22
CB309 - PERAKAUNAN KOS 1 OBJEKTIFF BURUH DAN ANALISIS UPAH OBJEKTIF AM: Memahami kepentingan tenaga kerja dalam sesebuah perniagaan dan bagaimana kos buruh dikawal. OBJEKTIF KHUSUS: Di akhir ini anda sepatutnya dapat: 1. Menerangkan prosedur pengambilan dan persaraan pekerja 2. Menghuraikan sebab-sebab berlaku pemberhentian pekerja 3. Menerangkan jenis-jenis kos pusing ganti buruh. 4. Mengira kadar pusing ganti buruh

UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

CB309 - PERAKAUNAN KOS 1

OBJEKTIF

BURUH DAN ANALISIS

UPAH

OBJEKTIF AM:Memahami kepentingan tenaga kerja dalam sesebuah perniagaan dan bagaimana kos buruh dikawal.

OBJEKTIF KHUSUS: Di akhir ini anda sepatutnya dapat:

1. Menerangkan prosedur pengambilan dan persaraan pekerja

2. Menghuraikan sebab-sebab berlaku pemberhentian pekerja

3. Menerangkan jenis-jenis kos pusing ganti buruh.

4. Mengira kadar pusing ganti buruh

5. Menerangkan kaedah-kaedah merekod masa

Page 2: UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

CB309 - PERAKAUNAN KOS 2

3.0 PENGENALAN

enaga kerja merupakan nadi pengerak sesebuah perniagaan. Tanpa tenaga kerja perniagaan tidak dapat memperolehi sebarang hasil. Orang yang diambil bekerja harus dipadankan dengan tugas yang sesuai, dilatih, dibayar gaji yang berpatutan,dimotivasi serta dinilai prestasinya dan diberi

peluang bekerja dalam suasana yang sesuai.TPenekanan masa kini ialah mempunyai pekerja yang sesuai, ditempat yang sesuai pada masa yang sesuai. Buruh merupakan kos yang penting di dalam semua organisasi. Oleh itu kos buruh harus sentiasa dikawal.

3.1 PROSIDUR PENGAMBILAN DAN PERSARAAN PEKERJA

Siapa yang bertanggung jawab ?

Jabatan sember manusia bertanggung jawab terhadap perlantikan, pemberhentian, pertukaran, pembahagian pekerja dan cara pembayaran upah pekerja.

Ada kerja kosong?

INPUT

BURUH DAN ANALISIS UPAH

Page 3: UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

CB309 - PERAKAUNAN KOS 3

3.1.1 PENGAMBILAN

Adakah saya layak diambil bekerja?

Kakitangan yang baru akan diambil oleh pengurus kakitangan sekiranya terdapat permintaan yang sah daripada jabatan-jabatan tertentu. Kempen pengiklanan harus menarik perhatian calon-calon yang sesuai. Perlantikan sebenar akan dilakukan setelah pemeriksaan dan /atau temuduga dijalankan dan atas cadangan yang memohon pekerja.

Apabila seseorang diambil bekerja , rekod kakitangan (fail peribadi pekerja) mestilah disediakan untuk mencatatkan segala butir mengenai perlantikan tersebut serta sepanjang perlantikan. Pekerja baru mungkin perlu dilatih. Latihan yang bersesuai harus dibentuk dan dilaksanakan.Rajah 3.1 adalah kad rekod pekerja yang akan diberikan kepada setiap pekerja.

KAD REKOD PEKERJAAN PEKERJAButir-butir Peribadi

Nama penuh:Alamat:No. telefon:Bangsa:Agama:Jantina:Tarikh lahir:Taraf Perkahwinan:Kewarganegaraan:

Tarikh Perlantikan:No. Kad Pengenalan:Jabatan:No. KWSP:No. PERKESO:No. Cukai pendapatan:Diperkenalkan oleh:Pekerjaan terakhir:Alamat:

