24
1.0 PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya. Setelah lebih setengah abad merdeka, tanah air kita telah berjaya melangkah keluar daripada kategori negara mundur dan bertukar menjadi sebuah negara yang pesat membangun. Negara kita sedang mengorak langkah dengan pantas terhadap matlamat utama iaitu Wawasan 2020. Seperti yang ternyata di dalam laman sesawang Wikipedia, Wawasan 2020 merupakan sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad , Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 . Skop yang beliau maksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi , tetapi juga bidang-bidang politik , sosial, kerohanian , psikologi , serta juga perpaduan nasional dan sosial. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan , mutu hidup , nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan. Pergerakan daripada negara mundur kepada negara sedang membangun berlaku dalam tempoh 50 tahun (1957-2007). Ia merupakan suatu jangka waktu yang cukup singkat menurut ukuran sejarah dunia. Pencetusan kepada proses transformasi sosioekonomi yang luar biasa ini ialah peristiwa rusuhan etnik 13 mei 1969 yang telah membuat kesemua rakyat Malaysia tersentak lalu membuka mata bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam 1

TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

Citation preview

Page 1: TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

1.0 PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum,

agama dan budaya. Setelah lebih setengah abad merdeka, tanah air kita telah berjaya

melangkah keluar daripada kategori negara mundur dan bertukar menjadi sebuah

negara yang pesat membangun. Negara kita sedang mengorak langkah dengan

pantas terhadap matlamat utama iaitu Wawasan 2020. Seperti yang ternyata di dalam

laman sesawang Wikipedia, Wawasan 2020 merupakan

sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia

ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah

negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Skop yang

beliau maksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga

bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan

sosial. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan

politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta

juga keyakinan.

Pergerakan daripada negara mundur kepada negara sedang membangun

berlaku dalam tempoh 50 tahun (1957-2007). Ia merupakan suatu jangka waktu yang

cukup singkat menurut ukuran sejarah dunia. Pencetusan kepada proses transformasi

sosioekonomi yang luar biasa ini ialah peristiwa rusuhan etnik 13 mei 1969 yang telah

membuat kesemua rakyat Malaysia tersentak lalu membuka mata bahawa ada sesuatu

yang tidak kena dalam masyarakat kita, khususnya dari segi hubungan etnik, walaupun

kita sudah merdeka dan perlahan-lahan sudah mula menikmati keselesaan ekonomi

pada zaman kini.

Daripada pengalaman pahit tersebut rakyat Malaysia sedar bahawa kemajuan

ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. Pada masa

yang sama, kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi

yang seimbang. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan

lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik.

1

Page 2: TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

Keseimbangan tersebut melibatkan agihan kekayaan ekonomi secara saksama dan

perkongsian kuasa yang matang. Oleh yang demikian, apakah faktor yang boleh

membawa keseimbangan itu? Atau, apakah perkara yang perlu dipertahankan serta

dipeliharakan untuk menjamin keseimbangan ini berlaku secara berterusan? Ini

merupakan antara persoalan-persoalan yang seringkali dirungkaikan oleh masyarakat

dan antara kumpulan kelas sosial.

2.0 KONTRAK SOSIAL

Dalam skop demokrasi moden, kontrak sosial diungkapkan melalui pilihan raya. Pilihan

raya merupakan satu daripada ciri-ciri penting dalam amalan sistem demokrasi

berparlimen. Untuk memperoleh semula kuasa, pemerintah perlu memperoleh mandat

daripada rakyat melalui proses pengundian sulit oleh mereka yang layak mengundi.

Kontrak sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Dari segi penduduk

berbilang kaum di negara kita, kontrak sosial amat penting untuk melahirkan

warganegara yang kental, utuh dan kukuh bagi berasaskan kesedaran terhadap

kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan. Kelebihannya adalah

kemampuan untuk membangunkan sebuah Negara yang aman dan damai serta

harmonis dengan penduduk yang berbilang kaum.

