Tuntutan Kontrak

  • View
    342

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Contract

Transcript

Slide 1

1

TUNTUTAN KONTRAK KURSUS PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK KE JKR NEGERIApril 201412

.Menurut peruntukkan kontrak, adalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk menjalankan kerja dengan tekun dan teraturKontraktor juga perlu menyiapkan kerja sebelum atau pada tarikh siap yang ditetapkanApabila Kerajaan atau pihak dibawah kawalannya menjejaskan kemajuan kerja yang menyebabkan kontraktor tidak dapat menjalankan kerja dengan tekun dan teratur,maka ia merupakan satu tindakan kemungkiran kontrak MENGAPA WUJUD TUNTUTAN ?2PRA-SYARAT TUNTUTAN3

Sehubungan itu, kontraktor bolehlah menuntut kerugian dan perbelanjaan tambahan dengan syarat ia membuktikannya dengan secukupnyaNamun demikian, menurut peruntukkan kontrak Klausa 44, kontraktor perlu memberi notis hasrat menuntut dalam tempoh 30 hari selepas daripada hal keadaan kejadian berlaku atau arahan PP.Ini bermakna notis hasrat menuntut yang dikemukakan selepas PKLM dikeluarkan bukanlah sejajar dengan klausa 44 tersebut.3PUNCA-PUNCA TUNTUTANMenurut Klausa 44.1, sekiranya kemajuan kerja secara materialnya terjejas dibawah klausa;

43.1(c) Penangguhan kerja dibawah klausa 5043.1 (d) Arahan PP disebabkan pertikaian diantara tuan-tuan punya berjiran dengan syarat bukan kemungkiran kontraktor

43.1 (e) Arahan PP dibawah klausa 5 dengan syarat bukan kemungkiran kontraktor

43.1 (f) Kontraktor tidak menerima arahan dalam tempoh sewajarnya berhubung penamaan NSC, NSP atau arahan-arahan perlu berkaitan lukisan atau aras dengan syarat bukan kemungkiran kontraktor

43.1 (h) Kelewatan disebabkan oleh artisan, tukang (tradesman) atau lain-lain yang dilantik Kerajaan yang bukan sebahagian dari kontrak4Maka sekiranya kontraktor menanggung kerugian dan/atau perbelanjaan tambahan secara lansung dan tidak akan dibayar ganti dibawah mana-mana peruntukkan kontrak, kontraktor boleh menuntutnya.

4Tindakan kemungkiran KerajaanPertalian diantara tindakan kemungkiran Kerajaan dengan kerugian yang di alami (cause and effect)Pembuktian kerugian yang dialamiPrinsip keterpencilan ganti rugi (remoteness of damage)Tindakan membendung kerugian oleh kontraktor

5

Dalam hal ini,kontraktor hendaklah membuktikan perkara-perkara berikut;PEMBUKTIAN TUNTUTAN5Kontraktor perlu membuktikan pertalian diantara tindakan kemungkiran Kerajaan dengan kerugian yang dialaminya6Kaedah pembuktian kerugian Inbois dan Resit-resit Buku Harian TapakSurat menyuratMinit mesyuaratCPMArahan PPPKLMCarta OrganisasiKAEDAH PEMBUKTIAN TUNTUTAN

6KETERPENCILAN DAN PEMBENDUNGAN KERUGIAN (REMOTENESS AND MITIGATION OF LOSSES)7 Kerugian yang dituntut hendaklah terbit secara lansung daripada tindakan kemungkiran Kerajaan

Kerugian tidak langsung seperti tuntutan sub-sub kontraktor tidak boleh dipertimbangkan atau kerugian keuntungan prospektif (prospective loss of profit) seperti keuntungan yang boleh diraih daripada kontrak lain sekiranya kontrak ini tidak dilanjutkan di masa hadapan.

Di sisi undang-undang, Kontraktor sebagai pihak yang terkilan (aggrieved party) hendaklah membendung kerugian yang dialaminyaContoh sekiranya arahan penangguhan kerja dikeluarkan, maka kerugian yang dialami bagi loji-loji yang tersadai perlulah dibendung dengan mengeluarkannya dari tapak binaan.

