Upload
jannah-ghathisareyou
View
232
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
1/55
PUSAT PENGAJIAN BAHASAUNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
94300 KOTA SAMARAHAN
1
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
2/55
` OBJEKTIF KURSUS:
1. memperkenalkan dan mendefinisikan bahasa dan
masyarakat secara umum
2. Meneliti perkaitan antara bahasa tersebut denganmasyarakat penggunanya
3. memberi pemahaman keseluruhan kepada para pelajartentang matlamat dan skop/ruang lingkup yang dicakupioleh bidang ilmu ini.
2
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
3/55
HASIL PEMBELAJARAN` Pada akhir unit, pelajar berupaya;
1. Memahami konsep dan definisi bahasa dan
masyarakat,
2. Mengetahui dan memahami hubungan/perkaitan antara
bahasa dengan masyarakat; dan
3. Mengetahui matlamat dan skop bidang kajian bahasa
dan masyarakat bagi memberi pemahaman
keseluruhan kepada para pelajar tentang ruang lingkup
yang dicakupi oleh bidang ilmu ini. 3
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
4/55
` Apakah itu bahasa?` Apakah definisi umum tentang bahasa yang anda
tahu?
` Apakah tujuan anda menggunakan bahasa?
` Adakah bahasa yang anda gunakan
mencerminkan latar belakang anda?
` Adakah jenis bahasa yang anda gunakan berbeza-
beza?` Adakah anda tahu haiwan juga mempunyai
bahasa?
4
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
5/55
`Bahasa alat komunikasi: menyampaikan & menerima maklumat
syarat: kedua-dua pihak memahami bahasa
yang digunakan
` Trudgill, 1980 - Bahasa merupakan satu cara yang amat
penting bagi menimbulkan dan memupuk perhubungan
antara manusia
` Hualde et al., 2001:1 - berkemungkinan bahasa
merupakan suatu struktur paling kompleks di muka bumi
ini.
5
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
6/55
` Wihelm Von Humboldt(dlm. Ismail Jusoh, 2000:4)
- Daripada kajian bahasa, kita dapat mengetahui
budaya, pandangan hidup, adat resam, cara berfikir,
pegangan dan warisan masyarakat tersebut.
- Bahasa menyumbang banyak maklumat mengenai
latar sesebuah masyarakat.
6
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
7/55
` Fromkin et al, 2003:12
- kemahiran bahasa linguistic competence
seseorang merujuk kepada perkara/hal (apa) yang
seseorang tahu tentang bahasa.
Contoh.
Pengguna BM tahu imbuhan akhiran kan boleh
dilekatkan kepada kata kerja/kata nama;
tunjuk (KK) + [-kan] = tunjukkan[meN-] + kepala (KN) + [-kan] = mengepalakan
7
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
8/55
` Dari aspek sosial:
1. Alat untuk memulakan perhubungan sosial
2. Alat untuk menyampaikan maklumat mengenai
penuturnya; latar belakang, taraf sosial, dan
sebagainya.
8
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
9/55
` Dari aspek linguistik:- Bahasa mempunyai ciri/ sifat yang tersendiri.
` Lyons, J., 1992
- Ciri-ciri bahasa yang paling menonjol ialahfleksibiliti dan kecekapannya dalam pelbagai
bidang.
- Fungsi bahasa: menyatakan emosi, membuat
perundingan, memberikan arahan/menyoal,membuat rujukan kepada masa lalu, masa kini
atau masa depan, malah kepada perkara yang
wujud atau tidak mungkin wujud.
9
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
10/55
1. Produktif` Manusia boleh menggunakan unsur bunyi, kata dan
rumus yang terhad untuk menghasilkan sejumlah
ungkapan yang tidak terhad, termasuk yang tidak
pernah diujarkan.
Contoh:
- BM mempunyai 28 huruf konsonan (fonem):
melambangkan bunyi-bunyi tertentu.- Daripada bunyi-bunyi ini dapat dibina banyak
perkataan, frasa dan ayat(Abdullah Hassan, 2005).
10
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
11/55
` Terdapat penggunaan leksikal/perkataan yang
melampaui tahap literalnya.
