Upload
duonglien
View
251
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
UCAPTAMA
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN
PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN
BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA
AWANG HAJI MOHD YUSOF
MENTERI KESIHATAN
DAN PERASMIAN
PERSIDANGAN KEBANGSAAN KEJURURAWATAN
SEMPENA 30 TAHUN PENGISYTIHARAN NEGARA
MELAYU ISLAM BERAJA
“MELAYU ISLAM BERAJA MEMPERKUKUH
PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN”
ANJURAN
MAJLIS TERTINGGI MELAYU ISLAM BERAJA &
PERSATUAN JURURAWAT BRUNEI DARUSAALAM
(PENJURU)
SELASA, 8.45 PAGI
27 RABIULAWAL 1435 / 28 JANUARI 2014
BERTEMPAT
GOLDSTONE BALLROOM
THE CENTREPOINT HOTEL
GADONG
1
Yang Mulia Datin Paduka Hajah Suraya Noraidah binti Abdullah, Yang
Di Pertua Persatuan Jururawat Negara Brunei Darussalam (Penjuru),
dan
Yang Mulia Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong,
Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Setiausaha Urusetia Majlis Tertinggi
Melayu Islam Beraja
selaku Pengerusi Bersama Persidangan Kebangsaan Kejururawatan,
Yang Mulia Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji
Abdul Jalil, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan
Yang Mulia Dayang Hajah Siti Mariam binti Haji Mohd Jaafar,
Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan)
Yang Mulia Dr Hajah Rahmah binti Haji Md Said,
Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional & Teknikal)
Yang Mulia Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-
pegawai Eksekutif, Ahli-Ahli Persatuan Jururawat Negara Brunei
Darussalam, peserta-peserta Persidangan serta hadirin dan hadirat yang
dihormati sekalian.
2
Salam Sejahtera
1. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala
kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua kita dapat bersama-
sama hadir di majlis yang sangat bermakna pada pagi ini iaitu
Persidangan Kebangsaan Kejururawatan yang bertajuk
‘Melayu Islam Beraja Memperkukuh Perkhidmatan
Kejururawatan’ yang disempenakan dengan 30 Tahun
Pengisytiharan Negara Melayu Islam Beraja. Selawat serta
salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wassalam, para sahabat, kaum keluarga dan pengikut-
pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.
2. Terlebih dahulu saya sangat mengalu-alukan serta mengucapkan
setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada penganjur bersama iaitu
pihak Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dan Persatuan Jururawat
Negara Brunei Darussalam (PENJURU) di atas inisiatif dalam
menjayakan persidangan ini yang saya anggap sangat penting, apatah
lagi ianya mempunyai sejarah yang signifikan bagi Negara Brunei
Darussalam disempenakan 30 tahun pengisytiharan Negara Melayu
Islam Beraja di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
semasa permasyhuran pada 1 Januari 1984 telah bertitah dengan
mengisytiharkan secara rasminya:-
“…Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta
limpah kurnia Allah Subahanahu Wata’ala, akan untuk selama-
3
lamanya kekal menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja yang
Merdeka, Berdaulat dan Demokratik bersendikan kepada
ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah”.
Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
3. Sejak zaman-berzaman iaitu lebih 600 tahun hingga sekarang
negara kita di bawah pemerintahan dan pentadbiran beraja secara
berterusan menunjukkan kedayatahanan yang telah terbukti
berupaya mengukuhkan kedaulatan, kesatuan, pembangunan,
kesejahteraan, kebajikan, keselamatan dan keamanan sekalian
rakyat dan penduduk yang bernaung lagi diredhai oleh Allah
Subhanahu Wata’ala di bawah sistem pemerintahan ini. Konsep
yang berasaskan Melayu Islam Beraja meliputi aspek semua ciri-ciri
yang mencerminkan nilai-nilai budaya melayu, kemurniaan adat
istiadat Brunei, keunggulan dan penyerapan ajaran agama Islam
serta kedudukan raja sebagai pemimpin tertinggi dan payung
kepada negara serta rakyat dan penduduk yang bernaung.
