27
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2013 OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS NO. MATRIKULASI : 781220135404-001 NO. KAD PENGNEALAN : 781220-13-5404 NO. TELEFON : +6013-5680871 E-MEL : [email protected]

Tugasan OUM

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rujukn

Citation preview

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI 2013

OUMM3203

PROFESSIONAL ETHICS

NO. MATRIKULASI : 781220135404-001

NO. KAD PENGNEALAN : 781220-13-5404

NO. TELEFON : +6013-5680871

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN

WILAYAH SARAWAK

OUMM3203 ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

1.1 Definisi Rasuah 2

1.2 Sejarah Rasuah 4

1.3 Punca berlakunya Rasuah 5

2.0 Kandungan

2.1 Analisa Ekonomi terhadap Amalan Rasuah 6

2.2 Analisa Undang-undang terhadap Amalan Rasuah 7

2.3 Analisa Etika terhadap Amalan Rasuah

2.3.1 Teori Utilitarianism (Kemudahan) 9

2.3.2 Teori Duty ` 11

2.3.3 Teori Keperibadian 12

2.3.4 Teori Kemoralan Sosial 13

2.3.5 Teori Keperibadian Mulia 14

3.0 Kesimpulan

3.1 Menilai Perubahan 15

3.2 Cadangan

3.2.1 Pemeriksaan dan perundangan 16

3.2.2 Pendidikan masyarakat 17

4.0 Rujukan 19

1

OUMM3203

1.0 PENGENALAN

1.1 Definisi Rasuah

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 rasuah membawa maksud perbuatan yg salah

di sisi undang-undang seperti menerima atau memberi wang suap (pecah amanah,

menggelapkan wang, mencuaikan tanggungjawab).

               Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam Al-

Quran, rasuah dikategorikan dalam kata umum batil, iaitu meliputi perkataan jenayah lain

seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang

semua perkataan “memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan

dan kesalahan jenayah rasuah.

Rasuah boleh ditafsirkan sebagai “ganjaran atau imbuhan yang diperoleh hasil

daripada melakukan sesuatu kerja yang tidak sepatutnya dilakukan”. Rasuah bukan

sahaja boleh diberi atau diterima dalam bentuk wang ringgit tetapi juga dalam bentuk

material. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya

disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap “pilih kasih”

dalam tindakannya

Daripada Abu Hurairah RA. Ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk

orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rauah dalam soal

hukum menghukum”. Rasulullah SAW. yang bermaksud: “Pemberi dan penerim rasuah

kedua-duanya akan masuk neraka”.

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang

dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Biasanya

rasuah dijadikan sebagai satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah

atau dengan erti kata lain untuk mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya

orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi,

sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka.

2

OUMM3203                  Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk

mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa

singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk

yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka.

Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan

dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya

ini.

 

              Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka

yang terlibat dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan

perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

                “ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

 

            Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

                “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di

antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada

hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu

mengetahuinya”.

                                                                    (al-Baqarah : 188)

3

OUMM3203 1.2 Sejarah Rasuah

Budaya rasuah ini sebenarnya telah disedari oleh Islam. Terdapat cara yang

terbaik untuk mengatasi dan mengawal budaya rasuah berleluasa. Langkah pertama yang

tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa

bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-

Tirmizi yang bermaksud :

                “ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah  SWT  sebagaimana

dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

                “Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta

orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji

ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga

yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

4

OUMM3203 1.3 Punca Berlakunya Rasuah Secara Umum

Antara punca penyebab berlakunya salah laku rasuah, ialah faktor keadaan

(situation factor). Bagi penjawat awam misalnya seperti bahagian penguatkuasaan,

mereka sangat terdedah dengan rasuah bilamana kecerdikan perasuah dengan

menawarkan sogokkan atau hadiah yang lumayan, ketiadaan saksi ketika itu dan

keinginan mendapatkan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri, maka tanpa berfikir

panjang, lantas mereka pun menerima rasuah. Apabila sekali mereka terjebak dan

terselamat dari hukuman, berkemungkinan ianya akan menjadi sesuatu yang tidak

ditakuti, bak kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’. Besar kemungkinan perbuatan sebegitu

akan berulang lagi di lain masa.

