Upload
phamtram
View
230
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
Disediakan Disemak Diluluskan
Urus Setia SPKP
...................................................... Normah Dolah
Ketua Penolong Pendaftar Kanan / Ketua Jaminan Kualiti
.....................................................
Prof. Dr. Muhammad Fauzi Mohd. Zain
Pengarah CRIM
Tarikh : 16/04/2014 Tarikh : 22/04/2014 Tarikh : 23/04/2014
No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa
01 01 25/04/2014
GARIS PANDUAN PROJEK ARUS PERDANA (AP)
UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05
SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL
SPKP UKM
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05 : GARIS PANDUAN ARUS
PERDANA (AP)
DOKUMEN INI ADALAH DOKUMEN TERKAWAL.
PENYALINAN TANPA KEBENARAN BERTULIS PENGURUSAN UKM ADALAH TIDAK DIBENARKAN
KANDUNGAN
PERKARA Muka surat
1.0 BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN) 3
2.0 BAHAGIAN 2 (PENILAIAN) 9
3.0 BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN) 10
4.0 BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN) 11
5.0 BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN) 12
6.0 BAHAGIAN 6 (PERANAN) 13
7.0 BAHAGIAN 7 (CARTA ALIR) 14
SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL
SPKP UKM
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05 : GARIS PANDUAN ARUS
PERDANA (AP)
Page 3 of 14
1. BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN)
1.1. Pengenalan
Projek Arus Perdana diperkenalkan pada tahun 2009. Ini selaras dengan
keputusan Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil 28/2008 pada 5 Disember 2008
yang telah meluluskan Dasar Pengurusan Dana Universiti Penyelidikan 2009. MPU
Bil 1/2009 pada 6 Januari 2009 pula telah meluluskan Dasar Agihan Dana
Universiti Penyelidikan 2009. Salah satu agihan yang terkandung dalam Dasar
Agihan Dana UP 2009 adalah Projek Arus Perdana (di dalam MPU diluluskan
namanya sebagai Projek Mega) yang diletakkan di bawah Geran Universiti
Penyelidikan.
1.2. Nic Penyelidikan
Aktiviti penyelidikan Projek Arus Perdana adalah meliputi dua belas (12) Nic
Penyelidikan UKM iaitu:
1.2.1. Negara Bangsa (NB)
1.2.2. Pembangunan Lestari Wilayah (PLW);
1.2.3. Tenaga Keterbaharuan (TK);
1.2.4. Teknologi Kesihatan Perubatan (TKP);
1.2.5. Perubahan Iklim (PI);
1.2.6. Nanoteknologi dan Bahan Termaju (NBT);
1.2.7. Kepelbagaian Biologi Dalam Pembangunan Bioteknologi (KPB);
1.2.8. ICT: Informatik Isian (ICT);
1.2.9. Ekonomi, Kewangan dan Perniagaan (EKP);
1.2.10. Politik dan Keselamatan (PK);
1.2.11. Pendidikan dan Perdadaban (PP);
1.2.12. Transformasi Luar Bandar (TLB).
1.3. Objektif
Mengembang dan mengukuhkan penyelidikan Nic Penyelidikan dan output projek
mestilah dapat menyumbang kepada KPI universiti penyelidikan.
SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL
SPKP UKM
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05 : GARIS PANDUAN ARUS
PERDANA (AP)
Page 4 of 14
1.4. Syarat Permohonan
1.4.1. Geran ini terbuka kepada kakitangan akademik UKM yang memenuhi
syarat-syarat berikut:
i. Mestilah berbentuk multi disiplin/kumpulan;
ii. Bidang kajian mestilah menyumbang kepada tema Nic Penyelidikan
masing-masing yang menjadi fokus kepada Universiti dan Negara
serta berpotensi untuk mendapat dana luar/antarabangsa;
iii. Ketua Projek bagi Projek Arus Perdana hanya boleh mengetuai satu
projek sahaja. Ketua Projek juga tidak lagi dibenarkan untuk menjadi
penyelidik bersama dalam mana-mana Projek Arus Perdana yang
lain. Walau bagaimanapun, penglibatan sebagai Penyelidik Bersekutu
(berperanan sebagai penasihat/menyumbangkan kepakaran) bagi
mana-mana projek Arus Perdana lain, adalah dibenarkan. Nilai FTE
sebagai Penyelidik Bersekutu adalah tidak dikira;
iv. Penglibatan sebagai penyelidik bersama hanya dibenarkan dalam
dua projek Arus Perdana sahaja;
v. Hanya Kumpulan yang mendapat ‘rating’ 3.5 ke atas pada penilaian
KPPU yang layak memohon.
