25
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN DI DALAM AKTIVITI FIZIKAL PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI KUANTAN ZUL BADRISHAM BIN MOHD. ALI FPP 1995 1

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FAKTOR PSIKOSOSIAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN DI DALAM AKTIVITI FIZIKAL PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH DI KUANTAN

ZUL BADRISHAM BIN MOHD. ALI

FPP 1995 1

Page 2: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

FAKTOR PSIKOSOSIAL YANG MEMPENGARUHI PENGLlBATAN DI DALAM AKTIVITI F1ZlKAL PELAJAR SEKOLAH MENENGAB D1 KUANTAN.

Oleh

ZUL BADRISHAM BIN MOHD. ALI

Te s is Yang Dikemukakan S ebagai Memenuhi Sebahagian Daripada S yarat Untuk Mendapatkan I j azah Master S ains

di Fakulti Pengaji an Pendidi kan Uni ve r s i ti Pe rtan i an Mal ays ia.

Mac , 1 9 9 5 .

Page 3: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

Diabadikan

buat . . .

s egala keluh ke s ah ras a ,

s egala j e rih p e rih u s aha,

s egala e rti edaran ma s a ,

dan segalanya

a ruah ayahanda Mohd. Ali bin Haji Ibrahim,

semo ga dicucuri rahmat dari-Nya sentia s a .

iste r i ter c inta Hanizan binti Mohamed Inzan,

yang memahami dan me re s tui pengorbanan ini

s e r ta menj adi p endorong utama di dal am

mengej ar c ita- cita ku ini .

anak-anak ter s ayang

Nur Hazwani,

Nur Hayani dan

Zul Hariz, s emoga lebih memahami nil ai

kepentingan ilmu bagi menghadapi hari-hari

akan datang yang mencabar.

S emoga s egala e rti ilmu tidak terhenti di s ini sahaja.

Page 4: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

PENGHARGAAN

Alhamdul lillah, penyel idik merakamkan rasa syukur ke

hadrat Allah Subhanahu Wata ' ala , di atas limpah kurnia serta

hidayah-Nya , kerana dapat menyiapkan tesis ini bagi memenuhi

syarat penganugerahan i j azah Master Sains .

Penyelidik ingin mengucapkan setinggi penghargaan serta

j utaan terima kasih kepada Jawatankuasa Penyeliaan yang

terdiri daripada Pengerusi Encik Abdul Aziz bin Zakari a

serta ahli-ahlinya Dr . Jabar b i n Haj i Johari dan Dr . Rohani

binti Ahmad Tarmi z i . Minat , kesabaran serta dedikasi mereka

di dal am mernbimbing, menunj uk aj ar serta memberi cadangan­

cadangan di sepanj ang penghasilan tesis ini amatlah di­

sanj ungi dan dihargai oleh penyelidik .

Ucapan ribuan terima kas ih ingin dirakamkan kepada

Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana

menawarkan biasi swa untuk penyelidik melanj utkan pelaj aran

ke peringkat Master . Ucapan terima kasih tidak dilupakan

j uga kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan ,

Kementerian Pendidikan Malaysia serta Jabatan Pendidikan

Negeri Pahang kerana telah memberi kebenaran untuk

menj alankan penyelidikan ini .

Kesempatan ini j uga diambil untuk merakamkan

penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua

Pengetua , guru serta pelaj ar sekolah menengah yang terl ibat ,

i i i

Page 5: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

di atas segala bantuan serta kerjasama me reka sepanjang

penyelidikan ini.

Tidak dilupakan kepada pensyarah-pensyarah di Fakulti

Pengaj ian Pendidikan dan Pusat Pengembangan dan Pendidikan

Lanj utan , rakan-rakan seperj uangan program Master Sains yang

lain di Uni versi ti Pertanian Malaysia khususnya Saudara

Ahmad bin Hashim serta sesiapa sahaj a yang telah turut

membantu sarna ada secara lansung atau tidak lansung,

penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih. Budi anda semua akan tetap dik€nang.

