Upload
lequynh
View
300
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 59
بلغوا عنى ولو أية
UNIT PELAJARAN 5
KITAB KARYA TOKOH
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menyatakan istilah-istilah yang digunakan dalam pembukuan hadis
2. Menjelaskan metodologi yang digunakan oleh para muhaddithin dalam pembukuan hadis
3. Menjelaskan kepentingan pembukuan hadis kepada generasi kini dan akan datang
PENDAHULUAN
bad ke-3 hijrah kemuncaknya perkembangan ilmu hadis dan pembukuannya, lahir banyak tokoh
muhaddithin sehingga mereka berjaya membuat kompilasi terhadap hadis-hadis yang dihafal
serta dinukilkan dalam bentuk kitab supaya dapat disampaikan kepada seluruh umat Islam.
Nama-nama ulama' yang tidak asing lagi pada kita antaranya ialah
Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam
Abu Daud.
Perkembangan Islam
dalam bentuk penulisan
adalah suatu perkara
yang tidak mustahil. Hal
ini kerana ajaran Islam
berkembang melalui ilmu
yang ditulis dan dibaca
sejak zaman Rasulullah S.A.W.
A
Mari kita hayati Firman Allah Surah Al-'Alaq (96): 1
Maksudnya: Bacalah
(Wahai Muhammad)
dengan nama Tuhanmu
yang menciptakan (sekalian
makhluk).
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 60
ISI KANDUNGAN
1. Definisi istilah dalam ilmu Tadwin al-Hadith.
2. Senarai kitab hadis muktabar.
3. Methodologi penulisan dalam Tadwin al-Hadith.
DEFINISI ISTILAH DALAM ILMU TADWIN AL-
HADITH.
pabila kita merujuk kepada kitab-kitab hadis, kita akan
dapati istilah yang menjadi tajuk kitab-kitab tersebut
berbeza-beza antara satu sama lain contohnya al-
Jami', al-Musnad dan lain-lain lagi. Pernahkah kita meneliti mengapa terdapat perbezaan istilah yang
digunakan oleh para ulama' tersebut? Adakah ianya menunjukkan kreativiti mereka dalam memilih tajuk
atau pun istilah yang digunakan menunjukkan sesuatu perkara khusus yang penting? Bagi meleraikan
persoalan ini, mari kita meneliti perkara ini dengan lebih mendalam.
Istilah yang biasa digunakan oleh para muhaddithin bagi memperkenalkan kitab-kitab mereka ialah
al-Jami’, Sahih, Sunan, Musnad, Mustadrak, Mustakhraj, Muwatta’ dan Musannaf. Kepelbagaian istilah
yang digunakan sudah pasti menunjukkan perbezaan dalam penyusunannya. Sebagai contoh, Sahih
Bukhari juga diberikan nama sebagai Al-Jami' al-Sahih al-Musnad, al-Muhkhtasar min Umur Rasulillah Wa
Sunanihi wa Ayyamihi. Umumnya, setiap istilah tersebut dapat dihuraikan sebagaimana berikut:
1. Al-Jami': Penulisan hadis di dalam kitab yang dinamakan al-Jami' atau jamaknya al-Jawami'
merangkumi tajuk-tajuk terpenting dalam agama. Antara bab yang penting dalam ajaran Islam
ialah akidah, hukum, raqaq, adab, tafsir, syama'il, fitan, dan manaqib. Kitab ini termasuklah kitab-
kitab Sahih sebagaimana diterangkan nanti.
2. Musnad: Ia juga disebutkan sebagai al-Musanid. Karya-karya yang bersangkutan dengan al-
Musnad disusun hadisnya secara khusus dan lengkap meliputi sanad dan matan hadis. Ia disusun
mengikut nama-nama sahabat sama ada berdasarkan susunan abjad atau mengikut keturunan
A
Surah al-Kahfi (18): 109
Maksudnya: Katakanlah (Wahai
Muhammad): "Kalaulah semua jenis
lautan menjadi tinta untuk menulis
kalimah-kalimah Tuhanku, sudah
tentu akan habis kering lautan itu
sebelum habis kalimah-kalimah
Tuhanku, walaupun Kami tambahi
lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
Surah al-Kahfi (18): 109
Maksudnya: Katakanlah (Wahai
Muhammad): "Kalaulah semua jenis
lautan menjadi tinta untuk menulis
kalimah-kalimah Tuhanku, sudah
tentu akan habis kering lautan itu
sebelum habis kalimah-kalimah
Tuhanku, walaupun Kami tambahi
lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 61
atau berpandukan kepada keutamaan dan
ketinggian sahabat. Sanad setiap hadis
yang dikumpul bersifat muttasil dari perawi
sampai kepada Rasulullah. Tokoh yang
mula menyusun musnad ialah Abu Daud
Sulaiman ibn al-Jarud al-Tayalisi (m204H).
