7
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN (UTHM) _______________________________________ FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (FPTV) KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS (BBR 36903) TUGASAN INDIVIDU EN GHAZALLY SPAHAT ______________________________________________ NAMA : MOHD FADLIE BIN MOHD YUSOF NO. MATRIK : DB100021 KELAS : SAINS SEKSYEN 1

Tugasan individu kemahiran tumpuan dalam sains

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tugasan individu kemahiran tumpuan dalam sains

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN (UTHM)_______________________________________

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (FPTV)

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS(BBR 36903)

TUGASAN INDIVIDU

EN GHAZALLY SPAHAT______________________________________________

NAMA : MOHD FADLIE BIN MOHD YUSOF

NO. MATRIK: DB100021

KELAS : SAINS SEKSYEN 1

Page 2: Tugasan individu kemahiran tumpuan dalam sains

A Picture’s Worth a Thousand Words

Tajuk Foto : A Brutal Game Played By Gentlemen

Tarikh : 27 Oktober 2013

Lokasi : Padang Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan

Jenis Kamera : Canon EOS 1100D

ISO : 100

Focal Length : 18mm

Diskripsi : Gambar di atas diambil semasa Pasukan Ragbi SK Taman Perling

(Eagles) berbaju belang beraksi menentang Pasukan Bintang Ragbi Club

(BRC) dalam Kejohanan Ragbi 10’s KGV 2013 yang lalu. Pasukan

Ragbi SK Taman Perling telah berjaya menduduki tempat ke 3

keseluruhan.

Page 3: Tugasan individu kemahiran tumpuan dalam sains

1. Pendahuluan

Ragbi merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua pasukan,

pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa

bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang

garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan

diistiharkan menang bagi perlawanan ini.

Bagaimana permainan ragbi ini bermula? Ia bermula pada tahun 1823 di England, pada

waktu itu William Webb Ellis sedang bermain bola sepak di sekolah Rugby. Dia secara tidak

sengaja telah mengambil dan membawa lari bola tersebut. Maka tercetuslah suatu permainan

baru. Selepas itu Universiti Cambridge pula telah melakukan aktiviti tersebut, melalui universiti

ini ragbi telah diperkembangkan sehingga ia menarik minat ramai orang. Universiti Cambridge

juga telah membuat beberapa peraturan untuk permainan ragbi ini.

Setelah itu ragbi mula berkembang di seluruh dunia dan disertai oleh banyak negara. Pada

mulanya sistem permainan tidak teratur disebabkan undang-undang permainan selalu berubah.

Selain itu cara permainannya yang agak lasak menyebabkan ramai yang takut untuk

mengikutinya Ini boleh dilihat sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba

merebut bola. Tetapi semenjak aktiviti ini diperbaharui dari segi permainannya, ramai orang

mula menyertainya. Ia tidak seganas dahulu.

2. Pengalaman

Menyusuri semula kenangan tujuh belas tahun yang lalu, ketika itu saya masih bersekolah

di Sekolah Tinggi Melaka. Pertama kali saya mengenali sukan ragbi apabila diajak oleh rakan –

rakan, maklumlah ketika itu badan saya agak besar dan ramai yang kata, badan yang besar sesuai

main ragbi. Lalu tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju tanpa memikirkan adakah ibu saya

bersetuju atau tidak.

Pada petang itu, saya sedang bersiap – siap ke sekolah untuk sesi latihan ragbi, tiba – tiba

ibu saya menegur. “Latihan bola sepak ke hari ni’ tanya ibu saya. “Ye mak!’ balas saya ringkas

kerana saya tahu dia memang tidak suka saya bermain ragbi. Katanya ragbi itu ganas dan

mendatangkan kecederaan.

