9
PJM3114 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 1. TAJUK ARTIKEL 1.1 Tajuk Tajuk jurnal yang saya pilih ialah Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas yang dijalankan oleh Safani Bari dan Hamdan Mohd Ali dari Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 1.2 Nama Jurnal Tidak diperolehi. 1.3 Jilid Tidak diperolehi. 1.4 Tarikh terbitan Jurnal ini telah diterbitkan pada tahun 2005. Walau bagaimanapun, tidak ada tarikh terbitan yang dinyatakan melalui sumber yang saya perolehi. LAWRENCIA LAJIUS PISMP PENDIDIKAN JASMANI JAN 11 1

ULASAN ARTIKEL.docx

Embed Size (px)

Citation preview

PJM3114 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

PJM3114 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

1. TAJUK ARTIKEL1.1 Tajuk Tajuk jurnal yang saya pilih ialah Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas yang dijalankan oleh Safani Bari dan Hamdan Mohd Ali dari Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

1.2 Nama JurnalTidak diperolehi.

1.3 JilidTidak diperolehi.

1.4 Tarikh terbitan Jurnal ini telah diterbitkan pada tahun 2005. Walau bagaimanapun, tidak ada tarikh terbitan yang dinyatakan melalui sumber yang saya perolehi.

2. PENGENALAN Artikel ini merupakan kajian yang dijalankan oleh Safani Bari dan Hamdan Mohd Ali kepada 36 orang guru di sekolah menengah di Wilayah Selangor mengenai aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas. Pelajar berkeperluan khas merupakan pelajar yang mengalami masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental.

2.1 Objektif ArtikelArtikel ini dijalankan bagi mengetahui pelaksanaan aktiviti pendidikan jasmani suaian untuk pelajar berkeperluan khas di tujuh buah sekolah yang terdapat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor.

2.2 Kumpulan sasaran Melalui artikel ini, kajian telah dijalankan oleh pengkaji ke atas guru sekolah menengah yang mengajar pendidikan jasmani di sekolah dan guru yang terlibat dalam aktiviti fizikal di luar waktu kelas formal yang melibatkan pelajar khas. Pengkaji menyatakan bahawa sekolah yang terlibat dalam kajian ini ialah 10 buah namun hanya 7 sekolah yang dinyatakan lokasinya iaitu sekolah yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor. Antara semua sekolah yang dinyatakan, 5 buah sekolah merupakan sekolah percantuman yang juga dikenali sebagai sekolah integrasi, iaitu sekolah di mana pelajar khas ditempatkan untuk belajar bersama-sama dengan pelajar normal. Walau bagaimanapun, pelajar khas tersebut akan belajar secara berasingan dengan pelajar normal. Turut dinyatakan di dalam artikel ini, kajian telah dijalankan ke atas 2 buah sekolah yang menempatkan pelajar khas sahaja.

3. RINGKASAN METODOLOGI

Melalui artikel ini, penulis telah menjalankan kajian melalui pemerhatian dan temubual. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen kajian seperti senarai semak yang mengandungi borang maklumat sekolah, kelas Pendidikan Jasmani dan kegiatan fizikal yang dijalankan di sekolah. Instrumen tersebut digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat seperti latar belakang guru pendidikan jasmani, jenis-jenis aktiviti dan permainan yang melibatkan pelajar khas, kemudahan dan peralatan sukan khusus untuk pelajar berkeperluan khas. Aspek lain yang dikaji dalam kajian ini ialah masalah pengajaran kelas pendidikan jasmani dan huraian tentang aspek modifikasi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.