Selepas itu ialah Asad ibn Musa al-Amawiy
(m122H), Musaddad al-Bashriy (m228H);
Yahya ibn Abd al-Hamid al-Hamaniy al-
Kufiy (m228H); yang pertama di Kufah
sebagimana dinyatakan oleh Ibn Addiy,
Nu'aim ibn Hammad al-Khaza'iy al-Mishriy (m228H) dan Ahmad ibn Hambal (164-241H). Antara
tujuan metodologi penulisan dalam susunan sahabat dilaksanakan adalah untuk membezakan
antara hadis dengan athar sahabat dan tabi'in.
3. Al-Sahih: Ia juga disebutkan sebagai kitab
al-Sihhah. Hadis yang dikumpulkan
merupakan hadis-hadis yang mencapai
tahap hadis sahih sahaja iaitu berhubung
sanad dari perawi yang terakhir hingga
sampai kepada Rasulullah S.A.W. dan
diriwayatkan oleh perawi yang 'adil, sempurna ingatan, tiada illat dan tidak janggal. Kitab ini
diyakini tidak mempunyai hadis Dhaif dan Maudu' sebagaimana yang diteliti oleh pengarangnya.
4. Al-Sunan: Kitab hadis yang disusun berdasarkan ilmu
fiqh iaitu hadis-hadis yang berkaitan soal hukum. Ia
juga berteraskan subjek yang umum seperti perkara
berkaitan taharah, solat, zakat dan sebagainya.
Perkara yang berkaitan dengan petunjuk dan amalan
nabi atau sifat nabi tidak dimasukkan di dalam sunan
tersebut. Hadis yang dimasukkan di dalam kitab
Sunan termasuk hadis Sahih, Hasan dan Dhaif
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 62
5. Al-Muwatta': Penyusunan hadis di dalam kitab ini berdasarkan ilmu fiqh. Ia merangkumi haids-
hadis Marfu', Mawquf, dan Maqtu'. Antara kitab al-Muwatta' yang masyhur ialah Muwatta' Imam
Malik, Muwatta' Ibn Abi Dhi'b al-Madani (m.158H) dan kitab Muwatta' Abi Muhammad 'Abd Allah al-
Mawarzi (m.293H).
6. Al-Musannaf: Penyusunan hadis di dalam kitab ini juga berdasarkan ilmu Fiqh. Ia juga merangkumi
hadis Marfu' Mawquf dan Maqtu'. Hanya nama yang membezakan antara al-Musannaf dan al-
Muwatta'. Antara kitab al-Musannaf yang masyhur ialah Musannaf 'Abd al-Razzaq a-San'ani
(m.211H), Musannaf Ibn Abi Syaibah (m.235H) dan Musannaf Baqi ibn Makhlad (m.276H).
7. Al-Mu'jam: Penyusunan hadis di dalam kitan al-Mu'jam mengikut nama-nama sahabat atau guru
dalam bidang hadis atau negeri. Kemudia ianya disusun mengikut abjad. Antara kitab al-Mu'jam
yang masyhur ialah Al-Mu'jam al-Kabir li Abu al-Qasim Sulayman ibn Abi Ahmad al-Tabrani
(m.360H), Al-Mu'jam al-Awsat dan Almu'jam alSaghir juga oleh al-Tabrani, al-Mu'jam Ibn 'Arabi
(m.340H) dan al-Mu'jam a-Buldan li Abi Ya'la al-Mawsili (m.307H)
Terdapat banyak lagi istilah yang digunakan di dalam penulisan ilmu hadis oleh para
ulama'. Istilah-istilah tersebut digunakan sebagai judul penulisan bagi membezakan isi kandungan kitab
masing-masing. Mari kita senaraikan istilah-istilah tersebut bagi menambahkan pengetahuan kita. Ia
adalah sebagaimana berikut:
i. Ahadith Ahkam
ii. Al-Ajza' atau al-Juz'
iii. Al-Majmu'
iv. Al-Atraf
v. Al-Zawa'id
vi. al-Mustadrak
vii. al-Mustakhrajat
viii. Al-Masyhur
ix. Al-Mawdu'
x. Al-Takhrij
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 63
METHODOLOGI PENULISAN DALAM TADWIN AL-HADITH.