Pemerintahan Melayu Islam Beraja diperkukuhkan
dengan lantang dan jelas sepertimana yang dititahkan
oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam dalam permasyhuran kemerdekaan Negara
Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984 yang bermakna
meletakkan asas yang kukuh dan kuat bagi menuju peta
jalan masa depan yang lebih mantap dan dinamik demi
4
survival bangsa dan negara yang merdeka lagi berdaulat
serta diredhai oleh Allah Subhanahu Wata’ala.
4. Sejak kemerdekaan negara 30 tahun yang lalu khususnya di bawah
era pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, Sultan dan Yang Di-
Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah melakar berbagai
kemajuan dan pembangunan yang begitu pesat yang meletakkan
Negara Brunei Darussalam di peta dunia sebagai sebuah negara
maju dan moden, dengan masih lagi mengekalkan ciri-ciri
kebruneian yang diwarisi dari turun temurun yang berlandaskan
konsep Melayu Islam Beraja. Rakyat dan penduduk negara ini
Alhamdulillah dapat menikmati pelbagai perkembangan,
kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh
Kerajaan dan seterusnya mengecapi sosio ekonomi
kehidupan yang berkualiti, kesejahteraan, keharmonian,
keselamatan, keamanan, kemakmuran yang dirahmati lagi
diredhai Allah Subhanahu Wata’ala. Kita semua harus
bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana
akan kedudukan Negara kita yang stabil, aman damai dan
harmoni dimana dapat menjalankan aktiviti harian dengan
tidak ada gangguan dan selamat jika dibandingkan dengan
Negara-negara lain yang berkeadaan tidak stabil,
peperangan dan konflik dalam Negara. Baginda sangat-
sangat mengambil berat bukan sahaja terhadap hal ehwal
5
keugamaan, pendidikan, keselamatan, sosio ekonomi,
kebajikan dan kesejahteraan malahan tidak ketinggalan
juga dalam bidang kesihatan. Bidang kesihatan adalah
merupakan salah satu agenda penting dalam
pembangunan negara. Keprihatinan yang sangat mendalam,
pemedulian, kesungguhan serta komitmen Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam yang mementingkan hal ehwal kesihatan
termasuk perkhidmatan dan penjagaan kesihatan di kalangan rakyat
dan penduduk di negara ini dapat dibuktikan dengan jelasnya dari
petikan titah Baginda semasa Majlis Perasmian Majlis Ilmu 2012
Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-66 Tahun di Pusat
Persidangan Antarabangsa yang antara lainnya Baginda bertitah:-
“Ugama Islam telah meletakkan kesihatan dan
kesejahteraan itu di tempatnya yang tinggi selepas
keimanan. Ini selaras dengan sabda Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam riwayat ibnu Majah yang
bermaksud: “Mintalah kepada Allah kesihatan dan
kesejahteraan, kerana sesungguhnya tidak ada perkara
yang lebih baik daripada kesihatan selepas iman. Demikian
nilai kesihatan itu. Ia adalah asas untuk penghidupan yang
sempurna. Nikmat sihat membolehkan seseorang dapat
memenuhi hajatnya dengan baik, seperti mencari ilmu dan
beramal ibadat dengan selesa. Kesihatan yang optima tidak
syak lagi akan membolehkan seseorang individu itu
menunaikan kewajipan dunia dan akhiratnya dengan
6
sempurna”.
5. Ini bermakna rakyat dan penduduk yang sihat sama ada dari segi
fizikal atau mental sudah setentunya akan dapat menjalankan
aktiviti-aktiviti harian dan ibadah yang disuruh oleh Allah Subhanahu
Wata’ala dengan lebih sempurna, lebih cergas, lebih produktif dan
efektif di samping dapat melahirkan generasi yang berkemahiran
dan berpendidikan tinggi untuk menyumbang kepada pembangunan
sosio ekonomi individu, keluarga, masyarakat dan negara. Ianya
akan sekaligus akan meningkatkan kehidupan yang lebih berkualiti,
kesejahteraan dan kemakmuran negara ke arah yang lebih mantap
lagi berdayatahan.
Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
6. Seperti kita sedia maklum, Profesion Kejururawatan adalah antara
profesion kesihatan yang terawal dan telah wujud sekian lama.
Walaupun sektor penjagaan kesihatan telah melalui arus
perkembangan pesat, namun demikian, profesion kejururawatan
sehingga kini masih lagi bertahan teguh malahan ia diiktiraf sebagai
profesion berpiawaian tinggi dan dihormati di seluruh dunia, tidak
terkecuali oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ini adalah
salah satu satu perkara yang sewajarnya menjadi
kebangaan kepada para Jururawat sendiri termasuk di
Negara Brunei Darussalam dan pengiktirafan seperti ini
seharusnya dimartabatkan dan dipertahankan tidak lain
7
tidak bahkan oleh profesion Jururawat itu sendiri dan
bertanggungjawab mengenainya.
7. Perkhidmatan kejururawatan saya anggap adalah menjadi tulang
belakang dalam sama-sama memberikan perkhidmatan dan
penjagaan kesihatan yang komprehensif dengan lebih cemerlang dan
berkualiti. Dalam sektor penjagaan kesihatan, profesion
kejururawatan adalah peratus yang tinggi dibandingkan dengan
profesion kesihatan yang lain seperti doktor dan Allied Health
Professional. Ini dapat dilihat dari segi tenaga kerja di Kementerian
Kesihatan, profesional Jururawat adalah merupakan tenaga kerja
yang terbesar sepertimana statistik pada Januari 2014
menunjukkan jumlah Jururawat ialah seramai 2380 orang iaitu 35%
daripada jumlah warga Kementerian Kesihatan.
8. Perkhidmatan kejururawatan di negara ini terus
diperkukuh dan dikembangluas lagi dari masa ke semasa
bukan sahaja dari aspek pembangunan kapasiti dan
profesionalisme malahan juga dalam kepelbagaian
kemahiran dan kepakaran selari dengan perkembangan
kerjaya dan keperluan perkembangan sistem penjagaan
dan perkhidmatan kesihatan Negara pada masa ini dan
akan datang. Pada asasnya setiap perkhidmatan sama ada di
peringkat penjagaan kesihatan asasi (primary), secondary dan tertiary
begitu juga di aspek perkhidmatan pemulihan serta promosi
kesihatan akan menghendaki komponen kapasiti kejururawatan. Ini
adalah memandangkan profesional kejururawatan adalah sebagai
8
teras dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sememangnya
dari asal-usulnya dikenalpasti sebagai profesional kesihatan barisan
hadapan (front liners) yang sentiasa mendampingi pesakit-pesakit
dalam mengendalikan proses rawatan dan penjagaan kesihatan,
begitu juga yang sentiasa berhadapan dengan orang awam iaitu
sesuai dengan kepelbagaian bidang tugas serta tanggungjawab
masing-masing. Tidak menjadi hairan, di manapun jua di dunia ini,
hospital-hospital, Pusat-Pusat dan Klinik-Klinik Kesihatan sama ada
disektor awam atau swasta tidak akan dapat mencapai matlamat
untuk memberikan perkhidmatan dan penjagaan kesihatan yang
maksima tanpa penglibatan tenaga profesional kejururawatan dan
juga multidisciplinary profesional kesihatan lain seperti doktor dan
Allied Health Professional.
Para Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
9. Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,
Jururawat juga dikehendaki memahami dan mematuhi peraturan-
peraturan dan garispanduan mengenai amalan kejururawatan di
negara ini seperti yang telah ditentukan oleh Lembaga Jururawat
Brunei dan Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Kementerian
Kesihatan khususnya Code of Ethics, Code of Professional Conduct dan
Standard of Practice for Registered Nurses and Midwives in Brunei
Darussalam. Apa yang mustahak lagi adalah para jururawat
dikehendaki untuk berdaftar di bawah Lembaga Jururawat Brunei
sebagai pengamal profesion kejururawatan di bawah Akta
Pendaftaran Jururawat.
