e. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna,
imbangan dan kesatuan yang menarik.
f. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.
g. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
8/28
8
2.3 Aktiviti-Aktiviti Dalam Bidang Membentuk dan Membuat Binaan
Dalam kegiatan membentuk dan membuat binaan, biasanya lebih dikaitkan dengan
penghasilan arca. Arca yang dihasilkan boleh di bahagikan kepada beberapa jenis arca
dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Penghasilan arca memerlukan
ketelitian dan kreativiti yang tinggi.
Untuk setiap aktiviti, guru perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat
perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan
kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan.
Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, guru perlu
memikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan
kanak-kanak.
2.3.1 Pengenalan Arca
a) Sejarah
Arca ialah sesuatu seni yang dihasilkan untuk mewujudkan nilai estetika dan juga
menyampaikan sesuatu mesej. Sesetengah arca juga digunakan untuk menjadi
lambang sesuatu tempat serta menjadi perantaraan dalam upacara keagamaan
dan pemujaan. Pengetahuan berkaitan arca telah bermula sejak 4500 tahuan yang
lalu. Pengetahuan tentang arca ini pada mulanya adalah berkait rapat dengan ritual
dan kepercayaan dan biasanya berkonsepkan figura.
Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang
difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak
pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk
menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan
pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
9/28
9
perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang
besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.
Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang,
tanduk, dan tanah liat. Ia dihasilkan oleh orang- orang Aurignacian dan Magladenia
pada kira- kira tahun 8000 S.M. Pada zaman dahulu , bentuk figura manusia dan
haiwan adalah subjek utama yang digunakan untuk menghasilkan arca.Pengarca
masyur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum
perang dunia kedua ialah Henry Moore yang berbangsa Inggeris (1898- 1986) dan
Alberto Giacometti, warganegara Switzerland (19011966).
Sebelum Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk arca telah beralih
daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya
kepada bahan plastik , nilon, fabric, dan bahan buangan lain. Antara teknik yang
digunakan ialah teknik luakan, binaan dan tambahan, teknik acuan, pateri, jahitan,
gam, asemblaj, dan sebagainya turut digunakan.
Antara tokoh seni yang terlibat dengan hasil karya arca ialah Michelangelo
Buanarroti (1475-1564) merupakan pengarca italic yang teragung pada zaman
pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Micgaelangelo yang telah menghasilkan
arca manusia menggunakan marmar sekitar tahun 1501-1504. Dalam abad ke-20,
arca tidak lagi berkonsepkan figura semata-mata tetapi telah berkembang kepada
konsep yang lebih abstrak.
Di Malaysia arca tidak berkembang dengan meluas seperti catan. Pengarca
yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an.
Antara pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed
Ahmad Jamal, Lee Kian Seng, dan lain- lain.
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
10/28
10
b) Kategori Arca
i. ARCA ESTETIK
Bahan peragaan atau tatapan - Sebagai hiasan dalam dan luar bangunan. Arca
ini mempunyai makna yang mendalam dan pengetahuan yang intelektual
ii. ARCA BERFUNGSI
Boleh diguna pakai sebagai alat permainan, tempat permainan kanak dan
lanskap. Sebagai alat ritual, penyembahan dan keagamaan. Juga sebagai
keperluan domestik.
c) Media Penghasilan Arca
i. TANAH LIAT - Ada kaitan dengan tembikar (tanah dibakar). Asal kajian
sebelum batu digunakan untuk arca
ii. GANGSA - Gabungan tembaga, zink dan timah - Gunakan alatan leburan
yang bersuhu tinggi. Media ini menggunakan acuan untuk membentuk arca
iii. KAYU - Media paling tua , melalui proses ukiran dan sapu minyak pada kayu
Penggunaan ini banyak dipraktikkan oleh masyarakat pribumi Malaysia
iv. BATU - Jenis batu lembut spt. pualam atau alabaster, batu kapur dan batu
sabun. - Batu keras spt. granit, marmar dan batu pasir - Sering kali batu
digabung dengan logam.
