10

Tun Perak dalam sejarah dan dinamisme ketamadunan bangsa · Perak dilaporkan oleh Sejarah Me/ayu menetap di Klang setelah mengahwini seorang wanita di situ'. Ketika penduduk Klang

  • Upload
    others

  • View
    17

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • Tun Perak

    , DALAM SEJARAH DAN DINAMISME .

    KETAMADUNAN BANGSA

    Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohd. Yusoff Hashim

    Diterbitkan Oleh Institut Kaj ian Sejarah dan Patrioti sme Malaysia

    (IKSEP)

  • i(at£bP~ Pengurus Besar IKSEP

    Assalamualaikum Warahmatulall ahi Wabarakatuh

    Alhamduliallah , di atas kesedaran, sokongan dan permintaan yang baik dari blangan warga Malaysia maka buku bertajuk Tun Perak, Dalam Sejarah dan Dinami sme Ketamadunan Bangsa o leh Profesor Emeritus Dato' Dr Mohd Yusof Hashim cetakan kedu a dapat dite rbitkan oleh Institut Kajian Sejarah dan Patrioti sme Malaysia (lKSEP).

    Buku ini memaparkan tentang kehidupan Tun Perak setengah abad yang berkhidmat di bawah empat orang Sultan yang berjaya membina Empayar Melaka. Dalam era Tun Perak, merupak an zaman keemasan di mana telah berlaku penguasaa n se luruh Semenanjung Malaysia, pantai timur Sumatera hingga ke

    se latan Ri au-Lingga-Tungkal , pengawalan seluruh jalan dan laluan perairan dan perdaga nga n Se lat Melaka. Ini menjadikan Empayar Melaka sebagai sebuah empayar yang di segani dunia sehingga menjadi rebutan negara-negara Eropah. Jawatan Bendahara yang disandang Tun Perak bukan sahaja berperanan sebagai penas ihat kepada Raja, malah juga se baga i Ketu a Eksekutif dalam kerajaan Kesultanan Melaka se lepas Sultan dan sebagai seorang panglima dan diplomat yang berwibawa .

    Semoga penerbit an semula buku Tun Perak Dalam Sejarah dan Dinamisme

    Ketamadun an Bangsa akan dapat membe ri manfaat kepad a banyak pihak sekaligus menj adi panduan dan rujukan kepada seluruh lapi san masyarakat di negara kita. Semakin banyak membaca semakin banyak ilmu dapat dikongsi bersama. Akhirnya, terima kasih kepada penuli s serta semua pihak yang telah membantu dalam menjayakan penerbitan ini. Selamat Membaca.

    Wassal am

    Haji Aziz Ujang

  • "Maka kata Bendahara (Tun Perak), 'Hai! Hai! hendak der-hakakah kamu sekalian, ke Bukit? Hendak derhakakah? Cih, kamu sekalian, cih; kerana tiada adat, hamba Melayu tiada pernah derhaka. Tetapi janganlah kita bertuankan anak Raja seorang ini..."

    (Sejarah Me/ayu, vers; 16/2, 1961, hIm. 149)

    SIAPAKAH TU N PERAK?

    Tun Perak adalah anak Tun Perpatih Sedang, Bendahara Melaka yang bergelar Seri Wak Raja. Adik-beradik seibu sebapanya ialah kakaknya Tun Kudu. yang diperisterikan oleh Sultan Muzaffar Shah dan seorang adik lelakinya. Tun Perpatih Putih. Tun Kudu kemudiannya menikah pula dengan seorang pembesar terkanan Melaka. Seri Nara Diraja Tun Ali bin Baginda Mani Purindan . Hasil perkahwinan ini lahir Tun Tahir. Tun Senaja yang diperisteri oleh Sultan Alauddin Riayat Shah dan Tun Mutahir. Bendahara Melaka yang bergelar Seri Maharaja. Tun Perpatih Putih pernah menyandang jawatan Bendahara. bergelar Bendahara Putih. Seorang anak Tun Perak pula. Paduka Tuan. menjelang Melaka diserang Portugis tahun 151 I. turut memegang jawatan pembesar yang terpenting ini. Beliau digelar Bendahara Lubuk Batu (Bendahara Tepok).