Contoh:
- Kata kaki: perluasan makna terhadap kata kakiboleh mengubah makna asal kata itu, yakni satu
anggota di tubuh badan manusia, menjadi suatu
benda yang baru, berbeza dengan makna
asalnya.- kaki botol; orang yang suka minum minuman
keras atau yang memabukkan
- kaki judi; orang yang suka berjudi11
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
12/55
2. Kreatif
` Bahasa manusia dapat menghasilkan perkataan danungkapan yang tidak terhingga banyaknya daripadaunsur bahasa yang sudah ada.
` Daripada ciri produktifnya, bunyi-bunyi hurufberkembang membentuk perkataan, frasa dan ayat;bukan sahaja yang mematuhi hukum dan aturantatabahasa, malah melampaui daripada itu; tidak
mengikut rumus dan menghasilkan bentuk yangbaru, yang bersesuaian dengan kegunaan semasa(Abdullah Hassan, 2005).
12
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
13/55
` Adakah bahasa rahsia, bahasa rojak dan bahasa
slanga remaja merupakan bentuk-bentuk yang
kreatif?
13
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
14/55
3. Arbitrari
` Arbitrari merujuk kepada perkaitan dengan
hubungan antara bentuk dan makna.
` Lyons, J., 1992
- Penutur/pengguna bahasa tidak dapat meramal
sesuatu makna dengan berdasarkan bentuk yang
diberikan, dan sebaliknya, tidak dapat mengagaksesuatu bentuk dengan berdasarkan makna yang
diberikan.
14
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
15/55
` Abdullah Hassan, 2005- Hubungan sesuatu bentuk/lambang dalam bahasa
manusia dengan makna yang diberikan untuk bentuk
itu ialah kebetulan atau arbitrari; tidak ada hubungan
yang menentukan kejadian tersebut.
Contoh:
- bentuk meja seperti di bawah digelar meja
dalam BM dan table dalam BI.
15
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
16/55
4. Bermakna` Abdullah Hassan, 2005
- Bahasa mempunyai bentuk dan fungsi:
bentuk merupakan sesuatu yang dapat
dituliskan, fungsi merujuk kepada maknaperkataan itu.
Contoh:
- Bentuk kereta mempunyai makna kereta, iaitusuatu objek berupa kenderaan yang bolehmembawa muatan dengan kuasa enjin dansebagainya.
- Perkataan atau bentuk gembira pula membawa
fungsi makna gembira. 16
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
17/55
` Ayat merupakan suatu bentuk dan mempunyaifungsi.
Contoh:- Pergilah panjat lagi!, kata ibu kepada anaknya
yang menangis kerana bermain dan terjatuhdaripada pokok.- Fungsi atau makna ayat itu?
i. Jangan panjatii. Kalau panjat ibu marah
iii. Panjatlah, ibu tidak kisah
- Fungsi-fungsi ayat itu menggambarkan si ibumenggunakan bahasa mengikut konteks.
17
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
18/55
` Si ibu menggunakan kemahiran bahasanya dalam
penghasilan dan pemahaman ujaran.` Situasi ini dinyatakan sebagai perlakuan bahasa
linguistic performance.
`
Fromkin et al., 2003: 12- Perlakuan bahasa ialah cara seseorang menggunakankemahiran bahasa dalam penghasilan danpemahaman ujaran.
` Ada juga jenis-jenis bahasa yang memiliki fungsi/maknayang berbeza daripada makna sebenar; ada kiasan,perbandingan, sindiran, dan lain-lain. Ia perlu difahamioleh pendengar untuk menjadikan komunikasi ituberjaya.
18
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
19/55
5. Dua Pola
` Abdullah Hassan, 2005- Bahasa yang kita gunakan mempunyai dua pola.
Contoh:- Lambang huruf dalam sistem ejaan.
- Pola lambang huruf merujuk kepada pola konsonan dan polavokal.- Jika bahasa kita mempunyai satu pola sahaja: vokal sahaja, atau
konsonan sahaja, maka sukar untuk menulis/membacaperkataan.
Contoh:- Bentuk ktk sukar dibaca, tetapi apabila dimasukkan vokal; boleh
berupa : katak, kotak, katik, ketuk, kutuk, dan lain-lain.
` Dengan adanya dua pola ini, penulisan dan pembentukan perkataanakan menjadi lebih mudah.