Menurut Ishak Saat (2001), kontrak sosial merupakan istilah yang digunakan

dalam bidang falsafah, sains politik dan sosiologi bagi menjelaskan wujudnya

persetujuan bersama secara sukarela di kalangan rakyat sesebuah Negara berkaitan

hak dan tanggungjawab mereka sebagai rakyat. Dalam aspek Malaysia, kontrak sosial

merujuk kepada perjanjian yang dibuat oleh para pengasas kemerdekaan Negara

dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957.

2

Page 3: TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

Kontrak sosial di negara kita lebih merujuk kepada permuafakatan dan

perkongsian untuk hidup bersama secara aman dan harmoni tanpa membezakan

agama mahupun bangsa. Seperti yang dikatakan di dalam perjanjian yang lain, akan

ada bahagian-bahagian di mana beberapa perkara tidak ditulis atau dinyatakan,

namun begitu segala perubahan tersebut harus mempunyai persetujuan atau keizinan

bersama . Kontrak atau perjanjian ini tidak boleh diubah atau dipinda tanpa

persetujuan daripada semua pihak yang terlibat di dalamnya. Rentetan dan jalinan

peristiwa yang berlaku sewaktu kontrak sosial ini digubalkan harus diketahui oleh

semua lapisan masyarakat di negara kita tanpa mengira banding beza kaum,umur dan

jantina.

Secara ringkasnya, kontrak sosial merupakan perjanjian yeng telah digubal

untuk mewujudkan cara hidup yang berdemokrasi pada masa yang sama menolak

keganasan, perkauman dan ekstrimisme. Formula ini sebahagian besarnya tersurat

dalam Perlembagaan Persekutuan, yang diamalkan secara bijaksanadalam satu

pakatan agung Negara dengan inspirasi untuk membawa Malaysia muncul dalam peta

dunia sebagai sebuah Negara maju.

Tanggungjawab rakyat Malaysia adalah untuk menghayati intipati kontrak

sosiak ini dengan memperkukuhkan ikatan antara hubungan etnik yang berlainan

secara erat dan padu dan mengadunkannya dalamacuan tersendiri yang istimewa dan

menyenangkan. Kontrak sosial menjunjung semangat keadilan dan perpaduan

berasaskan pepatah, ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ . Inilah semangat

kontrak social yang perlu kitapertahankan bersama-sama dalam sebuah komuniti yang

terdiri daripada pelbagai masyarakat yang berlatarbelakang kumpulan etnik yang

berbeza.

3

Page 4: TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

3.0 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL

Kontrak social merupakan istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum

merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri

daripada tiga kaum yang terbesar iaitu, Melayu, Cina dan India. Pemeteraian perjanjian

ini disertai dan disetujui oleh parti-parti yang telah diwakili oleh tiga kaum majority di

Negara kita iaitu, Melayu (UMNO), Cina (MCA) dan India (MIC). Walau

bagaiamanapun, istilah kontrak social tidak wujud di dalam Perlembagaan

Persekutuan 1957, namun ia memainkan peranan yang mutlah sebagai watikah asas

keadilan sosial di Malaysia.

Terdapat beberapa tujuan kontrak sosial ini digubal. Antara tujuannya adalah

untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri di antara kelompok-kelompok

masing-masing. Kedua, untuk memastikan kepentingan masyarakat sama ada majority

atau minority di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.

Seterusnya adalah untuk memastikan persetujuan yang dicapai ini kekal dan diwarisi

secara turun-temurun oleh generasi yang akan datang. Keempat pula, untuk

memastikan setiap pihak yang bersetuju akan mematuhi dan menyampaikan kepada

generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa hadapan.