9
10. The Code of Ethics menghuraikan tujuh (7) nilai-nilai utama yang
mesti diamalkan oleh setiap jururawat dan bidan yang antara lain:-
(i) Memberikan penjagaan kesihatan yang selamat, cekap,
beretika dan bertimbangrasa;
(ii) Menggalakkan dan menghormati informed decision
making;
(iii) Menghormati keperluan, nilai-nilai dan budaya serta
memahami kelemahan setiap individu dalam
memberikan jagaan perawatan;
(iv) Menjaga dan mempertahankan kerahsiaan pesakit;
(v) Bertanggungjawab dan mempunyai akauntabiliti;
(vi) Memelihara maruah dan kehormatan pesakit; dan
(vii) Menegakkan keadilan.
11. Manakala The Code of Professional Conduct merujuk kepada tingkah
laku para jururawat dan bidan dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab secara profesional. Ianya terdapat lapan (8) prinsip-
prinsip penting yang mesti diamalkan dan dijadikan sebagai budaya
kerja harian oleh semua jururawat dan bidan yang berdaftar antara
lainya iaitu :-
Menghormati maruah, budaya, bangsa, nilai-nilai dan
kepercayaan setiap individu semasa memberikan jagaan
perawatan dan perbidanan;
10
Mengamalkan dengan cekap dan selamat praktik
kejururawatan dan perbidanan;
Menjaga kerahsiaan secara professional maklumat-
maklumat sulit yang diperolehi;
Berkerjasama dengan yang lain dalam pasukan;
Sentiasa mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran secara profesional;
Mengamalkan praktik kejururawatan dan perbidanan
secara beretika dan berpandukan kepada perundangan
Negara Brunei Darussalam serta konsep Melayu Islam
Beraja.
12. Jika kita meneliti dengan terperinci Code of Ethics, Code of
Professional Conduct dan Standard of Practice for Registered Nurses
and Midwives in Brunei Darussalam dengan secara langsung atau
tidak langsung mempunyai ciri-ciri dan nilai-nilai Melayu Islam
Beraja. Apa yang saya maksudkan Melayu Islam Beraja adalah
mencerminkan identiti keBruneian. Dalam falsafah Melayu Islam
Beraja terkandung sifat yang mengandungi identiti keBruneian
seperti:
Kuat beragama sebagai cara hidup dan kehidupan iaitu, ajaran
Islam dan amalannya dikawal oleh undang-undang dan
peraturan negara;
Cinta kepada negara dan tanah air;
11
Kasih dan taat yang tidak berbelah bahagi kepada
raja menjadi kewajipan yang turun-temurun;
Berbangga menggunakan dan mendaulatkan Bahasa Melayu
sebagai jiwa bangsa dan bahasa kebangsaan;
Mengamalkan nilai luhur budaya Melayu yang terpuji
dan berteraskan Islam, yang meliputi akhlak yang
mulia, bersopan santun, awar galat, tolong menolong,
bermuafakat, mentaati raja, menghormati ibu bapa,
orang tua, guru, ulama, pemimpin, keturunan
Rasullullah Sallallahu Alaihi Wassalam dan hormat-
menghormati diantara satu sama lain;
Mematuhi adat yang tidak bercanggah dengan syarak sebagai
pancaran daripada keperibadian bangsa Brunei;
Bekerja keras dengan penuh ikhlas, berdisiplin dan dedikasi;
Bertindak, bergaul, bertutur, berpakaian dan berkarya dalam
batas-batas yang sesuai dengan kehendak budaya Melayu dan
ajaran Islam.
