3
Ular merupakan reptilia karnivor yang panjang dan tidak berkaki dalam suborder Serpentes. Seperti semua spesies Squamata , ular merupakan vertebrat amniot ektoterma yang berkulitkan sisik yang bertindan-tindih. Kebanyakan spesies ular mempunyai tengkorak yang lebih banyak sendinya berbanding leluhur cicaknya supaya mudah untuk menelan mangsa yang lebih besar daripada kepalanya dengan rahang yang amat mudah gerak. Untuk menampung badan ular yang sempit, organ- organ yang berpasangan (seperti ginjal) tersusun secara berikut-ikut, bukan bersebelahan, apalagi kebanyakan ular hanya mempunyai sebatang paru-paru . Sesetengah spesies mempunyai girdel pelvis dengan sepasang cakar vestij di sebelah kloaka . Juga terdapat jenis reptilia yang tidak berkaki tetapi bukan ular, iaitu cicak tanpa kaki ; bezanya adalah, ular tiada kelopak mata dan telinga luaran. Ular ditemui hidup di setiap benua (kecuali Antartika ), Lautan Pasifik dan Lautan Hindi , serta kebanyakan daratan yang lebih kecil antara yang terkecuali ialah beberapa pulau besar seperti Ireland dan New Zealand , serta kebanyakan pulau kecil di Lautan Atlantik dan tengah Lautan Pasifik. [1] Lebih daripada 20 famili ular kini dikenal pasti, terdiri daripada sekitar 500 genus dan sekitar 3,400spesies .Ular terdapat dalam pelbagai saiz, daripada ular benang yang hanya berukuran 10 cm, hingga ular sawa rendam yang boleh mencapai 8.7 meter (29 ka). [4] [5] Ular dipercayai berevolusi daripada cicak yang mengorek lubang atau hidup dalam air sekitar pertengahan Usia Kapur ; fosil ular terawal yang diketahui bertarikh sekitar 112 juta tahun dahulu. Kepelbagaian ular moden muncul sewaktu zaman Paleosen (sekitar 66 56 juta tahun dahulu). Kebanyakan spesies tidak berbisa; yang berbisa menggunakan bisanya terutamanya untuk membunuh dan melumpuhkan mangsa berbanding mempertahankan diri. Terdapat ular yang memiliki bisa yang cukup kuat untuk menyebabkan kesakitan yang teruk ataukematian terhadap manusia. Ular yang tidak berbisa pula menelan mangsa hidup-hidup atau menjerut mangsa hingga mati. Rekod fosil ular agak berkurangan kerana rangka ular biasanya kecil dan rapuh, oleh itu jarang mengalami pemfosilan . Fosil-fosil yang sedia ada boleh dicamkan sebagai ular (biarpun sering memelihara kaki belakang) mula-mula muncul dalam rekod fosil pada Usia Kapur . [7] Fosil-fosil ular terawal yang diketahui datang dari tapak-tapak di Utah dan Algeria, masing-masing diwakili oleh genus Coniophis dan Lapparentophis. Tapak-tapak fosil ini dipercayai bertarikh pada kalaAlbia atau Senomania pada akhir Zaman Batu Kapur, sekitar 112 94 juta tahun dahulu. Bagaimanapun, terdapat satu fosil dari tapak di

Ular

Embed Size (px)

DESCRIPTION

perihal ular

Citation preview

Ularmerupakanreptiliakarnivoryang panjang dan tidak berkaki dalam suborderSerpentes. Seperti semua spesiesSquamata, ular merupakanvertebratamniotektotermayang berkulitkansisikyang bertindan-tindih. Kebanyakan spesies ular mempunyaitengkorakyang lebih banyak sendinya berbanding leluhur cicaknya supaya mudah untuk menelan mangsa yang lebih besar daripada kepalanya dengan rahang yang amat mudah gerak. Untuk menampung badan ular yang sempit, organ-organ yang berpasangan (seperti ginjal) tersusun secara berikut-ikut, bukan bersebelahan, apalagi kebanyakan ular hanya mempunyai sebatangparu-paru. Sesetengah spesies mempunyaigirdel pelvisdengan sepasang cakarvestijdi sebelahkloaka. Juga terdapat jenis reptilia yang tidak berkaki tetapi bukan ular, iaitucicak tanpa kaki; bezanya adalah, ular tiada kelopak mata dan telinga luaran.

Ular ditemui hidup di setiap benua (kecualiAntartika),Lautan PasifikdanLautan Hindi, serta kebanyakan daratan yang lebih kecil antara yang terkecuali ialah beberapa pulau besar sepertiIrelanddanNew Zealand, serta kebanyakan pulau kecil diLautan Atlantikdan tengah Lautan Pasifik.[1]Lebih daripada 20familiular kini dikenal pasti, terdiri daripada sekitar 500genusdan sekitar 3,400spesies.Ular terdapat dalam pelbagai saiz, daripadaular benangyang hanya berukuran 10cm, hinggaular sawa rendamyang boleh mencapai 8.7 meter (29ka).[4][5]Ular dipercayai berevolusi daripada cicak yang mengorek lubang atau hidup dalam air sekitar pertengahanUsia Kapur; fosil ular terawal yang diketahui bertarikh sekitar 112 juta tahun dahulu. Kepelbagaian ular moden muncul sewaktu zamanPaleosen(sekitar 6656 juta tahun dahulu).