Page 4: Tugasan individu kemahiran tumpuan dalam sains

Agak lama juga saya berjaya menyimpan rahsia bemain ragbi daripada pengetauhan ibu

saya, hampir 6 tahun juga. Rahsia saya bocor apabila saya mula berkhidmat sebagai guru di SK

Taman Perling, Johor Bahru. Ketika itu saya membawa pasukan ragbi sekolah. Ibu saya terkejut

kerana sepanjang pengetauhannya, saya tidak pernah bermain ragbi. Masakan saya boleh melatih

anak – anak kecil bermain ragbi. Lalu saya ceritakan rahsia saya selama ini.

3. Mengapa Ragbi?

Ramai dikalangan ibu bapa tidak mahu anak mereka melibatkan diri dalam sukan ragbi. Alasan

mereka, sukan ragbi ini ganas, mendatangkan kecederaan dan sebagainya. Namun mereka tidak

sedar bahawan sukan ragbi ini bukan sekadar permainan sahaja. Ia melibatkan berbagai

kemahiran dan nilai yang boleh diterapkan pada anak – anak mereka.

Cuba kita lihat, kebanyakkan Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia mempunyai pasukan

ragbi masing – masing berbanding pasukan bola sepak. Seperti contoh Sekolah Menengah Sains

Selangor (SMSS), Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Dato Abdul Razak

(SDAR). Mengapa ini berlaku, ini kerana sukan ragbi mampu menjana pemikiran dan tingkah

laku yang positif dikalangan pelajar.

4. Aspek KBKK Dalam Ragbi

Dalam sesebuah pasukan ragbi, orang yang paling penting adalah jurulatih. Jurulatih

berperanan untuk memilih pemain, melatih, merangka strategi dan taktikal perlawanan, meramal

taktik permainan pihak lawan, menaikkan semangat dan motivasi pemain serta memastikan

pemain sentiasa menjaga disiplin baik di dalam mahupun di luar padang. Bagi memastikan

pasukan tersebut mantap, jurulatih perlu sentiasa memikirkan teknik latihan yang berbeza dan

terkini yang mampu meningkatkan tahap permainan para pemain.

Salah satu aspek yang akan membantu sesebuah pasukan ragbi itu mencapai kemenangan

dalam perlawanan adalah kemampuan jurulatih merangka strategi dan taktikal. Jurulatih perlulah

kreatif dalam menyusun strategi agar pihak lawan keliru dengan corak permainan. Selain itu,

jurulatih juga perlu sentiasa meramal sebarang kebarangkalian yang bakal berlaku semasa

Page 5: Tugasan individu kemahiran tumpuan dalam sains

perlawanan supaya pasukannya sentiasa bersedia dan mampu mengatasi cabaran – cabaran

tersebut.

Aspek kedua adalah para pemain, di mana mereka yang akan mengaplikasikan segala

perancangan dan taktikal jurulatih semasa perlawanan. Para pemain perlu sentiasa fokus pada

perlawanan dan memerhati pergerakan pihak lawan. Di sinilah para pemain perlu membuat

keputusan atas tindakan mereka dengan pantas. Ia merangsang otak untuk meramal dan membuat

hipotesis.

Setelah tamat perlawanan, jurulatih dan pemain perlu melakukan analisis berdasarkan

keputusan perlawanan. Ini penting untuk dijadikan rujukan bagi menyusun sesi latihan yang akan

datang. Analisis tersebut boleh direkodkan bagi memudahkan jurulatih.

5. Harapan

Saya berharap agar lebih ramai lagi ibu bapa sedar tentang kelebihan permainan ragbi

berbanding keburukkannya. Permainan ragbi bukan sahaja memperkasakan jati diri murid –

murid tetapi juga turut mengasah kemahiran berfikir mereka. Sekian, terima kasih.

“You were born to win, but to be a winner, you must plan to

win, prepare to win and expect to win”.

“There are no great men. Just great challenges which ordinary

men”.

Page 6: Tugasan individu kemahiran tumpuan dalam sains
Page 7: Tugasan individu kemahiran tumpuan dalam sains