Selain itu, kontrak sosial ini perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk

menegakkan keaadilan di Negara kita. Pengajaran utama yang harus diambil iktibar

adalah melalui peristiwa gelap 13 Mei 1960 kerana ia mencabar kedudukan orang

melayu. Bagi menyelesaikan masalah ini, sebuah dasar yang menyatu padukan semua

kaum harus dibentuk. Dasar tersebut harus mengeratkan perpaduan dan

mengukuhkan persepaduan bangsa. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007),

Dasar-dasar pembangunan Negara merujuk kepada usaha kerajaan bersama

dukungan rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, ekonomi dan politik

secara adil bagi semua kaum. Berbalik kepada peristiwa gelap 13 Mei, dasar pecah

perintah oleh British merupakan penyebab musibah ini berlaku kerana ia mewujdkan

jurang pengelasan kaum seterusnya menghalang komunikasi antara kaum. Sejak 1957

4

Page 5: TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

hingga 1960, pembangunan ekonomi dipengaruhi oleh kuasa pasaran dan pada ketika

itu, kebanyakan kaum Bumiputera tinggal di luar Bandar dan masih mundur manakala

kaum cina menguasai sektor perindustrian dan korporat. Walaupun kadar

pertumbuhan ekonomi baik stabil namun pengagihan kuasa yang tidak seimbang telah

menyebabkan rusuhan 13 Mei berlaku.

Justeru itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan sebagai strategi

serampang dua mata untuk mencapai integrasi nasoinal negara serta mengurangkan

dan seterusnya menghapuskan pengagihan kaum mengikut fungsi ekonomi dan

pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. Menurut Shamsul Amri Baharuddin

(2007), DEB merupakan langkah untuk memperbetulkan ketidakseimbangan

sosioekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah, mempertingkat penglibatan kaum

Bumiputera dalam bidang perniagaan dan pegangan ekuiti korporat. Pengagihan

kuasa ekonomi yang seimbang amat penting demi mewujudkan sebuah Negara yang

mempunyai masyarakat yang bersatu padu, sejarah peristiwa hitam 13 Mei 1969

membuktikan bahawa perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan

penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati keseimbangan social dan ekonomi juga

perlu dilakukan. Usaha DEB amat penting untuk mewujudkan permuafakatan kaum

bagi membentuk Negara bangsa Malaysia.

Pada umumnya kontrak social mempunyai kepentingannya yang tersendiri.

Dalam konteks masyarakat majmuk, perjanjian ini penting untuk mewujudkan

masyarakat kental dan kukuh bersandarkan perundangan ilmiah, tetapi juga dari segi

hakikat sejarah dan keikhlasan hati menjunjung hasrat murni sebuah Negara.

4.0 HUBUNGAN ETNIK

Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang masyarakatnya terdiri daripada

pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, Bahasa kebudayaan dan adat resam

yang tersendiri. Saya berasa amat bangga kerana dapat menjadi sebahagian dalam

5

Page 6: TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

satu-satunya negara yang terdiri daripada komuniti plural yang paling Berjaya di alaf

baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk

mempunyai konsep dan sejarah yang unik. Malaysia kini didiami oleh masyarakat

pelbagai bangsa dari perlis hingga ke Sabah. Diversiti ini masyarakat Malaysia berlaku

disebabkan oleh perubahan masa dan keadaaan seperti yang berlaku terhadap

perubahan struktur politik. Sebelum abad ke 18 dan abad 19 corak komuniti Negara

kita bukan seperti pada masa kini. Pada ketika itu, Orang Melayu dan Orang Asli terdiri

daripada sebilangan kecil bangsa atau kaum lain.

Menurut J.S.Furnivall (1967), mengemukakan pendapat bahawa konsep

masyarakat wujud berdasarkan kajian beliau di Indonesia dan Burma. Dalam kajian

tersebut, beliau menyimpulkan bahawa masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai

kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, Bahasa dan adat resam yang tersendiri.

Walaupun pelbagai kaum mempunyai berganding bahu di bawah system politik yag

sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi social di kalangan

mereka amat kurang dan terbatas kepada hal ekonomi, jual dan beli sahaja.

Pembahagian tugas-tugas pula dilakukan atas garis-garis ras.

Idea Furnivall tentang masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh

tokoh sosiologi lain. J.M.Gullick (1987), beliau telah memberikan analisis mengenai

konsep masyarakat majmuk juga. Menurut beliau pula, masayarakat majmuk terdiri

daripada pelbagai budaya, perpecahan social dan perselisihan. Dari segi politik pula,

masyarakat majmuk dikuasai oleh sebuah kelompok komuniti yang mempunyai

kebudayaan yang tersendiri. Gullick juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas

dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Beliau juga berkata

bahawa kemajmukan social mengambil tempat disebabkan oleh proses dimana

masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya daripada

kemajmukan budaya yang wujud daripada beberapa kelompok etnik.

