UESA1103 Prinsip Ekonomi

Embed Size (px)

Citation preview

  • PRINSIP EKONOMI

    i Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    ISI KANDUNGAN

    RANCANGAN KERJA Halaman Hasil Pembelajaran vi Sinopsis Kursus vi Kaedah Pengajaran vi Penilaian vi Rujukan vii

    BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI 1.1 Ekonomi 1

    1.2 Kekurangan 1

    1.3 Mengapa Ekonomi suatu Sains? 2

    1.4 Mikroekonomi dan Makroekonomi 2 1.5 Pilihan dan Tukar Ganti 3 1.6 Keluk Kemungkinan Pengeluaran 4 1.7 Kecekapan lawan Keadilan 6 1.8 Tiga persoalan ekonomi yang besar 6 1.9 Sistem Ekonomi 7

    BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN 2.1 Pasaran 9 2.2 Permintaan 9 2.3 Penentu Permintaan yang Lain 10 2.4 Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran 13

    2.5 Perubahan dalam kuantiti yang diminta dan perubahan dalam permintaan 13 2.6 Penawaran 14 2.7 Penentu Penawaran yang Lain 15 2.8 Perubahan dalam kuantiti yang ditawarkan dan perubahan dalam penawaran 16

  • PRINSIP EKONOMI

    ii Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    2.9 Keseimbangan dan Ketidakseimbangan Pasaran 18 2.10 Perubahan dalam Keseimbangan 19

    BAB 3: KEANJALAN 3.1 Keanjalan 29 3.2 Keanjalan Permintaan Harga (Ed) 29 3.3 Formula-formula Keanjalan Permintaan 31 3.4 Keanjalan Berbeza-beza sepanjang Keluk Permintaan 34 3.5 Faktor-faktor yang Menentukan Keanjalan Permintaan Harga 34 3.6 Keanjalan dan Jumlah Hasil (TR) 37 3.7 Keanjalan Permintaan Pendapatan (EI) 38 3.8 Keanjalan Permintaan Harga Silang 38 3.9 Keanjalan Harga Penawaran (Es) 39 3.10 Faktor-faktor yang Menentukan Keanjalan Penawaran (Es) 42 3.11 Kegunaan Keanjalan 42

    BAB 4: CAMPUR TANGAN KERAJAAN DALAM PASARAN 4.1 Dasar Kawalan Harga 44

    4.2 Cukai Tak Langsung 47 4.3 Pertanian dan Dasar Pertanian 50

    BAB 5: LATAR BELAKANG TEORI PENAWARAN DAN UTILITI 5.1 Utiliti 53 5.2 Lebihan Pengguna 57 5.3 Utiliti Sut dan Keluk Permintaan 57 5.4 Pendekatan Ordinal 58 5.5 Kesan Pendapatan dan Penggantian daripada Perubahan Harga 60

    BAB 6: LATAR BELAKANG TEORI PENAWARAN DAN PENGELUARAN 6.1 Firma 63 6.2 Pengeluaran 63

  • PRINSIP EKONOMI

    iii Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    6.3 Hubungan antara TP, MP dan AP 65 6.4 Pengeluaran dalam Jangka Panjang 66 6.5 Isokuan dan Isokos 67 6.6 Kos dan Keuntungan 69 6.7 Kos dalam Jangka Pendek 72 6.8 Kos dalam Jangka Panjang 74

    BAB 7: STRUKTUR PASARAN 7.1 Struktur Pasaran 77 7.2 Pasaran Kompetitif Sempurna 77

    7.3 Monopoli 82 7.4 Persaingan Memonopoli 86 7.5 Oligopoli 91

    BAB 8: PENGENALAN KEPADA MAKROEKONOMI 8.1 Apakah Makroekonomi? 94 8.2 Mikroekonomi lawan Makroekonomi 94 8.3 Sebab-sebab Mengkaji Makroekonomi 95 8.4 Penunjuk Ekonomi 96 8.5 Jenis-jenis Penunjuk Ekonomi 96 8.6 Isu-isu Makroekonomi 97 8.7 Kitaran Perniagaan 101

    8.8 Objektif Makroekonomi 104 8.9 Alatan Dasar Makroekonomi 105 8.10 Komponen-komponen Makroekonomi 106 8.11 Aliran Pendapatan 106

    BAB 9: MODEL PERBELANJAAN AGREGAT 9.1 Model Keynesian atau Perbelanjaan Agregat 110 9.2 Inventori 114 9.3 Kesan Pengganda 116

  • PRINSIP EKONOMI

    iv Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    9.4 Persilangan Keynesian atau Garis 45o 116 9.5 Keseimbangan Makroekonomi 117 9.6 Perubahan dalam Keseimbangan Makroekonomi 118

    BAB 10: PENGANGGURAN 10.1 Mengukur Kadar Pengangguran 120 10.2 Kesan-kesan Pengangguran 121 10.3 Jenis-jenis dan Sebab-sebab Pengangguran 122 10.4 Dasar Kerajaan dan Kadar Pengangguran 124

    BAB 11: INFLASI 11.1 Definisi Inflasi 126 11.2 Mengukur Inflasi 126 11.3 Masalah-masalah Menggunakan CPI untuk Mengukur Inflasi 128

    11.4 Faktor-faktor yang Menyebabkan Inflasi 128 11.5 Jenis-jenis Inflasi 129 11.6 Akibat Inflasi 132 11.7 Kos-kos Inflasi 134

    11.8 Dasar-dasar untuk Mengatasi Inflasi 136

    BAB 12: BANK DAN PERBANKAN 12.1 Wang 138

    12.2 Evolusi Wang 138 12.3 Fungsi-fungsi Wang 140

    12.4 Wang dan Perbankan 141 12.5 Institusi-institusi Kewangan 141 12.6 Proses Penciptaan Wang 143 12.7 Peranan Bank Pusat 145

  • PRINSIP EKONOMI

    v Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    BAB 13: DASAR KEWANGAN DAN FISKAL 13.1 Dasar Kewangan 146 13.2 Matlamat-matlamat Dasar Kewangan 147 13.3 Operasi Pasaran Terbukan dan Dasar Kewangan 147 13.4 Kelebihan dan Kelemahan Dasar Kewangan 148 13.5 Dasar Fiskal 149 13.6 Penstabil Automatik (AS) lawan Dasar Fiskal Budi Bicara (DFP) 150 13.7 Menggunakan Dasar Fiskal Budi Bicara untuk Mempengaruhi Permintaan Agregat 151 13.8 Pengganda 152 13.9 Pengganda Belanjawan Imbangan (BBM) 154 13.10 Had-had Menggunakan Dasar Fiskal untuk Menstabilkan Ekonomi 155 13.11 Defisit, Lebihan dan Hutang Kerajaan Persekutuan 156

    BAB 14: IMBANGAN PEMBAYARAN DAN KADAR PERTUKARAN ASING 14.1 Imbangan Pembayaran 157 14.2 Akaun Semasa 158 14.3 Akaun Modal dan Kewangan 159 14.4 Kesalahan dan Ketinggalan Bersih 161 14.5 Kadar Pertukaran Asing dan Pasaran 161 14.6 Jenis-jenis Sistem Kadar Pertukaran 162 14.7 Mengapa Kadar Pertukaran Berubah Mengikut Masa? 168

  • PRINSIP EKONOMI

    vi Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    RANCANGAN KERJA Program : Diploma Eksekutif Kod Kursus : UESM 1103 / UESB 1103 / UESH 1103 / UESA 1103 Tajuk Kursus : Prinsip Ekonomi Jam Kredit : 4

    HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus ini, anda seharusnya dapat untuk: 1. Menghuraikan Teori Mikroekonomi dan Makroekonomi 2. Menghuraikan peranan kerajaan dalam mencapai keseimbangan pasaran dan keseimbangan

    pendapatan negara. 3. Membezakan teori-teori ekonomi dengan suasana pasaran semasa. 4. Mencadangkan kaedah dan keperluan bagi mencapai guna tenaga penuh

    SINOPSIS KURSUS Ekonomi dibahagi kepada dua bahagian iaitu Mikroekonomi dan Makroekonomi. Mikroekonomi adalah mengenai gelagat pengguna dan pengeluar dalam terma permintaan, penawaran, keseimbangan pasaran, teori pengeluar and struktur pasaran. Sementara, makroekonomi adalah gelagat pengguna dan pengeluar secara agregat dan peranan kerajaan dalam mencapai keseimbangan pasaran. Antara topik makroekonomi termasuklah pengiraan pendapatan negara, teori ekonomi tertutup dan terbuka, perdagangan antarabangsa, inflasi, kadar pertukaran matawang asing dan penggangguran

    KAEDAH PENGAJARAN Kuliah, kajian kes, perbincangan, tutorial dan pembentangan

    PENILAIAN Penilaian Berterusan 40%

    Peperiksaan Akhir 60% Jumlah 100%

  • PRINSIP EKONOMI

    vii Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    RUJUKAN 1. Hashim Ali (2005), Comprehensive Economics Guide for A Level. 2nd ed. Federal

    Marshal Cavendish Education. 2. Karl E. Case and Ray C. Fair (2004), Principle of Economics. 6th ed. Pearson Education

    Asia

    3. Michael Parkin (1993), Economics. 2nd ed. Addison-Wesley 4. Robert E. Hall and Marc Lieberman (2006), Economics : Principles and Applications. 3rd

    ed. Thomson, South-Western 5. Robin Bade and Michael Parkin (2004), Essential Foundation of Economics, 2nd ed.

    Pearson, Addison-Wesley.

  • PRINSIP EKONOMI

    1

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    BAB 1

    PENGENALAN KEPADA EKONOMI

    Hasil Pembelajaran Pada akhir bab ini, anda akan dapat:

    1. Memahami skop ekonomi

    2. Memahami masalah-masalah asas kekurangan, tukar ganti, dan pilihan 3. Memahami pemikiran cara ekonomi tentang bagaimana orang membuat

    keputusan pada kos margin dan lepas 4. Mengenal pasti perbezaan dalam membuat keputusan dalam tiga jenis

    sistem ekonomi yang berbeza

    1.1 Ekonomi

    Ekonomi ditakrifkan sebagai suatu sains yang ada kena-mengena dengan bagaimana pilihan dibuat untuk menghadapi kekurangan. Ia adalah tentang bagaimana sumber-sumber yang kurang diperuntukkan untuk mengeluar dan mengagihkan bahan dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad.

    1.2 Kekurangan

    Kekurangan merupakan masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh semua orang

    disebabkan sumber-sumber yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terhad. Kebanyakan faktor pengeluaran (Tanah, Tenaga buruh, Modal, dan Keusahawanan) adalah kurang kerana kehendak manusia tiada batasnya.

  • PRINSIP EKONOMI

    2

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    1.3 Mengapa Ekonomi suatu Sains?

    1.3.1 Ekonomi ialah suatu sains kerana;

    a) Model digunakan untuk menerangkan bagaimana dunia nyata yang kompleks beroperasi. Suatu model ialah pemudahan realiti ekonomi yang digunakan untuk membuat ramalan. Model digunakan untuk menerangkan teori-teori ekonomi. Teori-teori ekonomi dibina

    berdasarkan andaian. Ceteris Paribus merupakan andaian bahawa semua perkara adalah sama.

    b) Sesetengah teori ekonomi dibentuk berdasarkan eksperimen, tetapi kebanyakan daripadanya berdasarkan data dunia nyata.

