2
UMP dan Yayasan Sime Darby sumbang kelengkapan sekolah dalam Program Kembali ke Sekolah `Huluran Kasih’ UMP dan Yayasan Sime Darby sumbang kelengkapan sekolah dalam Program Kembali ke Sekolah `Huluran Kasih’ / Pekan, 12 Disember – Seramai 300 pelajar sekolah rendah dan menengah yang terdiri daripada anak-anak golongan berpendapatan rendah (B40) sekitar Kuantan dan Pekan seronok menerima pakaian dan kelengkapan sekolah baharu dalam program Kembali ke Sekolah `Huluran Kasih’ anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Yayasan Sime Darby (YSD) di UMP Pekan hari ini. COMMUNITY (/COMMUNITY) 13 December 2018 0 Comments (/community/ump-dan-yayasan-sime-darby-sumbang-kelengkapan-sekolah-dalam-program-kembali-ke- sekolah/#comments) (http://mygift.ump.edu.my/index.php/ms/wakaf-kolej-kediaman)

UMP dan Yayasan Sime Darby sumbang kelengkapan sekolah ...umpir.ump.edu.my/id/eprint/23277/1/UMP dan Yayasan Sime Darby sumbang... · UMP dan Yayasan Sime Darby sumbang kelengkapan

  • Upload
    others

  • View
    22

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

UMP dan Yayasan Sime Darby sumbang kelengkapan sekolah dalam Program Kembali ke Sekolah `Huluran Kasih’

UMP dan Yayasan Sime Darby sumbang kelengkapansekolah dalam Program Kembali ke Sekolah `HuluranKasih’

/

Pekan, 12 Disember – Seramai 300 pelajar sekolah rendah dan menengah yang terdiri daripada anak-anak golongan

berpendapatan rendah (B40) sekitar Kuantan dan Pekan seronok menerima pakaian dan kelengkapan sekolah baharu

dalam program Kembali ke Sekolah `Huluran Kasih’ anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Yayasan

Sime Darby (YSD) di UMP Pekan hari ini.

COMMUNITY (/COMMUNITY)

13 December 2018 0 Comments (/community/ump-dan-yayasan-sime-darby-sumbang-kelengkapan-sekolah-dalam-program-kembali-ke-sekolah/#comments)

(http://mygift.ump.edu.my/index.php/ms/wakaf-kolej-kediaman)

Hadir menyampaikan sumbangan adalah Ahli Lembaga Pengarah UMP, Dato’ Aishah Shaikh Ahmad,   Ketua Pegawai

Eksekutif  Yayasan Sime Darby, Hajjah Yatela Zainal Abidin, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof.

Dr. Jamil Ismail dan Ketua Pegawai Operasi merangkap Pendaftar, Abd. Hamid Majid.

Program ini merupakan hasil sumbangan pihak YSD untuk meraikan anak-anak dari 60 buah sekolah yang akan memulakan

persekolahan pada Januari 2019 akan datang dan sebagai usaha membantu meringankan beban keluarga. Setiap daripada

mereka menerima sepasang baju sekolah, kasut, stokin, alat tulis dan beg sekolah.

Menurut Prof Dr. Jamil, program ini hasil kerjasama erat antara pihak UMP dan Yayasan Sime Darby dalam

memperkukuhkan lagi jaringan strategik kedua-dua pihak yang telah sedia terbina. UMP sentiasa terbuka dan bersedia

untuk meneroka ruang dan potensi kolaborasi strategik yang lebih luas dengan pihak YSD.

“Ini termasuk perkongsian kepakaran sainti�k dan teknikal Universiti ini dengan fokus urusan dan teras YSD sama ada dalam

bidang Akademik atau Corporate Social Innovation (CSI). Selaras dengan pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020, pihak

pengurusan Universiti ini  komited untuk memasyarakatkan UMP melalui dua medium utama iaitu kepakaran teknologi dan

gerak kerja kesukarelawanan,” katanya.

Dalam hubungan ini, pelbagai inisiatif libatsama sosial (social engagement) sedang dan akan diaturgerak bagi memastikan

masyarakat umum, khususnya rakyat di Negeri Pahang menerima manfaat daripada kewujudan Universiti ini. 

Justeru, bagi menjayakan agenda Universiti Komuniti dalam kerangka pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020, pihak

pengurusan Universiti ini sentiasa menyambut baik sebarang hasrat daripada mana-mana jabatan, agensi, syarikat

berkaitan kerajaan, badan swasta, pertubuhan awam atau individu untuk berkolaborasi dalam pelbagai bentuk demi faedah

umum.

Program pada hari ini bukan pengagihan peralatan sekolah semata-mata, malahan pihak YSD bersama 30 orang delegasinya

turut turun padang melaksanakan gotong-royong di 12 buah rumah yang merupakan penerima manfaat program Facelift

UMP yang telah dijalankan UMP. 

Sehingga kini, sebanyak 114 buah rumah penduduk kampung telah dibaikpulih menerusi program Facelift  bagi menaik taraf

kampung ini dengan kerja-kerja mengecat rumah penduduk, kerja pembersihan, pengindahan, baik pulih rumah dan

pemasangan solar bakal memberi keselesaan kepada penduduk.

Delegasi YSD turut berpeluang melawat rumah dan Kuala Pahang House atau singkatannya KP House yang merupakan

 pusat sehenti aktiviti dan interaksi antara warga UMP dan generasi muda di Kampung Kuala Pahang. Pelaksanaan inisiatif

Kuala Pahang Facelift 2.0 kini memberi tumpuan kepada aspek motivasi diri, literasi pengetahuan, penerapan minat Sains,

teknologi, Kejuruteraan, Matematik dan Sains (STEM) dan Bahasa Inggeris melalui penglibatan warga kerja dan mahasiswa

Universiti ini. 

TAGS / KEYWORDS

UMPCSR (/umpcsr)

KHIDMATKOMUNITI (/khidmatkomuniti)