8
Ulasan kritis (Artikel 1) Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua perbuatan menghantar matklumat dan proses untuk bertukar-tukar maksud supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, contohnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata dan penulisan. Kemahiran untuk berhubungan dengan orang lain selalunya dikenali sebagai kemahiran komunikasi. Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara. Kita boleh berkomunikasi dengan orang dariopada pelbagai cara antaranya komunikasi lisan iaitu perkongsian idea atau luahan pendapat melalui kata-kata. Seterusnya, komunikasi bukan verbal iaitu perkongsian perasaan yang ditunjukkan melalui pergerakan badan seperti, gaya tubuh dan gaya berjalan, pandangan mata, ekspresi wajah dan sebagainya dan akhirnya ialah cara komunikasi bertulis iaitu aktiviti merakamkan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk lambang- lambang bertulis atau grafik. Kesemua jenis komunikasi ini membantu benda hidup untuk menghantar mesej yang ingin disampaikan kepada pihak tertentu untuk menunaikan keinginan masing-masing.

Ulasan kritis.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ulasan kritis.docx

Ulasan kritis (Artikel 1)

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat,

perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan

individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan

merangkumi kedua-dua perbuatan menghantar matklumat dan proses untuk

bertukar-tukar maksud supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh

mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, contohnya bahasa gerak-geri,

bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata dan penulisan. Kemahiran untuk

berhubungan dengan orang lain selalunya dikenali sebagai kemahiran komunikasi.

Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang

aktif dan kawalan nada suara. Kita boleh berkomunikasi dengan orang dariopada

pelbagai cara antaranya komunikasi lisan iaitu perkongsian idea atau luahan

pendapat melalui kata-kata. Seterusnya, komunikasi bukan verbal iaitu perkongsian

perasaan yang ditunjukkan melalui pergerakan badan seperti, gaya tubuh dan gaya

berjalan, pandangan mata, ekspresi wajah dan sebagainya dan akhirnya ialah cara

komunikasi bertulis iaitu aktiviti merakamkan idea, pandangan atau pendapat dalam

bentuk lambang-lambang bertulis atau grafik. Kesemua jenis komunikasi ini

membantu benda hidup untuk menghantar mesej yang ingin disampaikan kepada

pihak tertentu untuk menunaikan keinginan masing-masing.

Kemahiran komunikasi in harus dikuasai oleh setiap insan bagi menunaikan

hasrat masing-masing kerana kemahiran ini penting untuk :

Memahami konteks yang betul tentang budaya bangsa orang lain.

Membantu kita memahami tingkah laku orang lain.

Mengelakkan kita daripada membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara

tanpa melihat secara lebih terperinci.

Dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan orang-orang pendidik.

Memudahkan mahasiswa membuat latihan industri, latihan amali atau

menulis latihan ilmiah.

Melatih mahasiswa bekerja secara berkumpulan.

Melatih mahasiswa mendengar dan memahami orang lain serta menuntut

mereka bersabar dengan perangai orang lain.

Page 2: Ulasan kritis.docx

Belajar menguasai cara menulis surat lamaran pekerjaan yang baik.

Dapat merangka sebuah “curiculum vitae” yang menarik dan lengkap.

Menguasai kemahiran berkomunikasi yang baik semasa melamar pekerjaan.

Kesemua perkara di atas , boleh dilakukan dengan baik sekiranya kita mempunyai

kemahiran komunikasi yang baik. Oleh itu, setiap guru di sekolah-sekolah seluruh

Malaysia bertanggungjawab untuk mendidik setiap anak murid mereka untuk

berkomunikasi dengan baik. Guru harus meningkatkan kemahiran komunikasi murid-

murid bagi kesejahteraan mereka.

Artikel yang telah saya pilih, jelas menunjukkan kepentingan dan cara

pelaksanaan kemahiran komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. artikel ini sepenuhnya menekankan pelaksanaan aktiviti komunikatif dalam

pengajaran bahasa Melayu Sekolah Rendah. Artikel ini menjelaskan bahawa aktiviti

komunikatif merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran komunikasi

sepenuhnya ketika melakukan sesuatu interaksi atau pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, situasi komunikasi sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran seperti

main peranan, simulasi, interaksi sebenar adalah antara aktiviti komunikatif yang

boleh dilakukan oleh guru di dalam kelas. Dengan ini guru boleh meningkatkan

pembelajaran bahasa yang berkesan dalam kalangan murid.

