24
DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS UNIT 1 1 UNIT 1 DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS HASIL PEMBELAJARAN: Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: 1. Menghuraikan definisi murid pemulihan khas. 3. Memahami pelaksanaan Program Pemulihan Khas. 4. Membincangkan perkembangan pendidikan pemulihan khas di Malaysia. 2. Mengenal pasti ciri-ciri murid yang dikategorikan sebagai kanak- kanak pemulihan khas.

Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

  • Upload
    aliem73

  • View
    157

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pjj

Citation preview

Page 1: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

1

UNIT 1

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

HASIL PEMBELAJARAN:

Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:

1. Menghuraikan definisi murid

pemulihan khas.

3. Memahami pelaksanaan Program

Pemulihan Khas.

4. Membincangkan perkembangan

pendidikan pemulihan khas di

Malaysia.

2. Mengenal pasti ciri-ciri murid yang

dikategorikan sebagai kanak-

kanak pemulihan khas.

Page 2: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

2

PENGENALAN

ISI KANDUNGAN

Dalam unit ini, kita akan membincangkan beberapa aspek. Antara aspek yang akan dibincangkan ialah memahami definisi murid pemulihan khas, mengenal pasti ciri-ciri murid yang dikategorikan sebagai kanak-kanak pemulihan khas, memahami pelaksanaan Program Pemulihan Khas dan membincangkan perkembangan pendidikan pemulihan khas di Malaysia.

Mengenal pasti dan memahami murid-murid pemulihan khas adalah adalah langkah penting bagi menyediakan program pendidikan yang berkesan. Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap dua persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.

Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar menyebabkan mereka lebih lambat atau "terbelakang" menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui program pemulihan khas keperluan-keperluan murid yang mempunyai pencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

TAHUKAH ANDA?

Pada tahun 1983,

KBSR diperkenalkan

iaitu memberi fokus

kepada 3M.

Page 3: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

3

SIAPAKAH MURID PEMULIHAN KHAS?

A.F. Tansly dan R. Gullliford

Menurut dua orang pakar pendidikan terkenal tersebut, dalam

bukunya yang bertajuk “The Educationaly of Slow Learner

Children” kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang

mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah, juga kurang

kebolehan menerima pendidikan biasa. Selain itu, kanak-

kanak pemulihan juga merupakan kanak-kanak yang

menghadapi masalah pembelajaran sama ada dalam

membaca, menulis atau mengira. Mereka akan menunjukkan

simpton atau gejala kesulitan untuk membaca, menulis atau

mengira. Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja

sekolah dan memperolehi keputusan ujian dan peperiksaan

yang kurang memuaskan, murid-murid ini juga

memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep

diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus

asa.

Sharifah Rahmah Ali

Menurut Sharifah Rahmah Ali dalam jurnalnya PERKUPP 1979

menyatakan kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang

gagal menerima pelajaran tetapi berkemungkinan mereka itu

mempunyai kecerdasan yang tinggi, sederhana, dan di bawah

paras sederhana. Walau bagaimana pun kanak-kanak yang

terlalu lemah atau mempunyai kecelaruan mental tidak

termasuk di dalam senarai.

Page 4: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

4

Brennan (1974)

Menurut Brennan (1974) murid pemulihan sebagai murid yang

gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya

mereka, tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak

cacat.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986)

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) murid pemulihan ialah

murid-murid yang gagal untuk sejajar dengan rakan-rakan

sebaya dalam kelasnya. Kegagalan ini dinilai dari segi akademik

yang dipercayai disebabkan kurang keupayaan untuk berjaya

dalam mata pelajaran asas iaitu membaca, mengira dan

menulis. Mereka tidak termasuk dalam kategori kanak-kanak

terencat akal.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1984)

Pusat Perkembangan Kurikulum (1984), murid pemulihan ialah

mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam

kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap

pelajaran, memperolehi keputusan ujian dan peperiksaan yang

kurang memuaskan, selain memperlihatkan ciri-ciri seperti

kurang yakin, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan

pembelajaran dan mudah putus asa.

Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia

Jabatan Pendidikan Khas KPM menyatakan bahawa murid

pemulihan ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam

pembelajaran khususnya dalam penguasaan kemahiran asas 3M

sama ada dalam membaca, menulis atau mengira.

