View
242
Download
14
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Â
Diterbitkan oleh Persatuan Kesihatan Mental Buddhis Kuala Lumpur (BMHA)
http://www.klbmha.com/
Hak cipta Dr. Phang Cheng Kar & Dr. Firdaus Mukhtar
2013
Buku talian ini http://tinyurl.com/ISH-malay diterbitkan secara percuma untuk tujuan
pendidikan kesihatan mental. Ia boleh dikongsi dan edarkan tanpa izin daripada pernerbit,
asalkan ia bukan untuk tujuan komersil.
Versi Bahasa Inggeris http://tinyurl.com/im-still-human
Versi Bahasa Cina
http://tinyurl.com/ISH-chinese
ISBN: 978-967-12250-0-4
Peringatan
Buku ini adalah mengenai kesihatan mental; bukan buku agama. Sebarang
rujukan kepada agama Buddha, adalah secara umum dan hanya
mencerminkan nilai kebaikan sejagat.
Buku ini tidak seharusnya digunakan sebagai pengganti untuk
perundingan profesional dengan pakar perubatan atau kesihatan
mental, jika anda mengalami masalah kemurungan atau penyakit
psikologi yang lain.
Kandungan
Bab 1:
Memahami kemurungan
Bab 2:
Perjalanan hidup Jasmine
Bab 3:
Kebaikan di dalam kemurungan
Dedikasi
Dengan sukacitanya, saya ingin mendedikasikan buku ini kepada semua pesakit saya, terutamanya Jasmine yang
telah mengalami dan mengharungi kemurungan dengan penuh ketabalan.
Terima kasih kerana sudi berkongsi
segala pengalaman yang berkait dengan kemurungan dengan saya. Tanpa perkonsian tersebut, buku yang
berfaedah ini tidak akan terbentuk.
Buku ini akan diterbitkan secara percuma untuk memberi manfaat
kepada mereka yang bergelut dengan kemurungan. Dengan kebaikan ini,
saya doakan agar semua makhluk boleh bebas daripada kemurungan,
dan dapat hidup bahagia.
Prakata
Buku ini ditulis untuk memperingati tahun ke-10 saya berkhidmat dalam
bidang psikiatri. Di mana sahaja saya pergi, lagu kemurungan masih 'popular'.
Orang yang meminta bantuan di klinik saya untuk rawatan kemurungan juga
semakin meningkat. Oleh itu, sudah tiba masanya untuk kita terbitkan sebuah
buku yang mudah dan praktikal, untuk membantu mereka yang bergelut dengan
kemurungan.
Buku ini adalah istimewa dari tiga segi: 1. Ia memberi tumpuan kepada aspek-
aspek praktikal kemurungan dalam konteks tempatan di Malaysia, contohnya
bagaimana untuk menggalakkan seseorang yang murung untuk mendapatkan
bantuan di hospital kerajaan; 2. Ia menekankan aspek kemanusiaan dalam
kemurungan, contohnya bagaimana untuk memupuk kasih sayang untuk
menangani kemurungan; dan 3. Ia mempunyai perkongsian pengalaman
peribadi oleh Jasmine, 'wartawan kemurungan' kita beiau akan membawa kita
mengunjungi alam kemurungan.
Buku ini bukanlah sebuah buku yang serba lengkap mengenai kemurungan.
Tetapi ia pasti akan menjadi sahabat karib kepada mereka yang menderita
ekoran dari kemurungan, atau menhadapi cabaran dalam menjaga pesakit
dengan kemurungan.
Selamat membaca
BAB 1
Memahami kemurungan
Di tengah-tengah musim dingin, saya akhirnya menyedari bahawa saya juga pernah
berada di gelombang musim panas.
- Albert Camus
1
Apa itu kemurungan?
Kemurungan adalah merupakan satu penyakit psikologi yang serius, yang mana
akan memberi kesan kepada FIKIRAN, PERASAAN dan TINGKAHLAKU seseorang.
Penyakit ini adalah lebih kritikal daripada gangguan emosi yang kadangkala
berlaku, yang merupakan sebahagian rencah kehidupan. Kemurungan ini
merupakan perasaan tertekan yang lebih mendalam, berterusan dan boleh
menggangu rutin dan kehidupan kita di rumah atau di pejabat. Oleh sebab itu, setiap
individu perlu faham bahawa kemurungan ini merupakan satu penyakit yang lebih
bahaya daripada penyakit kencing manis, darah tinggi atau pun kanser. Pemahaman
yang betul mengenai kemurungan ini akan memudahkan proses rawatan awal dan
pemulihan-semula. Kemurungan adalah satu penyakit kerana:
Terdapat tanda-tanda awal yang boleh dikenali-pasti.
Terdapat faktor yang diketahui seperti genetik, hormon, tekanan
perasaan yang berlebihan.
Terdapat perubahan biologi dalam badan, seperti kekurangan serotonin
untuk penghantaran saraf ke dalam otak.
Terdapat pakar kesihatan mental, seperti pakar psikiatri dan psikologi
yang khusus dalam rawatan kemurungan.
Terdapat ujian psikologi untuk kemurungan, seperti Beck Depression
Inventory
Kemurungan juga boleh dirawat melalui ubat-ubatan, seperti ubat anti-
kemurungan.
