31
85 Program-Program Kesihatan PROGRAM KESIHATAN Program Kesihatan Individu Program Kesihatan Keluarga Program Kesihatan Sekolah Program Kesihatan Masyarakat Program Kesihatan Negara UNIT 5 PROGRAM-PROGRAM KESIHATAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat : 1. Mengetahui peranan individu dalam penjagaan kesihatan diri bagi mengekalkan kesihatan diri secara optimum . 2. Memahami peranan keluarga dalam aktiviti kesihatan dalam membentuk keluarga yang sejahtera. 3. Menjelaskan peranan masyarakat dalam aktiviti kesihatan bagi meningkatkan taraf kesihatan dan mutu kehidupan masyarakat 4. Menerangkan kepentingan mengadakan program kesihatan di semua peringkat. PETA KONSEP TAJUK

Unit 5 Program-program Kesihatan

  • Upload
    cik-gee

  • View
    190

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Unit 5 Program-program Kesihatan

85 Program-Program Kesihatan

PROGRAM KESIHATAN

Program Kesihatan Individu

Program Kesihatan Keluarga

Program Kesihatan Sekolah

Program Kesihatan

Masyarakat

Program Kesihatan

Negara

UNIT 5

PROGRAM-PROGRAM KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat :

1. Mengetahui peranan individu dalam penjagaan kesihatan diri bagi mengekalkan

kesihatan diri secara optimum .

2. Memahami peranan keluarga dalam aktiviti kesihatan dalam membentuk keluarga

yang sejahtera.

3. Menjelaskan peranan masyarakat dalam aktiviti kesihatan bagi meningkatkan taraf

kesihatan dan mutu kehidupan masyarakat

4. Menerangkan kepentingan mengadakan program kesihatan di semua peringkat.

PETA KONSEP TAJUK

Page 2: Unit 5 Program-program Kesihatan

86 Program-Program Kesihatan

PENGENALAN

Rajah 5.1 : Contoh program kesihatan

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, amatlah digalakkan jika kita terlibat dalam

program kesihatan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Pada pendapat anda, apakah manfaat

yang diperoleh jika kita menyertai program kesihatan yang telah dianjurkan.

asyarakat sebenarnya sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan

akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang

tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian.

Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran

kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah

perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai

masalah kesihatan.

Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, ‘Tak Nak Merokok’, makanan berkhasiat dan

kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan masyarakat tentang peri pentingnya

menjaga kesihatan sekali gus mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin ada sesetengah

golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga segelintir yang menganggap kesihatan

hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia

M

Page 3: Unit 5 Program-program Kesihatan

87 Program-Program Kesihatan

muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan

mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah

mengidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh

dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang

bermakna pada masa hadapan.

ISI KANDUNGAN

Program – program kesihatan pelbagai peringkat

Program promosi kesihatan telah mula diperkatakan sejak dua abad lalu tetapi hanya

mendapat perhatian yang serius mulai tahun 1980an. Ia merupakan satu proses atau gerakan

radikal yang menekankan kepada aspek kesejahteraan sosial, ekonomi dan kesejahteraan

kehidupan individu sebagai perkara asas dalam kesihatan masyarakat.

Selain itu, dalam promosi kesihatan juga menekankan aspek kesihatan yang positif, di mana

setiap individu perlu mengambil tindakan positif atau berusaha atau memainkan peranan

dalam menjaga kesihatan, memastikan mereka sihat, tidak dijangkiti penyakit dan bukan

semata-mata hanya memberi tindak balas terhadap tanda penyakit yang mereka alami.

Program promosi kesihatan menggunakan pelbagai strategi, pendekatan dan kaedah bagi

membantu dan menggerakkan Individu atau masyarakat mengekalkan tahap kesihatan dan

menjaga kesihatan mereka. Sehubungan dengan itu setiap individu, para profesional dan

bukan profesional serta bukan agensi kerajaan atau kerajaan mempunyai peranan masing-

masing dalam aktiviti promosi kesihatan.

Promosi kesihatan boleh didefinisikan sebagai tindakan yang menjurus kepada pembaikan

atau perlindungan kesihatan menerusi perubahan tingkah laku, biologi, sosio ekonomi dan

persekitaran. Promosi kesihatan juga melibatkan bukan sahaja aktiviti penyebaran maklumat

tetapi juga membabitkan usaha atau perubahan untuk mempengaruhi aktiviti-aktiviti individu,

kumpulan, masyarakat, pihak majikan dan pihak berkuasa tempatan ke arah amalan gaya

hidup yang sihat.

Page 4: Unit 5 Program-program Kesihatan

88 Program-Program Kesihatan

Rajah 5.2 : Aktiviti di taman rekreasi

Dalam rajah di atas, terdapat pelbagai aktiviti yang di laksanakan di taman rekreasi.

Pada pendapat anda, aktiviti yang manakah yang memberi banyak manfaat kepada individu di

dalam rajah di atas?

Program Kesihatan Individu

Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dengan memiliki tubuh badan yang

sihat, seseorang dapat melaksanakan aktiviti harian tanpa halangan. Anak-anak dapat ke

sekolah menimba ilmu dan ibu bapa dapat mencari rezeki untuk keluarga. Bagi sesetengah

orang, nikmat kesihatan hanya disedari apabila mereka diserang penyakit. Mereka sanggup

menghabiskan wang membeli ubat dan makanan kesihatan untuk mengubati penyakit yang

dihadapi. Tambahan pula, pelbagai ubat dan produk makanan kesihatan wujud di pasaran

sekarang seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Oleh sebab peri pentingnya nikmat ini

dalam kehidupan, beberapa langkah perlu diambil agar kesihatan kita terjamin.

Salah satu langkah yang perlu kita beri perhatian untuk menjaga kesihatan adalah dengan

menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal. Keadaan di dalam dan di luar rumah

hendaklah bersih daripada sampah sarap dan tempat-tempat air bertakung. Perkara ini akan

Page 5: Unit 5 Program-program Kesihatan

89 Program-Program Kesihatan

dapat menghapuskan tempat pembiakan agen-agen penyakit seperti lalat, tikus, nyamuk dan

lain-lain. Kita perlulah menyahut seruan kempen yang dilancarkan oleh Majlis Perbandaran

Kota Baharu Bandar Raya Islam iaitu kempen ‘Jumpa Sampah Kutip’ dan kempen ‘Memerangi

LILATI’ (lipas, lalat dan tikus). Sampah perlu dibakar, dikambus atau dibuang di tempat khas.