6

Page 7: TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

Pendirian Furnivall dan Gullick ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai

unsur ketara dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini bertentangan dengan

pendekatan yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar etnik yang

berbeza. Walau bagaimanapun, pendirian ini membuktikan percubaan untuk

mewujudkan satu teori secara umum mengenai hubungan ras. Teori ini cuba

memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk

konseptual dan merupakan factor utama untuk memahami sifat hubungan etnik.

Oleh kerana wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan Bahasa dalam

kalangan rakyat di Negara ini, maka timbulah pelbagai masalah yangmelibatkan

hubungan etnik. Boleh dikatakan bahawa perkauman akan sentiasa menjadi batas

pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh melahirkan

ketegangan dan konflik antara kum dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya

pertumpahan darah. Faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi

keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Hubungan etnik yang

mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah Negara yang mempunyai

kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik.

Dalam konsep hubungan etnik ini, perpaduan dan integrasi mempunyai

perkaitan yang amat erat. Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang

menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat

dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan

tanah air. Menurut Ahmad Haji Kambar (1987), integrasi merupakan satu proses bagi

mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi

kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi ini terdiri

daripada beberapa cabang. Unsur integrasi dalam erti kata lain adalah cabaran yang

dihadapi oleh hubungan etnik. Antara unsurnya adalah :

7

Page 8: TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

1. Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan

pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang

mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat

dan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai

Barat Semenanjung Malaysia.

2. Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk

mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik

3. Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk suatu kebudayaan

kebangsaan

4. Integrasi sosial merangkumi usaha-usahameyatupadukan rakyat melalui

progam sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan

5. Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang

bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani

6. Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui

kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah suatu yang mudah.

Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang sangat kompleks.

Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedkatan bermula dengan

hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu

amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan

integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu

mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan

harmonis antara pelbagai etnik. Menurut Professor Robert Park (1950) :

“If it is true that the different races, like the different species, came into

existence under conditions imposed by their dispersion, it is likewise true that

civilization, if not society, is a product of the city. In the city peoples of diverse

races and cultures come together not to participate in and perpetuate a

8

Page 9: TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

common life as is the case of a family, kinship group, or a religious society but

as individuals who have discovered that they are useful to one another”

5.0 HUBUNGKAIT ANTARA KONTRAK SOSIAL DAN HUBUNGAN ETNIK

Teori kontrak social menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas

Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan Negara sebagai satu

perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini

bermaksud individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk

memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.

Menurut Bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-

syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen yang

mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan

dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan

masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak social apabila

diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan

yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang yang melibatkan semua masyarakat di

sebuah Negara.

Pengorbanan orang Melayu dalam UMNO yang sanggup berkorban dan

melupakan kepentingan mereka dalam politik sehingga sanggup melepaskan

beberapa kawasan pilihanraya yang sepatutnya ditandingi oleh mereka tetapi telah

diberi dengan sukarela kepada rakan kongsi politik mereka dalam Parti MCA yang

mewakili kaum Cina atau kepada rakan mereka dalam Parti MIC yang mewakili kaum

India. Oleh itu persetujuan bersama UMNO, MCA dan MIC yang diperakukan dalam

manifesto pilihanraya dan Memorandum Tunggal Perikatan kepada Suruhanjaya REID,

merupakan asas sosial kontrak yang kita amalkan selama ini dengan jayanya. Antara

perkara yang telah dipersetujui dalam Memorandum Tunggal Perikatan boleh

disingkatkan kepada ‘4 +1’.

9

Page 10: TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

Perlembagaan Persekutuan 1957 Perkara 152 menjadikan Bahasa Melayu

sebagai Bahasa Kebangsaan. Ini bertujuan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar dengan diwajibkan di semua jenis pusat pendidikan. Ini merupakan

salah satu langkah untuk mencapai perpaduan negara. Pada masa yang sama, Dewan

Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan untuk memajukan Bahasa Melayu serta

menggalakkan penggunaannya. Kesemua sekolah di Malaysia menjadikan Bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar dan merupakan satu subjek wajib bermula dari

tahun 1982.