    Jelaslah. Tun Perak muncul daripada keluarga elit Melaka. Secara tradisinya, sejak dari zaman datuk dan bapanya yang pernah dipertanggungjawabkan jawatan ini. gelaran yang dipegang mereka ialah Seri Wak Raja. Tetapi gelaran ini tidak digunakan lagi sewaktu jawatan berkenaan disandang oleh adik dan anak Tun Perak.

    Pada masa remaja. ketika Seri Nara Diraja Tun Ali diberikan kepercayaan oleh Sultan Muzaffar Shah memegang jawatan Bendahara. Tun Perak dilaporkan oleh Sejarah Me/ayu menetap di Klang setelah mengahwini seorang wanita di situ'. Ketika penduduk Klang menyingkirkan penghulu yang sedia ada, barangkali memikirkan keakraban keluarga di antara Tun Perak dengan para elit dan pemerintah Melaka serta latarbelakang salasilahnya. maka beliaupun dilimtik penduduk Klang penghulu mereka. dengan kurnia Sultan Muzaffar Shah.

  • KERJAYA TUN PERAK ....................................... Oari tahap memegang jawatan penghulu di Klang itulah Tun Perak mula

    menceburi bidang pentadbiran, lalu menjadi sebahagian daripada jentera birokrasi kerajaan Melaka, dan di peringkat kawasan takluk. Beberapa dekad awal abad ke-15, persaingan dalam keunggulan kuasa serantau, khususnya di sekitar Selat Melaka berterusan mewarnakan hubungan diplomatik Melaka dengan kuasa-kuasa jiran, seperti Siam 2. Persaingan ini mencetuskan siri-siri serangan Siam ke atas Melaka. Salah satu serangan yang sengit, akibat keengganan pemerintah Melaka, Sultan Muzaffar Shah 'menyembah' raja Siam, dilancarkan menerusi jalan darat, lewat hulu Pahang, dengan pengetuaan Panglima Awi Cakri (Ok-p'ya Cakri). Dalam serangan inilah Tun Perak menyerlahkan bakatnya.

    Oi bawah institusi 'kerah', istana Melaka mengarah untuk penggembelingan tenaga tentera seluruh kawasan takluk dan naungan, mempertahankan Melaka induk, termasuklah Klang. Tun Perak, selaku Penghulu Klang dikerah menggerakkan pengikut dan hulubalangnya ke Melaka. Oi sinilah kali pertama (mengikut Sejarah MeJayu)3, Tun Perak menampilkan muslihat dan strategi peperangan. Beliau mengerahkan seluruh penduduk Klang, lelaki, wanita, kanak-kanak datang mempertahankan Melaka. Kerahan ini agak pelik, tetapi praktikal. Menurutnya, tentera lelaki Melaka kelak berperang dan mempertahankan Melaka bersungguh-sungguh, .... . kurang-kurang ia berlawankan Ouli Yang di-Pertuan, lebih ia berlawankan (kerana) anak isterinya"4. Ramai tentera Siam mati. Mereka alah dan berundur.

    Tertarik hati dengan muslihat peperangan Tun Perak inilah, dilaporkan, raja Melaka mula melihat bakat kepimpinan Tun Perak. Beliau tidak wajar lagi mentadbir Klang, malah dititah mendiami Melaka dan dilantik Bentara Melaka. Mungkin berpegang kepada falsafah, ..... dianugerahi (oleh raja Melaka) pedang sebilah .. . peliharakan baik-baik, usahakan, jangan diberi berkarat, kemakanan matanya"S, maka beliau berkhidmat dengan cemerlang, sehingga diangkat berikutnya menjadi Perdana Menteri, duduk di seri balai istana, setara Seri Nara Diraja, yang ketika itu menjawat Bendahara Melaka, dianugerahi pula gelaran Paduka Raja.