Rekod PerkhidmatanTarikh Jawatan yang dipegang Gred Jabatan Gaji

Kelayakan Pendidikan dan LatihanTarikh Pencapaian Tarik

hPencapaian

Rajah 3.1 : Kad Rekod Pekerja

Page 4: UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

CB309 - PERAKAUNAN KOS 4

3.1.2 PEMBERHENTIAN/PERSARAAN PEKERJA

ekadang sesetengah pekerja meninggalkan organisasi secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab. Biasanya Pegawai Personel akan sedaya upaya mencari sebab-sebab pemberhentian sama ada ia atas kehendak sendiri, sebab-sebab tidak boleh dielakkan atau sebab yang boleh dielakkan.K

Seorang Ketua Jabatan atau unit tidak mempunyai kuasa untuk memberhentikan pekerja mereka. Ketua jabatan harus memberi cadangan kepada Pegawai Personel untuk memberhentikan pekerjanya. Kemudian Pegawai Personel akan menyiasat sebab-sebab masalah itu timbul. Sekiranya ia berpunca daripada kedua-dua pihak, jalan tengah akan diambil dengan memindahkan pekerja tersebut ke jabatan lain.

Persaraan pada umur wajib, kesihatan dan kematian adalah diantara sebab-sebab pemberhentian yang tidak boleh dielakkan. Pemberhentian pekerja harus dielakkan kerana tindakan ini akan menimbulkan lebih banyak masalah yang lain.

Mengapa nak berhenti ?

Majikan harus menemui sebab mengapa kakitangan meninggalkan organisasi tersebut supaya tindakan boleh diambil untuk memperbaiki keadaan. Pengiraan kadar pusing ganti buruh akan membantu pihak pengurusan melihat kegentingan masalah ini. . Ada banyak faktor yang mempengaruhinya :-

i. Sebab-sebab yang boleh dielakkan

1. upah /gaji yang murah2. persekitaran kerja yang tidak kondusif3. hubungan sesama pekerja tidak baik4. wujud pertubuhan pekerja yang bertentangan matlamat dengan objektif organisasi5. kerja yang tidak sesuai dengan kemahiran6. kekurangan kemudahan/ banafat disediakan untuk pekerja7. latihan tidak mencukupi8. ketua yang tidak adil

ii. Sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan

Saya dapat kerja lain…gaji lagi besar tau…..

Mengapa nak berhenti ?

Page 5: UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

CB309 - PERAKAUNAN KOS 5

Kekadang sesetengah pekerja meninggalkan organisasi disebabkan oleh kepentingan dan tindakan pihak pengurusan. Ini adalah sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan , antaranya:-

1. Pemberhentian kerja sebab tidak berdisplin, berperangai tidak elok dan lain-lain.

2. Pengecilan dan penjimatyan syarikat akibat daripada kekurangan sumber, kekurangan permintaan, keadaan persaingan, ekonomi dan lain-lain.

iii. Sebab-sebab Personel

Kekadang sesetengah pekerja meninggalkan organisasi atas kehendak sendiri dan pihak pengurusan tidak boleh berbuat apa-apa. Antaranya:-

1. mendapat kerja baru yang lebih baik2. kematian3. persaraan pada usia 55 tahun 4. kesihatan5. masalah keluarga6. perkahwinan7. ingin mencari persekitaran kerja yang lebih baik.

Berapa banyakkah kos yang perlu ditanggung akibat pemberhentian?

Rajah 3.2 : Kos Pusing Ganti Buruh

Pelajar sekelian, Rajah 3.2 di atas menunjukkan kos yang biasanya akan ditanggung oleh majikan akibat pemberhentian pekerja.

3.1.3 KADAR PUSING GANTI BURUH

KOS PUSING GANTI BURUH

Kerugian pengalaman

Kos pengiklanan

Kos pengambilan semula- temuduga

Kos latihan

Page 6: UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

CB309 - PERAKAUNAN KOS 6

Apa itu Kadar pusing ganti buruh ?

Ialah kadar pemberhentian pekerja pada sesuatu tempoh perakaunan.

