12
TUGASAN SEPTEMBER 2014 SEMESTER KOD KURSUS PMU 2412 NAMA KURSUS Projek Khidmat Masyarakat PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR NO. MATRIK PUSAT PEMBELAJARAN Kota Kinabalu 1

TUGASAN PMU2412

Embed Size (px)

DESCRIPTION

aeu

Citation preview

Page 1: TUGASAN PMU2412

TUGASAN SEPTEMBER 2014 SEMESTER

KOD KURSUS PMU 2412

NAMA KURSUS Projek Khidmat Masyarakat

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

PUSAT PEMBELAJARAN Kota Kinabalu

1

Page 2: TUGASAN PMU2412

Tema : Hidup Bermasyarakat

Nama Projek : Gotong-royong di Pulau Gaya Perdana

Tarikh : 21 Oktober 2014

Tempat : Kg. Pulau Gaya, Pulau Gaya

Guru Penasihat : Encik Mikin Ugan@Syaril Abdullah

Ahli Jawatankuasa Projek : Pengerusi : En. Jasmen Elahan (Guru Besar)

Naib Pengerusi : En. Jalil Ramat (PK Kurikulum)

: En. Kastari Sali (PK HEM)

: En. Shamsul Nazri Hashim

(PK Kokum)

Setiausaha : Dg. Nooraida Ag. Ismail

Bendahari : Cik Paridah Hj. Ag Laki

AJK Dokumentasi : En. Salman Hj. Salleh

: Pn. Irene Waith

AJK Pengangkutan : En. Norbert J. Jinilo

AJK Fotografi : En. Abdul Seh Siuh

2

Page 3: TUGASAN PMU2412

Objektif Projek :

1. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

2. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara warga SK Pulau

Gaya dan juga penduduk Kampung Pulau Gaya dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan

dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan.

3. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan warga Pulau Gaya terhadap

kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.

4. Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.

Pelaksanaan Projek

1. Perancangan

Perancangan projek telah dimulakan pada pertengahan bulan Oktober 2014 di mana adalah

diharapkan program ini akan dilaksanakan dengan jayanya. Program gotong-royong ini adalah bagi

memberi pendedahan kepada penduduk Pulau Gaya tentang aspek tanggungjawab sivik serta

menabur sifat mencintai kebersihan dan keceriaan kawasan perkampungan di Pulau Gaya.

Disebabkan amalan ini kurang mendapat pendedahan maka, kalangan penduduk Pulau Gaya dan

juga warga sekolah sering kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan amalan kebersihan di

sekitar perkampungan Pulau Gaya. Beberapa mesyuarat dan taklimat telah berjalan memastikan

kelicinan projek ini. Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan dibuat minit, Agihan tugas dan

tanggungjawab yang adil telah diberikan kepada guru – guru dalam memastikan projek tersebut

mampu direalisasikan.

2. Kerja Amali

Persediaan awal sebelum kerja amali dijalankan, saya telah mendapatkan kebenaran daripada guru

besar sekolah iaitu Encik Jasmen Elahan bagi melaksanakan projek ini. Saya bersama – sama

dengan pengerusi program dan juga guru telah membuat tinjauan di kawasan kerja lapangan iaitu di

Kampung Pulau Gaya dan mengenal pasti aktiviti pembersihan yang akan dilaksanakan.

pemberitahuan tentang program ini telah dibuat seminggu sebelum dijalankan.

Pada hari pelaksanaan program gotong-royong tersebut, sekolah mendapat bantuan daripada

pihak PIBG SMK dan SK Pulau Gaya yang turut serta dalam program tersebut di mana mereka

juga telah menyumbangkan peralatan untuk aktiviti pembersihan. Pihak PIBG SMK dan SK Pulau

Gaya amat berterima kasih dan gembira dengan langkah yang sekolah ambil untuk menjalankan

program tersebut yang mana program tersebut adalah sesuatu yang baik untuk membina hubungan

baik antara sekolah dengan penduduk kampung khususnya ibu bapa.

3

Page 4: TUGASAN PMU2412

3. Refleksi

Secara keseluruhannya program berjaya dilaksanakan di mana setiap pihak yang terlibat telah

menjalankan peranan dan menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik. Daripada pelaksanaan

program tersebut , terdapat banyak manfaat yang telah saya peroleh antaranya ialah:

mengetahui prosedur mengadakan dan menghadiri mesyuarat

mengendalikan mesyuarat dan perjumpaan dengan teratur dan lancar

memahami peraturan-peraturan mesyuarat

merekodkan minit mesyuarat atau taklimat perjumpaan dengan lengkap

menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijak

memupuk semangat kekitaan dan kerjasama yang erat untuk menjayakan sesuatu projek

meningkatkan keyakinan diri apabila berhujah sesuatu perkara atau topik.

Sehubungan itu, saya telah mengenal pasti beberapa kelemahan semasa melaksanakan program

tersebut. Antaranya ialah:

Berlaku beberapa masalah komunikasi yang menyebabkan program hampir terjejas

Masa yang agak terhad untuk mengadakan mesyuarat dan perjumpaan.