Jika diteliti laporan akhbar sejak akhir-akhir ini, ramai pegawai tinggi kerajaan

yang berpangkat telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan kes mereka

masih dalam siasatan dan perbicaraan. Hal ini telah mencemarkan imej organisasi

kerajaan yang pada dasarnya pendokong amanah dalam pelbagai bidang. Ibarat kata

pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Mereka yang didapati bersalah bakal

berdepan dengan masa depan yang gelap kerana hukuman yang dikenakan bukan sahaja

menghancurkan kerjaya mereka, malah mereka terpaksa menjelaskan lebih daripada

sekali ganda dengan nilai suapan yang mereka terima. Berbaloikah kita menjadi

penerima rasuah? Tepuk dada tanya selera.

Faktor yang kedua punca berlakunya rasuah ialah nilai peribadi dan prinsip moral

(personal values and morals). Kelemahan ini juga disebabkan kurang iman dan taqwa

seseorang. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang, tetapi

dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Sikap sesorang yang terlalu

mementingkan kejayaan, pangkat dan kewangan seringkali bertindak berdasarkn

keuntungan peribadi tanpa mengira kesannya terhadap orang lain.

Faktor seterusnya adalah disebabkan kelemahan dan pengurusan organisasi.

Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan , lembap

menjalankan tugas, lebih cenderung ke arah berlakunya penyelewengan khususnya

rasuah.

5

OUMM3203 2.0 Kandungan

2.1 Analisa ekonomi terhadap amalan rasuah

Oleh sebab kegiatan rasuah semakin serius dan kronik sehingga sukar dibendung,

banyak implikasi negatif telah timbul. Implikasi negatif yang pertama ialah imej negara

kita semakin terjejas di persada antarabangsa. Hal ini demikian kerana negara kita

dianggap sebagai sebuah negara yang lemah dari segi pengurusan negara apabila angka

kes rasuah semakin meningkat. Tambahan pula, rakyat negara kita juga dianggap tidak

bermoral. Hal ini boleh menyebabkan bangsa kita terhina di mata dunia. Walaupun

semenjak belakangan ini kita telah menggapai banyak kejayaan dalam bidang teknologi

ataupun sukan, tetapi kita tetap dipandang rendah oleh negara lain kerana kebolehan

negara kita telah diragui. Sehubungan ini, negara-negara lain akan hilang kepercayaan

pada kebolehan negara kita dalam menjana kemajuan yang lebih membanggakan.

Selain itu, rasuah juga boleh menyebabkan keruntuhan tamadun sesebuah negara.

Jika kita menyorot sejarah peradaban dunia, kita akan mendapati bahawa rasuah telahpun

diamalkan oleh paderi-paderi Kristian di Eropah sebelum berlaku revolusi. Kesan amalan

rasuah, negara mereka mengalami kemunduran dari segi ekonomi, malah membawa

kepada perpecahan politik. Hal ini menyebabkan zaman tersebut dikenali sebagai Zaman

Gelap. Maka, perkara yang sama juga boleh berlaku di negara kita sekiranya rakyat tidak

mengikis amalan rasuah. Tamadun yang telah dibina oleh bangsa kita ini akan runtuh dan

musnah begitu sahaja jika gejala rasuah tetap membelenggu masyarakat. Begitu juga,

banyak kerajaan di benua Afrika tumbang atau diguling gara-gara pemimpinnya

mengamalkan rasuah yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada mereka.

6

OUMM3203 2.2 Analisa undang-undang terhadap amalan rasuah

Menurut Laporan Tahunan SPRM pada tahun 2011, seramai 263 orang telah

dihadapkan di mahkamah atas kesalahan rasuah. Ia melibatkan 141 (53.6%) orang awam,

80 (30.4%) orang penjawat awam, 41 (15.6%) orang daripada sektor swasta dan seorang

(0.4%) ahli politik. Peningkatan jumlah pendakwaan terhadap orang awam adalah atas

kesalahan cubaan menyogok pegawai awam. Ini menunjukkan petanda positif ke atas

usaha kerajaan dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan pegawai awam

berhubung tanggungjawab melaporkan cubaan pemberian rasuah. Dalam masa yang

sama, kempenkempen kesedaran berhubung kesalahan memberi rasuah dipergiatkan

kepada semua anggota masyarakat. Penubuhan Mahkamah Khas Rasuah pada 16

Februari 2011 telah berjaya menyelesaikan perbicaraan kes-kes rasuah dengan lebih cepat

dan ini telah menyebabkan peningkatan mendadak dari segi penyelesaian kes-kes rasuah.