Pasu-pasu bunga dan longkang perlu diperiksa agar air tidak bertakung dan menjadi tempat

pembiakan nyamuk. Dengan demikian, penyakit-penyakit bawaan vektor seperti taun, malaria,

dan denggi dapat dielakkan. Tegasnya, menjaga kebersihan persekitaran merupakan langkah

asas untuk kita semua ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan amat wajar dilakukan untuk memastikan kesihatan berada

dalam keadaan baik. Mengikut saranan pakar perubatan, seseorang perlu melakukan

pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun atau enam bulan sekali.

Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras gula dalam darah, tahap kolesterol dan lain-lain

lagi.

Tujuan pemeriksaan dibuat adalah untuk memastikan tahap kesihatan kita berada dalam

keadaan sihat dan dapat mengesan penyakit kronik dengan lebih awal seperti penyakit darah

tinggi, kencing manis dan sebagainya. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, ‘mencegah lebih

baik daripada mengubatinya’. Bagi pesakit yang telah diserang penyakit ini, keadaannya akan

boleh dikawal sebelum menjadi serius seperti peribahasa, ‘cegah sebelum parah’. Pendek

kata, kesihatan seseorang akan berada dalam keadaan baik jika kita secara berdisiplin

menjalani pemeriksaan kesihatan diri di hospital-hospital secara berjadual.

Mengamalkan pemakanan seimbang tidak kurang pentingnya sebagai langkah menjaga

kesihatan kita. Amalan pemakanan berkait rapat dengan kesihatan seseorang. Hal ini

bertepatan dengan peribahasa Inggeris tentang amalan pemakanan iaitu ‘what you are, is what

you eat’. Boleh dikatakan seseorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang akan

memperoleh kesihatan yang baik. Mengamalkan pemakanan seimbang bermakna seseorang

mengambil makanan yang berkhasiat dan berzat sesuai dengan keperluan tubuh badan

seseorang.

Seseorang individu memerlukan makanan yang sesuai berdasarkan usia, pekerjaan dan

keperluan-keperluan lain. Sebagai contohnya, seorang bayi memerlukan lebih kalsium

berbanding orang dewasa yang memerlukan lebih protein. Untuk lebih jelas, seseorang perlu

Page 6: Unit 5 Program-program Kesihatan

90 Program-Program Kesihatan

merujuk kepada piramid makanan sebagai panduan untuk mendapatkan gizi seimbang.

Sehubungan dengan itu, makanan ringan dan minuman bergas perlu dielakkan kerana boleh

memudaratkan kesihatan kita. Pendek kata, langkah terbaik untuk mencapai tahap kesihatan

adalah dengan mengamalkan diet makanan seimbang.

Kesihatan akan lebih terjamin jika kita melakukan kegiatan riadah. Amalan riadah seperti

berenang, jogging, menunggang basikal dan kegiatan sukan lain adalah baik untuk kesihatan.

Pensyarah Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr. Zulkifli Abdul

Kadir, menyarankan setiap individu melakukan kegiatan riadah selama 30 minit dua kali

seminggu bagi mendapatkan tahap kesihatan yang optimum. Kegiatan riadah ini akan menjadi

kebiasaan jika setiap hari kita melakukannya dengan penuh disiplin dan istiqamah sesuai

dengan peribahasa ‘alah bisa tegal biasa’.

Dengan melakukan kegiatan riadah, otot-otot tubuh akan lebih bertenaga dan kecergasan

badan akan bertambah baik. Di samping itu, seseorang dapat menghirup udara segar semasa

melakukan senaman di taman-taman permainan serta dapat mengurangkan tekanan atau

stress selepas seharian penat bekerja di pejabat. Seyogia disarankan agar kita dapat

melakukan kegiatan senaman secara untuk memperoleh kesihatan yang baik.

Amalan gaya hidup sihat merupakan langkah yang tidak kurang pentingnya untuk

mendapatkan kesihatan yang baik. Kini, kita dikejutkan dengan bermacam-macam amalan

hidup yang negatif telah menular dalam masyarakat kita. Antara gaya hidup yang negatif ialah

amalan seks rambang dan bebas, melanggan pelacur, penagihan dadah dan pil-pil khayal,

ketagihan arak serta lain-lainnya.

Begitu juga amalan merokok yang masih menjadi sebahagian cara hidup muda-mudi dan

remaja dalam masyarakat kita seolah-olah kempen ‘Katakan Tak Nak Pada Rokok’ yang giat

dijalankan tidak membawa apa-apa kesan. Sudah tentu, gaya hidup tidak sihat akan

mengundang penyakit seperti Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), siflis dan lain-lain.

Amalan-amalan sebegini perlu dijauhkan seterusnya mengamalkan cara hidup sihat

berdasarkan norma-norma agama dan budaya timur kita. Lantaran itu, beralihlah kepada cara

hidup sihat bagi mendapatkan kesihatan yang baik sebagaimana kempen ‘Gaya Hidup Sihat’

yang diwar-warkan oleh kerajaan.

Page 7: Unit 5 Program-program Kesihatan

91 Program-Program Kesihatan

Rajah 5.3 : Program Kesihatan Sekolah

Pada pendapat anda, mengapakah program kesihatan telah mula di terapkan

seawal di peringkat sekolah lagi? Apakah rasional melaksanakan program kesihatan di

peringkat akar umbi?

Program Kesihatan Sekolah

Program Kesihatan Sekolah (PKS) meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka

untuk mempertahankan, menggalakkan dan menjaga kesihatan optima murid-murid dan

kegiatan sekolah, untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina

pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan.

Rasional program kesihatan sekolah

Mewujudkan program kesihatan yang mampu melahirkan rasa tanggungjawab

bersama dan komitmen di kalangan warga sekolah.

Menyeragamkan beberapa program kesihatan sekolah di bawah satu program

bersepadu.

Mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif berlandaskan kepada

keperluan semasa.

Page 8: Unit 5 Program-program Kesihatan

92 Program-Program Kesihatan

Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama antara sekolah dan masyarakat dalam

menangani isu-isu kesihatan.

Suatu usaha yang teratur dan fokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan.

Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak

serta dapat dinilai keberkesanannya.

Matlamat program kesihatan sekolah

Matlamat Program Kesihatan Sekolah adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang

positif terhadap kesihatan serta melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat,

sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

Objektif program kesihatan sekolah

Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan

sihat.

Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup

sihat.