19
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
20/55
` Lyons, J., 1992- Elemen-elemen bahasa pertuturan dapat dianggap
sebagai bunyi/fonem.- Secara bersendirian, elemen atau bunyi-bunyi tersebut
tidak mempunyai makna.
- Fungsinya: untuk bergabung antara satu sama lainagar dapat membentuk unit-unit, yang mempunyaisesuatu makna yang khusus.
` Elemen/fonem dinyatakan sebagai sekunder, dan berada
pada tahap yang lebih rendah kerana tidak mempunyaimakna.
` Unit atau leksikal pula dapat dinyatakan sebagai primer,dan berada pada tahap yang lebih tinggi keranamempunyai makna yang jelas dan kukuh.
20
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
21/55
` Apabila penggabungan antara elemen berlaku dengan sistematik,maka akan terhasil unit yang membawa makna yang tertentu.
Tahap Primer - Unit/leksikalContoh: pagi (KVKV), jalan (KVKVK), skru (KKKV), jet (KVK)
Tahap Sekunder - Elemen/fonem
Contoh:Konsonan (K): [p], [b], [t], [d], [k], [g], [], [c], [j], [m], [n], [], [], [s],
[h], [r], [l], [w], dan [y]
Konsonan pinjaman: [f], [v], [z], th [], dh [], sh [s], dz [z], kh [],
dan gh [
]
Vokal (V): [a], [e], [], [o], [], [i], dan [u]
Diftong: [au], [ai], dan [oi]
21
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
22/55
6. Belajar melalui konteks kebudayaan
` Sistem komunikasi manusia dapat diturunkan
kepada generasi seterusnya, menggunakan
bahasa.
` Kemahiran berbahasa dapat dipelajari melalui
pendedahan kepada bahasa yang digunakan
dalam sesuatu konteks.
` Konteks bermakna budaya masyarakat yang
menggunakan bahasa tersebut.
22
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
23/55
Contoh:
- Seseorang anak belajar bahasa dan budaya dalamkomunitinya tersendiri.
- Walaupun berada di luar sekolah, anak tersebut bolehmempelajari sistem komunikasi bahasa itu.
- Apabila anak tersebut dipisahkan daripada masyarakat
yang menggunakan bahasa tersebut, maka anak tersebuttidak berupaya mempelajarinya: sistem komunikasi anakmanusia memerlukan pembelajaran.
` Sistem komunikasi anak binatang berlandaskan naluri.
Contoh:- Anak harimau yang dipisahkan daripada induknya dan
dipelihara di zoo, ia tetap mengaum dan kemahiran itusudah ada sejak lahir (Abdullah Hassan, 2005).
23
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
24/55
` Bahasa utama sebagai alat perantaraan komunikasi
dalam kalangan masyarakat keseluruhannya -bahasa Melayu.
` Bahasa Melayu berada dalam kelompok bahasaA
ustronesia.` Bahasa-bahasa Austronesia terbahagi pula kepada 3kelompok:
i. Nusantaraii. Melanesiaiii. Polinesia
- Bahasa Melayu adalah dalam kelompokNusantara.
24
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
25/55
` Bahasa Melayu = bahasa kebangsaan Malaysia; termaktub
dalam Perlembagaan Malaysia atau PerlembagaanPersekutuan, menerusiPerkara 152.
` Perkara 152 ini tidak boleh dipadam kerana Perkara 159(5)menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan
sekiranya perkara ini hendak dipinda.
` Kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan,dipelajari dan dikembangkan tidak dinafikan.
` Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasakebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar, bahasakomunikasi, bahasa perpaduan, dan bahasa ilmu.
25
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
26/55
` Apakah yang anda tahu tentang masyarakat?
` Bagaimana anda berhubung dengan masyarakat di
sekeliling anda?
` Bagaimanakah bentuk masyarakat yang wujud di
sekitar anda?
` Apakah bentuk bahasa yang digunakan oleh masyarakat
sekitar anda?
26
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
27/55
` Masyarakat- sekelompok atau kumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan caratertentu, yang asasnya mengamalkan budaya yang sama.
` Masyarakat majmuk- dinyatakan sebagai kelompok yang terdiri daripada
beberapa bangsa daripada kumpulan etnik atau sukubangsa dan sebagainya.