Akhir sekali penyelidik ingin melahirkan rasa terima

kasih serta penghargaan te ristimewa kepada isteri tersayang,

Hanizan binti Mohamed Inzan , anak-anak Nur Hazwani, Nur

Hayani serta Zul Hariz yang sentiasa memberi sokongan dan

dorongan di dalam menyiapkan tesis ini .

Semoga Allah Subhanahu Wata' ala sentiasa melindungi dan

meIDberkati segala usaha kita, Amin.

iv

Page 6: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

JADUAL KANDUNGAN

PENGHARGAAN . . .

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH •

SENARAI SINGKATAN . .

ABSTRAK

ABSTRACT

BAB

I PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Pernyataan Masalah

Objektif Kajian Objektif Am Objektif Khusus

Hipotesis

Kepentingan Kajian . . . .

Kepentingan Secara Teori Kepentingan Secara Prakti�

Definisi Konseptual Komponen Sub-komponen Komponen Luaran Niat (NI) . . . . . .

Sikap Terhadap Tingkah Laku (SI) Norma Subjektif (NS) . Kepercayaan Kesan Terhadap Penglibatan Di Dalam Aktiviti Fizikal (KK) . . . . Penilaian Kesan Terhadap Penglibatan Di Dalam Aktiviti Fizikal (PK) Kepercayaan Normati f (KN) Motivasi Untuk Menurut (MM) Aktiviti Fizikal . . . . . Pengalaman Lepas Di Dalam Aktiviti Fizikal Persepsi Tahap Aktiviti Fizikal Ibu Dan Bapa

Limitasi Kajian

v

Mukasurat

iii

viii

x

xi

xii

xv

1

2

6

8 8 8

10

12 12 13

14 14 14 15 15 16 16

16

17 17 17 18

18

18

19

Page 7: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

II SOROTAN LITERATUR 20

Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku Di Dalam Promosi Aktiviti Fizikal 21

Teori Tingkah Laku Sosial 21

Teori Kognitif Sosial 23 Lokus Kawalan Kepercayaan Kesihatan 24

Kajian Penentu Penglibatan Di Dalam Aktiviti Fizikal . . . . . . 2 5

Pengalaman Lepas Aktiviti Fizikal 2 5 Sokongan Sosial . . . . . . . . 27

Tahap Aktiviti Fizikal . . . . . 31 Motivasi Dan Sikap . . . . . . 34

Teori Tindakan Bersebab (TTB) . . . . 38 Aktiviti Fizikal Dan Senaman . . . . 39 Pendidi kan . . . . . . . . . . . . . . . 44

III METODOLOGI KAJIAN 47

Kerangka Konseptual Kajian

Rekabentuk Kajian

Populasi Kajian

Prosedur Pemilihan Sampel Saiz Sampel . . . . . Pemilihan Responden

Pembentukan Instrumen Kajian

47

5 2

53

53 53 5 5 ·

56

Prosedur Pengumpulan Data 60

Kaedah Statistik Bagi Penganalisisan Data 61

IV. KEPUTUSAN KAJIAN 63

Analisis Secara Deskriptif . . . . . 63 Latar Belakang Responden . . . . 63 Komponen Asas TTB . 64 Penglibatan Aktiviti Fizikal 66

Analisis Secara Inferensi 69 Hubungan Niat (NI), Sikap (SI) Dan Norma Subjektif (NS) 70 Hubungan Komponen TTB (SI dan NS) Dengan Sub-komponen TTB (KK, PK, KN dan MM) 71

Hubungan Niat Dengan Komponen Luaran 72

Pengaruh Komponen TTB Dan Komponen Luaran Terhadap Niat Untuk Melakukan Aktiviti Fizikal . . . . . . . . 74 Perbezaan Niat Di Antara Pelajar Berlainan Jantina Dan Tingkatan 77

vi

Page 8: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

v

Perbezaan Kepercayaan Dasar Berhubung Dengan Penglibatan Di Dal am Aktiviti Fizikal Di Antara Pelaj ar Berlainan Jantina Dan T ingkatan . . . . . 7 9

RINGKASAN, PERBINCANGAN, KES IMPULAN DAN CADANGAN . . . . . . . . . .

