22
1.0 Pengenalan Undang-undang merupakan sebahagian daripada keseluruhan sistem masyarakat yang bergerak, mengawal tindak tanduk manusia yang sering membentuk unsur-unsur dinamik selaras dengan dinamiknya kebudayaan dalam masyarakat tadi. Undang-undang tersebut mempunyai sejarah permulaanya, kemudian ia berkembang sesuai dengan perkembangan dan perubahan masyarakatnya. Kemudian undang-undang itu diwarisi dari semasa ke semasa dan zaman ke zaman untuk melindungi masyarakat, negeri dan menjaga keamanan. Undang-undang atau sistem perundangan adalah suatu cara untuk menyelesaikan berbagai-bagai bentuk konflik dan kekecohan dalam masyarakat (antara sesama individu, dalam kalangan sesama kelompok atau antara individu dan kelompok dengan sistem keadilan yang telah ditentukan oleh masyarakat tersebut). Adat dan undang-undang adat tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat Melayu. Adat merupakan amalan yang sudah diamalkan sejak dari zaman nenek moyang mereka lagi. Pengamalan yang sudah begitu lama ini akhirnya menjadi sebati dalam kehidupan masyarakat Melayu sehingga akhirnya menjadi hukum adat. Hukum adat ini diserap menjadi undang-undang dalam usaha untuk mengawal tingkah laku masyarakat pada ketika itu. Sesetengah sarjana berpendapat bahawa undang-undang tradisional ini sebenarnya merupakan indikator dalam menunjukkan sudut pandang dan cara masyarakat tradisional berfikir. Ini kerana setiap yang termaktub dalam undang-undang tersebut mencerminkan cara hidup mereka. Pada zaman tradisional khususnya sebelum kedatangan Barat, terdapat negeri yang mempunyai undang-undang sendiri yang mana keadaan ini telah mendapat perhatian daripada pihak Barat untuk mengkajinya. Hal ini telah dinyatakan oleh Liaw Yock Fang dalam penulisannya, iaitu;- “Sir Stamford Raffles was the first person to realize the value of studying classical Malay legal codes. While he was in Penang (1805-1810), he employed 4 Malay secretaries to collect legal documents. He rejected the contemporary

Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Undang-undang Pahang semasa era pemerintahan Sultan Abdul Ghapur.

Citation preview

Page 1: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

1.0 Pengenalan

Undang-undang merupakan sebahagian daripada keseluruhan sistem masyarakat yang

bergerak, mengawal tindak tanduk manusia yang sering membentuk unsur-unsur dinamik

selaras dengan dinamiknya kebudayaan dalam masyarakat tadi. Undang-undang tersebut

mempunyai sejarah permulaanya, kemudian ia berkembang sesuai dengan perkembangan dan

perubahan masyarakatnya. Kemudian undang-undang itu diwarisi dari semasa ke semasa dan

zaman ke zaman untuk melindungi masyarakat, negeri dan menjaga keamanan. Undang-

undang atau sistem perundangan adalah suatu cara untuk menyelesaikan berbagai-bagai

bentuk konflik dan kekecohan dalam masyarakat (antara sesama individu, dalam kalangan

sesama kelompok atau antara individu dan kelompok dengan sistem keadilan yang telah

ditentukan oleh masyarakat tersebut).

Adat dan undang-undang adat tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat Melayu.

Adat merupakan amalan yang sudah diamalkan sejak dari zaman nenek moyang mereka lagi.

Pengamalan yang sudah begitu lama ini akhirnya menjadi sebati dalam kehidupan

masyarakat Melayu sehingga akhirnya menjadi hukum adat. Hukum adat ini diserap menjadi

undang-undang dalam usaha untuk mengawal tingkah laku masyarakat pada ketika itu.

Sesetengah sarjana berpendapat bahawa undang-undang tradisional ini sebenarnya

merupakan indikator dalam menunjukkan sudut pandang dan cara masyarakat tradisional

berfikir. Ini kerana setiap yang termaktub dalam undang-undang tersebut mencerminkan cara

hidup mereka.

Pada zaman tradisional khususnya sebelum kedatangan Barat, terdapat negeri yang

mempunyai undang-undang sendiri yang mana keadaan ini telah mendapat perhatian daripada

pihak Barat untuk mengkajinya. Hal ini telah dinyatakan oleh Liaw Yock Fang dalam

penulisannya, iaitu;-

“Sir Stamford Raffles was the first person to realize the value of

studying classical Malay legal codes. While he was in Penang

(1805-1810), he employed 4 Malay secretaries to collect legal

documents. He rejected the contemporary scholarly idea that

Malays had no understanding of law, firmly insisting that each

kingdom had its own code.”1

1 Liaw, Yock Fang, A History of Classical Malay Literature, Singapura: ISEAS Publishing, 2013, hlm. 414.

Page 2: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

Pernyataan di atas menunjukkan bahawa orang Barat sendiri telah mengiktiraf terdapatnya

undang-undang tradisional yang digunapakai dan dipatuhi oleh masyarakatnya pada ketika

itu. Stamford Raffles sendiri telah menyelar mereka yang mengatakan masyarakat Melayu

tidak tahu apa-apa mengenai undang-undang. Bahkan beliau dengan tegas mengatakan setiap

negeri sudah mempunyai undang-undangnya yang tersendiri. Di Pahang misalnya sudah

wujud apa yang dikenali sebagai Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghafur.

Manuskrip Hukum Kanun Pahang telah membuktikan bahawa negeri Pahang telah

wujud sebuah negeri yang mempunyai pemerintahan yang bersistem semenjak zaman Sultan

Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592-1614). Spesifikasi manuskrip ini adalah berukuran

17sm x 22sm, mempunyai 104 halaman bertulis, tiga halaman kosong, hurufnya ditulis

dengan dakwat hitam. Halaman pertama dihiasi dengan lukisan awan larat bermotif bunga-

bungaan lima warna dan semua teks dilingkari dengan kotak segi empat berwarna merah.