    1.3.2 Ekonomi berkait dengan;

    a) Model dan pengujian teori. b) Tingkah laku dan keputusan yang dibuat oleh individu, firma,

    kerajaan, dan sektor asing untuk menghadapi kekurangan dengan memperuntukkan sumber-sumber yang kurang secara efisien bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad.

    1.4 Mikroekonomi dan Makroekonomi

    Bidang ekonomi sangat luas dan boleh dibahagikan kepada dua; Mikroekonomi dan Makroekonomi.

    1.4.1 Mikroekonomi

    Mikroekonomi berkait dengan tingkah laku individu dan firma. Dalam mikroekonomi, kita mengkaji bagaimana ejen-ejen ekonomi (individu, firma, dan kerajaan) membuat keputusan rasional. Manusia adalah rasional

  • PRINSIP EKONOMI

    3

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    kerana mereka mengejar kepentingan diri dalam keputusan mereka. Ejen-ejen ekonomi menilai kos dan faedah sebelum membuat keputusan dan hanya memutuskan jika faedah melebihi kos. Rasional juga bermaksud untuk memutuskan atau membuat pilihan yang memaksimumkan hasil seperti pengguna memaksimumkan utiliti dan firma memaksimumkan keuntungan.

    1.4.2 Makroekonomi

    Makroekonomi berkait dengan tingkah laku ekonomi secara keseluruhan. Dalam makroekonomi, kita mengkaji ekonomi pada asas agregat. Dalam makroekonomi, kita mengukur, menilai, dan menerangkan prestasi ekonomi nasional dan global. Ukuran dan masalah makroekonomi utama ialah pertumbuhan, inflasi, pengangguran, dan imbangan pembayaran.

    1.5 Pilihan dan Tukar Ganti

    Pilihan yang rasional dibuat pada margin di mana Manfaat Marginal (Marginal Benefit/MB) dan Kos Marginal (Marginal Cost/MC) ditimbang dan pilihan yang memaksimumkan hasil dipilih. Pengguna akan memilih untuk memaksimumkan utiliti dan pengeluar akan memilih untuk memaksimumkan keuntungan.

    Setiap pilihan yang dibuat melibatkan tukar ganti suatu pertukaran (melepaskan sesuatu untuk mendapatkan yang lain):

    Belajar lawan bekerja Berbelanja lawan menyimpan Kerja lawan masa lapang Pertumbuhan lawan persekitaran bersih

  • PRINSIP EKONOMI

    4

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Dalam setiap pilihan rasional yang dibuat di mana MB>MC, kos lepas (opportunity cost/OC) adalah ditanggung. OC adalah alternatif pengurangan yang terbaik dalam setiap pilihan. OC adalah termasuk nilai masa. OC memasuki kolej adalah termasuk yuran, perbelanjaan atas buku teks, bayaran letak kereta, dan gaji dikurangkan.

    Soalan: Apakah kos lepas jika mempunyai anak? Jawapan: Perbelanjaan perubatan, barang-barang bayi, waktu lapang, pendapatan kurang.

    1.6 Keluk Kemungkinan Pengeluaran (Production Possibility Curve/PPC)

    PPC ialah graf yang menunjukkan semua kemungkinan bagi kombinasi dua barang yang ekonomi mungkin hasilkan, diberi faktor-faktor pengeluaran dan teknologi sedia ada. PPC ialah sempadan antara kombinasi dua barang yang dapat dicapai dengan yang tidak dapat dicapai. PPC menggambarkan tukar ganti, Kos Lepas, Kecekapan, dan Pertumbuhan Ekonomi.

    Andaian-andaian PPC; Hanya dua barang dihasilkan

    i. Sumber-sumber digunakan sepenuhnya ii. Sumber-sumber dan teknologi adalah tetap

    Rajah 1.1: Keluk Kemungkinan Pengeluaran

    A B

    C D

    F

    E

    Barangan Y

    Barangan X

  • PRINSIP EKONOMI

    5

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Penunjuk:

    Pada PPC (A, B, D dan F): Semua kombinasi pada PPC dapat dicapai dan adalah efisien.

    Di dalam PPC (C): Semua kombinasi di dalam PPC dapat dicapai tetapi tidak efisien.

    Di atas PPC (E): Semua kombinasi di atas PPC tidak dapat dicapai. PPC boleh beranjak jika stok sumber bertambah, penambahbaikan dalam

    kualiti sumber, dan penambahbaikan dalam teknologi. Masyarakat akan mengeluar dan mengguna di luar PPC dalam jangka watu yang panjang jika berlaku sebarang daripada perubahan ini.

    Rajah 1.2: Pertumbuhan Ekonomi

    Jika PPC awal ialah AB, pertambahan dalam stok atau penambahbaikan dalam teknologi akan menganjak PPC kepada PQ, membolehkan ekonomi mengeluar dan mengguna di luar daripada PC semasa. Pengurangan dan kemerosotan stok dan kualiti sumber akan menyebabkan anjakan dalam PPC lebih dekat dengan asalan. Ini merupakan perubahan yang tidak diingini dan biasanya disebabkan oleh peperangan dan bencana semulajadi.

    Barangan Pengguna

    Barangan Modal

  • PRINSIP EKONOMI

    6

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    1.7 Kecekapan lawan Keadilan

    Kecekapan dalam ekonomi bermaksud untuk memperuntukkan sumber-sumber secara efisien bagi memaksimumkan kebajikan sosial. Ekonomi yang efisien adalah yang menghasilkan apa yang orang paling hargai dan melakukannya pada kos terendah yang mungkin. Secara lebih teknikal, perubahan yang efisien dalam peruntukan sumber-sumber adalah yang sekurang-kurangnya menjadikan sesetengah orang lebih baik tanpa orang lain menjadi lebih buruk secara potensinya. Oleh sebab kebanyakan perubahan dalam ekonomi akan menjadikan sesetengah orang lebih baik dan yang lain lebih buruk, kita harus memikirkan satu cara membandingkan perolehan dan kerugian daripada perubahan yang berlaku. Jadi, suatu perubahan dianggap sekurang-kurangnya efisien secara potensinya jika nilai perolehan yang didapati melebihi kerugian yang didapati.

    Selama beribu-ribu tahun, ahli-ahli falsafah bergelut dengan prinsip keadilan untuk membimbing keputusan sosial. Meskipun adalah mustahil mentakrifkan keadilan secara universal, pembuat dasar awam mengadili dan mengawal keadilan hasil ekonomi sepanjang masa.

    1.8 Tiga persoalan ekonomi yang besar

    Tiga persoalan ekonomi yang besar disebabkan kekurangan adalah:

    a) Apa: Apakah barangan yang dihasilkan? (pengeluaran) b) Bagaimana: Apakah sumber-sumber yang digunakan untuk menghasilkan barangan tersebut? (peruntukan) c) Siapa: Siapa yang akan dapat menggunakan barangan tersebut? (pengagihan)

  • PRINSIP EKONOMI

    7

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    1.9 Sistem Ekonomi

    Sistem Ekonomi mesti memutuskan tentang pengeluaran, peruntukan, dan pengagihan keluaran. Terdapat tiga jenis sistem ekonomi yang utama; Ekonomi Pasaran Bebas, Ekonomi Terkawal, dan Ekonomi Campuran.

    Ekonomi pasaran bebas banyak digunakan di mana keputusan tentang pengeluaran, peruntukan, dan pengagihan dibiarkan kepada pasaran. Sumber-

    sumber boleh dipunyai secara peribadi, perniagaan adalah didorong oleh keuntungan, dan rakyat bebas untuk membuat keputusan ekonomi. Hong Kong, Amerika, dan U.K. ialah contoh-contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas.

    Sistem ekonomi terkawal adalah di mana sumber-sumber dipunyai dan ditadbir secara bersama oleh perancang pusat berdasarkan matlamat bersama untuk memaksimumkan kebajikan sosial. Bekas Soviet Union dan Republik China, Korea Utara, dan Cuba ialah contoh-contoh ekonomi terkawal.

    Sistem ekonomi campuran mengadunkan yang terbaik daripada ekonomi terkawal dan ekonomi pasaran bebas. Ada kebebasan untuk mempunyai sumber-sumber, perniagaan, dan membuat keputusan tetapi kerajaan akan campur tangan apabila perlu. Kebanyakan negara mengamalkan ekonomi campuran kerana ia lebih seimbang dan kurang keterlaluan. Malaysia, Indonesia, India, China, dan banyak lagi negara merupakan ekonomi campuran.

  • PRINSIP EKONOMI

    8

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Soalan

    1. Gunakan graf PPF untuk menggambarkan tukar ganti kepada ekonomi antara menghasilkan barangan yang digunakan dengan barangan modal. Terangkan secara ringkas kenapa keluk mungkin akan menjadi cekung.

    2. Katakan perkembangan teknologi berlaku yang memberi kesan kepada pengeluaran barangan modal tetapi tidak barangan yang digunakan. Tunjukkan kesannya pada PPF.

    3. Kerajaan sepatutnya menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma kepada semua. Nilai pernyataan ini menggunakan konsep ekonomi seperti kekurangan, kos lepas, dan PPF.

    4. Apakah perbezaan antara mikroekonomi dengan makroekonomi? 5. Sistem ekonomi yang manakah paling baik?

  • PRINSIP EKONOMI

    9

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    BAB 2

    PERMINTAAN DAN PENAWARAN

    Hasil Pembelajaran Pada akhir bab ini, anda akan dapat untuk:

    1. Menerangkan permintaan dan pengaruh atas permintaan 2. Menerangkan penawaran dan pengaruh atas penawaran 3. Menerangkan bagaimana permintaan dan penawaran menentukan harga

    dalam pasaran 4. Menggunakan permintaan dan penawaran untuk menerangkan perubahan

    dalam harga dan kuantiti

    2.1 Pasaran

    Sebuah pasaran ialah sekumpulan pembeli and penjual sesuatu barangan dan perkhidmatan yang tertentu. Interaksi antara pembeli dengan penjual dalam suatu pasaran menentukan harga dan kuantiti dalam pasaran. Permintaan menggambarkan tingkah laku pembeli dalam pasaran dan penawaran menggambarkan tungkah laku penjual dalam pasaran.

    2.2 Permintaan

    Permintaan ialah kesanggupan dan kemampuan untuk membeli. Hukum

    permintaan menunjukkan bahawa harga dan kuantiti adalah terhubung secara songsang, menyebabkan yang lainnya tetap (ceteris paribus). Keluk permintaan ialah graf yang menunjukkan berapa banyak pengguna sanggup dan mampu untuk membeli pada setiap peringkat harga. Keluk permintaan menggraf perhubungan songsang antara harga dengan kuantiti. Jadual permintaan ialah jadual yang menunjukkan hubungan songsang antara harga dengan kuantiti yang diminta.

  • PRINSIP EKONOMI

    10

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Harga menentukan amaun yang pembeli sanggup untuk beli dan merupakan penentu, dan terdapat juga faktor-faktor lain yang menentukan permintaan.

    Hukum Permintaan menunjukkan bahawa harga dan kuantiti yang diminta adalah terhubung secara songsang dengan andaian ceteris paribus. Apabila ada perubahan kepada harga sesuatu barang, ia menimbulkan dua kesan; kesan penggantian dan kesan pendapatan. Keluk permintaan melereng ke bawah disebabkan kesan penggantian dan kesan pendapatan.

