5
Tugasan 1 MOHD HASRUDDIN BIN MOHD HALID PPG IPGKTI Apakah perbezaan di antara pemikiran naturalis, emotivis, instuisionis dan rasionalis? Pemikiran yang bagaimanakah boleh membentuk insan bermoral? Taipkan jawapan anda dalam ruang yang disediakan dengan klik butang add summit. Pemikiran Naturalis – ialah suatu pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding dengan makhluk lain seperti haiwan. Ini kerana manusia mempunyai kemahiran berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunaka akal yang dikurniakan. Akal memberikan sesorang itu menyelesaikan sesuatu perkara dan bertindak mengikut batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak mereka. Ia boleh dikategorikan sebagai menaakul. Manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik sesame sendiri atau dengan masyarakat. Pergaulan ini tidak terdapat pada haiwan. Ini kerana haiwan tidak dapat menghormati antara satu sama lain. Walaubagaimanapun pemikiran seperti ini dikritik atas sebab ia dianggap sebagai falasi naturalis iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden. Pemikiran Emotivis – ialah suatu pemikiran yang merujuk kepada sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emoasi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku samaada perasaan gembira mahupun sedih.

Tugasana 1 Apakah Perbezaan Di Antara Pemikiran Naturalis

  • Upload
    din-has

  • View
    278

  • Download
    11

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tugasan

Citation preview

Page 1: Tugasana 1 Apakah Perbezaan Di Antara Pemikiran Naturalis

Tugasan 1MOHD HASRUDDIN BIN MOHD HALID PPG IPGKTI

Apakah perbezaan di antara pemikiran naturalis, emotivis, instuisionis dan rasionalis? Pemikiran yang bagaimanakah boleh membentuk insan bermoral?

Taipkan jawapan anda dalam ruang yang disediakan dengan klik butang add summit.

Pemikiran Naturalis – ialah suatu pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam

keadaannya yang sebenar. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional

secara tabii atau semulajadi berbanding dengan makhluk lain seperti haiwan. Ini kerana

manusia mempunyai kemahiran berfikir dan bertindak secara rasional dengan

menggunaka akal yang dikurniakan. Akal memberikan sesorang itu menyelesaikan

sesuatu perkara dan bertindak mengikut batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak

mereka. Ia boleh dikategorikan sebagai menaakul.

Manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan hubungan

peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik sesame

sendiri atau dengan masyarakat. Pergaulan ini tidak terdapat pada haiwan. Ini kerana

haiwan tidak dapat menghormati antara satu sama lain.

Walaubagaimanapun pemikiran seperti ini dikritik atas sebab ia dianggap

sebagai falasi naturalis iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah

sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak

wajar dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.

Pemikiran Emotivis – ialah suatu pemikiran yang merujuk kepada sikap manusia yang

bertindak mengikut perasaan atau emoasi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka,

kata-kata, tingkah laku samaada perasaan gembira mahupun sedih.

Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitan

perassan. Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut

pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi,

sikap atau perasaan.

Menurut golongan emotivis, individu-individu tersebut hanya menyatakan

perasaan mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan yang

sama di kalangan orang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu. Dengan

kata lain, golongan emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak

menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan

pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat pentafsiran atau

pernyataan-pernyataan moral.

Page 2: Tugasana 1 Apakah Perbezaan Di Antara Pemikiran Naturalis

Tugasan 1MOHD HASRUDDIN BIN MOHD HALID PPG IPGKTI

Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula menyatakan

perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu.

Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak

memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan

moral. Pandangan emotivis memberi sumbangan dengan memperkenalkan satu dimensi

yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi

moral. Golongan emotivis cuba menganalisis “apa yang salah” dari segi emosi, sikap

atau perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi konsep “tidak dipersetujui” mengandaikan

terlebih dahulu penanggapan “salah”. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai

unsur emosi atau perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak

mempunyai konsep “emosi” yang lengkap.

Namun begitu, Pemikiran Emotivis mendapat kritikan terhadap pandangan ini

adalah kerana terdapat tindak balas emosi berlainan terhadap situasi yang sama. Ini

memungkinkan keputusan dibuat secara sewenang-wenangnya dan tidak dikaji terlebih

dahulu. Contohnya yang berlaku seperti zaman sekarang ialah kes penderaan kanak-

kanak mahupun bayi yang masih belum berfikiran matang. Dimana sipendera

melakukan perkara yang tidak boleh diterima oleh masyarakat terhadap penderaan

kanak-kanak atau bayi tersebut.

Pemikiran Instuisionis – Suatu pemikiran yang merujuk kepada satu proses “melihat”

dan “memahami” secara spontan. Adakalanya, kita tahu kita boleh mempercayai

seseorang walaupun kita baru pertama kali menemui orang itu. Setengah-setengah

orang merasakan mereka tahu perkara-perkara seperti ini. Pengetahuan ini diperoleh

melalui intuisi. Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan

seseorang individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di

dalam hatinya.

Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih

tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga

boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal.

Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran

terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Maka berkatalah

Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa indahnya, ‘lagi kutebas pohon di hutan,

baru kutahu luasnya bentara’.

Page 3: Tugasana 1 Apakah Perbezaan Di Antara Pemikiran Naturalis

Tugasan 1MOHD HASRUDDIN BIN MOHD HALID PPG IPGKTI

Orang tua yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila

mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang

tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah Melayu ‘terkilat ikan di air sudah tahu

jantan betina’.

Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah

intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’

atau ‘kasanova’ lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka

mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

Pemikiran Rasionalis – Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna

‘reason’ atau sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua,

menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang

waras dan logik.

Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan

menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak,

menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia

sejagat.   Kes-kes bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat

sesuatu,  bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.

Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor utama

dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis mempunyai pendangan

bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita; bahawa fikiran kita

berupaya menemui kebenaran dengan dirinya sendiri. Mengikut pandangan ini,

pengetahuan diperoleh dengan cara membandingkan idea dengan idea-idea lain.

Golongan rasionalis berpendapat bahawa pancaidera-pancaidera dengan

sendirinya tidak dapat menghasilkan pentafsiran-pentafsiran yang sah. Pengalaman-

pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera kita seperti penglihatan,

pendengaranm sentuhan, bau dan rasa hanya merupakan bahan-bahan mentah

pengetahuan. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh itu perlu disusun oleh pemikiran

kita supaya membentuk satu sistem yang bermakna sebelum ia menjadi pengetahuan.

Bagi golongan rasionalis, pengetahuan itu diperoleh daripada konsep-konsep, prinsip-

prinsip dan hukum-hukum, bukan daripada deria fizikal sahaja.

Menurut golongan rasionalis lagi, manusia mempunyai keupayaan untuk

mengetahui dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi yang tidak

dapat diberikan oleh pacaindera semata-mata.

Page 4: Tugasana 1 Apakah Perbezaan Di Antara Pemikiran Naturalis

Tugasan 1MOHD HASRUDDIN BIN MOHD HALID PPG IPGKTI

Kesimpulannya Pemikiran Rasionalis adalah merupakan suatu pemikiran yang dapat

membentuk insan bermoral dan berketrampilan.