2
TUTORIAL 6 NAMA : RADIAH BINTI RAMLI : NURUL AIDA BINTI HUSSIN ‘Ulasan cerita The Ron Clark Story’ Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana seorang guru, Mr. Ron Clark mengawal tingkah laku murid-muridnya di dalam bilik darjah sehingga mampu mengubah sikap mereka menjadi lebih baik dan bersemangat untuk belajar. Antara tindakan yang telah diambil oleh Mr. Ron Clark untuk mengendalikan kawalan kelas ialah: 1. Mr. Clark menekankan hubungan sesama mereka adalah sebagai sebuah keluarga. Mereka perlu saling menghormati, bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain. 2. Mr. Clark telah menetapkan peraturan-peraturan tertentu semasa kali pertama masuk kelas. Setelah beberapa kali masuk ke kelas dan membuat pemerhatian terhadap situasi kelas tersebut, beliau telah menambah beberapa peraturan baharu yang dirasakan perlu untuk dipatuhi oleh muridnya. 3. Dari semasa ke semasa, Mr. Clark cuba mengenali dan memahami latar belakang setiap anak muridnya. Beliau meluangkan masa melawat muridnya di rumah bagi mengetahui aktiviti harian yang dilakukan oleh murid. Beliau bermain bersama-sama murid bagi membina hubungan yang baik dengan mereka.

Ulasan Cerita the Ron Clark Story

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ulasan Cerita the Ron Clark Story

TUTORIAL 6

NAMA : RADIAH BINTI RAMLI : NURUL AIDA BINTI HUSSIN

‘Ulasan cerita The Ron Clark Story’

Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana seorang guru, Mr. Ron Clark mengawal tingkah laku

murid-muridnya di dalam bilik darjah sehingga mampu mengubah sikap mereka menjadi lebih

baik dan bersemangat untuk belajar. Antara tindakan yang telah diambil oleh Mr. Ron Clark

untuk mengendalikan kawalan kelas ialah:

1. Mr. Clark menekankan hubungan sesama mereka adalah sebagai sebuah keluarga.

Mereka perlu saling menghormati, bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain.

2. Mr. Clark telah menetapkan peraturan-peraturan tertentu semasa kali pertama masuk

kelas. Setelah beberapa kali masuk ke kelas dan membuat pemerhatian terhadap situasi

kelas tersebut, beliau telah menambah beberapa peraturan baharu yang dirasakan perlu

untuk dipatuhi oleh muridnya.

3. Dari semasa ke semasa, Mr. Clark cuba mengenali dan memahami latar belakang setiap

anak muridnya. Beliau meluangkan masa melawat muridnya di rumah bagi mengetahui

aktiviti harian yang dilakukan oleh murid. Beliau bermain bersama-sama murid bagi

membina hubungan yang baik dengan mereka.

4. Mr. Clark mempelbagaikan kaedah pengajaran dan menerapkan unsur ‘fun learning’

dalam proses P&P seperti nyanyian dan sebagainya.

5. Mr. Clark sering memberi kata-kata semangat dan motivasi diri kepada murid-

muridnya supaya rajin belajar dan mengetahui kepentingan menuntut ilmu.

6. Mengenali ibu bapa murid dengan lebih dekat.