ita telah bincangkan mengenai klasifikasi kitab hadis
sebelum ini dan secara tidak langsung didapati
terdapat banyak kitab hadis hasil karya para ulama'
silam dapat dikumpulkan. Ianya dapat dijadian sumber
rujukan bukan sahaja pada zaman penulisnya, bahkan
sehingga ke hari ini ia tetap mempunyai kepentingan dalam
perkembangan ajaran Islam. Malah, ianya akan terus relevan
untuk masa-masa akan datang.
Sanjungan kepada tokoh-tokoh ulama' atas keilmuwan mereka sememangnya tidak dapat
disanggah. Kredibiliti kitab-kitab hadis ini juga tinggi kerana diperkukuhkan oleh metodologi penulisannya
yang dapat mengabsahkan penulisan hadis-hadis tersebut. Oleh yang demikian, mari kita telusuri
beberapa karya penulisan hadis yang agung dan meneliti metodologi yang diaplikasikan dalam beberapa
karya tersebut.
1. Sahih Bukhari
1.1. Pengenalan Imam Bukhari
Nama beliau ialah Abu 'Abdillah Muhammad ibn Isma'il ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah al-Ja'fiy
al-Bukhari. Beliau lahir pada hari Jumaat, 13 Syawal 194H di Kota Bukhara. Gelarannya di ambil sempena
nama tempat kelahirannya. Beliau wafat pada 30 Ramadan 256H.
1.2. Pengenalan Kitab
Nama kitab karangan Imam Bukhari ialah al-Jami' al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Hadith Rasulullah
wa Sunanih wa Ayyamih. Namun kitabnya lebih dikenali sebagai Kitab Sahih Bukhari. Keseluruhan isi
K
Cuba anda senaraikan istilah-istilah yang digunakan dalam pembukuan hadis dan huraikannya secara tuntas.
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 64
kandungan kitab tersebut disusun dalam 7 kitab
yang utama. Ia mempunyai 3450 bab dan
sekiranya dikira satu persatu terdapat 9082
hadis di dalamnya. Penelitian para ulama'
mendapati terdapat 6397 daripada keseluruhan
hadis yang tercatat di dalamnya adalah hadis
yang jelas sahih dan daripada jumlah
keseluruhannya terdapat 2531 buah hadis yang tidak berulang. Merujuk kepada taraf kitab ini, para ulama'
membuat kesimpulan bahawa kitab ini adalah kitab yang paling sahih selepas al-Quran.
1.3. Metodologi Penulisan
Apabila anda meneliti kitab tersebut, anda akan dapati bahawa Imam Bukhari tidak menyatakan
metodologi yang digunakan dalam penulisan kitab beliau. Namun begitu, para ulama' yang mengkaji kitab-
kitab beliau dapat mengeluarkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh Imam Bukhari dengan mudah dan
tepat.
Berdasarkan penelitian terhadap nama kitab tersebut, dapat disimpulkan bahawa Imam Bukhari
menekankan beberapa ciri tersebut iaitu dari aspek penjenamaan:
1. Kalimah al-Jami' menegaskan bahawa hadis yang dikumpulkannya meliputi keseluruhan perkara-
perkara yang terdapat dalam ajaran Islam meliputi hukum, perkara
yang lalu dan akan datang, akhlak dan lain-lain lagi.
2. Kalimah al-Sahih menjelaskan bahawa beliau hanya memilih
hadis-hadis yang sahih sahaja dan menghindari hadis yang tdak
mencapai tahap tersebut.
3. Kalimah al-Musnad menjelaskan bahawa beliau hanya
mengumpulkan hadis-hadis yang disandarkan kepada
Rasulullah S.A.W. sahaja.
Dari aspek syarat-syarat penerimaan hadis sahih:
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 65
1. Syarat perawi ialah 'adil, dhabit, thiqah dari segi riwayat hidupnya serta sifat-sifatnya.
2. Hadis mestilah bersambung (muttasil) dari Rasulullah hingga ke akhir sanad tanpa terputus
periwayatnya.