Daripada 776 kes perbicaraan di Mahkamah Rendah, sejumlah 520 kes telah

berjaya diselesaikan di peringkat perbicaraan awal, dimana sejumlah 259 (49.8%) kes

telah disabitkan kesalahan, 129 (24.8%) kes mengaku salah, 114 (21.9%) kes lepas dan

bebas, dan 18 kes (3.5%) lepas tanpa dibebaskan. Manakala baki 256 kes masih lagi

dalam peringkat perbicaraan.

Sebanyak 146 kes telah selesai rayuannya di peringkat Mahkamah Tinggi, dimana

98 kes telah berpihak kepada Pendakwa Raya dan 48 kes tidak berpihak kepada

Pendakwa Raya. Manakala di peringkat Mahkamah Rayuan, sebanyak 99 kes telah

selesai dan 116 kes masih belum diputuskan.

Pada tahun 2011 juga, sebanyak 24 kes yang diputuskan Mahkamah Rendah tiada

kes prima facie tetapi setelah dirayu, Mahkamah Tinggi memerintahkan kes tersebut

dipanggil untuk membela diri. Sementara itu, sejumlah 19 kes daripada 21 kes

pelucuthakan harta telah dikendalikan di peringkat Mahkamah Rendah, Mahkamah

Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Sebanyak 18 (94.7%) kes memihak kepada Pendakwa

7

OUMM3203 Raya dan satu kes memihak kepada Orang Kena Tuduh (OKT).Denda yang telah berjaya

dikutip atas kesalahan rasuah adalah berjumlah RM10,872,145.

8

OUMM3203 2.3 ANALISA ETIKA TERHADAP AMALAN RASUAH

2.3.1 Teori Utilitarianism

Perkataan Utilitarianisme berasal daripada perkataan “utility” yang bermaksud

“berguna”. Teori Utilitarianisme menegaskan kita supaya sentiasa bertindak untuk

menghasilkan kebaikan dan keseronokan yang maksima kepada bilangan orang yang

sebanyak mungkin. Dalam kata lain, sesuatu tindakan adalah bermoral apabila ia

menghasilkan kegembiraan atau keseronokan yang semaksima kepada semaksima orang

ramai. Teori ini ialah salah satu aliran dalam teleologis (iaitu teori akibat). Konsep

Utilitarianisme mengutarakan bahawa perbuatan yang menghasilkan kebaikan yang

maksimum kepada sebanyak mungkin orang yang terlibat dalam sesuatu situasi. Mereka

memandang akibat dan natijah baik sebagai matlamat kerja mereka. Ianya diasaskan oleh

pemikir Jerman iaitu Jeremy Benthan (1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873).

Mereka bermaksud kebaikan yang diamksudkan ialah yang terbaik dan untuk dinikmati

oleh seramai mungkin faedah tindakan itu. Bagi mereka ungkapan seperti 'jangan menipu'

dan 'tepatilah janji' adalah sesuatu yang umum. Hal ini boleh dilanggar sekiranya ada

kebaikan yang lebih besar. Teori ini mengakibatkan manusia mula menjadi alat atau

komoditi sains. Mereka ingin berfikir semaksima yang mungkin untuk memudahkan

manusia dengan mengabaikan beberapa nilai moral yang dikatakan sebagai teori umum.

Teori ini telah diserapi dengan nilai 'machavellian' iaitu matlamat menghalalkan cara.

Walaubagaimana pun, sikap menepati janji dan berkata benar yang melampau sehingga

memusnahkan masyarakat dan sistem pemerintahan Islam juga adalah dilarang dalam

Islam. Berjanji dengan golongan 'musuh', bercakap benar dengan 'musuh' secara jelas

dilarang di dalam banyak ayat Al Quran. Hal ini sebenarnya memerlukan pertimbangan

semasa. Hal inilah yang menjadikan Islam sebagai agama yang waqii'yyah (mengikut

zaman dan tempat). Peperangan yang dicetuskan oleh pihak Georgia adalah tidak

bermoral kerana tindakanini menghasilkan implikasi yang buruk kepada banyak pihak.

Peperangan ini mengakibatkan kematian yang melibatkan askar-askar dan rakyat-rakyat.

Nyawa yang tidak berdosa seperti wanita, orang tua dan kanak-kanak turutmenjadi

pengorbanan peperangan tersebut. Peperangan juga menyebabkan mereka kehilangan ahli

keluarga yang tersayang dan merosakkan kebanyakan rumah tangga yang bahagia.