Menetapkan polisi atau dasar kesihatan sekolah.

Memupuk pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya

setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri,

keluarga dan masyarakat.

Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan

sekolah.

Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi:

Menilai taraf kesihatan murid.

Memberi khidmat rawatan dan rujukan.

Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan masalah

kesihatan murid.

Memberi penjagaan rawatan kecemasan terhadap penyakit di sekolah.

Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.

Page 9: Unit 5 Program-program Kesihatan

93 Program-Program Kesihatan

Kepentingan program kesihatan sekolah

Kepentingan Program Kesihatan Sekolah boleh dilihat melalui konteks:

Kerjasama di antara masyarakat (individu, keluarga dan komuniti) dengan sekolah bertujuan

untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat (proses

dua hala).

• Apakah sumbangan sekolah terhadap masyarakat

• Apakah sumbangan masyarakat terhadap sekolah.

Kerjasama meliputi:

• Penyediaan tandas yang mencukupi untuk murid-murid dan kakitangan;

• Kemudahan bekalan air yang selamat dan mencukupi

• Keadaan kantin yang bersih dan selamat di samping pengendalian makanan

yang sempurna.

Program Kesihatan Keluarga

Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung

pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan

berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia

mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi seperti menggemari makanan yang

mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan secara berlebihan. Untuk

mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, obesiti, darah tinggi, kencing

manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat.

Secara umumnya, tanggung jawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang

melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan

ibu bapa dan keluarga dalam aktiviti berunsurkan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat

dalam kalangan anak-anak mereka?

Peranan utama ibu bapa adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan

yang seimbang. Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang mengandungi ketujuh-

tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral,

Page 10: Unit 5 Program-program Kesihatan

94 Program-Program Kesihatan

lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah sentiasa menghidangkan makanan yang berzat

kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana

makanan di luar, khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan yang makanannya biasa

digoreng dengan penuh minyak. Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah

pasti anak-anak akan tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa kelak.

Ibu bapa juga perlu mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat oleh anak-anak kerana

minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula

yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan

yang asli. Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan

seimbang dalam memupuk amalan gaya hidup sihat.

Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak.

Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa

dengan anak-anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup

sihat kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-

sama toksin badan. Kesannya, anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi

terhadap serangan penyakit.

Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit sehari dan tiga kali

seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senamrobik, berjoging, berbasikal,

berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang bekerja, senaman

ini boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa pulang dari

kerja. Apabila seseorang itu bersenam dan beriadah, mereka dapat meningkatkan kesihatan

diri dari aspek fizikal dan mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Tegasnya, ibu

bapa perlulah melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak supaya amalan

gaya hidup sihat dapat dipupuk.

Ibu bapa juga perlu membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala

untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak

menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali

setahun. Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit

ketika masih di peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi

moden kini. Bak kata pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Dengan ini, ibu bapa

Page 11: Unit 5 Program-program Kesihatan

95 Program-Program Kesihatan

dapat mengenali tubuh badan anak-anak mereka dengan lebih baik dan mampu menentukan

pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka

tidak sihat, ibu bapa perlulah segala membawa mereka berjumpa dengan doktor untuk

mendapat ubat serta pengesahan tentang penyakit yang dihidapi. Bukan itu sahaja, ibu bapa

perlu memastikan anak-anak mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang

ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan memupuk

amalan gaya hidup sihat.

Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan kebersihan diri

pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan

asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga

perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit,

mereka perlu mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti

mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak

dihinggapi lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu

selera. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam menitik beratkan aspek berkenaan mungkin boleh

membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus dilentur sejak dari rebung dalam diri anak-

anak agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat apabila mereka dewasa kelak.

Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, ibu bapa juga

perlu mendidik ahli keluarga mereka agar menjaga kebersihan persekitaran mereka.

Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada

sebarang penyakit. Umpamanya, ibu bapa menggalakkan anak-anak mengadakan gotong-

royong di rumah setiap hujung minggu untuk membersihkan kawasan rumah bersama ahli

keluarga. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyertai kegiatan gotong royong di

taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan

persekitaran mereka sentiasa bersih.

Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti

nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar

rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan

ataupun ditukar. Dengan cara demikian, ibu bapa dapat melatih gaya hidup yang positif dalam

diri anak-anak mereka sekali gus akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai

penyakit.

Page 12: Unit 5 Program-program Kesihatan

96 Program-Program Kesihatan

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang

lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih

bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan

masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka

menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Ibu bapa digalakkan menjalin

hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama anak-anak atau jiran tetangga.

Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria

dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi

memperoleh gaya hidup yang sihat ini Peranan ibu bapa mengamalkan cara berkomunikasi

berkesan dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga serta mengamalkan ibadat

mengikut agama masing-masing akan memberi impak psikologi yang positif.

Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi

menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan

seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan

baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di

pejabat, kekangan di tempat kerja memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat

kita. Para ibu bapa perlu bijak menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh

mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka.

Hal ini perlu, kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan ibu bapa pada perlakuan negatif

seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi,

semakin positif minda ibu bapa itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu

dicapai oleh dirinya dan keluarga kelak. Penguasaan diri yang baik dan pesanan yang sering

merangsang anak-anak ke arah positif menangani cabaran merupakan asuhan yang amat

dicontohi oleh anak-anak sehingga mereka dewasa.

Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam anak-anak, ibu bapa perlulah

membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara, jiran tetangga ataupun

rakan-rakan. Hari ini kita sihat, tetapi bagaimana pula dengan hari esok? Jika ibu bapa sering

melawat orang yang sedang sakit, nescaya anak-anak mereka juga akan berbuat demikian

kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak tidak seharusnya merasakan bahawa

perbuatan sebegini hanya membuang masa dan merugikan diri kerana ianya sesuatu amalan

Page 13: Unit 5 Program-program Kesihatan

97 Program-Program Kesihatan

yang mulia. Apabila kita menziarahi orang yang sakit, secara tidak langsung kehadiran kita

dapat melahirkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada diri

pesakit itu untuk melawan kesakitan yang ditanggung olehnya.

Menziarahi orang yang sakit akan sedikit sebanyak melahirkan rasa simpati terhadap nasib

orang lain dan pada masa yang sama anak-anak akan bersyukur atas kurniaan sebuah badan

yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan bahawa kita, khususnya anak-anak, mengambil berat

tentang diri pesakit dan dapat mengurangkan perasaan sedih pesakit walaupun pepatah

menyatakan bahawa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Tegasnya,

amalan menziarahi orang yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak mampu menanamkan

amalan gaya hidup yang sihat.

Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan agar anak-

anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak juga perlu

direhatkan dengan kadar yang diperlukan untuk mengecas semula organ-organ dalam badan

mereka. Bagi anak-anak yang telah mencapai usia remaja, mereka memerlukan sekurang-

kurangnya lapan jam sehari untuk tidur dengan selesa. Namun, ramai anak-anak muda pada

masa ini yang lebih suka tidur selepas tengah malam walaupun keesokan merupakan hari

persekolahan. Kesannya, mereka tidak akan berasa cergas dan badan akan lesu dan tidak

bermaya. Salah satu langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah menetapkan satu masa

yang spesifik untuk anak-anak masuk tidur dan mestilah dipatuhi dengan sepenuhnya.

Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan anak-anak

mendapat rehat yang secukupnya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan

peranan yang besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak.

Amalan ini adalah penting untuk dilaksanakan agar kesihatan rakyat dalam negara ini sentiasa

dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkah-langkah di atas perlulah diamalkan oleh anak-

anak yang menjadi pemimpin generasi akan datang bak kata pepatah ‘pemuda harapan

bangsa, pemudi tiang negara’. Semua rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya hidup

sihat supaya penyakit seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan

sebagainya dapat dikurangkan dalam jangka masa yang panjang ini. Jelasnya, jika hal-hal

yang dinyatakan di atas itu kita laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang

berjaya bak kata pepatah ‘hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih’.

Page 14: Unit 5 Program-program Kesihatan

98 Program-Program Kesihatan

Rajah 5.4 : Program Kesihatan Masyarakat

Program Kesihatan Masyarakat

Masyarakat yang wujud di sesebuah negara merupakan unsur yang terpenting dalam

melahirkan suasana aman dalam negara berkenaan. Kehidupan sesebuah komuniti yang baik

berkait rapat dengan kesihatan keluarga dan individu yang mendiami sesebuah negara. Rata-

rata kita melihat komuniti kita hari ini sudah jauh terpesong sebagai komuniti yang sihat.

Pelbagai kes yang tidak dijangkakan berlaku sewenang-wenangnya sehingga menjadi satu

budaya keganasan yang melampau.

Sikap dan tingkah laku positif sebagai seorang individu yang bermoral sudah jarang ditemui.

Masing-masing menunjukkan unsur keganasan seperti pembunuhan, kekacauan, pencabulan,

perogolan dan beberapa perkara yang sukar diterima oleh akal fikiran waras. Keadaan ini

merujuk bahawa masyarakat kita sebenarnya sedang dilanda kesakitan mental, dan

memerlukan bantuan rawatan khusus pada peringkat awal. Sakit mental bagi komuniti

dikategorikan sebagai abnormal yang merujuk kepada tingkah laku bilazim dalam sesebuah

komuniti (Azizi & Jamaludin, 2007).

Pengelasan ini di rumuskan sebagai tingkah laku yang terkeluar dari norma statistik, terkeluar

dari norma komuniti, tingkah laku yang salah adaptasi dan kadar tekanan peribadi yang

dihadapi oleh individu (Azizi & Jamaludin, 2007). Hakikat ini menunjukkan bahawa keadaan

Page 15: Unit 5 Program-program Kesihatan

99 Program-Program Kesihatan

kesihatan mental komuniti kita tidak berada dalam kenormalan, dan perlu dirawat secepat

mungkin bagi mengelakkan sebarang unsur-unsur sebegini berterusan. Pada tahun 2020,

penyakit mental dijangkakan berada pada kedudukan kedua penyakit tertinggi di dunia

(Noradilah & Mansor, 2009). Keadaan ini bakal memberikan satu tamparan hebat kepada

masyarakat dunia bahawa penyakit ini semakin merebak dari setahun ke setahun dan bakal

menghancurkan komuniti di sesebuah negara.

Raihanah (2004) menyatakan kesihatan keluarga sebagai suatu yang sangat berharga dan

bernilai dalam kehidupan. Kesihatan yang baik tidak boleh dijual beli, dan apabila individu sihat

bermakna segala aktiviti hariannya akan sempurna dan bermakna. Setiap individu memerlukan

kesihatan yang baik bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan sebagaimana lazimnya.

Inilah yang dikatakan sebagai kesejahteraan sesebuah komuniti bergantung kepada kesihatan

individu dan keluarga. Tiada sebuah keluarga pun yang menginginkan ahli-ahli keluarganya

tidak sihat sama ada secara fizikal, mental dan jiwa.

Kelemahan dalam kesihatan akan mewujudkan satu jurang yang jauh dalam kalangan ahli

keluarga dan memisahkan perhubungan yang baik selama ini. Johnson (1998) pula merujuk

kesihatan keluarga dengan keadaan institusi keluarga yang tidak berperaturan, tiada pendirian

dan tidak teguh (deinstitutionalization). Kesannya membawa kepada sebuah keluarga yang

tidak berfungsi dan penyebab kepada kesakitan mental. Banyak faktor yang mempengaruhi

keadaan ini berlaku dalam sesebuah keluarga seperti komunikasi, faktor biologi, kurang

sokongan, dan elemen emosi (Johnson, 1998).

Kewujudan faktor-faktor ini menyebabkan ahli-ahli keluarga yang tidak berpenyakit akan mula

merasai penyakit sama ada secara dalaman atau luaran. Elemen-elemen seperti sokongan,

kasih sayang, dan perhatian oleh keluarga merupakan elemen penting ke arah kesejahteraan

individu dalam keluarga. Motivasi secara intrinsik ke atas ahli-ahli dalam keluarga mewujudkan

satu keadaan tenang, tenteram dan harmoni dalam diri. Keluarga yang sihat dan komuniti yang

sejahtera mencerminkan individu dan bangsa yang ada di sesebuah negara itu sebagai

kelompok komuniti yang sejahtera, makmur, dan harmoni dalam segenap aspek seperti politik,

ekonomi dan sosial.