` Di Malaysia, kelompok masyarakat terdiri daripadamasyarakat majmuk yang menganut pelbagai agama dankepercayaan, mempunyai adat resam dan budaya hidupyang tersendiri, serta menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
27
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
28/55
` Bloomfield, 1992
- Satu kelompok manusia yang menggunakan sistemisyarat bahasa yang sama dinamakan sebagai satumasyarakat bahasa.
- Dalam kalangan ahli kumpulan atau kelompok ini,bunyi-bunyi bahasa yang sesuai dituturkan dalamkeadaan yang juga sesuai, dan apabila orang lainmengujarkan bunyi bahasa ini, dia mesti membuat
tindak balas yang sesuai.- Bahasa yang digunakan haruslah difahami oleh
kedua-dua belah pihak.
28
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
29/55
` Latar sejarah & perkembangan
- Bidang ilmu yang mengkajihubungan antara bahasadengan masyarakat dikenali dengan istilahSOSIOLINGUISTIK.
- Kajian hubungan ini telah dijalankan sejak beberapalama dahulu, namun istilah sosiolinguistikdiperkenalkan di Amerika Syarikat oleh Haver C.
Currie pada tahun 1952, untuk menamakan kajianbeliau yang berkaitan fungsi dan maksud sosialberbahasa (Dittmar 1976, dlm. Noriah 2003).
29
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
30/55
` Mulanya, bidang sosiolinguistik dikenali dengan nama-
nama: linguistik antropologi, bahasa dalam kebudayaan,
bahasa dalam masyarakat, bahasa dan kebudayaan, dan
sosiologi bahasa (N
ik Safiah 1990, dlm.N
oriah 2003).
` Sosiolinguistik sebagai satu disiplin ilmu telah
dikembangkan oleh ahli-ahli bahasa dan linguistik
dengan kesedaran bahawa kajian terhadap bahasa tidaksempurna sekiranya aspek masyarakat yang
menggunakannya diabaikan. (Noriah, 2003).
30
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
31/55
` Sosiolinguistik juga diberi perhatian khusus olehsebab rasa kurang senang sebilangan ahli bahasaterhadap kekuasaan dan pengaruh aliran linguistikgeneratif yang diterajui oleh Noam Chomsky.
` Aliran linguistik generatif tidak memberikanperhatian kepada pertimbangan sosial semasapenelitian bahasa.
` Aliran ini menekankan tentang kebebasan
sintaksis; penelitian terhadap ayat sebagai satuunsur bahasa harus dilakukan secara linguistiksemata-mata, tanpa memberi pertimbangan kepadaaspek-aspek lain, misalnya sosial.
31
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
32/55
`
Cara penelitian ini tidak memberi ruang kepada ahli-ahlibahasa untuk meneliti persoalan yang lebih menarikberkaitan bahasa, terutamanya yang berkaitan denganfungsi-fungsi bahasa dalam masyarakat, melainkan bentukatau struktur bahasa.
` Mereka percaya bahawa fungsi sosial yang dibawa olehbahasa lebih agung sifatnya daripada fungsi bentuk ataustruktur yang dipentingkan oleh aliran linguistik generatif.
` Dalam konteks keseluruhan, fungsi, sama ada sosial ataustruktur adalah penting dalam usaha menghuraikan ciri atau
sifat bahasa.` Sosiolinguistik merupakan bidang yang berusaha
membentuk konsepsi terhadap bahasa, terutamanya dariperspektif sosial (Teo Kok Seong, 1999).
32
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
33/55
` Sosiolinguistik berasal daripada gabungan dua
perkataan, iaitu sosio, kependekan daripada perkataan
sosiologi dan linguistik.
` Sosiologi khususnya merujuk kepada 2 aspek, iaitu:
i. Kajian ilmiah tentang struktur sosial
ii. Ilmu yang berkenaan dengan bentuk-bentuk
tindakan manusia dalam masyarakat(Amat Juhari Moain, 2007)
33
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
34/55
` Linguistik merujuk kepada the academic study atau a
science of language (Matthews, 2003).
` Linguistik merupakan disiplin yang mengkaji unsur
bahasa, khususnya unsur yang membentuk sistembahasa.
` Linguistik ialah pengkajian secara saintifik terhadap
bahasa.
` Bidang ini boleh digabungkan dengan ilmu lain sepertipsikologi, neurologi, komputer dan lain-lain.