    Kesan penggantian ialah perubahan dalam penggunaan disebabkan perubahan dalam harga relatif. Apabila harga Coke meningkat, kuantiti Coke yang diminta berkurang kerana Coke secara relatifnya lebih mahal daripada Pepsi (ceteris paribus). Pengguna adalah lebih sanggup menggantikan dengan barang yang kurang mahal.

    Kesan pendapatan ialah perubahan dalam penggunaan disebabkan perubahan dalam kuasa pembelian apabila harga berubah.

    Contoh: Pendapatan = RM100, Harga coke = RM1 Pendapatan Sebenar = 100 coke Harga coke = RM2 Pendapatan Sebenar = 50 coke

    2.3 Penentu Permintaan yang Lain

    2.3.1 Pendapatan

    Peningkatan dalam pendapatan meningkatkan permintaan untuk barangan normal dan mengurangkan permintaan untuk barangan kurang bermutu. Pengurangan dalam pendapatan menyebabkan permintaan untuk barangan normal menurun sementara permintaan untuk barangan kurang bermutu meningkat.

  • PRINSIP EKONOMI

    11

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Barangan normal ialah barangan di mana permintaan bertambah dengan peningkatan pendapatan dan permintaan berkurang dengan pengurangan dalam pendapatan. Contoh barangan normal ialah makanan, pakaian, pendidikan, dan lain-lain.

    Barangan kurang bermutu ialah barangan di mana permintaan berkurang apabila pendapatan bertambah dan permintaan bertambah apabila

    pendapatan berkurang. Contoh-contoh barangan kurang bermutu ialah barangan terpakai seperti pakaian, telefon, buku, dan lain-lain.

    Akan tetapi klasifikasi barangan normal dan kurang bermutu adalah relatif dan bergantung kepada keadaan.

    2.3.2 Harga barangan berkaitan: Pengganti dan Pelengkap

    Harga pengganti

    Pengganti ialah barangan alternatif. Peningkatan dalam harga suatu barangan meningkatkan permintaan untuk penggantinya.

    Contoh-contoh pengganti ialah Coke dan Pepsi. Jika harga Coke meningkat, permintaan untuk Pepsi juga meningkat.

    Harga pelengkap

    Barangan pelengkap ialah barangan yang digunakan bersama. Peningkatan dalam harga suatu barangan akan mengurangkan permintaan untuk pelengkapnya. Contoh-contoh pelengkap ialah kereta dan petrol. Jika harga kereta meningkat, permintaan untuk petrol akan berkurang.

  • PRINSIP EKONOMI

    12

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    2.3.3 Citarasa

    Citarasa ialah kesukaan dan ketidaksukaan terhadap sesuatu barang. Ia merupakan elemen subjektif yang boleh mempengaruhi rancangan pengguna untuk membeli barangan dan perkhidmatan. Citarasa dipengaruhi oleh faktor-faktor bukan ekonomi seperti budaya, trend, dan iklan. Citarasa terhadap barang tersebut meningkatkan permintaan terhadapnya.

    Contoh: Trend terhadap telefon pintar dan Ipad meningkatkan permintaan terhadap barang-barang ini.

    2.3.4 Jangkaan

    Jangkaan ialah persepsi orang terhadap masa depan. Jangkaan terhadap harga dan pendapatan boleh mempengaruhi permintaan. Jangkaan yang positif terhadap harga dan pendapatan masa depan mempengaruhi permintaan secara positif dan jangkaan yang negatif mempengaruhi permintaan secara negatif. Peningkatan dalam harga dan pendapatan yang dijangka pada masa depan akan meningkatkan permintaan.

    2.3.5 Populasi dan Demografi

    Peningkatan dalam populasi akan meningkatkan permintaan terhadap kebanyakan barangan dan perkhidmatan. Perubahan demografi ialah perubahan dalam ciri-ciri populasi seperti umur dan jantina yang boleh mempengaruhi permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan.

  • PRINSIP EKONOMI

    13

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    2.4 Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran

    Permintaan individu ialah kuantiti yang diminta pada setiap peringkat harga oleh seseorang individu. Permintaan pasaran ialah permintaan oleh semua pengguna untuk barangan dan perkhidmatan. Permintaan pasaran diterbitkan dengan menjumlahkan keluk permintaan individu secara mendatar.

    2.5 Perubahan dalam kuantiti yang diminta dan perubahan dalam

    permintaan

    2.5.1 Pergerakan sepanjang keluk permintaan dan perubahan dalam kuantiti yang diminta

    Perubahan dalam harga menyebabkan kuantiti yang diminta berubah. Jika harga menurun, kuantiti yang diminta bertambah menyebabkan pergerakan sepanjang keluk permintaan. Sementara jika harga meningkat, kuantiti yang diminta berkurang menyebabkan pergerakan di bawah keluk permintaan.

    Rajah 2.1: Pergerakan sepanjang keluk permintaan

    Keluk Permintaan

    Q1 Q2 Q3

    P1

    P2

    P3

    Kuantiti

    Harga

  • PRINSIP EKONOMI

    14

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    2.5.2 Anjakan pada keluk permintaan dan perubahan dalam permintaan

    Perubahan dalam permintaan menganjak keluk permintaan. Perubahan dalam penentu permintaan akan menyebabkan keluk permintaan beranjak. Peningkatan dalam permintaan akan menganjak keluk permintaan ke kanan dan pengurangan dalam permintaan akan menganjak keluk ke kiri.

    Rajah 2.2: Anjakan keluk permintaan

    2.6 Penawaran

    Penawaran ialah kesanggupan dan kemampuan untuk menjual. Hukum penawaran menunjukkan bahawa harga dan kuantiti adalah terhubung secara positif, dan yang lainnya tetap (ceteris paribus). Keluk penawaran ialah graf yang menunjukkan berapa banyak barang seseorang penjual sanggup dan mampu jual pada setiap peringkat harga. Keluk penawaran menunjukkan hubungan positif antara harga dengan kuantiti. Jadual penawaran ialah jadual yang menunjukkan hubungan positif antara harga dengan kuantiti yang ditawarkan. Harga ialah faktor yang paling penting kepada penjual.

    Kuantiti yang diminta

    Harga

    D

    D1

  • PRINSIP EKONOMI

    15

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Hukum Penawaran menunjukkan bahawa harga dan kuantiti yang ditawarkan adalah terhubung secara positif dengan andaian-andaian ceteris paribus. Keluk penawaran mencerun ke atas kerana penjual akan sanggup menjual lebih banyak pada harga yang lebih tinggi, disebabkan keuntungan meningkat dengan harga (ceteris paribus) dan juga kos marginal (MC) meningkat apabila firma menghasilkan lebih banyak dan oleh itu, mereka hanya akan menghasilkan lebih banyak jika harga lebih tinggi. Harga ialah faktor penting yang menentukan amaun yang ditawarkan. Akan tetapi terdapat juga faktor-faktor lain yang menentukan penawaran.

    2.7 Penentu Penawaran yang Lain

    2.7.1 Harga input

    Harga input memberi kesan kepada kos pengeluaran. Peningkatan dalam harga input akan meningkatkan kos pengeluaran. Peningkatan dalam kos menjadikannya kurang untung kepada firma untuk menghasilkan lebih banyak, jadi penawaran akan menurun.

    2.7.2 Perubahan Teknologi

    Perubahan teknologi ialah perubahan kaedah pengeluaran dengan sumber-sumber yang ada. Penambahbaikan dalam teknologi meningkatkan kebolehan sesuatu firma untuk menghasilkan keluaran dengan kuantiti

    input yang diberi, dan ini akan meningkatkan keuntungan firma. Penambahbaikan teknologi meningkatkan penawaran.

    2.7.3 Harga pengganti dalam pengeluaran

    Input pengganti dalam pengeluaran ialah input yang boleh digantikan oleh input lain dalam pengeluaran. Sebagai contoh, modal boleh menggantikan

  • PRINSIP EKONOMI

    16

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    buruh dalam sesetengah pengeluaran. Peningkatan dalam upah buruh akan menyebabkan penggantian daripada buruh kepada modal yang lebih murah secara relatifnya. Contoh: ATM boleh menggantikan juruwang bank.

    2.7.4 Harga yang dijangka pada masa depan

    Jika penjual menjangka harga akan meningkat pada masa depan, penawaran semasa akan menurun supaya akan dapat dijual lebih banyak apabila harga lebih tinggi pada masa depan. Ini akan menambahkan keuntungan firma.

    2.7.5 Bilangan firma dalam pasaran

    Jika terdapat banyak firma, penawaran akan bertambah dan jika terdapat kurang firma, penawaran akan berkurang. Kemasukan firma-firma baru dalam industri meningkatkan bilangan firma yang akan meningkatkan penawaran. Apabila sesetengah firma meninggalkan industri, penawaran akan berkurang.

    2.8 Perubahan dalam kuantiti yang ditawarkan dan perubahan dalam penawaran

    2.8.1 Pergerakan sepanjang keluk penawaran dan perubahan dalam kuantiti yang ditawarkan

    Perubahan dalam harga menyebabkan kuantiti yang ditawarkan berubah. Jika harga menurun, kuantiti yang ditawarkan berkurang menyebabkan pergerakan ke bawah sepanjang keluk penawaran. Sementara jika harga meningkat, kuantiti yang ditawarkan bertambah menyebabkan pergerakan ke atas sepanjang keluk penawaran.

  • PRINSIP EKONOMI

    17

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Rajah 2.3: Pergerakan sepanjang keluk penawaran

    2.8.2 Anjakan dalam keluk penawaran dan perubahan dalam penawaran

    Perubahan dalam penawaran menganjak keluk penawaran. Perubahan dalam penentu penawaran akan menyebabkan keluk penawaran beranjak. Peningkatan dalam penawaran akan menganjak keluk penawaran ke kanan dan pengurangan dalam penawaran akan menganjak keluk penawaran ke kiri.

    Rajah 2.4: Anjakan keluk penawaran

    Keluk Penawaran

    P3

    P2

    Harga

    Pergerakan sepanjang

    Keluk Penawaran

    Anjakan ke Kanan

    Keluk Penawaran

    Q1 Q2 Q3

    P3

    P2

    P1

    Kuantiti

    Harga

    S

    S S1

    P1

    Kuantiti

    Q1 Q2 Q3

  • PRINSIP EKONOMI

    18

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    2.9 Keseimbangan dan Ketidakseimbangan Pasaran

    2.9.1 Keseimbangan

    Keseimbangan dalam pasaran berlaku apabila harga seimbang dengan perancangan pembeli dan penjual. Titik keseimbangan dicapai apabila keluk permintaan memotong keluk penawaran. Pada titik persilangan permintaan dan penawaran, harga dan kuantiti keseimbangan ditentukan.

    Harga keseimbangan ialah harga di mana kuantiti yang diminta sama dengan kuantiti yang ditawarkan.

    Rajah 2.5: Keseimbangan

    2.9.2 Ketidakseimbangan

    Ketidakseimbangan adalah apabila permintaan tidak sama dengan

    penawaran.

    Jika harga di atas keseimbangan, kuantiti yang ditawarkan adalah lebih daripada kuantiti diminta. Penawaran berlebihan akan berlaku. Kuasa pasaran akan memastikan bahawa harga akan diselaraskan secara automatik (harga menurun) untuk menghabiskan lebihan.

