18
1 UE01402: UNIT 5: SENI CATAN Bidang : Sejarah Seni Visual Skop : Sejarah Seni Moden Malaysia* KELAHIRAN SENI LUKIS MODEN MALAYSIA Secara umumnya, terdapat tiga faktor penting yang telah mempengaruhi perkembangan awal seni lukis moden Malaysia, iaitu penjajahan Inggeris, penghijrahan ‘bangsa dagang’ dan status pendidikan. Kelahiran seni lukis moden Malaysia berkaitan dengan proses pemodenan negara. Pemodenan sering kali juga dilihat sebagai suatu proses pembaratan. Bahagian ini berhasrat memberi suatu gambaran umum tentang faktor-faktor awal yang telah mempengaruhi perkembangan stail seni lukis moden Malaysia serta menghubungkannya dengan fenomena pemodenan atau pembaratan. LATAR BELAKANG SEJARAH Kehadiran para pelukis dari China pada tahun-tahun 1930-an telah mencetuskan suasana berbeza dalam arena seni lukis moden Malaysia. Dengan terbentuknya Akademi Seni Halus Nanyang di Singapura pada tahun 1938, para pelukis ini telah memainkan peranan besar dalam memperkayakan stail catan tempatan dengan menggabungkan ciri-ciri Timur dan Barat, di samping membentuk asas pendidikan seni di negara ini. Di samping itu, sistem pendidikan Inggeris juga memainkan peranan penting dalam proses pembaratan. Sejak tahun-tahun 1830-an, sekolah-sekolah yang bertunjangkan penyebaran ajaran agama Kristian telah diperkenalkan, di samping sekolah-- sekolah Inggeris yang dibentuk kerajaan bagi menyediakan tenaga kerja pengurusan dan perkeranian bawahan dalam sektor pentadbiran kerajaan. Menerusi sekolah-sekolah seperti inilah pengetahuan tentang sejarah, perundangan serta nilai- nilai budaya Inggeris diperkenalkan kepada para pelajar, guna membina sikap ketaatan kepada pemerintah (T. K. Sabapathy dalam Piyadasa, 1994: 23). Sistem pendidikan yang disebut terbina atas dasar-dasar saintifik dan empirikal itu diperkatakan telah menggalakkan para pelajar untuk menangani ilmu pengetahuan dan sudut yang lebih pragmatik, analitik, dan individualistik; berbeza daripada pandangan hidup masyarakat tradisional. Pendekatan seni lukis yang bersandar kepada individualisme, ekspresif serta naturalistik daripada sisitem pendidikan tersebut menjadi landasan kepada lahirnya pendekatan kebaratan sejak awal abad ke-20. Tidak seperti seni moden Barat yang berkembang menerusi tradisi seni arca, fresco, dan catan, seni lukis moden

Ue01402 Seni Moden Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kesenian

Citation preview

Page 1: Ue01402 Seni Moden Malaysia

1

UE01402: UNIT 5: SENI CATAN Bidang : Sejarah Seni Visual Skop : Sejarah Seni Moden Malaysia* KELAHIRAN SENI LUKIS MODEN MALAYSIA Secara umumnya, terdapat tiga faktor penting yang telah mempengaruhi perkembangan awal seni lukis moden Malaysia, iaitu penjajahan Inggeris, penghijrahan ‘bangsa dagang’ dan status pendidikan. Kelahiran seni lukis moden Malaysia berkaitan dengan proses pemodenan negara. Pemodenan sering kali juga dilihat sebagai suatu proses pembaratan. Bahagian ini berhasrat memberi suatu gambaran umum tentang faktor-faktor awal yang telah mempengaruhi perkembangan stail seni lukis moden Malaysia serta menghubungkannya dengan fenomena pemodenan atau pembaratan. LATAR BELAKANG SEJARAH Kehadiran para pelukis dari China pada tahun-tahun 1930-an telah mencetuskan suasana berbeza dalam arena seni lukis moden Malaysia. Dengan terbentuknya Akademi Seni Halus Nanyang di Singapura pada tahun 1938, para pelukis ini telah memainkan peranan besar dalam memperkayakan stail catan tempatan dengan menggabungkan ciri-ciri Timur dan Barat, di samping membentuk asas pendidikan seni di negara ini. Di samping itu, sistem pendidikan Inggeris juga memainkan peranan penting dalam proses pembaratan. Sejak tahun-tahun 1830-an, sekolah-sekolah yang bertunjangkan penyebaran ajaran agama Kristian telah diperkenalkan, di samping sekolah--sekolah Inggeris yang dibentuk kerajaan bagi menyediakan tenaga kerja pengurusan dan perkeranian bawahan dalam sektor pentadbiran kerajaan. Menerusi sekolah-sekolah seperti inilah pengetahuan tentang sejarah, perundangan serta nilai-nilai budaya Inggeris diperkenalkan kepada para pelajar, guna membina sikap ketaatan kepada pemerintah (T. K. Sabapathy dalam Piyadasa, 1994: 23). Sistem pendidikan yang disebut terbina atas dasar-dasar saintifik dan empirikal itu diperkatakan telah menggalakkan para pelajar untuk menangani ilmu pengetahuan dan sudut yang lebih pragmatik, analitik, dan individualistik; berbeza daripada pandangan hidup masyarakat tradisional.

Pendekatan seni lukis yang bersandar kepada individualisme, ekspresif serta naturalistik daripada sisitem pendidikan tersebut menjadi landasan kepada lahirnya pendekatan kebaratan sejak awal abad ke-20. Tidak seperti seni moden Barat yang berkembang menerusi tradisi seni arca, fresco, dan catan, seni lukis moden