Kajian yang telah dijalankan dalam artikel ini menjelaskan tentang beberapa

kriteria aktiviti komunikatif yang harus dilakukan oleh guru di dalam kelas. Yang

pertamanya ialah hasrat komunikasi iaitu aktiviti yang dijalankan hendaklah

menimbulkan hasrat untuk berkomunikasi. Pelajar merasakan mereka benar-benar

perlu untuk bercakap dan berkomunikasi. Daripada pengalaman saya semasa

mengajar di dalam kelas, saya memberikan salah satu aktiviti yang menggalakkan

anak murid saya untuk berinteraksi dengan rakan sekumpulan mereka. Saya

sentiasa memastikan bahawa sekurang-kurangya mempunyai satu aktiviti kumpulan

dalam pengajaran saya. Semasa memberikan kerja kumpulan kepada murid-murid

saya, saya akan memastikan bahawa setiap kumpulan berhasrat untuk

berkomunikasi untuk mengenali sesuatu. Contohnya, semasa saya menggunakan

Page 3: Ulasan kritis.docx

strategi bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran, saya dapat membuka ruang

kepada murid untuk berkomunikasi bagi menunaikan hasrat mereka. Dalam sesi

pengajaran pertama telah memulakan penceritaan dengan memperkenalkan tajuk

cerita dan cerita melalui gaya, intonasi dan nada yang sesuai. Kemudian saya

memberhentikan cerita tersebut dan meminta seorang murid menyambung cerita itu

di hadapan kelas.

Semasa murid bercerita, murid-murid lain diberi ruang untuk menyoal bagi

mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kata tanya. Selepas murid

selesai bercerita, saya telah meminta murid membentuk dua kumpulan kecil. Murid

diminta bersoal jawab untuk mendapatkan maklumat dan berbincang serta

menyusun maklumat-maklumat yang diperoleh berdasarkan cerita yang

disampaikan oleh rakan mereka itu tadi. Menurut artikel yang saya kaji, dalam

pengajaran aktiviti komunikatif yang dijalankan, sesuatu aktiviti perlu dapat

menimbulkan hasrat dalam diri murid untuk berkomunikasi dan bertanyakan

maklumat. Aktiviti seperti ini dapat menimbulkan motivasi pada diri murid dan dapat

menimbulkan minat untuk mereka menggunakan bahasa yang sesuai yang sedang

dipelajari. Daripada pengalaman saya, aktiviti ini juga telah menggalakkan murid

saya untuk menggunakan bahasa yang lebih bebas, tiada rasa rendah diri, tiada

rasa malu, mencuba, mencari peluang dan bekerjasama dengan rakan untuk

berkongsi maklumat. Dengan ini, melalui komunikasi dengan kumpulan lain murid-

murid saya dalam kumpulan dapat mencapai hasrat mereka untuk mendapatkan

maklumat tentang cerita tersebut seperti pengajaran daripada cerita tersebut, nilai-

nilai murni dan sebagainya.

Yang keduanya ialah tujuan komunikasi. Artikel ini menjelaskan bahawa aktiviti

komunikasi yang dijalankan harus mempunyai sesuatu tujuan untuk berkomunikasi.

Dalam aktiviti bercerita yang saya jalankan di dalam kelas, murid yang bercerita di

hadapan kelas berusaha menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya agar

rakan-rakannya yang lain dapat mengetahui cerita seterusnya. Murid-murid lain pula

berusaha menyoal dengan pelbagai kata tanya kepada murid yang bercerita itu

dengan tujuan untuk mendapat maklumat cerita. Contohnya, “apakah kesilapan

yang dilakukan oleh arnab semasa pertandingan berlumba?”, “kenapakah arnab

tewas dengan kura-kura dalam pertandingan berlumba?”. “Apakah tujuan arnab

memanggil kura-kura untuk bertanding dalam pertandingan berlumba dengannya?”.

Page 4: Ulasan kritis.docx

Saya sebagai pemerhati hanya memberi isyarat gerak badan tanda soalan yang

dikemukakan oleh murid adalah betul.

