Ujian Rujukan Norma Dan Ujian Rujukan Kriteria

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/19/2019 Ujian Rujukan Norma Dan Ujian Rujukan Kriteria

    1/1

    Tidak. Ujian rujukan kriteria adalah lebih baik jika dibandingkan dengan ujian rujukan norma. Hal

    ini kerana ujian rujukan kriteria dilakukan oleh guru untuk mengukur pencapaian pelajar secara

    inidividu dan dibandingkan dengan standard yang telah ditetapkan. Manakala, ujian rujukan

    norma pula membandingkan prestasi pelajar dengan pelajar yang lain. Selain itu, ujian rujukan

    kriteria ini dijalankan secara individu atau kumpulan kecil sahaja. Misalnya di dalam peringkat

    sekolah, guru menetapkan kriteria pada peringkat yang paling minimum bagi setiap pelajar

    dikehendaki mencapai objektif pengajarannya. Ujian rujukan norma pula dijalankan dengan

    melibatkan perbandingan prestasi pelajar secara keseluruhan. Contohnya bagi ujian rujukan

    kriteria, sebagai peringkat pencapaian minimum: “Para pelajar hendaklah menjawab sekurang-

    kurangnya 4 daripada 5 soalan dengan tepat”. Ujian rujukan kriteria ini sesuai digunakan untuk

    menguji sebahagian kecil isi kandungan pelajaran sahaja, iaitu satu atau beberapa kemahiran

    yang telah diajar. Ujian ini adalah penting untuk menilai sejauh mana pelajar tersebut menguasai

    sesuatu isi pelajaran yang diajarkan oleh guru.

    Selain itu, ujian rujukan kriteria ini juga dikatakan lebih baik daripada ujian rujukan norma kerana

    tidak mengambil kira kedudukan pelajar berbanding dengan pelajar lain. Walaupun ujian rujukan

    kriteria sesuai untuk kursus berbentuk kumulatif iaitu pelajar perlu menguasai setiap unit

    sebelum unit berikutnya, kriteria yang digunakan dalam ujian rujukan ini tidak semestinya

    berbentuk akhiran atau sumatif. Maksudnya di sini kriteria yang digunakan tidak semestinya isi

    sesuatu topik yang hanya diperoleh pada akhir pembelajarn. Guru juga boleh menggunakan

    kriteria berbentuk formatif iaitu ciri-ciri setiap unit pelajaran. Justeru itu, Guru perlu membina

    banyak ujian rujukan kriteria bagi membuat penilaian sama ada seseorang pelajar telah

    menguasai sesuatu kemahiran yang diuji. Soalan-soalan ujian rujukan kriteria perlu mempunyai

    tahap padanan yang tinggi dengan objektif pembelajaran. Berbeza pula dengan ujian rujukan

    norma yang mengambil kira prestasi keseluruhan pelajar dan meliputi isi pelajran yang lebih luas

    lagi.

    ggg