Murphy et al. (2002) mengelaskan kesihatan keluarga sebagai penyakit kronik dan terminologi

kesakitan yang menyebabkan tekanan keseluruhan ahli keluarga. Keadaan ini merupakan

Page 16: Unit 5 Program-program Kesihatan

100 Program-Program Kesihatan

suasana yang sangat tidak diinginkan oleh ahli keluarga yang memberikan tekanan dalaman

dan luaran. Murphy et al. (2002) dalam kajiannya tentang keluarga yang sakit menyatakan

bahawa ahli keluarga yang menghidap penyakit AIDS didapati memberi kesan kepada elemen

fizikal, mental dan jiwa sama ada kepada ahli-ahli keluarga dan pesakit. Penyakit ini

merupakan penyakit yang membawa maut dan memberikan stigma tidak berkesudahan.

Mereka dianggap sebagai golongan negatif kerana melanggar peraturan, agama, moral, dan

sosial (Aishah, 2002). Malah, ahli keluarga juga menjadi mangsa dalam keadaan ini dan

dipandang hina oleh sebilangan masyarakat.

Kemerosotan kesihatan keluarga sama ada secara dalaman dan luaran membawa kepada

perbalahan dalaman ahli keluarga. Perbalahan secara dalaman tanpa ada satu jalan

penyelesaian terbaik sesebuah keluarga akan mempengaruhi kehancuran sesebuah komuniti

yang sebelumnya harmoni. Gormley (2007) melihat kesihatan keluarga melalui perkaitan

dengan pokok keluarga yang dikatakan sebagai satu sejarah kehidupan yang lampau dan

berterusan. Pokok kesihatan keluarga ini digambarkan sebagai rentetan keturunan yang wujud

sejak puluhan atau ratusan generasi dan melihat dari sudut elemen kebakaan. Hubungan

kekeluargaan yang wujud selama ini menjadi satu bukti bahawa kebakaan yang diperturunkan

sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan sesebuah keluarga.

Sejarah kesihatan keluarga yang baik akan menceritakan keseluruhan tentang individu, adik

beradik, anak-anak, dan juga saudara mara. Pengetahuan tentang sejarah latar belakang

seperti tempat kelahiran, bangsa, dan datuk nenek memberikan penjelasan yang baik ke arah

kesejahteraan keluarga. Pembentukan kesihatan keluarga bergantung kepada kesihatan

datuk, nenek dan ibu bapa terdahulu sehingga mempengaruhi generasi seterusnya. Rozumah

dan Rahimah (2008) melihat keadaan ini sebagai susur galur keturunan terdahulu yang

dinamakan sebagai genealogi. Kajian ini merujuk kepada sejarah struktur keluarga yang

bertujuan membentuk susur galur keluarga terdahulu berasaskan individu utama (Rozumah &

Rahimah, 2008). Namun, susur galur ini biasanya digunakan oleh golongan diraja yang

bertujuan untuk memperincikan keturunan terdahulu dan dijadikan panduan kepada salasilah

keluarga.

O’Brien (2006) mengkaji kesihatan keluarga dengan melihat tekanan yang wujud dalam

sesebuah keluarga. Tekanan ini membawa kepada risiko penyakit tertentu sama ada berjangkit

atau tidak berjangkit. Namun, kajian O’Brien (2006) melihat kepada elemen jiwa yang tertekan

Page 17: Unit 5 Program-program Kesihatan

101 Program-Program Kesihatan

sebagai pencetus kepada halangan dalam kesihatan sesebuah keluarga. Beberapa tekanan

dalaman seperti stres, kemurungan, ketuaan, dan insomnia (masalah sukar tidur) merupakan

elemen penting dalam melihat kesihatan sesebuah keluarga. Tidak dinafikan bahawa penyakit

yang wujud dalam diri individu dan keluarga berpunca daripada tekanan tertentu. Keadaan

dalaman yang tidak sihat, tidak tenang dan tidak sejahtera mempengaruhi hubungan yang

tidak baik dan kehancuran hidup.

Yahaya (2002) menjelaskan personaliti mempunyai kaitan yang rapat dengan penyakit kronik

seperti hipertensi, kecelaruan jantung, kanser, anoreksia dan pelbagai penyakit dalaman lain

lagi. Keadaan ini berlaku kerana individu yang sentiasa resah, bimbang, cepat cemas dan

cepat marah. Kesannya, kesihatan individu dan keluarga mula terjejas sehingga ahli keluarga

lain turut sama merasainya. Justeru itu, kesihatan keluarga yang baik haruslah diasaskan

kepada kesihatan individu dalam membawa kepada kesejahteraan komuniti.

Aktiviti dan medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan kepada masyarakat

Kurikulum di sekolah

Sebut sahaja Pendidikan Kesihatan, yang terlintas di kepala kita adalah perkataan pertama itu

sendiri iaitu pendidikan. Seharusnya, sekolah merupakan institusi utama menyampaikan ilmu

Pendidikan Kesihatan. Di sekolah, murid-murid diajar Pendidikan Kesihatan sepanjang

persekolahan mereka. Mengikut spesifikasi huraian sukatan pelajaran, Pendidikan Kesihatan

bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif

terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) telah beroperasi pada 1 April2007 berikutan

pewartaan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 (Akta 651) pada 29 Jun

2006. Lembaga ini merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia berperanan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kehidupan di

samping mempertingkatkan keadaan sosial dan persekitaran bagi memperbaiki taraf kesihatan

Page 18: Unit 5 Program-program Kesihatan

102 Program-Program Kesihatan

masyarakat. Lembaga berperanan memberi geran atau bantuan kewangan untuk melakukan

sebarang jenis penyelidikan, aktiviti sukan, riadah atau kebudayaan yang berkaitan dengan

promosi kesihatan.

Radio dan televisyen

Pendidikan kesihatan disampaikan dengan utamanya melalui radio dan televisyen.Ini adalah

kerana, boleh dikatakan setiap isi rumah di Malaysia mempunyai radio atau televisyen di

rumah mereka. Oleh itu, kedua medium ini adalah medium yang paling utama dalam

menyampaikan pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Antara contoh yang paling nyata

dapat dilihat ialah penerangan mengenai virus influenza A H1N1 yang telah melanda

Malaysia pada tahun yang lalu sehinggalah sekarang. Dengan bantuan radio dan televisyen,

sebarang maklumat dan berita terkini mengenai virus tersebut dapat disampaikan kepada

masyarakat dalam tempoh yang singkat dan lebih mudah difahami. Selain daripada

itu, televisyen kabel juga boleh memainkan peranan. Ini yang berlaku kepada Hospital

Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mempunyai televisyen kabel mereka sendiri

yang dinamakan MediTV.