Ringkasan

8 9

8 9

Perbincangan . . . . . . . . . . . . . 9 2 Latar Belakang Res ponden 9 2 Niat , S i kap Dan Norma Sub j e ktif 9 3 Penglibatan D i Dalam Aktiviti Fizikal . . . . . . . . . . . 9 4 Hubungan Komponen, Sub-komponen Dan Komponen Luaran . . . . . . 9 6 Pengaruh Komponen , Sub-komponen Dan Komponen Luaran Terhadap Niat Untuk Melakukan Aktiviti Fi zikal . 1 0 0 Perbezaan Niat Mengikut Jantina Dan Tingkatan . . . . . . . . . 103 Perbezaan Item KK Dan PK Di Antara Pelaj a r Yang Berlainan Jantina Dan Tingkatan . . • . . . . . • 1 0 5 Pe rbezaan I tem KN Dan MM Di Antara Pelaj ar Yang Berlainan Jantina Dan Tingkatan . . . . . . . . . 1 0 6

Kesimpulan 1 0 8

Cadangan 1 1 3

RUJUKAN . 1 1 8

APENDIKS

A

B

C

VITA

Soal Selidik

Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia Untuk Menj alankan Penyelidikan

Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Pahang Untuk Menj alankan Penyelidikan

. . . . . . . . . . . . . . . . . . .

vii

12 5

1 3 6

1 3 8

1 4 0

Page 9: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

SENARAI JADUAL

Jadual

1

2

3

4

Saiz Sampel Minimum Bagi Populasi Yang Kecil . . . . . . . . . .

Sampel Mengikut Sekolah, Jantina Dan Tingkatan. . . . . . . . .

Koefisi Kebolehpercayaan Komponen Dan Sub-komponen TTB [Godin Dan Shephard (1986)]

Koefisi Kebolehpercayaan Komponen Dan Sub-komponen TTB Kajian

.

.

5 Bilangan Responden, Min Umur Dan SD

Mukasurat

. . . . 54

. . . . . 56

57

60

Mengikut Tingkatan Dan Jantina 64

6 Skor Min Niat, Sikap Dan Norma Subjektif Mengikut Jantina Dan Tingkatan . . . . 65

7 Skor Min Penglibatan Di Dalam Aktiviti Fizikal Mengikut Jantina Dan Tingkatan 67

8 Koefisi Korelasi Komponen Asas TTB 70

9 Koefisi Korelasi S1 Dan �KK.PK Serta NS Dan �KN.MM • • • • • • 71

10 Koefisi Korelasi Komponen Luaran Dengan Niat. . . . . . . . . . . . . . . . 73

11

12

Regresi Berganda Komponen TTB Terhadap Niat . . . . . . . .

Regresi Berganda Komponen Asas TTB Dan Komponen Luaran Dengan Niat

13 ANOVA Bagi Tingkatan Dan Jantina Terhadap Niat Untuk Melakukan

75

76

Aktiviti Fizikal . . . . . . . 78

14 Skor Min Item Kepercayaan Kesan Terhadap Penglibatan Di Dalam Aktiviti Fizikal (KK)Di Antara Pelajar Lelaki Dan Perempuan . . . . . . 81

15 Skor Min Bagi Item Penilaian Kesan Terhadap Penglibatan Di Dalam Aktiviti Fizikal (PK) Di Antara Pelajar Lelaki Dan Perempuan. . . . . . . . 82

viii

Page 10: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

1 6 S kor Min Bagi Item Kepercayaan Normatif Terhadap Penglibatan Di Dalam Aktiviti Fiz i kal (KN) Di Antara Pelaj ar Lelaki Dan Perempuan . · · · · 83

17 Skor Min Bagi Item Motivas i Untuk Menurut Si Pengaruh Terdekat Berhubung Dengan Penglibatan Di Dalam Aktiviti Fizikal (MM) Di Antara Pelaj ar Lelaki Dan Perempuan . . . · · · · · · 8 3

1 8 Skor Min Bagi Item Kepercayaan Kesan Terhadap Penglibatan Di Dalam Aktiviti Fizikal (KK) Di Antara Pelaj ar Yang Berlainan Tingkatan . · · · · · 85