Agama Islam pula merupakan agama persekutuan. Walau bagaimanapun, ini

bukanlah bermaksud negara ini mengamalkan sistem teokrasi. Rakyat Malaysia yang

lain masih bebas menganut agama yang lain dan merayakan perayaan masing-

masing. Mereka juga bebas untuk mengamalkan adat dan tradisi agama masing-

masing.

Ketiga, prinsip kerakyatan secara ‘jus soli’ telah diperkenalkan semasa

rancangan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu iaitu kaum Cina dan India

yang dilahirkan di Tanah Melayu merupakan warganegaranya. Tetapi dengan adanya

Perlembagaan, kerakyatan Jus Soli telah diperketatkan. Antara syarat itu ialah

penduduk bukan Melayu mesti tinggal di PTM (Persekutuan Tanah Melayu) tidak

10

4 + 1

RAJA BAHASA AGAMA HAK ISTIMEWA

ORANG MELAYU

KERAKYATAN KEPADA BUKAN MELAYU MENGIKUT KONSEP JUS SOLI

Page 11: TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

kurang daripada 10 tahun. Kedua-dua ibubapanya adalah warganegara PTM. Mereka

hendaklah mengaku taat setia terhadap Tanah Melayu dan menganggap negara ini

sebagai tanah tempat tumpah darahnya. Selain itu, bermula tahun 1958, mereka juga

perlu fasih bertutur dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Selain itu,

kedudukan raja sebagai ketua negeri dan ketua agama Islam diiktiraf.

Selain itu, prinsip ‘Kesetiaan kepada Raja’ telah dimasukkan ke dalam Rukun

Negara yang merupakan idealogi nasional telah mengkukuhkan lagi kedudukan raja-

raja di Malaysia. Di samping itu, satu pindaan telah ditubuhkan iaitu Akta Hasutan

1948. Ia bertujuan untuk melarang soalan mengenai hak, taraf kedudukan, hak

istimewa, kedaulatan raja yang dilindungi oleh perlembagaan ke atas bahasa

kebangsaan, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu dan kuasa pemerintahan

raja-raja.

Seterusnya, kedudukan hak istimewa orang Melayu bukanlah merupakan

sesuatu yang baru. Perkara ini ialah merupakan perkara utama yang diperjuangkan

oleh golonganorang Melayu sejak sebelum merdeka lagi. Perkara ini telah

dimaktubkan didalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Ia

bertujuan untuk menjaga hak orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan

mempertingkatkan kemajuan orang Melayu yang telah ketinggalan dalam semua

bidang kehidupan supaya setaraf dengan kaum bukan Melayu yang lebih maju. Ini

dapat mendekatkan jurang perbezaan di antara kaum terutamanya kaum Cina dengan

kaum Melayu yang terpisah sejak kedatangan British di Tanah Melayu.

Rentetan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan, diperturunkan, dipelajari

dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama generasi muda daripada

11

Page 12: TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti memahami dan

menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak sosial itu. Hal ini amat

penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai resipi kehidupan

masyarakat Malaysia yang bersatu padu, aman makmur dan harmoni. Sebagai

kesimpulan, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara hidup yang

dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam kepelbagaian

berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu.

6.0 CABARAN HUBUNGAN ETNIK

Pelbagai usaha dirancang dan dilancarkan demi untuk meneruskan usaha memupuk

keharmonian kaum di negara ini. Pelbagai cabaran dihadapi dalam mengekalkan dan

memupuk perpaduan etnik.

Sikap sesetengah pihak yang mementingkan diri sendiri dan memperjuangkan

hak etnik masing-masing serta cuba menidakkan etnik Melayu sebagai bangsa

dominan di negara ini memberi cabaran hebat kepada hubungan etnik di negara ini.