1.4.2. Setiap permohonan Projek Arus Perdana boleh merangkumi kelompok dan
kumpulan penyelidikan di bawah Nic Penyelidikan ia merupakan.
i. Penyelidikan di perbatasan ilmu dan ambang ufuk;
ii. Penyelidikan gunaan;
iii. Penyelidikan yang membentuk dasar/polisi yang memberi impak
kepada Negara.
1.4.3. Projek Arus Perdana ini dinilai berdasarkan merit projek dan mengikut
strategik dan keperluan Nic Penyelidikan masing-masing.
SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL
SPKP UKM
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05 : GARIS PANDUAN ARUS
PERDANA (AP)
Page 5 of 14
1.4.4. Projek Arus Perdana akan dilakukan dengan pembidaan terbuka, bukan
terikat dengan kuota Nic Penyelidikan.
1.4.5. Ahli Penyelidik dalam setiap Projek Arus Perdana boleh terdiri daripada
mana-mana ahli dalam mana kumpulan Penyelidikan Berdaftar.
1.5. Tempoh Penyelidikan
Jangkamasa projek mestilah dalam tempoh dua (2) tahun.
1.6. Tatacara Permohonan
1.6.1. Pemohon perlu mengemukakan permohonan penyelidikan melalui Sistem
Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU);
1.6.2. Rujuk Manual Pengguna SMPU (Permohonan) untuk langkah-langkah
permohonan secara atas talian.
1.6.3. Permohonan perlu dikemukakan kepada CRIM sebelum atau pada tarikh
tamat permohonan. Permohonan yang lewat tidak dapat dipertimbangkan.
1.7. Peraturan Perbelanjaan
1.7.1. Vot 11000 (Upah dan Elaun)
i. Melantik Felo Pasca Doktoral, Pembantu Penyelidik (RA) dan
Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) mengikut kadar bayaran yang
ditetapkan oleh UKM. Pelantikan ini diuruskan oleh CRIM.
ii. Melantik kakitangan selain yang dinyatakan pada perkara 1.7.1(i) di
atas bagi tujuan membantu dalam penyelidikan. Pelantikan ini
diuruskan oleh Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.
1.7.2. Vot 21000 (Perjalanan dan Pengangkutan)
i. Perbelanjaan merangkumi semua perjalanan dan pengangkutan
dalam negara yang berkaitan dengan projek.
ii. Perjalanan ke luar negara perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan di
bawah:-
SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL
SPKP UKM
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05 : GARIS PANDUAN ARUS
PERDANA (AP)
Page 6 of 14
a) Perjalanan ke luar negara dibenarkan tertakluk kepada
kecukupan geran yang telah dipohon. Hanya ketua penyelidik
dan ahli sahaja yang dibenarkan bagi tujuan tersebut.
b) Perjalanan ke luar negara untuk tujuan menghadiri
persidangan adalah tertakhluk kepada Garis Panduan
Menghadiri Persidangan
c) Jumlah perbelanjaan untuk perjalanan tidak boleh melebihi
40% daripada jumlah keseluruhan geran.
iii. Jumlah perbelanjaan untuk perjalanan tidak boleh melebihi 25
peratus (25%) daripada jumlah keseluruhan projek.
1.7.3. Vot 24000 (Sewaan)
Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan
barangan lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan.
1.7.4. Vot 27000 (Bekalan dan Bahan Penyelidikan)
Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja yang
dibenarkan.
1.7.5. Vot 28000 (Baik Pulih Kecil dan Ubahsuai)
Hanya perbelanjaan untuk baik pulih dan pengubahsuaian yang kecil
terhadap bangunan, makmal, peralatan atau lain-lain barang yang
berkaitan dengan penyelidikan dibenarkan. Kos penyelenggaraan peralatan
sedia ada semasa projek dilaksanakan adalah dibenarkan. Selepas projek
selesai kos penyelenggaraan ini tidak akan ditanggung lagi oleh Geran ini.
SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL
SPKP UKM
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05 : GARIS PANDUAN ARUS
PERDANA (AP)
Page 7 of 14
1.7.6. Vot 29000 (Perkhidmatan Ikhtisas)
Vot ini meliputi lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti,
honorarium, perkhidmatan profesional, konsultansi, penggunaan komputer,
pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan
projek penyelidikan.