Page 5: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

5

DENIFISI PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

PENGENALAN

Murid pemulihan khas walaupun bukan

diiktiraf sebagai murid pendidikan khas

namun mereka ini memerlukan

pendekatan pengajaran dan pembelajaran

yang khusus bagi membantu mereka

mengatasi masalah pendidikan yang

timbul khasnya bagi kanak-kanak yang

nyata sekali menghadapi masalah

pembelajaran dan tercicir dan ketinggalan

dalam bidang akademik khususnya dalam

mata pelajaran tertent. Secara umumunya

ia merupakan tindakan yang dijalankan

untuk membantu murid-murid yang

mengalami kesukaran dalam menguasai

kemahiran asas 3M iaitu membaca,

menulis, dan mengira.

TAHUKAH ANDA?

Program Pemulihan

Khas diperkenalkan

oleh KPM pada

tahun 1960an.

Kamus Dewan

Edisi ketiga

Pemulihan dalam konteks pendidikan sebagai

suatu usaha untuk membaiki sesuatu

kekurangan atau membetulkan sesuatu.

Perkataan “membaiki sesuatu kekurangan”

merujuk kepara murid yang ketinggalan

manakala perkataan “membetulkan sesuatu”

merujuk kekurangan ilmu dalam diri murid

tersebut. Kedua-dua kompenan ini bertindak

sebagai item yang aktif di dalam sesuatu rajah

alir program pemulihan di sesebuah sekolah

rendah.

Collins

(1961)

Satu bentuk pengajaran yang mengutamakan

mata pelajaran asas. Malah beliau menegakan

pengajaran ini adalah satu kaedah pengajaran

yang istemewa bagi murid-murid yang gagal

dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti

membaca, menulis dan mengira.

Page 6: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

6

Tansley

(1967)

Satu bentuk pengajaran yang mengutamakan

langkah-langkah yang benar-benar teliti dan

sistematik bagi membolehkan pengajaran

pemulihan dijalankan dengan tersusun. Beliau

mengertikan Program Pemulihan memerlukan

penghayatan terhadap prosedur yang sesuai,

stabil, benar dan tiada kesilapan supaya

objektif Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

yang berlangsung disempurnakan dengan

jayanya.

Brennan

(1974)

“Remedial Eduction is regarded as the kind of

education required to meet needs which are

the result of learning disabilities, that is

learning failure which cannot be explained by

any reference to inadequacies in the pupils’s

environmental situati on or life experience”

Koh Boh Boon

(1982)

Program Pemulihan Khas adalah lebih

terbatas, yang lebih khusus sifatnya kerana ia

bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.

Ia melibatkan murid-murid lambat, iaitu mereka

yang lembab (lambat mencapai pembelajaran

berbanding dengan kanak-kanak lain),

ketinggalan di dalam kelas dan memerlukan

bimbingan para pendidik yang terlatih.

Evans

(1995)

Pendidikan pemulihan khas sebagai “ the

ambulance of educational system”. Dengan

sebab itu pengajaran pemulihan ini tidak boleh

diambil kira sebagai satu pekerjaan atau

pengajaran yang dilakukan sacara mengejut,

mendadak atau digunakan pada waktu

kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu

dirancang dan disusun dengan rapi

berdasarkan aspek-aspek kelemahan murid.

Page 7: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

7

Persatuan

Pendidikan

Pemulihan

Kebangsaan (NARE)

UK

(1975)

Pendidikan pemulihan khas ialah satu program

pengajaran khas yang dirangka bagi

memenuhi keperluan pendidikan bagi murid-

murid yang menghadapi masalah

pembelajaran dalam kalangan murid-murid di

sekolah-sekolah biasa.

Pusat Perkembangan

Kurikulum,

Kementerian

Pelajaran Malaysia

(1984)

Mengenal pasti program ini sebagai

“...langkah-langkah khusus yang dijalankan

untuk membantu murid yang mengalami

masalah pembelajaran tertentu dalam

kemahiran asas membaca, menulis dan

mengira, hendaklah dipulihkan sebaik sahaja

masalah tersebut dapat dikesan dan

ditentukan”. Maksud pernyataan tersebut

adalah pemilihan kanak-kanak yang mengikuti

Program Pemulihan melibatkan beberapa

prosedur yang telah ditentukan variasi pihak

yang berkaitan lantas diperbaiki kelemahan

yang terserap dalam diri anak-anak.

Bahagian Sekolah-

sekolah, KPM

(1986)

‘...satu usaha dalam pendidikan untuk

mengatasi masalah pembelajaran murid-murid

lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya

ditumpukan kepada kemahiran asas

membaca, menulis dan mengira, di bawah

kelolaan guru-guru pemulihan yang telah

menerima latihan khas dalam bidang ini’.