Tindakan pihak ketiga mencetuskan rasa tidak puas hati semua pihak yang pastinya

mengundang kepada perpecahan. Dasar “pecah dan perintah” oleh British memberi

implikasi kepada hubungan etnik sehingga kini. Etnik Melayu, Cina dan India terasing

dari segi penempatan dan jenis pekerjaan. Hal ini telah menyebabkan interaksi di

kalangan etnik amat kurang khususnya yang tinggal dalam wilayah berbeza.

Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi

berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan

etnik di Malaysia.

Sistem pendidikan yang tersendiri memperlihatkan tentang dominasi mengikut

kepentingan etnik masing-masing. Pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan

menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu. Pelajar Cina menuntut di sekolah

12

Page 13: TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan. Pelajar

India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa

pengantar. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda

dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk

integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Hal ini menyebabkan interaksi

antara etnik amat terhad dan interaksi hanya tertumpu dalam kumpulan etnik yang

sama. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada

negara Malaysia. Hasilnya, masing-masing cuba mempertahankan Bahasa

ibunda.Termasuklah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Justeru itu,

cabaran wujud dalam usaha membentuk suatu kesatuan sistem pendidikan bersepadu

yang sesuai untuk semua etnik. Sistem pendidikan yang berbeza secara tidak

langsung memberikan impak yang kurang baik kepada penstrukturan negara. Cabaran

dalam aspek pendidikan harus dipandang serius oleh semua pihak kerana jika ini

berlarutan akan wujud perasaan kekitaan di kalangan etnik masing-masing.

Cabaran dari aspek budaya juga harus diambil kira. Ini kerana bentuk

penajajahan baru oleh kuasa-kuasa asing adalah melalui ledakan budaya. Masyarakat

berbilang etnik terdedah kepada cara pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Aspek

kepercayaan dan agama semakin dipinggirkan memandangkan terlalu memikirkan

keseronokkan dunia. Cara hidup dan amalan masyarakat barat semakin menjadi

ikutan.

Cabaran dari aspek ekonomi. Kepentingan etnik dari sudut ekonomi adalah

melalui penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan. Etnik Melayu menguasai

sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi

rendah. Etnik Cina menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan

dan menggunakan teknologi moden. Etnik India terlibat dengan perladangan di estet

getah dan kelapa sawit. Wujud jurang pendapatan ketara di kalangan etnik. Masing-

masing cuba bersaing mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar.

Penguasaan ekonomi yang berbeza dan jurang pendapatan yang tidak seimbang

13

Page 14: TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Hal ini menimbulkan rasa

tidak puas hati semua golongan etnik. Justeru itu, cabaran ini perlu diambil kira dalam

menjaga perpaduan di kalangan etnik. Perpaduan di kalangan etnik tidak boleh dicapai

tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan

sosial dan etnik melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam

perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi.

Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan

mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat

kata sepakat. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama,

kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik tidak akan mampu

menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Semua etnik saling berusaha

untuk mengekalkan identiti masing-masing sehingga boleh membawa kepada

hilangnya semangat memupuk semangat taat setia kepada negara.

Setiap etnik di Malaysia mempunyai perbezaan dari segi agama, bahasa, dan

kebudayaan. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan

kebudayaan berbeza. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap etnik fanatik

dengan bahasa dan kebudayaan masing-masing. Kesannya, setiap etnik lebih

mengutamakan anggota sendiri daripada etnik yang berbeza dalam memilih sahabat

dan mendapatkan perkerjaan. Kesukaran untuk hidup dalam satu kelompok yang

sama akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini kerana masyarakat

pelbagai etnik mempunyai masalah dalam berkomunikasi dengan etnik-etnik lain

memandangkan mereka terbiasa hidup dengan masyarakat dalam etnik yang sama.