    P^

    Kuantiti

    Harga

    S

    D

    Q1

  • PRINSIP EKONOMI

    19

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Jika harga di bawah keseimbangan, kuantiti yang diminta adalah lebih daripada kuantiti yang ditawarkan. Kekurangan akan berlaku. Kuasa pasaran akan menyebabkan penyelarasan harga (harga meningkat) untuk menyelesaikan kekurangan.

    2.10 Perubahan dalam Keseimbangan

    2.10.1 Perubahan dalam Permintaan dan Penawaran

    Terdapat lima jenis perubahan:

    i. Peningkatan dalam permintaan akan meningkatkan harga pasaran dan kuantiti.

    Rajah 2.6: Peningkatan dalam permintaan

    Kuantiti

    Harga

    S

    D

    D1

    Q Q1

    P1

    P

  • PRINSIP EKONOMI

    20

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    ii. Pengurangan dalam permintaan akan mengurangkan harga pasaran dan kuantiti.

    Rajah 2.7: Pengurangan dalam penawaran

    iii. Peningkatan dalam penawaran akan mengurangkan harga pasaran tetapi kuantiti juga akan bertambah.

    Rajah 2.8: Peningkatan dalam penawaran

    Kuantiti

    Harga

    D2

    D1

    Q2 Q1

    P1

    P2

    Kuantiti

    Harga

    D

    Q Q1

    P

    P1

    S

    S1

  • PRINSIP EKONOMI

    21

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    iv. Pengurangan dalam penawaran akan meningkatkan harga pasaran tetapi akan mengurangkan kuantiti pasaran.

    Rajah 2.9: Pengurangan dalam penawaran

    2.10.2 Perubahan dalam kedua-dua permintaan dan penawaran

    Permintaan dan penawaran boleh berubah secara serentak disebabkan oleh keadaan pasaran yang berubah. Rajah yang berikut menunjukkan keluk permintaan dan penawaran yang meningkat serentak.

    Rajah 2.10: Perubahan dalam permintaan dan penawaran

    Apakah terjadi kepada harga dan kuantiti jika kedua-dua keluk permintaan dan penawaran beranjak pada masa yang sama? Terdapat empat

    Kuantiti

    Harga

    D

    Q2 Q1

    P2

    P1

    S

    S1

    Quantity

    Harga S1

    D1

    S2

    S3

    D3

    D2

  • PRINSIP EKONOMI

    22

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    kemungkinan di mana perubahan serentak dalam permintaan dan penawaran boleh memberi kesan kepada harga keseimbangan dan kuantiti.

    i. Permintaan dan Penawaran meningkat pada masa yang sama (P tidak tentu dan Q) Peningkatan dalam permintaan dan penawaran akan meningkatkan kuantiti tetapi kesannya atas harga adalah tidak tentu. Jika permintaan meningkat lebih daripada penawaran, harga akan meningkat. Jika

    penawaran meningkat lebih daripada permintaan, harga akan menurun.

    Rajah 2.11: Peningkatan dalam permintaan dan penawaran ii. Permintaan dan penawaran berkurang pada masa yang sama (P tidak tentu

    dan Q) Pengurangan dalam permintaan dan pengurangan dalam penawaran akan mengurangkan kuantiti tetapi kesannya atas harga adalah tidak tentu. Jika permintaan mengurang daripada penawaran, harga akan menurun. Jika penawaran mengurang daripada permintaan, harga akan meningkat.

    Rajah 2.12: Pengurangan dalam permintaan dan penawaran

    Kuantiti

    Harga

    Q1 Q2

    P1

    P2

    D

    D1

    S

    S1

    Kuantiti

    Harga

    P1

    D2

    D1

    S2

    S1

    P2

    Q1 Q2

  • PRINSIP EKONOMI

    23

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    iii. Peningkatan dalam permintaan dan pengurangan dalam penawaran (P dan Q tidak tentu)

    Peningkatan dalam permintaan dan pengurangan dalam penawaran akan meningkatkan harga tetapi kuantiti adalah tidak tentu. Jika permintaan meningkat lebih daripada penawaran berkurang, kuantiti akan bertambah. Jika penawaran mengurang daripada permintaan bertambah, kuantiti akan berkurang.

    Tunjukkan peningkatan dalam permintaan dan pengurangan dalam penawaran atas harga pasaran dan kuantiti dalam rajah di bawah.

    Rajah 2.13: Peningkatan dalam permintaan dan pengurangan dalam penawaran

    iv. Pengurangan dalam permintaan dan peningkatan dalam penawaran (P dan Q tidak tentu)

    Pengurangan dalam permintaan dan peningkatan dalam penawaran akan menyebabkan harga berkurang dan kuantiti tidak tentu. Jika permintaan meningkat lebih daripada peningkatan dalam penawaran, kuantiti akan berkurang. Jika penawaran meningkat lebih daripada permintaan berkurang, kuantiti akan meningkat.

    P^

    Kuantiti

    Harga

    S

    D

  • PRINSIP EKONOMI

    24

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Tunjukkan pengurangan dalam permintaan dan peningkatan dalam penawaran atas harga pasaran dan kuantiti dalam rajah di bawah.

    Rajah 2.14: Pengurangan dalam permintaan dan peningkatan dalam penawaran

    Jadual 2.1: Anjakan Serentak dalam Penawaran dan Permintaan Penawaran Meningkat Penawaran Berkurang

    Permintaan Meningkat Harga Tidak Tentu Kuantiti

    Harga Kuantiti Tidak Tentu

    Permintaan Berkurang

    Harga Kuantiti Tidak Tentu

    Harga Tidak Tentu Kuantiti

    Soalan

    1. Apakah hukum permintaan? Apakah pembolehubah-pembolehubah utama yang akan menyebabkan keluk permintaan beranjak? Beri satu contoh untuk setiap satu.

    2. Apakah hukum penawaran? Apakah pembolehubah-pembolehubah utama yang akan menyebabkan keluk penawaran beranjak? Beri satu contoh untuk setiap satu.

    3. Katakan harga barang pelengkap jatuh dan terdapat juga peningkatan dalam kos pengeluaran. Apakah yang mungkin berlaku kepada harga dan kuantiti?

    P^

    Kuantiti

    Harga

    D

    S

  • PRINSIP EKONOMI

    25

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    4. Katakan pendapatan meningkat, apakah yang akan terjadi kepada permintaan untuk perjalanan percutian? Kenapa?

    5. Rajah di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran untuk petrol. Pasaran asalnya pada keseimbangan titik x. Kemudian berlaku anjakan pada keluk permintaan dan/atau penawaran, yang menyebabkan perubahan dalam harga keseimbangan dan kuantiti. Ke titik keseimbangan yang manakah (a, b, c, d, e, f, g, atau h) pasaran akan bergerak dari titik x selepas setiap perubahan berikut?

    a. Peningkatan dalam kos menapis petrol. b. Tambang bas dan keretapi jatuh. c. Kejatuhan dalam harga minyak mentah dan peningkatan dalam

    harga kereta.

    d. Kenaikan cukai atas petrol dan penurunan cukai atas kereta.

    Kuantiti

    Harga S0

    D0

    S2

    S1

    D1

    D2

    A

    B

    C D

    E

    F

    G H

    X

  • PRINSIP EKONOMI

    26

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Kuantiti

    Harga

    Kuantiti

    Harga

    Anjakan ke Kiri dalam Penawaran

    Membawa kepada Keseimbangan Baru

    E1

    E2

    D1

    D2

    S

    P1

    P2

    Q1 Q2

    E1

    E2

    S1

    P1

    P2

    Q2 Q1

    S2

    D

    Anjakan ke Kanan dalam Penawaran

    Membawa kepada Keseimbangan Baru

  • PRINSIP EKONOMI

    27

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Anjakan Permintaan dan Penawaran dan Keseimbangan Pasaran 1. Peningkatan dalam Permintaan P dan Q

    2. Pengurangan dalam Permintaan P dan Q

    Kuantiti

    Harga

    E2

    E1

    S2

    P2

    P1

    Q1 Q2

    S1

    D

    Anjakan ke Kiri dalam Penawaran

    Membawa kepada Keseimbangan Baru

    Kuantiti

    Harga

    D2

    D1

    S1

    P2

    P1

    Q2 Q1 Kuantiti

    Harga

    D1

    D2

    S1

    P1

    P2

    Q1 Q2

  • PRINSIP EKONOMI

    28

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    3. Peningkatan dalam Penawaran P dan Q

    4. Pengurangan dalam Penawaran P dan Q

    Kuantiti

    Harga S1

    P1

    P2

    Q2 Q1

    S2

    D1

    Kuantiti

    Harga S2

    P2

    P1

    Q1 Q2

    S1

    D

    Kuantiti

    Harga

    D+

    D

    S+

    P1

    P*

    Q1 Q*

    S

    Kuantiti

    Harga

    D+

    D

    S+

    P1

    P*

    Q1 Q*

    S

    Kuantiti

    Harga

    D

    D+

    S+ P*

    P1

    Q1 Q*

    S

    Kuantiti

    Harga

    D

    D+

    S+ P*

    P1

    Q* Q1

    S

  • PRINSIP EKONOMI

    29

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    BAB 3 KEANJALAN

    Hasil Pembelajaran Pada akhir bab ini, anda akan dapat untuk:

    1. Mentakrifkan keanjalan permintaan harga, penawaran, harga silang, dan keanjalan permintaan pendapatan

    2. Mengira keanjalan permintaan harga, penawaran, harga silang, dan keanjalan permintaan pendapatan

    3. Mentafsir nilai-nilai keanjalan permintaan harga, penawaran, harga silang, dan keanjalan permintaan pendapatan

    4. Memahami penggunaan semua nilai keanjalan

    3.1 Keanjalan

    Keanjalan ialah ukuran keresponsifan satu pemboleh ubah kepada perubahan dalam pemboleh ubah yang lain. Terdapat banyak jenis keanjalan. Empat jenis keanjalan untuk subjek ini ialah:

    1. Keanjalan permintaan harga 2. Keanjalan permintaan pendapatan 3. Keanjalan permintaan harga silang 4. Keanjalan penawaran harga

    3.2 Keanjalan Permintaan Harga (Ed)

    3.2.1 Anjal, Tidak Anjal, dan Permintaan Unit Anjal

    Keanjalan permintaan mengukur berapa banyak kuantiti yang diminta berubah sebagai jawapan kepada perubahan dalam harga (ceteris paribus). Ia mengukur

  • PRINSIP EKONOMI

    30

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    magnitud pergerakan sepanjang keluk permintaan. Terdapat tiga ukuran keanjalan sepanjang cerun menurun keluk permintaan:

    1. Permintaan anjal: Apabila permintaan lebih responsif kepada perubahan dalam harga. Nilai Ed>1.

    2. Permintaan tidak anjal: Apabila permintaan kurang responsif kepada perubahan dalam harga. Nilai Ed

  • PRINSIP EKONOMI

    31

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    3.2.2 Kes-kes khas keanjalan permintaan: Permintaan anjal dan tidak anjal secara sempurna

    1. Permintaan anjal secara sempurna (Ed= ) Permintaan adalah anjal secara sempurna jika respons kuantiti secara tak terhingganya adalah tinggi kepada perubahan kecil dalam harga. Keluk permintaan ialah garisan mendatar apabila permintaan adalah anjal secara sempurna.

    2. Permintaan tidak anjal secara sempurna (Ed=0) Permintaan adalah tidak anjal secara sempurna apabila tiada respons pada kuantiti yang diminta apabila harga berubah. Keluk penawaran ialah garisan menegak jika permintaan adalah tidak anjal secara sempurna.