1 9 S kor Min Bagi I tem Penilaian Kesan Terhadap Penglibatan Di Dal am Aktiviti Fi zikal ( PK ) Di Antara Pelaj ar Yang Berlainan T ingkatan . · · · · · 8 6

2 0 Skor Min Bagi I tem Kepercayaan Normatif (KN) Di Antara Pelaj ar Yang Berlainan Tingkatan . · · · · · · · · · 8 7

2 1 S kor Min Bagi I tem Motiva s i Untuk Menurut (MM) Di Antara Pelaj ar Yang Berlainan Tingkatan . · · · · · · · · · 8 8

ix

Page 11: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

Raj ah

1

2

3

SENARAI RAJAH

Mukasurat

Susunan Komponen Dan Sub-komponen Teori Tindakan Bersebab ( TTB) . . . .

Skema Model Triandis

S kema Teori Tindakan Bersebab ( TTB): Komponen, Sub-komponen Dan Komponen Luaran . . . . . . . . . . .

x

5

22

48

Page 12: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

SENARAI SINGKATAN

TTB Teori Tindakan Bersebab

NI Niat untuk melakukan aktiviti fizikal

SI Sikap terhadap aktiviti fizikal

NS Norma subj ekt i f

KK Kepercayaan terhadap kesan penglibatan di dalam a ktiviti fizikal .

PK Penilaian terhadap kesan penglibatan di dalam aktiviti fizikal .

KN Kepercayaan normati f

MM Motivasi untuk menurut si pengaruh terdekat

xi

Page 13: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Uni versiti Pertanian Malays ia sebagai memenuhi sebahagian daripada

keperluan untuk I j azah Master Sains .

FAKTOR PSIKOSOSIAL YANG MEMPENGARUHI PENGLlBATAN 01 OALAM AKTIVITI FIZlKAL PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI KUANTAN

Oleh

ZUL BADRISHAM BIN MOHO. ALI

Mac, 1 9 9 5

Pengerusi : Abdul Azi z bin Zakaria, M . S .

Fakulti Pengaj ian Pendidikan

Tuj uan kaj ian ini ialah untuk menentukan pengaruh

psikososial khususnya s i kap, kepercayaan normatif serta niat

untuk melakukan aktiviti fiz i kal pelaj ar sekolah menengah .

Sejumlah 372 orang pelaj ar ( 1 9 1 lelaki dan 1 8 1 perempuan)

Tingkatan Satu, Dua dan Empat daripada sembi Ian buah sekolah

di Kuantan, telah dipilih untuk kaj ian i ni . Teori Tindakan

Bersebab Fishbein ( TTB ) menj adi asas kerangka kaj ian ini ,

bagi meramal niat daripada s i kap dan norma subj ekti f . Selain

daripada komponen dan sub-komponen yang terdapat pada model

asal TTB , beberapa komponen luaran telah dimasukkan ke da1am

kaj ian ini . Data te1 ah diperolehi melalui soal selidik serta

diana1isis dan seterusnya kaitan di antara komponen, sub-

komponen dan kompone n luaran TTB telah dikaj i .

Dapatan kaj ian menyokong TTB , di mana niat untuk

melakukan aktiviti fizikal bukan sahaj a merupakan fungsi

xii

Page 14: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

sikap tetapi j uga norma subj ektif terhadap aktiviti fizikal .

Analisis regresi berganda menunj ukkan lebih 35 peratus ( R2

= . 3519 ) daripada varian niat telah dapat diterangkan dengan

sikap sebagai peramal yang lebih kuat (P = 0 . 5 , p < 0 . 05 )

berbanding norma subj e ktif . Wal au bagaimanapun TTB t idak

disokong sepenuhnya oleh kerana keupayaan untuk meramal niat

melalui komponen luaran telah menambah sumbangan terhadap

varian niat dengan s igni fi kan, iai tu s ebanyak hampir 9

peratus ( R2 = . 4460 ) , melalui pengalaman aktiviti fizikal

yang lepas serta persepsi penglibatan aktiviti fizikal bapa .