3. Hendaklah disandarkan kepada Rasulullah perkataan, perbuatan dan pengakuan dan bukan kepada
sahabat atau tabi'in.
4. Perawi hendaklah hidup sezaman dengan perawi sebelumnya dan mereka hendaklah sempat
bertemu sekurang-kurangnya sekali. Syarat ini dinamakan Mu'asyarah (sezaman) dan Liqa'
(bertemu).
2. Sahih Muslim
2.1. Pengenalan Imam Muslim
Nama sebenar Imam Muslim ialah Abu al-Husain Muslim
Abu al-Hajjaj ibn Muslim Ibn al-Warid Ibn al-Qusyairi al-
Naisaburi. Beliau lahir pada tahun 204H/206H dan wafat
pada 25 Rejab 261H di Nasr Abad, Naisabur.
2.2. Pengenalan Kitab
Nama kitab beliau ialah al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min al-
Sunan bi Naqal al-A'dil 'an Rasulullah, namun ia lebih dikenali
sebagai al-Jami' al-Sahih dan Sahih Muslim. Keseluruhan isi
kandungan kitab Sahih Muslim mengandungi 7275 hadis yang
mana terdapat 4000 hadis tidak berulang. Ia telah dibahagikan
kepada 54 tajuk yang dikategorikan sebagai kitab-kitab. Para
ulama' bersepakat bahawa tarafnya adalah kedua selepas Sahih
Bukhari
2.3. Metodologi Penulisan Sahih Muslim
1. Memasukkan hadis Sahih yang telah disepakati para ulama' manakala hadis yang baginya Sahih
tetapi tidak disepakati oleh para ulama' tidak dimasukkannya.
2. Syarat perawi ialah 'adil, dhabit, thiqah dari segi riwayat hidupnya serta sifat-sifatnya.
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 66
3. Hadis mestilah bersambung (muttasil) dari Rasulullah hingga ke akhir sanad tanpa terputus
periwayatnya.
4. Hendaklah disandarkan kepada Rasulullah perkataan, perbuatan dan pengakuan dan bukan kepada
sahabat atau tabi'in.
5. Perawi hendaklah hidup sezaman dengan perawi sebelumnya. Syarat ini dinamakan 'An'anah.
Pandangan Imam Muslim berbeza dengan Imam bukhari dalam hal ini iaitu beliau tidak mensyaratkan
perawi perlu bertemu kerana perawi yang thiqah pasti akan meriwayatkan hadis yang didengarinya
sahaja.
6. Dari segi matan, beliau mengumpulkan matan yang berbeza dalam satu riwayat tanpa dipecahkan
kepada bab berasingan
7. Penulisan kitab
a. Mempunyai pendahuluan
b. Menerangkan tabaqat perawi-perawi
c. menerangkan pengkelasan taraf hadis
3. Sunan Abu Daud
3.1. Pengenalan Imam Abu Daud
Nama sebenar beliau ialah Sulaiman ibn al-Asy'ath ibn Ishaq ibn
Basyir al-Azdi al-Sijistani. Beliau lahir pada tahun 202H dan wafat
pada 16 Syawal 275H di Basrah.
3.2. Pengenalan Kitab
Nama kitab beliau ialah Sunan Abu Daud. Keseluruhan isi kandungan kitab tersebut terdiri daripada 40
kitab yang meliputi 1871 bab. Beliau telah memasukkan 4800 hadis yang terdiri daripada 600 hadis sahih
manakal hadis yang lain menyamai taraf hadis sahih. Hadis yang dikumpulkan di dalam kitab tersebut
adalah hadis yang berkaitan dengan hukum-hukum sahaja.
3.3. Metodologi Penulisan:
1. Penyusunan bab berdasarkan permasalahan Fiqh dan penulisannya dimulakan dengan bab bersuci
dan bersolat.
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 67
2. Di dalam sunannya, terdapat hadis Sahih, hasan dan dhaif. Beliau tidak memasukkan hadis yang
telah disepakati muhaddithin untuk ditinggalkan.
3. Menjelaskan taraf sesuatu hadis seperti hadis dhaif, munkar dan mudallas. Namun demikian hadis
yang sahih tidak dinyatakan tarafnya.
4. Menerangkan kredibiliti perawi sama ada thiqah, wahm, majhul dan lain-lain lagi. Hadis yang
diriwayatkan oleh perawi yang matruk tidak dimasukkan.