Surat khabar dan majalah

Selain daripada radio dan televisyen, surat khabar dan majalah menjadi medium yang kedua

terpenting. Ini kerana medium ini mudah dan murah untuk didapatkan. Antara contoh

pendidikan kesihatan di dalam surat khabar adalah seperti ruangan kesihatan yang diterbitkan

oleh akhbar Mingguan Malaysia setiap minggu. Sememangnya ruangan pendidikan kesihatan

seperti ini amat berguna kepada masyarakat. Selain itu, majalah-majalah tempatan juga sering

memaparkan maklumat mengenai pendidikan kesihatan. Contoh adalah seperti yang

terkandung dalam majalah Mingguan Wanita. Kebanyakan majalah-majalah yang diterbitkan

akan menyelitkan satu atau dua ruang yang berkaitan dengan pendidikan kesihatan. Ruangan

ini sedikit sebanyak akan melariskan lagi jualan majalah mereka.

Buku dan buletin

Buku dan bulletin juga berperanan memberi maklumat mengenai pendidikan kesihatan kepada

masyarakat. Buku-buku ini kebanyakannya diterbitkan sendiri oleh pihak Kementerian

Kesihatan mahu pun badan-badan bukan kerajaan. Ia memberi peluang kepada masyarakat

Page 19: Unit 5 Program-program Kesihatan

103 Program-Program Kesihatan

untuk mendapatkan ilmu pendidikan kesihatan secara murah dan mudah. Terdapat juga

bulletin yang diterbitkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang berbentuk

topikal. Selain itu, bulletin mingguan atau bulanan juga banyak diterbitkan oleh hospital, klinik

dan agensi-agensi kerajaan terutamanya dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Contoh

buku dan bulletin adalah seperti di bawah.

VCD / DVD

Penjualan vcd / dvd mengenai pendidikan kesihatan juga ada dilaksanakan terutamanya oleh

pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Kebanyakan vcd / dvd ini dihasilkan oleh hospital,

klinik dan agensi-agensi lain yang berkaitan dengan promosi kesihatan.

Brosur dan poster

Brosur dan poster juga banyak diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memberi

maklumat tentang pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Contoh, brosur adalah seperti

brosur mengenai topik-topik tertentu seperti ‘Otak Saya Rosak Akibat Rokok’ dan poster

seperti tajuk ‘Langkah Mencapai Berat Badan Unggul’.

Internet

Dalam zaman yang serba moden dan canggih ini, internet memainkan peranan yang begitu

penting. Laman-laman web tumbuh seperti cendawan bagi memberi maklumat kepada

masyarakat mengenai pendidikan kesihatan. Antara contoh laman web yang menyediakan

maklumat mengenai pendidikan kesihatan ialah seperti mysenam.com.

Kempen kesihatan

Kempen-kempen kesihatan juga banyak dianjurkan oleh pihak Kementerian Kesihatan

Malaysia. Antaranya ialah seperti Kempen Tak Nak yang dianjurkan oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia. Kempen ini menyarankan agar masyarakat berkata tidak atau tak nak

kepada merokok. Pihak kerajaan berharap yang kempen sebegini akan dapat meningkatkan

lagi mutu kesihatan masyarakat.

Page 20: Unit 5 Program-program Kesihatan

104 Program-Program Kesihatan

Pameran kesihatan

Pameran kesihatan juga adalah salah satu cara lagi memberi pendidikan kesihatan kepada

masyarakat. Pameran ini buka hanya di jalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia malah

juga sekolah dan badan-badan kerajaan mahu pun bukan kerajaan yang lain.

Dengan mengadakan Pameran Kesihatan, masyarakat dapat melihat dengan lebih luas lagi

tentang sesuatu topik seperti Pameran Anti Dadah yang sering dilakukan oleh Agensi Anti

Dadah Kebangsaan yang memberi maklumat kepada masyarakat tentang perkara- perkara

yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.

Kursus / seminar / kolokium kesihatan

Kursus, Seminar dan Kolokium Kesihatan juga adalah sebahagian daripada

bentuk penyampaian maklumat pendidikan kesihatan. Ketiga-tiga medium ini biasanya

diadakan dengan menjemput penceramah untuk menyampaikan pendidikan kesihatan tetapi

jangka masa antara ketiga-tiga medium ini berbeza. Seminar kesihatan hanya mengambil

masa beberapa jam tetapi kursus atau kolokium akan mengambil masa yang lebih panjang.

Program kesihatan

Antara Program Kesihatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah seperti

Klinik Warga Emas dan Program Doktor Muda. Dua program ini adalah dua program

yang berbeza target audiennya. Walau bagaimanapun, keduanya bertujuan menyampaikan

maklumat pendidikan kesihatan yang berguna. Semoga program seumpama ini dapat

dijalankan oleh agensi-agensi lain yang berkaitan demi kebaikan kita semua.

Rajah 5.5 : Program Kesihatan Negara

Page 21: Unit 5 Program-program Kesihatan

105 Program-Program Kesihatan

Dengan menggunakan ayat sendiri, berikan pandangan anda bagaimana program

kesihatan yang telah di rancang oleh kerajaan boleh memberi kesan yang efektif kepada

masyarakat Malaysia?

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

Program Kesihatan Negara

Dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), kerajaan telah merangka strategi dalam

melaksanakan program kesihatan negara. Keterangan terperinci mengenai strategi tersebut

adalah seperti berikut:

Mentransformasikan sektor kesihatan ke arah sistem kesihatan yang efisien dan berkesan untuk memastikan akses yang universal terhadap penjagaan kesihatan

i. Memperkukuh dan menyelaras sistem penyampaian penjagaan kesihatan sedia ada dalam usaha menjayakan 1Care for 1Malaysia

Sistem penyampaian penjagaan kesihatan perlu diperkukuh dan diselaraskan.

Penjagaan kesihatan primer akan menjadi teras bagi sistem kesihatan di Malaysia.

Setiap penduduk dan pengamal perubatan akan didaftar. Sistem rujukan akan

dizonkan mengikut kawasan.

Page 22: Unit 5 Program-program Kesihatan

106 Program-Program Kesihatan

Keutamaan penjagaan kesihatan akan diberi terhadap pencegahan dan promosi

kesihatan. Sumber kesihatan akan digerakkan dan dikongsi bersama. Teknologi yang

bersesuaian akan digunakan bagi tujuan penyampaian penjagaan kesihatan.

ii. Sistem pembiayaan penjagaan kesihatan yang bersepadu

Satu sistem pembiayaan penjagaan kesihatan yang bersepadu akan diwujudkan bagi

mempertingkatkan akses dan kesaksamaan terhadap penjagaan kesihatan yang

berkualiti. Sistem ini akan menjamin agar setiap rakyat mendapat perkhidmatan yang

bersesuaian di mana saja tanpa perlu berfikir mengenai kos pembiayaan. Sistem ini

akan memastikan terdapat kesaksamaan dalam pengagihan sumber termasuk fasiliti

kesihatan.