Kaj ian ini j uga menunj ukkan bahawa hanya faktor j antina

mempunyai kesan signifikan ke atas niat untuk melakukan

aktiviti fi zikal . Penggunaan ANOVA Dua Hala, telah

menunj ukkan perbezaan signifikan terhadap niat di antara

pelaj ar lelaki dan perempuan dengan F ( 1 , 3 66 ) = 5. 345 , P <

0.0 5 ) . ANOVA Sehala , yang telah digunakan untuk menguj i

perbezaan signifikan respons item-item bagi ke semua sub­

komponen, menunj ukkan terdapat perbezaan signi fikan dan

penting di dalam nil ai serta pendapat pelaj ar berhubung

dengan penglibatan mereka di dalam aktiviti fizikal .

Oleh kerana lebih banyak varian niat telah dapat

diterangkan oleh pelaj ar yang mempunyai pengalaman lepas di

dalam aktiviti fi zikal serta persepsi pengl ibatan aktiviti

fizikal bapa , maka keputusan ini menyokong kepentingan

penglibatan awal di dalam aktiviti fizikal pada peringkat

xiii

Page 15: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

kanak-kanak serta meningkat kan peranan bapa di dalam

rnenyokong pola penglibatan aktiviti fizikal pelaj ar .

Dapatan kaj ian telah rnengenal pasti kepercayaan asas

pelajar sekolah menengah di Kuantan yang relevan kepada

keputusan mereka untuk melakukan aktiviti fi zikal . Pendidik

boleh mernbentuk strategi perubahan tingkah laku dengan

rnenurnpukan kepada perubahan kepercayaan dan sikap yang telah

dikenal pasti melalui model TTB . Adalah di syorkan agar

kepercayaan tersebut perlu ditekankan bagi rnenggalakkan

penglibatan aktiviti fi zikal seurnur hidup bertuj uan untuk

menghasilkan kesihatan j angka panj ang serta kesej ahteraan

diri .

xiv

Page 16: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Pertanian Malaysia in partial ful filment of

the requirements for the Degree o f Master o f Science

PSYCHOSOCIAL FACTORS INFLUENCING PARTICIPATION IN PHYSICAL ACTIVITY AMONG SECONDARY SCHOOL

CHILDREN IN KUANTAN

By

ZUL BADRISHAM BIN MOHO. ALI

March, 1 9 9 5

Chairman: Abdul Azi z bin Zakaria, M . S .

Faculty : Educational Studies ,

The aim o f this study was to determine t he psychosocial

factors namely attitude , normat ive beliefs and intention to

participate in physical acti vi ty among secondary school

children . A total o f 372 students ( 1 9 1 boys amd 1 8 1 gi rl s )

attending Forms One , Two and Four from nine secondary

schools in Kuantan , were chosen for the study . The Theory of

Reasoned Action ( TRA) by Fishbein provided the framework for

thi s study, which would predict intentions from attitude and

subj ective norm. Besides TRA variables , external variables

were also included in the study . Data were collected using

a structured questionnaire . Subsequently relationships

between components , subcomponents and external variables o f

TRA were examined .

In support o f the TRA, it was found that behavioral

intentions were not only a function of attitude towards the

xv

Page 17: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

act but also no rmative belief towards physical activity .

Multiple regress ion analyses revealed that over 35 percent

(R2 = . 35 1 9 ) of the variance for intentions to participate

in physical activity could be explained, with attitude being

the stronger predictor (P = 0 . 5 , p < 0 . 00 1 ) than normative

beliefs . However the theoretical model was not fully

supported since the ability to predict intentions using

external variables has s igni ficantly increased by nearly 9

percent (R2 = . 4460 ) of the variance explained by past

physical activity experience and the perception of father ' s

physical activity behaviour .

The study showed that only the sex factor had a

s ignificant effect on intention to participate in physical

activity. Using the Two-Way ANOVA, there was a s igni ficant

difference in intention to participate in physical activity

between male and female students [ F ( 1 , 3 6 6 ) = 5 . 3 4 5 , P <

0.0 0 1]. One-way ANOVA used to test signi fi cant di fferences

o f response items in all four subcomponents , indicated

significant and important differences in students' values

and bel iefs regarding participation in physical activity .