Page 2: Ue01402 Seni Moden Malaysia

2

Malaysia lahir menerusi eksplorasi untuk mencari pendekatan baru dalam menggambarkan alam sejagat. Syed Ahmad Jamal menulis bahawa ketiadaan tradisi bergambar yang hebat telah menyebabkan seni lukis Malaysia bebas daripada sebarang penyekatan. Kebebasan menjadi faktor tersirat yang memungkinkan para seniman begitu asyik dengan usaha untuk membebaskan mereka daripada sesetengah batasan lama. Sejarah seni lukis moden Malaysia dikatakan bermula pada awal sekitar tahun 1930-an menerusi karya-karya Abdullah Ariff, Yong Mun Sen, 0. Don Peris dan pelukis-pelukis cat air Pulau Pinang yang lain. Kumpulan perintis ini telah memperkenalkan pendekatan stail yang baru dalam tradisi visual tempatan dengan menggunakan kaedah seni catan easel Barat untuk mempersembahkan subjek mereka. Sebelum ini, seni visual Malaysia dikuasai oleh penghasilan karya-kanya seni tradisional seperti ukiran kayu, batik, tenunan dan anyaman. Berbeza daripada kesenian tradisional yang secara umumnya bersifat abstrak dan simbolik, golongan perintis seni moden Malaysia menggambarkan alam sejagat menerusi representasi figuratif. Perubahan stail dan konsep karya seni ini merupakan titik peralihan menandakan kelahiran seni lukis moden di negara ini. Oleh sebab karya seni moden Malaysia menerima inspirasinya daripada tradisi Barat melalui penjajahan, penghijrahan dan sistem pendidikan, maka tidak hairanlah jika sesetengah penulis menyifatkannya sebagai manifestasi kebudayaan Barat serta penjajahan intelektual ke atas seni lukis Malaysia (Sulaiman Esa, 1993). Namun begitu, kenyataan ini kemudiannya disangkal apabila para pelukis Malaysia turut menimba inspirasi daripada kesenian tradisional dengan menampilkan motif-motif kesenian tradisi dan Islam dalam karya mereka, seperti seni khat, batik, ukiran kayu dan seni bina. Meskipun karya para pelukis seperti Syed Ahmad Jamal dan Abdul Latiff Mohidin pada tahun-tahun 1960-an berbau Ekspresionisme dan Abstrak-Ekspresionisme, mesej serta subjek mereka tetap bersifat tempatan. ini jelas ketara dalam catan Syed Ahmad Jamal berjudul “Tulisan” (1961) yang bermotifkan seni khat dan karya Latiff dalam siri “Pago pago” yang memujaradkan imejan kedaerahan. Pencarian identiti nasional yang tercetus ekoran daripada Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971, serta kebangkitan Islam pada dekad 1980-an telah memperkukuhkan penampilan elemen-elemen kesenian tradisional dan Islam dalam karya-karya seni moden tempatan. ini sekali gus menghubungkan seni moden Malaysia dengan kesenian tradisionalnya.

Page 3: Ue01402 Seni Moden Malaysia

3

Abdul Latiff Mohidin, 1964. “Pago-Pago, Cat Minyak, 100 x 1003 cm

KESIMPULAN Sejarah menunjukkan bahawa penjajahan, penghijrahan serta sistem pendidikan Barat memainkan peranan penting dalam mencetuskan stail seni lukis moden di Malaysia. Karya-karya seni moden yang berbeza daripada konvensi ekspresi artistik seni tradisi di negara ini dikembangkan dan diteruskan oleh para pelukis secara berkumpulan mahupun individu. Justeru itu, pengkajian terhadap perkembangan stail seni lukis moden Malaysia perlu mengambil kira stail sesebuah kumpulan, pelukis secara individu, serta meletakkannya pada konteks serta ruang waktunya.

RUJUKAN Andaya, B. W., dan Andaya, L. V., 1982. A H/story of Malaysia. London: Macmillan Press. Greenberg, C., 1965. “Modernist Painting” dim. Frascina, F., dan Harrison, C. (eds.), 1982. Modern Ait and Modernism: A Critical Anthology. London: Paul Chapman Publishing Ltd. Hunter, S., dan Jacobus, 1., 1985. Modern Art. New York: Harry N. Abrams. Muliyadi Mahamood, 1997. “Malay Editorial Cartoons: The Development of Style and Critical Humour.” (Tesis Ph.D, University of Kent at Canterbury, Kent, England). Redza Piyadasa, 1981. The Treatment of the Local Landscape in Modern Malaysian Art, 1930-1981. Kuala Lumpur: National Art Gallery. Redza Plyadasa, 1994. “On Origins and Beginnings” dlm. Vision and Idea: Relooking Modern Malaysian Art. Kuala Lumpur: National Art Gallery, hirr.15-48 Syed Ahmad Jamal, 1987. SeniLukis Malaysia 57-87). Kuala Lumpur: National Art Gallery. Ungku Maimunah Mohd Tahir, 1998 Antara Kampung dan Kota: Rural Bias in the Novels of Shahnon Abmad. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 4: Ue01402 Seni Moden Malaysia

4

Wharton, D. D., 1971. Contemporary Artists of Ma/aysia : A Biograohic Survey. Union Cultural Organization Sdn. Bhd. Yeoh Jin Leng, 1997 “Pioneer Art Groups of the 50s and 60s dlm. The Pioneering Spirit (Katalog Pameran). Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, hlm.24-37. Zulkifli Mahmud, 1979. Warta Malaya; Penyambung Lidah Bangsa Melayu l930-1941. Bangi: Jabatan Sejarah UKM.