v. LOGAM - Mula diguna kurun ke -20. Proses oksiasetilena digunakan
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
11/28
11
d) Jenis-Jenis Arca
Terdapat banyak jenis arca, di antaranya ialah arca timbulan, arca luakan, arca
dinding, arca mobail, arca asemblaj, arca stabail, arca binaan dan arca
tambahan. Dalam Pendidikan Seni Visual (PSV) KBSR, terdapat beberapa jenis
arca yang dimasukkan dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan yang
boleh dipelajari oleh murid sesuai dengan tahap kebolehan dan kemampuan
murid. Antara jenis-jenis aktiviti yang melibatkan penghasilan arca arca tersebut
ialah :
o Arca Timbul
o Arca Stabail
o Arca Asemblaj
o Arca Mobail
2.3.2 Aktiviti-aktiviti Membentuk dan Membuat Binaan
Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang
Membentuk dan Membuat Binaan. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
a. Arca Timbul
b. Arca Asemblaj
c. Arca Stabail
d. Arca Mobail
e. Diorama
f. Origami
g. Topeng
h. Boneka
i. Model
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
12/28
12
a) Arca Timbul
i) Konsep
Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi
yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi
antara ciri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca
dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang
mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari
permukaan dan kelihatan menarik.
Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara
tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam
arca timbulan ini.
Arca timbul adalah arca yang terkenal sejak zaman dahulu ianya boleh
didapati di dinding-dinding gua dan bangunan-bangunan keagamaan. Arca
timbul merupakan bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan
dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke
permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.
ii) Alatan dan Media : kepingan kayu, logam, plaster of Paris, batu, plastic,
tanah liat, pahat, penukul
iii) Teknik :Acuan, tampalan, asemblaj, binaan
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
13/28
13
iv) Contoh-contoh Arca Timbul
Rajah 3 : Contoh-Contoh Arca Timbul
http://1.bp.blogspot.com/-_53c_btBHO4/T2ANBV2YyBI/AAAAAAAAATk/IkO0pxRzHmE/s1600/arca_beato_odorico_particolare_1.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-_53c_btBHO4/T2ANBV2YyBI/AAAAAAAAATk/IkO0pxRzHmE/s1600/arca_beato_odorico_particolare_1.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-_53c_btBHO4/T2ANBV2YyBI/AAAAAAAAATk/IkO0pxRzHmE/s1600/arca_beato_odorico_particolare_1.jpg8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
14/28
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
15/28
15
iv) Contoh-Contoh Arca Asemblaj
Rajah 5 : Contoh-Contoh Arca Asemblaj
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
16/28
16
c) Arca Mobail
i) Konsep
Arca mobail lazimnya sering dijadikan sebagai bahan perhiasan kerana sifatnya
yang tergantung dan bergerak. Arca mobail mempunyai nilai estetika tersendiri
yang boleh dikomersilkan.
Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya
terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail
ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-
1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada
awal tahun 1930an.
Rajah 6 : Red Mobile, oleh Alexander Calder, 1956
ii) Alatan dan Media : Bahan besi, dawai, tali, plastic, skru, span
iii) Teknik : cantuman, binaan, ikatan
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
17/28
17
iv) Contoh-contoh Arca Mobail
Rajah 7 : Contoh.Contoh Arca Mobail
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
18/28
18
d) Arca Stabail
i) Konsep
Berbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi boleh bergerak kerana
kedudukan yang boleh bergerak. Arca gabungan ialah pengabungan beberapa
jenis arca dalam menghasilkan karya. Gabungan ini bukan sahaja dari segi jenis
malah teknik penghasilannya yang diserap dan dipengaruhi oleh disiplin lain
seperti catan, cetakan dan sebagainya.