(Perkhidmatan Khas / Belanja Pakai Habis)
Perbelanjaan perkhidmatan khas merangkumi kos menghadiri kursus,
program sangkutan jangka pendek (sekali (1) sahaja) untuk mempelajari
teknik - teknik khusus yang berkaitan dengan projek penyelidikan. Tempoh
yang dibenarkan adalah tidak melebihi tiga (3) bulan. Jumlah perbelanjaan
tidak melebihi 10% daripada jumlah keseluruhan geran.
1.7.7. Vot 35000 (Aksesori dan Peralatan)
Pembelian peralatan khas dan aksesori (termasuk meningkatkan
keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan projek penyelidikan
sahaja. Senaraikan jenis peralatan dan justifikasi permohonan. Jumlah
yang dipohon tidak melebihi 40% daripada jumlah keseluruhan geran.
1.8. Hasil Penyelidikan
1.8.1. KPI Penerbitan
Penyelidik perlu menghasilkan penerbitan berdasarkan kepada
jumlah peruntukan yang diluluskan seperti berikut:
i. RM10,000 – RM29,000 – 1 artikel dalam jurnal terindeks
SCOPUS/ERA.
ii. RM30,000 – RM50,000 – 1 artikel dalam jurnal terindeks ISI
WoS atau 4 bab dalam buku atau 1 buku penyelidikan dari
penerbit tersohor.
1.8.2. Harta intelek dan Hasil Pengkomersilan
Proses pendaftaran harta intelek dan pengkomersilan perlu melalui Pusat
Inovasi Kolaboratif (PIK).
SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL
SPKP UKM
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05 : GARIS PANDUAN ARUS
PERDANA (AP)
Page 8 of 14
1.9. Tarikh Buka dan Tutup Permohonan
CRIM akan membuat pemakluman mengenai tarikh buka dan tutup permohonan
melalui Portal E-Warga dan surat kepada Dekan/Pengarah Fakulti/Institut/Pusat
serta di laman sesawang CRIM (http://research.ukm.my).
SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL
SPKP UKM
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05 : GARIS PANDUAN ARUS
PERDANA (AP)
Page 9 of 14
2. BAHAGIAN 2 (PENILAIAN)
2.1. Penilaian
2.1.1. Pemohon Projek Arus Perdana perlu menghadiri dan membentangkan
kertas cadangan yang dihantar semasa Bengkel Pembentangan dan
Penilaian Projek Arus Perdana.
2.1.2. Permohonan Projek Arus Perdana akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian
mengikut Nic Penyelidikan yang telah ditetapkan semasa bengkel
pembentangan dan penilaian.
2.1.3. Perakuan daripada JK Penilaian akan dimajukan ke Jawatankuasa
Kewangan Dana Universiti Penyelidikan (JKKewDP) untuk tujuan kelulusan.
2.1.4. Keputusan adalah muktamad.
2.1.5. Carta alir adalah seperti di Bahagian 7.
3. BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN)
3.1. Pemakluman Keputusan
3.1.1. Keputusan permohonan Projek Arus Perdana akan dimaklumkan kepada
pemohon selepas Mesyuarat JKKewDP.
3.1.2. Sekiranya lulus, surat kelulusan akan dikeluarkan beserta dokumen-
dokumen berikut untuk dilengkapkan dan dikembalikan semula kepada
CRIM dan disalinkan ke Bahagian Kewangan Penyelidikan (BKP),
Bendahari:
i. Surat Pengakuan Menjalankan Penyelidikan Dana UP (UKM-SPKP-
CRIM-PK01-L01)
ii. Borang Ubahsuai Cadangan Penyelidikan Dana UP (UKM-SPKP-CRIM-
PK01-BO03)
SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL
SPKP UKM
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05 : GARIS PANDUAN ARUS
PERDANA (AP)
Page 10 of 14
4. BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN)
4.1. Laporan Kemajuan
Laporan kemajuan perlu dihantar mengikut jadual penghantaran laporan
kemajuan seperti berikut:
Penghantaran Laporan Tempoh Laporan Kemajuan
Julai Januari atau dari tarikh mula
projek hingga Jun
Januari Julai atau dari tarikh mula projek
hingga Disember
4.2. Laporan Akhir
Laporan akhir perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tamat
projek. Laporan akhir perlu menggunakan Borang Laporan Akhir Dana UP (UKM-
SPKP-CRIM-PK02-BO02) yang boleh dicapai di laman web CRIM
(http://research.ukm.my)
SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL
SPKP UKM
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05 : GARIS PANDUAN ARUS
PERDANA (AP)
Page 11 of 14
5. BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN)
5.1. Ketua Projek Berhenti/Pindah Fakulti/Institut/Pusat
Fakulti perlu memaklumkan kepada CRIM tentang ketua projek yang telah /akan
berhenti perkhidmatan di UKM. Projek yang diluluskan akan terus kekal di F/I/P
berkenaan dan tidak boleh dipindahkan ke F/I/P lain.