9

OUMM3203 Tambahan pula, penggunaan bom yang mengandungi bahan kimia

menyebabkan pencemaran alam sekitar dari segi udara dan air yang membolehkan

seseorang mendapat penyakit barah. Hal ini juga meyebabkan kerosakan terhadap

bangunan-bangunan di negara yangterlibat dalam peperangan tersebut. Kos yang tinggi

terpaksa dibelanjakan untuk menjalankan pekerjaan pemulihan bangunan-bangunan

tersebut.

10

OUMM3203 2.3.2 Teori Duty / Deontologis

Teori ini juga dikenali dengan ungkapan teori 'deontologis' iaitu golongan yang

tidak percaya dengan akibat. Immanuel Kant (1724-1804) menyatakan bahawa sikap

jujur, mengikut arahan, menepati janji serta adil adalah tujuan utama dan bukannya akibat

kerja berkenaan.

Pada penulis teori ini telah dipraktikkan oleh Laksamana Hang Tuah sekitar

pemerintahan Mmpayar Melaka dahulu. Taat yang melulu tanpa melihat akibat

peminangan Tun Teja, membunuh rakan sendiri, mengambil mahkota raja di dalam

kolam najis dan banyak lagi perilaku yang diungkapkan sebagai taat dan setia adalah

suatu yang perlu dinilai semula. Teori ini menghasilkan 'robot-robot' yang taat mengikut

arahan programmernya tanpa menilai baik dan buruknya sesuatu arahan. Hal ini

dijelaskan dalam Islam apabila konsep taat dan patuh kepada Ibu bapa boleh ternafi

apabila si ibu atau si bapa mengarahkan anaknya meninggalkan suruhan Tuhan (seperi

solat dan sebagainya).

11

OUMM3203 2.3.3 Teori Keperibadian Mulia

Teori Keperibadian Mulia menekan kepada perlunya manusia memiliki

keperibadian mulia sebelum dapat memahami fungsi dan autoriti peraturan. Teori ini berkait rapat dengan

sifat-sifat seseorang insan yang bermoral. Ia dapat didefinisikan sebagai suatu kualiti yang terbaik dan

istimewa. Maka, kita boleh menyatakan bahawa etika mempunyai hubung kait yang baik dengan

keperibadian mulia atau sifat perangai atau ciri-ciri watak yang mulia. Teori ini merangkumi kehidupan

baik sesama ahli masyarakat, iaitu Eudaimonia dan ia tidakmenggalakkan perbuatan yang hanya

memberikan keseronokan sementara,seperti kekayaan, kekuasaan atau keseronokan fizikal.

Pengeboman di Niroshima dan Nagasaki bukan sahaja menyebabkan kemusnahan harta benda

manusia, ia juga mengakibatkan kematian penduduk yang tidakberdosa. Di samping itu, bom atom

mempunyai kuasa pemusnah yang amatserius. Hal ini jelas menunjukkan peperangan membawa lebih

banyak keburukandaripada kebaikan, terutamanya peperangan akan menyebabkan pengorbananrakyat

jelata dan menyebabkan keadaan sesebuah negara menjadi huru-hara. Disamping, ia juga akan

menyebabkan rakyat kehilangan tempat perlindungan danahli keluarga mereka. Selain itu, peperangan

juga akan merosotkan ekonomisesebuah negara kerana tiada orang mahu melabur di negara yang

berkeadaanhuru-hara. Jadi, peperangan dianggap tidak wajar dan tidak bermoral.

12

OUMM3203 2.3.4 Teori Kemoralan Sosial

Teori Kemoralan Sosial ini berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri

daripada tatahukum, tatasusila, tatatertib dan peraturan masyarakat ini biasanya

diamalkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang.

Peraturan masyarakat berkaitan dengan konsep atau nilai berdikari, hormat-menghormati,

kasih sayang, kebersihan, saling membantu, bekerjasama, kesyukuran dan semangat

bermasyarakat. Kewujudan pantang larang adalah untuk menjaga kerukunan sosial.

Selain itu, keputusan yang berasaskan teori ini tidak akan menjejaskan keamanan dan

keharmonian masyarakat. Masyarakat perlu hidup bermasyarakat untuk memenuhi

keperluan, kehendak dan keinginan masing-masing.