13. Oleh yang demikian, ciri-ciri Melayu Islam Beraja
sepatutnyalah difahami dan dihayati di kalangan para
Jururawat apatah lagi dalam menjalankan tugas-tugas
yang dipertanggungjawabkan kerana ianya dapat
menyumbangkan sebagai nilai tambah yang tinggi dalam
memperkukuh dan mempertingkatkan lagi bukan sahaja
dari aspek berkomunikasi dengan mudah, berkeyakinan,
memahami budaya dan adat keBruneian serta citarasa
12
pesakit tetapi yang saya anggap paling mustahak ianya
berupaya insyaAllah memberikan rawatan, perkhidmatan
dan penjagaan yang lebih sempurna, terbaik dan
memuaskan hati pesakit dan orang ramai.
Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
14. Seperti kita sedia maklum, Islam adalah agama yang diredhai
oleh Allah Subhanahu Wata’ala yang memimpin manusia ke
arah kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Ianya merupakan
sebesar-besar nikmat kepada umat manusia sebagaimana firman
Allah Subhanahu Wata’ala yang terkandung dalam Surah Al-
Maidah, ayat 3 yang bermaksud:
‘Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama
kamu (Islam) dan telahKu cukupkan untuk kamu nikmatKu
dan telah Aku redhai Islam itu Din (agama kamu)’ .
Ayat ini dengan jelas menerangkan bahawa Allah Subhanahu
Wata’ala telah menyempurnakan Islam sebagai Al-Din untuk
kepentingan dan faedah manusia demi untuk kebahagiaan di
dunia dan akhirat. Islam merupakan sebesar-besar nikmat yang
dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada hamba-
hambaNya dan tidak ada nikmat yang lebih daripada itu. Allah
Subhanahu Wata’ala redha Islam untuk menjadi agama seluruh
umat manusia. Ini bermakna Islam adalah sempurna untuk
13
dijadikan panduan hidup perseorangan, berkeluarga, dalam
organisasi, bermasyarakat dan bernegara. Ianya unggul sebagai
sumber undang-undang dan peraturan. Ianya mantap sebagai
panduan akhlak dan tingkah laku, ianya murni dan bersih
daripada kesyirikan dan kekufuran sebagai pegangan akidah.
Pada kesimpulannya ianya adalah menjamin kebahagiaan dan
keselamatan di dunia dan akhirat.
15. Kita sedia maklum bahawa yang menjadi teras utama pada
Melayu Islam Beraja ialah unsur yang pertama, yakni
Islam, dalam erti kata bahawa nilai dan norma Islam
mengatasi dan menakluki norma yang lain. Nilai murni
dan norma budaya Melayu termasuk sistem pemerintahan
Beraja berfungsi sebagai tapak, pemelihara dan pelindungnya
sehingga ketiga-tiga unsur itu diadun serta saling melengkapi
antara satu dengan lain.
16. Melayu Islam Beraja sebagai falsafah negara mengandungi nilai-nilai
yang sangat murni lagi mulia yang berlandaskan keislaman
untuk diserapkan dan dihayati dalam budaya kerja sebagai
Jururawat iaitu seperti nilai akhlak yang merangkumi sifat
amanah, sopan santun, bertanggungjawab, ikhlas,
dedikasi, tekun, jujur, berdisiplin, tolong menolong,
berbudi mulia, sabar dan juga bersyukur kehadrat Allah
Subhanahu Wata’ala. Nilai etika yang mendefinasikan
tanggungjawab dan akibat tingkah laku yang negatif
14
seseorang atau profesion terhadap masyarakat juga perlu
ditekankan dan diambil perhatian dalam bersama-sama
menjaga imej dan profesionalisme kejururawatan. Sebagai
negara Melayu Islam Beraja dan sebagai negara zikir,
adalah menjadi tanggungjawab kita bersama bagi
menyerapkan dan menghayati lunas-lunas keislaman
apatah lagi kita sebagai orang islam untuk dijadikan
sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna termasuk
dalam pekerjaan dan kehidupan seharian kita.