5.2. Tambah Masa Tempoh Penyelidikan
Permohonan tambah masa boleh dipertimbangkan sekiranya projek masih aktif
dan terdapat aktiviti yang masih belum tercapai. Syarat-syarat permohonan
adalah:
i. Permohonan mestilah dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan
sebelum tarikh tamat projek menggunakan Borang Permohonan
Tamah Masa Projek Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK03-BO01).
ii. Permohonan tidak boleh melebihi dua (2) kali sahaja.
iii. Tempoh tambah masa maksimum adalah selama 6 bulan bagi setiap
permohonan.
iv. Setiap permohonan perlulah disokong dengan Borang Laporan
Penilaian Prestasi dan Kemajuan Dana UP (UKM-SPKP-CRIM-PK02-
BO01)
5.3. Kes Khas
Pertimbangan dan pengecualian dalam kes-kes tertentu boleh diberikan
berdasarkan keperluan Universiti.
SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL
SPKP UKM
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05 : GARIS PANDUAN ARUS
PERDANA (AP)
Page 12 of 14
6. BAHAGIAN 6 (PERANAN)
6.1. PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)
Memaklumkan pelawaan permohonan geran penyelidikan kepada fakulti /
institut / pusat;
Menerima dan memproses permohonan yang dihantar dan di bawa ke sesi
penilaian;
Memaklumkan keputusan penilaian kepada Penyelidik;
Membuat pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi projek
penyelidikan.
6.3. FAKULTI / INSTITUT / PUSAT
Memaklumkan kepada Penyelidik sebarang perubahan dan perkembangan
terbaru mengenai geran penyelidikan di UKM;
Merekod setiap kelulusan projek penyelidikan;
Memaklumkan kepada CRIM berkaitan sebarang perubahan melibatkan
projek penyelidikan/penyelidik.
6.4. PENYELIDIK
Meneliti garis panduan geran penyelidikan sebelum memohon;
Memenuhi syarat-syarat permohonan seperti dikehendaki;
Memastikan projek penyelidikan berjalan dengan efektif untuk mencapai
objektif penyelidikan dan jejak kunci mengikut masa yang ditetapkan
dengan jumlah peruntukan yang diberi;
Mengemukakan laporan kemajuan penyelidikan setiap 6 bulan sekali dan
menghantar laporan akhir selepas projek tamat.
SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL
SPKP UKM
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05 : GARIS PANDUAN ARUS
PERDANA (AP)
Page 13 of 14
7. BAHAGIAN 7 (CARTA ALIR)
Mula
Hebahan pemakluman pembukaan geran
penyelidikan dan edarkan maklumat berkaitan
Terima dan semak permohonan proposal
penyelidikan
Lengkap? Penyelidik lengkapkan
permohonan proposal
penyelidikan
Hantar semula ke CRIM
Terima pemakluman agihan peruntukan geran
Asing dan rekod permohonan mengikut Nic
penyelidikan
Daftar projek penyelidikan dalam SMPU
Tamat
Maklum Keputusan
Penilaian kepada Penyelidik dan BKP
Menyediakan kod projek penyelidikan
Maklum kepada
penyelidik
Fail dan rekod
Adakan Bengkel Penilaian Permohonan
Adakan Mesyuarat JKKewDP
Lulus?
SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL
SPKP UKM
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05 : GARIS PANDUAN ARUS
PERDANA (AP)
Page 14 of 14
-TAMAT-
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM BANGI
SELANGOR
NO. TEL: 03-89213184/5102/5631/4069/4064/4455
NO. FAKS: 03-89214573/89254125
LAMAN SESAWANG: http://research.ukm.my
SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL
SPKP UKM