Arca ini mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya
dengan berada dalam ruang persembahan arca tersebut dan bukan hanya di
hadapan arca itu sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi sebahagian
daripada karya. Tambahan pula, arca gabungan ini merupakan kombinasi
daripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj. Rekaan stabail bolehdipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan
yang ada dan mudah didapati.
ii) Alatan dan Media : bahan besi, kayu, papan, plaster of paris,
dawai,plastik
iii) Teknik : kimpalan, binaan, camtuman, paku dan gam
iv) Contoh-contoh Arca Stabail
Rajah 8 : Contoh-Contoh Arca Stabail
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
19/28
19
e) Diorama
i) Konsep
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai
objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut
hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga
tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang
hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding
kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk
menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian
tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama
seperti tema diorama.
ii) Alatan dan Media : kotak, papan, kadboard, kertas, plastic,
gunting, pisau, gam, tali
iii) Teknik :guntingan, tampalan
iv) Contoh-contoh Diorama
Rajah 9 : Contoh-Contoh Diorama
http://1.bp.blogspot.com/-zN9kSHYALEA/T2BUEqLiFkI/AAAAAAAAAVc/Z_nytP8N7wU/s1600/DIORAMA1.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/-zN9kSHYALEA/T2BUEqLiFkI/AAAAAAAAAVc/Z_nytP8N7wU/s1600/DIORAMA1.JPG8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
20/28
20
f) Topeng
i) Konsep
Topeng ialah alat yang digunakan untuk menutup muka. Topeng digunakan
untuk membuat persembahan dan bagi tujuan lain mengikut kehendak
pemakainya. Topeng biasanya digunakan untuk persembaha, majlis
keagamaann atau majlis-majlis tertentu. Kegunaan topeng adalah untuk
menutup atau menyembunyikan identity pemakai topeng
Terdapat beberapa jenis topeng iaitu topeng muka, topeng mata dan
topeng sarung/ serkup. Topeng muka adalah topeng yang menutupi keseluruhan
bahagian muka. Topeng mata pula hanya menutup bahagian mata. Manakala
topeng serkup/sarung merupakan topeng yang menutup keseluruhan bahagian
kepala.
ii) Alatan dan media : plastic, kertas, beg kertas, gam, gunting dan aksesori
hiasan
iii) Teknik : guntingan, tampalan
iv) Contoh-contoh topeng
Topeng Muka
http://2.bp.blogspot.com/-V_BkkkezgCI/T2CJ3R9abaI/AAAAAAAAAWM/A8YMVb2DQ9M/s1600/topeng.JPG8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
21/28
21
Topeng Mata
Topeng Sarung . Serkup
Rajah 10 : Contoh-Contoh Topeng
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
22/28
22
g) Boneka
i. Konsep
Boneka (daribahasa Portugis boneca) adalah sejenismainan yang dapat berbentuk
macam-macam, terutamanyamanusia atauhewan,serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa
dikatakan salah satu mainan yang paling tua, karena pada
zamanYunani,Romawi ataupunMesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi,
bentuk, maupun bahan pembuatnya ternyata berbeda sekali antara dulu dan sekarang.
Umumnya boneka dibuat sebagai mainan anak-anak, namun kadang-kadang
digunakan untuk fungsi fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang
bersifatgaib ataupunmistik misalnya berupa upacara upacara ritual keagamaan pada
zaman dulu, permainanjelangkung,sihir ataupun upacara pemanggilanroh.Seringkali
boneka ditemukan pada makam-makam kuno atau situs-situs sejarah maupun
prasejarah.
Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yangdigerak,lakonkan
oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan
mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapatdijadikan boneka itu pemain akan
mencuba untuk menghidupkan watak sama-adamenerusidialog yang dipertuturkan oleh
pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.
ii) Jenis-jenis Boneka
SARUNG TANGAN
Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa
menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari
dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan
anggota boneka.
http://www.blogger.com/wiki/Bahasa_Portugishttp://www.blogger.com/wiki/Mainanhttp://www.blogger.com/wiki/Manusiahttp://www.blogger.com/wiki/Hewanhttp://www.blogger.com/wiki/Yunanihttp://www.blogger.com/wiki/Romawihttp://www.blogger.com/wiki/Mesirhttp://www.blogger.com/w/index.php?title=Gaib&action=edit&redlink=1http://www.blogger.com/wiki/Mistikhttp://www.blogger.com/wiki/Jelangkunghttp://www.blogger.com/wiki/Sihirhttp://www.blogger.com/wiki/Rohhttp://www.blogger.com/wiki/Rohhttp://www.blogger.com/wiki/Sihirhttp://www.blogger.com/wiki/Jelangkunghttp://www.blogger.com/wiki/Mistikhttp://www.blogger.com/w/index.php?title=Gaib&action=edit&redlink=1http://www.blogger.com/wiki/Mesirhttp://www.blogger.com/wiki/Romawihttp://www.blogger.com/wiki/Yunanihttp://www.blogger.com/wiki/Hewanhttp://www.blogger.com/wiki/Manusiahttp://www.blogger.com/wiki/Mainanhttp://www.blogger.com/wiki/Bahasa_Portugis8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
23/28
23
BONEKA LIDI
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal.Kemudian lidi panjang
diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal
digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas
tebal,diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga bolehdibuat daripada
kulit,plastik,lutsinar dan kertas tebal.
BONEKA WAYANG KULIT
Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada
tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia
ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih.Lampu dinyalakan dan bayang-bayang
boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin.Lididigoyang-goyangkan untuk menggerakkan
anggota boneka.
BONEKA TONGKAT
Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh
dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut.Boneka ini menggunakan
konsep wayang.
BONEKA BERTALI
Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-Paris
atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yangboleh
bergerak.Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat angota angota badan
itu bergerak.
iii) Alatan dan Media : Kain, kertas, plastic, gam, gunting, tali, lidi/kayu
iv) Teknik : guntingan, sambungan, binaan
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
24/28
24
v) Contoh-contoh Boneka
Boneka Jari Boneka Sarung Tangan
Boneka Tali Boneka Wayang Kulit
Boneka Lidi
Rajah 11 : Contoh-Contoh Boneka
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
25/28
25
h) Origami
i) Konsep
Perkataan origami berasal dari perkataan Jepun ORIKAMI yang bermaksud seni
melipat kertas sehingga membentuk bentuk-bentuk yang diinginkan. ORI
bermaksud lipat dan KAMI bermaksud kertas. Origami ialah seni lipatan kertas
yang mula diperkenalkan di Jepun. Seni origami tidak memerlukan gam untuk
melekat bahagian-bahagian kertas hingga menjadi bentuk yang diingini kerana
kertas hanya perlu dilipat dan disisip untuk membuat bentuk yang diingini.
Origami dipercayai telah ada sejak kertas pertama kali digunakan iaitu pada
abad pertama China. Yang tepatnya pada 105 M oleh Ts'ai Lun. Contoh-contoh
awal origami yang berasal dari China antara lain tokang Cina dan kotak. Pada
abad ke enam, cara pembuatan kertas itu kemudian dibawa ke Sepanyol oleh
orang-orang Arab dan ke Jepun (610 M) oleh seorang sami Buddha bernama
Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku.