4. SUMBANGAN/IMPLIKASI/RUMUSANMelalui kajian ini, pengkaji telah menggunakan statistik diskriptif untuk menganalisis data. Untuk membincangkan dapatan kajian min, kekerapan dan peratusan telah digunakan oleh pengkaji. Aspek perbincangan dalam kajian yang mereka jalankan lebih menumpukan kepada perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, tahap keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, masalah pelaksanaan dari aspek tenaga pengajar serta kesesuaian kemudahan dan peralatan pengajaran pendidikan jasmani di sekolah-sekolah khas amnya. Dapatan dalam kajian ini telah disokong dengan menggunakan temubual yang dijalankan oleh pengkaji. Dalam bahagian dapatan kajian, telah dinyatakan bahawa terdapat 7 buah sekolah yang terlibat dalam kajian. 2 buah sekolah merupakan sekolah khas dan 5 buah sekolah merupakan sekolah percantuman. Melalui kajian yang dijalankan oleh penyelidik, 36 orang guru mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani kepada pelajar khas. Namun demikian, hanya 50% (18 orang) daripada guru-guru tersebut adalah guru pendidikan jasmani yang mempunyai kelayakan. Hal ini kerana, tidak semua guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani telah mengikuti kursus untuk mengajar pendidikan jasmani suaian amnya. 28% (10 orang) daripada guru-guru tersebut mempunyai kelayakan untuk mengajar pelajar biasa yang mana dalam kelas tersebut terdapat murid berkeperluan khas manakala 6% (2 orang) guru lagi merupakan guru pendidikan jasmani di sekolah biasa yang boleh mengajar pendidikan jasmani di sekolah khas. Turut dinyatakan dalam artikel ini bahawa guru-guru ini pernah mengikuti kursus khas untuk mengajarkan pendidikan jasmani kepada golongan berkeperluan khas. Seperti yang saya telah nyatakan sebelum ini, penyelidik telah menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual untuk menjalankan kajian. Melalui kaedah yang mereka gunakan ini, didapati bahawa sekolah yang terlibat dengan kajian tidak menggunakan format pengajaran yang standard untuk mengajar pendidikan jasmani. Guru yang mengajar di sekolah berkenaan menggunakan cara mengajar yang mereka fikirkan sesuai. Penyelidik juga menyatakan bahawa cara mengajar pendidikan jasmani seperti ini adalah longgar, kerana mengikut budi bicara guru yang mengajar subjek ini. Guru di sekolah ini juga mengajar pendidikan jasmani kepada pelajar berkeperluan khas dengan merujuk kepada buku panduan untuk mengajar pelajar normal. Bagi pelajar berkeperluan khas di sekolah percantuman, mereka kurang diberikan perhatian kerana bilangan mereka adalah sedikit berbanding pelajar normal. Pada pendapat saya, melalui hal ini dapat dilihat dengan jelas perbandingan di antara pelajar berkeperluan khas dan pelajar normal. Menurut artikel ini juga, pengkaji mendapati bahawa guru pendidikan jasmani yang mengajar pelajar biasa tidak melakukan ubahsuai terhadap pengajaran untuk pelajar khas. Di samping itu juga, peralatan yang digunakan untuk mengajar pelajar khas juga adalah sama dengan alatan yang digunakan oleh pelajar normal. Pengajaran yang dilakukan oleh guru kepada pelajar yang bercampur di antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas juga menyebabkan penglibatan pelajar khas adalah terhad kerana mereka akan melakukan aktiviti mengikut keupayaan mereka sendiri. Penyelidik juga mendapati bahawa jumlah waktu mengajar pendidikan jasmani adalah berbeza antara sekolah. Di dalam artikel ini, turut dinyatakan bahawa kebanyakkan sekolah menjalankan sesi pengajaran sebanyak 2 kali dengan 40 minit setiap sesi namun terdapat 2 buah sekolah yang melaksanakan 60 minit waktu pengajaran sekali seminggu, 2 buah sekolah lagi menjalankan pengajaran sebanyak 2 kali dengan 30 minit setiap satu waktu. Selain itu, terdapa 2 buah sekolah yang menjalankan pengajaran yang berbeza untuk pelajar normal dan pelajar khas. Untuk kelas biasa, kelas pendidikan jasmani dijalankan selama 2x30 untuk kelas khas dan 2x40 minit untuk pelajar khas. Di samping itu, melalui kajian yang dijalankan juga, pengkaji mendapati bahawa permainan yang digunakan dalam pendidikan khas terdiri daripada dua. Bagi sekolah percantuman, penyelidik menyatakan bahawa permainan yang digunakan untuk pelajar berkeperluan khas adalah sama dengan pelajar normal. Hal ini kerana majoriti pelajar yang terdapat di sekolah tersebut ialah pelajar normal. Sama seperti aktiviti pendidikan jasmani, alatan yang digunakan untuk