Test analyses showed that more variance for intentions

to participate in physical acti vi ty could be explained

especially in students who had prior experience in physical

activity during childhood and the perception of father's

phys ical activity behaviour . The results supported the value

o f early involvement towards phys ical activit y as well as

xvi

Page 18: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

increasing the father's role in supporting phys ical activity

patterns of students .

The study was able to identi fy primary beliefs held by

secondary school children in Kuantan that were relevant to

their decision to participate in physi cal activities . It i s

suggested that these beliefs should form the focus o f any

attempt designed to change physical activity practi ce s .

Educators can develop behavioral change strategies by

focussing on the change of beliefs and attitudes

ident ifiable through the TRA model . I t i s also suggested

that the importance of regular physi cal activity should be

emphasized, to promote long term physical activity

participation for l i fetime health and wel l being .

xvii

Page 19: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

BAB I

PENGENALAN

Bukti telah terkumpul sej ak kebelakangan ini tentang

kesan positif amalan aktiviti fizikal yang dilakukan secara

kerap ke atas kesihatan seseorang itu, khususnya di kalangan

orang dewasa . Walau bagaimanapun kurang perhatian ditumpukan

terhadap kesan positif tersebut di kalangan kanak-kanak dan

remaj a . Kebaj i kan generasi muda amat perlu dititikberatkan

kerana pola tingkah laku di kalangan mereka ini akan

mempengaruhi kesihatan dan tingkah laku mereka apabila

dewasa kelak ( Dishman dan Dunn, 1 9 88; Powell dan Dysinger ,

1 987 ) . Apabila corak hidup yang sedentari telah terbentuk

pada peringkat kanak-kanak dan remaj a , besar kemungkinan

ianya akan berkekalan hingga ke peringkat dewasa mereka

( Fox, 199 1 ) .

Penglibatan di dalam aktiviti fiz i kal secara kerap,

memainkan peranan penting di dalam menggalakkan satu gaya

hidup yang s i hat . Beberapa kaj ian epidemiologi telah

menunj ukkan bahawa penglibatan di dalam aktiviti fizikal

yang kerap dapat mengurangkan kej adian penyaki t kr�nik,

khususnya penyakit j antung koronari (Morri s , Pollard,

Everitt, Chave dan Semmence, 1 9 80 ; Paffenberger and Hyde ,

1 988) . Walaupun penyakit ini tidak dapat dikesan di kalangan

1

Page 20: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

2

kanak-kanak dan remaj a, tetapi beberapa faktor risiko yang

dikaitkan dengan penyakit tersebut telah dapat dikenal pasti

( Gilliam, Katch, Thorland dan Weltman, 1 977; Montoye , 1 986;

Wil lmore dan McNamara, 1 97 4 ) . Penglibatan di dalam aktiviti

fizikal j uga telah terbukti dapat memberi faedah dari segi

psikologi seperti meningkatkan keyakinan diri , perasaan

kesej ahteraan diri dan fungsi intelektual serta mengurangkan

aras kebimbangan ( Taylor, Sallis dan Needle, 1 985 ) .

Usaha tela� dij alankan di peringkat sekolah bagi

menggalakkan kesihatan melalui aktiviti fizikal ( Fox , 1 9 9 1;

Iverson , Fielding, Crow dan Christenson, 1 985 ; Rowland,

1 9 9 0 ) . Walau bagaimanapun, kaj ian telah menunj ukkan bahawa

ramai kanak-kanak dan remaj a masih belum mencapai tahap

kecergasan yang optimum (Armstrong, Balding , Gentle dan

Kirby, 1 9 9 0 ; Cale dan Almond, 1 9 92; Ros s dan Gilbert , 1 985;

Ros s and Pate , 1 987 ) . Program baru serta yang lebih sesuai

bagi kanak-kanak dan remaj a dipe rlukan bagi memupuk corak

penglibatan di dalam akti vi ti fizikal secara berterusan

sehingga ke peringkat dewasa ( Godin dan Shephard, 1 9 9 0 ) .