ii) Alatan dan Media : kertas, gunting / pisau
iii) Teknik : lipatan dan guntingan
iv) Contoh-contoh Origami
Rajah 12 : Contoh-Contoh Origami
http://3.bp.blogspot.com/-acAVyzPr7f8/T2CZH4VR-JI/AAAAAAAAAXE/FKPob0oEp1o/s1600/origami17.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-1jeUVHxrVhM/T2CZF2nZF1I/AAAAAAAAAW8/iTgAY7jL8wk/s1600/untitled.bmphttp://3.bp.blogspot.com/-acAVyzPr7f8/T2CZH4VR-JI/AAAAAAAAAXE/FKPob0oEp1o/s1600/origami17.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-1jeUVHxrVhM/T2CZF2nZF1I/AAAAAAAAAW8/iTgAY7jL8wk/s1600/untitled.bmp8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
26/28
26
i) Model
i) Konsep
Model ialah aktiviti menghasilkan sesuatu mengikut bentuk sebenar tetapi skala
dan nisbahnya berbeza sama ada dibesarkan atau dikecilkan. Contoh-contoh
model yang sering dihasilkan ialah model rumah, model kenderaan dan
sebagainya.
Model digambarkan dengan pandangan 2 Dimensi (2D) tetapi pada pandangan
ini hanya beberapa bahagian sahaja yang dapat ditunjukkan tetapi dengan
pandangan 3 Dimensi (3D) setiap penjuru sesuatu objek dapat dilihat. Model
boleh dibahagikan kepada tiga iaitu model kawasan, model static dan model
dinamik.
o Model kawasan merupakan suatu bentuk ilustrasi yang menunjukkan satu
kawasan yang dibuat dalam bentuk 3D yang sederhana.
o Model statik adalah model yang dibuat hanya untuk gambaran tetap yang
tidak berubah.
o Model dinamik adalah model yang dibuat mengikut kesesuaian bentuk
yang boleh diubah pergerakan mengikut kehendak.
ii) Alatan dan Media : kadboard, kotak, bahan kutipan/buangan, gunting, gam,
dawai, skru, salofantape
iii) Teknik : binaan, cantuman, guntingan, tampalan
8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
27/28
27
v) Contoh-Contoh Model
Rajah 12 : Contoh-Contoh Model.
http://3.bp.blogspot.com/-LgmYMFfO4Uo/T2BOJyEEZ-I/AAAAAAAAAVM/7CnOvNQeilA/s1600/25092011656.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-ig2UEMU-lrc/T2BNS8cW2aI/AAAAAAAAAVE/Nzdt-O6RMBo/s1600/imagesCACSCC7M.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-LgmYMFfO4Uo/T2BOJyEEZ-I/AAAAAAAAAVM/7CnOvNQeilA/s1600/25092011656.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-ig2UEMU-lrc/T2BNS8cW2aI/AAAAAAAAAVE/Nzdt-O6RMBo/s1600/imagesCACSCC7M.jpg8/11/2019 Tugasan Esei Ppsv3105 Tugasan Projek
28/28
3.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP
Membentuk dan membuat binaan merupakan kegiatan yang amat menarik dan mampu
menjana kerativiti murid agar menjadi lebih kreatif dan inovatif. Murid juga dapat menajamkan
pengamatan mereka melalui aktiviti-aktiviti dalam kegiatan ini. Guru dapat membantu murid
meningkatkan pengamatan dan kreativiti mereka melalui aktiviti-aktiviti membentuk dan
membuat binaan yang sesuai dengna tahap kebolehan murid.
Penghasilan Shape Book pula merupakan aktiviti seni yang menarik dan boleh
dijadikan sebagai bahan bantuan mengajar yang amat menarik. Murid-murid juga boleh diajar
menghasilkan Shape Book masing-masing dengan mengisikan maklumat berkatitan pelajaran
mereka di dalam Shape Book yang dihasilkan. Penghasilan Shape Book juga merupakan
salah satu daripada aktiviti yang boleh dijalankan di bawah kegiatan membentuk dan membuat
binaan.
Kesimpulannya, sekiranya guru bijak mengolah idea dan merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang menarik dalam kegiatan membentuk dan membuat binaan ini, akan
dapat menarik minat dan tumpuan murid dalam kegiatan atau aktiviti seni. Guru mempunyai
banyak pilihan aktiviti dan sekiranya ditambah dengan kreativiti guru, banyak produk atau hasil
karya yang menarik dapat dihasilkan.