    2

  • /

    Berikutnya, setelah berjaya menyelesaikan perbalahan dua puak pentadbir tertinggi Melaka, dan dikatakan selepas Tun Perak beripar-duai dengan Seri Nara Diraja Tun Ali, maka di atas syor anak baginda Mani Purindan ini, dengan alasan yang barangkali munasabah, mengikut tradisi dan budaya pemerintahan tradisional Melayu," ... kerana ia (Tun Perak) sedia anak bendahara''6, Tun Perak pun dinaikkan pangkat menjadi Bendahara Melaka, jawatan eksekutif tertinggi di dalam hirarki pentadbiran awam dan ketenteraan. Tome Pires, penulis Portugis yang berada di Melaka hanya beberapa tahun selepas 151 I menyebut jawatan tertinggi ini sebagai,

    " ... captains-general, whom they call Paduca Raja. These are a kind of viceroy, who is next to the king. To this man all the mandarins do reverence ... the Bemdara is the highest in the kingdom. The Bemdara is a kind of chief-justice in all civil and criminal affairs ." He can order any person to be put to death, of whatever rank and condition, whether nobleman or foreigner, but first of all he must informs the king, and both decide the matter in consultation with the Lasamana and the Tumunguo." 7

    Nyatalah, 8emdara (Bendahara) yang dipanggil Paduca Raja oleh Tome Pires ini ialah Tun Perak. Oi dalam kerjayanya sebagai pembesar paling utama dan pentadbir tertinggi dalam birokrasi pentadbiran dan pemerintahan Melaka,Tun Perak berkhidmat dengan Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Riayat Shah dan Sultan Mahmud Shah; sekaligus juga merupakan tokoh paling lama menyandang jawatan Bendahara dan berkhidmat dengan Kesultanan Melaka. Jawatan ini kemudiannya dipegang oleh Tun Perpatih Putih (Bendahara Putih), adik Tun Perak; Tun Mutahir (Bendahara Seri Maharaja), anak saudara Tun Perak dan Paduka Tuan (Bendahara Lubuk Batu/Bendahara Tepok) anak Tun Perak. Kematiannya pada masa awal pemerintahan Sultan Mahmud Shah diratapi ramai anak, cucu, dcit dan para pengikutnya.

    Jelas juga, selain faktor keluarga dan warisan temurun, tidaklah semudah itu Tun Perak diangkat menjadi Bendahara. Beliau meningkat secara vertikal dalam kerjayanya secara 'rank-and .. .file', bermula dari bawah, sebagai penghulu di Klang, kemudian meningkat ke tahap Bentara di istana Melaka, seterusnya menduduki jawatan Perdana Menteri, lalu akhirnya ke kemuncak kuasa, iaitu Bendahara.

    3

  • Selama Hampir Setengah Abad:

    Kesultanan Melayu Melaka berkuasa selama lebih kurang seratus-sebelas tahun. Telahpun banyak diperkatakan perihal keunggulannya yang hanya bermula secara aramiah dari sebuah perkampungan ked I di muara Sungai Melaka, ianya berkembang menjadi sebuah kuasa tempatan di pinggiran timur Selat Melaka, lalu akhirnya menyinar sebagai sebuah empayar dan penguasa unggul serantauB• Diambil jangka waktu selama lebih seabad itu, bererti mulai I 440-an, Tun Perak memegang tampuk dan tunjang pentadbiran selama kira-kira setengah abad, hampir separuh usia Kesultanan ini. Tentunya ada keistimewaan tokoh Melayu ini. Kelibarnya seolah-olah gagal diwarisi pengganti-penggantinya.

    Kedudukan dan .bidangkuasa awam serta ketenteraan pemegang jawatan Bendahara Melaka memang telah sering dituliskan9• Mahupun dari segi perlaksanaan undang-undang dan proses pentadbiran seluruh kerajaan serta pembuatan dasar dan pelaksanaannya, Bendaharalah yang paling terkemuka. Kedudukannya yang mendahului empat pembesar Melaka dalam lipatan pertama pembesar-pentadbir dapat mewajarkan bidang kuasa pentadbiran dan pemerintahan yang dimilikinya. Kenyataan Tome Pires yang menyebut bahawa Bendahara Paduka Raja adalah, " ... next to the king" mewajarkan naratifTun Sri Lanang di dalam Sejarah Me/ayunya, bahawa ketiadaan raja Melaka (berangkat ke tempat-tempat lain, contohnya) kerajaan Melaka dipangku oleh Bendahara, dengan ditopangi Seri Nara Diraja dan Seri Bija Diraja, untuk," ... menunggui negeri", ujarTun Sri Lanang 'o.