Pekeliling KP(BS) 8502/5/PK/Jld.V (26)

bertarikh 8 Januari, 1986

Pernyataan ini menjelaskan motif Program

Pemulihan Khas berlandaskan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah

termaktub iaitu memperkembangkan potensi

para murid dari segi emosi, rohani, intelek

serta jasmani secara menyeluruh dan

bersepadu.

Page 8: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

8

KPM dalam laporan

yang bertajuk Asia

and Pasific

Programme of

Educational

Innovation for

Development

(1987)

“.. a process in which children with learning

problems are given practical alternatives and

effective approaches (programme) in

education.”

“..to provide children with learning problem

ways of enabling them to learn better, so that

they can cope with school work..”

Page 9: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

9

OBJEKTIF PROGRAM PEMULIHAN KHAS

TAHUKAH ANDA?

Fokus membasmi 3M,

adalah termaktub di

dalam PIPP iaitu teras

ketiga dan keempat.

PENGENALAN

Pendidkan pemulihan merupakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang yang

dibina bagi tujuan membantu murid-

murid yang menghadapi kesulitan

pembelajaran dalam memguasai

kemahiran asas 3M. Murid yang

diberikan program pemulihan adalah

mereka yang tidak boleh menguasai

satu-satu kemahiran dalam masa yang

tertentu. Program pemulihan juga cuba

mengatasi sikap murid–murid yang

negatif dan tingkah laku yang kurang

baik dan sekiranya tidak diatasi akan

menghalang pembelajaran mereka.

Biasanya murid-murid ini terdiri dari

mereka yang pencapaian mereka di

bawah paras kemampuan yang terdapat

di bandar dan luar bandar.

Page 10: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

10

Objektif Program Pemulihan Khas

Membantu murid-murid mengatasi masalah dalam

penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan

pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif

selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat

mereka.

Memberi khidmat layanan dan perhatuan individu dari

segi pembelajaran mengikuti kadar perkembangan intelek

kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang

lain serta memperkembangkan potensi murid-murid

semaksimum mungkin.

Membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah

laku murid yang boleh menjejaskan pelajaran mereka

seperti suka ponteng kelas dan mengganggu rakan-rakan

yang lain ketika dalam kelas.

Menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama

murid-murid yang datang dari keluarga yang bermasalah

seperti keluarga yang berpendapatan rendah, dan

keluarga berpecah-belah akibat perceraian ibu bapa.

Memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid

untuk belajar dan merasa gembira.

Memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan

sikap positf terhadap pelajaran seta membantu

menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang

negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran.

Page 11: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

11

SEJARAH PROGRAM PEMULIHAN KHAS DI MALAYSIA

1960 Program Pemulihan Khas diperkenalkan.

1965

Tiga orang guru telah di hantar menjalani

latihan di Englind dan kembali berkhidmat

di Malaysia. Program yang dibuka

dinamakan Kelas Intervensi awal.

1967

KPM menjalankan 2 strategi untuk

mengatasi masalah pembelajaran murid.

Pada tahun tersebut strategi pertama

telah dibuat apabila Bahagian Sekolah-

Sekolah KPM telah melaksanakan

program di beberapa buah sekolah

dengan menggunakan strategi

‘withdrawl system’ Melalui strategi ini

murid-murid yang mengalami masalah

pembelajaran dalam bahasa Malaysia

dan matematik diberikan bantuan

pemulihan di kelas khas yang

dikendalikan oleh guru khas

pemulihan.untuk murid yang lemah

dalam mata pelajaran bahasa Melayu

dan Matematik.

1968 KPM telah menghantar sembilan orang

lagi guru ke England bagi menjalani

kursus di sana mengenai pendidikan

pemulihan khas.

Page 12: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

12

1975

Strategi kedua dijalankan di mana Pusat

Perkembangan Kurikulum KPM telah

menjalankan percubaan dalam Pendidikan.

Imbuhan di sekolah rendah bagi murid

Tahun 1 hingga Tahun 3 di 12 buah

sekolah. Murid-murid yang mengalami

masalah pembelajaran 3M iaitu membaca,

menulis dan mengira tersebut dikendalikan

sendiri oleh guru kelas atau guru mata

pelajaran itu sendiri di dalam kelas arus

perdana.

1994 Program Khidmat Guru Pendamping telah

dijalankan bagi meningkatkan aktiviti

penggayaan dan pemulihan khas dalam

kelas KBSR.