17. Di negara kita yang mengamalkan Melayu Islam Beraja
dan juga sebagai negara zikir apatah lagi selaku umat
Islam kita telah dikurniakan keistimewaan dan kelebihan
daripada Allah Subhanahu Wata’ala untuk mengerjakan
suruhanNya lebih-lebih lagi sembahyang sebagai tiang
agama dan meninggalkan segala laranganNya. Dalam
konteks ini, saya ingin kita semua bersama-sama
meningkatkan lagi usaha harian yang saya anggap sangat
penting untuk dijadikan panduan dan peringatan bersama
terutama sekali kepada para jururawat petikan ayat-ayat
dari kitab suci Al-Quran dalam surah Al-Israa (Ayat 82)
dan surah Al-Ankabuut (Ayat 45). Dari kesimpulan
tersebut, kita mestilah menfaatkan dengan sebaik-baiknya
dengan mengamalkan bacaan Al-Quran, Doa-Doa dan
berzikir bagi memohon taufik, hidayah, petunjuk,
pertolongan dan kemudahan dalam membuat sesuatu
15
pekerjaan atau tugas apatah lagi dalam kita memberikan
perkhidmatan dan rawatan kepada pesakit-pesakit yang
memerlukan bantuan. Saya mengesyorkan supaya sebelum
memulakan rawatan atau pemeriksaan sekurang-kurangnya
membaca Bismillah atau Al-Fatihah atau Ayat Kursi atau ayat-ayat
Al-Quran, doa dan zikir yang bersesuaian. Saya difahamkan ada
terdapat Buku Himpunan Doa-Doa dan Adab Ziarah
Orang Sakit yang mana turut mengandungi Doa-Doa Bagi
Amalan Jururawat dan Bidan yang dikeluarkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan. Saya berharap bacaan
Al-Quran, doa-doa dan zikir-zikir ini akan dapat terus diamalkan
bagi memudahkan para Jururawat dan Bidan untuk menjalankan
tugasan dan tanggungjawab serta untuk mendapat pertolongan
dan keberkatan Allah Subhanahu Wata’ala bagi diri dan
juga yang diberi perawatan. Selain itu semoga kita akan
mendapat petunjuk, keberkatan, diberikan rahmat, pahala
yang setimpal dan kebahagiaan di dunia malahan juga
diakhirat.
18. Dalam pada itu, kita hendaklah juga sentiasa membuat apa jua
pekerjaan dan tanggungjawab dengan tekun dan cemerlang serta
terbaik semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata’ala. Ini adalah
sepertimana juga mengikut hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wassalam, diriwayatkan al-Bahaqi yang antara lain bermaksud:
“Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala suka apabila seorang itu
membuat sesuatu perkara ia melakukannya dengan tekun
(memperbaiki dan mempertingkatkannya)”. Dengan memahami
16
serta menghayati hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam
tersebut, sudah setentunya tugas dan tanggungjawab akan dapat
disempurnakan dengan sebaik-baiknya dan memuaskan hati bukan
sahaja kepada pesakit malahan orang ramai di samping kita
bertawakkal memohon petunjuk Allah Subhanahu Wata’ala.
19. Dalam kita sama-sama menyerapkan falsafah Melayu Islam Beraja
dalam memperkukuhkan perkhidmatan kejururawatan, kita
sewajarnya mengambil iktibar akan sejarah kejururawatan dalam
prospektif Islam. Apabila sahaja kita mengimbas akan tokoh
Jururawat yang tersohor, maka kita akan menyebut Florence
Nightingale akan tetapi Islam juga mempunyai tokoh
jururawat yang pertama walaupun hanya sebilangan kecil
kita yang mengetahuinya iaitu Rufaidah binti Sa’ad yang
berpusat di Medinah. Menurut kertas kerja Professor Dr.
