49
HIMPUNAN SOALAN BAHAGIAN A 1. Subjek dan predikat merupakan unit yang terdapat dalam binaan peringkat klausa. Berikan definisi bagi subjek dan predikat. a) Subjek-Konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan. b) Predikat-Kumpulan perkataan yang terfolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Contoh pembahagian subjek dan predikat: Subjek Predikat Ali Adik bongsuku Pegawai kanan pejabat itu Rumah kediamannya guru sementara di sekolah itu. sedang tidur di serambi rumah. amat rajin dan cekap pula di Kampung Malaysia Tambahan dalam Wilayah Persekutuan. 7. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis ayat tunggal. Berikan DUA jenis ayat tunggal bahasa Melayu dengan contohnya. a) Ayat Penyata-Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan atau keterangan tentang sesuatu hal.

ULANGKAJI SINTAKSIS.docx

Embed Size (px)

Citation preview

HIMPUNAN SOALAN BAHAGIAN A1. Subjek dan predikat merupakan unit yang terdapat dalam binaan peringkat klausa. Berikan definisi bagi subjek dan predikat.a) Subjek-Konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.b) Predikat-Kumpulan perkataan yang terfolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.Contoh pembahagian subjek dan predikat:SubjekPredikat

AliAdik bongsukuPegawai kanan pejabat ituRumah kediamannyaguru sementara di sekolah itu.sedang tidur di serambi rumah.amat rajin dan cekap pula

di Kampung Malaysia Tambahan dalam Wilayah Persekutuan.

7. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis ayat tunggal. Berikan DUA jenis ayat tunggal bahasa Melayu dengan contohnya.a) Ayat Penyata-Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan atau keterangan tentang sesuatu hal.Contoh :i. Jamaliah eksekutif. ii. Pokok di hadapan sekolah itu rendang. iii. Kucing itu sedang tidur.b) Ayat tanyaAyat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat ini ditandai dengan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh digolongkan kepada ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya.Contoh :i.Benda itu apa? (ayat tanya dengan kata ganti nama tanya)ii. Apakah benda itu? (penambahan partikel kah)iii. Apa benda itu? (pendepanan kata ganti nama tanya)iv. Gurunya siapa? (ayat tanya dengan kata ganti nama tanya)v. Siapakah gurunya? (penambahan partikel kah)vi. Siapa gurunya? (pendepanan kata ganti nama tanya)8. Salah satu struktur frasa nama terdiri daripada binaan Inti + Penerang. Jelaskan konsep inti dan penerang dalam frasa nama.Inti ialah unsur yang diberi dari segi makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. Frasa Nama jenis ini boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan yang berikut :(i) Inti + Penerang NamaContoh :Askar Melayu Diraja berbaris di padang.

(ii) Inti + Penerang Bukan NamaContoh :Orang itu bapa saya.9. Dengan memberikan contoh, nyatakan EMPAT jenis frasa dalam bahasa Melayu.

a) Frasa NamaFrasa namaialah binaan yang dari sudut nahuboleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataanyang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Binaan frasa nama adalah seperti berikut:(i) Inti + penerang namaContoh ayat :Guru sekolah agama itu guru saya.

(ii) Inti + penerang bukan namaContoh ayat :Lima orang murid tidak hadir.

(iii) Inti + intiContoh ayat :Keluar masuk untuk pelajar sahaja.

b) Frasa KerjaFrasa kerjaialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, sedangkan kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.Contoh Frasa Kerja Tanpa Objek (Kata kerja tak transitif) :i. Ali berjalan.ii. Adik bongsuku sedang tidur.Contoh Frasa Kerja Mengandungi Objek (Kata kerja transitif) :i. Pegawai kanan ini mempengerusikan mesyuarat.ii. Gembala itu menghalau binatang ternakannya.c) Frasa AdjektifFrasa Adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya.Contoh Frasa Adjektif dengan satu perkataan :i. Pelayan kedai Pak Amrin rajin.ii. Kawan-kawan Ahmad bijak.Contoh Frasa Adjektif dengan dua perkataan :i. Hidupnya riang gembira.ii. Mukanya pucat lesi.d) Frasa Sendi NamaFrasa sendi namaialah binaan ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Frasa sendi nama dalam ayat terbentuk dalam binaan seperti berikut :a) kata sendi nama + frasa namaContoh :Dia berdiri di jambatan.b) kata sendi nama + kata nama arah + frasa namaContoh :Pak Akob menanam keladidibelakang rumahnya.c) kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan)Contoh :Malik ke utara negeri Jepun pada tahun ini.

10. Nyatakan DUA jenis ayat majmuk keterangan. Berikan contoh bagi setiap satu.

a) Keterangan MusababKeterangan musabab merupakan unsur yang menerangkan sebab-sebab sesuatu kejadian atau perbuatan berlaku. Antara contoh kata hubung keterangan musabab ialahkerana, lantarandanoleh sebab.Contoh :i.Oleh sebab hari hujan,perlawanan bola sepak itu terpaksa ditunda ke hari lain.ii. Saya tidak dapat menyiapkan tugasan itukerana komputer saya rosak.b) Keterangan SyaratKeterangan syarat merupakan unsur yang menerangkan sesuatu tuntutan yang perlu dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat ialahsekiranya, andai kata, jikalau, jikadankalau.Contoh :i.Sekiranya dia lulus peperiksaan dengan cemerlang,ayahnya akan menghadiahinya sebuah basikal.ii.Andai kata terdapat bantahan daripada para perwakilan,pelaksanaan projek itu akan dibatalkan.

12. Huraikan apa maksud morfem dan terangkan mengapa ada dua jenis morfem.Morfemialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu.Morfem boleh dibahagikan dua mengikut sifatnya iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataansekolahdanlautialah morfem-morfem bebas, tetapi imbuhanber -dalambersekolahdan- andalamlautanialah morfem-morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.

16. Morfologi dan sintaksis merupakan bidang linguistik yang mendasari kajian tentang tatabahasa sesuatu bahasa. Beri takrifan anda tentang kedua-dua istilah tersebut.

Dalam bahasa melayu, Morfologi ialah bidang yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan golongannya. Sintaksis pula bidang yang mengkajiayat dari segi struktur, bentuk, dan binaannya. Morfologi merupakan kajian spesifik berfokuskan kata dan melalui sintaksis dapat dilihat bagaimana ayat dibina. Kedua-dua bidang ini berkait rapat dan saling bergantungan kerana sintaksis adalah pelengkap dan lanjutan pada kajian Morfologi.

18. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada DUA jenis. Dengan contoh ayat yang sesuai, jelaskan penyataan ini.Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:a) Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat aktif.Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalanmeN- dengan atau tanpa akhirankanataui.Contoh :i. Muhammad Syafiqmenendangbola itu.ii. Murid-muridmenyertairombongan itu.

b) Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif.Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.Contoh :i. Bola itu ditendang oleh Muhammad Syafiq.ii. Rombongan itu disertai oleh murid-murid.

19. Ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Berdasarkan cara ayat tersebut dibentuk, nyatakan jenis-jenis ayat majmuk dan bina satu ayat bagi setiap jenis.

Ayat majmuk dapat dijeniskan kepada empat, iaitu:i. Ayat Majmuk GabunganContoh ayat :Peserta senam robik melompat-lompat, girang, berpeluh-peluh.ii. Ayat Majmuk PancanganContoh ayat :Basyangdinaiki oleh para pelancong itu terbabas ke dalam gaung.iii. Ayat Majmuk CampuranContoh ayat :Sofea sedang mengulang kaji pelajarannya, tetapi kawan-kawannya yang letih telah lama dibuai mimpi.iv. Ayat Majmuk PasifContoh ayat :Teater yang amat menyayat hati ditonton oleh mahasiswa.20. Ayat tunggal dalam bahasa Melayu boleh juga wujud dalam susunan songsang. Nyatakan DUA bentuk susunan songsang tersebut dengan mengemukakan contoh ayat yang sesuai.

a) Seluruh bahagian predikat dalam ayat dibawa ke hadapanContoh ayat :i. Sudah pulang kawan-kawan kamu?ii. Sungguh cantik tulisan budak perempuan itu.

b) Sebahagian predikat dalam ayat dibawa ke hadapanContoh ayat :i. Ke sekolah mereka pergi untuk bermain bola jaring.ii. Berkejaran budak-budak itu di taman permainan.

23. Sintaksis dalam bahasa Melayu ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur, binaan, atau konstruksi ayat dan juga hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun di dalam ayat.(a) Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan subjek dan predikat dalam binaan ayat bahasa Melayu.Subjekialah konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan. ManakalaPredikatpula merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

(b) Setiap ayat yang mengandungi subjek dan predikat juga boleh disongsangkan, iaitu dengan meletakkan sama ada subjek dahulu dan kemudian predikat ataupun predikat dahulu dan kemudian subjek. Dengan berpandukan kenyataan ini, songsangkan ayat-ayat berikut:i. Ali guru mata pelajaran sains di sekolah itu.Guru mata pelajaran sains di sekolah itu Ali.

ii. Adik sulungku sedang tidur di serambi rumah.Sedang tidur di serambi rumah adik sulungku.

iii. Pegawai kerani di pejabat itu amat rajin dan cekap menggunakan komputer.Amat rajin dan cekap menggunakan komputer di pejabat itu pegawai kerani.

iv. Rumah kediamannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.Di Kampung Baru, Kuala Lumpur rumah kediamannya.

24. Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif.(a) Dengan merujuk kepada kedua-dua ragam ayat tersebut bincangkan DUA perbezaan antara ayat aktif dan ayat pasif dalam bahasa Melayu.Ayat AktifAyat Pasif

Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.Terbentuk daripadaayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Terdiri daripada dua jenis ayat iaitu :i.Ayat aktif transitifii.Ayat aktif tak transitif.Terbahagi kepada tiga iaitu:i.Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.ii.Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua.iii.Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai bina DUA ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.Contoh :i. Pencuri itu kena tangkap oleh polis.ii. Budak-budak itu kena kejar oleh anjing.

25. Pada dasarnya ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh juga dibahagian kepada dua jenis iaitu, ayat tunggal dan ayat majmuk.(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan definisi ayat tunggal dan ayat majmuk bahasa Melayu yang tercatat dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baru.Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Dari segi binaan ia menyamai binaan ayat dasar iaitu subjek mendahului predikat.Contoh :i. Dia guru.ii. Guru itu mengajar di Seremban.

Walau bagaimanapun ada juga ayat tunggal di mana predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang.Contoh:i. Guru dia.ii. Mengajar di Seremban guru itu.Kedua-dua ayat di atas ialah ayat tunggal. Ia bukan ayat dasar. Ia juga merupakan ayat songsang.

Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, (Nik Safiah Karim et. al. 2002), mendefinisikan ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat majmuk juga disebut ayat berlapis.Ayat-ayat yang digabung menggunakan kata penghubung tertentu membentuk kelompok ayat yang besar.

Contoh :Ayat tunggal 1 : Saya belajar bersungguh-sungguh.Ayat tunggal 2 : Saya berjaya melanjutkan pengajian di menara gading.Ayat majmuk : Saya belajar bersungguh-sungguh dan berjaya melanjutkan pengajian di menara gading.Berdasarkan contoh, penggunaan kata hubungdanmembentuk ayat majmuk daripada dua ayat tunggal.

(b) Huraikan DUA perbezaan antara ayat tunggal dan ayat majmuk bahasa Melayu

Ayat TunggalAyat Majmuk

Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian iaitu:Subjek,Predikat.Ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal.

Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan, iaitu:Susunan biasa,Susunan songsang.

Terdapat empat jenis ayat majmuk iaitu; a.Ayat Majmuk Gabungan, b.Ayat Majmuk Pancangan, c.Ayat Majmuk Campuran, d.Ayat Majmuk Pasif.

HIMPUNAN SOALAN BAHAGIAN B

(b) Terangkan maksud kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.Kata kerja transitifialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat aktif, dan Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif. Contoh:Kata Kerja Transitif Aktif : Muhammad Syafiqmenendangbola itu.Kata Kerja Transitif Pasif : Bola itu ditendang oleh Muhammad Syafiq.Kata kerja tak transitifpula dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu :i. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkapKata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Ia juga boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan. Contohnya, Muhammad Syamil menyanyidi hadapan cermin.ii.Kata kerja tak transitif berpelengkapKata kerja tak transitif berpelengkap ialah :a. Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.b.Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif.c.Ayat yang mengandungi pelengkap TIDAK boleh dipasifkan.Unsur-unsur yang menjadi pelengkap terdiri daripada beberapa jenis, iaitu kata adjektif, frasa sendi nama, dan kata nama.

4.Sintaksis merupakan bidang terpenting dalam pengajian ilmu tatabahasa.(a) Berikan definisi ayat.Ayatialah inti pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna.

(b) Jelaskan konsep ayat aktif dan ayat pasif. Sertakan contoh-contoh yang sesuai.Ayat aktifialah ayat yang mengandungikata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif dibahagikan kepada dua, iaitu ;1.Aktif transitifAyat aktif transitif ialah ayat yangmengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau ayat komplemen yang berfungsi sebagai objek atau unsur penyambut.Contoh ;a.Guru besar memanggil saya.b.Dia membeli buah langsat.c.Banjir melanda pekan kecil itu.