Page 5: Ue01402 Seni Moden Malaysia

5

Kuliah 2 Bidang : Sejarah Seni Visual Skop : Sejarah Seni Moden Malaysia Pelukis-pelukis Cat Air Pulau Pinang. Penglibatan aktif para pelukis cat air Pulau Pinang pada dekad 1930-an sehingga selepas perang, membuka tirai perkembangan seni lukis moden Malaysia. Mereka terdiri daripada Abdullah Ariff, Yong Mun Sen, Tay Hool Keat, Kuo Ju Ping dan Khaw Sia. Beberapa faktor yang meletakkan mereka sebagai perintis termasuklah kecergasan mereka berkarya dengan mencuba pendekatan-pendekatan baru dalam suatu bidang yang sebelum ini dikuasai oleh Inggeris. Karya mereka yang naturalistik berbeza daripada karya-karya seni tradisi yang secara umumnya bersifat abstrak dan simbolik. Perbezaan stail dan pendekatan daripada kesenian tradisi itulah maka mereka boleh disifatkan sebagal perintis seni catan moden Malaysia. Pelukis-pelukis cat air Pulau Pinang melahirkan kecenderungan terhadap seni lukis moden berdasarkan kepada pengucapan bahasa visual yang didorong oleh keinginan sendiri serta penggunaan bahan berkarya yang baru. Sebelumnya, kegiatan seni lukis negara ini lebih tertumpu dan dirujuk kepada kegiatan seni tradisi seperti ukiran, seni bina, tenunan dan anyaman. Pengertian seni moden itu juga lahir berasaskan pengolahan tampak mereka yang bersifat non tradisi, bagaikan pelukispelukis Impresionisme yang dianggap sebagal perintis seni lukis moden Barat dengan menolak idea romantik serta fahaman seni akademik. Namun begitu, kelahiran karya cat air mereka di negara ini bukanlah satu garis pemisah antara kesenian tradisi dengan seni moden, kerana pertalian masih tetap terukir khususnya dalam subjek dan motif karya terutamanya dalam dekad 1980-an hingga 1990-an. Dalam konteks seni lukis dunia sekalipun pertalian itu tetap ada, misalnya menerusi karya-karya pelukis Kubisme yang memperoleh inspirasi mereka daripada kesenian peribumi Afrika. Latar Belakang Kumpulan Pelukis-pelukis cat air Pulau Pinang mempunyai pelbagai latar belakang. Pada awal 1930-an tidak terdapat satu pun kumpulan pelukis tempatan dan mereka ini berkarya secara berasingan. Namun begitu, ketika itu terdapat sekumpulan pelukis Eropah yang aktif dikenali sebagal Penang Impressionists yang terdiri kebanyakannya daripada suri rumah tangga Inggeris. walau pun pelukis-pelukis tempatan tidak berpeluang menyertai kumnpulan tersebut namun pameran-pameran yang dianjurkan oleh kumpulan itu dapat dikunjungi mereka (Redza Piyadasa, 1983: 7). Kunjungan ke pameran seperti ini sudah tentu memberikan inspirasi-inspirasi baru kepada para pelukis tempatan dalam berkarya. Ini merupakan antara faktor terawal yang mewujudkan pengaruh stail Barat dalam catan moden tempatan. Pada peringkat awal, antara pelukis dari Pulau Pinang yang aktif ialah Yong Mun Sen, seorang jurugambar dan juga pelukis

Page 6: Ue01402 Seni Moden Malaysia

6

sepenuh masa, serta tiga orang guru yang terdiri daripada Abdullah Ariff, Kuo Ju Ping dan Tay Hooi Keat. Pada tahun 1936, Tay Hooi Keat telah menemui Yong Mun Sen lantas menjalin ikatan persahabatan yang erat. Kedua-duanya sering berkarya bersama, membuat lakaran-lakaran di luar rumah. Menerusi aktiviti seperti inilah terhasilnya jalinan antara mereka. Sebagai reaksi terhadap Penang Impressionists, mereka bersama-sama beberapa pelukis lain seperti Kuo Ju Ping dan Lim Cheng Ean telah menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang pada tahun 1936. Ahli-ahli kelab tersebut terpengaruh dengan unsur-unsur romantik Penang Impressionists serta catan landskap Cina. Kedatangan Jepun serta meletusnya Perang Dunia Kedua telah ‘mematikan’ kelab tersebut. Sementara itu, Abdullah Ariff pula telah diterima menganggotai Penang Impressionists pada pertengahan tahun 1930-an kerana perkhidmatannya sebagai pengajar seni amat diperlukan. Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1928 itu dibubarkan sebelum perang dunia kedua bermula. Stail, Tema, Subjek dan Pengolahan Karya Para pelukis cat air Pulau Pinang begitu cenderung merakam keindahan pemandangan alam tempatan. Justeru itu cat air menjadi media yang paling wajar, sesuai dengan penciptaan lakaran-lakaran luar yang spontan. Cat air mudah diolah menerusi pelbagai teknik dan kaedah seperti teknik wash, cair serta penindanan warna. Sifatnya yang mudah kering juga sesuai untuk aktiviti berkarya di luar rumah. Di samping itu, kemudahan mendapatkannya menjadikan cat air sebagai bahan pengucapan tampak yang cukup popular ketika itu, meskipun sudah terdapat pelukis-pelukis yang menggunakan cat minyak. Namun begitu, penggunaan cat minyak kemudiannya menjadi Iebih popular apabila pelukis-pelukis tempatan menerima pendidikan seni secara formal di sekolah-sekolah dan institusi-institusi seni lukis. Penerokaan terhadap media baru dalam berkaryà menjadi aktiviti asas yang memenuhi sifat-sifat dasar seni lukis moden. Meskipun cat air begitu popular pada dekad 1930-an, pengolahannya tetap berbeza di tangan pelukis yang berlainan. Di samping karya-karya bertemakan landskap yang merakam keindahan pemandangan alam tempatan, para pelukis cat air Pulau Pinang turut melukiskan aktiviti harian masyarakat ketika itu. Misalnya para petani di sawah dan di ladang kelapa, ataupun tukang besi dan tukang jahit di kaki-kaki lima. Ini dapat dihayati menerusi karya-karya Abdullah Ariff berjudul “Coconut Plantation-Dawn” (1948) dan “Bumi Bahagia - Lombong Bijih Malaya” (1960) serta karya-karya Yong Mun “Drying Nets” (1940) dan “Membaiki Baju” (1948). Kedua-dua tema ini mampu menjadi dokumen budaya tentang kehidupan masyarakat sezaman.