    Empat dekad pertama dalam periode pemerintahan Kesultanannya, Melaka berjaya mengukuhkan kedudukannya dari segi ketuanan, kedaulatan kerajaannya, pemapanan dan pemantapan ekonominya, strategi ketenteraannya sebagai sebuah kuasa maritim Melayu yang mewarisi secara langsung tradisi Srivijaya dengan penggembelingan tenaga Orang Laut," tradisi kewujudan sebuah kerajaan Melayu-Islam yang menyaksikan perubahan besar kebudayaan dan sosial masyarakat Melayu, transformasi bahasa sebagai alat komunikasi serantau dan pelbagai wacana intelektual khusus yang menyangkut pengakidahan dan ilmu'l-kalam Islam.

    4

  • Selepas I 440-an, dengan kedudukan dan kuasa fizikal tertinggi yang dimilikinya, Tun Perak berada di dalam keadaan yang selesa. Selepas kematian Seri Nara Diraja Tun Ali (iparnya), jawatan Penghulu Bendahari diserahkan pula kepada Tun Tahir bin Tun Ali yang juga memakai gelaran Seri Nara Diraja. Tun Mutahir bin Tun A!; pula menjadi Temenggung, berge-lar Seri Maharaja. Kedua-dua anak saudara Tun Perak. Tun Abdullah, anak bongsu Tun Ali pula menjadi pembesar istana, bergelar Seri Nara Wangsa 12. Sementara itu, hampir semua raja-raja Melaka masanya mempunyai, secara langsung atau tidak, pertalian kerabat dengannya. Lantas, dikelilingi pinggangnya pembesar-pembesar dan orang kaya utama Melaka terdiri kaum-kerabatnya sendiri , tentunya membolehkan Tun Perak mempertinggi martabat Melaka dalam pelbagai bidang, di mana asas dan premis martabatnya telahpun diperbina pada dekad-dekad sebelumnya.

    Kepada Tun Sri Lanang, sum bang-saran fikiran, sumbang-bakti mental dan fizikal, wawasan pertamadunan dalam usaha mempertinggikan dan menghidup serta mengembalikan semula martabat umat Melayu yang telahpun menikmati zaman kegemilangannya ketika era Srivijaya sebelum itu, selama pengerjaannya (exploitation) kira-kira setengah abad itu, mem-bawa erti dan kerelevenan yang amat besar dalam sejarah ketamadunan Melaka. Kesemuanya dirujukkan kepada 'kebijaksanaan' Tun Perak, sebijaksana pembesar dan tokoh unggul Majapahit serta Pasai,

    "Syahadan, Bendahara Paduka Raja (Tun Perak) itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana, pada zaman itu tiga buah negeri yang sarna besarnya : pertama, Majapahit : kedua, Pasai : ketiga. Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, tiga orang yang bijaksana, Di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai. Orang Kaya Kenayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja" ,13

    Tun Sri Lanang tentunya mempunyai alasan untuk mematutkan kenyataannya itu.

    5

  • Apakah sumbangan Tun Perak yang disebut bijaksana?

    Kehebatan ilmu dan strategi dalam siasah peperangan Tun Perak memang telah teruji. Selepas menjawat saja jawatan Bendahara tugas pertamanya ialah mengetuai angkatan laut Melaka menangkis dan mengalahkan serangan hebat Siam dari pihak laut. Anakdot penggunaan 'puntung api' dekat pantai Batu Pahat, sebelum sampai ke pantai Melaka, memang melucukan, tetapi praktikal. Siam kalah. Kekalahan ini juga memberikan Melaka peluang untuk menyerang dan menakluk Pahang yang ketika itu menjadi 'takluk ke benua Siam'. Tun Perak juga yang mengetuai angkatan perang Melaka. 11

    Kedua-dua kemenangan ini menyebabkan Melaka mengubah strategi hubungan diplomatiknya dengan Siam. Tun Peraklah yang menyarankan supaya berbaik-baik dengan Siam. Tenggelamkan persengketaan bersenjata. Hantar utusan persahabatan diketuai Tun Telanai dan Menteri Jana Putera ke istana Paduka Bubun Siam. Akhirnya, kata Sejarah Melayu, 'seteru sudah menjadi sahabat'. Ini kerana dasar-Iuar Melaka mengikut syuro Tun Perak,