` Golongan yang mempraktikkan ilmu linguistik ialah ahli
linguistik atau ahli bahasa; linguist. 34
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
35/55
` Sosiolinguistik dan Sosiologi Bahasa asasnyamempunyai persamaan tetapi ada sedikitperbezaan dariaspek penekanan antara kedua-duanya.
` Hudson, 1980
- Sosiolinguistik merujuk kepada the study oflanguage in relation to society kajian tentangbahasa dalam kaitannya dengan masyarakat,
- Sosiologi Bahasa merujuk kepada the study ofsociety in relation to language kajian tentangmasyarakat dalam kaitannya dengan bahasa.
35
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
36/55
` Definisi-definisi Sosiolinguistik:
1. Sosiolinguistik didefinisikan sebagai bidang yang mengkajihubungan antara bahasa dengan masyarakat yang menggunakanbahasa tersebut (Hudson, 1980).
2. Sosiolinguistik merupakan kajian terhadap hubungan bahasa denganmasyarakat dan kajian ini bermatlamat memahami struktur bahasa[sementara sosiologi bahasa menekankan hubungan bahasa denganmasyarakat bermatlamat memahami struktur masyarakat] (Chambers1995, dlm. Noriah 2003).
3. Sosiolinguistik ditakrifkan sebagai satu bidang dalam disiplinlinguistik yang meneliti segala aspek yang berkenaan hubunganantara bahasa dengan masyarakat(Crystal 1985, dlm. Teo Kok Seong1999).
36
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
37/55
` Hubungan yang dimaksudkan amat kompleks, merangkumi:
i. Cara berbahasa yang berbeza antara kaum wanita dengan kaum
lelaki - akibat faktor perbezaan jantina
ii. Cara berbahasa sesama ahli keluarga dan rakan karib semasa di
rumah, berbeza dengan semasa dalam majlis rasmi akibatfaktor situasi interaksi
iii. Cara berbahasa yang berbeza antara masyarakat timur dengan
masyarakat barat akibat faktor kelainan budaya
iv. Pertukaran daripada satu bahasa ke bahasa yang lain yang lebihprestij dalam sesebuah perbualan akibat faktor status sosial
dll.
v. Pemilihan sesebuah bahasa untuk menjadi bahasa kebangsaan
sebagai lambing identiti akibat faktor pertimbangan politik.
37
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
38/55
1. Semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat,
mencakupi kajian terhadap bahasa, dialek dan idiolek,kedwibahasaan, profil sosiolinguistik, etnografi bahasa, sikapterhadap bahasa, dan perancangan bahasa (Nik Safiah 1988, dlm.Noriah 2003).
2. Aspek-aspek seperti perbezaan (variasi) yang terdapat dalam bahasa
yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan (sosial), yaknimerangkumi 3 kajian:
(i) kajian bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan;
(ii) kajian yang menghubungkan faktor kebahasaan, ciri-ciri danragam bahasa dengan situasi, faktor sosial dan budaya; dan
(iii) kajian terhadap fungsi sosial dan penggunaan bahasa dalammasyarakat (Nababan 1993, dlm. Noriah 2003).
38
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
39/55
3. Aspek hubungan bahasa dengan masyarakat.
- Hubungan yang dimaksudkan memperlihatkan sama
ada bahasa (dan variasi bahasa) mempengaruhi
aspek masyarakatatau aspek masyarakat sebaliknyapula mempengaruhi pola penggunaan bahasa (dan
variasi bahasa) (Noriah, 2003).
39
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
40/55
` Matlamat - membentuk teori tentang hubungan antara bahasadengan masyarakat, dan meneliti hubungan itu yang intrinsik
(berubah) sifatnya.
`
Teori-teori yang terbina setakat ini bersifat umum, dan bolehdikelaskan kepada 3 jenis (Trudgill 1978, dlm. Teo Kok Seong
1999);
i. yang membuat kenyataan tentang masyarakat sahaja
(matlamat penelitian yang bersifat sosiologi sahaja),
ii. yang membuat kenyataan tentang bahasa sahaja (matlamatpenelitian yang bersifat linguistik sepenuhnya), dan
iii. yang membuatkenyataan tentang kedua-duanya; bahasa dan
masyarakat (matlamat penelitian yang separa sosiologi dan
separa linguistik).40
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
41/55
` Skop - merupakan segala fenomena yang wujud akibatperhubungan antara bahasa dengan masyarakat.