Persamaan kadar pusing ganti buruh adalah seperti berikut:-

Bilangan purata pekerja yang berhenti + diganti semula pada tahun itu * Bilangan purata pekerja yang bekerja pada tahun itu

Bilangan Purata Pekerja Yang Bekerja Pada Tahun Itu = (Bil. Pekerja pada tempoh permulaan + bil. yang diambil kerja pada tempoh penghujung) / 2

Contoh 3-1

Maklumat berikut diperolehi mengenai Syarikat Anton bagi tempoh sepanjang tahun 1994:Bilangan pekerja yang diambil bekerja pada 1.1.2000 ialah seramai 120 orang. Sepanjang tahun tersebut 24 orang pekerja baru telah diambil bekerja dan 18 orang telah berhenti:-

Anda dikehendaki mengira :-1. bilangan pekerja pada 31.12.20002. kadar pusing ganti buruh.

Jawapan

1. bilangan pekerja pada 31.12.2000

bil. Pekerja pada 1.1.2000 120+ pekerja baru 24- pekerja berhenti 18

126

2. kadar pusing ganti buruh = (24 + 18 )/ 2 ----------------- x 100% (120 + 126)/ 2

= 17.07 %

Page 7: UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

CB309 - PERAKAUNAN KOS 7

1. Pengambilan pekerja melalui iklan temuduga terpilih kad rekod pekerja disediakan lantikan dan pengesahan jika perlu.

2 Pemberhentian disebabkan oleh sebab-sebab boleh dielakkan, tidak boleh dielakkan dan sebab personel.

3. kadar pusing ganti buruh = (bil. Purata berhenti + diganti semula pd tahun itu)x 100%(bil. Purata pekerja yang bekerja pd tahun itu)

FAKTA KUNCI

BURUH DAN ANALISIS

UPAH

Page 8: UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

CB309 - PERAKAUNAN KOS 8

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

Soalan 3a-1

Terangkan dengan ringkas 5 sebab pemberhentian pekerja atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan.

Soalan 3a-2

Berikan 5 cara bagaimana Pegaw ai Personel boleh mengurangkan kadar pusing ganti buruh.

Berikut adalah rekod pusingganti pekerja dan maklumat mengenai 3 orang pekerja di Syarikat F&F.

Jab. A Jab.B Bil. Pekerja pada awal 72 34tempoh perakaunanTambahan pekerja dalam tempoh perakauan 14 9Bil. Pekerja berhenti dalam tempoh perakaunan 11 7

Anda dikehendaki mengira:1. Bilangan pekerja pada akhir tahun.2. Kadar pusing ganti buruh bagi setiap jabatan.

AKTIVITI

BURUH DAN ANALISIS UPAH

Page 9: UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

CB309 - PERAKAUNAN KOS 9

Jawapan 3a-1

Lima (5) sebab –sebab yang tidak boleh dielakkan:-

1. pekerja yang tidak berdisplin2. pengecilan dan penjimatan organisasi 3. persaraan4. kematian5. masalah keluarga.

Jawapan 3a-2

Lima (5) cara untuk mengurangkan kadar pusing ganti buruh:-1. semak semula kadar gaji pekerja2. mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif3. sediakan lebih banyak banafaat kepada pekerja.4. pengagihan kerja mengikut kemahiran5. lebih banyak program sesama pekerja bagi mengeratkan hubungan majikan dan pekerja.6. lain-lain jawapan yang releven.

Jawapan 3a-3

i. Bilangan pekerja pada akhir tahunJabatan A = 72+14-11 = 75Jabatan B = 34+9-7 = 36

ii. Jabatan A Jabatan B bilangan purata berhenti dan diganti (14+11)/2 (9+7)/2

125 8

bilangan purata diambilbekerja (72+75)/2 (34+36)/2

= 73.5 = 35

Kadar pusing ganti buruh 12.5/73.5 x 100 8/35 x100= 17% = 22.9%

MAKLUMBALAS 3A

BURUH DAN ANALISIS

UPAH

Page 10: UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

CB309 - PERAKAUNAN KOS 10

3.2 KAEDAH –KAEDAH MEREKOD MASA BURUH

Pelajar-pelajar , anda perlu mencatatkan dengan tepat masa buruh untuk tujuan-tujuan berikut:- untuk tujuan-tujuan berikut:-

1. tujuan menghitung upah2. menganalisis masa yang diambil bagi tujuan pengkosan3. tujuan perancangan dan kawalan

Bagaimana merekod masa buruh ?Ada dua kaedah merekod masa buruh digunakan iaitu berdasarkan kepada kedatangan dan pengeluaran.