Jumlah perkataan setiap muka surat kira-kira 228 patah. Namun, enam muka surat mengalami

kecacatan yang agak teruk sehingga sukar dibaca. Selain daripada mengalami kecacatan

enam muka surat sebagaimana yang dinyatakan di atas, manuskrip ini juga tidak lengkap

(mungkin satu atau dua muka surat sebelum muka terakhir hilang). Walau bagaimanapun,

kehilangan itu tidak memberi kesan yang besar terhadap kepentingan manuskrip ini.2

Undang-undang Pahang telah digubal semasa pemerintahan Sultan Abd Ghafur

Mahayuddin Syah (1592-1614) berpandukan Risalah Hukum Kanun Melaka, disebabkan

Pahang pernah menjadi jajahan takluk Melaka dan Sultan Abd Ghafur sendiri adalah

keturunan Sultan Muhammad Syah, Melaka. Hal ini jelas tercatat dalam Hukum Kanun

Pahang, iaitu :

Maka inilah surat risalah … yang menyatakan pekerjaan segala raja-raja

dan segala wazirnya di dalam negeri Pahang dan Perak dan Johor

daripada masa Sultan yang amat besar kerajaannya iaitu Sultan Abdul

Ghafur yang dikekalkan atas kerajaannya dari dunia datang ke akhirat.

Sultan Abd Ghafur telah melakukan perubahan pada peruntukan undang-undang ini

dengan memperkemaskan peruntukan sedia ada dan menambah elemen-elemen Shari’ah serta

mengurangkan unsur adat yang terdapat dalam Kanun Melaka yang menjadi asas kepada

Hukum Kanun Pahang ketika itu.

2 Mohamed Mokhtar Abu Bakar, Yaakub Isa, Monograf Pahang dalam Sejarah VII, Kuala Lumpur: United Selangor Press Sdn. Bhd., 1997, hlm. 2.

2

Page 3: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

Hukum Kanun Pahang ini mengandungi adat lembaga negeri, keistimewaan raja dan

pembesar, undang-undang jenayah, penderhaka, penzina dan undang-undang awam. Hukum

Kanun Pahang ini memperuntukkan undang-undang keterangan Islam. Para sarjana telah

sependapat bahawa Hukum Kanun Pahang amat kuat dipengaruhi oleh perundangan Islam.

Hampir separuh daripadanya diambil secara langsung daripada perundangan Islam. Sebagai

contoh peruntukan berkenaan dengan sumpah sekiranya tiada saksi dalam kes muamalat dan

syarat saksi atau Syahahah dalam kes zina, mencuri, minum arak dan membunuh orang yang

murtad. Undang-undang Islam yang terdapat dalam Hukum Kanun Pahang ini lebih lengkap

dan terperinci berbanding undang-undang Islam yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka.

Pada 25 September 1595, satu penyusunan undang-undang telah dibuat untuk

pemerintahan Sultan Abdul Ghaffur Muhaiyuddin Shah yang memerintah Pahang dari 1592

hingga 1614. Tujuan utama penyusunan itu ialah bagi memudahkan Sultan Abdul Ghaffur

melaksanakan pemerintahan dengan adil dan saksama. Undang-undang tersebut

mengandungi 93 seksyen dan terbahagi kepada beberapa bahagian. Seksyen 1-23 dari

undang-undang ini menyentuh tentang adat dan kepercayaan Hindu. Sementara Seksyen 24-

66 merupakan terjemahan Undang-undang Islam. Seksyen 67 pula merupakan sebahagian

dari Hukum Kanun Melaka dan Seksyen 68-92 menyentuh peruntukan-peruntukan bagi

orang-orang Islam.

Di samping peruntukan-peruntukan tersebut, undang-undang itu juga menggariskan

bidang kuasa raja dan pembesar-pembesar negeri, soal-soal hak milik serta kuasa awam

terhadap harta benda masing-masing dan hukuman-hukuman yang boleh dijatuhkan kepada

mereka yang menceroboh dan mengancam keselamatan awam. Memandangkan masyarakat

di zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghaffur masih lagi mengamalkan sistem perhambaan,

maka undang-undang yang disusun ini juga ada mengandungi bahagian yang menyebut dan

menentukan kedudukan hamba-hamba serta hukuman atas segala kesalahan yang mereka

lakukan. Dengan tersusunnya Undang-undang Pahang pada hari ini dalam tahun 1595,

pentadbiran Pahang telah dapat dijalankan dengan lebih licin dan teratur.

2.0 Kajian Tentang Hukum Kanun Pahang

Beberapa kajian telah dibuat oleh penelaah Barat tentang Hukum Kanun Pahang. Manuskrip

pertama (Manuskrip A) yang dikenali sebagai Manuskrip Maxwell MS 17 kepunyaan Sultan

3

Page 4: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

Idris ibni Raja Iskandar Shah (Perak) dan diberikan satu salinan kepada Sir William Maxwell.

Naskah asal kepunyaan Sultan Idris dikatakan disalin pada tahun 1819 oleh Lebagi Naina

Ahmad dan Nakhoda Ahmad Hussain. Manuskrip ini disimpan di Perpustakaan Royal Asiatic

Society, London.

Manuskrip kedua (Manuskrip B) disalin pada tahun 1884 oleh Luakang bon Ahmad

Rashid dari Kampung Kota Lama Perak daripada manuskrip kepunyaan Dato’ Seri Adika

Raja, untuk diberikan kepada Mr. Leech, kerani kepada Residen Perak. Manuskrip ini juga

dikatakan tersimpan di perpustakaan Royal Asiatic Society, London.

Manuskrip ketiga ditemui oleh R.W. Jakeman daripada koleksi simpanan Swettenham

yang dikenali sebagai Perak Museum No. 48. Manuskrip ini mengikut tulisan Jakeman

tersimpan di Muzium Perak; tetapi percubaan untuk mengetahui di mana tersimpannya

naskah tersebut gagal kerana tidak ditemui baik di Muzium Perak, Perpustakaan Negara atau

Arkib Negara.

Manuskrip Monograf Pahang dalam Sejarah VII, yang diterbitkan oleh Lembaga

Muzium Negeri Pahang adalah merupakan manuskrip keempat (Manuskrip D) Hukum Kanun

Pahang.

