Unit 5 Program-program Kesihatan

  • View
    87

  • Download
    1

Embed Size (px)

Text of Unit 5 Program-program Kesihatan

  • Program Kesihatan Individu

    Program Kesihatan Keluarga

    PROGRAM

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharap dapat :

    1. Mengetahui peranan individu dalam penjagaan kesihatan diri bagi mengekalkan kesihatan diri secara optimum .

    2. Memahami peranan keluarga dalam aktiviti kesihatan dalam membentuk keluarga yang sejahtera.

    3. Menjelaskan peranan masyarakat dalam aktiviti kesihatan bagi meningkatkan taraf kesihatan dan mutu kehidupan masyarakat

    4. Menerangkan kepentingan m

    PETA KONSEP TAJUK

    Program-Program Kesihatan

    PROGRAM KESIHATAN

    Program Kesihatan Keluarga

    Program Kesihatan Sekolah

    Program Kesihatan

    MasyarakatKesihatan

    UNIT 5

    PROGRAM-PROGRAM KESIHATAN

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharap dapat :

    Mengetahui peranan individu dalam penjagaan kesihatan diri bagi mengekalkan secara optimum .

    Memahami peranan keluarga dalam aktiviti kesihatan dalam membentuk keluarga

    Menjelaskan peranan masyarakat dalam aktiviti kesihatan bagi meningkatkan taraf kesihatan dan mutu kehidupan masyarakatMenerangkan kepentingan mengadakan program kesihatan di semua peringkat.

    TA KONSEP TAJUK

    85Program Kesihatan

    Program Kesihatan

    Negara

    Mengetahui peranan individu dalam penjagaan kesihatan diri bagi mengekalkan

    Memahami peranan keluarga dalam aktiviti kesihatan dalam membentuk keluarga

    Menjelaskan peranan masyarakat dalam aktiviti kesihatan bagi meningkatkan taraf

    engadakan program kesihatan di semua peringkat.

  • 86Program-Program Kesihatan

    PENGENALAN

    Rajah 5.1 : Contoh program kesihatan

    Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, amatlah digalakkan jika kita terlibat dalam

    program kesihatan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Pada pendapat anda, apakah manfaat

    yang diperoleh jika kita menyertai program kesihatan yang telah dianjurkan.

    asyarakat sebenarnya sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan

    akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang

    tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian.

    Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran

    kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah

    perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai

    masalah kesihatan.

    Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, Tak Nak Merokok, makanan berkhasiat dan

    kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan masyarakat tentang peri pentingnya

    menjaga kesihatan sekali gus mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin ada sesetengah

    golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga segelintir yang menganggap kesihatan

    hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia

    M

  • 87Program-Program Kesihatan

    muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan

    mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah

    mengidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh

    dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang

    bermakna pada masa hadapan.

    ISI KANDUNGAN

    Program program kesihatan pelbagai peringkat

    Program promosi kesihatan telah mula diperkatakan sejak dua abad lalu tetapi hanya

    mendapat perhatian yang serius mulai tahun 1980an. Ia merupakan satu proses atau gerakan

    radikal yang menekankan kepada aspek kesejahteraan sosial, ekonomi dan kesejahteraan

    kehidupan individu sebagai perkara asas dalam kesihatan masyarakat.

    Selain itu, dalam promosi kesihatan juga menekankan aspek kesihatan yang positif, di mana

    setiap individu perlu mengambil tindakan positif atau berusaha atau memainkan peranan

    dalam menjaga kesihatan, memastikan mereka sihat, tidak dijangkiti penyakit dan bukan

    semata-mata hanya memberi tindak balas terhadap tanda penyakit yang mereka alami.

    Program Promosi kesihatan menggunakan pelbagai strategi, pendekatan dan kaedah bagi

    membantu dan menggerakkan Individu atau masyarakat mengekalkan tahap kesihatan dan

    menjaga kesihatan mereka. Sehubungan dengan itu setiap individu, para profesional dan

    bukan profesional serta bukan agensi kerajaan atau kerajaan mempunyai peranan masing-

    masing dalam aktiviti promosi kesihatan.

    Promosi kesihatan boleh didefinisikan sebagai tindakan yang menjurus kepada pembaikan

    atau perlindungan kesihatan menerusi perubahan tingkah laku, biologi, sosio ekonomi dan

    persekitaran. Promosi kesihatan juga melibatkan bukan sahaja aktiviti penyebaran maklumat

    tetapi juga membabitkan usaha atau perubahan untuk mempengaruhi aktiviti-aktiviti individu,

    kumpulan, masyarakat, pihak majikan dan pihak berkuasa tempatan ke arah amalan gaya

    hidup yang sihat.

  • 88Program-Program Kesihatan

    Rajah 5.2 : Aktiviti di taman rekreasi

    Dalam rajah di atas, terdapat pelbagai aktiviti yang di laksanakan di taman rekreasi.