Klausa 50.2 berhubung dengan penangguhan kerja dimana kontraktor perlulah melindungi dan menjaga keselamatan kerja yang dilaksanakan daripada kerosakan dan juga membendung perbelanjaan yang ditanggung.

78PP menerima notis secara bertulis dari Kontraktor tentang hasratnya menuntut kerugian & perbelanjaan tambahanPP maklumkan kepada KontraktorNotis sejajar dengan syarat-syarat kontrakNotis tidak sejajar dengan syarat-syarat kontrakPP menolak tuntutan KontraktorKontraktor merayuKontraktor mengemukakan tuntutan berserta dengan dokumen sokongan/bukti kepada PPPP menyediakan laporan dan perakuanCBAPROSES TUNTUTAN

89ABCPP menilai tuntutan & menyediakan laporan & perakuanPP mengemukakan laporan & perakuan kepada Urusetia JK TuntutanPembentangan Laporan & Perakuan kepada JK TuntutanPP memaklumkan keputusan kepada KontraktorPP menolak tuntutan KontraktorKontraktor merayuPP menyediakan laporan & perakuan

9KAEDAH PENILAIAN TUNTUTANSebuah projek jalan di Perak Darul Ridzuan.Setelah milikan tapak bina diberikan, masih ada beberapa lot-lot tanah yang masih belum diambil milik Kerajaan oleh kerana proses pengambilan tanah masih belum lagi selesai.Namun demikian kontraktor masih boleh menjalankan kerja di kawasan di mana masalah pengambilan tanah tidak timbul.Apakah yang perlu dilaksanakan oleh kontraktor sekiranya dia berhasrat untuk menuntut kerugian dan pembayaran tambahan?Apakah tanggungjawab P.P. untuk menangani tuntutan kontraktor tersebut?10P.P. perlulah memberi lanjutan masa sekiranya kelewatan pengambilan tanah ini didapati secara material melewatkan penyiapan kerja.Kontraktor perlulah memberi notis hasrat menuntut sejajar dengan syarat-syarat kontrak selepas arahan berhenti kerja atau hal keadaan berkaitan dengan masalah pengambilan tanah dalam tempoh yang ditetapkan dalam kontrak (Borang kontrak konvensyional dalam tempoh 30 hari atau 60 hari bagi kontrak reka dan bina)Kontraktor hendaklah menyenggarakan kesemua rekod-rekod semasa berkaitan dengan perkara-perkara yang hendak dituntut.Kontraktor perlulah mengemukakan bukti-bukti kerugian dan perbelanjaan tambahan yang ditanggung/dibayar olehnya berkaitan dengan tuntutannya dengan syarat ia tidak dibayar ganti di bawah mana-mana peruntukan kontrak.

