Upload
norsuzilawate-binti-zulkapli
View
236
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/6/2019 Unit 11-Kaedah Sokong Bawah
1/2
KAEDAH SOKONG BAWAH
1) KAEDAH ASAS JALUR TRADISIONAL
- merupakan sokong bawah yang paling mudah.
- Proses ini dimulakan dengan pengorekan lubang segiempat di bawah
asas yang sedia ada.
- Lubang segiempat tersebut digali secara berselang.
- Lubang tersebut diisi dengan konkrit atau bata sehingga bertemu
dengan permukaan sebelah bawah asas.
- Ruang antara sokong bawah dan permukaan bawah asas konkrit akan
disi dengan konkrit halus yang kering dan dipadatkan dengan sempurna.
- Ini bertujuan untuk mengelakkan pengecutan dan seterusnyamengelakkan enapan.
- Selepas kerja konkrit atau kerja bata di atas selesai, bahagian yang
ditinggalkan pula digali.
- Panjang setiap lubang adalah antara 1.2 meter hingga 1.5 meter untuk
kerja yang normal.
- Kerja biasanya dibuat untuk 6 lubang bagi setiap operasi. Setelah
semuanya siap barulah 6 lubang lagi dibuat.
- Kadang kala dinding atau tiang tidak selamat jika dikorek di bawahnya.
Oleh itu, dinding atau tiang tersebut perlu disokong menggunakan
rasuk jarum.
2) KAEDAH PYNFORD STOOL
- kaedah ini merupakan ubah suaian daripada kaedah asas jalur
tradisonal.
- Dalam kaedah ini, rasuk konkrit tetulang dimasukkan ke dalam dinding
yang akan disokong bawah.
- Rasuk konkrit tersebut dapat memberi sokongan terhadap dirinya
sendiri di samping menjadi asas yang kukuh bagi kerja sokong bawah
selanjutnya.
- Kaedah ini sangat berguna jikalau enapan sekata telah berlaku dan
bicuan perlu dilakukan untuk melaraskan struktur tersebut.
8/6/2019 Unit 11-Kaedah Sokong Bawah
2/2
- Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menebuk poket
pada dinding yang sedia ada.
- Kemudian poket tersebuat diisi dengan stoolkonkrit pratuang atau
tupang keluli.
- Stool tersebut menyokong dinding pada jarak 0.9 meter antara satusama lain.
- Selepas semua stooldipasang, bata yang terletak antara stool
tersebut dikeluarkan.
- Seterusnya tetulang keluli dipasang menerusi stool bagi membentuk
rasuk konkrit bertetulang.
- Apabila acuan telah dipasang di kiri dan kanan rasuk, konkrit pun
dituang.
- Setelah itu kerja sokong bawah dapat dimulakan dengan menggali
tanah di bawah rasuk tersebut.
2) KAEDAH CERUCUK MINI
- Kaedah ini telah dimajukan di Itali dan dikenali sebagai pali radice.
- Dalam kaedah ini, lubang dengan garis pusat 70 300 mm digerek
menerusi fabrik bangunan.
- Gerekan dibuat dengan menggunakan gerudi putar.
- Lubang ini digerek sehingga 30 meter ke dalam tanah.
- Kemudian, tetulang dimasukkan ke dalam lubang tersebut dan diturap.
- Tetulang tersebut mungkin dalam bentuk sesebatang atau beberapa
batang siap disusun seperti sangkar.
- Melalui kaedah ini, satu ikatan akan diwujudkan antara asas dan
struktur.
- Ini kerana cerucuk mini dibina menerusi bahagian struktur seperti
rasuk dan lantai. Cerucuk yang sama juga mungkin melalui asas.
- Oleh yang demikian, kaedah ini bukan sahaja memberi sokongan di
sebelah bawah tetapi juga memperkuatkan bangunan itu sendiri.