2.Aktif tak transitifAyat aktif tidak transitif ialah ayat yangmengandungi kata kerja tidak transitif iaitu kata kerja yang mengandungi pelengkap.Ayat aktif tidak transitif terbahagi kepadadua jenis iaitu:i.Keterangan yang boleh digugurkan.Contohnya :a.Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.b.Pokok itu membesar dengan cepat.c.Mereka berkebun di kampung.ii.Keterangan yang tidak boleh digugurkan. Jika digugurkan, ayat berkenaan tidak gramatis. Contohnya ;a.Dia berada di Hulu Tiram, Johor.b.Bas itu menuju ke utara tanah air.c.Kebanyakan orang yang berdemontrasi menuntut keadilan.

Ayat pasifterbit daripada ayat aktiftransitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal atau subjek terbitan sebagai judul atau unsur yang diterangkan.Ayat pasif dalam bahasa Melayu dibahagikan tiga kumpulan, iaitu :1.Pasif dengan imbuhan kata kerja pasifKata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerjapasif di-. Contohnya ;a.Motosikal itu telahditunggangoleh Rahim kelmarin.b.Kerusi dan meja itu sudahdisusunoleh murid kelas 3A pagi tadi.c.Bola ituditendangolehHelmi dengan kaki kiri.

2.Pasif dengan kata ganti nama pertama dan keduaKata ganti nama orang pertama (aku, saya, kami, kita, patik, hamba ) dan kedua (anda, awak, engkau, kamu, kalian) tidak boleh menerima kata kerja pasif berimbuhan di- dan harus berada di hadapan kata kerja tanpa imbuhan di. Contohnya ;a.Kerja itu telahsayaselesaikan semalam.b.Makanan itu belumakurasai lagi.c.Tugas ini mestikamipikul dengan sepenuh tenaga.

3.Pasif dengan Kata bantu PasifKenaAyat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima imbuhan awalan. Contohnya :a.Anak ahli korporat itukena culik.b.Budak nakal itukena rotanoleh bapanya.c.Pencuri itukena tangkapoleh polis.

(c) Bincangkan jenis-jenis ayat majmuk bahasa Melayu.Ayat Majmukialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis. ayat majmuk dapat dijeniskan kepada empat, iaitu:1.Ayat Majmuk GabunganAyat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih ayat tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata penghubungdan, atau, tetapi, dan sebagainya. Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab-sebab ayat tersebut disusun berturut-turut.Contohnya, Aman juruteratetapiadiknya peguam.

2.Ayat Majmuk PancanganDalam ayat majmuk pancangan, terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Terdapat tiga jenis ayat pancangan iaitu :i.Ayat relatifAyat relatif boleh dikenal pasti melalui penggunaan katayangseperti dalamcontoh berikut:Adik memakai bajuyangberwarna kuning.ii.Ayat komplemen Terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitubahawadan untuk.Contohnya,a. Tidak mustahiluntukdiamencapai kemahuannya.b. Orang ramai menyedaribahawaperistiwaitu benar-benar terjadi.

3.Ayat Majmuk CampuranAyat Majumuk Campuran mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk dan biasanya panjang.Contohnya,Sofea sedang mengulang kaji pelajarannya, tetapi kawan-kawannya yang letih telah lama dibuai mimpi.

4.Ayat Majmuk PasifAyat majmuk pasif berasal daripada ayat majmuk aktif yang mengandung kata kerja transitif. Ayat majmuk pasif terdiri daripada:i.Ayat Majmuk Pasif GabunganContohnya ,Sayadipandangoleh beliau ketika beliau berdiri di situ.ii.Ayat Majmuk Pasif RelatifContohnya ,Kereta Ahmad puladitandukoleh lembu yang menandukkereta saya itu.iii.Ayat Majmuk Pasif KomplemenContohnya ,Bahawa sekolah ditutup minggu iniditerangkanoleh Guru Besar.iv.Ayat Majmuk Pasif KeteranganContohnya ,Abu akan membeli buku itu kalaudibenarkanoleh ayah.

5.Unit-unit sintaksis terdiri daripada frasa, klausa dan ayat. Susunan yang sistematik bermula dari frasa sehinggalah ke peringkat melahirkan ayat yang gramatis.(a) Berikan definisi klausa.Klausaialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa terikat (tak bebas). Klausa bebas boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna.Contohnya ;a. Kamu pandai.Klausakamu pandaimengandungisubjekkamudanpredikatpandai,dan sekiranya diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul, klausa tersebut akan menjadi ayat yang gramatis.

b. Kamu pandai kerana kamu rajin belajar.Klausakamu pandai ialah klausa bebas kerana boleh berdiri sendiri.Klausakerana kamu rajin belajarialah klausa terikat yang tidak dapat berdiri sendiri kecuali dimasukkan ke dalam binaan klausa bebas.

(b) Jelaskan pola-pola ayat dasar bahasa Melayu.Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola seperti yang berikut:PolaJenis PolaSubjekPredikat

1.FN + FNEncik Shariejen insuran

2.FN + FKDiamenjerit kesakitan

3.FN + FABudak itusangat nakal

4.FN + FSPejabat sayadi Kuala Terengganu

(c) Bincang proses penerbitan ayat bahasa Melayu.Dalam bahasa Melayu, penerbitan ayat terhasil melalui proses transformasi yang mengakibatkanpengguguran, penyusunan semula,ataupeluasankepada unsur-unsur struktur dalaman. Terdapat tiga proses transformasi, iaitu :i. Proses transformasi yang melibatkan pengguguranProses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat. Proses ini melibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu. Oleh itu pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud.Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pengguguran:a. Pengguguran frasa nama sebagai subjekPengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.Contoh:i.Kamukeluar! => Keluar!ii.Awak semuapergi dari sini! => Pergi dari sini!* Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.Contoh:i.Diasangat pandai +Diarajin belajar=Diasangat pandai keranadiarajin belajar.=Dia sangat pandai kerana rajin belajar.ii.Adik saya cerdik + Adik saya pemalu=Adik sayacerdik tetapi pemalu.b. Pengguguran frasa predikatSeluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh digugurkan. Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan maka semua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan.Contoh:

Frasa PredikatContoh Ayat

Frasa kerja yang serupaAdik Alibelajar di Pahang. Sepupunyabelajar di Pahang.= Adik Alibelajar di Pahangdan sepupunyabelajar di Pahang.= Adik Ali dan sepupunyabelajar di Pahang.