    D

    Kuantiti

    Harga

    D

    Kuantiti

    Harga

  • PRINSIP EKONOMI

    32

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    3.3 Formula-formula Keanjalan Permintaan

    3.3.1 Keanjalan permintaan titik Ed = % perubahan dalam kuantiti diminta % perubahan dalam harga = Q P Q P = Q P Q P

    Ukuran keanjalan titik Ed

    Contoh-contoh:

    1. P berkurang daripada $3 to $1 dan Q meningkat daripada 10 ke 15. Ed = Q P

    Q P = 5/10 3/-2

    = - 0.75 Nilai Ed ialah < 1, permintaan adalah tidak anjal. Maksud pekali jika Ed = 0.75 ialah 1% perubahan dalam harga menghasilkan 0.75% perubahan dalam kuantiti diminta. Dalam contoh ini, 1% perubahan dalam harga menyebabkan 0.75% pengurangan dalam kuantiti diminta.

    2. P berkurang daripada $3 to $1 dan Q meningkat daripada 10 ke 20. Ed = Q P

    Q P = 5/10 3/-2

    = - 3 Nilai keanjalan ialah Ed >1, permintaan adalah anjal.

  • PRINSIP EKONOMI

    33

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Maksud pekali jika Ed = -3 ialah 1% perubahan dalam harga menghasilkan 3% perubahan dalam kuantiti diminta. Dalam contoh ini, 1% peningkatan dalam harga menyebabkan 3% pengurangan dalam kuantiti diminta.

    3.3.2 Formula Keanjalan Perkhidmatan Titik Tengah

    Keanjalan permintaan titik tengah ialah ukuran yang lebih tepat. Kaedah titik tengah (purata) digunakan untuk mengelakkan jawapan berbeza untuk peningkatan dan pengurangan dalam harga. Formula titik tengah dijanakan dengan menggantikan harga dan kuantiti dalam formula keanjalan titik dengan harga purata (Pave) dan kuantiti purata.

    Ed = % perubahan dalam kuantiti diminta % perubahan dalam harga = Q P Qave Pave = Q Pave Qave P

    Gunakan formula titik tengah yang sama seperti contoh 1 di atas: P berkurang daripada $3 kepada $1 dan Q meningkat daripada 10 kepada 15.

    Ed = Q Pave Qave P

    = 5/12.5 2/-2

    = -0.4

    Nilainya berbeza tetapi Ed

  • PRINSIP EKONOMI

    34

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    3.4 Keanjalan Berbeza-beza sepanjang Keluk Permintaan

    Keluk penawaran garis lurus: Ed = Q P Q P

    Nilai keanjalan menurun jika bergerak ke bawah sepanjang keluk penawaran garis lurus. Permintaan adalah lebih anjal apabila harga di atas harga purata dan tidak anjal di bawah harga purata. Permintaan ialah unit anjal pada harga purata.

    3.5 Faktor-faktor yang Menentukan Keanjalan Permintaan Harga

    3.5.1 Darjah Kebolehgantian

    Darjah kebolehgantian bermaksud ketersediaan pengganti untuk sesuatu produk. Terdapat sesetengah produk yang mempunyai berbagai-bagai- bagai pengganti sedia ada sementara produk-produk lain kurang mempunyai pengganti. Produk-produk dengan pengganti yang lebih mempunyai permintaan anjal yang lebih berbanding dengan produk- produk dengan pengganti yang kurang. Ini adalah kerana apabila terdapat lebih banyak pengganti sedia ada, pengguna boleh membuat penyelarasan kepada perubahan harga. Sebagai contoh, jika harga sesuatu jenama atau

    Keanjalan sepanjang Keluk Penawaran Linear

    Harga

    Kuantiti Diminta

    Anjal

    Tidak Anjal

    Unit

    Anjal

    D

  • PRINSIP EKONOMI

    35

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    produk meningkat (Maggi, Coke, Lipton, Nescafe, oren, epal), pembeli akan membuat penyelarasan yang perlu dengan bertukar kepada jenama, minuman, atau buah-buahan yang lain apabila pengganti senang tersedia. Akan tetapi, produk-produk yang tidak atau mempunyai bekalan yang terhad seperti garam, gula, telur, susu, pensel, dan minyak di mana kurang atau tiada pengganti yang sesuai tersedia, permintaan adalah kurang anjal harga kerana tidak mudah untuk bertukar kepada alternatif jika harga naik.

    3.5.2 Tiket Besar lawan Tiket Kecik

    Sebahagian daripada pendapatan pengguna yang dibelanjakan ialah peratusan pendapatan yang dibelanjakan atas barangan. Sesetengah barangan dikenali sebagai tiket besar kerana sebahagian besar pendapatan dibelanjakan pada penggunaannya seperti berbelanja atas kasut sukan, kaca mata hitam, kosmetik, kereta, rumah, percutian, petrol, dan sebagainya yang mengambil sebahagian besar pendapatan pengguna. Permintaan untuk barangan ini adalah anjal harga sebab pengguna adalah sensitif kepada perubahan dalam harga barangan tersebut kerana ia akan memberi kesan yang besar kepada mereka. Sementara barangan lain yang mengambil sebahagian kecil pendapatan pengguna seperti perbelanjaan atas alat tulis, sarung kaki, kelengkapan dandanan diri, dan sebagainya mempunyai permintaan anjal yang kurang kerana perubahan dalam harga tidak memberi kesan yang nyata kepada pendapatan pengguna.

    3.5.3 Barangan Keperluan lawan Barangan Mewah

    Sesetengah barangan ialah keperluan dalam penggunaan seperti makanan, pendidikan, dan petrol di mana walaupun harga naik, pengguna tidak boleh mengurangkan penggunaan dengan banyak. Sementara sesetengah barangan ialah barangan mewah seperti barang-barang berjenama terkenal, barang kemas, kereta mewah, percutian, dan makan minum di restoran

  • PRINSIP EKONOMI

    36

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    yang mahal. Perubahan dalam harga barangan ini memberi lebih kesan kepada pengguna. Apabila harga barangan ini naik, pengguna mengurangkan penggunaannya sementara diskaun barangan ini akan menggalakkan lebih banyak penggunaan.

    3.5.4 Tempoh Masa

    Tempoh masa berlalu berikutan perubahan harga. Dalam tempoh masa

    yang singkat apabila pengguna tidak mampu membuat banyak penyelarasan selepas perubahan harga, permintaan cenderung menjadi lebih tidak anjal sementara dalam tempoh yang panjang apabila pengguna mempunyai masa yang cukup untuk membuat penyelarasan kepada perubahan harga, seperti mencari pengganti atau membuat perubahan kepada tabiat penggunaan, permintaan cenderung menjadi lebih anjal. Sesetengah barangan yang ditagih oleh pengguna seperti rokok dan alkohol, dan sesetengah yang mereka sudah biasa buat seperti makan nasi, roti atau pasta sebagai makanan ruji memerlukan perubahan dalam tabiat penggunaan yang memerlukan masa untuk berubah. Jadi, permintaan untuk produk-produk ini adalah lebih anjal dalam tempoh yang panjang berbanding tempoh yang pendek.

    3.5.5 Definisi Pasaran yang Meluas lawan Sempit

    Apabila produk-produk ditafsirkan secara meluas atau umum seperti makanan, buah-buahan, dan minuman ringan, adalah lebih susah untuk mencari alternatif apabila harga naik. Oleh itu, permintaan adalah kurang anjal. Apabila sesuatu produk ditakrifkan secara sempit atau khusus seperti Pasta, Oren, dan Pepsi, adalah lebih mudah mencari pengganti dan permintaan adalah lebih anjal.

  • PRINSIP EKONOMI

    37

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    3.6 Keanjalan dan Jumlah Hasil (TR)

    Jumlah hasil (jumlah perbelanjaan/TR) ialah amaun yang dibelanjakan oleh pembeli iaitu amaun yang diterima oleh penjual. TR atau TE = Harga Kuantiti (PQ). Perubahan dalam harga boleh memberi kesan kepada TR. Peningkatan dalam harga mungkin meningkatkan atau mengurangkan TR bergantung kepada keanjalan permintaan.

    Rajah 3.1: Keanjalan Permintaan dan Jumlah Hasil

    Jika permintaan adalah anjal, kenaikan harga akan menurunkan TR sementara kejatuhan harga akan menaikkan TR.

    Jumlah Hasil

    Harga per Unit

    Kuantiti Keanjalan > 1

    (Permintaan Anjal)

    Keanjalan < 1

    (Permintaan

    Tidak Anjal)

    Jumlah Hasil

    Maksimum

    Keanjalan = 1

    Titik Tengah

    (Permintaan Unit

    Anjal)

  • PRINSIP EKONOMI

    38

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Jika permintaan adalah tidak anjal, kenaikan harga akan meningkatkan TR dan kejatuhan harga akan menurunkan TR.

    Jika permintaan ialah unit anjal, perubahan dalam harga tidak akan memberi kesan kepada TR kerana TR adalah pada maksimumnya.

    Apabila permintaan adalah anjal, P dan TR adalah terhubung secara songsang sementara apabila permintaan tidak anjal, P dan TR adalah terhubung secara positif. Apabila permintaan ialah unit anjal, P dan TR tidak terhubung.

    3.7 Keanjalan Permintaan Pendapatan (EI)

    Keanjalan permintaan pendapatan mengukur berapa banyak kuantiti diminta sesuatu barang memberi respons kepada perubahan dalam pendapatan pengguna.

    Keanjalan Pendapatan = % perubahan dalam kuantiti % perubahan dalam pendapatan

    Keanjalan pendapatan ialah positif dan kurang daripada satu untuk barangan keperluan biasa seperti gula, garam, dan gasolin.

    Keanjalan pendapatan ialah positif dan lebih besar daripada satu untuk barangan mewah seperti barang kemas, percutian, dan kereta mewah.

    Keanjalan pendapatan ialah negatif untuk barangan kurang bermutu seperti perjalanan bas dan buku-buku terpakai.

    Klasifikasi normal, mewah, dan kurang bermutu adalah relatif dan subjektif.

    3.8 Keanjalan Permintaan Harga Silang

    Keanjalan permintaan harga silang mengukur keresponsifan kuantiti diminta barang X kepada perubahan harga barang Y. Keanjalan harga silang diukur untuk menentukan hubungan antara dua barang. Barangan mungkin berkait sebagai

  • PRINSIP EKONOMI

    39

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    barangan pengganti atau pelengkap. Keanjalan permintaan silang mengukur bagaimana kuantiti pengganti atau pelengkap akan berubah apabila harga sesuatu barang berubah.

    Keanjalan Silang = % perubahan dalam Qx % perubahan dalam harga Y

    Nilai keanjalan harga silang untuk pengganti adalah positif (PyQyQx), apabila PyQx

    Kenaikan harga Coke akan meningkatkan permintaan untuk Pepsi.

    Keanjalan harga silang untuk pelengkap adalah negatif (PyQyQx), apabila PyQx.

    Kenaikan harga kereta akan mengurangkan permintaan untuk petrol.

    3.9 Keanjalan Harga Penawaran (Es)

    3.9.1 Keanjalan, Ketidakanjalan, dan Unit Anjal Penawaran

    Keanjalan harga penawaran menugukur keresponsifan kuantiti yang ditawarkan kepada perubahan harga.