Dalam kod kemoralan sejagat, peperangan merupakan sesuatu tindakan yang

tidak bermoral kerana kedaulatan antara negara yang berperang terancam dan kemudahan

seperti bekalan air dan pendidikan akan terjejas. Tertib dan tatasusila masyarakat antara

negara tidak dapat dipelihara, masyarakat tidak dapat memajukan negara. Di samping itu,

mereka tidak dapat menjalani kehidupan mereka seperti biasa kerana menghadapi

tekanan dan takut peperangan akan berlaku lagi.

Tindakan mereka dalam membuat keputusan untuk peperangan adalah tidak

bermoral kerana umat manusia harus bekerjasama untuk memastikan keadaan tenteram

terus wujud demi kebaikan dan kepentingan manusia. Peperangan dianggap tidak

bermoral kerana mengganggu kemerdekaaan dan kedaulatan sesebuah negara untuk

meluaskan kuasa dan tanah jajahan negara. Pengorbanan tentera-tentera akan menjadi

sia-sia kerana melakukan perbuatan yang tidak diterima oleh kod kemoralan sejagat iaitu

untuk menjaga keamanan antara masyarakat antarabangsa. Jadi, peperangan dianggap

tidak wajar dan dibantah di bawah Teori Kemoralan Sosial.

13

OUMM3203 2.3.5 Teori Keperibadian Mulia

Teori ini mengetengahkan bahawa manusia harus mengamalkan nilai-nilai murni

sehingga menjadi satu kebiasaan bagi dirinya. Tindakan Georgia yang menyerang

republik Ossetia Selatan dan Abkhazia demi kepentingan sendirinya dianggap tidak

bermoral kerana Georgia telah tidak  mengamalkan kesederhanaan dari segi sikap,

tingkah laku dan sifat-sifat lain yang melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Sebagai contohnya, Georgia mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah melalui

peperangan yang menjejeskan keharmonian masyarakat sedangkan perundingan juga

merupakan satu alternatif yang baik. Dalam kes ini, tindakan Georgia yang melampaui

batasan telah menyebabkan pengorbanan askar-askar dan rakyat sehingga menjejeskan

kedamaian dan keharmonian masyarakat.

Dari sudut yang lain, serangan Georgia terhadap republik Ossetia Selatan dan

Abkhazia telah memusnahkan harta benda di dunia ini, seperti kehilangan tempat tinggal

dan kerosakan hasil tanaman. Keharmonian masyarakat terjejas apabila rakyat terpaksa

hidup dalam keadaan penderitaan.

14

OUMM3203

3.0 KESIMPULAN

3.1 Menilai Perubahan

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan

melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah,

tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu

rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik

pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan

orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka

pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya.

Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah

telah menggantikan  wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya

dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan

pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah

lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya.

Budaya rasuah juga boleh  menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah

negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan

presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak

terbendung.

15

OUMM3203 3.2 CADANGAN

3.2.1 PEMERIKSAAN DAN PERUNDINGAN

Jenayah rasuah tidak boleh dihapuskan hanya menerusi tindakan punitif semata-

mata. Strategi serampang tiga mata turut diaplikasikan dalam semua siasatan kes-kes

rasuah. Strategi yang digunakan adalah melibatkan tindakan punitif, pencegahan dan

pendidikan. Strategi ini didapati berkesan untuk menutup semua ruang dan peluang

perlakuan rasuah. Bahagian-bahagian yang berkaitan tugas-tugas operasi, pencegahan

dan pendidikan akan turut dilibatkan bagi memperhalusi punca perlakuan jenayah rasuah

terbabit. Hasil daripada operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan SPRM, Bahagian

Pemeriksaan dan Perundingan telah menjalankan khidmat pemeriksaan dan perundingan

melalui khidmat nasihat berhubung isu-isu yang menjadi tumpuan umum seperti isu-isu

berkaitan urusan import dan eksport, subsidi diesel, penerbitan buku teks dan urusan

Lembaga Tabung Haji.

Salah satu hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Bahagian ini adalah termasuk

kajian ke atas sistem dan prosedur yang berkait rapat dengan kutipan cukai di pintu-pintu

masuk utama negara khususnya di pelabuhan. Beberapa cadangan telah dicadangkan

hasil daripada pemeriksaan ini. Antara cadangan penambahbaikan tersebut seperti

menaiktaraf atau menggantikan Sistem Maklumat Kastam yang dikenalpasti mempunyai

kelemahan dari segi penyimpanan dan semakan rekod-rekod pengisytiharan.