Pada keseluruhannya terdapat perbezaan yang nyata di antara Manuskrip A dan

Manuskrip B dengan Manuskrip D. Namun perbezaan tidak dapat dibuat dengan Manuskrip

C kerana Jakeman hanya membuat kajian secara sepintas lalu.3

3.0 Pengaruh Islam yang terdapat dalam Hukum Kanun Pahang

Sebelum kedatangan Islam orang Melayu berpegang pada perundangan yang dibentuk dalam

tradisi Hindu-Buddha yang disesuaikan dengan adat resam tempatan. Aspek perundangan

dalam tradisi Hindu berpegang pada Hukum Kanun Manu yang secara jelas membezakan

3 Ibid., hlm. 3.

4

Page 5: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

jenis hukuman berdasarkan kelas seseorang itu. Kedatangan Islam telah mengubah keadaan

ini. Hukum-hukum Islam mula dijadikan asas undang-undang yang dikuatkuasakan. Seorang

sarjana tempatan, iaitu Profesor Ahmad Ibrahim, pernah mengatakan bahawa di negeri-negeri

Melayu sebelum wujud pengaruh kerajaan British, undang-undang asas atau undang-undang

negeri ialah undang-undang Islam dan adat Melayu. Kehadiran Islam telah

memperkembangkan undang-undang bertulis seperti yang dipaparkan melalui Undang-

Undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Pahang, Undang-Undang

Kedah, Undang-Undang Perak, Undang-Undang Johor. Kesemua kitab perundangan ini

menjadi pencorak kepada perjalanan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.

Bermulanya pengaruh Islam dalam undang-undang Melayu lama ialah daripada

institusi pemerintahan beraja yang memang terdapat di Asia Tenggara. Sebelum ini di Asia

Tenggara institusi pemerintahan dan pentadbiran serta perihal undang-undang adalah

berlandaskan peraturan daripada prinsip dan budaya Hindu. Dengan kedatangan Islam

beberapa pengubahsuaian telah dilakukan pada sistem ini. Pengubahsuaian yang besar ialah

sistem pemerintahan berasaskan Islam secara tidak langsung turut mengubahkan sistem

undang-undang berlandaskan hukum Islam. Institusi kesultanan telah diperkenalkan dan ini

diwarisi daripada amalan pemerintah kerajaan Abbasiyah di Baghdad dan kerajaan Turki

Uthmaniyah.

Sistem pentadbiran Islam ini meletakkan sultan sebagai ketua negara. Mufti dilantik

sebagai penasihat sultan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadbiran negara. Selain mufti,

wujud pegawai dan petugas seperti kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitulmal,

dan penjaga harta wakaf. Penggunaan gelaran sultan telah mengukuhkan lagi kedudukan

kerajaan Islam dan undang-undang Islam di Alam Melayu dan menjamin kewibawaan raja.

Penyelarasan gelaran ini meletakkan mereka setaraf dengan pemerintahan kerajaan Islam lain

di seluruh dunia dan memupuk semangat persaudaraan di kalangan umat Islam. Dalam

sesebuah kerajaan Islam, sultan merupakan khalifah Allah atau wakil Allah di bumi dan

mereka haruslah menunaikan amanah yang dikurniakan oleh Allah, iaitu memerintah dengan

adil.

Bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri, pemimpin kerajaan Islam Asia

Tenggara telah memperkenalkan undang-undang syariah. Walaupun undang-undang ini tidak

dapat dijalankan sepenuhnya kerana masih terikat dengan undang-undang adat, namun,

5

Page 6: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

beberapa perubahan dapat dilihat. Misalnya, dalam mengendalikan kes jenayah seperti

kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka.

Dalam Hukum Kanun Pahang misalnya, Sultan Abdul Ghafur telah melakukan perubahan

kepada peruntukan undang-undang ini dengan memperkemaskan peruntukan sedia ada dan

menambah elemen-elemen Syari’ah serta mengurangkan unsur adat yang terdapat dalam

Kanun Melaka yang menjadi asas kepada Hukum Kanun Pahang. Hukum Kanun Pahang ini

memperuntukkan undang-undang keterangan Islam dalam hal undang-undang jenayah,

penderhaka, penzina dan undang-undang awam. Dalam seksyen 24-66 Hukum Kanun Pahang

merupakan terjemahan Undang-undang Islam dan seksyen 68-92 menyentuh peruntukan-

peruntukan bagi orang-orang Islam.

Undang-undang Pahang menggunakan hampir sepenuhnya peraturan berdasarkan

hukum Islam. Daripada 68 fasal semuanya, 42 fasal merupakan terjemahan daripada undang-

undang fiqh mazhab Shafi‛e. Menurut pendapat W.Linehan, selepas tahun 1450-an Masihi,

agama Islam dijadikan agama rasmi di negeri itu. Berpandukan kepada fakta sejarah bahawa

penerimaan agama Islam di Pahang, dikatakan berlaku abad ke-15 Masihi atau lebih tepat

selepas negeri itu ditakluki oleh Melaka.4

4.0 Teks Hukum Kanun Pahang

Jika dilihat di muka surat pertama teks Hukum Kanun Pahang, ia dimulakan dengan memuji

dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. seperti berikut;

4 Liaw Yock Fang, Hassan Ahmad, Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut, Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan, 2003, hlm. 53.

6

Page 7: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

Malikuhu wal-Sutanuhu wa-abadalhu wa-ihsanuhu wa-amma fadhluhu wam-

tinanuahu wa-a’alaa arimuhu wa-syakunhu wa-aaudhadu alal-alamin birruhu wa-

burhanuhu wa-atala umrhu waaqua asakiruhu.

Manuskrip yang disusun pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhayiddin Syah

ini disesuaikan daripada manuskrip hukum kanun yang digunakan di negeri-negeri lain,

khususnya di Melaka, dan kitab-kitab fiqah lain sebagai sumber rujukannya. Manuskrip

Hukum Kanun Pahang yang disusun sekitar tahun 1596 merupakan kanun tertua selepas

Undang-Undang Melaka. Sebagai manuskrip yang dituliskan lebih terkemudian, Hukum

Kanun Pahang didapati lebih lengkap daripada Undang-undang Melaka yang juga telah

dikenali sebagai Risalat Hukum Kanun Melaka, dan lebih banyak lagi berasaskan undang-

undang Islam daripada bergantung kepada amalan adat tempatan sahaja, yang kebanyakkanya

bercanggah dengan undang-undang Islam.