Page 7: Ue01402 Seni Moden Malaysia

7

Abdullah Ariff, 1948, “Coconut Plantation-Dawn, Cat air, 38 x 56 cm

Perhubungan stail atau gaya cat air Pulau Pinang dengan stail Barat tercetus menerusi penghayatan pelukis terhadap karya--karya Penang Impressionists dan pita-pita fotografi Pulau Pinang yang dihasilkan oleh para pelukis tentera British abad ke-19 yang dipamerkan di hotel-hotel dan di beberapa sekolah ketika itu. Sementara itu, fakta lain menyebut bahawa pengaruh Inggeris terhadap tema landskap itu wujud menerusi lakaran cat air dan cetakan akuatin pelukis Inggeris sewaktu keagungan kuasa Syarikat Hindia Timur Inggeris di Asia Tenggara. Kemudahan pengangkutan laut berkuasa wap membolehkan para pelukis Inggeris datang ke Tanah Melayu dan membuat lakaran pemandangan kehidupan tropika yang menarik di Melaka, Pulau Pinang dan pantai-pantai yang mereka singgahi. Karya-karya tersebut dihasilkan antara tahun 1786 hingga 1824 (Mohamed Ali Abdul Rahman, 1990: 3). Bagi Abdullah Ariff yang menganggotai Penang Impressionists, sudah tentu keanggotaannya itu memberi beliau peluang lebih besar untuk mengenali dan menghayati karya-karya pelukis Barat. Hasilnya, unsur-unsur impresionis seperti rakaman kesan cahaya dan bayang jelas tergambar dalam karya-karyanya yang boleh dihubungkan dengan stail Renoir dan Pissarro. Di samping penghayatan terhadap karya-karya Barat, unsur--unsur romantis dalam cat air Pulau Pinang jelas berhubungan dengan tradisi catan landskap Cina. Pertalian jelas wujud menerusi kespontanan sapuan berus yang dapat dikaitkan dengan seni kaligrafi, salah satu cabang kesenian terpenting bagi masyarakat Cina. Malahan, sapuan berus menjadi satu prinsip penting yang mampu menyalurkan getaran rohani atau getaran perasaan pelukis dalam berkarya sebagaimana menurut pendapat Hsieh Ho (seniman Cina abad ke-6) dalam kajiannya Ku Hua P’in Lu (Old Record of the Classifications of Painters). Sapuan berus merupakan elemen terpenting dalam prinsip-prinsip menghayati catan landskap yang terbit menerusi perkataan shan-shui bermaksud gunung dan air; dua unsur alam yang terpenting. Tambahan pula, sewaktu keagungan catan landskap Cina dalam pemerintahan Dinasti Sung Selatan (1128-1279), karya-karya seniman ketika itu seperti Hsia Kuei, Ma Yuan dan Ma Lin berkembang ke arah romantik menggambarkan keindahan ibu kota Hangchow. Menghayati karya-karya yang kelihatan sayup, redup dan indah itu mengundang penglahiran rasa sayu dan kesedihan. Unsur-unsur formal dalam karya-karya seperti ini terpercik ke dalam karya-karya~pelukis cat air Pulau Pinang berketurunan Cina. Selain itu, kesedaran terhadap tema landskap dan alam sejadi telah wujud dalam kesenian tradisional seperti batik dan seni ukir. Apa yang

Page 8: Ue01402 Seni Moden Malaysia

8

berbeza ialah nilai estetik, pengolahan visual serta falsafahnya. Perhubungan stail landskap Abdullah Ariff dengan Impresionisme jelas tergambar menerusi kepekaannya menangkap kesan cahaya dan bayang. Karya-karyanya seperti “Coconut Plantation-Dawn” (1948), “Sinar Mentari di Denai Hutan” (1956) dan “Kerbau” (1956) memperlihatkan bagaimana perbezaan cahaya yang ketara mewujudkan kesan ruang. Warna-warna gelap memenuhi bahagian latar hadapan sementara cahaya cerah menguasai latar belakang. Pengolahan ruang menggunakan tona warna yang mewujudkan kesan-kesan kekabusan itu dikenali sebagai perspektif atmosfera atau atmospheric perspective. Di samping itu, Abdullah Ariff turut memperincikan imejan-imejan di bahagian hadapan dengan sapuan-sapuan berus yang berhati-hati dan berdisiplin. Dalam “Coconut Plantation-Dawn”, ruang bukan hanya digambarkan menerusi perubahan cahaya, tetapi turut diolah melalui imejan-imejan pokok kelapa yang berfungsi sebagai garis-garis menegak. Pengolahan komposisi yang berdisiplin ini melukiskan kepintaran dan kepekaan Abdullah Ariff terhadap elemen-elemen visual serta prinsip-prinsip seni lukis. Perspektif yang terbentuk menerusi petak-petak sawah serta jalan dalam “Kerbau” (1956) pula dapat dihubungkan dengan karya-karya Pissarro, pelukis impresionis Perancis yang sering kali merakamkan ruang menerusi arah jalan yang menuju ke latar belakang catan. Kespontanan sapuan berus dalam karya-karya Yong Mun Sen, Khaw Sia dan Tay Hooi Keat pula dapat dihubungkan dengan stail catan landskap Cina yang bertalian dengan kaligrafi. Kespontanan melukiskan kesungguhan, keyakinan, pengaliran jiwa dan penglibatan total pelukis dalam berkarya. Ciri-ciri ini dapat dihayati dalam karya Yong Mun Sen seperti “Rumah Atap di Tepi Laut” (1960) dan “Drying Nets” (1940), karya Tay Hooi Keat seperti “Fishing, Tanjung Bungah” (1947) serta karya Khaw Sia “Breezy Day” (tidak bertarikh). Karya-karya tersebut tidak mementingkan keterperincian objek atau bentuk, sebaliknya menumpukan kepada kesan alunan serta pergerakan sapuan berusnya. Kespontanan sapuan berus terbentuk menerusi bantuan media yang bersifat basah serta cair, mengasyikkan apabila diolah dalam membentuk kesan-kesan visual yang dramatik. KESIMPULAN Karya para pelukis cat air Pulau Pinang menyarankan sumber--sumber serta asas-asas awal perkembangan seni catan moden Malaysia. Kecenderungan terhadap stail catan Barat dan catan landskap Cina tercetus menerusi kepelbagaian aspek dalam kebudayaan yang merangkumi bidang sejarah, politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Dalam masa yang sama, karya-karya itu sendiri menjadi dokumentasi zaman yang cukup berharga dalam mencerminkan rasa kecintaan, keindahan dan keharmonian pemandangan alam tempatan, corak kehidupan dan budaya yang belum tercemar kuat oleh arus pemodenan. Karya-karya yang indah itu turut melukiskan sensitiviti pelukis tempatan terhadap nilai-nilai estetik dalam pengucapan visual. Media

Page 9: Ue01402 Seni Moden Malaysia

9

cat air yang menjadi wadah penyalur kepekaan seniman itu terus popular sehingga ke hari ini dalam merakamkan tema-tema serupa di celah-celah kehebatan penerokaan pelbagai media yang memenuhi sifat-sifat dasar seni lukis moden. RUJUKAN Hunter, Sam dan Jacobus, John. Modern Art. New York: Harry N.Abrams, Inc., 1985. Mohamed All Abdul Rahman. “Pemandangan Malaysia (Katalog).Kuala Lumpur: Balal Seni Lukis Negara, 1990. Redza Piyadasa. “Pameran Retrospektif Tay Hooi Keat” Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, 1983.