Pelbagai cadangan penambahbaikan telah dikemukakan sehingga isu ini dibawa

ke peringkat mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan

(JKKMKP) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Mesyuarat JKKMKP

bersetuju supaya Unit Pemodenan Pentadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia

(MAMPU) menjalankan kajian menyeluruh tentang keperluan sistem dan peralatan

JKDM.

SPRM turut menjalankan kajian terhadap kelemahan amalan, sistem dan prosedur

kerja berhubung penyaluran diesel bersubsidi kepada nelayan oleh Lembaga Kemajuan

16

OUMM3203 Ikan Malaysia (LKIM) yang menyebabkan berlakunya ketirisan dan penyelewengan

diesel bersubsidi.

3.2.2 PENDIDIKAN MASYARAKAT

Aktiviti pendidikan masyarakat adalah antara program pencegahan yang menjadi

tulang belakang SPRM dalam menyampaikan mesej kepada segenap lapisan masyarakat

merangkumi sektor kerajaan, swasta serta orang awam. Aktiviti bersama masyarakat

amat penting untuk meraih sokongan mereka dalam memerangi rasuah. Aktiviti

pendidikan ini merangkumi pelbagai pendekatan seperti komunikasi bersemuka dan

promosi media.

Menurut laporan tahunan, sepanjang tahun 2011, sebanyak 2,105 ceramah telah

disampaikan yang melibatkan seramai 162,512 audiens. Hasil daripada analisa

keberkesanan ceramah mendapati 99.5% orang responden menyatakan ceramah yang

disampaikan berguna kepada mereka. Malahan SPRM telah mengadakan sebanyak 28

seminar di seluruh Malaysia, antaranya ialah penglibatan SPRM dalam seminar “Ke Arah

Hidup Cemerlang Tanpa Rasuah” yang dianjurkan dengan kerjasama Kumpulan

Karangkraf. Seminar-seminar yang diadakan ini disertai oleh “Key Communicator”

daripada pelbagai agensi penguatkuasaan di seluruh Malaysia. Satu lagi pendekatan baru

yang diperkenalkan ialah Diskusi Meja Bulat. Ia merupakan saluran utama perbincangan

dan penganalisisan isu rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan antara SPRM dengan

agensi-agensi berkaitan. Sejak ia diperkenalkan, sebanyak 74 sesi diskusi meja bulat telah

dilaksanakan dengan melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pengangkutan

Jalan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan Dan Koperasi.

Inisiatif ini membolehkan SPRM berinteraksi secara bersemuka dan membantu agensi

terlibat menyelesaikan masalah yang timbul akibat wujudnya ruang dan peluang

berlakunya rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.

Selain daripada itu, pihak berkuasa turut mengambil inisiatif berterusan

mendekati pelajar yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada mereka

17

OUMM3203 supaya meningkatkan tahap integriti serta mengetahui kesalahan-kesalahan rasuah

sebelum melangkah ke dunia kerjaya sebenar kelak. Sebanyak 17 Institut Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) telah menganjurkan 113 aktiviti, antaranya Konvensyen Sekretariat

Pencegahan Rasuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menghimpunkan semua ahli

Sekretariat Pencegahan Rasuah IPT dan alumni. Konvensyen ini bertujuan untuk

merangka pelan strategi pencegahan rasuah dalam kalangan pelajar universiti.

18

OUMM3203 APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Charles Bernheimer. (1994). Comperative Literature in the Age of Multiculturalism, The

Johns Hopkins University Press.

Joseph W.Weiss. (2006). Business Ethics, Thomson, United States.

Steven Luper. (2002). A Guide to Ethics, Mc Graw Hill, Yew York.

Malaysia Kita. (1991). Institut Tadbir Awam Negara, Kuala Lumpur.

Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. (1992). Institut Tadbir Awam Negara,

Kuala Lumpur.

Kecemerlangan Pentadbiran. (1991). (Dasar Dan Amalan Dalam Islam), Institut

Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur,

Laporan Seminar Kebangsaan Etika professional, 20-21 Oktober 1992, Hotel Hilton,

Kuala Lumpur.

Dr Ho Jo Ann & Dr Tee Keng Kok. (2011). OUMM3203 Professional Ethics. Open

University Malaysia.

SPRM. (2011). Laporan tahunan SPRM. Dimuat turun pada 13 Julai 2013 dari Laman

web http://www.sprm.gov.my

19