    Pada pendapat anda, aktiviti yang manakah yang memberi banyak manfaat kepada individu di

    dalam rajah di atas?

    Program Kesihatan Individu

    Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dengan memiliki tubuh badan yang

    sihat, seseorang dapat melaksanakan aktiviti harian tanpa halangan. Anak-anak dapat ke

    sekolah menimba ilmu dan ibu bapa dapat mencari rezeki untuk keluarga. Bagi sesetengah

    orang, nikmat kesihatan hanya disedari apabila mereka diserang penyakit. Mereka sanggup

    menghabiskan wang membeli ubat dan makanan kesihatan untuk mengubati penyakit yang

    dihadapi. Tambahan pula, pelbagai ubat dan produk makanan kesihatan wujud di pasaran

    sekarang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh sebab peri pentingnya nikmat ini

    dalam kehidupan, beberapa langkah perlu diambil agar kesihatan kita terjamin.

    Salah satu langkah yang perlu kita beri perhatian untuk menjaga kesihatan adalah dengan

    menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal. Keadaan di dalam dan di luar rumah

    hendaklah bersih daripada sampah sarap dan tempat-tempat air bertakung. Perkara ini akan

  • 89Program-Program Kesihatan

    dapat menghapuskan tempat pembiakan agen-agen penyakit seperti lalat, tikus, nyamuk dan

    lain-lain. Kita perlulah menyahut seruan kempen yang dilancarkan oleh Majlis Perbandaran

    Kota Baharu Bandar Raya Islam iaitu kempen Jumpa Sampah Kutip dan kempen Memerangi

    LILATI (lipas, lalat dan tikus). Oleh itu, sampah perlu dibakar, dikambus atau dibuang di

    tempat khas. Pasu-pasu bunga dan longkang perlu diperiksa agar air tidak bertakung dan

    menjadi tempat pembiakan nyamuk. Dengan demikian, penyakit-penyakit bawaan vektor

    seperti taun, malaria, dan denggi dapat dielakkan. Tegasnya, menjaga kebersihan persekitaran

    merupakan langkah asas untuk kita semua ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum.

    Selain itu, pemeriksaan kesihatan amat wajar dilakukan untuk memastikan kesihatan berada

    dalam keadaan baik. Mengikut saranan pakar perubatan, seseorang perlu melakukan

    pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun atau enam bulan sekali.

    Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras gula dalam darah, tahap kolesterol dan lain-lain

    lagi.

    Tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan tahap kesihatan kita berada dalam keadaan

    sihat dan dapat mengesan penyakit kronik dengan lebih awal seperti penyakit darah tinggi,

    kencing manis dan sebagainya. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, mencegah lebih baik

    daripada mengubatinya. Bagi pesakit yang telah diserang penyakit ini, keadaannya akan boleh

    dikawal sebelum menjadi serius seperti peribahasa, cegah sebelum parah. Pendek kata,

    kesihatan seseorang akan berada dalam keadaan baik jika kita secara berdisiplin menjalani

    pemeriksaan kesihatan diri di hospital-hospital secara berjadual.

    Mengamalkan pemakanan seimbang tidak kurang pentingnya sebagai langkah menjaga

    kesihatan kita. Amalan pemakanan berkait rapat dengan kesihatan seseorang. Hal ini

    bertepatan dengan peribahasa Inggeris tentang amalan pemakanan iaitu what you are, is what

    you eat. Boleh dikatakan seseorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang akan

    memperoleh kesihatan yang baik. Mengamalkan pemakanan seimbang bermakna seseorang

    mengambil makanan yang berkhasiat dan berzat sesuai dengan keperluan tubuh badan

    seseorang.

    Seseorang individu memerlukan makanan yang sesuai berdasarkan usia, pekerjaan dan

    keperluan-keperluan lain. Sebagai contohnya, seorang bayi memerlukan lebih kalsium

    berbanding orang dewasa yang memerlukan lebih protein. Untuk lebih jelas, seseorang perlu

  • 90Program-Program Kesihatan

    merujuk kepada piramid makanan sebagai panduan untuk mendapatkan gizi seimbang.

    Sehubungan dengan itu, makanan ringan dan minuman bergas perlu dielakkan kerana boleh

    memudaratkan kesihatan kita. Pendek kata, langkah terbaik untuk mencapai tahap kesihatan

    adalah dengan mengamalkan diet makanan seimbang.

    Kesihatan akan lebih terjamin jika kita melakukan kegiatan riadah. Amalan riadah seperti

    berenang, jogging, menunggang basikal dan kegiatan sukan lain adalah baik untuk kesihatan.

    Pensyarah Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr. Zulkifli Abdul

    Kadir, menyarankan setiap individu melakukan kegiatan riadah selama 30 minit dua kali