Maklumat struktur kos akan menjadi lebih teratur. Pelaksanaan sistem ini akan

memastikan bahawa penguatkuasaan Private Healthcare Facilities and Services Act

1998 (PHFSA 1998) dapat dilaksanakan dengan berjaya. Sistem pembiayaan yang

sedang diambil kira untuk dilaksanakan adalah sistem insurans kesihatan sosial yang

turut mengkaji pengguna mix case sebagai asas bagi mekanisme pembayaran kepada

pengamal perubatan serta co-payment. Pakej perubatan turut dikaji dalam

pelaksanaan sistem insurans ini.

iii. Penjagaan kesihatan asas yang berkualiti

Fasiliti kesihatan akan di akreditasi dan pengamal perubatan akan diwartakan bagi

memastikan bahawa perkhidmatan kesihatan yang diberi adalah berkualiti dan

mengikut piawaian/standard penjagaan kesihatan. Bagi meningkatkan kecekapan dan

kemahiran, setiap anggota kesihatan perlu mengikuti pembangunan profesional yang

berterusan. Garis panduan amalan akan diperkembangkan dan peranan Penilaian

Teknologi Kesihatan akan dipergiatkan. Peranan tadbir urus klinikal turut

diperkukuhkan. Penyediaan garis panduan serta sistem perundangan dan

penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan.

iv. Tenaga kerja yang kompeten dan mencukupi

Usaha akan dibuat agar pembangunan modal insan dalam bidang kesihatan menjadi

lebih efisien dalam memenuhi keperluan dan tuntutan bidang kesihatan. Ini

Page 23: Unit 5 Program-program Kesihatan

107 Program-Program Kesihatan

termasuklah daripada segi bilangan dan kompetensi / kemahiran serta pengagihan

sumber. Insentif dan hadiah atau ganjaran berdasarkan prestasi perkhidmatan akan

diambil kira. Kompetensi juga perlu dibangunkan dalam bidang tadbir urus dan kawal

selia klinikal (clinical governance) agar kualiti penyampaian penjagaan kesihatan dapat

dipertingkatkan.

v. Memperkukuhkan penguatkuasaan dan perundangan penjagaan kesihatan

Undang-undang kesihatan perlu diperkukuhkan melalui kajian dan penyemakan

semula akta dan garis panduan serta penggubalan undang-undang kesihatan relevan

yang baru. Sistem perundangan perlu memastikan agar kod etika kesihatan diikuti.

Sejajar dengan ini, sumber termasuk anggota yang terlatih, kompeten serta mencukupi

perlu diwujudkan supaya aktiviti penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lancar.

vi. Memperkukuhkan pelaksanaan dan sistem pemantauan dan penilaian

Kompetensi dalam pengawasan perlu diperkukuhkan agar pelaksanaan program

kesihatan dapat dipantau dan dinilai berdasarkan data dan maklumat yang terkini.

Maklumat kesihatan dan hasil penyelidikan yang berkualiti perlu diwujudkan bagi

memastikan data tersebut masih relevan untuk dijadikan bukti bagi setiap peringkat

keputusan. Kapasiti dalam perkara ini perlu dipertingkatkan.

vii. Menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai enabler

Penggunaan dan pelaburan dalam teknologi maklumat perlu dipertingkatkan untuk

dijadikan enabler bagi tujuan komunikasi dan penyebaran maklumat berkaitan dengan

transformasi kesihatan. Ini adalah untuk memastikan agar maklumat yang diperoleh

adalah yang sahih dan terkini serta mudah diakses pada bila-bila masa.

Kesedaran kesihatan dan gaya hidup sihat

i. Meningkatkan akses kepada pengetahuan kesihatan.

Akses pengetahuan kesihatan kepada penduduk perlu dipertingkatkan dengan

menggunakan pendekatan yang lebih berinovasi untuk memperkasakan setiap

golongan masyarakat. Ini melibatkan perkongsian maklumat di setiap peringkat.

Page 24: Unit 5 Program-program Kesihatan

108 Program-Program Kesihatan

Insentif perlu diberi kepada individu yang berpengetahuan khusus kepada mereka

yang mengamalkan gaya hidup sihat.

ii. Memberi motivasi kepada individu, keluarga dan komuniti untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran

Individu, keluarga dan komuniti perlu diberi motivasi untuk mendapatkan pengetahuan

dan kemahiran mengenai penjagaan kesihatan masing-masing. Ini melibatkan

pendekatan yang berinovasi dan pemberian insentif kepada pihak tertentu.

iii. Meningkatkan peluang untuk mengamalkan gaya hidup sihat di tempat kerja, sekolah, rumah dan sebagainya

Prasarana, kemudahan dan persekitaran di tempat kerja, sekolah dan rumah perlu

dikaji serta diperbaiki untuk membolehkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat. Ini

termasuklah dalam penyediaan makanan dan poster-poster bagi menggalakkan

amalan gaya hidup sihat.

iv. Membangun dan menguatkuasakan dasar awam ke arah gaya hidup sihat

Dasar-dasar kesihatan ke arah menggalakkan gaya hidup sihat di setiap peringkat

umur perlu dibangunkan dan dikuatkuasakan. Ini termasuklah dasar-dasar bagi

mengurangkan risiko kejadian penyakit seperti promosi untuk berhenti merokok;

pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi kurang gula; garam dan

lemak atau minyak serta fiber tinggi; penggalakan bersenam serta amalan untuk

mengurangkan stress.

Memperkasakan individu, keluarga dan masyarakat agar bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri

i. Meningkatkan tahap celik kesihatan

Strategi perlu diwujudkan bagi meningkatkan tahap celik kesihatan penduduk

Malaysia. Ini termasuklah usaha untuk memperkasakan individu, keluarga dan

masyarakat melalui penyediaan maklumat yang sahih berkaitan sesuatu penyakit,

kaedah pencegahan dan rawatan agar setiap golongan masyarakat turut terlibat dalam

membuat keputusan serta pemilihan bagi mendapatkan rawatan penyakit masing-

masing.

