Upload
rina182
View
12
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH MENENGAH
Citation preview
PENGAPLIKASIAN DAN CABARAN UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN TERHADAP PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH MENENGAH : SATU KAJIAN KES
Pengenalan
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah pelajar. Peranan guru
bukan sahaja sebagai pendorong, pembimbing, penggerak, pembentuk sahsiah, pentadbir,
pengurus, pemudah cara, pengganti ibu bapa dan penilai kepada pelajar malah lebih
daripada itu. Disiplin merupakan satu kawalan sosial yang dilaksanakan di sekolah untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan teratur dan lancar. Tanpa
pengurusan disiplin yang berkesan, adalah sukar untuk guru melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran secara efektif dan usaha menghasilkan pelajar yang berkualiti. Pada tahun
2010 masalah disiplin berlaku secara berleluasa, membabitkan isu moral dan keselamatan
seperti penglibatan pelajar dalam vandalisme, gangsterisme dan hubungan seks (Statistik
Jabatan Masyarakat, 2009). Masalah disiplin sekolah dirujuk sebagai masalah salah laku
pelajar yang menyimpang daripada norma-norma masyarakat sekeliling.
Menurut Mohd Ismail (2006), pelajar yang terlibat dengan kesalahan disiplin dikategorikan
sebagai melanggar disiplin sekolah dan pihak sekolah boleh mengambil tindakan mengikut
peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Ordinan Pelajaran 1957.
Menurut Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Peraturan Sekolah 1959, terdapat
pelaksanaan hukuman gantung dan buang sekolah.
Sinopsis Kes
Putrajaya 12 Julai, ± 3 orang pelajar dibuang sekolah kerana melanggar peraturan sekolah
dengan memakai serban. Mereka mendakwa telah dibuang sekolah kerana degil dan
memakai bertentangan dengan peraturan pakaian seragam sekolah. Etika pemakaian
pakaian seragam sekolah termasuklah rambut pelajar lelaki dan perempuan, kasut, tudung
dan sebagainya. Pemakaian bagi pelajar muslim dan bukan muslim ada perbezaan. Pelajar
bukan Islam boleh memakai pakaian pinafore biru tua dan baju putih. Pelajar muslim pula
digalakkan memakai tudung dan songkok untuk pelajar lelaki.
1
Pemakaian pakaian seragam sekolah ini telah ditetapkan oleh pihak kementerian dan
seseorang murid tidak boleh memakai pakaian yang menyalahi peraturan pemakaian
seragam sekolah. Perkara ini terkandung di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1993. Mana-
mana pelajar yang gagal mengikut peraturan tersebut berulang kali akan dikenakan tindakan
yang berlandaskan prosedur yang betul. Prosedur pembuangan murid diperjelaskan dalam
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1968.
Hukuman pembuangan murid ini merupakan hukuman yang paling berat dapat dikenakan ke
atas mana-mana murid yang didapati bersalah bersabit dengan mana-mana larangan nyata
seperti yang disebut di mana Peraturan-peraturn Pelajaran (Disiplin sekolah) 1959.
Sekiranya keputusan menggantung persekolahan atau membuang murid diambil oleh pihak
lain seperti Lembaga Disiplin atau Jawatankuasa HEM sekolah, maka keputusan itu boleh
dicabar di mahkamah. Hal ini peraturan 4 dan 8 tidak menyebut Lembaga Disiplin sekolah
boleh mengambil tindakan sedemikian. Keputusan untuk menggantung atau membuang
murid adalah keputusan guru besar atau pengetua sekolah berkenaan sahaja.
Bagi mengelakkan tindakan yang diambil oleh guru besar atau pengetua daripada dicabar di
mahkamah, tatacara yang betul dan aspek teknikal hendaklah dipatuhi dan diberi perhatian
teliti ( Mohd Ismail Othman,2006)
Penyataan Masalah Kajian
Disiplin pelajar adalah tanggungjawab pihak pentadbir sekolah. Rutin pengurusan sekolah
terkini, rata-rata pihak pentadbir tidak menjelaskan kepada semua guru yang berada di
bawah pentadbirannya tentang prosedur pelaksanaan kuasa disiplin dan hukuman yang
betul ke atas pelajar. Perkara ini termasuk risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh guru
berhubung dengan pendakwaan dan tindakan mahkamah sekiranya pelajar memanjangkan
kes tersebut. Selain daripada itu, pihak pentadbir sekolah perlu mengetahui kekangan yang
bakal dihadapi serta cara mengatasi yang wajar dilaksanakan bagi menangani masalah
disiplin pelajar.
2
Objektif Kajian
1. Mengetahui pengaplikasian undang-undang oleh pentadbir dalam pengurusan
disiplin sekolah.
2. Mengenalpasti cabaran dan strategi mengatasi yang dilaksanakan oleh pentadbir
dalam pengurusan disiplin sekolah.
Persoalan Kajian
1. Apakah pengaplikasian undang-undang yang dilaksanakan oleh pentadbir dalam
pengurusan disiplin sekolah?
2. Apakah cabaran yang dihadapi dan strategi mengatasi yang dilaksanakan oleh
pentadbir dalam pengurusan disiplin sekolah?
Kerangka Konsep Kajian
Rajah 1 : Kerangka Konsep Pengaplikasian Undang-undang Terhadap Pengurusan Disiplin
3
Pentadbir
Sekolah
Aplikasi
Undang-undang
Guru Pelajar