Omar Hasan Kasule, yang bertajuk ‘Historical Roots of the Nursing
Profession in Islam’ menyatakan bahawa Rufaidah binti Sa’ad adalah
jururawat profesional pertama dalam sejarah Islam dan beliau hidup
pada zaman Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam pada abad
pertama hijrah dan diiktiraf sebagai Jururawat teladan, memiliki
keperibadian luhur dan simpati kepada semua orang, melayan
pesakit dengan baik, pemimpin dan penggerak yang mampu
memberi motivasi kepada orang lain. Beliau digambarkan memiliki
kemahiran klinikal yang dikongsikan bersama Jururawat yang dilatih
dan bekerja dengannya. Rufaidah tidak hanya melaksanakan tugas
Jururawat dalam aspek klinikal malahan beliau juga melaksanakan
17
tugas kemasyarakatan dan mengenalpasti masalah sosial yang boleh
menyebabkan kemunculan penyakit. Beliau adalah Jururawat
Kesihatan Awam dan juga pekerja sosial yang cekap dan menjadi
inspirasi kerjaya bagi Jururawat dunia Islam. Maka, dalam
persidangan ini, saya ingin menyarankan supaya para jururawat
untuk merujuk kembali akan sejarah kejururawatan dalam Islam
yang mana Rufaidah binti Sa’ad sewajarnya diberi tempat dalam
sidang ilmu kejururawatan sebagai model insan yang mulia untuk
dicontohi sejajar dengan konsep MIB.
20. Dalam menggalakkan lebih ramai lagi di kalangan anak-anak
tempatan menceburi dalam bidang profesion kesihatan, Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menyediakan
kursus-kursus berijazah dan diploma bidang kejururawatan di
Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah
Saadatul Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam kepada mereka
yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang ditentukan. Begitu
juga Kementerian Kesihatan juga ada menyediakan kursus-kursus
dalam bidang profesion kejururawatan yang menjurus kepada
pembangunan kapasiti dalam pelbagai kemahiran khususnya melalui
Pusat Latihan Perkembangan Kejururawatan. Dalam pada itu,
biasiswa keluar negeri termasuk Latihan Dalam Perkhidmatan juga
disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam kepada mereka yang berkelayakan bagi meningkatkan
lagi pembangunan kapasiti, kemahiran kepakaran dalam bidang
18
profesion kesihatan termasuk kejururawatan semata-mata bagi
meningkatkan lagi perkhidmatan dan penjagaan kesihatan yang lebih
mantap, berkualiti, efisien dan efektif di negara ini.
21. Dalam pada itu, seperti mana kita sedia maklum, Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam sangat prihatin dan pemedulian
terhadap kepentingan profesional Kejururawatan dalam
menyumbang kepada memantapkan dan mengukuhkan lagi
perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini di samping peranan
dan sumbangan dari pelbagai profesional kesihatan seperti
profesion Kedoktoran, Allied Health Professional dan lain-lain. Ini
jelas terbukti dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
yang telah memperkenankan Skim Perkhidmatan Kejururawatan
yang baru yang mula berkuatkuasa pada 22 Mei 2013.
22. Skim Perkhidmatan Kejururawatan yang baru ini
merupakan satu pengiktirafan kepada perkembangan dan
kemajuan profesion kejururawatan di negara ini yang
mana jika ditanda-aras (benchmark) dengan pihak serantau
dan antarabangsa, ianya adalah sebanding dan malahan
juga boleh dikategorikan dalam peringkat yang lebih baik.
Kewujudan dan pengiktirafan Jururawat Praktisioner diperkenalkan
melalui Skim Perkhidmatan Kejururawatan baru ini juga dapat
membantu meningkatkan lagi kualiti penjagaan kesihatan secara
19
menyeluruh di negara ini. Praktisioner Kejururawatan dalam Skim
ini merangkumi kepakaran dalam bidang perubatan, perbidanan,
paramedik, kesihatan mental, kesihatan masyarakat, pergigian dan
lain-lain.
Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
23. Kerjaya kejururawatan merupakan profesion yang dinamik dan
mencabar apatah lagi dalam melalui arus perkembangan pesat dunia
perubatan dengan pertumbuhan teknologi baru yang serba canggih
dan juga kita membuat kesiapsiagaan dalam menangani penyakit-
penyakit kronik yang tidak berjangkit di samping penyakit-penyakit
berjangkit baru dan yang muncul semula. Oleh yang demikian,
para Jururawat tidak dapat lari dari mengikuti
perkembangan ini dan berterusan perlu meningkatkan
kecekapan, kesepaduan, proaktif, berinovasi dan
menunjukkan semangat kerja berpasukan yang mantap,
mempunyai disiplin tinggi
dalam semua aspek amalan kejururawatan bagi
menunjukkan kecemerlangan serta sentiasa penuh
kesabaran dan siapsiaga menghadapi pelbagai cabaran
masa kini dan mendatang.