Kebanyakan spesies tidak berbisa; yang berbisa menggunakan bisanya terutamanya untuk membunuh dan melumpuhkan mangsa berbanding mempertahankan diri. Terdapat ular yang memiliki bisa yang cukup kuat untuk menyebabkan kesakitan yang teruk ataukematianterhadap manusia. Ular yang tidak berbisa pula menelan mangsa hidup-hidup ataumenjerutmangsa hingga mati.

Rekod fosil ular agak berkurangan keranarangkaular biasanya kecil dan rapuh, oleh itu jarang mengalamipemfosilan. Fosil-fosil yang sedia ada boleh dicamkan sebagai ular (biarpun sering memelihara kaki belakang) mula-mula muncul dalam rekod fosil padaUsia Kapur.[7]Fosil-fosil ular terawal yang diketahui datang dari tapak-tapak di Utah dan Algeria, masing-masing diwakili oleh genusConiophisdanLapparentophis. Tapak-tapak fosil ini dipercayai bertarikh pada kalaAlbiaatauSenomaniapada akhir Zaman Batu Kapur, sekitar 11294 juta tahun dahulu. Bagaimanapun, terdapat satu fosil dari tapak di Algeria yang dikatakan lebih lama, iaitu mungkin seawal kalaAptia, iaitu 125112 juta tahun dahulu.[8]Berasaskananatomi perbandingan, adalah dipersetujui bahawa ular diturunkan daripadacicak.[5]:11[9]Ular sawadanboakelompok-kelompok primitif di kalangan ular modenmempunyai saki-baki 'anggota kaki belakang', iaitu jari-jari halus bercakar yang dipanggilsusuh duburyang digunakan untuk mencekau ketika mengawan.[5]:11[10]KelompokLeptotyphlopidaedanTyphlopidaeturut memiliki saki girdel pelvis yang kadang-kadang kelihatan seperti juluran seakan-akan tanduk.

Semua ular yang diketahui tiada anggota kaki depan. Ini disebabkan oleh evolusigen Hoxyang mengawalmorfogenesisanggota kaki. Rangka paksi yang terdapat pada leluhur sepunya ular-ular, seperti mana haiwan-haiwan tetrapod yang lain, mempunyai pengkhususan setempat yang terdiri daripada vertebra serviks (leher), torasik (dada), lumbar (pinggang), sakrum (pelvis), dan kaudal (ekor). Pada awal evolusi ular, ekspresi gen Hox dalam rangka paksi yang mencetuskan perkembangan toraks menjadi dominan. Justeru, kesemua vertebra di bahagian hadapan tunas anggota kaki belakang (apabila hadir) mempunyai identiti seakan-akan toraks (kecuali daripada tulangatlas,paksi, dan 13 vertebra leher). Dalam erti kata lain, sebahagian besar rangka ular merupakan toraks yang teramat panjang. Tulang rusuk hanya terdapat pada vertebra toraks. Vertebra leher, lumbar dan pelvis amat sedikit bilangannya (hanya terdapat 210 vertebra lumbar dan pelvis), sementara vertebra kaudal hanya tinggal sebatang ekor yang pendek. Namun demikian, ekor ini masih cukup panjang untuk berguna bagi kebanyakan spesies, dan mengalami pengubahsuaian bagi sesetengah spesies yang tinggal di dalam air atau di atas pokok.

Ular moden berpecah menjadi pelbagai jenis sewaktu zamanPaleosen, pada masa yang sama ketika mamalia menjalanipenyebaran menyesuaiekoran kepupusandinosaur(yang bukan unggas). KelompokColubridaeagak banyak spesiesnya kerana memangsakanrodensia, satu kelompok mamalia yang amat berjaya.

Semua ular moden dikelompokkan dalamsuborderSerpentesmengikut taksonomiLinnaeus, sebahagian daripadaorderSquamata; namun kedudukan tepat ular dalam Squamata masih dipertikai.

Serpentesterdiri daripada duainfraorder, iaituAlethinophidiadanScolecophidia.Pemisahan ini berasaskan sifat-sifatmorfologiserta keserupaan jujukanDNA mitokondrion. Alethinophidia juga boleh dipecahkan kepadaHenophidiadanCaenophidia. Caenophidia terdiri daripada ular-ular "kolubroid" (Colubridae, Viperidae, Elapiidae, Hydrophiidae, dan Atractaspis) dan akrokordid, sementara famili-famili Alethinophidia yang lain terdiri daripada Henophidia. Biarpun tidak wujud hari ini, namunMadtsoiidae, iaitu ular seakan-akan sawa gergasi yang hidup hingga sekitar 50,000 tahun dahulu di Australia, diwakili oleh genus-genus sepertiWonambi.

Timbulnya pelbagai perbahasan tentangsystematicsatau pengkanunan yang digunakan dalam kelompok ini. Misalnya, banyak sumber mengelaskanBoidaedanPythonidaedalam satu keluarga, sementara ada juga yang memisahkanElapidaedanHydrophiidae(ular laut) atas sebab-sebab praktikal biarpun pertalian famili dan subfamili ini amat rapat.

Kajian molekul terkini menyokongmonofilibagi klad-klad ular moden, Scolecophidia, Typhlopidae + Anomalepididae, Alethinophidia, Alethinophidia teras, Uropeltidae (Cylindrophis,Anomochilus,Uropeltinae), Macrostomata, Boidae, Pythonidae dan Caenophidiae.