Sebagaimana Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang merupakan hukum

kanun yang berkembang. Kandungannya yang awal mencerminkan pengaruh Hindu iaitu

yang terdiri daripada fasal 1 hingga 23, kemudiannya ditambah 66 fasal lagi setelah

menerima pengaruh Islam. Ia berkembang lagi menjadi 67 dan kemudiannya 93 fasal setelah

menerima pengaruh Hukum Kanun Melaka serta mengutip beberapa isi daripada Undang-

undang Johor. Antara perkara yang diperuntukkan adalah seperti berikut :-

1. Undang-undang Jenayah

Termasuklah hukuman-hukuman tentang kesalahan membunuh, mencuri, menyamun dan

menceroboh. Diperuntukkan juga kesalahan berhubung dengan zina dan rogol, berjudi,

rasuah dan lain-lain. Kesemua peruntukkan tadi terdapat dalam fasal 4, 5, 6, 7, 8, 22, 46, 47,

48, 50, 51, 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59, 63, 70, 72, 74, 79, 84, 86, 90, 92 dan 93.

2. Undang-undang Muamalat

Termasuk peraturan jual beli, sewa-menyewa, gadaian, pinjam-meminjam, hutang- piutang,

upah dan lain-lain lagi. Perkara tersebut diperuntukkan dalam fasal 2, 3,9, 11, 12, 14, 16, 17,

7

Page 8: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

18, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 41, 42, 43, 44, 62, 77, 81, 85,

87 dan 88.

3. Undang-undang Keluarga dan Perkahwinan

Walaupun tidak ada peruntukan undang-undang keluarga Islam dalam teks Hukum Kanun

Pahang, namun beberapa orang sarjana sejarah yang mengkaji teks ini berpendapat bahawa

fasal 67 yang tidak dimasukkan dalam teks tersebut sebenarnya terdiri daripada fasal 25-27

Hukum Kanun Melaka iaitu bahagian undang-undang keluarga Islam.

4. Perkara Berhubung dengan Kesalahan Agama dan Ibadah

Diperuntukkan dalam fasal 60, 61, 64 dan 65.

5. Undang-undang Adat dan Perlembagaan

Menyentuh tentang tugas serta keistimewaan raja-raja serta para pembesar. Ia terdapat dalam

fasal 1, 12, 20, 21, 23, 56, 57, 75, 76, 82, 83, 89 dan 91.

Kesemua fasal yang dinyatakan adalah berpandukan kepada buku Monograf Pahang

dalam Sejarah VII, ditulis oleh Mohamed Mokhtar Abu Bakar dan Yaakub Isa yang

diterbitkan pada 1997. Hukum Kanun Pahang disusun dalam sembilan belas fasal besar, yang

tentunya memadai bagi keperluan jentera kerajaan pada zaman itu. Di samping itu terdapat

bab-bab kecil yang meliputi aspek-aspek perlakuan sosial yang memerlukan tindakan

sekiranya berlaku sebarang penyelewengan daripada norma masyarakat iaitu;

1. Fasal Pertama Hukum Kanun Pahang menerangkan tentang adat istiadat di istana;

Adat majlis Raja, adat pakaian dan kurnia Raja kepada orang Besar.

Rakyat dilarang memakai pakaian berwarna kuning.

Jika orang Besar pula memakai tanpa sebarang anugerah akan dijatuhi hukuman

bunuh).

Larangan memakai hulu keris merumbai tanpa anugerah dari Raja, hukumnya akan

dirampas (kecuali anak cucu bendahara).

Semua orang istana termasuk orang bawahan perlu mengetahui adat istiadat Raja.

Selain itu, apa yang berkaitan dengan hukum Allah wajib diikuti.

2. Fasal Kedua berkenaan dengan Bahasa Istana;

8

Page 9: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

Perkataan yang hanya boleh disebut oleh Raja:

Titah, patik, murka, kurnia dan anugerah.

Hukuman bunuh kepada siapa yang menyebut perkataan tersebut.

3. Fasal Ketiga mengenai hukum Kematian Raja;

Apabila berlaku kematian Raja, maka orang Besar dan orang Mulia tiada lagi

penaung.

Ketika adat kematian, tidak boleh menggunakan alas, bantal, sapu tangan berwarna

kuning. Pakaian berwarna kuning juga tidak dibenarkan.

4. Fasal Keempat pula berkenaan dengan hukum yang terpakai di negeri dan sungai

dan dusun pada negeri yang takluknya yang melihat berbunuh-bunuh, menikam,

menetak, memukul dan merampas;

Hukum yang pertama berkaitan dengan hukum berbunuhan, menikam, menetak,

memukul, merampas, mencuri, menuduh, mendustakan orang-orang Besar,

mempersoalkan titah dan menipu titah.

5. Fasal Kelima mengenai hukum membunuh tanpa kebenaran Raja atau orang

Besar-besar;

Walaupun niat betul (membunuh atas sebab), akan dijatuhi hukuman bunuh juga

kecuali dengan perkenan Raja.

6. Fasal Keenam pula berkaitan hukuman orang mengamuk;

Jika seorang hamba yang mengamuk dan tidak dapat ditangkap, maka dijatuhi

hukuman bunuh.

Jika orang Besar-besar kena denda 10 tahil sepaha.

Jika bendahara/bendahari tiada hukuman.

7. Fasal Ketujuh adalah hukum menderhaka dan membunuh hamba abdi;

Jika membunuh hamba Raja, kena ganti rugi 7x7 harga hamba tersebut.

Jika membunuh hamba bendahara, hukumannya sama dengan di atas.

Jika hamba mencuri, hukum bunuh.

Jika hamba mengambil isteri orang, hukum bunuh.

Jika mabuk juga dihukum bunuh.

9

Page 10: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

8. Fasal Kelapan mengenai hukum menetak orang

Pesalah akan dijatuhi hukuman bunuh.

9. Fasal kesembilan berkaitan menjatuhkan hukuman bunuh ada empat iaitu;

Bendahara boleh menjatuhkan hukuman mati jika Raja tidak ada di dalam Negara.

Temenggung menangkap orang.

Hukuman yang dijatuhkan oleh Syahbandar ketika berada di kuala.

Nakhoda berada di laut dengan titah kerana ia dianggap Raja ketika di laut.

10. Fasal kesepuluh berkaitan dengan hukum Biduanda dan Mada-mada, hamba

orang dan hamba raja;

Jika membawa biduanda keluar atau lari tanpa pengetahuan tuannya dan jika

ditakdirkan mati, akan didenda dengan harga biduanda itu.