Redza Plyadasa. “Pengolahan Landskap Tempatan” dlm. Seni Moden Malaysia 1930-1981 (katalog). Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, 1981. Sickman, Laurence dan Soper, Alezander. The Art and Arch/tecture of China. Penguin Books, 1978. T.K. Sabapathy dan Redza Piyadasa. Modern Artists of Ma/aysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983. Wharton, Dolores D. Contemporaiy Artists of Malaysia. Union Cultural Organization Sdn. Bhd., 1971

Page 10: Ue01402 Seni Moden Malaysia

10

Kuliah 3 Bidang : Sejarah Seni Visual Skop : Sejarah Seni Moden Malaysia Catan Moden Malaysia Dari Dekad Ke Dekad

Dalam konteks sejarah seni, stail lazimnya bermaksud bentuk-bentuk bernilai yang menjadi pernyataan bermakna. Bentuk dan makna itu pula dapat dihubungkan atau menerangkan pendekatan seseorang pelukis, kumpulan ataupun masyarakat. Stail dapat menghubungkan antara seseorang pelukis dengan pelukis lain, atau pun antara satu aliran dengan aliran lain. Stail menjadi wadah berkomunikasi dan pengkajian terhadapnya berupaya menggambarkan peribadi serta pandangan pelukis mahupun kumpulan. Bagi sejarawan seni, perkara yang sering kali diambil kira dalam pengkajian stail ialah konsep waktu, ruang, perhubungan, perbezaan dan persamaan stail dengan peristiwa sejarah yang kemudiannya dihubungkan pula dengan bidang kebudayaan yang lain. Pendekatan yang diperkenalkan oleh Meyer Shapiro ini boleh menjadi asas pembicaraan stail catan moden Malaysia. STAIL CATAN MODEN MALAYSIA (A) Pelukis Cat Air Pulau Pinang Pengkajian terhadap stail catan moden Malaysia seharusnya dimulakan dengan catan para pelukis cat air Pulau Pinang yang sememangnya diketahui umum sebagai perintis dan mula aktif pada sekitar tahun 1930-an. Umumnya pelukis-pelukis ketika itu merakamkan keindahan pemandangan alam tempatan dan aktiviti masyarakat seperti pekerjaan di sawah dan ladang. Abdullah Ariff, Yang Mun Sen, Tay Hooi Keat dan Kuo Ju Ping merupakan antara para pelukis yang aktif. Jika dihayati dan segi stail, pelukis-pelukis tersebut mengamalkan teknik wash yang mampu merakamkan kesan cahaya dan bayang menerusi sapuan-sapuan berus dan warna yang spontan lagi segar. Bagi Tay Hooi Keat dan Kuo Ju Ping, unsur-unsur kespontanan ini tentulah berhubung rapat dengan latar belakang budaya mereka; misalnya tentang tradisi kaligrafi dan catan landskap Cina. Menurut Hsieh Ho (seniman Cina abad ke-6), dalam kajiannya Ku Hua Pi’n Lu, kespontanan sapuan berus yang mampu menyalurkan konsep kejujuran menjadi sebahagian daripada prinsip terpenting catan landskap Cina. Di samping itu, pendudukan Inggeris di Tanah Melayu juga memungkinkan pelukis-pelukis ini terdedah dengan stail cat air Barat yang diperkatakan oleh Piyadasa sebagal romantis. Tambahan pula, Abdullah Ariff dan Tay Hooi Keat sendiri bertugas sebagai guru sekolah Inggeris di Pulau Pinang. Sebilangan karya mereka juga boleh dihubungkan dengan stail Impresionis Perancis seperti Pissarro yang merakamkan kesan cahaya dan bayang.

Page 11: Ue01402 Seni Moden Malaysia

11

Kelembutan stail dalam cat air yang merakamkan keindahan alam tempatan itu juga mencerminkan latar belakang masyarakat Timur yang hidup penuh harmonis dilingkungi suasana persekitaran permai, yang belum tercemar oleh arus pemodenan. (B) Pelukis-pelukis Nanyang Di samping faktor pendudukan Inggeris, penghijrahan para pelukis Cina seperti Cheong Sco Pieng, Chen Wen Hsi dan Georgette Chen ke Tanah Melayu juga menyuburkan stail Barat dalam seni lukis moden tempatan. Kebanyakan daripada mereka menerima pendidikan formal seni lukis di bandar-bandar besar China seperti Shanghai dan Canton yang sekali gus mendedahkan mereka kepada kesenian Barat. Karya-karya mereka mem-perlihatkan unsur-unsur Post-Impresionisme dan Kubisme, di samping ciri-ciri kesenian Cina seperti kaligrafi dan landskap. Berbeza daripada pelukis-pelukis cat air Pulau Pinang, mereka lebih banyak menggunakan cat minyak dengan sapuan warna tebal ala impasto. Karya-karya Cheong Soo Pieng memperlihatkan pengaruh pengasas Kubisme: Picasso, misalnya menerusi imejan figura yang dipermudahkan dan bersifat geometrik ala seni topeng Afrika. Karya-karya Georgette Chen pula boleh dihubungkan dengan stail Cezanne dan Van Gogh yang terbentuk menerusi sapuan-sapuan warna tebal. Georgette Chen yang dilahirkan di Paris pada tahun 1907 menerima pendidikan seni Barat dan ini mengukuhkan lagi stail Barat dalam karya-karyanya. Ternyata stail catan moden tempatan pada tahun-tahun 1930-an itu dipengaruhi oleh faktor sejarah, sosial, ekonomi dan politik. Faktor dan stail tersebut berterusan pada tahun-tahun 1940-an dan berikutnya. Kemunculan dekad baru tidak mematikan stail yang sedia ada. (C) Wednesday Art Group Pengaruh stail seni catan Barat semakin subur pada pertengahan dekad 1950-an dengan tertubuhnya Wednesday Art Group oleh Peter Harris. Sebagai seorang pelukis Inggeris dan pendidik seni, Peter Harris menubuhkan kumpulan tersebut untuk para guru dan peminat seni lukis. Pelbagai stail dan tema wujud hasil daripada prinsip seni sebagai wadah ekspresi diri. Antaranya mereka merakamkan Iandskap, tema kedaerahan, isu sosial dan figura manusia. Gaya umum yang terdapat dalam kebanyakan karya Peter Harris, Ismail Mustam, Dzulkifli Buyong dan Patrick Ng ialah imejan figura manusia yang digayakan dan dipermudahkan, seperti figura dalam karya-karya awal Picasso (1901-1907). (D) Angkatan Pelukis Semenanjung dan Catan Batik Dalam dekad yang sama, kecenderungan terhadap seni potret yang realistik dan naturalistik wujud dalam karya-karya pelukis Angkatan Pelukis Semenanjung pimpinan Mohd. Hoessein Enas, pelukis peranakan Jawa berpendidikan akademi seni potret Indonesia. Karya-karya Hoessein Enas dan Mazli Mat Som

Page 12: Ue01402 Seni Moden Malaysia

12

khususnya mengutamakan ketepatan potret daripada elemen yang lain seperti landskap dalam menyalurkan prinsip seni sebagai wadah ekspresi nilai-nilai budaya.