`
Skop ini amat luas, namun boleh dikaitkan dengan salahsatu daripada dua gagasan dominan dalam disiplinlinguistik:(i) formalisme
(berdasarkan ketentuan/peraturan yang ditetapkan)(ii) fungsionalisme
(berdasarkan fungsi dan kegunaannya)
` Bahasa dan masyarakat @ Sosiolinguistik diasaskan olehgagasan fungsionalisme.
41
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
42/55
` Dik (1978: 4-4, dlm. Teo Kok Seong) memberikan perbandingan menyeluruh
dan lengkap tentang dua gagasan tersebut;
42
Formalisme Fungsionalisme
Bahasa ialah satu set ayat Bahasa ialah alat untuk interaksi sosial
Fungsi utama bahasa - menyatakan pemikiran Fungsi utama bahasa - berkomunikasi
Kaitan psikologi dengan bahasa ialahkecekapan linguistik; kebolehan
mengintepretasi dan menilai ayat gramatis
Kaitan psikologi dengan bahasa ialahkecekapan komunikasi; kebolehan
mengendalikan interaksi sosial melalui
penggunaan bahasa yang sesuai
Penelitian tentang kecekapan linguistik
mementingkan bahasa dari sudut logik danperkaedahan
Penelitian tentang kecekapan komunikasi
mementingkan bahasa dari sudutpenggunaan
Ayat dalam sesuatu bahasa itu hendaklah
dihuraikan secara berasingan, yakni daripada
konteks penggunaannya
Penghuraian unsur-unsur bahasa itu
hendaklah melibatkan konteks
penggunaannya
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
43/55
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
44/55
` Formalisme ialah gagasan yang meneliti bahasa sebagai fenomenamental.
` Fungsional ialah gagasan yang meneliti bahasa sebagai fenomenasosial.
` Sebagai fenomena mental, bahasa dalam bentuk lisan mahupun tulisandianggap sebagaiwadah untuk meneliti serta memahami proses mental,yakni hal yang sebenarnya terjadi atau berlaku dalam otak manusiasemasa berbahasa.
` , bahasa dilihat peranannya untuk melaksanakan pelbagai fungsi,
sepeSebagai fenomena sosialrti menegur sapa, memujuk, danmenyampaikan perasaan, yang asasnya penting bagi konteks sosial,untuk mempererat hubungan, mencurah rasa hati, dan sebagainya.Dalam konteks ini bahasa dianggap sebagai alat komunikasi (Teo KokSeong, 1999).
44
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
45/55
1. Pendekatan Hymes, 1974 [DellHymes]
- Skop sosiolinguistik dihubungkan dengan bahasasebagai komunikasi atau alat komunikasi. Beliaumelihat bahasa sebagai tidak terpisah daripada
sistem-sistem sosial dan budaya lain yangberoperasi dalam sesebuah masyarakat.
- Hymes telah mencadangkan pendekatan pelbagai
disiplin untuk meneliti bahasa dalam konteks itu,iaitu sebagai sebahagian yang bersepadu sifatnyadaripada organisasi sosiobudaya serta perlakuanumum.
45
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
46/55
- Hymes menggunakan kaedah etnografi komunikasi
dan menganjurkan bahawa penelitian yang melihat
bahasa sebagai sesuatu yang terpisah daripada
masyarakat yang menuturkannya adalah tidak tepat.
- Etnografi Komunikasi merujuk kepada penghuraian
saintifik terhadap cara atau amalan berbahasa
sesebuah masyarakat, yang memberi perhatiankepada pelbagai faktor bukan bahasa (faktor sosial)
yang didapati mempengaruhi sesebuah komunikasi.
46
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
47/55
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
48/55
- Pendekatan Labov sering dikaitkan dengan penghuraian
yang bersifat kolerasi, yakni menghubungkan duaangkubah; struktur sosial seperti umur dengan strukturbahasa seperti gaya bercakap, yang menggunakanperkiraan statistik.
- Dalam sosiolinguistik, kaedah pengumpulan data yangsemula jadi, yakni yang tidak dipengaruhi unsur-unsurluaran amat penting.
- Labov menekankan aspek ini dan mengaplikasikan kaedahrapid anonymous observation pemerhatian rahsia yangsegera, dalam mengumpul data bahasa untuk mengujibeberapa hipotesis tentang kelainan linguistik [r].