1999

Program jangka pendek (INTERVENSI

3M) diperkenalkan khas untuk murid

Tahun 4 di sekolah rendah dan Tingkatan

1 atau peralihan. Instrument IPCH

digunakan bagi menilai pencapaian

kemahiran asas 3M.

2000

Program IPP3M dilancarkan iaitu

program jangka panjang bagi mengatasi

penguasaan kemahiran asas 3M bagi

murid tahap 1 di sekolah rendah (Tahun

1 hingga Tahun 3). Program IPP3M

dilancar bersama satu pendekatan P&P

secara Pelbagai Kecerdasan (Multiple

Intelligences).

2006

Program IPP2M (Instrumen Penentu

Penguasaan 2M) telah dijalankan.

Program ini menekankan kepada bahasa

Melayu iaitu bagi meningkatkan

kemahiran murid pemulihan yang lemah

dalam membaca dan mengira.

Page 13: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

13

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN KHAS

Memang sukar untuk menyenaraikan ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran kerana terdapat beribu-ribu kombinasi masalah kognitif dan sosio-emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak ini. walau bagaimanapun, adalah penting bagi setiap guru untuk mengetahui ciri-ciri pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran bagi menyediakan intervensi yang sesuai bagi membantu kanak-kanak tersebut. ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran dapat dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu termasuklah dari aspek emosi dan tingkahlaku, sosial, kesediaan belajar, kesihatan dan pengamatan.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN KHAS

KESEDIAAN BELAJAR

PENGAMATAN

KESIHATAN

SOSIAL

EMOSI DAN TINGKAH

LAKU

Page 14: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

14

1. TINGKAH LAKU DAN EMOSI

2.

Tingkah Laku

Dianggarkan antara 15 hingga 40 peratus murid menghadapi masalah tingkah laku

seperti sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, impulsif, terlalu aktif, resah,

tidak mengikut arahan, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya.

Masalah tingkah laku lebih ketara dalam kalangan murid lelaki berbanding murid

perempuan.

Emosi

Mudah berasa risau dan rendah diri.

Mula berasa risau apabila mereka gagal untuk menjawab sesuatu

soalan yang ditujukan kepada mereka dan akan berusaha untuk

mengelak dari menjawab soalan tersebut dengan melakukan perkara-

perkara yang dianggap nakal seperti ponteng kelas, mengganggu

rakan-rakan dan tidur di dalam kelas.

Arahan dan bimbingan awal membaca oleh guru tidak selaras dengan gaya

pembelajaran mereka.

Kecewa tidak berjaya menguasai pembelajaran menyebabkan kanak-

kanak akan memendam kemarahan di sekolah dan akan

melepaskannya di rumah dengan cara bergaduh.

kanak-kanak akan belajar menipu bagi menyiapkan kerja sekolah yang

luar dari kemampuan mereka.

Peranan ibu bapa dan guru amat penting.

Meneliti punca kanak-kanak tertekan dengan cara memberi perhatian.

Kesabaran mestilah tinggi.

Memastikan latihan yang diberikan itu adalah sesuatu yang mampu

disempurnakan oleh kanak-kanak.

Memberi galakan kepada anak mereka, dengan memberikan contoh

tokoh yang bekerja keras bagi mengatasi kekurangan diri dan akhirnya

berjaya.

Memberi ganjaran berasaskan usaha yang dicurahkannya dan

bukannya hasil semata-mata.

Perlu mengambil inisiatif dengan cara meneroka dan mencari satu

bidang yamg dapat dikuasai oleh kanak-kanak itu.

Beri pujian setelah bakat yang ditonjolkan berhasil.

Page 15: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

15

2. SOSIAL

1.

Mempamerkan diri kepada guru dan melakukan perkara yang tidak disenangi.

Gelisah dan bergerak di dalam kelas serta menganggu rakan yang lain.

Mereka juga suka berbohong, buli, ponteng kelas dan kadang-kala akan

mencuri.

Kanak-kanak seperti ini, inginkan perhatian yang lebih daripada guru.

Kanak-kanak ini beranggapan dengan cara tersebut, mereka dapat

perhatian lebih daripada guru dan dapat tonjolkan diri sebagai seorang yang

hebat,

Kebanyakan kanak-kanak tersebut datang dari keluarga yang bekerjaya dan

ibu bapa mereka tiada ruang masa untuk melayani kerenah anak-anak

mereka.

Perangai ganjil dan aneh.