Mazli Mat Som, 1961, “Menanti Nelayan”, Cat Minyak, 76 x 92 cm,

Unsur-unsur budaya dan kesenian tradisi seperti batik yang kemudiannya lahir menerusi catan-catan batik Chuah Thean Teng, Tay Mo Leong dan Khalil Ibrahim. Karya-karya yang dekoratif serta berwarna meriah itu membawa dimensi baru kepada pengucapan tampak kesenian tradisi. Kecenderungan terhadap unsur-unsur tempatan ini ada hubungannya dengan penubuhan Majlis Kesenian pada 15 April 1952. Penubuhan badan kerajaan ini bertujuan untuk memajukan pelukis, seni lukis dan kesenian yang beridentitikan Malaysia. Lanjutan dari itu tertubuhlah Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1958. Ia dapal berfungsi sebagai pusat budaya dan gedung ilmu yang mengumpul dan mempamerkan khazanah seni lukis negara. Majlis Kesenian juga menganjurkan pameran di peringkat antarabangsa seperti di Manila (1957) dan India (1962). PENGARUH EKSPRESIONISME DAN ABSTRAK EKSPRESIONISME 1960-AN Pertalian stail Barat dengan catan moden tempatan memang tidak dapat dipisahkan, khususnya pada tahun-tahun 1960-an. Pelukis-pelukis tempatan yang menuntut di luar negara terdedah kepada karya-karya pelukis Eropah dan kembali membawa bersama mereka stail Barat diterapkan dalam karya masing-masing. Kecenderungan utama pelukis-pelukis tempatan pada dekad itu lebih kepada pendekatan dan stail Ekspresionisme serta Abstrak Ekspresionisme. Antara pelukis yang terawal kembali ke tanah air dan Eropah ialah Syed Ahmad Jamal dan Tay Hooi Keat. Kanya-karya Syed Ahmad Jamal seperti “Angin Dingin” (1959) dan “Umpan” (1959) memperlihatkan pertalian awal dengan stail Abstrak Ekspresionisme, iaitu seni abstrak non geometrik yang bermula di New York selepas Perang Dunia Kedua dan kemudiannya menjadi ekspresi internasional. Karya-karya Abstrak Ekspresionis dianggap sebagai catan-catan non figuratif, antiformal, pengucapan tanpa perancangan, dinamik, bertenaga dan berteknik bebas. Ia lebih bersifat merangsang penglihatan danipada memperkenalkan imejan biasa yang menarik dan bertentangan dengan tradisi. Aliran mi sering juga disebut sebagai New York School atau Action Painting. Meskipun begitu, Syed Ahmad Jamal dalam karya-karyanya seperti “Umpan” (1959) turut menghubungkan kespontanan sapuan berusnya dengan ciri-ciri seni khat.

Page 13: Ue01402 Seni Moden Malaysia

13

Syed Ahmad Jamal, 1959, “Umpan”, cat minyak, 122 x 152 cm

Unsur-unsur Abstrak Ekspresionisme yang lazimnya terbentuk menerusi sapuan-sapuan berus ekspresif, bertenaga, dinamik dan spontan juga dapat dihayati dalam karya-karya Yeoh Jin Leng seperti “Rice Field” (1963) dan “Trenggan” (1968). Sementara itu, unsur-unsur Ekspresionisme Jerman dapat dihayati dalam karya-karya landskap Abdul Latiff Mohidin seperti “Pemandangan I” (1966). Kesunyian dalam landskap berkenaan dapat dihubungkan dengan karya-karya Edvard Munch, salah seorang perintis Ekspresionisme pada awal abad ke-20. Karya-karya Tay Hoot Keat juga memperlihatkan unsur-unsur kemujaradan, misalnya dalam “Plantscape” (1961) dan “Kapal Haji” (1966). Dalam “Plantscape”, imejan tumbuh-tumbuhan depecah-pecahkan seakan membentuk satah-satah geometrik. Kekukuhan bentuk-bentuknya dapat dihubungkan dengan stail Cezanne yang memecah bentuk-bentuk alam kepada tiga kategori asas laitu kun, selinder dan sfera. Dekad enam puluhan juga menyaksikan kemunculan pelukis ternama lain seperti Ibrahim Hussein, Joseph Tan dan Ismail Zain (sekadar menyebut beberapa contoh). Meskipun stail Ekspresionisme dan Abstrak Ekspresionisme berakar kuat dalam dekad enam puluhan, ini tidak bermakna stail-stail yang sedia ada terkubur, dan tidak pula ia mem-bantutkan kelahiran stail-stail yang baru. Menjelang akhir dekad tersebut, pelukis-pelukis tempatan mula merujuk kepada pendekatan baru dalam berkarya, misalnya menerusi stail hard-edged, pop art dan seni konseptual. Pengaruh seni antarabangsa ke atas stail catan moden tempatan tidak dapat dinafikan. Dekad tersebut menyaksikan kehadiran dan penglibatan pelukis-pelukis penting seperti Choong Kam Kow, Tang Tuck Kan dan Redza Piyadasa (sekadar menyebut beberapa contoh). KESAN KONGRES KEBUDAYAAN KEBANGSAAN TERHADAP STAIL Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang berlangsung pada 1971 di Kuala Lumpur banyak mengubah pendirian pelukis dan mempengaruhi stail catan moden tempatan dekad itu. Menerusi kongres tersebut, tiga konsep penting menjadi asas Kebudayaan Kebangsaan. Pertama, Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berasaskan kebudayaan asli rakyat rantau ini. Kedua, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan. Ketiga, Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu. Dalam ucapan perasmian kongres, YAB Tun Abdul Razak bin Hussin menegaskan bahawa,