mengajar pendidikan jasmani kepada pelajar khas juga merupakan alatan yang digunakan oleh pelajar normal. Menurut pengkaji lagi, bagi sekolah khas, alatan yang berbeza hanyalah alatan yang digunakan oleh pelajar yang mempunyai masalah penglihatan. Penyelidik menyatakan bahawa walaupun pelajar ini memainkan permainan yang sama namun guru akan melakukan pengubahsuaian mengikut kemampuan pelajar tersebut. Pengubahsuaian juga dilakukan terhadap peralatan di dalam gimnasium agar tidak akan membahayakan keselamatan pelajar tersebut. Dalam artikel ini juga telah dinyatakan beberapa masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani terhadap pelajar berkeperluan khas oleh guru-guru di sekolah percantuman dan sekolah khas amnya. Penyelidik menyatakan bahawa faktor-faktor tersebut menjadi halangan dan menyebabkan kesukaran bagi menjalankan aktiviti pendidikan jasmani walaupun guru-guru menyedari betapa pentingnya aktiviti ini kepada pelajar-pelajar khas. Ada juga di antara aktiviti ini tidak dapat dijalankan langsung kerana faktor keselamatan kawasan atau peralatan yang tidak bersesuaian dengan pelajar jika masih digunakan. Pada bahagian penutup, penyelidik membuat kesimpulan bahawa jumlah pelajar yang perlu ditangani oleh guru pendidikan jasmani adalah terlalu ramai untuk pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Kesan daripada bilangan pelajar yang terlalu ramai ini, tugasan mengajar pendidikan jasmani telah diagih-agihkan kepada guru yang tidak mempunyai kelayakan atau latihan rasmi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Nisbah di antara guru tidak terlatih dengan guru terlatih untuk mengajar pendidikan jasmani adalah lebih besar. Sebagai contoh di salah sebuah sekolah di selangor, nisbah guru bertauliah dan tidak bertauliah mengajar pendidikan jasmani ialah 3:19. Hal ini menunjukkan bahawa apabila tiada guru yang terlatih dalam bidang pendidikan jasmani, tugas tersebut akan diberikan kepada guru-guru yang tidak terlatih. Pengkaji mendapati banyak pelajar berkeperluan khas yang kurang mendapat perhatian terutamanya pelajar yang belajar di sekolah percantuman. Pengajaran pendidikan jasmani juga kurang berkesan akibat bilangan pelajar yang terlalu ramai bukan sahaja pelajar normal malahan turut meninggalkan impak kepada pelajar khas. Penyelidik menyatakan bahawa dalam aktiviti pendidikan jasmani, pelajar khas di sekolah percantuman akan kurang mendapat perhatian kerana bilangan mereka yang sedikit dan kehadiran mereka dianggap kurang penting. Dalam artikel ini juga, penyelidik turut menyatakan pendidikan jasmani yang dilaksanakan secara tidak terancang tidak akan membawa sebarang kesan positif kepada perkembangan fizikal, emosi dan mental. Kategori kesihatan yang paling utama untuk pelajar yang mempunyai kekurangan upaya secara fizikal yang melibatkan aspek kesihatan ialah apabila kekurangan-kekurangan itu sendiri boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan individu tadi secara timbal balik (Heller, 2000). Aktiviti fizikal seperti kekejangan otot menyebabkan mereka sukar untuk melakukan sesuatu pergerakan dan menghadkan pergerakan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Penyelidik berpendapat bahawa otot-otot yang kurang sempurna ini perlu dilatih dan dilazimkan ke tahap yang melebihi optimum bagi membantu pelajar berkeperluan khas ini hidup di luar sekolah dengan lebih baik dan lebih pandai berdikari. Saya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh penyelidik kerana dengan adanya pembelajaran mengenai aktiviti fizikal di sekolah, pelajar berkeperluan khas akan lebih terdidik terutamanya dalam aktiviti fizikal yang melibatkan kehidupan harian mereka. Hal ini akan membantu mereka untuk berdikari tampa mengharapkan bantuan daripada orang lain untuk mengurus dan meneruskan kehidupan seharian mereka. Penyelidik juga menyatakan bahawa guru haruslah bersikap sabar dan positif terutamanya apabila berhadapan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Pada pendapat saya, kesabaran yang tinggi sangat diperlukan oleh seorang guru untuk menangani pelajar berkeperluan khas kerana perbezaan kekurangan dalam diri pelajar khas memerlukan tahap kesabaran yang berbeza. Pelajar pendidikan khas amnya mempunyai kemampuan yang berbeza berbanding pelajar normal yang lain. Oleh itu, seorang guru pendidikan jasmani perlulah peka terhadap setiap kekurangan yang dihadapi oleh pelajar mereka masing-masing.