Frasa nama yang serupaEncik Abuguru sekolah. Puan Milahguru sekolah.= Encik Abuguru sekolahdan puan Milahguru sekolah.= Encik Abu dan puan Milahguru sekolah.

Frasa adjektif yang serupaAbang sayasangat rajin. Abang Alisangat rajin.= Abang sayasangat rajindan abang Alisangat rajin.= Abang saya dan abang Alisangat rajin.

Frasa sendi nama yang serupaDiamasih di kampung. Isterinyamasih di kampung.= Diamasih di kampungdan isterinyamasih di kampung.= Dia dan isterinyamasih di kampung.

c.Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan ke dalam ayat yang satulagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu bolehdigugurkan.Contoh;Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya.= Kereta yang kuning itu pilihan saya.= Yang kuning itu pilihan saya.

Dia membeli baju itu. Baju itu cantik.= Dia membeli baju yang cantik itu.= Dia membeli yang cantik itu.d.Pengguguran Kata Nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa.Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama KN (inti) + penerang boleh digugurkansehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkinbukan daripada kelas kata nama.Contoh:Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.=Bersenam boleh menyihatkan badan.Tabiat merokok membahayakan kesihatan.=Merokok membahayakan kesihatan.ii. Proses transformasi yang melibatkan penyusunan semulaDalam proses penyusunan semula, bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses penyusunan semula ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Namun demikian proses penyusunan semula ini tidak membawa perubahan pada makna ayat.Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula iaitu:Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.Penyusunan semula melalui ayat songsang.Contoh-contoh ayat:

Ayat AsalPenyusunan Semula

Adik menendang bola itu.Bola itu ditendang oleh adik.(Frasa nama sebagai subjek)

Allah mengurniai kita rahmat.Allah mengurniakan rahmat kepada kita.(Frasa nama sebagai objek)

Orang itu pergi ke kedai.Ke kedai orang itu pergi.(Ayat songsang)

iii.Proses transformasi yang melibatkan peluasanProses peluasan ayat boleh berlaku apabila penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu. Terdapat beberapa jenis peluasan ayat dalam bahasa Melayu , iaitu:Peluasan frasa nama sebagai subjek;Peluasan frasa predikat;Peluasan dengan kata hubung; danPeluasan melalui proses komplementasi.Contoh-contoh ayat:Ayat AsalPeluasan

Budak ituadik saya.Budak itumembaca buku.Budakyang membaca buku itu adik saya.( Frasa nama sebagai subjek)

Osmanmengusik budak itu. Budak itumenangis.Osmanmengusikbudak yangmenangisitu.( Frasa predikat )

Ayah tidak pergi kerja.Ayah sakit perut.Ayah tidak pergi kerjakerana(Kata hubung) sakit perut.

Mereka melaporkan.Guru kelas tidak hadir.Mereka melaporkan bahawa guru kelas tidak hadir.(Proses komplementasi).

9.(a) Buat takrif kata kerja dan terangkan kaedah menggolongkan kata kerja ke dalam dua golongan kecil dan berikan contohnya.Kata kerjaialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan, iaitu :1.Kata Kerja TransitifKata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu :a.Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat aktif.Kata kerja yang menerima awalanmeN- dengan atau tanpa akhirankanataui.Contoh :Anak Pak Abumembacabuku cerita.b.Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif.Kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Contoh :Buku cerita itudibacaoleh anak Pak Abu.

2.Kata Kerja Tak TransitifKata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu :a.Kata Kerja Tak Transitif Tak BerpelengkapKata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.Contoh :Kanak-kanak sedangbermain.

b.Kata Kerja Tak Transitif BerpelengkapKata kerja tak transitif berpelengkap ialah :i.Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.ii.Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif.iii.Ayat yang mengandungi pelengkap TIDAK boleh dipasifkan.

Unsur-unsur yang menjadi pelengkap terdiri daripada beberapa jenis, iaitu:*Kata adjektifContoh : Perbincangan itu menjaditegang.*Frasa sendi namaContoh : Kereta itu berhentidi persimpangan jalan.*Kata namaContoh : Orang miskin itu tidur berbantalkansurat khabar.

(b) Terangkan perbezaan antara kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dengan kata kerja tak transitif berpelengkap dan berikan contoh bagi kedua-duanya.#rujuk cadangan jawapan 9(a) Kata Kerja Tak Transitif

11.Antara kajian penting sintaksis ialah memerihalkan bentuk atau pola, jenis dan ragam ayat.(a) Berserta contoh ayat, perihalkan pola ayat dasar bahasa Melayu.#rujuk cadangan jawapan 5(b).

(b) Berdasarkan pengkelasan ayat bahasa Melayu, jelaskan EMPAT jenis ayat dengan menurunkan contoh yang sesuai.Ayat dapat dibahagikan kepadaempat jenis, berdasarkan lagu bahasa dan tujuannya iaitu:a.Ayat PenyataAyat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.Contohnya;Saya mempunyai sebuah komputer.

b.Ayat TanyaAyat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat pula digolongkan kepada dua jenis iaitu :i.Ayat Tanya tanpa Kata TanyaContohnya;Dia guru cemerlang?

ii.Ayat Tanya dengan Kata Tanya.Contohnya;Apa kursus yang awak hadiri?

c.Ayat PerintahAyat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya yang digugurkan.Ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang berikut:-i.Ayat suruhanAyat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Dalam ayat ini subjek ialah kata ganti nama orang kedua sepertiawak, kamu, engkaudan selainnya digugurkan.Contohnya;Awaksiapkan kerja itu sekarang.

ii.Ayat laranganAyat menggunakan kata larangan sepertijangan, usah atau tak usahsebelum kata kerja untuk tujuan menegah seseorang melakukannya.Contohnya;Jangan ambil wang orang.

iii.Ayat silaanAyat yang menggunakan kata silaan sepertisila atau jemputsebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat.Contohnya;Siladatang ke rumah saya petang ini.

iv.Ayat permintaanAyat yang menggunakan kata permintaan sepertiminta dan tolongdengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.Contohnya;Tolonghantarkan tugasan itu sebelum hari Isnin.

d.Ayat SeruanAyat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata seru atau tidak.Kata seruyang sering digunakan ialahoh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dan sebagainya.Contohnya;Wah, cantiknya kereta itu!

12.Dalam huraian tatabahasa tradisional, frasa ialah gabungan dua perkataan atau lebih yang berpotensi untuk menjadi binaan atau unit yang lebih besar.(a) Beri konsepsi anda tentang frasa kerja dengan memberikan contohnya.Frasa kerjaialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif.Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan.Contohnya;Aliberjalan.Manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.Contohnya;Gembala itumenghalau binatang ternakannya.