Page 14: Ue01402 Seni Moden Malaysia

14

“Kita sesungguhnya beruntung kerana kebudayaan asli

rantau Asia Tenggara mi warisan kebudayaan purba yang bermutu tinggi, merupakan khazanah daripada tradisi tradisi yang mempunyai nilai-nilai sosial, moral dan artistik. Pada zaman lampau, tradisi mi dapat menjamin kehidupan masyarakat yang aman dan stabil di rantau ml, mahupun sewaktu mengalami penjajahan negara Barat untuk beberapa ama. Kemerdekaan menyegarkan semula kesedaran kebudayaan kebangsaan itu, istimewa bidang keseniannya. Saya ingin menegaskari bahawa dalam usaha kita hendak membentuk kebudayaan kebangsaan, kita hendaklah berhati-hati memilih unsur-unsur yang segar dan positif, mengingati latar belakang masyarakat kita yang berbilang bangsa. (Dewan Budaya, Ogos 1989: 13)

Dekad 1970-an memperlihatkan kelahiran pelbagai stail dan tema yang merujuk kepada identiti bangsa, masyarakat dan kebudayaan. Konsep ‘seni untuk seni’ mula berubah kepada konsep ‘seni untuk masyarakat’ Banyak karya yang dihasilkan merujuk kepada motif-motif tempatan seperti batik, seni ukiran dan kesenian tradisi yang lain. Syed Ahmad Jamal menampilkan ikonografi tempatan misalnya menerusi “Gunung Ledang” (1978) dan penggunaan media tradisi seperti songket. Ahmad Khalid Yusoff menjadikan seni khat dan jawi sebagal rujukannya. Manakala Syed Shaharuddin Bakeri merujuk kepada batik dan Nik Zainal Abidin pula menjadikan wayang kulit serta motif-motif ukiran perahu sebagal subjeknya. Ruzaika Omar Bassaree menjadikan unsur-unsur seni ukiran dan seni bina Melayu tradisi sebagai pengucapan tampaknya. Kedua-dua bentuk seni itu dipisahkan daripada konteks asalnya menjadi satu persembahan seni galeri. Seperkara yang jelas, unsur-unsur kesenian tradisi semakin mendapat perhatian pelukis-pelukis dekad 1970-an. Namun begitu, ini bukanlah bermakna motif-motif tradisi seperti batik, ukiran dan wayang kulit tidak pernah mendapat tempat sebelumnya, malahan sesetengah pelukis seperti Chuah Thean Teng, Nik Zainal Abidin dan Yusoff Haji Abdullah sentiasa mendukunginya sebagai subjek-subjek terpenting dalam karya-karya mereka.

Page 15: Ue01402 Seni Moden Malaysia

15

Ruzaika Omar Basaree, 1981, “Siri Dungun”, Media Campuran, 170.8 x 76 cm

Rujukan kepada motif-motif tradisi tidak mematikan pengucapan bahasa tampak yang didasarkan kepada stail seni Barat, malahan sesetengah stail seni Barat itu sendiri dapat disesuaikan untuk mengungkapkan motif dan ikonografi tempatan. Misalnya karya Anuar Rasyid “Kelahiran Inderaputera” (1978) yang berbau Futurisme, stail seni Barat yang merakamkan unsur-unsur kepantasan dan kelajuan. Kelahiran pelbagal stail juga berhubungan dengan kepulangan lebih ramai pelukis dari luar negara, kemudahan komunikasi serta kemunculan pelukis-pelukis baru khususnya dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan seperti Maktab Perguruan Ilmu Khas, Maktab Perguruan Tanjung Malim(kini UPSI), Kajian Seni Lukis dan Seni Reka ITM (kini U1TM), USM dan Institut Seni Lukis Malaysia. Pelukis-pelukis yang mengikuti pengajian seni secara formal itu terdedah kepada sejarah, pelbagai disiplin dan gaya seni yang kemudiannya mampu diolah serta disesuaikan dengan suasana tempatan. Di samping itu, usaha Balai Seni Lukis Negara menganjurkan pameran dan pertandingan Bakat Muda Sezaman pada tahun 1974, dan tahun-tahun berikutnya telah melahirkan ramai pelukis ternama seperti Ponirin Amin, Mustapha Hj. Ibrahim, Sharifah Fatimah, Fauzan Omar, Awang Damit, Jailani Abu Hassan dan Rafiee Ghani. Sumbangan mereka dalam memperkayakan stail catan moden tempatan memang tidak dapat disangkal lagi. Pada tahun 1974 juga, berlangsung Pameran Pelukis-pelukis Ekspresionis Tahun 60-an. Pameran yang memperlihatkan kekuatan stail tersebut dalam dekad enam puluhan itu disertai Abdul Latiff Mohidin, Anthony Lau, Cheong Laitong, Grace Selvanayagam, Ibrahim Hussein, Ismail Zain, Jolly Koh, Syed Ahmad Jamal dan Yeoh Jin Leng PENGARUH ESTETIKA SENI ISLAM DAN KESENIAN TRADISI Seperti pada dekad 1970-an, dekad 1980-an juga memperlihatkan kepelbagaian stail dalam dunia seni lukis tempatan di samping memuncaknya minat kepada estetika kesenian Islam. Kepelbagaian stail, antaranya lahir daripada dorongan untuk mencari suatu identiti yang mencerminkan keperibadian dan nilai-nilai bangsa, kemasyanakatan, kebudayaan dan agama. Ini

Page 16: Ue01402 Seni Moden Malaysia

16

merupakan lanjutan daripada reaksi kepada Dasar-dasar Kebudayaan Kebangsaan yang memuncak dalam dekad tujuh puluhan. Rujukan kepada estetika Seni Islam dapat dihayati dalam karya-karya Syed Ahmad Jamal, Abdul Ghafar Ibrahim, Ahmad Khalid Yusof dan Sulaiman Esa. Penggunaan unsur-unsur khat lahir dalam karya-karya mereka, sementara Sulaiman Esa menggunakan bentuk-bentuk geometrik dalam karyanya “Ke Arah Tauhid” (1984). Rujukan kepada nilai-nilai seni Islam terbit hasil daripada kepekaan dan kebangkitan positif terhadap Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Membicarakan subjek ini, Syed Ahmad Jamal menegaskan bahawa; “Dalam tradisi Islam, pelukis dan tukang dipandu oleh

prinsip yang tertentu dalam kegiatan kreatifnya. Teras kesedaran ialah ‘Tauhid’ iaitu Keesaan, akidah yang tetap teguh dalam kepercayaan kepada Allah Maha Pencipta Alam. Dalam amalannya, tiap perkara yang dilakukan oleh seseorang (pelukis) Islam yang sebenarnya dilakukan dengan penuh kesedaran darihal hakikat Alam semula jadi tidak semestinya diagung-agungkan, melainkari sebagai bahan tanpa zat. Oleh itu, pengabstrakan dapat diterima. Tetapi nilai abstrak dalam seni rupa Islam tidak ada kaitan dengan pengabstrakan dalam seni rupa Barat, di mana watak pelukis ditegaskan, meskipun dalam bentuk abstrak. Dalam seni rupa Islam, alam semula jadi tidak ditegaskan untuk menarik akal pemerhati kepada pendapat tentang kelebihan Islam”. (Al-Faruqi, Lois Lamya dalam Syed Ahmad Jamal, 1987: 41) Rujukan kepada kesenian tradisi juga dapat dilihat dalam karya dekad 1980-an, misalnya dalam karya Hashim Hassan, Fatimah Chik, Mastura Abdul Rahman, Syed Shaharuddin Bakeni dan Haron Mokhtar. Hashim Hassan menerusi karya yang bertemakan “Burung Batik” berbicara tentang keamanan, peperangan dan kemajuan teknologi menerusi pengucapan bahasa tampak batik, agak dekoratif, simbolik serta lembut, sesuai dengan peribadi Melayu. Bahasa batik juga lahir dalam karya-karya Fatimah Chik dan Syed Shaharudin. Berbeza danipada catan-catan batik Chuah Thean Teng pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an, karya mereka berdua tidak menampilkan imejan figura manusia, sebaliknya memiliki simbol-simbol yang kaya pengentiannya dengan masyarakat serantau.

Hashim Hassan, 1987, “Intruder”, arkilik, 143 x 143 cm

Meskipun kecenderungan kepada nilai-nilai estetika seni Islam dan kesenian tradisi memuncak pada dekad lapan puluhan, Ia tidak pula mematikan pertalian stail pelukis-pelukis tempatan dengan gaya seni Barat, terutamanya Ekspresionisme dan

Page 17: Ue01402 Seni Moden Malaysia

17

Abstrak Ekspresionisme. Unsur-unsur ini jelas kelihatan dalam karya-karya Yusof Ghani bertemakan “Sin Tan” dan karya-karya Awang Damit Ahmad (sekadar menyebut bebenapa contoh). Minat kepada stail begini dapat dilihat menerusi pameran dan bengkel-bengkel seni, seperti Bengkel Catan Ekspresionisme kelolaan Balai Seni Lukis Negara pada 3 hingga 10 Mac 1986, di mana seramai 20 orang pelukis Malaysia mengikuti bengkel di bawah kelolaan Guenther Winkler dari Republik Persekutuan Jerman. KEBANGKITAN SEMULA LUKISAN CAT AIR Pada 1990-an, lukisan-lukisan cat air yang popular pada dekad-dekad awal seni catan moden Malaysia kembali mendapat tempat, misalnya menerusi karya-karya Tang Tuck Kan, Khalil Ibrahim, Mansor Hj. Ghazalli, Sani Md. Dom, Tew Nai Tong, Tham Slew Inn, Wang Seng Tong dan ramai lagi. Kecenderungan kepada stail berbentuk realis dan naturalis dalam potret dan alam sejadi turut berkembang misalnya melalui karya Amron Omar, Samjis Mat Jan dan Jaafar Taib. Ini mengingatkan kita kepada persamaan pemikiran dalam dekad 1950-an menerusi karya-karya para pelukis Angkatan Pelukis Semenanjung (APS). Minat yang serupa kini berkembang di kalangan pelukis Pasar Budaya yang kebanyakannya bergantung hidup kepada seni. KESIMPULAN Stail catan moden Malaysia telah melalui pelbagal perkembangan sejak sebelum merdeka lagi. Meskipun terdapat sesuatu stail yang memuncak dan menguasai sesuatu dekad, Ia tidak pula bermakna stail tersebut pupus pada dekad yang lain. Misalnya stail Abstrak Ekspresionisme yang popular dalam dekad 1960-an tetap wujud dalam dekad lapan puluhan. Begitu jugalah kepada kecenderungan terhadap stail realis dan naturalis dalam dekad lima puluhan, kembali terbit dalam dekad 1990-an. Perubahan stail banyak berhubung dengan perubahan persekitaran dan kebudayaan, misalnya yang merangkumi masyarakat, sistem nilai, pendidikan, teknologi, ekonomi dan politik. Penghasilan lukisan-lukisan cat air pada dekad 1930-an didorong oleh kemudahan mendapatkan media tersebut serta kepekaan terhadap keindahan persekitaran, sementara kelahiran stail Barat merupakan akibat daripada penghijrahan pelukis luar dan pendidikan Barat yang diterima oleh para pelukis tempatan. Kecenderungan kepada motif-motif serta kesenian tradisi pula bersesuaian dengan latar belakang pelukis sendiri serta didorong oieh keinginan untuk mencari identiti sendiri. Jelas menunjukkan bahawa agak sukar untuk menetapkan stail milik sesuatu dekad kerana kepelbagaian stail itu sendiri. Pada hakikatnya, stail catan moden Malaysia terbentuk daripada gabungan pelbagai sumber yang datangnya dan dalarn dan luar, dan Timur dan Barat

Page 18: Ue01402 Seni Moden Malaysia

18

RUJUKAN “Kebudayaan Kebangsaan: 18 Tahun Kemudian” dlm. Dewan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Ogos 1989. Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at the Glarendon Press 1979. “Pameran Retrospektif Pelukis-Pelukis Nanyang”. Katalog Pameran Muzium Seni Negara Malaysia, 1979. Redza Plyadasa. Pengolahan Landskap Tempatan Do/am Seni Moden Malaysia 1930-81. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, 1981 Syed Ahrnad Jamal. Seni Lukis Malaysia 57-87. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, 1987 Wharton, Dolores D. Contemporary Artists of Malaysia:A Biographic Survey. Union Cultural Organisation Sdn. Bhd., 1971. * Diringkaskan dari buku Seni lukis Moden Malaysia tulisan Muliyadi Mahamod