5. KRITIK Melalui artikel ini, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat saya lihat. Kelebihan yang pertama yang dapat saya lihat dalam artikel ini ialah penyelidik menjalankan kajian di beberapa buah sekolah berbeza program persekolahan seperti sekolah khas, sekolah percantuman dan sekolah inklusif. Melalui hal ini, pengkaji akan dapat membuat perbandingan antara sekolah, bukan hanya membuat kesimpulan bagi satu-satu sekolah sahaja. Ketepatan hasil kajian juga dapat dipastikan melalui hal ini. Selain itu, pengkaji juga menggunakan nisbah bagi membuat perbandingan di antara guru terlatih dan tidak terlatih dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Hal ini memudahkan perbandingan bilangan guru terlatih dan tidak terlatih dalam pendidikan jasmani amnya bagi sekolah-sekolah yang telah dipilih. Walau bagaimanapun, saya mendapati terdapat beberapa kelemahan yang terdapat dalam artikel. Perkara pertama ialah mengenai bilangan sekolah yang digunakan oleh penyelidik untuk menjalankan kajian. Pada bahagian responden kajian, penyelidik menyatakan bahawa kajian telah dijalankan di sepuluh buah sekolah menengah yang terpilih. Namun hanya 7 sekolah sahaja yang telah diterangkan dalam artikel. Hal ini menyebabkan pembaca kurang jelas tentang bilangan sekolahsebenar yang digunakan untuk menjalankan kajian. Penyelidik juga menggunakan bilangan program persekolahan yang tidak sama. sebagai contoh, kajian telah dijalankan di 5 buah sekolah percantuman, 2 sekolah khas dan tidak dinyatakan sekiranya penyelidik ada menggunakan sekolah program inklusif dalam kajian mereka atau tidak. Hal ini menyebabkan tidak semua jenis program sekolah dapat dinilai terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani suaian untuk pelajar berkeperluan khas di sekolah. Pada pendapat saya, hasil penyelidikan akan lebih baik sekiranya penyelidik menggunakan ketiga-tiga program sekolah untuk menjalankan kajian mengenai pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani suaian di samping menggunakan bilangan setiap program sekolah adalah seimbang. Kelemahan lain yang dapat saya lihat dalam artikel ini ialah penyelidik tidak menyatakan dengan jelas perbezaan waktu pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani di 7 buah sekolah yang telah dipilih. Hal ini kerana, melalui artikel hanya 6 buah sekolah yang diterangkan waktu mengajar pendidikan jasmani manakala 1 sekolah lagi tidak dinyatakan. Hal ini dengan jelas menunjukkan kelemahan yang terdapat dalam artikel. LAWRENCIA LAJIUS PISMP PENDIDIKAN JASMANI JAN11 8