4. Sunan Al-Tirmizi
4.1. Pengenalan Imam al-Tirmizi
Nama sebenar Imam Tarmizi ialah Imam al-Hafiz Muhammad
ibn Isa ibn Surah ibn Musa ibn al-Dahhak al-Silmu al-Tirmizi.
Beliau juga dikenali dengan panggilan Abu Isa. Beliau lahir
pada tahun 200H di Tirmiz dan wafat pada 13 Rejab 279H juga
di Tirmiz.
4.2. Pengenalan Kitab
Nama kitab beliau ialah Jami' al-Tirmizi atau juga dikenali sebagai Sunan al-Tirmizi. Keseluruhan isi
kandungan kitab tersebut terdiri daripada 46 bab. Jumlah keseluruhan hadis yang terdapat di dalamnya
pula ialah sebanyak 3956 buah hadis.
4.3. Metodologi Penulisan
1. Menerangkan taraf sesuatu hadis daripada hadis sahih, hasan, dhaif, gharib dan mu'allal serta
menjelaskan illatnya
2. Mempelopori satu klasifikasi baru dalam pentarafan hadis iaitu seperti hadis hasan, hadis gharib,
hasan sahih, hasan sahih gharib, hasan li ghairihi.
3. Menerangkan Rijal al-Hadith iaitu tentang perawi hadis.
4. Menyusun hadis berdasarkan permasalahan fiqh. Memasukkan hadis yang menjadi sandaran dan
pegangan fuqaha' bagi mazhab yang rajih dan tidak rajih sama ada sahih ataupun tidak untuk dibuat
penilaian serta menerangkan sebab-sebab kecacatannya.
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 68
5. Sunan al-Nasa'i
5.1. Pengenalan al-Nasa'i
Nama sebenar beliau ialah Abu Abd al-Rahman Ahmad ibn Ali ibn
Syu'ib ibn Ali ibn Sinan ibn Bahr ibn Dinar al-Khurasani al-Nasa'i.
Beliau juga dikenali sebagai al-Nasa'i Abu Abd al-Rahman. Beliau
lebih dekenali dengan nama al-Nasa'i sempena nama tempat
kelahiran beliau di Nasa' iaitu sebuah perkampungan kecil di pinggir
bandar Khurasan. Beliau lahir pada tahun 215H dan wafat pada 13 Safar 303H di Palestin.
5.2. Pengenalan Kitab
Nama sebenar kitabnya ialah al-Mujtaba min al-Sunan al-Kubra yang bermaksud pilihan daripada Sunan
al-Kubra. Ia juga dikenali sebagai Sunan al-Sughra, Sunan al-Nasa'i atau al-Mujtaba. Di dalamnya terdapat
5270 buah hadis yang dipecahkan kepada 51 bab. Hadis di dalamnya adalah dipilih dan dikeluarkan
daripada Sunan al-Kubra miliknya.
5.3. Metodologi Penulisan
1. Menyusun hadis berdasarkan ilmu Fiqh.
2. Menulis hadis daripada perawi yang diterima Ijma' para fuqaha' sahaja.
3. Syarat perawi: pemilihan beliau dikatakan lebih ketat daripada al-Bukhari dan Muslim, namun masih
terdapat pendapat yang menyatakan beliau masih tidak terlepas dari melakukan penilaian yang tidak
tepat. Seperti Ibn Kathir yang berpandangan bahawa beliau telah melakukan kajian yang mendalam
terhadap para perawi namun di dalam kitabnya masih terdapat perawi yang lemah dari sudut al-Jarh
dan terdapat hadith dhaif, muallal serta mungkar.
4. Terdapat hadis sahih, hasan dan dhaif di dalamnya dengan diterangkan secara tuntas.
5. Mencatatkan pelbagai isnad dalam suatu perkara kemudian dijelaskan tentang kebenaran dan
kesalahan yang terdapat pada sanad hadis tersebut.
6. Menjelaskan sanad dan matan serta disertai dengan takhrij hadis.
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 69
6. Sunan Ibn Majah
6.1. Pengenalan Ibn Majah
Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad ibn Yazid
ibn Abdullah ibn Majah al-Quzwani al-Rabi'. Beliau juga dikenali
dengan nama Abu Abdullah dan Majah Maula Rab'at. Beliau
lahir pada tahun 209H di Quzwain dan wafat pada tahun 273H.