20
24. Dalam suasana di mana para Jururawat di seluruh dunia kini mula
tampil ke hadapan dalam menghasilkan kaedah-kaedah baru dan
inovatif untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, maka para
Jururawat di negara ini seharusnya juga peka dan tidak
ketinggalan tetapi terus maju kehadapan untuk turut
berusaha membuat pembaharuan dan inovasi semata-
mata bagi menyumbang kepada mengukuhkan sistem
penjagaan kesihatan di negara ini. Perubahan serta
kaedah-kaedah baru ini dapat digunakan dari model
amalan-amalan terbaik dan juga hasil dari penemuan
kajian-kajian yang terbukti mendatangkan kesan yang
positif lagi efektif.
25. Saya penuh percaya dan berkeyakinan dari oleh-oleh
persidangan ini akan berupaya meningkatkan imej dan
martabat profesionalisme kejururawatan yang boleh
menambah lagi kepercayaan dan keyakinan pesakit dan
orang ramai terhadap perkhidmatan yang diberikan
sekaligus mengukuhkan lagi perkhidmatan kejururawatan
yang lebih berkualiti, efisien, efektif dan cemerlang.
26. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas kepada
Pengerusi Bersama dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis kerana dapat
mengungkayahkan persidangan yang julung-julung kali diadakan ini
dengan jayanya yang sangat mendatangkan manfaat khususnya
kepada profesion kejururawatan dan peserta persidangan ke arah
21
penyerapan dan penghayatan konsep Melayu Islam Beraja dalam
profesion kejururawatan dan bidan. Ini sudah setentunya akan
dapat menyumbangkan lagi kepada memantapkan perkhidmatan
kejururawatan dalam memberikan bantuan dan pertolongan
khususnya kepada pesakit-pesakit ke arah mengukuhkan dan
meningkatkan lagi sistem penjagaan dan perkhidmatan kesihatan di
negara ini.
27. Akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa kehadrat Allah
Subhanahu Wata’ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam akan sentiasa dikurniakan taufik, inayah dan hidayah
dalam memerintah dan memimpin Negara Brunei Darussalam ke
mercu kecemerlangan, kegemilangan, kemajuan, kesejahteraan,
keamanan dan kemakmuran serta kekal qarar di atas takhta
singgahsana Kerajaan Negara Brunei Darussalam serta dalam
perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala jua dan sentiasa dalam
kandungan sihat wal’afiat dan kebahagiaan.
28. Dalam kesempatan ini, saya juga berdoa kehadrat Allah Subhanahu
Wata’ala semoga kesemua Jururawat dan Bidan di negara ini akan
sentiasa dikurniakan taufik dan hidayah serta pahala yang sebaik-
baiknya atas sumbangan dan khidmat bakti biskita sekalian dan
seterusnya sentiasa berada dalam kandungan sihat wal’afiat dan di
dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala bagi meneruskan
perjuangan dalam menjalankan tugas dan amanah yang telah
22
dipertanggungjawabkan kepada masyarakat dan negara. Semogalah
khidmat bakti dan sumbangan yang dicurahkan dalam perkhidmatan
akan diterima sebagai ibadah, dikurniakan rahmat dan diberkati
serta diredhai oleh Allah Subhanahu Wata’ala.
30. Dengan bertawakal ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala dan dengan
mendahulukan kalimah , selawat serta salam ke atas
junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam,
saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Kebangsaan
Kejururawatan dengan tema “Melayu Islam Beraja
Memperkukuhkan Perkhidmatan Kejururawatan”.
Sekian.