    Keanjalan harga penawaran mengukur berapa banyak kuantiti yang ditawarkan berubah sebagai respons kepada perubahan harga (ceteris paribus). Ia mengukur magnitud pergerakan sepanjang keluk penawaran.

    Ukuran keanjalan penawaran:

  • PRINSIP EKONOMI

    40

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    1. Penawaran anjal: Apabila penawaran lebih responsif kepada perubahan harga.

    Nilai Es>1.

    2. Penawaran tidak anjal: Apabila penawaran kurang responsif kepada perubahan harga. Nilai Es

  • PRINSIP EKONOMI

    41

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Es = % perubahan dalam Q ditawarkan x % perubahan dalam harga X

    3.9.2 Kes-kes khas keanjalan penawaran; pnawaran anjal dan penawaran tidak anjal secara sempurna

    1. Penawaran anjal secara sempurna (Es= ) Penawaran adalah anjal secara tidak sempurna jika respons kuantiti tinggi tak terhingga kepada perubahan kecil dalam harga. Harga tidak berubah apabila penawaran anjal secara sempurna. Apabila penawaran adalah anjal secara sempurna, walaupun dengan sedikit pengurangan harga akan menyebabkan penawaran barang tersebut jatuh kepada sifar. Tiada barang yang mempunyai ciri ini. Keluk penawaran ialah garis mendatar apabila penawaran anjal secara sempurna.

    2. Penawaran tidak anjal secara sempurna (Es=0) Penawaran adalah tidak anjal secara sempurna apabila tiada respons daripada kuantiti yang ditawarkan kepada perubahan harga. Barangan seperti bilik hotel yang menghadap pantai dan tanah yang menghadap pantai adalah tidak anjal secara sempurna. Keluk penawaran ialah garis menegak jika penawaran adalah tidak anjal secara sempurna.

    S

    Kuantiti

    Harga

  • PRINSIP EKONOMI

    42

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    3.10 Faktor-faktor yang Menentukan Keanjalan Penawaran (Es)

    Tempoh Masa

    Keanjalan penawaran adalah berbeza dalam tempoh masa yang berbeza disebabkan oleh perbezaan dalam penyelarasan. Terdapat tiga jangka masa utama; jangka masa pendek, jangka masa medium, dan jangka masa panjang. Nilai Es bertambah apabila firma mempunyai lebih masa untuk membuat perubahan.

    Jangka masa pendek; penawaran adalah tidak anjal secara sempurna dan tidak memberi respons kepada perubahan harga kerana firma memerlukan masa untuk membuat penyelarasan.

    Jangka masa medium; penawaran menjadi lebih responsif apabila firma mampu untuk memanjangkan penggunaan sumber-sumber.

    Jangka masa panjang; penawaran menjadi lebih anjal apabila kilang baru dibina.

    3.11 Kegunaan Keanjalan

    1. Keanjalan harga permintaan dsn penawaran adalah penting dalam dasar penentuan harga bagi firma. Firma boleh menentukan bagaimana mengubah harga untuk mendapat hasil yang lebih besar dan menganggar kesan perubahan harga pada kuantiti dan seterusnya hasil. Firma juga boleh

    S

    Kuantiti

    Harga

  • PRINSIP EKONOMI

    43

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    membuat keputusan atas pengagihan cukai berdasarkan keanjalan harga permintaan dan penawaran. Keanjalan harga permintaan dan penawaran juga membantu kerajaan menetapkan cukai tidak langsung untuk mencapai objektifnya.

    2. Keanjalan permintaan harga silang boleh digunakan oleh firma untuk menganggar kesan daripada pemotongan harga pesaing pada permintaan mereka, dan firma juga boleh menganggar kesan perubahan harga pada pelengkap (e.g. komputer dan perisian).

    3. Keanjalan permintaan pendapatan boleh digunakan untuk menentukan jenis barangan apa untuk dikeluar dan disimpan. Apabila pendapatan meningkat, firma mungkin mahu mengelakkan barangan kurang bermutu dan juga membantu menganggar potensi perubahan dalam permintaan (apabila pendapatan bertambah di luar negara, pasaran baru mungkin muncul).

    Soalan

    1. Tunjukkan untuk setiap pasang di bawah barang yang manakah mempunyai lebih keanjalan harga permintaan dan kenapa:

    a makanan segera; pizza.

    b. sarung kaki; kasut. c. Petrol Shell; petrol. 2. Terangkan secara ringkas kenapa permintaan untuk tembakau, alkohol, dadah,

    dan judi adalah tidak anjal harga? 3. Kenaikan 20% dalam harga susu membawa kepada pengurangan 10% dalam

    kuantiti susu yang diminta. Apakah keanjalan permintaan harga untuk susu? 4. Jika peningkatan 10 peratus dalam pendapatan meningkatkan permintaan

    untuk tiket kapal terbang sebanyak 30%, apakah keanjalan permintaan pendapatan untuk tiket kapal terbang? Terangkan jawapannya dengan seringkas mungkin.

  • PRINSIP EKONOMI

    44

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    BAB 4

    CAMPUR TANGAN KERAJAAN DALAM PASARAN

    Hasil Pembelajaran Pada akhir bab ini, anda sepatutnya dapat untuk:

    1. Memahami aplikasi analisis permintaan dan penawaran 2. Memahami pelbagai bentuk campur tangan kerajaan 3. Menggunakan graf permintaan dan penawaran untuk menganalisis kesan

    ekonomi atas harga siling dan harga lantai 4. Menggunakan graf permintaan dan penawaran untuk menganalisis kesan

    ekonomi cukai

    4.1 Dasar Kawalan Harga

    Setakat ini, kita telah melihat bagaimana sistem harga pasaran kompetitif mencatu barangan yang kurang di dunia. Akan tetapi, kadang-kadang pembuat dasar percaya bahawa harga dalam pasaran kompetitif mungkin tidak adil kepada pembeli atau penjual. Inilah masa apabila campur tangan kerajaan atas harga pasaran boleh membawa kepada hasil yang lebih baik. Campur tangan kerajaan secara langsung atas harga pasaran dikenali sebagai kawalan harga. Terdapat dua jenis kawalan harga; dasar harga maksimum dan minimum.

    Namun begitu, kadang-kadang dasar yang berniat baik ini mungkin menghasilkan akibat yang tidak diingini. Dasar penetapan harga, kesan, dan kaedah untuk menangani kesan-kesannya digariskan seperti di bawah.

  • PRINSIP EKONOMI

    45

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    4.1.1 Dasar Harga Maksimum

    Dasar harga maksimum juga dikenali sebagai dasar harga siling. Inilah masanya kerajaan menetapkan harga maksimum yang sah di mana penjual tidak boleh menjual di atas harga maksimum. Harga maksimum ditetapkan di bawah keseimbangan. Harga maksimum bertujuan untuk melindungi pembeli daripada harga yang terlalu tinggi ditetapkan oleh pasaran. Contoh dasar harga maksimum ialah kawalah harga atas barangan asas pengguna, harga sewaan, dan sebagainya.

    Kesan harga maksimum adalah ia mencipta kekurangan. Apabila harga ditetapkan di bawah keseimbangan, pembeli akan mahu membeli lebih dan penjual akan menjual kurang yang mencipta kelebihan permintaan atau kekurangan.

    Rajah 4.1: Dasar harga maksimum

    Sebab-sebab menetapkan dasar harga maksimum:

    Untuk melindungi kepentingan pembeli apabila harga yang ditetapkan dalam pasaran terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibeli oleh semua. Sebagai contoh, harga rumah dan sewa mungkin terlalu tinggi di bandar-bandar metropolitan sehinggan tidak mampu oleh golongan miskin. Harga barangan asas juga kadang-kadang sangat tinggi apabila berlaku perang

    Harga

    Kuantiti

    S

    D

    Q1 Q0 Q2

    P1

    P

  • PRINSIP EKONOMI

    46

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    atau kejutan penawaran yang boleh memberi kesan kepada kumpulan yang mudah terjejas.

    Kesan dasar harga maksimum:

    i. Mencipta kekurangan.

    ii. Senarai beratur dan menunggu yang panjang. iii. Kemunculan pasaran gelap.

    Kaedah untuk menangani kesan dasar harga maksimum:

    i. Kerajaan boleh membeli barangan yang didagangkan di bawah harga siling pasaran dunia dan menjualnya pada harga siling pasaran dalam negara.

    ii. Mencatu melalui penggunaan senarai menunggu dan kriteria tersurat bagi siapa yang patut dapat produk seperti di bawah kawalan sewa.

    4.1.2 Dasar Harga Minimum

    Dasar harga minimum juga dikenali sebagai dasar harga lantai. Ini terjadi apabila kerajaan menetapkan harga yang sah di mana penjual tidak boleh menjual di bawah harga minimum. Harga minimum ditetapkan di atas harga keseimbangan. Harga minimum bertujuan untuk melindungi penjual daripada harga yang sangat rendah yang ditentukan dalam pasaran. Contoh-contoh harga minimum ialah

    harga sokongan ladang dan dasar upah minimum. Kesan harga minimum ialah ia mencipta lebihan. Apabila harga ditetapkan di atas keseimbangan, penjual akan mahu menjual lebih dan pembeli akan membeli kurang menyebabkan lebihan penawaran.

  • PRINSIP EKONOMI

    47

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Rajah 4.2: Dasar Harga Minimum

    Sebab-sebab dasar harga minimum:

    1. Untuk melindungi pengeluar daripada pendapatan turun naik kesan daripada keadaan permintaan dan penawaran yang tidak stabil melalui harga sokongan ladang.

    2. Untuk melindungi pekerja yang tidak berkemahiran daripada pendapatan rendah melalui dasar upah minimum.

    Kesan-kesan dasar harga minimum:

    1. Mencipta lebihan daripada harga sokongan ladang. 2. Mencipta pengangguran daripada dasar upah minimum.

    Kaedah-kaedah untuk menangani dasar harga minimum:

    1. Kerajaan membeli lebihan secara langsung. 2. Pengeluar meningkatkan usaha untuk menjual lebihan dengan

    pengiklanan, mencari pasaran baru atau mencari kegunaan baru barang tersebut.

    4.2 Cukai Tak Langsung

    Cukai tak langsung ialah cukai yang dikenakan oleh kerajaan atas perbelanjaan barangan dah perkhidmatan dan dibayar secara tidak langsung melalui penjual.

    Q1 Q Q2

    P1

    P

    Kuantiti

    Harga

  • PRINSIP EKONOMI

    48

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Terdapat dua jenis cukai tak langsung; cukai per unit dan cukai ad valorem. Cukai per unit adalah apabila setiap unit dikenakan cukai dengan amaun yang sama, dan cukai ad valorem adalah apabila setiap unit dikenakan cukai dengan kadar yang sama.

    Cukai boleh dikenakan secara langsung atas pembeli atau penjual. Jika ia dikenakan secara langsung atas pembeli, ia akan mengurangkan permintaan dan jika ia dikenakan atas penjual, penawaran akan berkurang. Kesan cukai atas harga dan kuantiti adalah ia akan menaikkan harga dan mengurangkan kuantiti tidak kira jika ia dikenakan atas pembeli atau penjual.

