2
Tutorial1: Bincangkan dapatan/hasil lawatan tidak rasmi ke bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah yang berdekatan kampus Pada 25hb Januari 2015, seramai 25 orang guru pelatih daripada opsyen 7PISMP BC/PJ/PM-1 telah mengadakan satu lawatan ringkas ke bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling di IPGKTI. Sesi lawatan ini selama 2 jam iaitu dari pukul 2 hingga 4 petang. Pada mulanya, Puan Suria iaitu guru bimbingan dan kaunseling IPGKTI menjemput kami duduk di satu bilik mesyuarat di Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Beliau telah memberi taklimat yang jelas tentang kaunseling kepada kami. Melalui penerangan ini, kami lebih mengetahui definisi kaunseling dan proses kaunseling. Selain memberi penerangan yang jelas, Puan Suria juga menunjukkan borang-borang dan ujian-ujian yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling. Beliau pun memberi satu rujukan sampel borang kepada kami. Selepas taklimat tersebut, Puan Suria telah memberi peluang kepada kami untuk menanya soalan. Antara soalan yang ditanya adalah kenapa perlu menjalankan kaunseling kelompok, bagaimana menjadikan kaunseling kelompok berkesan, apakah kes- kes yang biasa dihadapi oleh guru pelatih IPGKTI dan sebagainya. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh kami pun dijelaskan dengan baik oleh Puan Suria. Melalui sesi lawatan ini, kami juga dapat melihat dan menyentuh pasir yang digunakan dalam terapi pasir. Pasir tersebut bukan pasir seperti di tepi jalan raya atau pantai. Ia agak halus dan tidak akan menyebabkan kekotoran sekiranya guru bimbingan dan kaunseling menggunakan terapi pasir.

Tutorial 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

edu

Citation preview

Tutorial1: Bincangkan dapatan/hasil lawatan tidak rasmi ke bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah yang berdekatan kampusPada 25hb Januari 2015, seramai 25 orang guru pelatih daripada opsyen 7PISMP BC/PJ/PM-1 telah mengadakan satu lawatan ringkas ke bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling di IPGKTI. Sesi lawatan ini selama 2 jam iaitu dari pukul 2 hingga 4 petang. Pada mulanya, Puan Suria iaitu guru bimbingan dan kaunseling IPGKTI menjemput kami duduk di satu bilik mesyuarat di Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Beliau telah memberi taklimat yang jelas tentang kaunseling kepada kami. Melalui penerangan ini, kami lebih mengetahui definisi kaunseling dan proses kaunseling. Selain memberi penerangan yang jelas, Puan Suria juga menunjukkan borang-borang dan ujian-ujian yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling. Beliau pun memberi satu rujukan sampel borang kepada kami. Selepas taklimat tersebut, Puan Suria telah memberi peluang kepada kami untuk menanya soalan. Antara soalan yang ditanya adalah kenapa perlu menjalankan kaunseling kelompok, bagaimana menjadikan kaunseling kelompok berkesan, apakah kes-kes yang biasa dihadapi oleh guru pelatih IPGKTI dan sebagainya. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh kami pun dijelaskan dengan baik oleh Puan Suria.Melalui sesi lawatan ini, kami juga dapat melihat dan menyentuh pasir yang digunakan dalam terapi pasir. Pasir tersebut bukan pasir seperti di tepi jalan raya atau pantai. Ia agak halus dan tidak akan menyebabkan kekotoran sekiranya guru bimbingan dan kaunseling menggunakan terapi pasir. Selain itu, prosedur menjalankan sesi kaunseling kelompok juga ditunjukkan. Puan Suria menjadi guru bimbingan dan kaunseling dan empat orang guru pelatih menjadi ahli kelompok. Semasa main peranan, Puan Suria menekankan aspek-aspek yang perlu dipraktikkan seperti memberi dorongan minima, kontak mata, cara duduk dan sebagainya. Dengan adanya sesi main peranan ini, kami lebih memahami prosedur menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling.Sebelum lawatan ini berakhir, kami telah mengunjungi bilik bimbingan dan kaunseling. Suasana di sana memang tenang dan selesa. Puan Suria telah menggunakan warna yang lembut, hiasan alam sekitar dan bunyi aliran air untuk membantu kliennya berasa selesa dan tenang untuk berkongsi masalah. Kesimpulan, lawatan ini memang menambahkan ilmu pengetahuan kami tentang bimbingan dan kaunseling.

Pn. Suria sedang berkongsi pengalaman dan pandangan beliau.

Pn. Suria menjalani simulasi sesi kaunseling kelompok.Pn. Suria menunjukkan cara pendekatan semasa kaunseling.