1. Rekod Kedatangan (Attendence Records)Dikenali sebagai kad perakam waktu (clock cards). Merujuk kepada Rajah 3.3 di bawah masa kerja dikira berdasarkan kehadiran pekerja.

NAMA: TAHUN:NO. PEKERJA: BULAN:JABATAN:

Tarikh

Masuk (IN)

Keluar (OUT)

Kenyataan Tandatangan

123

31

Rajah 3.3: Kad Perakam Waktu (Clock Cards)

INPUT

Page 11: UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

CB309 - PERAKAUNAN KOS 11

2. Rekod Pengeluaran (Output Records)

Jenis rekod pengeluaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut:-

I. Lembaran masa (Time Sheets)

Kad ini diisi oleh ketua pekerja . Dia akan mencatatkan masa yang diambil untuk setiap kerja. Lembaran masa diisi dan dihantar kepada Jabatan kos setiap hari atau setiap minggu . Lembaran ini dikenali sebagai lebaran masa mingguan dan lembaran masa harian. Untuk lebih memahami lembaran masa, anda dikehendaki merujuk kepada Rajah 3.4 dan Rajah 3.5 di bawah.

LEMBARAN MASA MINGGUANNama Pekerja: Minggu: No. Pekerja: Tarikh: Jenis kerja

No. kerja

Keterangan Mengenai kerja A I S R K J S

Jumlah

Pesanan Lebih masa

Tandatangan pekerja: Tandatangan Ketua:

Rajah 3.4: Lembaran Masa Mingguan (Weekly Time Sheet)

LEMBARAN MASA HARIANNama pekerja: Tarikh:No. Mesin : Minggu ke:

No. pesanan

kerjaKeterangan

kerjaMasa mula

Masa tamat

Jam kerja

kadar Jumlah

Tandatangan pekerja: Disahkan oleh: Untuk kegunaan pejabat

Page 12: UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

CB309 - PERAKAUNAN KOS 12

Rajah 3.5: Lembaran Masa Harian (Daily Time Sheet)

II. Kad Kerja (Job Cards)

Diisi oleh pekerja untuk merekodkan masa yang diambil untuk sesuatu kerja yang tertentu. Rajah 3.6 menunjukkan dua contoh kad kerja yang biasa digunakan .

LTR Sdn. Bhd. KAD KOS HARIAN M No. L.S.F 100

No. KERJA Masa Rekod Masa

411Tamat

1.119.11

Mula 8.00

328Tamat

1.1910.34

Mula 9.15

438Tamat

0.253.53

Mula 3.28

521Tamat

1.325.31

Mula 3.59TamatMula

Sistem Antarabangsa

Rajah 3.6: Kad Kerja

III. Tiket kerja (Operation Card / Piecework ticket)

Mari kita teliti Rajah 3.7 di bawah. Kad ini dikeluarkan untuk setiap operasi di dalam satu kerja.

PIECE- WORK ORDER No.:Nama pekerja: Tarikh:Masa mula: Masa diambil:

Bahagian/Jabatan: Harga:Operasi: Kuantiti:No. Kerja Lulus Rosak Kadar RM

Tandatangan pekerja: Tandatangan pemeriksa: Ketua/Foreman :

Page 13: UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

CB309 - PERAKAUNAN KOS 13

Rajah 3.7 : Tiket kerja

FAKTA KUNCI

MEREKOD MASA BURUH

REKOD KEDATANGAN

KAD

PERAKAM MASA

REKOD PENGELUARAN

KAD KERJA

TIKET KERJA

LEMBARAN MASA

Page 14: UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

CB309 - PERAKAUNAN KOS 14

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

Soalan 3b-1

Mengapakah pencatatan masa buruh sangat penting ?