    4.2.1 Insidens cukai

    Insidens cukai adalah bagaimana beban cukai dibahagikan antara pembeli dengan penjual. Insidens cukai bergantung kepada nilai keanjalan. Jika permintaan lebih anjal daripada penawaran, pembeli akan lebih sensitif dengan perubahan harga daripada penjual jadi penjual akan membayar lebih daripada pembeli. Jika penawaran lebih anjal daripada permintaan, penjual lebih responsif kepada harga jadi pembeli akan membayar lebih.

  • PRINSIP EKONOMI

    49

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Rajah 4.3: Kesan cukai apabila permintaan adalah anjal harga

    Rajah 4.4: Kesan cukai apabila permintaan tidak anjal

    4.2.2 Kesan cukai atas keluaran pasaran dan hasil cukai

    Keanjalan akan menentukan berapa banyak keluaran pasaran akan jatuh apabila cukai meningkat. Apabila keanjalan permintaan dan penawaran tinggi, keluaran pasaran akan berkurang lagi daripada apabila permintaan dan penawaran tidak anjal. Apabila pembeli dan penjual menjadi semakin tidak responsif kepada perubahan harga, cukai akan mempunyai kesan yang lebih kecil pada keluaran pasaran.

    Q1

    Harga

    Kuantiti

    S

    D

    Q2

    P1

    P2

    S1

    Amaun Cukai

    Q2 Q1

    Harga

    Kuantiti

    S2

    D

    P1

    P2

    S1

    Amaun cukai

  • PRINSIP EKONOMI

    50

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Nilai keanjalan juga akan memberi kesan kepada amaun hasil cukai di mana ia akan menjadi rendah. Apabila keanjalan tinggi, respons pembeli dan penjual juga tinggi. Kenaikan cukai akan mengurangkan hasil cukai sebahagian besarnya apabila keanjalan tinggi. Apabila keanjalan rendah, hasil cukai akan menjadi tinggi.

    Rajah 4.5: Kesan cukai tak langsung kepada hasil cukai apabila permintaan adalah anjal

    Rajah 4.6: Kesan cukai tak langsung kepada hasil cukai apabila permintaan tidak anjal

    Q1 Q

    Harga

    Kuantiti

    Penawaran (kos

    marginal) + cukai

    D

    P1

    P2

    Penawaran

    Beban atas Pengguna

    Beban atas

    Pengeluar

    Permintaan anjal

    secara relatif

    Q1 Q

    Harga

    Kuantiti

    Penawaran (kos

    marginal) + cukai

    P

    P1

    Penawaran

    Beban atas Pengguna

    Permintaan tidak

    anjal secara relatif

  • PRINSIP EKONOMI

    51

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    4.3 Pertanian dan Dasar Pertanian

    Campur tangan kerajaan dalam pasaran pertanian adalah perlu apabila:

    i) Apabila produk pertanian dalam pasaran kompetitif yang sempurna dan petani ialah penaruh harga.

    ii) Harga pertanian diletakkan kepada turun naik yang besar disebabkan perubahan permintaan dan penawaran yang tidak dijangka (kejutan permintaan dan penawaran).

    iii) Harga produk tani yang besar boleh memberi kesan kepada pendapatan petani.

    iv) Persaingan daripada import.

    Jenis-jenis campur tangan kerajaan dalam pasaran pertanian:

    i) Subsidi ii) Stok penimbal iii) Dasar harga lantai

  • PRINSIP EKONOMI

    52

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Soalan

    1. Kerajaan mahu mengurangkan penggunaan makanan ringan dengan meletakkan cukai baru 15% atas makanan ringan. Haruskah cukai ini dikenakan atas pembeli atau penjual? Terangkan. Adakah permintaan untuk makanan ringan menjadi anjal atau tidak anjal? Siapa yang akan membayar lebih cukai itu pembeli atau penjual? Sertakan gambar rajah dalam jawapan anda. 2. Kerajaan menaikkan cukai atas alcopops (minuman vodka berperisa) untuk mengurangkan penggunaan alkohol di kalangan remaja. Jika cukai menaikkan harga purata sebanyak 70% dan penggunaan jatuh sebanyak 30%, adakah permintaan anjal atau tidak anjal? Kira pekali keanjalan. Tunjukkan kesan cukai menggunakan model permintaan/penawaran. Adakah insidens cukai jatuh kepada pengguna atau pengeluar? Gambarkannya dalam rajah anda. Adakah cukai ini dianggap cukai yang baik? Terangkan jawapan anda. 3. Katakan keanjalan harga permintaan untuk rokok ialah -0.25.

    a. Jika cukai atas rokok dinaikkan cukup untuk menaikkan harga rokok sebanyak 50%, apakah kesannya kepada kuantiti rokok yang diminta?

    b. Adakah menaikkan cukai rokok suatu cara yang lebih efektif untuk mengurangkan merokok jika permintaan untuk rokok anjal atau jika ia tidak anjal? Terangkan secara ringkas.

    4. Kenal pasti dan terangkan secara ringkas contoh-contoh dasar maksimum dan minimum.

    5. Apakah perbezaan antara dasar harga maksimum dengan minimum?

  • PRINSIP EKONOMI

    53

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    BAB 5

    LATAR BELAKANG TEORI PENAWARAN DAN UTILITI

    Hasil Pembelajaran Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat untuk:

    1. Memahami konsep utiliti dan utiliti sut 2. Menerangkan lebihan pengguna 3. Mengetahui perbezaan antara pendekatan kardinal dengan ordinal kepada

    pemaksimuman utiliti

    4. Menerbitkan keluk permintaan 5. Memahami kesan-kesan pendapatan dan penggantian kepada jenis-jenis

    barang yang berbeza

    5.1 Utiliti

    Utiliti ialah kepuasan yang diterbitkan daripada penggunaan sesuatu barang. Andaian rasional yang dibuat tentang pengguna membayangkan bahawa objektif pengguna dalam membuat keputusan tentang penggunaan adalah untuk memaksimumkan utiliti. Terdapat dua pendekatan bagaimana pengguna boleh memperuntukkan pendapatan mereka yang terhad atas pelbagai barangan untuk memaksimumkan utiliti. Teori utiliti kardinal menyatakan bahawa utiliti boleh diukur sementara teori utiliti ordinal mencadangkan bahawa pilihan penggunaan boleh diletakkan berdasarkan utilitinya.

  • PRINSIP EKONOMI

    54

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    5.1.1 Teori Utiliti Kardinal

    5.1.1.1 Jumlah Utiliti

    Jumlah Utiliti (Total Utility/TU) boleh ditakrifkan sebagai jumlah amaun kepuasan diterbitkan daripada penggunaan sesuatu barang. Jumlah utiliti meningkat dengan penggunaan tetapi pada kadar yang berkurangan.

    5.1.1.2 Utiliti Sut

    Utiliti Sut (Marginal Utility/MU) ialah kepuasan tambahan daripada menggunakan satu unit barang ekstra. MU berkurang apabila unit-unit tambahan digunakan. Hukum pengurangan MU menyatakan bahawa MU berkurang dengan tambahan unit penggunaan.

    Jadual 5.1: Jumlah Utiliti dan Utiliti Sut Utiliti Pisang (diukur dalam istilah wang)

    Jumlah Paun Sehari Jumlah Utiliti (dalam $) Utiliti Sut (dalam $)

    0 $0 ---

    1 0.60 $0.60

    2 1.16 0.56

    3 1.60 0.44

    4 1.96 0.36

    5 2.10 0.14

    6 2.00 -0.10

  • PRINSIP EKONOMI

    55

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    5.1.1.3 Hubungan antara TU dengan MU

    MU ialah kadar perubahan dalam TU. Pada awalnya, peningkatan dalam penggunaan meningkatkan TU tetapi pada kadar yang berkurangan di mana MU berkurang. Apabila TU mencapai titik maksimum, MU akan menjadi sifar. Apabila TU mula berkurang, MU menjadi negatif apabila pengguna mengalami utiliti negatif daripada penggunaan. Utiliti negatif ialah ketidakpuasan daripada penggunaan. Pengguna yang rasional akan mengguna sehingga TU maksimum

    dan MU sifar. Penggunaan lebih daripada itu akan menyebabkan utiliti negatif.

    Rajah 5.1: Jumlah Utiliti dan Utiliti Sut

    5.1.1.4 Tahap Optimum Penggunaan

    Pengguna yang rasional akan menggunakan sehingga utiliti sut penggunaan sama

    dengan harganya.

  • PRINSIP EKONOMI

    56

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Utiliti dimaksimumkan apabila MU=P. Jika MU>P, penggunaan akan meningkat sehingga syarat di atas dipenuhi. Jika MU

  • PRINSIP EKONOMI

    57

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    5.2 Lebihan Pengguna

    Lebihan pengguna sama dengan perbezaan antara kesanggupan pembeli membayar dengan harga sebenar dibayar untuk sesuatu barang. Lebihan pengguna mengukur faedah bersih daripada penggunaan. Jika lebihan pengguna meningkat, pengguna akan mendapat yang lebih baik. Lebihan pengguna akan meningkat jika harga turun. Lebihan pengguna diukur di bawah keluk penawaran dan di atas garis harga.

    Rajah 5.2: Lebihan Pengguna

    5.3 Utiliti Sut dan Keluk Permintaan

    MU ialah kepuasan tambahan diperoleh daripada menggunakan satu unit ekstra sesuatu barang. MU berkurang apabila lebih banyak unit barangan digunakan. Unit awal penggunaan menjana utiliti yang lebih tinggi daripada unit yang selepasnya. Unit pertama penggunaan menjana utiliti tertinggi daripada unit yang seterusnya. Oleh itu, pengguna sanggup untuk membayar lebih bagi unit-unit awal daripada unit-unit selepasnya. Apabila penggunaan meningkat, MU berkurang dan oleh itu kesanggupan untuk membayar juga menurun. Jadi, kesanggupan pengguna untuk membayar adalah berdasarkan MU yang diterbitkan daripada penggunaan. Dengan itu, keluk MU mencerun ke bawah ialah keluk permintaan.

    Kuantiti

    Harga

    S

    D

    Lebihan

    Pengguna

  • PRINSIP EKONOMI

    58

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    5.4 Pendekatan Ordinal

    Dalam pendekatan ordinal, utiliti diterbitkan daripada penggunaan yang tidak boleh diukur tetapi boleh ditempatkan. Pendekatan ordinal menggunakan keluk puas sama dan analisis garis belanjawan untuk menunjukkan bagaimana pemilihan penggunaan dibuat untuk memaksimumkan utiliti.

    5.4.1 Keluk Puas Sama

    Keluk puas sama ialah keluk yang mengandungi kombinasi berbeza dua barang yang mana pengguna tidak mempedulikan atau memberi tahap utiliti yang sama. Keluk puas sama mewakili keutamaan pengguna. Setiap keluk puas sama

    mewakili satu tahap utiliti yang boleh ditempatkan berdasarkan keutamaan pengguna. Satu set keluk puas sama dikenali sebagai peta puas sama. Keluk puas sama yang lebih tinggi (lebih jauh dari asalan) menjana lebih utiliti. IC yang lebih tinggi bermaksud lebih penggunaan kedua-dua atau lebih daripada salah satu barang tersebut. Pengguna lebih gemar mendapat lebih disebabkan tamak. Lebih banyak adalah lebih baik daripada kurang. Pengguna sentiasa cuba untuk mencapai IC tertinggi yang mungkin kerana IC yang lebih tinggi menjana lebih utiliti.