Kanak-kanak ini gemar mengigit pensil, menghisap jari dan memegang

pensil dengan cara yang salah.

Boleh diatasi dengan cara bimbingan dan pengajaran yang betul.

Sering tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan.

Kanak-kanak ini tidak memahami pelajaran yang diajar oleh guru dan tidak

menyiapkan kerja sekolah menyebabkan mereka takut untuk ke sekolah.

Ditambah pula sekiranya keluarga berpendidikan rendah, menyebabkan

kanak-kanak ini tiada bimbingan dan tunjuk ajar.

Page 16: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

16

3. KESIHATAN

Kekurangan zat makanan.

Kanak-kanak perlu mengambil gizi seimbang yang cukup iaitu nutrient,

karbohidrat dan kalsium bagi memastikan badan mereka tidak lemah dan

tulang tidak cepat reput.

Keluarga miskin punca kanak-kanak tidak dapat menikmati makanan yang

seimbang.

Pertumbuhan badan yang tidak seimbang.

Kesan daripada tidak mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Makanan yang seimbang dan berkhasiat iaitu mendapat karbohidrat, protein,

kalsium, serat, dan gizi yang cukup adalah penting kerana ianya dapat

memberikan tenaga yang diperlukan oleh setiap kanak-kanak dalam

melakukan aktiviti belajar sambil bermain.

Ia juga, menguatkan lagi antibodi kanak-kanak dan mengelakkan mereka

daripada jangkitan penyakit serta dapat menyembuhkan luka.

Membantu pembinaan dan pembesaran badan yang baik serta membantu

perkembangan otak menjadi lebih cerdas yang seterusnya dapat membantu

pembelajaran kanak-kanak.

Tumpuan perhatian yang terhad.

Tidak dapat menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara dalam

tempoh yang lama.

Dapat memberi tumpuan dalam tempoh yang sekejap, iaitu anggaran lima

minit sahaja.

Selepas daripada itu, kanak-kanak tersebut hilang fokus dan akan

menganggu rakan yang lain.

Kaedah belajar sambil bermain disyorkan.

Pergerakan motor kasar dan motor halus yang lemah.

Motor kasar Kesukaran melakukan pelbagai aktiviti di luar kelas bersama

rakan-rakan lain seperti bermain bola, bercucuk tanam dan sebagainya.

Motor halus Sukar memegang pensil.

Masalah selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.

Berpunca daripada mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan tidak

berzat akan melemahkan antibodi dalam tubuh badan kanak-kanak.

Antibodi yang lemah menyebabkan kanak-kanak tersebut mudah untuk

mendapat penyakit seperti demam yang lama, penyakit asma, lelah, jantung

dan sebagainya.

Menyebabkan kanak-kanak tersebut selalu tidak hadir ke sekolah dalam

tempoh yang lama berikutan masalah kesihatan yang dialaminya kerana

perlu mendapatkan rawatan di hospital. Akibatnya pelajaran terjejas.

Page 17: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

17

4. PENGAMATAN

Tidak boleh kenal bentuk atau perbezaan turutan.

Contoh bentuk seperti segi tiga, segi empat, bulat dan bujur.

Tidak dapat mengenali perbezaan turutan. Contohnya, seorang guru

pemulihan khas menyebut nama-nama haiwan seperti ayam, itik, lembu, dan

kerbau. Apabila guru tersebut menyuruh kanak-kanak pemulihan khas

menyebut kembali nama-nama binatang tersebut mengikut turutan yang

disebut, kanak-kanak tersebut tidak dapat menyebut nama-nama binatang

mengikut urutan.

Lemah pendengaran bunyi.

Bermaksud deria pendengaran mereka kurang berfungsi atau mereka tidak

dapat mendengar dengan jelas.

Apabila guru yang sedang mengajar di hadapan menyebut sesuatu

perkataan, namun lain yang didengar oleh kanak-kanak.

Keliru terhadap konsep ruang dan arah.

Tidak dapat membezakan kiri dan kanan, depan dan belakang, tepi dan

sebagainya.

Lambat dalam mengkelaskan benda atau nombor.

Contohnya, guru memberi senarai beberapa jenis gambar seperti gambar

binatang, tumbuhan dan warna. Apabila guru tersebut menyuruh

mengkelaskan gambar mengikut jenis yang betul, kanak-kanak tersebut tidak

dapat mengkelaskan gambar tersebut. Jika masalah ini dibiarkan berterusan

ianya akan menjejaskan pembelajaran kanak-kanak tersebut.

Kesukaran untuk mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baharu.