(b) Huraikan perbezaan antara frasa kerja yang mengandungi objek dengan frasa kerja tanpa objek.

JenisKeteranganContoh

Frasa Kerjadengan ObjekMengandungi kata kerja transitif.a.Afendiminumair suam.minum= kata kerjaair suam = objekb.Pegawai kanan itumempengerusikanmesyuarat.mempengerusikan= kata kerjamesyuarat = objek

Frasa kerjanya mengandungi objek untuk melengkapkan kata kerjanya.

Objek boleh juga diikuti oleh bahagian keterangan.c.Petinju itumenumbukmuka lawannya hingga lebam.menumbuk= kata kerjamuka lawannya = objekhingga lebam = keterangan

Frasa Kerjatanpa ObjekMengandungi kata kerja tak transitif.a.Ahmadberlari.b.Merekamenari.c.Adik bongsuku sedangtidur.

berlari, menari, tidur= kata kerja

Kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.

13.Kata sendi nama ialah kata yang menjadi inti dalam binaan frasa sendi nama atau menjadi perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.(a) Beri SEPULUH contoh frasa nama yang menggunakan kata sendi nama yang berbeza. Kemudian, dengan contoh ayat yang sesuai, tunjukkan perbezaan antara frasa sendi nama yang wujud dengan kata nama arah dengan frasa sendi nama tanpa kata nama arah.Frasa Sendi Nama

Kata Sendi NamaFrasa Nama

dirumah

darihati

keKota Bharu

sampaiZohor

kepadaHalimah

padawaktu itu

untukpelajar-pelajar cemerlang

sejakzaman dahulu

tentangnegara maju

bagikanak-kanak terencat akal

Ayat

Dengan kata nama arahTanpa kata nama arah

Pak Akob menebas lalang dibelakang rumahnya.Pak Akob menebas lalang dengan parang.

Dia berkata-kata dari hatinya yang ikhlas.Dia berkata-kata dengan ikhlas.

Ahmadun memandu kereta ke Kota Bharu.Ahmadun memandu kereta.

Kakak mengulangkaji pelajaran dari pagi sampai Zohor.Kakak mengulangkaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh.

Salina membaling bola kepada Halimah.Salina membaling bola dengan kuat.

Mereka menari di atas pentas pada waktu itu.Mereka menari dengan baik.

Hadiah-hadiah itu disediakan khas untuk pelajar-pelajar cemerlang.Hadiah-hadiah itu dibungkus dengan cantik.

Pelaut itu mengusaha tangkapan ikan pinggir pantai sejak zaman dahulu.Pelaut itu mengusaha tangkapan ikan dengan tekun.

Perdana Menteri berbicara tentang negara maju.Perdana Menteri berbicara dengan lantang.

Dia mendemakan sebahagian hartanya bagi membantu kanak-kanak terencat akal.Dia mendemakan sebahagian hartanya dengan ikhlas.

(b) Huraikan fungsi frasa sendi nama yang menjadi keterangan frasa kerja dan frasa sendi nama yang menjadi keterangan frasa nama. Sertakan contoh yang sesuai untuk mengukuhkan huraian anda.Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa kerjaboleh mendukung beberapa makna, antaranya keterangan masa, tempat, bandingan, tujuan, hal, penyertaan, dan alat.Contohnya;a. Kereta api bertolakpada pukul empat.(masa)b. Budak-budak itu berehatdi bawah pokok.(tempat)c. Pembahas itu berpidatoseperti murai.(bandingan)d. Kita harus berusahademi keutuhan kita.(tujuan)e. Dia berbicaratentang perkara itu. (hal)f. Saya datangdengan adik.(penyertaan)g. Bapanya memukul ular itudengan kayu. (alat)

Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa namaantara lain mendukung makna-makna keterangan bandingan, hal, masa, dan tujuan.Contohnya;a. Budak itu kurus seperti galah. (bandingan)b. Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran. (hal)c. Bayi itu selalu lapar pada waktu malam. (masa)d. Rumah kita harus bersih untuk kesihatan hidup kita. (tujuan)

14.Ayat terbitan ialah ayat yang terbit melalui proses transformasi iaitu pengguguran, penyusunan semula dan perluasan.(a) Beri takrifan anda tentang proses pengguguran kemudian huraikan proses pengguguran frasa nama sebagai subjek dan pengguguran keseluruhan frasa predikat.#rujuk cadangan jawapan 5(c).

(b) Bina rajah pohon untuk menunjukkan transformasi pengguguran bagi ayat-ayat di bawah;(i) Pergi. (kamu pergi)

(ii) Tunggu di sini. (Kamu tunggu di sini)

(iii) Jangan ganggu dia. (Kamu jangan ganggu dia)

15.Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat ayat.(a) Dengan contoh, perihalkan keterangan cara, keterangan tujuan dan keterangan perbandingan dalam ayat majmuk pancangan keterangan.a. Keterangan CaraKeterangan cara merupakan unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialahdengan.Contoh ayat keterangan cara:Dia pergi ke sekolahdengan menaiki kereta ibu saudaranya.

b.Keterangan TujuanKeterangan tujuan merupakan unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan tujuan ialahuntuk, demidan bagi.Contoh ayat keterangan tujuan:Dia berusaha bersungguh-sungguhdemi tanah air yang tercinta.

c. Keterangan PerbandinganKeterangan perbandingan merupakan unsur yang menerangkan kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan ialahseperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikandanbak.Contoh ayat keterangan perbandingan:Azman berlari pantasseperti seekor burung unta.

(b) Nyatakan jenis-jenis keterangan dalam ayat-ayat majmuk pancangan keterangan di bawah;1. Dia belajar terlalu lama sehingga dia terlupa akan janjinya.=Keterangan Akibat2. Orang ramai berkumpul di luar dewan itu sejak awal pagi tadi.=Keterangan Waktu3. Saya akan mengikuti rombongan ke Beijing jikalau ibu saya mengizinkan.=Keterangan Syarat4. Tatkala hari hampir senja, mereka masih bermain di padang.=Keterangan Waktu5. Puan Mariam sudah ligat ke pusat beli-belah walaupun dia masih dalam pantang.=Keterangan Pertentangan6. Kita harus berwaspada agar tidak ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.=Keterangan Harapan7. Ketika ayahnya masih hidup, Emira selalu bercuti ke luar negara.=Keterangan Waktu8. Penduduk-penduduk kampung kesedihan lantaran banjir merosakkan semua harta benda mereka.=Keterangan Musabab9. Eisya jarang-jarang makan di kantin kerana keluarganya miskin.=Keterangan Musabab10. Sekiranya dia lulus peperiksaan dengan cemerlang, ayahnya akan menghadiahinya sebuah basikal.=Keterangan Syarat