48
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
49/55
- Beliau melihat wujudnya realisasi penyebutan [r] atau
tanpa penyebutan [r] dalam perkataan, yang menjuruskepada punca atau faktor sosial yang terlibat dalam
kelainan penyebutan tersebut.
- Data dikumpulkan di tiga pusat membeli-belah diNew York,tanpa diketahui oleh informannya.
- Kaedah rahsia oleh Labov dalam mendapatkan data
bahasa berupaya menghindar daripada gejala mengumpul
data yang mengandungi pertuturan tidak semula jadi.
49
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
50/55
3. Pendekatan Gumperz , 1982 [John Gumperz]
- Sosiolinguistik dihubungkan dengan bahasasebagai komunikasi atau alat komunikasi:
komunikasi bersifat bersemuka face to face
interaction.
- Pendekatan beliau meneliti bahasa pada tahap
individu, dan menghuraikan bentuk dan amalan
bahasa secara terperinci, dengan menumpukan
unsur pengetahuandalam sesebuah komunikasi.
50
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
51/55
- Unsur pengetahuan - merujuk kepada pengetahuandan pemahaman yang bersifat sosial dan budaya.
- Misalnya amalan merendah diri dalam kalangan
masyarakat timur merupakan budaya yang penting dan
diamalkan di sini.
- Beliau mempercayai bahawa pengetahuan dan
pemahaman tersebut berada pada tahap individu dan
bukannya keseluruhan masyarakat.- Pendekatan ini bersifat mikro (berskala kecil; individu),
bukannya seperti pendekatan Hymes dan Labov
(makro).51
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
52/55
` Bahasa dan Masyarakat atau Sosiolinguistik merupakansalah satu cabang daripada ilmu linguistik, yakni selainfonetik, morfologi, semantik, sintaksis dan sebagainya.
` Bidang ini masih baru dan semakin berkembang.
` Bidang sosiologi bahasa dan sosiolinguistik asasnyamempunyai persamaan, namun perbezaan yang dapat dilihatialah menerusi penekanan yang difokuskan kepada setiap
bidang.
` Dalam bidang pengkajiannya, sosiolinguistik mengambilgagasan fungsionalisme sebagai asas skopnya.
52
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
53/55
` Abdullah Hassan. (2005). LinguistikAm. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.` Amat Juhari Moain. (2001). Sosiolinguistik. Serdang: Universiti Putra
Malaysia
` Bloomfield, L. (1992). Bahasa. (terj. Alias Mahpol, KamaruzamanMahayiddin & Noor Ein Mohd. Noor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia
` Fishman, J. (1991). Sosiologi Bahasa. (terj. Alias Mohammad Yatim). Pulau
Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia & Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka
` Kamus Linguistik. (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
` Holmes, J. (1992). An Introduction to Sociolinguistics. London: Longman` Hudson R. A. (1980). Sociolinguistics. New York: Cambridge University Press` Ismail Jusoh. (2000). Bahasa dan Masyarakat. Monograf Bahasa, Sastera, dan
Budaya Melayu. Serdang: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden &Komunikasi, UPM` Lyons, J. (1992). Bahasa dan Linguistik. (terj. Ramli Salleh & Toh Kim Hoi). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
53
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
54/55
` Matthews, P. H. (2003). Linguistics. New York: Oxford University PressInc.
` Noriah Mohamed. (2003). Beberapa TopikAsas Sosiolinguistik. KualaLumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
` Radiah Yusoff, Noraini Ismail & Wan Rose Eliza Abdul Rahman. (2004).Pengantar Linguistik. Selangor: Prentice Hall, Pearson Malaysia
Sdn. Bhd.` Teo Kok Seong. (1999). Modul ML2054 Sosiolinguistik. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia (tidak diterbitkan)` Trudgill P. (1984). Sosiolinguistik: Suatu Pengenalan. (terj. Nik Safiah
Karim). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka` Yule, G. (1985). The Study of Language. New York: Cambridge University
Press` Wardaugh, R. (1986). An Introduction to Sociolinguistics.
Oxford: Blackwell.
54
8/7/2019 unit 1 - pengenalan bahasa n masyarakat sem 2 1011
55/55
55