Antara terminologi yang biasa digunakan oleh para doktor, saintis dan psikologi
untuk merujuk kepada kemurungan sebagai satu penyakit adalah seperti:
"Gangguan Kemurungan Utama," "Kemurungan Utama," atau "Kemurungan
Klinikal".
2
Kemurungan menyebabkan kerosakan kepada fungsi sel-sel di dalam otak (neuron).
Kemurungan itu BUKAN
BUKAN sesuatu yang palsu atau berpura-pura.
BUKAN malas atau tabiat buruk.
BUKAN tanda kelemahan.
BUKAN disebabkan gangguan rohani atau sumpahan.
BUKAN sesuatu yang mudah untuk dielak.
BUKAN bermakna gila atau psiko.
BUKAN perasaan sedih yang jarang-jarang berlaku atau tekanan seperti
di pagi hari Isnin.
3
Apakah itu tanda-tanda kemurungan?
Ciri-ciri utama kemurungan adalah perasaan sedih yang berterusan, tiada atau
hilang minat untuk melakukan sebarang aktiviti dan keletihan. Berikut adalah
senarai semak gejala kemurungan, ini adalah penting untuk mengetahui jika
sekiranya anda sendiri atau orang lain yang anda tahu mungkin mempunyai
masalah kemurungan (tanda-tanda lain kemurungan adalah di dalam senarai
semak).
Di dalam masa lebih daripada 2 MINGGU, apakah perasaan anda? Tandakan jika
'Ya'
1. Sedih, emosi terganggu atau menderita kebanyakan masa?
2. Kurang berminat atau kurang seronok dalam melakukan sesuatu?
Jika anda menjawab "YA" kepada salah satu daripada soalan-soalan di atas, sila
lengkapkan senarai semak gejala bawah.
Jika anda tidak menjawab "YA" kepada salah satu daripada soalan-soalan di atas,
berkemungkinan anda tidak mempunyai penyakit kemurungan.
3. Mudah berasa letih atau mempunyai sedikit tenaga?
4. Kurang selera makan atau makan berlebihan?
5. Tidur terganggu sukar untuk mula tidur atau sukar untuk tidur semula
atau tidur terlalu banyak?
6. Pergerakan atau percakapan yang terlalu lemah dan tidak bermaya sehingga
mendapat perhatian daripada orang lain ATAU menjadi begitu resah dan gelisah apabila
bergerak lebih banyak daripada biasa?
4
7. Bersangka buruk tentang diri sendiri ATAU berasa gagal ATAU
membiarkan diri sendiri atau keluarga kecewa?
8. Bermasalah untuk memberi tumpuan ATAU hilang fokus untuk belajar,
membaca akhbar atau menonton televisyen.
9. Terfikir untuk mati ATAU membunuh diri ATAU mencederakan diri
sendiri?
Jumlahkan bilangan jawapan bertanda Ya (soalan 1-9) untuk
mendapat jumlah keseluruhan skor:
Apa yang dimaksudkan dengan skor anda?
(Andaikan anda menjawab Ya untuk soalan 1 dan/ atau soalan 2)
4 atau kurang: Kurang berkemungkinan untuk mempunyai penyakit
kemurungan.
5 atau lebih: Berkemungkinan tinggi untuk mempunyai penyakit
kemurungan. (Ini adalah benar khususnya apabila gejala kemurungan
amat ketara dan mengganggu fungsi anda di tempat kerja atau rumah).
Bagaimana orang yang murung berfikir?
Orang yang murung biasanya sering mempunyai pemikiran negatif seperti ini:
Saya tidak berguna
Saya benci diri sendiri
Tiada siapa yang memahami saya
Saya selalu mengecewakan orang lain
Apa yang salah dengan saya?!
Saya selalu gagal
5
Saya rasa saya tidak boleh teruskan
Hidup saya tidak terurus
Saya menjadi beban kepada orang lain
Saya harap saya seorang yang lebih baik
Boleh dikatakan hampir semua orang mengalami kemurungan mempunyai corak
pemikiran yang sama. Inilah ayat-ayat yang berulang-kali saya dengar di klinik
lirik-lirik kemurungan. Walaupun disampaikan dalam ayat-ayat yang berbeza
tetapi kandungannya tetap sama. Ini membuktikan bahawa kemurungan adalah
satu penyakit yang boleh diramal corak pemikiran, perasaan dan tingkahlaku
pesakit.
Orang yang murung juga sering mengadu dan terganggu dengan gejala fizikal
termasuk:
Sakit kepala dan pening
Loya dan mulut kering
Perut tidak selesa
Sembelit atau cirit-birit
Sakit otot
Degupan jantung yang laju
Kesesakan di bahagian dada
Menggeletar atau bergoncang
Tapak tangan berpeluh
Kebas atau semut-semut
Resah dan sentiasa mahu bergerak, dan sebagainya
Ini juga dikenali sebagai 'tekanan' gejala fizikal yang selalunya (tetapi tidak
semestinya) berlaku dan berkait dengan kemurungan. Perkataan 'tekanan' adalah
merupakan istilah umum yang merujuk kepada ketegangan mental dan / atau
fizikal. Apabila tekanan itu berlebihan, yang disebabkan apa sahaja faktor
(penyebab tekanan), ia boleh membawa kepada kemurungan, iaitu penyakit
6
psikologi yang lebih jelas dan khusus. Ini menunjukkan gambaran hubung-kait
antara tekanan dan kemurungan d