(b) Dengan menggunakan strategi atau teknik yang sesuai, cadangkan bagaimana anda boleh mengajarkan tajuk kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan tak transitif berpelengkap kepada murid-murid tahun enam.Pengajaran Secara Pendekatan Induktif :1. Guru mendedahkan beberapa contoh bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan tajuk.2. Tindak balas murid-murid dengan mengemukakan contoh yang tepat dan sesuai.3. Guru memandu murid-murid langkah demi langkah sehingga mendapat satu hukum, peraturan, dan generalisasi tentang tajuk dan bahan yang diajar.4. Guru mengemukakan contoh-contoh bahan berkaitan tajuk dalam situasi yang sesuai dan disampaikan secara tidak langsung.5. Murid-murid diberi latihan melalui latih tubi bagi meningkatkan kefahaman dan penggunaan kemahiran dan aspek tajuk pelajaran.

18.Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, (2002) menjelaskan bahawa ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat majmuk juga disebut sebagai ayat berlapis.(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, lakarkan gambarajah yang sesuai untuk anda membincangkan tentang binaan ayat majmuk atau ayat berlapis kepada murid-murid dalam tahun enam.Contoh ayat :Balkis makan nasi sambil menonton televisyen.Keterangan ayat :Balkis =Frasa Namamakan =Kata Kerja Transitifnasi =Frasa Kerja Kata Namasambil =Kata Hubungmenonton =Kata Kerja Transitiftelevisyen =Frasa Kerja Kata Nama

(b) Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai, huraikan konsep setiap ayat majmuk pancangan berikut :i. Ayat RelatifAyat relatif boleh dikenal pasti melalui penggunaan katayangseperti dalamcontohberikut:Adik memakai baju yang berwarna kuning.Dalam ayat di atas, sebenarnya terdapat dua ayat, iaitu:a.Adik memakai baju.

b.Baju itu berwarna kuning.

AyatBaju itu berwarna kuningdipancangkan kepada ayat indukAdik memakai baju. Perkataanbajuyang diulang dalam kedua-dua ayat digugurkan dan digantikan dengan kata relatifyang, maka terbentuklah ayat majmuk pancangan.Secara kasar, proses pembentukan kedua-dua ayat majmuk yang dihuraikan di atas mengalami tingkat-tingkat perubahan seperti yang berikut:Ayat : Adik memakai baju yang berwarna kuning.Pertama : Adik memakaibaju+Bajuitu berwarna kuning.Kedua : Adik memakaibaju+bajuituberwarna kuning.Ketiga : Adik memakai baju yang berwarna kuning.

ii. Ayat KomplemenMenurut Nik Safiah et. al. (2002:488), pembentukan ayat-ayat komplemen biasanya disertai beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai kata komplemen untuk menandakan hubungan berkenaan. Terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitubahawadanuntuk.Contoh ayat :Dia memberitahubahawa lukisan itu cantik.Ayat di atas merupakan ayat relatif yang asalnya daripada ayat-ayat:a.Dia memberitahu sesuatu. (Ayat Induk)

b.Lukisan itu cantik.

(Ayat Komplemen)Dalam contoh di atas, ayatLukisan itu cantiktelah dipancangkan ke dalam ayatDia memberitahu sesuatusebagai pelengkap kata kerja dalam ayat berkenaan. Hubungan sedemikian dinamai hubungan komplemen dan berbeza daripada hubungan ayat relatif. Dalam ayatDia memberitahu bahawa lukisan itu cantik, ayat induknya ialahDia memberitahu sesuatu, manakala ayat komplemennya ialahLukisan itu cantik.

iii. Ayat KeteranganAyat majmuk keterangan menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2002:492) terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau leih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.Contoh ayat:Dia merupakan ketua pelajar ketika saya di bangku sekolah dahulu.Terdapat dua ciri dalam contoh ayat majmuk di atas, iaitu yang pertama, adanya ayat induk dengan satu ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri, manakala yang kedua, adanya kata-kata hubung yang menjalinkan ayat induk dengan ayat-ayat kecil (contoh:ketika, semasa, kerana, sewaktu). Ayat-ayat kecil itu disebut ayat keterangan. Hubungan antara ayat-ayat itu digambarkan seperti yang berikut:Ayat induk + Kata hubung + Ayat keterangan

Kedudukan ayat keterangan adalah tidak tetap dan boleh hadir sama ada di belakang atau di hadapan ayat induk, yang mana contoh ayat di atas boleh juga berbentuk:Ketika saya di bangku sekolah dahulu,dia merupakan ketua pelajar.

19.Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu. Dengan mengemukakan contoh ayat yang sesuai, huraikan jenis-jenis ayat berikut:(a) ayat penyata(b) ayat tanya(c) ayat perintah(d) ayat seruan#rujuk cadangan jawapan 11(b)

20.Ayat dikatakan sebagai inti pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna.(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan perkataan, frasa, dan klausa dalam susunan ayat yang sempurna.AyatAnak orang itu sedang makan.

KlausaAnak orang itu sedang makan.

FrasaAnak orang itusedang makan

Perkataananakorangitusedangmakan

Contoh ayat ;Anak orang itu sedang makan,terbentuk daripada unit-unit lain yang lebih rendah, iaituklausa,frasa, dankata.KlausaAnak orang itu sedang makan,merupakan satu unit rangkaian perkataan yang mengandungiAnak orang itusebagaiSubjek dansedang makansebagaiPredikat. Rangkaian ini menjadi konstituen kepada ayat tersebut.Anak orang itumerupakan klausa bebas dansedang makanpulamerupakan klausa terikat atau klausa tak bebas. Klausa terikatsedang makanhanya dapat berdiri apabila dimasukkan ke dalam binaan klausa bebasAnak orang itu.Dalam susunan tatabahasa,Anak orang ituadalahfrasayang mengandungi tiga perkataan manakalasedang makanadalahfrasayang mengandungi dua perkataan. Frasa-frasa ini menjadi konsituten kepada klausa dalam ayat.Sebagai bentuk bebas yang terkecil,perkataan-perkataanyang terdiri daripadaanak, orang, itu, sedang, dan makanboleh berdiri sendiri dan binaan perkataan-perkataan tersebut tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatatabahasa yang lebih kecil lagi.HIMPUNAN SOALAN BAHAGIAN C

1. Ayat terbitan dalam bahasa Melayu terhasil daripada tiga proses.Nyatakan proses-proses itu dan huraikan secara mendalam satu daripada prosesnya dengan memberikan contoh-contoh ayatnya.