Terutama dalam mata pelajaran matematik. Mereka tidak dapat

menggunakan kemahiran yang mereka telah pelajari sebelum ini. Apabila

tajuk baharu diajar, mereka terkapai-kapai dan tidak faham, akibatnya guru

terpaksa mengulangi kembali.

Sukar untuk mengambil bahagian dalam permainan serta mereka tidak faham

akan undang-undang atau peraturan yang ditetapkan dalam sesuatu permainan

tersebut.

Contohnya dalam larian 100 meter, mereka tidak dibenarkan berlari di lorong

orang lain. Apabila arahan dan peraturan diberikan tidak dapat diikut maka

menyukarkan kanak-kanak ini untuk terlibat dalam permainan.

Kesukaran untuk membuat kenyataan am.

Kenyataan am ini adalah berbentuk arahan. Di mana kanak-kanak ini

sukar menerima arahan, walaupun arahan yang mudah.

Page 18: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

18

Lemah pergerakan dan perbuatan.

Bermaksud kanak-kanak pemulihan khas lambat dalam melakukan sesuatu.

Lambat bertindak untuk melakukan kerja, hal ini bukan disebabkan mereka tidak

memahami arahan tetapi mereka lemah dan lambat dalam melakukan kerja

tersebut.

Tidak dapat membuat kerja-kerja kreatif.

Kanak-kanak pemulihan khas selalunya bermasalah atau lemah dalam penulisan

karangan serta puisi, syair, sajak dan pantun.

Daya pemikiran yang lemah.

Lemah dalam berfikir iaitu kepekaan untuk berfikir adalah lembat.

Apabila guru mengutarakan soalan, mereka mungkin boleh menjawab, tetapi

mengambil masa yang lama.

5. KESEDIAAN BELAJAR

Tidak bersedian untuk belajar.

Mereka lebih pentingkan bermain daripada belajar.

Pendekatan belajar sambil bermain wajar digunakan oleh guru,

Sistem perbendaharaan yang kurang berbanding rakan sebaya di kelas arus

perdana.

Mereka kurang membaca.

Tidak fasih dalam penggunaan perbendaharaan KVK , KVKV, KVKVK dan

sebagainya.

Mereka menggunakan perbendaharaan yang terlalu singkat dan pendek sahaja.

Lemah kefahaman.

Mengambil masa yang lama untuk menjawab sesuatu soalan.

Apabila guru mengajukan soalan kepadanya maka mereka memerlukan masa

yang lama untuk memahami soalan tersebut dan kadang kala mereka memberi

jawapan yang salah dan salah dari kehendak soalan.

Tahap kepercayaan kepada diri sendiri yang rendah.

Mereka takut dimarahi guru sekiranya tidak dapat menjawab soalan dan akan

digelakkan oleh rakan sebaya sekiranya jawapan yang diberikan oleh mereka

tersebut salah.

Mereka lebih memilih agar tidak menjawab soalan tersebut walaupun mereka

mengetahui jawapan bagi soalan yang diajukan kepada mereka.

Page 19: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

19

RUMUSAN

Sehubungan itu, dalam keseluruhan unit satu ini membincangkan mengenai murid pemulihan khas ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif. Dengan huraian yang dijelaskan dalam unit ini, pelajar dapat mengenalpasti siapakah murid pemulihan khas. Pelbagai pandangan yang dilontarkan oleh ahli-ahli akademik dalam dan luar negara mengenai definisi pemulihan khas. Terdapat juga penerangan mengenai sejarah perkembangan program pemulihan khas di Malaysia. Oleh itu dapat disimpulkan dalam unit ini, terdapat lima ciri bagaimana untuk mengenalpasti kanak-kanak pemulihan khas antaranya ialah: Emosi dan tingkah laku. Sosial. Kesihatan. Pengamatan. Kesediaan belajar.

Page 20: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

20

1. Jelaskan definisi pemulihan khas daripada tokoh-tokoh berikut:

a)

b)

c)

d)

e)

Collins

(1961)

Koh Boh Boon

(1982)

Evans

(1995)

Brennan

(1974)

Tansley

(1967)

Page 21: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

21

2. Senaraikan lima ciri-ciri kanak-kanak pemulihan khas.

Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan khas

Page 22: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

22

3. Jelaskan sejarah perkembangan pemulihan khas di Malaysia.

1968

1960

1965

1967

Page 23: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

23

1975

1994

1999

2000

Page 24: Unit 1 Definisi Pemulihan Khas

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

UNIT

1

24

2006