Soalan 3b-2

Terangkan secara ringkas 3 kaedah merekod masa yang biasa diamalkan oleh syarikat - syarikat perkilangan dalam usaha mereka mengawal kakitangan-kakitangan pengeluarannya.

Soalan 3b-3

Terangkan mengenai kad perakam waktu (clock cards)

AKTIVITI

BURUH DAN ANALISIS

UPAH

Page 15: UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

CB309 - PERAKAUNAN KOS 15

Jawapan 3b-1

Pencatatan masa buruh penting untuk tujuan:- menghitung upah menganalisis masa yang diambil bagi tujuan pengkosan perancangan dan kawalan

Jawapan 3b-2

Antara kaedah merekod lembaran masa harian lembaran masa mingguan tiket kerja kad tebuk rekod kedatangan.

Jawapan 3b-3

Kad perakam waktu adalah satu alat yang digunakan untuk merekodkan kedatangan pekerja. Rujuk rajah 3.2

MAKLUMBALAS 5B

BURUH DAN ANALISIS UPAH

Page 16: UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

CB309 - PERAKAUNAN KOS 16

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

Soalan 3-1

Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pusingan buruh. Berikan 5 alasan yang menyebabkan sesebuah syarikat mengalami kadar tukar ganti buruh yang tinggi.

Soalan 3-2

Berikan pendapat anda ,adakah kadar pusing ganti yang tinggi memberi gambaran yang negatif kepada syarikat.

Soalan 3-3

Berikut adalah rekod pusingganti pekerja dan maklumat mengenai 3 orang pekerja di Perniagaan Baik Shara Haqkeem.

Jab. 1 Jab. 2 Jab. 3 Bil. Pekerja pada 1.1.2000 144 68 212Tambahan pekerja pada tahun 2000 28 18 46Bil. Pekerja berhenti pada tahun 2000 22 14 36

Anda dikehendaki mengira kadar pusing ganti buruh.

PENILAIAN KENDIRI

BURUH DAN ANALISIS UPAH

Page 17: UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

CB309 - PERAKAUNAN KOS 17

Jawapan 3-1

Kadar pusingan buruh ialah satu pengukuran bilangan pekerja yang berhenti meninggalkan organisasi dan bilangan pekerja yang menggantikan kekosongan yang wujud dalam sesuatu jangkamasa, diberi dalam bentuk peratusan dari jumlah purata bilangan pekerja yang terdapat dalam jangkamasa tersebut. Ianya dikira berdasarkan formula berikut:-

(bil. Pekerja yang berhenti+ diganti)/ (bil. Purata pekerja diambil) X 100%

Lima (5) alasan:- kadar bayaran yang rendah dan tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Keadaan tempat kerja yang tidak sesuai. Persaraan Kematian Latihan yang tidak mencukupi.

Jawapan 3-2

Kadar pusing ganti buruh yang tinggi memberikan gamabaran yang negatif kepada syarikat kerana mungkin masyarakat berpendapat bahawa syarikat tersebut mempunyai:- Pengurusan yang lemah Upah yang murah Kebajikan pekerja tiada atau sedikit Hubungan sesama pekerja kurang baik Lain-lain jawapan yang releven.

Jawapan 3-3

Bilangan pekerja akhir tahun ialah 150, 72 dan 212 untuk setiap jabatan.Kadar pusing ganti buruh =

(22+28+18+14+46+36)/6(144+150+68+72+222+212)/6

= 18.89%

MAKLUMBALAS

BURUH DAN ANALISIS UPAH

Page 18: UNIT 5 - Pn Norhayah - laman utamapnnorhayahepembelajaran.weebly.com/uploads/8/9/4/9/... · Web viewAda kerja kosong? PENGAMBILAN Adakah saya layak diambil bekerja? Kakitangan yang

CB309 - PERAKAUNAN KOS 18