Page 25: Unit 5 Program-program Kesihatan

109 Program-Program Kesihatan

ii. Menyediakan maklumat kesihatan termasuk kos penjagaan kesihatan dan dasar tadbir urus

Individu, keluarga dan masyarakat perlu tahu cara mendapatkan maklumat kesihatan

termasuk kos penjagaan kesihatan dan dasar-dasar tadbir urus supaya mereka turut

bertanggungjawab dalam mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang

optimum.

iii. Menyediakan saluran untuk membuat aduan dan mendapatkan maklum balas mengenai pengamal kesihatan

Saluran untuk membuat aduan serta maklum balas berkenaan pengamal kesihatan

perlu diwujudkan agar setiap golongan masyarakat boleh mendapatkan rawatan

kesihatan yang terbaik serta berkualiti.

iv. Menggerakkan persatuan-persatuan sivil

Persatuan-persatuan sivil perlu digerakkan untuk membolehkan organisasi terlibat

secara aktif dalam memperkasakan individu, keluarga dan komuniti bertanggungjawab

terhadap kesihatan sendiri.

RUMUSAN

1. Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi

kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya

hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan

yang mempunyai masalah kesihatan.

2. Promosi kesihatan boleh didefinisikan sebagai tindakan yang menjurus kepada pembaikan

atau perlindungan kesihatan menerusi perubahan tingkah laku, biologi, sosioekonomi dan

persekitaran. Promosi kesihatan juga melibatkan bukan sahaja aktiviti penyebaran

maklumat tetapi juga membabitkan usaha atau perubahan untuk mempengaruhi aktiviti-

aktiviti individu, kumpulan, masyarakat, pihak majikan dan pihak berkuasa tempatan ke

arah amalan gaya hidup yang sihat.

Page 26: Unit 5 Program-program Kesihatan

110 Program-Program Kesihatan

3. Program Kesihatan Sekolah (PKS) meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka

untuk; mempertahankan, menggalakkan dan menjaga kesihatan optima murid-murid dan

kegiatan sekolah, untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina

pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan.

4. Ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam

kalangan anak-anak. Amalan ini adalah penting untuk dilaksanakan agar kesihatan rakyat

dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkah-langkah di atas

perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin generasi akan datang.

5. Semua rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya penyakit seperti

kencing manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat dikurangkan

dalam jangka masa yang panjang ini. Jelasnya, jika hal-hal yang dinyatakan di atas itu kita

laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang berjaya.

Page 27: Unit 5 Program-program Kesihatan

111 Program-Program Kesihatan

Program Kesihatan Negara

Memperkasa individu, keluarga & masyarakat

Program Kesihatan Masyarakat

Kempen kesihatan

Program Kesihatan Sekolah

Program susu sekolah

Program Kesihatan Keluarga

Menjaga kebersihan persekitaran

Program Kesihatan Individu

Mentaliti positif Kegiatan riadah

PETA KONSEP

Rajah : Program kesihatan pelbagai peringkat

A

Page 28: Unit 5 Program-program Kesihatan

112 Program-Program Kesihatan

Medium Program

Kesihatan

Rajah: Medium program kesihatan

KATA KUNCI

1. Program Kesihatan Diri

2. Program Kesihatan Keluarga

3. Program Kesihatan Sekolah

4. Program Kesihatan Masyarakat

5. Program Kesihatan Negara

6. Kempen Kesihatan

7. Pendidikan Kesihatan

B

Page 29: Unit 5 Program-program Kesihatan

113 Program-Program Kesihatan

PENILAIAN KENDIRI

1. Terangkan apakah peranan yang dimainkan oleh individu dalam penjagaan kesihatan diri

bagi mengekalkan kesihatan diri secara optimum?

2. Apakah peranan keluarga dalam aktiviti kesihatan dalam membentuk keluarga yang

sejahtera?

3. Jelaskan peranan masyarakat dalam aktiviti kesihatan bagi meningkatkan taraf kesihatan

dan mutu kehidupan masyarakat?

4. Bincangkan perancangan dan perlaksanaan program-program kesihatan secara khusus.

5. Apakah kepentingan mengadakan program kesihatan di semua peringkat?

RUJUKAN

Abdul Latif Ahmad(2002). Pke3104 Pengenalan Program Kesihatan Sekolah.Ipg Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat Johor

Jabatan Perdana Menteri (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Kuala Lumpur: Unit Perancangan Ekonomi: Norkumala binti Awang.(2007). Gaya Hidup Sihat Perlu Keseimbangan Rohani dan Jasmani.

Kuala Lumpur: IKIM MediTV HUKM. Atas Talian. http://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/meditv.asp. (akses 12 Jan 2013) Program Doktor Muda. Atas Talian. http://www.drmuda.gov.my/drmuda. (akses 29 Jun 2012). http://sobhahunnur.blogspot.com/p/amalkan-aktiviti-rekreasi.html http://sobhahunnur.blogspot.com/p/peranan-diri-kita-dan-masyarakat.html http://www.edutraining.cc/pendidikan/semester2/Manusia%20dan%20alam%20sekitar. http://www.mysenam.com/MySENAM.asp. (akses 29 Jun 2012) MediTV HUKM. Atas Talian. http://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/meditv.asp. (akses 12 Jan 2013) Program Doktor Muda. Atas Talian. http://www.drmuda.gov.my/drmuda. (akses 29 Jun 2012).

Page 30: Unit 5 Program-program Kesihatan

114 Program-Program Kesihatan

Program Kesihatan Negara

Tranformasi sektor kesihatanKesedaran kesihatan dan

gaya hidup sihatMemperkasa individu, keluarga & masyarakat

Program Kesihatan Masyarakat

Gotong-royong Kempen kesihatan Seminar kesihatan

Program Kesihatan Sekolah

Program susu sekolah Pemeriksaan gigi Bergotong-royong

Program Kesihatan Keluarga

Pemakanan yang seimbangMenjaga kebersihan

persekitaranPemeriksaan kesihatan

Program Kesihatan Individu

Mentaliti positifUtamakan kebersihan

diriKegiatan riadah Tidak merokok

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

Rajah : Program kesihatan pelbagai peringkat

A

Page 31: Unit 5 Program-program Kesihatan

115 Program-Program Kesihatan

Medium Program

Kesihatan

Kurikulum di sekolah

Radio & Televisyen

Surat Khabar & Majalah

Buku & Buletin

Brosur & Poster

Internet

Kempen Kesihatan

Pameran Kesihatan

VCD/DVD

Rajah : Medium program kesihatan

B