11KAEDAH PENILAIAN TUNTUTANKAEDAH PENILAIAN TUNTUTANKontraktor dikehendakki untuk mengemukakan butir-butir tuntutannya disokong dengan bukti-bukti dalam tempoh 90 hari dari tarikh projek siap.Secara lazimnya apabila masalah pengambilan tanah berlaku, loji-loji di tapak bina akan tersadai dan para pekerja akan sedia tunggu di tapak bina.Namun demikian sekiranya tempoh pengambilan tanah melibatkan tempoh yang lama, maka di sisi undang-undang kontraktor perlulah membendungkan kerugian yang dialaminya.Sehubungan dengan itu sewajarnya kontraktor membawa keluar loji-loji dan peralatan berserta dengan para pekerjanya dari tapak bina.12KAEDAH PENILAIAN TUNTUTANApabila kontraktor mengemukakan notis hasrat menuntut kepada Pegawai Penguasa, maka P.P. hendaklah mengambil maklum akan notis hasrat tersebut dan pada masa yang sama hendaklah memantau kelewatan yang didakwa oleh kontraktor yang menyebabkan ia membuat tuntutan.P.P. perlulah memastikan Buku Harian Tapak mencatatkan kemajuan kerja, aktiviti kerja, bilangan pekerja dan juga bilangan loji-loji serta perkakasan setiap hari.Apabila kontraktor mengemukakan butiran tuntutannya dengan terperinci maka P.P. hendaklah menilainya sebagaimana yang ditetapkan di dalam syarat-syarat kontrak.Proses penilaian tuntutan adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam proses kerja SPB tuntutan. 13Butiran Yang Boleh Dituntut KontraktorKontraktor bolehlah menuntut perkara-perkara berikut tertakluk dengan bukti-bukti kerugian dan perbelanjaan tambahan yang ditanggung.Di antara perkara-perkara yang boleh dituntut adalah:Tuntutan Di Bawah Kerja AwalanBayaran premium insurans bukti bayaran hendaklah dikemukakan di atas nama kontraktor.Bayaran tambahan bagi melanjutkan tempoh jaminan bon pelaksanaan bukti bayaran dikemukakan di atas nama kontraktor.Bayaran kerja-kerja awalan seperti air, elektrik, talipon dsb bukti bayaran dikemukakan di atas nama kontraktor.Kakitangan tapak yang berada sepenuh masa di tapak bina bukti bayaran dikemukakan di atas nama kontraktor.Kakitangan Kawalan Keselamatan - bukti bayaran dikemukakan di atas nama kontraktor.

14KAEDAH PENILAIAN TUNTUTANKAEDAH PENILAIAN TUNTUTANKenderaan Projek Bukti bayaran penyenggaraan kenderaan projek yang berkaitan dengan pelaksanaan projek dikemukakan di atas nama kontraktor. Lapuran Kemajuan Kerja dan gambar kemajuan bukti bayaran berkaitan dengan projek dikemukakan di atas nama kontraktor.Dan kerja-kerja awalan lain dengan syarat bukti bayaran projek dikemukakanTuntutan Disebabkan Pemberhentian KerjaKos loji yang tersadai hendaklah berdasarkan bilangan loji sebenar yang berada di tapak bina dan juga melibatkan bilangan hari yang terlibat. Dalam hal ini bayaran sebenar yang dibuat oleh kontraktor hendaklah dibuktikan. Rujukan perlulah juga dibuat kepada Buku Harian Tapak.Begitu juga para pekerja yang sedia tunggu di tapak - kontraktor hendaklah membuktikan bayaran gaji yang telah dibuat di atas namanya berserta dengan bilangan hari dan juga bilangan pekerja yang terlibat. Rujukan perlulah juga dibuat kepada Buku Harian Tapak.15Butiran Yang Boleh Dituntut KontraktorKAEDAH PENILAIAN TUNTUTANHanya resit bayaran di atas nama kontraktor sahaja yang boleh diterima sebagai bukti. Ini akan menunjukkan bahawa kontraktor telah benar-benar menanggung kerugian dan perbelanjaan tambahan disebabkan lanjutan masa yang telah diberikan.Sekiranya resit bayaran adalah di atas nama subkontraktor, maka ini menunjukkan bahawa subkontraktor yang menanggung kerugian dan bukannya pihak kontraktor; walhal yang menuntut terhadap Kerajaan adalah pihak kontraktor.Sehubungan dengan itu tuntutan sedemikian hendaklah ditolak.16Butiran Yang Boleh Dituntut KontraktorBUTIRAN YANG TIDAK BOLEH DITUNTUTKos perubatan yang tiada kena mengena dengan kemungkiran oleh pihak Kerajaan.Kos keuntungan prospektif seperti kerugian keuntungan 10 tahun di masa hadapan.Kos kerugian yang berdasarkan kepada formula.Kos keraian (entertainment cost).Kos pembelian kenderaan projek.Kepala tuntutan yang tiada kena mengena dengan kemungkiran oleh pihak Kerajaan.Apa-apa perbelanjaan tambahan dalam tempoh lanjutan masa yang disebabkan oleh sebab-sebab neutral seperti hujan, force majure dan juga kekurangan bahan-bahan binaan.17KAEDAH PENILAIAN TUNTUTAN18SekianTerima Kasih

18