Latar Belakang Kajian

Walaupun terdapat bukt i tentang faedah aktiviti fizikal

yang dilakukan dengan kerap , masih ramai individu yang

mengamal cara hidup yang sedentari ( Pealo , 1 9 92; Powell,

Spain, Chri stenson dan Mollenkamp, 1 986 ) . Kaj ian j uga telah

menunj ukkan bahawa kanak-kanak tidak te rkecuali daripada

Page 21: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

3

amalan aktiviti fizikal di bawah tahap optimum ini (Powell,

1988). Sehubungan itu, keadaan ini telah mendes ak para

pengkaj i untuk menyokong program pembe ntukan po la aktiviti

fizikal seumur hidup , khususnya di kalangan kanak-kanak dan

remaj a (Mason dan Powe l l , 1 985) .

Walau bagaimanapun kaj ian telah menunj ukkan bahawa

program sedemikian, yang dibentuk tanpa mengenal pasti

terlebih dahulu penentu psikososial yang dikaitkan dengan

aktiviti fizikal , sering menghadapi kegagalan ( Biddle dan

Mutrie, 1991) . Pelaksanaan dan kandungan program yang kurang

sesuai merupakan punca kepada kegagalan program tersebut .

Pengetahuan dan pemahaman faktor ps ikososial yang boleh

meramal kegiatan aktiviti fizikal , dapat memberi panduan di

dalam pembentukan program tersebut (Fox dan Biddle , 1988b;

Mason dan Powe l l , 1 985; Reynolds , Killen, Bryson, Maron,

Taylor, Maccoby dan Farquhar, 1 990 ) .

Sehubungan itu, terdapat keperluan yang mendesak untuk

mengkaj i penentu tabiat aktiviti fizikal , dengan menggunakan

model tingkah laku yang telah terbukti . Maklumat yang

diperolehi kelak adalah penting bagi mengubah suai faktor

yang dapat mempengaruhi tingkah l aku ke arah yang

dihasratkan, khususnya dikalangan kanak-kanak dan remaja

(Dishman, 1990; Parce l , 1984) . Walau bagaimanapun amat

sedikit yang diketahui serta difahami tentang faktor yang

menentukan corak serta kesan kes ihatan daripada penglibatan

di dalam aktiviti f izikal khususnya di kalangan remaja

Page 22: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

4

( Dishman, 19 89; Dishman, Sal l is dan Ovenstein, 198 5;

Stephens , Jacobs dan White , 198 5).

Program yang mampu mengubah tingkah laku diperl ukan

j ika kadar penglibatan di dalam akti viti fizikal di kalangan

remaj a ingin dipertingkatkan. Sehubungan itu, kaj i an perl u

dijalankan agar dapat memberi maklumat tentang faktor yang

dapat menggalakkan seseorang i tu untuk bergiat di dalam

aktiviti fi z i kal , berlandaskan kepada teori atau model

tingkah laku yang berkaitan ( Valoi s , Deshairnais dan Godin,

198 8) .

Model Fishbein (Fi shbein, 1967; Fishbein dan Aj zen,

1975) atau lebih dikenal i sebagai Teori Tindakan Bersebab

( TTB ) seperti yang di tunj ukkan di dalam Raj ah 1, dij angka

mempunyai nilai pene rangan dan ramal an yang sesuai untuk

keperluan kaj i an tingkah laku, khususnya yang berkai tan

dengan kesihatan. Teori Tindakan Bersebab ( TTB) bukan s ahaj a

menilai hubungan di antara aspek s ikap dan tingkah laku,

tetapi memberi maklumat berhubung dengan kepercayaan sebenar

yang mempengaruhi sikap tersebut . Se1ain i tu TTB juga

membekalkan maklumat penting tentang kepercayaan normatif

ataupun kepercayaan pengaruh bererti ( ibu bapa, guru dan

rakan-rakan) terhadap peng1ibatan individu di dalam sesuatu

tingkah laku .