Kriteria yang ketiga pula, murid yang berkomunikasi harusberfokus kepada

kandungan dan bukan kepada struktur bahasa. Menurut artikel yang saya kaji, ia

menyatakan bahawa sekiranya murid mempunyai tujuan yang ingin disampaikan,

maka pemerhatian mereka adalah tertumpu pada kandungan apa yang diucapkan

dan bukan kepada bentuk bahasa yang digunakan. Daripada pengalaman saya di

dalam kelas, murid yang bercerita di hadapan kelas akan menggunakan bahasa

yang dia fikirkan sesuai dengan kemahiran berbahasa sedia ada. Murid-murid yang

dengar cerita tersebut menumpukan pada bahasa yang digunakan oleh penutur dan

mencuba untuk memahami bahasanya untuk memahami kandungan cerita. Oleh itu,

murid-murid tersebut hanya menumpukan kepada mesej yang hendak disampaikan

bukan kepada struktur bahasa yang digunakan untuk menyampaikan mesej

tersebut.

Menurut artikel kriteria seterusnya ialah kepelbagaian struktur bahasa. Dalam

aktiviti cerita tersebut murid-murid menggunakan pelbagai bentuk struktur bahasa

dan mereka berasa bebas menggunakan struktur bahasa yang menjadi pilihannya.

Contohnya, dalam pengajaran saya, kesemua murid tidak mengetahui kesudahan

cerita yang disampaikan oleh murid yang bercerita. Untuk mengetahui cerita

tersebut murid-murid terpaksa menanyakan soalan dengan pelbagai kata soal untuk

mendapatkan jawapan. Contohnya, apakah terjadi pada arnab? Adakah arnab

menang dalam pertandingan? Soalan – soalan ini ialah soalan spontan daripada

murid-murid semasa sesi pengajaran.

Kriteria seterusnya dalam artikel tersebut ialah kurang campur tangan guru.

Keseluruhan sesi pengajaran saya, saya telah bertindak sebagai pemerhati dan

pembimbing sahaja. Saya telah memberikan kebebasan sepenuhnya kepada murid-

murid untuk berinteraksi. Saya memberi isyarat tangan sekiranya terdapat kesilapan

dalam kata soal. Dengan ini, saya dapat memerhatikan berlakunya komunikasi

sesama murid. Murid-murid saya juga berusaha sendiri dengan cara mencuba.

Akhirnya mengurangkan pengawalan terhadap bahan. Saya tidak mengarahkan

murid untuk menggunakan bahan atau bahasa yang tertentu sahaja. Ini kerana

pengajaran sebegini biasanya mengehadkan pilihan murid terhadap apa yang

Page 5: Ulasan kritis.docx

hendak diperkatakan oleh mereka dan juga pengehadan sebegini akan menafikan

ciri kepelbagaian bahasa seperti mana fakta yang dijelaskan dalam artikel yang saya

pilih.

Daripada pengalaman salah seorang guru bahasa di sekolah saya, dapat

katakan bahawa aktiviti komunikatif yang memenuhi kriteria-kriteria tersebut akan

meningkatkan penglibatan murid dengan aktif dalam interaksi dan komunikasi dalam

kelas. Selain itu, bahan dan kandungan yang dipilih oleh guru hendaklah memenuhi

prinsip-prinsip aktiviti komunikatif, terutamanya daripada aspek fungsi-fungsi bahasa

dan tugas komunikasi. Ini kerana pengajaran aktiviti komunikatif didapati telah

membantu murid meningkatkan keupayaan bertutur dan berinteraksi daripada

pengalaman saya semasa pengajaran dan pembelajaran.

Tuntasnya, Kemahiran komunikasi adalah suatu aspek yang penting kepada

murid agar murid dapat memahami dan menguasai kemahiran berkomunikasi.

Namun begitu, terdapat pelbagai halangan dalam berkomunikasi. Halangan-

halangan tersebut dapat dielakkan sekiranya guru mendidik murid untuk

menggunakan kaedah dan cara penyampaian yang betul semasa berkomunikasi

seperti penggunaan lisan dan bahasa tubuh yang betul. Komunikasi yang berkesan

memudahkan murid dan orang sekeliling untuk berhubung dan memahami antara

satu sama lain. Komunikasi yang tidak berkesan pula boleh menimbulkan salah

faham dalam perhubungan individu dengan orang lain. Oleh itu, kemahiran

berkomunikasi penting untuk memastikan hubungan yang baik antara murid dengan

masyarakat sekeliling termasuklah ibu bapa, rakan-rakan, guru dan pendidik, serta

orang awam