Semua etnik perlu berani menyahut cabaran globalisasi agar tidak ketinggalan

dalam arus kemajuan dalam bidang teknologi dan perkembangan komunikasi. Aspek

cabaran globalisasi perlu diambil kira dalam memupuk semangat perpaduan etnik di

14

Page 15: TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

Malaysia. Setiap perancangan dan pelaksanaan program perpaduan perlu mengambil

kira cabaran globalisasi agar jurang di antara etnik dapat

7.0 PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Profesor Robert Park, ahli sosiologis hubungan etnik dalam bukunya The Nature of

Race Relations (1950) menegaskan, hubungan etnik secara lumrahnya akan wujud

bila dua atau lebih kumpulan yang berbeza budaya, agama dan adat berada dalam

ruang yang sama.Situasi hubungan etnik hanya wujud bila kumpulan tersebut

menyedari adanya perbezaan. Jika mereka tidak menyedari atau mengambil sikap

mengabaikan perbezaan itu, maka hubungan etnik tidak akan menjadi satu isu yang

perlu diuruskan.

Dua kerangka utama yang sering digunakan untuk memahami hubungan etnik

ialah model asimilasi dan juga model pluralisme. Asimilasi merujuk kepada usaha

untuk meningkat kebersamaan dan keserasian antara etnik di sesebuah negara.Maka

itu Perlembagaan Persekutuan dibentuk untuk mewujudkan kebersamaan tersebut.

Penarafan Bahasa Melayu dan agama Islam sebagai entiti rasmi negara adalah

strategi untuk membina kebersamaan tersebut. Malah cadangan pembentukan sekolah

satu aliran juga sebenarnya satu lagi usaha untuk membina keserasian antara

kaum.Kerangka asimilasi boleh dijayakan menerusi empat peringkat utama iaitu

asimilasi budaya, struktur, psikologi dan biologikal.

Model pluralisme pula merujuk kepada usaha menjayakan hubungan dengan

meraikan kepelbagaian etnik melalui budaya, sukan, muzik, fesyen dan makanan.Ia

akan membina toleransi identiti dan seterusnya meningkatkan usaha hubungan etnik.

Bagi menjayakan hubungan etnik ini, yang utama ialah seluruh rakyat menghayati dan

15

Page 16: TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

memahami Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan hubungan etnik sebagai

asas bersama. Kegagalan memahaminya akan menyebabkan kita kembali berpolemik.

Kajian oleh Nur Atiqah T. Abdullah (2006) di Pusat Pengajian Umum UKM

mengenai Perlembagaan Persekutuan menunjukkan, tahap pengetahuan responden

daripada semua etnik masih rendah.Maka tidaklah hairanlah apabila sebahagian besar

rakyat dengan begitu mudah berjaya dieksploitasi oleh ahli politik yang berkepentingan

peribadi. Pengetahuan yang rendah akan mendedahkan rakyat kepada risiko

perbalahan antara kaum dan menjejaskan kestabilan negara.

Perlembagaan Persekutuan merupakan sumber tertinggi perundangan negara.

Semua undang-undang yang digubal perlu memenuhi semangat dan aturan yang

termaktub di dalamnya.Satu bangsa Malaysia hanya boleh wujud secara realistik bila

keluhuran perlembagaan diterima, dihormati dan dihayati oleh seluruh lapisan

masyarakat pelbagai etnik di negara ini.

8.0 KESIMPULAN

Malaysia mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah lebih dari 100 tahun

berada di bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa-kuasa asing dan sehingga kini

negara telah mengecapi kemerdekaan hampir mencecah 52 tahun. Penjajahan dan

pemerintahan kuasa-kuasa asing seperti British dan Jepun meninggalkan implikasi

kepada negara secara tidak langsung. Termasuklah mempengaruhi populasi rakyat

Malaysia sehingga kini. Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini dipercayai

semakin ketara di zaman pemerintahan British yang menggalakkan migrasi orang-

orang Cina dan India ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh kasar. Dasar Pecah

dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi kesan yang amat besar

16

Page 17: TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

kepada penyatuan kaum di negara ini. Populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi

tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha diambil untuk

meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan

etnik yang harmoni dan bersatu padu. Diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan

2020, pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, Dasar Pelajaran Kebangsaan,

Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk memupuk

perhubungan etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya

kerjasama daripada semua pihak.

Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat

perpaduan di kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang

kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan

ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan

yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang.

Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk

menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat

perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih

dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu

dielak oleh sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat

perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah

negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara

berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.

17

Page 18: TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

18