    IC mencerun ke bawah, menunduk ke dalam, dan tidak bersilang. Cerun-cerun ke bawah disebabkan oleh banyak lebih baik daripada sedikit. Jika keluk puas sama mencerun ke atas, pengguna akan menjadi tidak peduli apabila mereka mempunyai lebih dan kurang. Keluk puas sama menunduk ke dalam disebabkan oleh kadar penggantian sut yang berkurang (diminishing marginal rate of substitution/DMRS). Cerun IC ialah MRS (marginal rate distribution), kadar di mana barang x boleh menggantikan barang y. Jika MRS x untuk y = 2, satu X boleh menggantikan dua Y. IC tidak boleh bersilang kerana apabila dua IC bersilang, akan ada satu kombinasi barang yang menjana dua tahap kepuasan berbeza. Ini tidak mungkin berlaku.

  • PRINSIP EKONOMI

    59

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Rajah 5.3: Keluk puas sama

    5.4.2 Garis Belanjawan

    Garis Belanjawan (Budget Line/BL) mewakili kemungkinan penggunaan. Sepanjang garis belanjawan, terdapat pelbagai kombinasi dua barang yang mampu dimiliki pada harga yang diberi dan tahap pendapatan.

    Cerun BL ialah nisbah harga negatif (-Px/Py). Cerun BL mewakili harga relatif atau OC satu barang berhubung barang yang lain.

    Jika cerun BL ialah -2, harga X ialah dua kali harga Y atau OC membeli satu X ialah 2Y.

    Contoh: Jika pendapatan ialah $60, Px=$2 dan Py=$1 Amaun maksimum X yang boleh dibeli ialah 30 unit. Amaun maksimum Y yang boleh dibeli ialah 60 unit.

    Barang Y

  • PRINSIP EKONOMI

    60

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Cerun BL atau harga relatif X merujuk kepada Y ialah 2 (X dua kali ganda harga Y).

    5.4.3 Titik penggunaan optimum

    Penggunaan optimum ditemui pada titik ketangenan di antara keluk puas sama dan garis belanjawan. Utiliti dimaksimumkan pada titik ketangenan di mana cerun BL (-Px/Py) sama dengan cerun IC (-MUx/MUy).

    Px/Py=MUx/MUy atau MUx/Px=MUy/Py

    Pada titik ketangenan: Nisbah harga adalah sama dengan nisbah utiliti sut antara dua barangan atau utiliti sut per wang dibelanjakan untuk setiap barang adalah sama (prinsip sut/marginal sama).

    Rajah 5.4: Titik Penggunaan Optimum

    5.5 Kesan Pendapatan dan Penggantian daripada Perubahan Harga

    Apabila harga berubah, Kesan Pendapatan (Income Effect/IE) dan Kesan Penggantian (Substitution Effect/SE) biasanya berlaku secara serentak. IE suatu

    Barang X

    Barang Y

    A

    I2

    I3

    I4

  • PRINSIP EKONOMI

    61

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    harga dikesan pada IC yang berbeza sementara SE diukur sepanjang IC yang sama. SE selalunya negatif untuk semua jenis barang. Apabila harga naik, pengguna kurang membeli dan apabila harga turun, pengguna membeli lebih. Akan tetapi, arah dan magnitud IE berbeza-beza mengikut jenis-jenis barang yang berbeza.

    i. Barangan normal, SE>IE dan SE dan IE pada arah yang sama (SE dan IE negatif)

    ii. Barangan kurang bermutu, SE>IE dan SE dan IE dalam arah yang berbeza (SE negatif dan IE positif)

    iii. Barangan tidak bermutu/rosak, IE>SE dan SE dan IE pada arah yang berbeza (SE negatif dan IE positif)

    5.7.1 Kesan Pendapatan

    Kesan Pendapatan (IE) ialah perubahan dalam tingkah laku yang dihasilkan semata-mata daripada perubahan dalam pendapatan. Ia ditunjukkan dengan bergerak dari satu IC ke IC yang lain. Apabila berlaku kenaikan harga, pendapatan sebenar atau kuasa pembelian wang jatuh, ini akan menggerakkan penggunaan ke IC yang lebih bawah dengan tahap utiliti yang lebih rendah. Penurunan harga meningkatkan kuasa pembelian yang membenarkan lebih banyak penggunaan pada IC yang lebih atas dengan tahap utiliti yang lebih tinggi.

    5.7.2 Kesan Penggantian

    Kesan Penggantian (SE) perubahan harga ialah perubahan dalam tingkah laku yang dihasilkan semata-mata daripada perubahan dalam kos lepas atau harga relatif dan bukan daripada perubahan dalam pendapatan sebenar. Apabila tiada perubahan dalam pendapatan sebenar, maka tiada perubahan dalam utiliti ataupun IC. SE suatu perubahan harga diukur sepanjang IC yang sama dengan tiada perubahan pada utiliti. Apabila berlaku kenaikan harga, penggunaan barang yang

  • PRINSIP EKONOMI

    62

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    secara relatifnya lebih murah meningkat dan penggunaan barang yang secara relatifnya lebih mahal berkurang. SE ditunjukkan dengan bergerak di sepanjang IC yang asal yang bertangen dengan BL hipotesis, yang selari dengan BL yang baru.

    Rajah 5.5: Kesan pendapatan dan penggantian peningkatan harga

    Soalan

    1. Definisikan secara ringkas apa jumlah utiliti dan utiliti sut. Bagaimanakah kedua-duanya berkaitan? (Gunakan gambar rajah untuk menunjukkan hubungan antara kedua-dua konsep)

    2. Bezakan antara pendekatan kardinal dengan ordinal dalam teori pengguna. 3. Bagaimanakah keseimbangan optimum dicapai dalam pendekatan kardinal

    dan ordinal? 4. Bagaimanakah kesan penggantian dan pendapatan dapat diaplikasikan

    untuk membezakan jenis-jenis produk?

    Barangan

    Lain

    Q3 Q2 Q1

    B2 B1* B1

    Kesan Pendapatan Kesan Penggantian

    Unit Barang X

  • PRINSIP EKONOMI

    63

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    BAB 6 LATAR BELAKANG TEORI PENAWARAN

    DAN PENGELUARAN

    Hasil Pembelajaran Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat untuk:

    1. Memperoleh kefahaman yang lebih baik tentang keputusan yang dibuat oleh pengeluar

    2. Memahami perbezaan dalam kos dan keuntungan dalam jangka pendek dan jangka panjang

    3. Memahami perbezaan dalam teori pengeluaran jangka pendek dan jangka panjang

    4. Membezakan antara ekonomi skala dengan disekonomi skala

    6.1 Firma

    Objektif utama firma adalah untuk memaksimumkan keuntungan. Firma mengambil faktor-faktor pengeluaran dan menyusunnya untuk menghasilkan dan menjual barangan dan perkhidmatan supaya dapat memaksimumkan keuntungan. Jika firma gagal memaksimumkan keuntungan, ia akan sama ada tutup, bergabung, menghentikan pengeluaran, atau dibeli oleh firma-firma lain yang mahu memaksimumkan keuntungan.

    6.2 Pengeluaran

    6.2.1 Jangka Pendek dan Jangka Panjang

    Terdapat dua jenis input dalam pengeluaran; input berubah dan input tetap. Input tetap tidak akan berubah dalam tempoh masa yang pendek. Tanah dan modal

  • PRINSIP EKONOMI

    64

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    ialah input tetap yang biasa dalam jangka pendek (short run/SR). Input berubah ialah input yang boleh berubah dengan bila-bila masa. Buruh dan bahan mentah ialah input-input berubah. Jangka pendek adalah di mana terdapat sekurang-kurangnya satu input yang tetap dan jangka panjang (long run/LR) adalah di mana semua input berubah. Disebabkan perbezaan ini, pengeluaran dan kos dalam SR dan LR adalah berbeza.

    6.2.2 Pengeluaran dalam Jangka Pendek

    Dalam jangka pendek, firma hanya boleh meningkatkan keluarannya dengan menggunakan lebih banyak input berubah. Meningkatkan input berubah kepada input tetap pada awalnya meningkatkan jumlah produk (total product/TP) atau jumlah keluaran pada kadar yang meningkat tetapi akhirnya pengeluaran akan terencat di mana TP mula bertambah pada kadar yang menurun.

    Rajah 6.1: Keluk Jumlah Produk dan Pulangan Sut Berkurangan

    Semakin banyak input berubah digunakan, pengeluaran tertakluk kepada hukum pulangan berkurangan. Hukum pulangan berkurangan adalah apabila firma menggunakan lebih banyak input berubah, dengan kuantiti input tetap yang diberi, keluaran sut akhirnya menurun di mana terlalu banyak faktor-faktor berubah yang menyesakkan faktor tetap dalam pengeluaran.

    Q3

    Keluaran

    _

    Q=f(K,L)

    Q2

    Q1

    L3 L2 L1 Buruh

  • PRINSIP EKONOMI

    65

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Keluaran sut (marginal product/MP) buruh ialah keluaran tambahan yang firma keluarkan sebagai hasil daripada menggunakan lebih daripada seorang pekerja. Purata produk (average product/AP) buruh adalah sama dengan jumlah keluaran dibahagikan dengan kuantiti buruh diupah. Jumlah produk (TP) ialah keluaran maksimum yang dihasilkan dengan semua input.

    Jika Buruh (Labour/L) ialah satu-satunya input berubah, MP = TP/L AP = TP/L

    6.3 Hubungan antara TP, MP dan AP

    Pada peringkat I, apabila TP bertambah pada kadar yang menaik, MP meningkat dan di atas AP. Pada peringkat ini, firma mempunyai pulangan sut yang meningkat apabila input berubah digunakan. Mengupah buruh tambahan membenarkan pembahagian kerja dan pengkhususan yang menyumbang kepada kecekapan.

    Pada peringkat II, apabila TP mula untuk bertambah pada kadar yang menurun, MP mula berkurang dan menjadi sama dengan AP pada titik maksimum dan selepas itu, MP berada di bawah keluk AP. Pada peringkat ini, firma menghadapi pulangan sut berkurangan apabila mereka mengupah buruh tambahan. Menambah terlalu banyak faktor berubah kepada faktor tetap menyebabkan kesesakan pada faktor tetap yang memberi kesan kepada kecekapan input. Ini pasti berlaku dalam pengeluaran SR dan dikenali sebagai hukum pulangan sut berkurangan.

  • PRINSIP EKONOMI

    66

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Pada peringkat III, apabila TP berada pada maksimumnya, MP menjadi sifar dan apabila TP mula jatuh, MP menjadi negatif dan peringkat inilah yang tidak dikehendaki oleh firma kerana terdapat pulangan sut negatif apabila input berubah diambil.

    Jumlah produk

    Rajah 6.2: Hukum pulangan berkurangan dan 3 peringkat dalam pengeluaran jangka pendek

    6.4 Pengeluaran dalam Jangka Panjang

    Dalam jangka panjang (LR), semua input adalah berubah. Firma boleh mengubah semua input untuk mengubah tahap keluaran. Apa yang berlaku kepada keluaran yang dihasilkan bergantung kepada pulangan skala operasi apabila input dilipatgandakan.

    Buruh

    Buruh

    T

    La

    Keluaran

    sut

    TP

    MP

    Peringkat 1:

    Pulangan

    Bertambah

    Peringkat 2:

    Pulangan

    Berkurang

    Peringkat 3:

    Pulangan Negatif

  • PRINSIP EKONOMI

    67

    Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Pulangan Bertamb