    ..... daripada banyak seteru, baik berbanyak sahabat. 15

    Tun Peraklah juga yang memainkan peranan utama mengetuai Melaka m.elumpuhkan penderhakaan di Pasai. Berikutnya berbaik-baiklah Melaka dengan Pasai. Pasailah yang ketika itu dihuni ramai para ulamak, fukahak dan ahli fikir Islam menjadi rujukan kepada Melaka untuk menyelesaikan banyak permasalahan akidah, tafsir, pendapat dan pelbagai wacana serta pertelingkahan mengenai agama, khususnya yang menyangkut ilmuan mengenai Ketuhanan dan Tasawwuf. Muncul suatu wacana intelektual yang maha hebat ketika itu, yang salah satu daripadanya dirujukkan kepada kitab ad-Darul-lv1anzum, atau ad-Darul-Mazlum, untuk disebar dan difatwakan kandungan Tasawwufnya di Melaka dari Jeddah oleh Maulana Abu Bakar.16 Kitab yang dikatakan karangan Maulana as-Syeikh Abu Ishak, seorang tokoh Tasawwuf dan membahaskan persoalan dhat dan sifat Allah ini ramai dipelajari dan menjadi teks rujukan para ulamak dan ilmuan Islam Melaka. Pembesar Melaka juga berguru dengan Maulana tersebut.

    6

  • Isu kedua yang menjadi perbahasan hangat di Melaka ialah perihal kekekalan penghuni syurga dan neraka. lanya juga ditafsirkan di Pasai. Saya pasti, salah seorang pembesar Melaka yang mempelajari ilmu Ketuhanan dan menganuti Tasawwuf ini ialah Tun Perak sendiri.

    Empayar Melaka :

    Kemenangan mengatasi Siam menerusi peperangan dan hubungan diplomatik merangsang Melaka untuk meluaskan pengaruhnya, sam ada menerusi peperangan atau utusan persahabatan. Mulai zaman Sultan Mansur Shah sehinggalah ke pemerintahan Sultan Mahmud Shah, langkah dan usaha pengembangan kuasa tidak henti-henti dilakukan. Kalau tidak pengetuaan Tun Perak sendiri, ketumbukan hulubalang Melaka akan dipimpin pembesar Melaka lain, seperti Laksamana, Temenggung, Seri Udani, Seri Nara Diraja, Seri Bija Diraja, dll. Bagaimanapun, memikirkan kedudukannya sebagai ketua turus hulubalang, peranan Tun Perak sebagai 'arkitek' pengembangan kuasa ini memberi penjelasan tersendiri. Betapa pula sekiranya kita bersetuju dengan pendapat Tome Pires tadi, bahawa, "To this man (Paduka Raja) all the mandarins do reverence", katanya.

    Tun Perak telah memberi dan menunjukkan kepimpinan serta teladan. Dengan penguasaan seluruh Semenanjung Malaysia, pantai timur

    Sumatera hingga ke selatan Riau-Ungga-Tungkal, pengawalan seluruh jalan dan laluan perairan dan perdagangan Selat Melaka, menyebabkan dalam era-Tun Peraklah, Melaka menjadi sebuah empayar, zaman keemasan.

    Pengawalan laluan perdagangan laut dan penguasaan kawasan-kawasan yang berpotensi ekonomi boleh menjamin potensi hasil dan pendapatan . Dengan kaedah dan tatacara tertentu dalam urusan pengawalan barangan dan penghasilan dari kegiatan berdagang dan berniaga, I7 bandar pelabuhan Melaka menjadi sebuah emporium antarabangsa. Menjelang awal pemerintahan Sultan Mahmud Shah penduduknya dianggarkan seramai 190,000 orang. Pelbagai kaum, suku-kaum dan bangsa, tempatan, rantau dan luar-rantau mendatangi dan menduduki~ya, sebagai pedagang, pengunjung dan santeri, pengadu nasib dan pendakwah. Lapan puluh em pat bahasa yang dituturkan penduduknya. Bahasa Melayu adalah lingua-franka,

    7

    Muka Surat HadapanMuka Surat JudulKata PengantarSIAPAKAH TUN PERAK?KERJAYA TUN PERAKSelama Hampir Setengah Abad:Apakah sumbangan Tun Perak yang disebut bijaksana?Empayar Melaka :