Unit Piawai

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Matematik Tingkatan 1

Citation preview

  • KEPENTINGAN UNIT PIAWAI

  • DEFINISIMaksud perkataan piawai ialah:

    Unit Piawai bermaksud unit yang biasa digunakan di dunia ini oleh semua pihak. Ini memudahkan sebarang komunikasi, penterjemahan atau pelaporan bagi satu-satu perkara. Unit Piawai adalah unit yang telah ditetapkan ukurannya untuk kegunaan semua atau sedunia.

  • KEPENTINGAN UNIT PIAWAI: Penggunaan unit piawai (standard units) dalam pengukuran boleh memudahkan komunikasi antarabangsa dan kehidupan seharian kita.

    Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh, harga sesuatu barang itu ditentukan berdasarkan berat atau isipadu barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang berbeza digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut.

    Satu kilogram unit piawai bagi jisim adalah kuantiti jirim dalam silinder aloi platinum-Iridium.

    Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai jisim 5 kg, sebenarnya ia merujuk kepada jumlah jirim objek tersebut dalam bentuk silinder piawai (standard cylinder).

    Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan, sistem unit piawai yang digunakan adalah 'foot-pound-second (FPS)'.

    Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat) digunakan sebagai unit piawai untuk mengukur panjang, jisim dan masa.

  • Unit piawai pengukuran digunakan untuk tujuan yang berikut:untuk membolehkan pengukuran yang diambil oleh ahli sains yang berbeza supaya lebih selaras.untuk membolehkan pertukaran maklumat menjadi lebih mudah dan kurang mengelirukan.untuk memperbaiki koordinasi antara ahli sains dari tempat yang berbeza.untuk membolehkan analisis dan perbandingan data yang berbeza menjadi lebih mudah kerana unit yang sama digunakan.untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan penggunaan unit yang berbeza, seperti penukaran unit.

  • Masaalah yang akan timbul jika tidah mengunakan unit piawai

    .

    Situasi 1Nurin diminta oleh cikgunya untuk membuat ukuran padang sekolah dengan menggunakan unit ukuran kaki. Pada keesokan hari, Rohani pula disuruh oleh cikgunya untuk mengukur padang yang sama juga dengan menggunakan unit ukuran kaki. Rohani dan Nurin mendapat ukuran yang berbeza. Ini kerana saiz badan Rohani lebih kecil berbanding Nurin dengan langkah yang lebih besar.

  • Situasi 2Mak Nun menyuruh anaknya, Anis untuk membeli kain langsir sepanjang 3 depa. Tibanya di kedai, Anis membeli kain langsir tersebut seperti yang disuruh ibunya. Bila kembali ke rumah, didapati kain yang dibeli tersebut tidak mencukupi untuk digunakan sebagai langsir disebabkan ukurannya yang lebih pendek.

    .

  • Situasi 3Pak Samad mahu menjual padinya kepada Pak Ali. Walaubagaimanapun, ukuran yang diberikan kepada Pak Ali adalah menggunakan unit guni. Persetujuan dicapai dengan Pak Samad akan menyerahkan 3 guni beras untuk ditukarkan dengan 2 ekor kambing Pak Ali. Pada hari yang dijanjikan, Pak Ali tidak mahu meneruskan urusniaga kerana mendapati guni beras yang digunakan oleh Pak Samad jauh lebih kecil daripada yang dibayangkan olehnya.

  • Alatan @ kaedah baru

  • Kaedah lama