Begitu juga halnya dengan hamba.

Namun, dalam hukum Allah (Islam) tidak ada gantian kerana kematian seseorang itu

di bawah kekuasaan Allah.

11. Fasal kesebelas menyatakan hukum mencuri;

Hukum mencuri tanaman seperti tebu, pisang, nira atau buah-buahan. Tuan empunya

tanaman berikut boleh membunuh pencuri ketika si pencuri mencuri pada waktu

malam. Tetapi ketika waktu siang, pencuri tersebut akan didenda sepuluh emas dan

barang yang dicuri akan digantung di leher dan akan dibawa mengelilingi kampung.

Jika seseorang itu mencuri kerbau, lembu, ayam atau itik dan mencuri di dalam

kandang, maka pencuri tersebut akan didenda setahil sepaha dan mengganti seekor

kerbau bersamaan dengan harganya.

Namun jika mencuri kambing di rumah tuannya, dia akan didenda sepuluh emas.

Jika mencuri ayam atau itik pula akan didenda lima emas.

Jika si pencuri adalah seorang hamba abdi, maka tuannya perlu membayar ganti rugi.

Namun jika menurut hukum Allah, orang yang mencuri kambing atau kerbau dalam

kandang hukumannya adalah bunuh dan jika mencuri di luar kandang si pencuri

hanya dikehendaki membayar harga kambing atau kerbau tersebut.

12. Fasal kedua belas berkenaan dengan hukum menawar anak bini orang.

10

Page 11: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

Menurut hukum Kanun, akan didenda sepuluh tahil. Jika yang dituduh itu adalah

hamba abdi, maka dia akan didenda dua tahil sepaha atau setengah daripada harga

tersebut.

13. Fasal ketiga belas mengenai hukum orang lari dan menyembunyikan hamba orang

dan mengurungnya, dan hukum menipu titah sultan, bendahara dan shahbandar.

Jika dia membawa lari melalui laut ke negara orang tidak dapat dijatuhi apa-apa

hukuman kecuali berserah kepada hukuman Allah.

Jika membawa lari mengikut anak sungai dalam dua hari pelayaran akan didenda tiga

emas.

Jika lari ke luar kota, didenda satu emas.

Jika orang luar lari memasuki kota akan didenda dua kupang.

Jika orang yang duduk di kawasan kota dan membawa lari orang yang juga duduk di

kawasan kota atau menyembunyikannya akan didenda dua tahil.

Jika seseorang itu didapati menipu titah sultan, akan dibunuh atau dibelah lidahnya

atau dikupas kulit kepala.

Jika menipu kepada bendahara, akan diconteng muka si penipu dan didenda dua tahil.

Jika menipu kepada shahbandar pula, akan didenda satu tahil atau disuruh bunuh diri

di hadapan orang ramai dan jika dia enggan atau melawan akan dihukum bunuh

kerana orang Besar-besar ini memikul kata-kata sultan atau bendahara.

14. Fasal keempat belas menyatakan tentang hukum tuduh menuduh.

Akan diselesaikan oleh hakim. Hakim memerlukan satu atau dua orang saksi dan jika

ada saksi, maka hukuman akan dilaksanakan mengikut hukum kanun. Si tertuduh

yang melakukan pesalah dan yang menuduh akan bersalaman sambil tangan mereka

akan diseluk dengan minyak atau timah dan hakim akan meminta mereka membaca

ayat “sumpah” untuk menunjukkan siapa yang alah dengan sumpahan tersebut maka

dia dianggap bersalah. Jika kesalahannya berat, maka akan dijatuhi hukuman mati dan

jika sebaliknya hanya akan dikenakan denda.

Namun jika mengikut hukum Allah, orang yang bersalah dan yang menuduh akan

disuruh memegang Al-Quran.

11

Page 12: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

15. Fasal kelima belas berkaitan dengan hukuman mengupah orang untuk menebang

kayu atau mengerjakan sawah padi, meminjam kerbau atau lembu dan meminjam

peralatan.

Jika seseorang itu mengupah hamba untuk menebang pokok atau bercucuk tanam

tanpa pengetahuan tuannya, dan jika ditakdirkan hamba tersebut mati, maka akan

dihukum membayar ganti sepuluh kali ganda harga hamba tersebut.

Jika menyuruh hamba orang menghantar barang, dan seandainya dia jatuh dan mati

maka akan didenda separuh daripada harga hamba tersebut. Namun jika mengupah

hamba tersebut dengan izin tuannya, hanya akan didenda 1/4 daripada harganya.

Jika meminjam hambar dengan izin tuannya untuk menebang kayu dan jika hamba

tersebut mati, maka akan didenda membayar jumlah harga hamba yang mati itu.

Jika seseorang itu meminjam kerbau atau lembu dan seandainya binatang itu mati,

maka dia akan didenda membayar harga penuh seekor binatang itu. Namun jika

meminjam kerbau atau lembu dan menyimpannya di dalam kandang dan seandainya

binatang itu mati di dalam kandang tersebut akan didenda 1/3 daripada harganya.

Hukuman bagi meminjam peralatan dan jika rosak perlu membayar denda harga

peralatan tersebut misalnya parang.

16. Fasal keenam belas mengenai hukum fadhul (mengambil tahu hal orang,

mengumpat, campur tangan dan fitnah);

Jika seseorang membunuh atau melukai atau memalukan orang lain maka akan

didenda lima tahil sepaha sedangkan dua tahil sepaha sekecil-kecil denda fadhul itu

setahil sepaha.

17. Fasal ketujuh belas adalah menyatakan hukuman mengambil upah untuk

membunuh orang atau menampar orang atau memalukan orang.

Akan didenda sepuluh tahil. Jika mengambil upah menampar atau memalukan orang

akan didenda lima tahil.

18. Fasal kelapan belas berkenaan degan hukum angkara, iaitu angkara maharajalelea

dan angkara menawar tunangan orang taua melakukan barang kehendaknya tiada

berkira-kira.

12

Page 13: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

19. Fasal kesembilan belas berkaitan dengan hal hukuman mengenai perilaku tentang

buah-buahan dalam kampung atau dalam kota negeri.

Fasal-fasal di atas jelas menyatakan bahawa negeri Pahang pada masa itu telah

memiliki satu sistem pemerintahan yang kukuh. Organisasi tersebut yang diketuai oleh raja

dan segala pembesar di bawahnya termasuklah bendahara, temenggung, penghulu bendahari

dan syahbandar. Walau bagaimanapun, setiap pembesar itu berfungsi dengan tanggungjawab

masing-masing untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara. Justeru itu, para

pembesar bertindak dengan berlandaskan undang-undang yang telah ditetapkan dalam

Hukum Kanun Pahang. Tambahan pula, undang-undang yang dilaksanakan itu tidak jauh lari

dari adat masyarakat setempat pada masa itu.

5.0 Fasal-fasal lain yang terdapat dalam Hukum Kanun Pahang

i. Fasal yang menyatakan tentang tanah perhambaan

Tanah terbahagi kepada dua iaitu tanah hidup dan tanah mati.

Tanah hidup mempunyai pemilik dan jika diceroboh boleh didakwa dan didenda 10

emas.

Tanah mati pula merupakan tanah terbiar yang tidak dipunyai oleh sesiapa. Sesiapa

pun boleh memiliki tanah ini. Jika diceroboh tidak ada sesiapa boleh mendakwa.

ii. Fasal yang menyatakan hukum kerbau lembu yang tinggal

Jika terdapat kerbau atau lembu yang ditambat di tempat yang tidak sepatutnya

(laluan orang), kemudian haiwan tersebut mencederakan orang lain, empunya haiwan

tersebut akan setahil sepaha.

Jika orang tersebut meninggal dunia akan didenda seharga orangnya.

Jika haiwan tersebut dibunuh tiada sesiapa boleh berkata.

iii. Fasal yang menyatakan hukum nakhoda mencuri dengan pada negeri orang

Jika hamba Raja mencuri akan dibunuh oleh nakhoda.

Jika hamba Syahbandar atau hamba-hamba orang besar akan dikenakan denda

sepuluh tahil sepaha.

13

Page 14: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

Jika hamba rakyat akan dikenakan denda sebanyak nilai curian.

iv. Fasal yang menyatakan tentang mengambil hamba tanpa pengetahuan tuannya

yang asal

Tiada ganti rugi diberikan kepada tuan asal jika hamba yang dipinjam itu mati.

Sebab kematian tanpa ganti rugi : ketentuan Allah (mati tiba-tiba), mati kerana

dimakan binatang, dipatuk ular dan sebagainya.

Tiada ganti rugi diberikan sekiranya mendapat kemaafan daripada tuannya.

Ganti rugi dengan membayar separuh harga hamba sekiranya hamba didapati mati

akibat kecuaian semasa meminjam hamba tersebut. Contoh semasa membuat kerja

yang diarahkan, mati lemas dan mati dalam kebakaran.

v. Fasal tentang hukum berjual beli hamba

Hamba yang dijual beli akan mengikut tuan yang membelinya, adapun demikian, si

penjual mendapat keuntungan hasil daripada menjual hamba dan selebihnya diberikan

kepada tuan hamba yang asal.

vi. Fasal tentang hukum mendapatkan perahu hanyut

Barang yang ditemukan perlu di bawa ke tengah bandar dan diperlihatkan kepada

orang ramai. Jika masih belum ditemui akan pemilinya, barang itu tersebut boleh

digunakan. Apabila telah bertemu dengan pemiliknya harus dipulangkan semula.

vii. Fasal tentang hukum menemui barang berharga seperti emas, perak dan

sewaktu dengannya.

Ia perlu diserahkan kepada hakim lalu diperlihatkan kepada orang.

viii. Fasal menderhaka kepada Raja

Dikenali sebagai hukuman 365 bagai seksa sebilang urat. Sepertinya hukuman

sepanjang tahun seumur hidupnya si pesalah. Harta dirampas manakala anak dan

isterinya menjadi hamba Raja.

Si pesalah akan menerima hukuman sepanjang hayat. Setelah mati, jasadnya akan

dibelah empat lalu dibuang ke empat tempat berbeza.

14

Page 15: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

Orang ramai pula tidak boleh membuka cerita tentangnya setelah mati dan bakal

diseksa dengan seksaan seperti dikerat lidah, dicungkil mata dan dipasakkan kedua

belah telinganya. Akhir sekali akan dibuang negeri.

ix. Fasal tentang hasil dalam negeri

Cukai dikenakan ke atas barang dagangan orang Cina

x. Fasal tentang membunuh ternakan Raja seperti kerbau dan lembu.

Sesiapa pun yang membunuh dengan atau tanpa sengaja akan haiwan milik raja akan

dihukum termasuklah bendahara dan orang biasa.

xi. Fasal tentang pemberian Ufti atau Bunga Emas

Terdapat nilai atau kadar tertentu bagi setiap ufti yang diberikan seperti setahil emas,

sepuluh emas dan sebagainya. Ia ditentukan berdasarkan jarak setiap kawasan

tersebut. Contohnya jika melalui Jeli dan Terengganu, kadar uftinya ialah setahil

emas. Jika Endau, Rompin, Bandar dan beberapa kawasan lain pula sebanyak

setengah tahil emas. Bukan itu sahaja, setiap ufti yang dikeluarkan juga disertai

dengan surat iringan yang menyebut tentang bayaran ufti tersebut.

6.0 Keseluruhan Undang-undang Sultan Abdul Ghafur

Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur (1592-1614) telah memperlihatkan struktur

pemerintahan dan perundangan yang sistematik. Seperti mana Hukum Kanun Melaka,

Hukum Kanun Pahang ini telah banyak menerapkan ajaran serta hukum Islam. Bahkan dalam

peruntukan tentang hukuman jenayah umpamanya ia telah dihuraikan dengan lebih terperinci

menurut hukum syarak. Sementara itu bagi undang-undang berhubung muamalat dan

munakahat pula masih mengandungi sedikit sebanyak pengaruh hukum adat.

Kebanyakan fasal yang diwujudkan telah dihubungkan dengan konsep ketuhanan dan

bersandarkan kepada Hadis. Hal ini menunjukkan bahawa, unsur Islam telah digubal dan

diserap ke dalam penghasilan seterusnya kepada pelaksanaan undang-undang ini. Ia bukanlah

15

Page 16: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

bertujuan bagi menakut-nakutkan pesalah, tetapi sebagai pedoman dan rujukan jika berlaku

sesuatu kes jenayah. Kebanyakan hukuman atau denda yang dikenakan adalah setimpal

dengan kesalahan yang dilakukan.

Dalam undang-undang Sultan Abdul Gahfur ini meliputi kesemua aspek perundangan

baik dari segi jenayah, kewangan, sosial dan sebagainya. Jika dilihat dalam Hukum Kanun

Pahang ini mengandungi dua bentuk hukuman iaitu berdasarkan hukum kanun dan juga

berdasarkan hukum Islam. Dapat dikatakan bahawa sultan menjadi tonggak utama dalam

memberikan hukuman kepada pesalah. Maka, tiadalah yang dapat menidakkan titah Sultan

bilamana hukuman dijatuhkan setelah melalui budi bicara baginda.

7.0 Analisis

Sesebuah organisasi memerlukan politik sebagai satu sistem dalam memastikan pergerakan

sesuatu organisasi tersebut. Dalam konteks kebudayaan Melayu, sistem politik berhubung

rapat dengan sistem dalam masyarakat Melayu. Sistem politik ini bertujuan untuk

menentukan peraturan siapa yang berkuasa dan siapa pula yang dikuasai, wilayah yang

dikuasai, hak bertindak dan dasar-dasar legitiminasi sesuatu kuasa. Sistem politik itu juga

memberi pengesahan terhadap kuasa undang-undang, corak pemerintahan kuasa, birokrasi,

organisasi menjalankan kuasa dan juga persaingan mendapatkan kuasa.

Kemakmuran dan kesejahteraan dilaksanakan melalui peraturan dan perundangan

untuk memastikan kemanusiaan di atas landasan akhlak, tatasusila, moral dan etika. Oleh

sebab itu, kepentingan mempunyai satu sistem yang kukuh untuk menjalankan jentera

pemerintahan. Dalam pendahuluan Hukum Kanun Pahang jelas disebut fungsi hukum bagi

pembesar selain sultan :

Adapun segala raja-raja hendaklah is menjadikan orang besar-besar akan

gantinya supaya tiada datang masygul kepadanya. Dan, pertama Raja itu

harus menjadikan Bendahara; kedua Temenggung; ketiga Penghulu

Bendahari; keempat Syahbandar. Maka terpeliharalah segala raja-raja itu

dengan segala rakyatnya. Maka dibahagi pula segala hukum itu kepada

tiga bahagi; segala hukum itu tiga: Pertama pada Bendahara: kedua kepada

Temenggung: ketiga pada Syahbandar; iaitu seperti hukum orang

16

Page 17: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

berjawatan dan sida-sida dan anak orang besar-besar. Adapun

Temenggung itu hukum dalam negeri dan tafahus. Dan adapun

Syahbandar itu menghukumkan segala anak dagang dan anak yatim yang

teraniya dan adat segala jong dan baluk dan barang sebagainya. Adapun

adat itu turun pada zaman raja-raja yang tua, pada adatnya akan ganti raja

itu orang tiga inilah, tiada lagi kurang itu memerintahkan.

Walau bagaimanapun, kuasa raja diperkukuhkan dengan adanya konsep daulat dan rakyat

yang derhaka akan ditimpa tulah. Oleh itu, pemusatan kuasa berada di tangan sultan

manakala pembesar hanya berkuasa di wilayah di bawah naungannya sahaja. Justeru itu,

pembesar dan rakyat perlu taat setia kepada raja atau sultan. Segala arahan raja atau sultan

haruslah dilakukan tanpa bantahan. Pemikiran masyarakat pada zaman itu telah menjelaskan

bahawa kepatuhan rakyat kepada raja perlu bagi membentuk sebuah organisasi masyarakat

yang stabil dan aman.

Selain aspek politik, dalam pemikiran dan persoalan Hukum Kanun Pahang juga

dapat dilihat dalam aspek ekonomi. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan Hukum Kanun

Pahang yang membicarakan tentang terdapatnya hukum tanah tanaman terbakar, hukum

orang bertanam, hukum orang berjual beli, hukum hasil dan cukai serta sebagainya. Contoh

teksnya iaitu:

“Tanah tanaman yang tiada diperhuma oleh tuannya. Maka barang siapa

hendak berbuat dia dipinjamnya pada tuannya atau disewanya. Kemudinya

jika berkehendak tuannya dikembalikan pada tuannya. Maka hendaklah

kamu segala sekalian menolong saudara kamu yang se-Islam.”

Menerusi Hukum Kanun Pahang ini jelas menyatakan bahawa sekiranya terdapat tanah

tanaman yang tidak diusahakan oleh pemiliknya dan ada individu yang berminat untuk

mengusahakannya maka sistem penyewaan boleh dilakukan menerusi tuannya. Seterusnya,

jika tuannya berhasrat untuk mengambil balik tanah yang disewakan itu maka haruslah

individu menjadi penyewa tersebut mengembalikannya. Seterusnya, lebihan hasil yang

diperolehi tersebut hendaklah disalurkan kepada kaum seislam yang memerlukan

pertolongan. Justeru itu, undang-undang yang terkandung dalam Hukum Kanun Pahang itu

sendiri telah membentuk pemikiran masyarakat dalam membantu kestabilan ekonomi negeri

17

Page 18: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

tersebut. Undang-undang yang dibuat bukan sahaja menguntungkan sebelah pihak tetapi

setiap individu mendapat kebajikan daripadanya.

Penduduk pada ketika itu menjalankan aktiviti pertanian, penternakan dan pencarian

hasil hutan dalam meneruskan hidup seharian mereka. Oleh yang demikian jelaslah

menunjukkan bahawa ketertinggian kebudayaan Melayu dapat dibuktikan dengan kehadiran

Undang-undang Melayu Tradisi atau bertulis sejak abad ke-15 lagi. Aspek sosial merupakan

satu item penting dalam membuktikan ketertinggian kebudayaan Melayu dengan kehadiran

Undang-undang Melayu Tradisi atau bertulis iaitu sejak abad ke-15 lagi. Hal ini kerana,

aspek sosial secara umumnya merupakan satu aspek yang menjadi pelengkap kepada

sesebuah kebudayaan mahupun undang-undang. Berdasarkan undang-undang Melayu tradisi

ini maka ianya dapat membuktikan bahawa pemerintah pada ketika itu sudah mengambil

berat tentang keadaan sosial masyarakatnya.

Kesimpulan

Konsep keadilan undang-undang Melayu semakin diperkukuhkan lagi dengan kemasukan

nilai-nilai keadilan pemerintahan dalam agama Islam. Ketertinggian kebudayaan Melayu

dapat dibuktikan dengan wujudnya Undang-undang Melayu Tradisi iaitu bertulis sejak abad

ke-15 lagi. Hal ini kerana undang-undang itu dibentuk adalah bertujuan untuk memudahkan

pentadbiran yang hendak dijalankan dalam setiap organisasi tertentu. Sekiranya undang-

undang tidak dilaksanakan oleh setiap bangsa mahupun negara tersebut maka ianya tidak

akan mencapai kesepakatan yang menyeluruh. Oleh itu, Undang-undang Melayu bertulis

merupakan aspek utama wujudnya ketertinggian ketamadunan kebudayaan Melayu sehingga

ke hari ini.

Pemikiran tentang persamaan undang-undang antara golongan raja dengan rakyat

jelata tidak wujud sama sekali. Rakyat yang cuba mencerobohi, menentang dan mengancam

kedudukan raja akan dituduh sebagai penderhaka dan dijangka menerima hukuman yang

berat. Walaupun terdapat sesetengah hukuman dikenakan mempunyai unsur kekerasan ianya

sengaja digubal sebagai cara untuk menghalang daripada kedudukan raja itu digugat oleh

rakyat. Jika masih ada rakyat yang melanggar peraturan, melakukan kesalahan dan

18

Page 19: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

menentang raja mereka perlu bersiap sedia dengan segala hukuman yang dijatuhkan ke atas

mereka.

Sejak abad ke-15 lagi, masyarakat tradisional Tanah melayu sudah mempunyai

undang-undangnya yang tersendiri seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut

Melaka, Undang-undang 99 Perak, Hukum Kanun Pahang, Undang-undang Pahang Sultan

Abdul Ghafur, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor dan banyak lagi. Undang-

undang ini mencerminkan kehidupan mereka pada ketika itu. Keadaan ini telah menarik

minat ramai sarjana Barat terutama pegawai Inggeris pada abad ke-18 untuk mendekati

masyarakt Melayu dengan tujuan untuk memerintah mereka. Sehubungan itu, banyak

manuskrip undang-undang yang telah dikumpul dan ditulis oleh mereka. Salah satunya

adalah Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghafur.

Seperti yang telah dibincangkan, Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghafur (1592-

1614) wujud ketika era pemerintahan baginda. Walau bagaimanapun, undang-undang ini

merupakan lanjutan daripada Hukum Kanun Melaka kerana Sultan Abdul Ghafur sendiri

merupakan kerabat DiRaja Melaka. Justeru, tidak hairanlah jika terdapat persamaan yang

termaktub dalam undang-undang ini. Pada masa ini, pengaruh Islam sudah berkembang di

Pahang dan hampir keseluruhan Tanah Melayu. Disebabkan itulah terdapatnya penyesuaian

yang dilakukan seiring dengan ajaran agama Islam. Akan tetapi, terdapat juga hukum adat

yang masih dikekalkan. Ini kerana tradisi masyarakat pada ketika itu yang sudah sebati dan

biasa dengan adat yang sudah diamalkan sejak berkurun lamanya. Dalam erti kata lain,

pengubahsuaian yang dilakukan adalah mengikut kesesuaian hidup mereka. Dalam masa

yang sama, perkara ini juga menunjukkan kebijaksanaan Sultan Abdul Ghafur dalam menjaga

kebajikan rakyat Pahang.

Namun demikian, walaupun telah dinyatakan bahawa terdapatnya penyerapan unsur-

unsur Islam dalam Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghafur, jika diteliti undang-undang

ini tidak menyerap ajaran Islam itu sepenuhnya. Masih terdapatnya fasal yang menjaga

kemuliaan dan kedaulatan Sultan dan golongan pembesar yang mana sama sekali

bertentangan dengan ajaran Islam. Fasal ketiga belas mengenai hukum orang lari dan

menyembunyikan hamba orang dan mengurungnya, dan hukum menipu titah sultan,

bendahara dan shahbandar ada menyatakan bahawa jika seseorang itu didapati menipu titah

sultan, akan dibunuh atau dibelah lidahnya atau dikupas kulit kepala manakala jika menipu

19

Page 20: Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghapur

kepada bendahara, akan diconteng muka si penipu dan didenda dua tahil. Hukuman yang

terdapat dalam fasal ini menunjukkan betapa tingginya darjat Sultan sehinggakan sesiapa

yang melakukan penipuan akan dikenakan hukuman paling berat iaitu bunuh. Walaupun

begitu, perkara ini adalah wajar pada masa tersebut dalam usaha untuk menjaga tingkah laku

rakyatnya agar tidak menderhaka.

Undang-undang Pahang Sultan Abdul Ghafur merupakan salah satu daripada undang-

undang tradisional yang ada di Malaysia. Manuskrip bersejarah ini merupakan satu

kebanggaan kepada rakyat Malaysia pada masa kini kerana undang-undang ini membuktikan

bahawa masyarakat tradisional sebenarnya mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang

undang-undang dan bukannya buta pengetahuan sepertimana yang selalu dikatakan oleh

orang Barat. Undang-undang ini turut menjadi bukti kebijaksanaan pemerintah pada zaman

dahulu dalam mentadbir negaranya serta mengawal tingkah laku rakyatnya. Secara tidak

langsung menunjukkan kepada dunia khususnya orang Barat bahawa sebelum kedatangan

kuasa Barat, masyarakat tradisional sudah mempunyai undang-undang sendiri dalam menjaga

dan menjamin kelangsungan hidup mereka. Hanya setelah kedatangan Barat undang-undang

ini diubahsuai dan digunapakai sehingga hari ini.

Rujukan

Liaw Yock Fang. 2013. A History of Classical Malay Literature, Singapura: ISEAS

Publishing.

Mohamed Mokhtar Abu Bakar. Yaakub Isa. 1997. Monograf Pahang dalam Sejarah VII.

Kuala Lumpur: United Selangor Press Sdn. Bhd.

Liaw Yock Fang. Hassan Ahmad. 2003. Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut.

Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

20