Kurang keyakinan daripada pihak luar terutamanya dari penduduk Pulau Gaya terhadap

keupayaan sekolah dalam melaksanakan program.

Biarpun timbul beberapa kekangan namun program tersebut tetap berjalan dengan lancar kerana

setiap AJK memberikan komitmen yang terbaik selain itu sokongan daripada guru besar , pengerusi

PIBG serta penduduk kampung pulau Gaya turut mendorong dalam merealisasikan program gotong

royong ini.

4. Cadangan dan Komen

Pada masa akan datang , dicadangkan agar penambahbaikan dapat dibuat sekiranya ingin membuat

program gotong – royong yang melibatkan jumlah yang besar. Pihak sekolah perlu merancang lebih

awal dan pastikan tidak berlaku sebarang masalah komunikasi yang berlaku agar tidak menjejaskan

mana – mana pihak sehingga timbulnya salah faham di antara ahli jawatankuasa kerja.

Selain itu, pihak sekolah juga boleh memastikan agar dapat meningkatkan penglibatan

daripada penduduk sekitar pulau Gaya untuk turut serta dalam program – program seperti ini agar

dapat meningkatkan semangat kerjasama dan permuafakatan antara sekolah dengan penduduk

setempat.

4

Page 5: TUGASAN PMU2412

5. Penghargaan

Saya ingin merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru besar

Encik Jasmen Elahan , guru penasihat Cikgu Mikin Ugan, semua AJK program Gotong – Royong di

Pulau Gaya, penduduk kampung Pulau Gaya dan juga pihak PIBG SMK dan SK Pulau Gaya kerana

telah memberi galakan, panduan serta sokongan bagi menjayakan program tersebut di Pulau Gaya.

Sehubungan itu, adalah menjadi harapan saya agar projek khidmat masyarakat yang telah dianjurkan

dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat selain itu saya berharap agar program

sedemikian akan dapat dilaksanakan lagi dengan lebih berjaya.

5

Page 6: TUGASAN PMU2412

Lampiran 1

Manual Pelaksanaan program

Bil Pelaksanaan Tugas Tindakan

1 Penyediaan kertas kerja program :

- Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan

dari pihak-pihak penganjur dan pelaksanaan program melalui

mesyuarat dan bersemuka.

- Mesyuarat kali pertama.

Setiausaha

2 Pelantikan AJK program gotong - royong secara rasmi.

3 Penetapan tempat bagi pelaksanaan kerja-kerja asas

program :

Cadangan : Bilik Mesyuarat.

Setiausaha

4 Mesyuarat AJK Program kali kedua Setiausaha

5 Menyiapkan kerja-kerja penyediaan , percetakan dan mengirim surat

menyurat , kad dan surat jemputan.

Setiausaha

6 Mengirim surat dan jemputan Setiausaha

7 Membuat senarai dan penyediaan peralatan-peralatan yang digunakan

semasa gotong-royong.

AJK Peralatan

8 Menyediakan hadiah dan cenderahati AJK Hadiah

9 Tempahan makanan untuk jamuan AJK Jamuan

10 Penyediaan dewan untuk kegunaan ucapan perasmian dan pelancaran

program gotong - royong

Penyelaras

11 Kawasan gotong royong. Semua AJK dan

peserta

6

Page 7: TUGASAN PMU2412

Lampiran 2

Sumber Kewangan/Anggaran Pendapatan

Sumbangan daripada:

a) PIBG = RM3000.00

b) Kantin Sekolah = RM200.00

c) Sumbangan Guru = RM300.00

d) SKPG = RM500.00

Jumlah Keseluruhan = RM4000.00

Anggaran Perbelanjaan

a) Murid – murid = 460orang

b) Ibu bapa = 200 orang

c) Guru = 60 orang

Jumlah = 720 orang

Makan dan minum untuk makan tengah hari

a) Makan = Nasi Ayam ( 1 orang = RM2.50)

b) Minum = Sirap ( 1 x RM0.50)

Jumlah = RM3.00

Keseluruhan : 720 x RM3.00 = RM 2,160

Jumlah Besar Untuk Makanan = RM2,160

Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

Bil Peralatan Harga

1. Tin Cat ( bahagian dinding pentas ) Harga Seunit (1 x RM60.00)

Bil tin cat yang diperlukan=3 unit3 x RM60.00 = RM 180.00

2 Berus CatHarga Seunit (1 x RM5.00)

Bil berus yang diperlukan=20 unit20 x RM5.00 = RM 100.00

3 PenyapuHarga Seunit (1 x RM6.00)

Bil penyapu yang diperlukan=50 unit50 x RM6.00 = RM 300.00

4 Plastik Beg SampahHarga Seunit (1 x RM2.00)

Bil beg yang diperlukan=30 unit30 x RM2.00 = RM 60.00

7

Page 8: TUGASAN PMU2412

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM640.00

Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan

(Makanan + Peralatan)

RM2, 160 + RM760.00 = RM2,800.00

8

Page 9: TUGASAN PMU2412

Lampiran 3

Gambar – gambar Projek Gotong-royong di Pulau Gaya

9

Page 10: TUGASAN PMU2412

Lampiran 4

Gambar – gambar Projek Gotong-royong di Pulau Gaya

10