Upload
dinufa
View
219
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
.
Citation preview
PENDIDIKAN KHAS
EN. AZMI BIN ABU BAKAR
MOHAMAD ASRUDY BIN SAFIAN
SOALAN 1: Bincangkan peranan komunikasi dan bahasa dalam
pencapaian akademik.
Komunikasi ditakrifkan sebagai satu pemindahan maklumat, idea dan
perasaan dari seorang individu kepada individu lain. Maknanya, komunikasi ini
melibatkan 2 pihak. Proses komunikasi ini sangat penting kerana ianya
mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar dan mampu
mempengaruhi minda serta pemikiran mereka. Sekarang kita akan
membincangkan mengenai peranan komunikasi dalam akademik.
Yang pertama ialah menjalin hubungan. Dalam konteks akademik,
hubungan yang terjalin dengan baik amatlah diperlukan terutamanya di antara
pelajar dengan guru. Apabila berlaku satu proses komunikasi yang baik dan
berkesan maka hubungan yang erat antara guru dengan murid akan terjalin dan
proses penyampaian maklumat akan menjadi lebih efektif.
Peranan komunikasi yang kedua ialah menyampaikan maklumat.
Sebagaimana yang ditakrifkan tadi di mana proses komunikasi akan
mewujudkan interaksi antara dua pihak. Apabila wujudnya interaksi ini maka
proses penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah dan berkesan dan
sudah pastinya maklumat yang disampaikan akan dapat diterima dengan mudah.
Apabila penyampaian maklumat berkesan maka proses P & P dianggap berjaya.
Peranan yang ketiga ialah berkongsi pengalaman. Komunikasi dan
bahasa mampu menjadi wadah untuk seseorang menceritakan pengalaman
kepada orang lain. Maka berlakulah perkongsian maklumat, ilmu dan
pengalaman dan boleh dijadikan bahan terutamanya dalam penulisan karangan.
Peranan yang terakhir ialah sebagai cara untuk mempengaruhi seeorang.
Apabila seseorang berkomunikasi dan bahasanya mudah difahami, maka dia
akan mudah untuk mengikut arahan yang telah diberikan. Jika arahan sukar
difahami maka adalah mustahil untuk mempengaruhi pelajar tersebut. Oleh itu
komunikasi yang berkesan amat penting dalam proses P & P kerana pencapaian
akademik dipengaruhi oleh cara komunikasi seorang guru, sama ada berkesan
ataupun sebaliknya.