Ayat terbitan terbentuk daripada ayat dasar melalui suatu proses gramatis. Prosesgramatis ini melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa.Ringkasnya, ayat terbitan ini terhasil apabila unsur-unsur struktur dalaman mengalami proses transformasi yang mengakibatkan:

i.PengguguranMerupakan satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat. Proses ini melibatkanpengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu.Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pengguguran:a) Pengguguran frasa nama sebagai subjek;b) Pengguguran frasa predikat;c) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif; dand) Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama.

ii.Penyusunan semulaDalam proses transformasi ini, bentuk perkataandalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain tanpa membawa perubahan pada makna ayat yang diterbitkan.Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula iaitu:a) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.b) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.c) Penyusunan semula melalui ayat songsang.

iii.PeluasanProses transformasi ini boleh berlaku apabila adanya penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu. Terdapat empat bentuk proses peluasan ayatiaitu:a) Peluasan frasa nama sebagai subjekAyat bahasa Melayu yang mengandungi urutan Frasa Nama + Ayat boleh tertakluk kepada satu frasa nama dan jika ayat menguasai satu frasa nama yang sama dengan frasa nama dalam urutanFrasa Nama + Objek, maka frasa nama yang dikuasai itu akhirnya menjadi kata relatifyangseperti contoh ayat: a. Rumah itubesar. b. Rumah itu telah roboh. c. Rumahyangbesar itu telah roboh.Berdasarkan contoh, ayat yang gramatis terbentuk dengan penggunaanyang.

Bagi ayat yang tidak sama fungsinya, maka ayat itu perlulah dipasifkan terlebih dahulu. Contoh:a. Kereta itu berwarna hitam.b. Encik Zaki membeli kereta itu.c. Kereta yang dibeli oleh Encik Zaki berwarna hitam.b) Peluasan frasa predikatContoh ayat yang menunjukkan proses peluasan frasa predikat adalah seperti di bawah:a. Hafsah membeli baju itu.b. Baju itu cantik.c. Hafsah membeli bajuyangcantik itu.Dalam proses peluasan frasa predikat iniyangdigunakan bagi menghasilkan ayat yang gramatis.

c) Peluasan dengan kata hubungAyat-ayat juga boleh diterbitkan melalui proses peluasan kata hubung dengan cara menggabungkan dua ayat atau lebih dengan menggunakan kata hubung sepertidan, atau, tetapidan lain-lain. Contoh ayat yang menunjukkan proses peluasan ini adalah seperti di bawah:a. Ibu bekerja di pejabat.b. Ayah bekerja di ladang.c. Ibu bekerja di pejabattetapiayah bekerja di ladang.Kata hubungtetapimenggabungkan ayat a dan ayat b.

Ada kalanya, kata hubung digunakan dalam pembentukan ayat majmuk yang menggabungkan frasa bagi membentuk satu frasa nama majmuk seperti dalam contoh ayat:a. Balkis makan nasi.b. Balkis menonton televisyen.c. Balkis makan nasisambilmenonton televisyen.Kata hubungsambilmenggabungkan ayat a dan ayat b. 'Balkis' dalam klausa kedua (ayat b) digugurkan.

d) Peluasan melalui proses komplementasi.Ayat yang diterbitkan melalui proses peluasan komplementasi melibatkan perubahan fungsi, iaitu daripada ayat menjadi frasa nama. Hal ini berlaku dengan memancangkan ayat berkenaan kepada ayat lain. Cara mudah untuk mengenali ayat jenis ini ialah wujudnya katabahawa. Proses peluasan melalui proses ini melibatkan tiga keadaan, iaitu:

i.Ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek tepat.Contoh ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek tepat ialah:a.Asmawi menyatakan b.Mazlina pergi ke kedai.c. Asmawi menyatakanbahawaMazlina pergi ke kedai.Ayat a dan ayat b dihubungkan dengan perkataanbahawa.

ii.Ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek sipi.Contoh ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek sipi ialah:a.Aini memberitahu b. Aina ada seutas rantai yang cantik.c.Aini memberitahubahawaAina ada seutas rantai yang cantik.Perkataanbahawamenghubungkan ayat a dan ayat b.

iii.Transformasi komplementasi terhadap frasa kerjaContoh ayat bagi transformasi komplementasi terhadap frasa kerja ialah:a.Orang itu berdiri.b.Orang itu mengambil buku.c.Orang ituberdiri mengambilbuku.Frasa 'orang itu' dalam klausa kedua (ayat b) digugurkan.

2. Ayat majmuk pancangan mengandungi satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan kepada ayat induk itu.Huraikan kriteria yang digunakan untuk mengenal pasti tiga jenis ayat majmuk pancangan dengan memberikan contoh ayat bagi setiap jenis itu dan buat rajah pohon untuk menganalisis ayat-ayat itu.

Dalam bahasa Melayu,Ayat Majmuk Pancangan dibahagikan kepada tiga jenis:i. Ayat majmuk pancangan relatif (ayat relatif)ii.Ayat majmuk pancangan komplemen (ayat komplemen)iii.Ayat majmuk pancangan keterangan (ayat keterangan)i.Ayat Majmuk Pancangan RelatifAyat yang dipancangkan kepada ayat utama melalui penggunaan perkataanyang. Contoh ayat:Adik memakai bajuyangberwarna kuning.

Sebenarnya terdapat dua ayat iaitu:a.Adik memakai baju.b.Baju itu berwarna kuning.Dalam contoh di atas, ayatBaju itu berwarna kuningdipancangkan kepada ayat indukAdik memakai baju. Perkataanbajuyang diulang dalam kedua-dua ayat digugurkan dan digantikan dengan kata relatifyang. Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon di bawah:

ii.Ayat Majmuk Pancangan KomplemenAyat yang dihubungkan dengan ayat induk menggunakan kata hubung komplemenbahawadanuntuk.Contoh ayat:Dia memberitahubahawa lukisan itu cantik.Ayat di atas asalnya daripada ayat-ayat:a.Dia memberitahu sesuatu.b b.Lukisan itu cantik.Dalam ayatDia memberitahu sesuatu, subjeknya terdiri daripadadia, manakala kata kerja transitif ialahmemberitahudan ayatlukisan itu cantik, seolah-olah menjadi objek kepada kata kerja transitif tersebut. Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon di bawah:

iii.Ayat majmuk pancangan keterangan

Merupakan ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri. Kata-kata hubung sepertiketika, semasa, kerana,dansewaktumenghubungkan ayat induk dengan ayat-ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Contoh ayat:Dia gagal dalam peperiksaankeranadia tidak berusaha.Ayat di atas berasal daripada ayat-ayat:a.Dia gagal dalam peperiksaan. (Ayat Induk)b.Dia tidak berusaha. (Ayat Keterangan)

Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon di bawah:

5. Proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu melibatkan pengguguran, penyusunan semula, dan perluasan.(a) Dengan memberikan contoh, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan proses pengguguran dalam rumus transformasi ayat bahasa Melayu.

Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat. Proses ini melibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu. Oleh itu pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pengguguran:i. Pengguguran frasa nama sebagai subjekContoh ayat:Pergi dari sini!ii. Pengguguran frasa predikatContoh ayat:Adik saya cerdik tetapi pemalu.iii. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatifContoh ayat:Adik Ali dan sepupunya belajar di kampung.iv. Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa namaContoh ayat:Yang biru itu pilihan saya.

(b) Dengan menggunakan rajah pohon, tunjukkan bagaimana berlakunya pengguguran frasa nama sebagai subjek dalam ayat berikut:i. Kamu tunggu di sini.Proses pengguguran frasa nama sebagai subjek dalam ayat di atas dapat digambarkan dalam bentuk rajah pohon berikut:

(c) Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai, huraikan bagaimana berlakunya pengguguran bagi keseluruhan frasa predikat berikut:i. frasa kerja yang serupaContoh ayat bagi pengguguran frasa kerja yang serupa adalah seperti yang berikut:(a)Nazilatul belajar di perpustakaan dan Zaidi belajar di perpustakaan.(b)Nazilatuldan Zaidibelajar di perpustakaan.

Contoh ayat (a) mengandungi pengulangan predikat frasa kerja yang serupa dalam ayat majmuk gabungan, iaitu belajar di perpustakaan. Oleh itu, predikat belajar di perpustakaan dalam klausa pertama ini telah digugurkan seperti dalam ayat (b).

ii. frasa adjektif yang serupaContoh ayat bagi pengguguran frasa adjektif yang serupa adalah seperti yang berikut:(a)Bunga melur harum baunya dan bunga kemboja harum baunya.(b)Bunga melurdanbunga kemboja harum baunya.

Ayat (a) mengandungi frasa predikat, iaitu frasa adjektifharum baunyayangserupa dalam ayat majmuk gabungan. Oleh itu, frasa adjektifharum baunyadalamklausa yang pertama telah digugurkan seperti dalam ayat (b).iii. frasa sendi nama yang serupaContoh ayat bagi pengguguran frasa sendi nama yang serupa adalah seperti yang berikut:(a)Adik saya masih di sekolah dan adik Zafri masih di sekolah.(b)Adik sayadanadik Zafri masih di sekolah.

Dalam contoh ayat (b), predikat frasa sendi namadi sekolahdalam klausapertama telah digugurkan kerana mengandungi frasa predikat yang sama dalam ayatmajmuk (a), iaitu frasa sendi namadi sekolah.

Pengguguran frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama yang serupa dalam ayat majmuk perlu dilakukan untuk mengelakkan pengulangan frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama yang serupa dalam ayat.

ii.Ayat Majmuk Pancangan KomplemenAyat yang dihubungkan dengan ayat induk menggunakan kata hubung komplemenbahawadanuntuk.Contoh ayat:Dia memberitahubahawa lukisan itu cantik.Ayat di atas asalnya daripada ayat-ayat:a.Dia memberitahu sesuatu.b b.Lukisan itu cantik.Dalam ayatDia memberitahu sesuatu, subjeknya terdiri daripadadia, manakala kata kerja transitif ialahmemberitahudan ayatlukisan itu cantik, seolah-olah menjadi objek kepada kata kerja transitif tersebut. Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon di bawah:

iii.Ayat majmuk pancangan keterangan

Merupakan ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri. Kata-kata hubung sepertiketika, semasa, kerana,dansewaktumenghubungkan ayat induk dengan ayat-ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Contoh ayat:Dia gagal dalam peperiksaankeranadia tidak berusaha.Ayat di atas berasal daripada ayat-ayat:a.Dia gagal dalam peperiksaan. (Ayat Induk)b.Dia tidak berusaha. (Ayat Keterangan)

Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon di bawah:

5. Proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu melibatkan pengguguran, penyusunan semula, dan perluasan.(a) Dengan memberikan contoh, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan proses pengguguran dalam rumus transformasi ayat bahasa Melayu.

Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat. Proses ini melibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu. Oleh itu pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pengguguran:i. Pengguguran frasa nama sebagai subjekContoh ayat:Pergi dari sini!ii. Pengguguran frasa predikatContoh ayat:Adik saya cerdik tetapi pemalu.iii. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatifContoh ayat:Adik Ali dan sepupunya belajar di kampung.iv. Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa namaContoh ayat:Yang biru itu pilihan saya.

(b) Dengan menggunakan rajah pohon, tunjukkan bagaimana berlakunya pengguguran frasa nama sebagai subjek dalam ayat berikut:i. Kamu tunggu di sini.Proses pengguguran frasa nama sebagai subjek dalam ayat di atas dapat digambarkan dalam bentuk rajah pohon berikut:

(c) Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai, huraikan bagaimana berlakunya pengguguran bagi keseluruhan frasa predikat berikut:i. frasa kerja yang serupaContoh ayat bagi pengguguran frasa kerja yang serupa adalah seperti yang berikut:(a)Nazilatul belajar di perpustakaan dan Zaidi belajar di perpustakaan.(b)Nazilatuldan Zaidibelajar di perpustakaan.

Contoh ayat (a) mengandungi pengulangan predikat frasa kerja yang serupa dalam ayat majmuk gabungan, iaitu belajar di perpustakaan. Oleh itu, predikat belajar di perpustakaan dalam klausa pertama ini telah digugurkan seperti dalam ayat (b).

ii. frasa adjektif yang serupaContoh ayat bagi pengguguran frasa adjektif yang serupa adalah seperti yang berikut:(a)Bunga melur harum baunya dan bunga kemboja harum baunya.(b)Bunga melurdanbunga kemboja harum baunya.

Ayat (a) mengandungi frasa predikat, iaitu frasa adjektifharum baunyayangserupa dalam ayat majmuk gabungan. Oleh itu, frasa adjektifharum baunyadalamklausa yang pertama telah digugurkan seperti dalam ayat (b).iii. frasa sendi nama yang serupaContoh ayat bagi pengguguran frasa sendi nama yang serupa adalah seperti yang berikut:(a)Adik saya masih di sekolah dan adik Zafri masih di sekolah.(b)Adik sayadanadik Zafri masih di sekolah.