Page 23: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

Kepercayaan Dasar

. Kepercayaan terhadap kesan tingkah

laku ('k')

Pe�iIalan k� ata�!kesah··· . tingk�hl�k�·(Lp').;

Kepercayaan normatif (KN)

Motivasi untu� menu rut saranan si penganih lain

(MM)

Sub Komponen

Norma. Suojektif

(NS)

Komponen

Rajah 1 : Susunan Komponen dan Sub Komponen Teori Tindakan Bersebab (TTB)

( Sumber : Brubaker dan Loftin, 1987) (pp. 65)

Tingkah laku sebenar (T)

(J1

Page 24: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

6

Menurut TTB , tingkah laku sebenar adalah fungsi niat

dan bukannya kesan secara lansung sikap seseorang itu .

Sehubungan i tu, tingkah laku dianggap bersebab dan dilakukan

secara sukarela dan bukannya fungsi otomatik sikap ,

kepercayaan serta nilai individu yang lepas ( Toneatto dan

Binik, 1987) .

Menurut Jaccard ( 1981), TTB adalah salah satu daripada

model yang paling luas digunakan kerana; ( a ) strukturnya

ringkas , iaitu terdiri daripada dua komponen utama; ( b )

mempunyai konsep-konsep sikap, kepercayaan normatif dan

motivasi yang dapat menerangkan sesuatu tingkah laku dengan

lebih j elas ; ( c ) dapat menerangkan bagaimana komponen

dihubungkaitkan bagi sesuatu tingkah laku; dan (d )

berpotensi digunakan di dalam pembentukan dan penilaian

program sosial .

Pernyataan Masalah

Menurut Di shman et al . , ( 1985), peringkat umur ber­

sekolah adalah satu peringkat yang kritikal di dalam

pembentukan tabiat aktiviti fizi kal , yang kelak akan membawa

ke peringkat dewasa . Kanak-kanak dan remaj a pada peringkat

ini perlu dianggap sebagai kumpulan sasaran utama di dalam

menggalak tabiat aktiviti fi zikal yang aktif dan kerap.

Sehubungan i tu perancangan dan pembentukan program penggalak

yang sesuai amat diperlukan bagi mempertingkat kadar

individu yang aktif .

Page 25: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR PSIKOSOSIAL …psasir.upm.edu.my/8909/1/FPP_1995_1_A.pdf · Teori Dan Model Sikap-Tingkah Laku ... Teori Tingkah Laku Sosial 21 Teori Kognitif Sosial

7

Amalan cara hidup yang lebih aktif khusus nya di

kalangan kanak-kanak dan remaj a adalah cara yang paling

berkesan bagi melahirkan generasi akan datang yang lebih

s ihat dan bertenaga. Walau bagaimanapun cabaran yang mungkin

dihadapi bagi mencapai matlamat tersebut ialah bagaimana

untuk mempengaruhi mereka ke arah pembentukan tabiat

aktiviti fizikal yang aktif dan berkekalan. P ada masa kini

peranan faktor-faktor seperti latar belakang, s ikap dan

motivasi kanak-kanak dan remaj a yang dianggap mempengaruhi

penglibatan mereka di dalam aktiviti fizikal, masih kurang

difahami .

Sewaj arnya penentu yang dapat:� meramal serta menerangkan

kes ediaan kanak-kanak dan remaj a untuk mengamal aktiviti

fizikal yang kerap perlu diselidiki j ika matlamat bagi

mempertingkatkan penglibatan aktiviti fizikal mereka ingin

dicapai. Sehubungan i tu, kaj ian ini cuba mengenal pasti

faktor-faktor penting yang mempengaruhi tingkah laku

akti vi ti fizikal di kalangan pelaj ar sekolah menengah dengan

menggunakan konsep TTB.

Menurut TTB, niat adalah merupakan peramal utama

t ingkah laku . Walau bagaimanapun dapatan daripada kaj ian­

kaj ian larnpau , menunj ukkan bahawa komponen asas TTB, hanya

mampu menerangkan sebahagian daripada varian niat terhadap

sesuatu tingkah laku . Kaj ian ini j uga bertuj uan untuk

mengkaj i keupayaan komponen asas TTB , serta melihat s arna ada