6.2. Pengenalan Kitab
Nama kitab beliau ialah Sunan Ibn Majah. Keseluruhan isi kandungan kitab tersebut dibahagikan kepada
1500 bab daripada 37 kitab. Terdapat juga ulama' yang merumuskan bahawa hadis-hadisnya dipecahkan
kepada 32 bab sebagaimana menurut al-Zahabi. Keseluruhan hadis di dalamnya ialah sebanyak 4000
buah hadis.
6.3. Metodologi Penulisan
1. Membahagikan hadis berdasarkan ilmu Fiqh
2. Di dalamnya terdapat hadis sahih, hasan dan dhaif dan mungkar tetapi tidak dinyatakan oleh beliau
taraf setiap hadis yang ada kerana mengambil
pendekatan tidak menilainya. Berdasarkan
penyelidikan, 428 hadis sahih kerana sanadnya
thiqah, 199 hadis hasan kerana sanadnya hasan, 613
hadis dhaif kerana sanadnya lemah atau dhaif, 99
lagi hadis mungkar dan mahzub kerana sanadnya
terlalu lemah, mungkar dan dusta. Kitab ini
dimasukkan dalam kumpulan Kutub al-Sittah kerana
terdapat tambahan hadis yang dikemukakan oleh Ibn
Majah jika dibandingkan dengan kitab haids sahih
yang lain
Kitab-kitab yang telah kita bincangkan di atas adalah kitab-kitab hadis yang paling masyhur. Ia
dikategorikan sebagai Sunan Sittah. Walau bagaimanapun terdapat juga ulama' yang mengetengahkan
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 70
Para perawi hadis
mempunyai latar belakang pengajian ilmu
yang menarik untuk diselidiki. Mereka
menuntut ilmu dari ramai guru, malah
ramai juga ulama' telah berjaya dihasilkan
daripada ilmu yang dimiliki oleh mereka.
Huraikan latar belakang ulama'
muhaddithin dalam kategori Sunan Sittah
secara terperinci supaya dapat mengenali
mereka dengan lebih mendalam.
beberapa buah kitab hadis lagi untuk diangkat sebagai
rujukan yang muktabar. Antaranya ialah kitab Sahih
Ibn Hibban, Sahih Ibn Khuzaimah, Sunan Imam
Baihaqi, Sunan Daruqutni dan Muwatta' Imam Malik.
RUMUSAN
1. Terdapat beberapa sitilah yang digunakan
dalam penulisan kitab hadis antaranya al-
Jami', al-Musnad, al-Sahih dan lain-lain lagi.
Penggunaan istilah ini mempunyai maksud
yang tertentu dan khusus serta mempunyai
perbezaan antara satu sama lain.
2. Para ulama' muhaddithin menggunakan metodologi tertentu dalam penulisan kitab-kitab mereka
dan saling berbeza antara satu sama lain.
3. Penulisan kitab-kitab tersebut mempunyai taraf-taraf yang tertentu bergantung kepada metodologi
penulisan yang diaplikasikan. Kitab Sahih Bukhari mencapai taraf kitab yang paling sahih dan
seterusnya barulah kitab-kitab yang lain. namun demikian, masing-masing mempunyai kelebihan
yang tertentu dan saling lengkap melengkapi untuk kegunaan umat Islam setiap zaman.
KATA KUNCI
1. Kitab
2. Sahih
3. Sunan
PENILAIAN KENDIRI
1. Berdasarkan ketelitian para muhaddithin dalam menilai sifat adil seorang perawi, bagaimanakah
kita dapat mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian sebagai umat Islam.
2. Huraikan pengertian istilah-istilah yang digunakan dalam penulisan kitab hadis
3. Senaraikan kitab-kitab yang disenaraikan di dalam kumpulan Kutub al-Sittah atau Sunan al-Sittah
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 71
4. Jelaskan perbandingan terhadap metodologi penulisan para ulama' muhaddithin dari aspek
persamaan dan perbezaan di dalam kitab-kitab mereka.
RUJUKAN
1. Muhammad 'Ajjaj al-Khatib (1998). Ushul al-Hadits: Pokok-pokok Ilmu Hadits (terj.). Jakarta: Gaya
Media Pratama.
2. Mohd. Muhiden Abd Rahman (2010). 'Ulum Hadis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka